• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seperti dalam rajah 4.2 di atas, model PRECEDE-PROCEED mempunyai lapan fasa dan mempunyai langkah-langkah dalam setiap fasa. Walaupun sekali pandang, ia agak merumitkan tetapi setelah dikaji secara mendalam, setiap fasa mempunyai langkah yang terperinci mengenai perancangan program. Pendekatan asas berkaitan model ini adalah untuk memulakan dengan mengenal pasti hasil yang diingini, menentukan sebab dan akhirnya adalah untuk mereka bentuk intervensi yang bertujuan untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam erti kata lain, PRECEDE-PROCEED bermula dengan punca terakhir dan bekerja di belakang segala punca. Sekali penyebab itu dikenal pasti, langkah-langkah intervensi akan mula di wujudkan.

Fasa 1 dalam model ini di panggil penilaian social dan analisis situasi. Secara subjektif, ia

merujuk kepada kualiti hidup (masalah dan kelebihan) kepada populasi yang utama. Pereka model ini mencadangkan bahawa ia merupakan pencapaian yang terbaik dengan melibatkan individu dalam populasi yang utama di dalam menilai keperluan dan inspirasi mereka. Antara indikator / petunjuk sosial berkaitan kualiti hidup termasuklah pencapaian, pemilikan, keselesaan, harga diri, diskriminasi, kebajikan dan pengangguran.

Fasa 2, penilaian epidemiologi, adalah langkah di mana perancang menggunakan data untuk

mengenal pasti dan mengelaskan matlamat atau masalah kesihatan di mana ia boleh menyumbang atau berhubungan dengan masalah yang telah dikenal pasti di dalam fasa 1. Data ini termasuk indikator tradisional yang penting (data kematian / kecacatan) serta genetik, tingkah laku dan faktor persekitaran.

Faktor genetik merupakan tambahan baru kepada model ini dan ia mewakili hubungan yang berkembang antara gen dan pelbagai penyakit, faktor risiko dan keadaan biologi seseorang. Faktor tingkah laku merujuk kepada corak tingkah laku individu atau kumpulan yang melindungi atau meletakkan mereka dalam risiko kesihatan atau masalah sosial. Faktor persekitaran wujud di luar dari individu dan ia boleh berubah untuk menyokong tingkah laku, kesihatan dan kualiti hidup.

Faktor-faktor di atas mungkin berkaitan dengan ekonomi atau keadaan sosial semasa ke atas populasi yang utama ini. Mereka juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan dan sumber-sumber yang wujud di dalam persekitaran komuniti. Ini adalah penting bagi memastikan proses penentuan kelas dalam masalah kesihatan pada fasa ini sangat kritikal kerana ia jarang berlaku, melainkan ada sumber yang cukup bagi mengatasi masalah ini. Fasa dalam model ini juga digunakan untuk merancang program kesihatan.

Walau bagaimanapun, perancang mungkin boleh mengambil pekerja oleh atau yang bersekutu dengan organisasi yang telah mengumpul data yang berkaitan dengan fasa 1-2 sebagai sebahagian daripada usaha perancangan jangka panjang. Dalam kes ini, ia mungkin perlu atau berfaedah untuk melangkau dua fasa pertama dan bergerak terus ke fasa 3. Perhatikan dalam rajah 4.2, anak panah saling berhubung dengan kotak genetik, tingkah laku dan persekitaran dalam fasa 2 dengan kotak kesihatan dalam fasa 2 dan fasa 1.

Fasa 3 merupakan penilaian pendidikan dan organisasi iaitu mengenal pasti dan mengelaskan

faktor-faktor yang mempunyai potensi untuk mempengaruhi tingkah laku yang diberi kepada tiga kategori iaitu kecenderungan, pengukuhan dan pemboleh ubah. Faktor kecenderungan termasuk pengetahuan dan ciri-ciri efektif sebagai seperti sikap, nilai, kepercayaan dan persepsi.

Faktor-faktor ini akan memudahkan atau menghalang perubahan motivasi seseorang dan boleh di ubah melalui komunikasi secara langsung. Halangan yang dicetuskan terutamanya oleh kuasa masyarakat atau sistem membentuk faktor pembolehan. Ia termasuk akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan, kewujudan sumber, pembuat undang-undang dan pembangunan kemahiran.

Faktor pengukuhan terdiri daripada jenis maklum balas yang berbeza dan ganjaran yang diterima oleh populasi yang utama selepas perubahan tingkah laku, sama ada yang boleh menggalakkan atau tidak menggalakkan kesinambungan tingkah laku tersebut. Pengukuhan tingkah laku boleh disampaikan oleh keluarga, kawan, pasangan, guru, diri sendiri dan orang yang mengawal ganjaran tersebut.

Faedah sosial seperti pengiktirafan dan penghargaan. Faedah fizikal seperti kemudahan, keselesaan. Ganjaran nyata seperti faedah ekonomi dan pengelakan kos atau ganjaran lain-lain seperti penampilan baik, kehormatan diri, atau penyatuan dengan orang yang menunjukkan tingkah laku yang baik.

Fasa 4 adalah terdiri daripada 2 bahagian iaitu pelarasan intervensi dan penilaian polisi &

pentadbiran. Tujuan pelarasan intervensi adalah untuk menyesuaikan strategi yang sesuai dan menjangkakan perubahan intervensi dan hasil yang dikenal pasti dalam fasa-fasa awal. Dalam penilaian polisi dan pentadbiran, perancang mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan keupayaan, maka ia boleh membangunkan dan melaksanakan program. Ia di antara fasa 4 dan fasa 5 di mana PRECEDE (bahagian penilaian model) tamat dan PROCEED (perlaksanaan dan penilaian) bermula. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang berbeza antara kedua-dua fasa ini, ia berjalan secara seiring dan perancang boleh kembali ke fasa sebelumnya jika ada sebarang perubahan.

Empat fasa yang terakhir dalam model ini iaitu fasa 5, 6, 7 dan 8, permulaan bahagian PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumber-sumber yang sesuai, perancang memilih kaedah dan strategi intervensi dan perlaksanaan bermula. Fasa 6, 7 dan 8 berfokus kepada proses, kesan dan penilaian hasil. Ia berdasarkan kepada fasa-fasa awal dalam model ini di mana objektif telah digariskan di dalam proses penilaian.

Ketiga-tiga fasa terakhir yang digunakan bergantung kepada keperluan penilaian program. Biasanya, sumber diperlukan untuk menjalankan penilaian ke atas kesan (Fasa 7) dan hasil (Fasa 8) adalah lebih besar daripada keperluan untuk menjalankan proses penilaian (Fasa 6).

Seperti yang dinyatakan di atas, model PRECEDE-PROCEED ini juga boleh digunakan dalam menangani isu-isu komuniti setempat dan memberi panduan yang berguna kepada masyarakat. Jelaskan dengan ringkas bagaimana model ini boleh membantu komuniti menyelesaikan isu-isu setempat?