• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Epidemiologi Dalam Berbagai Bidang

Dari maksud epidemiologi dan kaedah epidemiologi, maka dapat dikatakan bahawa bentuk kegiatan epidemiologi meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat, baik yang berhubungan dengan bidang kesihatan mahupun di luar bidang kesihatan. Berbagai bentuk dan jenis kegiatan dalam epidemiologi saling berhubungan satu dengan yang lain, sehinggakan amat jarang untuk menemui suatu bentuk kegiatan yang tidak bertindih (overlap).

Bentuk kegiatan epidemiologi yang paling kerap digunakan adalah epidemiologi deskriptif, iaitu suatu bentuk kegiatan epidemiologi yang memberikan gambaran atau keterangan tentang keadaaan serta penyebaran tahap darjah kesihatan dan gangguan kesihatan ataupun penyakit pada suatu kelompok populasi tertentu.

Kegiatan epidemiologi deskriptif adalah menilai darjah kesihatan dan magnitud masalah kesihatan yang ada dalam suatu masyarakat tertentu. Bentuk kegiatan ini berkait dengan penyusunan perancangan kesihatan serta penilaian hasil kegiatan perkhidmatan kesihatan pada penduduk tertentu.

Dewasa ini penyelidikan epidemiologi pada dasarnya dapat dibagikan kepada dua bentuk asas, iaitu penyelidikan pemerhatian atau pengamatan langsung terhadap kejadian yang dialami oleh masyarakat dalam mencari hubungan sebab - akibat terjadinya gangguan keadaan normal dalam masyarakat tersebut. Satu lagi, kajian eksperimental yang merupakan kajian yang didasarkan atas perlakuan tertentu terhadap objek untuk memperoleh jawapan tentang pengaruh perlakuan tersebut terhadap objek yang diteliti.

Dalam perkembangan selanjutnya, prinsip epidemiologi yang meliputi epidemiologi deskriptif dan penelitian epidemiologi, telah dibangunkan dengan lebih meluas sebagai suatu sistem atau pendekatan dalam pelbagai bidang kehidupan kemasyarakatan. Antara bidang / skop epidemiologi adalah seperti:

Epidemiologi Penyakit Berjangkit

Bidang ini telah banyak memberikan peluang dalam usaha pencegahan ataupun pengawalan penyakit berjangkit tertentu. Kejayaan manusia dalam mengatasi berbagai gangguan penyakit berjangkit dewasa ini merupakan salah satu hasil yang gemilang dari

epidemiologi. Peranan epidemiologi surveillance yang pada mulanya hanya berfokus pada pengamatan penyakit-penyakit berjangkit, ternyata telah memberikan hasil yang cukup bermakna dalam pencegahan dan pengawalan berbagai masalah penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.

Epidemiologi Penyakit Tidak Berjangkit

Pada masa kini, sedang berkembang pesat usaha mencari pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam timbulnya berbagai masalah penyakit tidak berjangkit termasuklah di antaranya masalah meningkatnya kemalangan lalu lintas dan penyalahgunaan ubat-ubat tertentu. Bidang ini mula kerap digunakan terutama dengan meningkatnya masalah kesihatan yang berkait rapat dengan berbagai gangguan kesihatan akibat kemajuan dalam pelbagai bidang, terutama dalam bidang industri yang banyak mempengaruhi keadaan persekitaran termasuk persekitaran fizikal, biologi mahupun persekitaran sosiobudaya.

Epidemiologi Klinikal

Bentuk ini merupakan salah satu bidang epidemiologi yang sedang dibangunkan oleh pengamal perubatan (clinician) bertujuan untuk membekalkan mereka tentang cara pendekatan masalah melalui disiplin ilmu melalui epidemiologi. Dalam penggunaan epidemiologi klinikal, para pegawai perubatan terutama para doktor sering menggunakan prinsip epidemiologi dalam menangani kes secara individu. Mereka lebih berorientasi pada penyebab penyakit serta cara mengatasinya, terhadap kes secara individu yang biasanya tidak berminat untuk mengetahui serta menganalisis sumber penyakit, cara penularan ataupun sifat penyebaran dalam masyarakat.

Pelbagai hasil yang diperoleh dari pengamal perubatan tersebut, merupakan data maklumat yang sangat berguna dalam analisis epidemiologi, tetapi harus pula diingat bahawa epidemiologi bukanlah terhad kepada data dan maklumat sahaja tetapi merupakan suatu disiplin ilmu yang mempunyai materi pendekatan dan juga bentuk penerapannya secara khusus. Dengan demikian maka sudah sewajarnyalah apabila setiap doktor yang akan bertugas, dibekali pengetahuan dan kemahiran khusus tentang cara pendekatan epidemiologi.

Epidemiologi Kependudukan

Bentuk ini merupakan salah satu bentuk cabang ilmu epidemiologi yang menggunakan sistem pendekatan ilmu epidemiologi dalam menganalisis berbagai permasalahan yang berkaitan dengan bidang demografi / kependudukan serta faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai perubahan demografi yang berlaku dalam masyarakat. Sistem pendekatan epidemiologi kependudukan tersebut tidak hanya memberikan analisis tentang ciri-ciri penduduk secara demografi dalam hubungannya dengan masalah kesihatan dan penyakit dalam masyarakat, tetapi juga sangat berperanan dalam pelbagai aspek kependudukan serta perancangan keluarga. Dalam hal ini, peranan epidemiologi kependudukan sangat penting untuk digunakan sebagai asas dalam mengambil kebijakan dan dalam usaha menyusun perancangan yang baik.

Epidemiologi Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan

Epidemiologi bentuk ini merupakan suatu sistem pendekatan pengurusan dalam menganalisis masalah, mencari faktor penyebab timbulnya suatu masalah serta penyusunan strategi penyelesaian sesuatu masalah secara menyeluruh dan bersepadu. Pada masa kini, pendekatan epidemiologi bidang pengurusan semakin berkembang selaras dengan perkembangan pesat industri perubatan yang diiringi perkembangan dalam sistem pengurusan kesihatan dan ekonomi kesihatan termasuk sistem insurans kesihatan.

Dalam zaman kemajuan industri perubatan yang banyak melibatkan modal dan tenaga kerja, peranan epidemiologi pengurusan dalam menganalisis jumlah kos perubatan serta kos perkhidmatan kesihatan yang lain merupakan perkara yang cukup penting. Dalam menyusun suatu rancangan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan cekap, kolaborasi antara ahli epidemiologi dengan pakar perancangan mampu mencapai matlamat yang berorientasikan hasil (output) sesuatu proses. Sistem pendekatan epidemiologi dalam perancangan kesihatan telah banyak digunakan oleh para perancang perkhidmatan kesihatan, baik dalam bentuk analisis situasi dan penentuan keutamaan, atau dalam bentuk penilaian hasil suatu aktiviti kesihatan yang bersifat umum ataupun yang lebih khusus.

Epidemiologi Alam Sekitar dan Kesihatan Kerja

Bentuk ini (occupational and environmental epidemiology) merupakan salah satu bahagian epidemiologi yang mengkaji dan menganalisis keadaan kesihatan tenaga kerja kesan daripada pengaruh keterdedahan pada lingkungan kerja, baik yang bersifat fizikal, kimia, biologi, atau sosial budaya serta rutin hidup para pekerja. Bentuk ini sangat berguna dalam analisis tahap kesihatan pekerja serta untuk menilai keadaan dan persekitaran kerja dan penyakit akibat kerja.

Epidemiologi Kesihatan Mental

Bentuk ini merupakan salah satu dasar pendekatan dan analisis masalah gangguan mental dalam masyarakat, baik mengenai keadaan kelainan mental kumpulan penduduk tertentu, mahupun analisis pelbagai faktor yang mempengaruhi munculnya gangguan mental dalam masyarakat. Gangguan terhadap kesihatan mental pada masa kini bukan lagi merupakan masalah kesihatan individu saja, tetapi merupakan masalah sosial masyarakat. Lantaran dengan meningkatnya pelbagai keluhan anggota masyarakat yang lebih banyak menjurus masalah kejiwaan disertai dengan perubahan sosial masyarakat, menuntut suatu cara pendekatan melalui epidemiologi sosial yang berkaitan dengan epidemiologi kesihatan mental.

Epidemiologi Pemakanan

Pada masa kini, epidemiologi pemakanan banyak digunakan di dalam analisis masalah gizi masyarakat di mana masalah ini mempunyai hubungan dengan pelbagai faktor yang berkaitan pola hidup sesuatu masyarakat. Pendekatan masalah gizi masyarakat melalui epidemiologi gizi bertujuan untuk menganalisis pelbagai faktor yang berkait rapat dengan timbulnya masalah gizi masyarakat, baik yang bersifat biologi, dan terutama yang berkaitan dengan kehidupan sosial masyarakat.

Epidemiologi Tingkah laku

Perlakuan manusia merupakan salah satu faktor yang banyak memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan suatu masyarakat. Bahkan menurut Bloom, faktor perlakuan memberikan sumbangan terbesar dalam menentukan status kesihatan individu

penyakit

mahupun masyarakat. Memandangkan faktor penyebab penyakit bersifat kompleks, maka epidemiologi lebih banyak melakukan pendekatan faktor risiko.

Justeru, faktor perlakuan individu ataupun masyarakat, seperti tabiat hidup sihat individu dan kepercayaan masyarakat tentang sesuatu yang berkaitan dengan kesihatan, banyak memberikan nilai risiko yang sering muncul dalam analisis epidemiologi tentang kejadian penyakit dalam masyarakat. Tambahan lagi, perlakuan sangat berkait rapat dengan umur dan jantina, kaum, pekerjaan, status sosial dan ekonomi serta pelbagai aspek kehidupan yang lain.

Kesimpulannya, melalui beberapa contoh ruang lingkup penggunaan epidemiologi seperti di atas lebih memperjelaskan bahawa disiplin ilmu epidemiologi sebagai dasar falsafah dalam usaha pendekatan analisis masalah yang timbul dalam masyarakat, baik yang berkaitan dengan bidang kesihatan mahupun masalah lain yang berkait dengan kehidupan masyarakat secara umum.

Kejadian penyakit berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kesan interaksi antara TIGA komponen-komponen. Apakah komponennya dan lakarkan dalam bentuk peta minda berkaitan interaksi tersebut.