• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Pendidikan Kesihatan

Terdapat beberapa kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. Pendidikan Kesihatan penting dalam membentuk perubahan dan juga merupakan keperluan individu bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Sebagai contoh, Pendidikan Kesihatan dapat memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan mengembangkan ilmu. Perubahan tingkah laku dan sikap diharapkan berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan.

Pendidikan Kesihatan penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman mengenai kesihatan. Di samping itu, Pendidikan Kesihatan dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap masalah kesihatan yang di alami. Melalui Pendidikan Kesihatan ini juga kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan dapat kuasai. Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Antara peranan pendidikan kesihatan termasuklah:

i. Peranan Pendidikan Kesihatan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Contohnya, perkembangan fizikal, perkembangan mental dan perkembangan sosial. ii. Pendidikan kesihatan merupakan proses berterusan yang membantu memudahkan

pelajar mempelajari amalan positif, memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan mengembangkan ilmu.

iii. Agen perubahan tingkah laku dan memenuhi keperluan individu khususnya murid. iv. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran. v. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan

dengan kesihatan.

vi. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

vii. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

Secara ringkasnya, kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ialah:

i. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

ii. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

iii. Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti.

iv. Mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.

RUMUSAN

1. Perkataan ‘kesihatan’ dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.

2. Kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan.

3. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang tinggi, sentiasa mempunyai tingkah laku yang positif, hidup yang menggembirakan dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan.

4. Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyak komponen kesejahteraan perlu digunakan. Kedudukan dalam 'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatan harian yang di buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiap komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan persekitaran.

5. Terdapat beberapa kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. PK penting dalam membentuk perubahan dan juga merupakan keperluan individu bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Sebagai contoh, PK dapat memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan mengembangkan ilmu. Perubahan tingkah laku dan sikap diharapkan berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan.

6. Secara ringkasnya, kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ialah:

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti.

Kesejahteraan Emosi Jalinan perasaan dalaman Sosial Interaksi yang baik Penjagaan aspek fizikal Vokasional Kepuasan di sekolah, kerja dan masa lapang

Persekitaran

Elak daripada bahaya

B

PETA KONSEP

Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan peta

konsep kesihatan dan kesejahteraan di bawah.

KATAKUNCI

1. Kesihatan.

2. Kesihatan menyeluruh. 3. Kesihatan optima.

4. Kesihatan dan kesejahteraan. 5. Kepentingan Pendidikan kesihatan.

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan definisi kesihatan yang telah dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) secara terperinci?

2. Dengan menggunakan perkataan sendiri, bagaimana individu boleh mencapai kesihatan yang optima berdasarkan faktor persekitaran?

3. Jelaskan dengan terperinci, apakah komponen-komponen utama yang terdapat dalam kesihatan dan kesejahteraan?

4. Terangkan dengan lebih jelas apakah kepentingan pendidikan kesihatan kepada pelajar sekolah?

RUJUKAN

Seiger, L., Kanipe, D., Vanderpool, K., & Barnes, D. (1998). Fitness aAnd Wellness Strategies. 2nd edition. USA:WCB/McGraw-Hill.

World Health Organization. (2006). Constitution of the World Health Organization -Basic Documents, Forty-fifth edition, Supplement, October 2006

Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years'). Panjang umur ('years to your life').

Minda, tubuh dan rohani yang sihat. Meningkatkan keyakinan diri.

Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Lebih ceria dan periang.

Tingkahlaku positif. Kurang risiko penyakit.

Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain.

Mengurangkan kos rawatan. Perhubungan sosial yang sihat.

Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja.