PENGENALAN
Pada masa kini, media sosial semakin berleluasa penggunaanya dikalangan masyarakat didunia. Menjadi medan komunikasi utama sebagai perpindahan maklumat, idea, kefahaman atau perasan antara manusia. Aktiviti komunikasi ini merupakan aktiviti yang berlaku dalam setiap kehidupan kita. Selagi manusia masih hidup selagi itulah keperluan untuk berkomunikasi akan terus wujud. Menurut mintzberg, peranan komunikasi adalah inter personal, perkongsian maklumat dan pembuat keputusan1.
Andreas Kaplan dan Micheal Haenlein mendefinisikan bahawa media sosial sebagai sebuah program kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideology dan teknologi web 2.0 yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran idea. Media sosial adalah sebuah media online dan jaringan sosial merupakan satu laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Media sosial dijadikan satu medan manusia berhubung dan berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.2
Media Sosial merupakan saluran yang membantu rakyat untuk memahami proses komunikasi, sama ada komunikasi antara individu mahupun komunikasi yang melibatkan antara manusia dengan teknologi. Media sosial terbahagi kepada tiga iaitu media cetak, media elektronik dan media alternatif.
Media cetak lebih dikenali sebagai akhbar dan juga majalah. Akhbar menyampaikan maklumat kepada pembaca bagi memenuhi keperluan kehendak mereka mengenali informasi harian. Akhbar juga lebih mementingkan soal ketepatan masa sesuatu berita itu berbanding dengabn majalah yang lebih bersifat semasa, maka majalah diterbitkan secara bulanan atau mingguan. Akhbar juga terbahagi kepada dua bentuk iaitu akhbar tabloid yang menyiarkan pelbagai isu terkini dengan bilangan muka surat yang lebih banyak berbanding akhbar “broadsheet” yang diterbitkan dengan bilangan muka surat lebih sedikit. Akhbar terbahagi kepada dua iaitu akhbar arus perdana dan akhbar bukan arus perdana. Akhbar arus perdana
1 Ebi Shahrin Suleiman, Ungku Norulkamar Ungku Ahmad, Ruzita Selamat. “Prinsip Pengurusan” hlm.78
diterbitkan secara harian yang banyak memberi tumpuan kepada kerajaan seperti akhbar Berita Harian dan New Sabah Times. Manakala akhbar bukan arusperdana pula diterbitkan secara berkala yang lebih kritikal kepada kerajaan seperti akhbar Harakah.
Media elektronik pula merupakan media yang mempunyai elemen audio dan visual seperti televisyen, radio dan internet. Media elektronik ialah medium yang mempunyai pengaruh kuat selepas media cetak kerana kemampuannya untuk membujuk dan mempengaruhi pemikiran masyarakat. Sistem grafik dan penggunaan warna menerusi iklan-iklan serta rancangan televisyen yang disiarkan mampu mengawal pemikiran dan tindakan masyarakat. Manakala media alternatif pula media yang muncul setelah jaringan siber semakin meluas digunakan untuk menyalurkan minda dan menjadi pentas dialog antara masyarakat. Antara contoh media yang menguasai dunia globalisasi ialah facebook, tweeter, blog, akhbar online, televisyen online dan juga radio online3.
Media di Malaysia boleh dibahagikan dua kategori terbesar iaitu media kerajaan dan media swasta. Media berfungsi sebagai sebahagian daripada seluruh system Negara berkenaan dan tidak boleh terasing daripada sistem Negara berkenaan. Contohnya, jika Negara itu mengamalkan sistem demokrasi yang seluruhnya bebas akhbar turut sama bebas. Sebaliknya Negara itu mengamalkan sistem Negara yang terkawal kebebasannya, akhbarnya juga terkawal.
Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya peranan media sosial dalam melihat sejauhmana keberkesanan pengaruhnya dalam sesebuah pilihan raya umum. Oleh itu, dalam kajian ini melihat sejauhmana pentingnya peranan dan keberkesanan media sosial dalam mempengaruhi pola pengundian rakyat di dunia.
PENGERTIAN PILIHAN RAYA
Negara demokrasi lahirnya daripada perjuangan berasaskan kedaulatan Negara. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Republik. Sistem Raja Berpelembagaan merupakan satu sistem yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri yang mana dibantu oleh Perdana Menteri. Manakala sistem Republik merupakan satu sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilh oleh rakyat melalui pilihan raya. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, Korea selatan dan Filipina. Presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undian dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undian terbanyak dikira menang. Dalam tugasan ini, negara Malaysia dijadikan sebagai medan untuk memperjelaskan dan mengupas lebih mendalam perjalanan pilihan raya yang mendapat sambutan dalam perdebatan peranan media sosial dalam menyampaikan ideologi politik mereka yang bakal mempengaruhi mentaliti masyarakat untuk mengundi.
Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah tujuh hingga lima belas hari sahaja. Oleh itu, pada ketika inilah media sosial memainkan peranan penting dalam menyampai propaganda setiap calon untuk menarik minat rakyat untuk berfikir dan bertindak bagi memilih calon yang lebih sesuai dijadikan pemimpin mereka.
Pilihan raya amat penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Menurut Adun sedili, Johor, YB Rasman Ithnin menyatakan bahawa peranan media sosial bakal membentuk 60-70 peratus kegiatan berkempen parti-parti politik dalam pilihan raya. Wadah internet dijangka memainkan peranan lebih besar dalam bidang politik, malahan ini dapat meningkatkan keterampilan ahli politik dalam memancing sokongan dan undi.4
Perhubungan antara media dan masyarakat adalah terlalu rapat dan saling berinteraksi. Sehubungan dengan itu, media sosial mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendapat umum yang mana khalayak masyarakat memerlukan khidmat media sosial dalam mendapatkan berita dan orientasi berkenaan pilihan raya. Maka pembentukan dasar negara dapat dilakukan dengan sempurna denganh bantuan perkembangan media sosial yang pesat setelah berjaya menyalurkan informasi yang berkesan kepada khalayak sepanjang musim pilihan raya berlangsung.5
Media sosial bijak mengatur kaedah-kaedah tertentu menyebarkan maklumat mengenai pilihan raya khususnya melibatkan parti pemerintah bagi menguasai pendapat dan khalayak membuat keputusan dalam pengundiaan parti. Antara teknik yang digunakan ialah pemilihan berita untuk diterbitkan, penekanan melalui gambar-gambar yang digunakan, cara berita dipersembahkan, tajuk berita yang digunakan dan bilangan halaman berita tersebut dapat mempengaruhi pendirian masyarakat. Media social dapat dilihat sebagai tangan kerajaan kerana kebanyakkan institusi media dikawal oleh institusi politik sesebuah Negara. Menurut pendapat ahli falsafah terkenal iaitu Karl Marx menyatakan “sekiranya mahu menguasai pemikiran rakyat perlu menguasai institusi media dahulu. Hal tersebut menunjukkan bahawa media sosial mempunyai pengaruh kuat dalam pembentuk pemikiran dan pendapat masyarakat dalam memilih kepimpinan yang difikirkan dapat membela nasib rakyat dan memajukan ekonomi Negara.
Sebagai contoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 amat jelas media sosial medan pertempuran ideology dan propaganda tidak kira jentera kerajaan mahupun pembangkang. Setiap kali kempen pilihan raya menjelang, pemimpin dan calon parti pemerintah dan pembangkang giat mengadakan kempen meraih undi rakyat. Pelbagai corak bahasa dan teknik ucapan yang digunakan oleh kedua-dua pihak
4 Sinar harian. 6 Mac 2011
semasa berkempen. Editor Dewan Bahasa mendapatkan pandangan Profesor Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, seorang penganalisis dan pemerhati politik serta pensyarah dalam bidang politik dan hubungan antarabangsa dan politik semasa6.
“Saya berpendapat calon perlu mengurangkan retorik, bercakap menggunakan fakta dan tidak menipu. Fakta ini sudah pastik akan mempengaruhi penggundi untuk menyokong calon tersebut”
Ini menekankan bahawa dalam pilihan raya kata-kata dan bahasa yang digunakan dan disebarkan dalam media masa perlulah mempunyai dan menggunakan pelbagai corak Bahasa untuk memenangi hati penggundi. Hal ini kerana mereka sedar bahawa para penggundi memerhatikan mereka dan memberikan undi sekiranya mempunyai kepercayaan terhadap calon. Oleh itu, mereka haruslah mampu menarik kepercayaan pengundi sebagai wakil yang dapat berkhidmat dengan baik kepada pengundi dan rakyat secara umum. Mereka haruslah menyakinkan pengundi bahawa mereka mampu memikulkan amanah sebagai pemimpin yang dipilih.
Misalnya dalam penekanan isu yang sensasi yang disampaikan sama ada secara ceramah atau dialog kerap diadakan semasa berkempen, calon haruslah menggunakan corak bahasa yang pelbagai digunakan bersesuaian dengan peringkat pendengarnya dan demografi penduduk. Calon akan cuba memanafaatkan sedaya upaya media sosial yang ada untuk berkempen. Rakyat sekarang semakin bijak dan matang dalam menilai kemampuan dan keupayaan calon. Bahasa yang digunakan dalam menyampaikan propaganda yang berkesan dapat menarik kepercayaan kemampuan calon terlibat dalam menyumbang kepada kemakmuran rakyat keseluruhannya.
Institusi media sosial berpengaruh dalam bidang politik khususnya dalam pilihan raya sesebuah negara. Para wartawan dan ahli politik mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain berinteraksi dalam lingkungan komunikasi politik. Ahli politik menggunakan media untuk tujuan menyempurnakan matlamat politik dan pada masa yang sama para wartawan menggunakan media sosial sebagai penyampaian utusan politik terutama isu-isu yang bakal dipertengahkan dalam
pilihan raya bagi memancing undi rakyat. Sememang tidak dinafikan bahawa hubungan antara ahli politik, wartawan dan media sosial sangat rapat dan saling bergantung antara satu sama lain bagi memenuhi kehendak masing-masing.
Sebagai contohnya kita melihat peranan yang dimainkan oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia, yang didominasikan oleh kerajaan dan parti politik UMNO7
dalam membuat liputan positif BN8 dan negative pembangkang sepanjang pilihan
raya umum 1995 dan 1999. Dominasi ini jelas dilihat apabila bekas Bendahari UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendapatkan kepentingan mengawal 80 peratus dalam NSTP daripada syarikat Singapura. Kemudian Razaleigh melepaskan saham-saham itu kepada Fleet Holdings. Malahan, Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengarahkan Pengerusi Land dan General akhbar tertentu yang menyokong parti tertentu terutama Parti Konservatif yang mendapat sokongan padu daripada akhbar utama AS seperti Washington Post dan New York Times dalam setiap kali kempen pilihan raya Presiden. Malahan dalam kempen terbaru mereka menggunakan dua jenis media iaitu media tradisional seperti akhbar, majalah dan elektronik dan media baru seperti internet dalam kempen pilihan raya Presiden9.
Perkembangan ini membayangkan betapa pentingnya propaganda media sosial bagi sesuatu rejim atau pemerintah sebagai alat yang memujuk supaya memenangi undian daripada golongan yang diperintah di atas dasar-dasar atau cara-cara menangani sesuatu krisis. Persetujuan ini amat penting terutama dalam masyarakat demokrasi, memperlihatkan situasi konflik diantara yang mewakili dan diwakili dalam sesuatu masyarakat mengakibatkan krisis hegemoni kelas pemerintah, iaitu krisis autoriti atau krisis umum negara. Dalam krisis politik sebegini, media sosial memainkan peranan penting terutama dalam pengurusan maklumat. Malahan selain menjadi perbincangan dalam forum mengenai isu-isu tetapi juga sebagai satu kaedah memujuk masyarakat. Media sosial membantu dalam memastikan sesuatu isu yang dibangkitkan menjadi nyata dengan cara menghasilkan perasaan kolektif terhadap krisis di kalangan warganegara, dan
7 Singkatan bagi United Malay National Organisation yang telah dibentuk oleh Dato’ Onn Ja’afar pada 11 Mei 1946.
8 Singkatan bagi Barisan Nasional, sebuah parti politik yang dicetuskan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Parti yang membentuk kerajaan sejak tahun 1946 sehingga kini.
9 Thomas J Johnson, Mohamood A.M Braima and Jayanthi Sothirajah, Doing The
dengan cara memperluaskan dakwaan pegawai-pegawai negara bahawa tindakan drastik yang dipropaganda dalam pilihan raya adalah diperlukan bagi memulihkan krisis dan isu-isu yang dibangkitkan tidak kira dikalangan rakyat atau pihak pembangkang.
Apabila majoriti pengundi merasakan calon itu penting dalam sesebuah masyarakat secara sedar atau tidak sedar akan menentukan corak pemikiran, kepercayaan serta sikap mereka sebelum bertindak mendiamkan diri dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, media sosial boleh memperakukan kuasanya tetapi individu sebagai pengundi berhak memilih sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dalam Bahagian II perkara 10 iaitu kebebasan bersuara, berkempen dan menubuhkan persatuan10. Rakyat yang mempunyai kebolehan menulis dan
membaca yang tinggi boleh membuat rumusan dan tafsiran mereka sendiri selepas setiap persoalan yang muncul di hadapan mereka. Ini menjadikan kebebasan kepada rakyat untuk menentukannya dan keputusan diambil berdasarkan pemahaman mereka.
Selain itu juga, negara demokrasi bergantung harap pengundi senyap dan mereka yang tidak terbabit secara langsung adalah jumlah pengundi terbanyak dalam sesuatu pilihan raya. Pengundi dalam keadaan semula jadi mempunyai kemampuan memilih sesuatu mengikut kehendak mereka sendiri jika mereka mahukan perubahan. Malahan pengaruh pengundi senyap lebih berkesan daripada percakapan harian. Kemampuan semula jadi untuk memilih siapa sahaja calon yang dirasakan dapat meberikan input dan kepimpinan yang penting. Malahan saluran media tersebut membolehkan seseorang individu atau beberapa orang indvidu berkomunikasi dikhalayak ramai. ini menegaskan bahawa melalui media juga dapat mencorakkan bahawa sesetengah pihak dapat memastikan kekuasaan dalam bidang politik dikekalkan. Kaedah penguasaan politik akan diteruskan dalam memaksa semua secara langsung atau tidak langsung bagi menerima apa yang dipaparkan dalam media sosial untuk mengekalkan kuasa tetapi dalam masa yang sama memberi kesan kepada pegundi untuk memilih dalam pilihan raya.
Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian indvidu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau
umat. Semua agama dan sistem sosial manusia mengunjurkan ahlinya kea rah ilmu pengetahuan sekurang-kurangnya sebagai satu factor penerusan agama, kepercayaan atau warisan dari satu generasi ke generasi lain. Tujuan yang paling utama ialah untuk mencapai kejayaan dan kekuatan individu dan kumpulan sosial untuk kepentingan duniawi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan dan penyampaian ilmu dalam media dapat membantu membentuk pemikiran masyarakat. Tidak kira sama ada dalam pilihan raya atau dalam keadaan seharian. Senarionya pada masa kini, media sosial merupakan input terpenting dalam mendapatkan maklumat dalam pelbagai variasi, bahasa dan sebagainya daripada seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya media dalam trend masyarakat dunia. Seperti yang kita maklum bahawa kelemahan dan kejatuhan individu, parti dan bangsa merujuk kepada factor ilmu juga iaitu dari segi kepincangan konsep mahupun dari segi kegagalan pelaksanaan11.
Hal ini menunjukkan bahaw media itu sendiri telah menentukan agenda apa yang rakyat perlu tahu menerusi kandungan media dan khalayak sememangnya terpengaruh dengan agenda yang ditonjolkan tersebut. Kebiasannya rakyat akan terpengaruh dengan suara media semasa pilihan raya kerana mereka menanggap media atalah satu-satunya sumber yang boleh dipercayai sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, terdapat pandangan paradox yang menyarankan bahawa media sosial ini bersifat reaksionari dan berfungsi sebagai alat ideology kepada kelas dominan. Pandangan ini diperolehi dalam penulisan ahli-ahli Marxist. Pandangan aliran Marxist amat berbeza dengan pandangan liberal-pluralis. Fahaman Marxist melihat media bertindak sebagai ideology dengan menyebar idea-idea dan pandangan-pandangan dunia kelas pemerintah, menolak idea-idea-idea-idea alternative yang mungkin membawa kepada perubahan atau pertumbuhan kesedaran di kalangan kelas pekerja, dengan itu dapat menggelakkan mobilisasi kesedaran seperti ini kepada penentangan politik yang aktif dan tersusun. Sehubungan itu, media sosial dapat diandaikan bahawa pemilikan monopoli oleh kelas kapitalis dan berkhidmat untuk kepentingan sesuatu kelas.12ini amat penting
11 Wan Mohd. Nor wan Daud. 1997. Penjelasan Budaya Ilmu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm.31
12 Chan Teck Peng. Media Massa dan hegomoni Barisan Nasional : Satu Kajian kes atas peranan media dalam pengurusan krisis kewangan 1997 di Malaysia. Universiti
terutama dalam menentukkan kemenangan dalam pilihan raya yang diadakan dalam penentuan kepimpinan sesuatu parti.
Sesungguhpun ramai sarjana dan tokoh politik melihat media sebagai satu institusi yang penting sekali bagi sistem demokratik sehingga menggelarkannya sebagai “Kuasa keempat” untuk menonjolkan kepentingan media dalam politik masyarakat moden. Tetapi bagi Tun Dr. Mahathir, kedudukan akhbar tidaklah begitu unggul. Sebaliknya media hanya satu institusi yang dibentuk dan dikendalikan oleh manusia yang mempunyai perasaan dan keperluan yang hina. Menurut beliau,
Kerana keperluan mereka untuk bekerja dan kebolehan mereka untuk menulis dan menarik minat pembaca. Keunggulan (Righteousness) mereka biasanya hanyalah satu gimik yang mereka gunakan untuk kepentingan kerja-kerja mereka-bukan kerana demokrasi.
Sesungguhpun Mahathir tidak mempunyai tanggapan yang positif terhadap wartawan dan media, beliau terpaksa mengaku bahawa media mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat politik moden. Kuasa yang dimiliki media, menurut Mahathir, seperti pisau yang tajam boleh juga mengukir sesuatu yang cantik dan mempersonakan13. Dari segi politik, Mahathir melihat media sebagai agensi yang
paling berkesan dalam menentukan pendapat umum, dan pendapat umum menentukan bukan sahaja dasar dan nilai sesebuah negara tetapi juga nasib para pemimpin dalam sebuah masyarakat demokratik di semua peringkat..oleh itu, dalam pilihan raya masa kini dapat dilihat bahawa media memainkan peranan mereka dalam memastikan pengaruh mereka dapat diserap dalam mentality masyarakat dalam membuat keputusan berkenaan isu yang diperdebatkan dan dijadikan propaganda dalam pilihan raya seperti isu agama, bangsa, bahasa, kewangan, pembangunan dan sikap pemimpin itu sendiri.
Walaupun negara Malaysia mengamalkan sistem demokratik, langkah penggubalan dan penguasaan undang-undang media dapat memberi sumbangan kepada hegemoni kelas pemerintah di Malaysia. Ini secara tidak langsung atau tidak langsung dapat memberikan peranan paling besar media untuk menyampaikan propaganda khususnya parti kerajaan dalam kempen pilihan raya. Undang-undang
media di Malaysia diklasifikasikan dalam dua kategori iaitu kategori pertama undang-undang mengawal akses kepada maklumat dan kategori kedua undang-undang-undang-undang yang mengenakan batasan kepada penerbitan dan pengaliran maklumat. Ketika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dipinda pada tahun 1987, peruntukan “Kawalan penerbitan yang tidak diingini” diperkenalkan. Peruntukan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk mengharamkan bahan-bahan penerbitan yang memudaratkan keamanan negara, moral, keselamatan negara, perhubungan dengan mana-mana negara atau kerajaan asing, atau yang bercanggah dengan kepentingan negara dan kepentingan awam (Seksyen 7[I]14. Jelaslah bahawa peranan dan keberkesanan
media sosial amat penting sehingga dalam apa jua situasi termasuklah dalam pilihan raya.
Dalam memastikan kemantapan dan kebebasan pengurusan dan mengawal selia industry berita dan media, Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjanjikan penubuhan majlis itu di dewan rakyat pada 16 Mac 2012. Fungsi majlis ini adalah untuk melindung kebebasan media, melahirkan sesuatu iklim media yang sihat dan menyediakan ruang kepada pengguna media untuk membuat aduan seterusnya mencari penyelesaian jika tidak berpuas hati dengan apa-apa yang dipaparkan dalam media sosial15. Ini sedikit sebanyak dapat membantu memastikan
pengeluaran atau penyampaian sesuatu isu atau dasar yang dikeluarkan dapat disahihkan kebenaran dan memberi peluang kepada masyarakat untuk menilai sejauhmana keberkesanan maklumat dalam proses pemilihan contohnya dalam pilihan raya yang dijalankan.
PENUTUP
Dalam perbincangan yang diutarakan diatas jelas menunjukkan dan diakui bahawa peranan dan keberkesanan media sosial mampu mempengaruhi masyarakat dalam pilihan raya dalam membuat keputusan untuk mengundi pihak yang difikirkan
14 Ibid. hlm.85
mampu membawa kepada kemajuan negara dan disamping itu membela nasib rakyat. Media sosial juga mampu membentuk pendapat masyarakat dengan saling bertindak balas dengan komunikasi interpersonal.
Hal tersebut juga bergantung kepada rakyat untuk menentukan jenis media yang dapat memenuhi kehendak mereka terhadap isu-isu berkaitan pilihan raya. Media sosial dikatakan mempunyai kuasa yang kuat dalam membentuk pendapat umum dalam pilihan raya kerana perkembangan teknologi yang semakin canggih dan dikendalikan secara langsung menyebabkan rakyat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap media sosia. Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media sememangnya berkesan dan berpengaruh besar dalam situasi pilihan raya yang berperanan mengawal gaya pemikiran rakyat terhadap sesebuah parti politik yang terlibat dalam pilihan raya.
Walaupun demikian, dalam menyampaikan isu, dasar dan matlamat oleh parti politik dalam pilihan raya. Pihak kerajaan komitmen dalam memastikan peraturan dan undang-undang berkenaan media tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang mempunyai perasaan untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak yang terlibat dalam pilihan raya. Ini kerana negara kita masih terikat dengan perlembagaan yang menjadi tongak keamanan sesebuah negara.
LAMPIRAN
yang dipegang
Tan sri kamarul Ariffin Mohamed Yassin Bekas Senator
Tan Sri Abdul Samad Idris Tokoh veteran Umno, Timb. Menteri Petanian (1972), Pengerusi FINAS
Datu Abdullah Ahmad Bekas Ahli Parlimen UMNO
Dato’ Haji Nasir Haji Mat Piah Bekas Pegawai Daerah Temerloh (1971) Tan Sri Dato Haji Husein Ahmad Pengerusi lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (KADA)
Raja Ahmad Aminollah Raja Abdullah Naib Ketua Bahagian UMNO Ipoh Timur Senator Dato Saad Haji Man
Ruhanie Haji Ahmad
Ahli Parlimen Sulong, Ketua Bahagian UMNO, Presiden penyokong-penyokong Parlimen Malaysia
Datuk Jalaudin Bahaudin Bekas setiausaha Akhbar kepada Menteri Penerangan, bekas setiausaha Akhbar dan pembantu Khas kepada Perdana Menteri (Mahathir)
Senator Datuk Zainuddin Maidin Setiausaha Parlimen, Kementerian Penerangan
Aziz Meor Ngah Pengerusi FAMA, Pengarah Eksekutif
Kumpulan Utusan Melayu
Sumber : Laporan Tahunan Kumpulan Utusan Melayu 1997 dan lain-lain