• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asas Ekonomi Berdaya Saing. Perhubungan & Pengangkutan Bersepadu & Efisyen

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Asas Ekonomi Berdaya Saing. Perhubungan & Pengangkutan Bersepadu & Efisyen"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

P E N D A H U L U A N

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2020 disediakan bagi memenuhi peruntukan yang ditetapkan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mengkehendaki Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) menyediakan rancangan tempatan setiap daerah.

Ia juga merupakan satu kaedah PBPT dalam menterjemah dasar dan polisi Rancangan Struktur Negeri Pahang yang disediakan bagi perancangan dan pembangunan seluruh Negeri Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan pembangunan bagi seluruh Daerah Lipis, Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan pembangunan yang khusus dan mekanisma kawalan pembangunan bagi Daerah Lipis pada masa akan datang.

1.2 Keperluan Penyediaan RTD Lipis

Tujuan penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2020 ini adalah:

a) Melengkapkan sistem rancangan pemajuan mengikut kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 yang menetapkan empat peringkat rancangan yang terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara di peringkat negara, Rancangan Struktur Negeri di peringkat Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah di peringkat Daerah dan Rancangan Kawasan Khas di peringkat Tempatan.

b) Menterjemah dan melaksanakan polisi-polisi dan dasar-dasar strategik Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2020 (RSN) didalam RTD Lipis ini.

c) Mewujudkan satu dokumen dan pelan di peringkat perancangan tempatan yang boleh dirujuk secara bersama oleh Pihak Berkuasa, Jabatan serta agensi kerajaan dan juga orang ramai bagi memandu pembangunan supaya lebih terancang dan sistematik bagi tempoh perancangan 2010-2020.

1.3 Tujuan Penyediaan Laporan Penemuan

Laporan Penemuan ini disediakan untuk mengenalpasti keadaan semasa, isu dan potensi serta unjuran berdasarkan teras pembangunan yang telah ditetapkan di peringkat Laporan Awal. Laporan ini penting bagi memastikan perancangan guna tanah kawasan RTD Lipis mudah laksana, praktikal, berkesan dan boleh digunapakai. Penemuan kajian akan dirumuskan dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010 – 2020. Rajah 1.1 menunjukkan 6 teras perancangan yang telah dibentuk bagi mencapai matlamat kajian.

Rajah 1.1: Teras Perancangan

Penggunaan Gunatanah Teratur &

Optimum

Perbandaran Menarik & Sejahtera Asas Ekonomi

Berdaya Saing

Perhubungan & Pengangkutan Bersepadu & Efisyen

Kualiti Kehidupan Berkualiti

(2)

P E N D A H U L U A N

1.4 Matlamat RTD Lipis

1.5 Objektif Kajian RTD Lipis

Beberapa objektif pembangunan telah digariskan bagi mencapai matlamat pembangunan objektif kajian adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan pembangunan

perindustrian, perniagaan, perumahan, pertanian dan industri bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi daerah. b) Mewujudkan kawasan perbandaran yang

maju, sejahtera lengkap dengan kemudahan asas dan awam yang selaras dengan Dasar Perbandaran Negara dan hierarki daerah.

c) Mengenalpasti projek-projek utama di bandar dan luar bandar bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar.

d) Memelihara dan menguruskan dengan bijak sumber-sumber asli dan semulajadi yang mempunyai kepentingan alam sekitar dan biologi, nilai sejarah dan keindahan yang perlu dipelihara dan dikekalkan bagi menyokong sektor eko pelancongan. e) Memperbaiki dan meningkatkan sistem

lalulintas serta rangkaian jalan khususnya di pusat bandar dengan mencadangkan laluan-laluan baru.

f) Menyediakan satu pelan induk sistem saliran dan perparitan bagi mengatasi masalah saliran sedia ada serta meningkatkan infrastruktur sedia ada.

g) Meningkatkan sistem penyampaian serta keupayaan institusi perlaksanaan dan modal insan.

1.6 Wawasan Pembangunan Negeri Pahang

Kerajaan Negeri telah menetapkan wawasan pembangunan negeri adalah untuk menjadikan Negeri Pahang Indah Membangun, Maju dan Terus Makmur. Secara ringkasnya, pembangunan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Selain daripada itu, adalah menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan yang mampan melalui:

i. Kemajuan sosial yang memberi pertimbangan kepada keperluan setiap rakyat ii. Pemuliharaan alam sekitar, habitat-habitat kritikal serta kawasan sensitif alam sekitar iii. Penggunaan sumber asli secara mampan

iv. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil serta mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi.

“Menjadikan Daerah Lipis Sebagai Sebuah

Daerah Dengan Persekitaran Yang Bersih, Indah, Bercahaya Menerusi Pembangunan Yang Terancang Di Samping Mengekalkan

Warisan Sejarah”

Sebahagian Bangunan Bersejarah Bandar Kuala Lipis

Pahang Club (1907)

Madrasathul Firdaus (1888) Asrama Jururawat (1926)

(3)

P E N D A H U L U A N

1.7 Teras Perancangan

Bagi merealisasikan matlamat RTD Lipis, kajian telah mengenalpasti lima (5) teras utama berdasarkan isu-isu perancangan, dasar-dasar peringkat negara, negeri dan tempatan, strategi pembangunan Daerah Lipis, serta berkait rapat dengan visi dan objektif kajian. Lima teras utama ini akan memberi panduan kepada hala tuju pembangunan Daerah Lipis yang merangkumi perkara-perkara berikut:

Teras 1

Mewujudkan pembangunan guna tanah yang teratur dan penggunaan tanah yang optimum. Teras 2

Pembangunan perbandaran yang menarik dan sejahtera untuk didiami

Teras 3

Meningkatkan dan memperkukuhkan asas ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing melalui kepelbagaian ekonomi.

Teras 4

Mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu, efisyen dan mesra pengguna

Teras 5

Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan kemudahan awam, perumahan, sukan, rekreasi, tanah lapang yang mencukupi dan berkualiti.

Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020

Teras Asas Perancangan

TE R A S 1 : P E M B A N G U N A N G U N A T A N A H TE R A TU R D A N O P TI M U M

• Merancang pencapaian pembangunan fizikal & guna tanah seimbang serta mampan di antara keperluan pembangunan dan kualiti alam sekitar.

• Mewujudkan sistem hierarki perbandaran yang jelas supaya penyediaan dan pengagihan kemudahan infrastruktur dan awam dapat di sediakan dengan lebih efisien.

• Menumpukan kawasan tepubina yang merangkumi perdagangan, industri, perumahan, kemudahan masyarakat dan rekreasi bagi merealisasikan persekitaran yang berkualiti.

• Membangunkan kawasan petempatan utama dan petempatan desa melalui pembangunan sumberjaya, aset dan potensi tempatan.

Teras Asas Perancangan

TE R A S 2 : B A N D A R Y A N G M E N A R IK D A N S E JA H TE R A

• Meningkatkan fungsi Bandar Kuala Lipis sebagai Pusat Separa Wilayah.

• Memperkukuhkan dan menerapkan ciri-ciri Bandar Selamat dan Sejahtera dengan mewujudkan kawasan pusat bandar dan kejiranan perumahan yang selesa dan berkualiti; merekabentuk elemen-elemen rekreasi & ruang awam dalam bandar.

• Selesa, mesra, mempunyai ruang untuk masyarakatnya berinteraksi dan juga dapat mewujudkan perasaan ‘sense of belonging’ di kalangan penduduk.

• Tahap penyediaan kemudahan-kemudahan awam perlu disediakan berdasarkan kepada hierarki bandar dan perlulah disediakan dengan cukup di lokasi-lokasi yang sesuai.

(4)

P E N D A H U L U A N

Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020 (samb)

Teras Asas Perancangan

TE R A S 3 : A S A S E K O N O M I B E R D A Y A S A IN G M E LA LU I K E P E LB A G A IA N E K O N O M I

• Strategi pembangunan ekonomi Daerah Lipis ditumpukan kepada pembangunan sektor pertanian, perhutanan, industri, perlombongan dan pelancongan.

• Mengenalpasti dan meningkatkan keupayaan sektor pelancongan berasaskan ekologi sebagai salah satu penjana ekonomi.

• Menggerakkan strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan pertanian moden.

• Sumber-sumber perhutanan boleh dieksploitasikan untuk pengukuhan pembangunan industri perkayuan tetapi dengan kawalan.

• Penyediaan kemudahan industri berteraskan industri hiliran bagi menggalakkan mutu dan produktiviti desa / IKS

• Tarikan kepada produk pelancongan berasaskan sumber semulajadi (Hutan Lipur Terenggun, Taman Rimba Kenong, Gua Bama dan lain-lain), warisan sejarah (cth: 14 bangunan bersejarah), adat kebudayaan, gaya hidup masyarakat, kampung-kampung pertanian (agro cultural homestay) dan pertanian (hasil produk IKS).

• Kewujudan peluang pekerjaan yang berasaskan perkhidmatan, perlombongan dan industri dan sebagainya impak daripada kewujudan rangkaian pembangunan oleh ECER dan PKNP.

Teras Asas Perancangan

TE R A S 4 : P E R H U B U N G A N D A N P E N G A N G K U TA N B E R S E P A D U , E FI S Y E N D A N M E S R A P E N G G U N A

• Kemudahan perhubungan dan infrastruktur adalah pengupaya utama dalam menyokong pembangunan daerah.

• Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan aksesibiliti terutamanya bagi menyokong aktiviti pelancongan dan kawasan penyumbang utama ekonomi daerah.

• Sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna.

• Penyediaan kemudahan utiliti (air, elektrik, gas) dan perhubungan (telekomunikasi) yang lebih menyeluruh di kawasan-kawasan pusat pertumbuhan, kawasan industri dan pusat-pusat petempatan dan pelancongan utama.

(5)

P E N D A H U L U A N

Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020 (samb)

Teras Asas Perancangan

TE R A S 5 : M E N IN G K A TK A N K U A LI TI K E H ID U P A N

• Skim perumahan dan kawasan penempatan desa yang mencukupi dan selesa untuk semua masyarakat tempatan dan juga golongan bumiputera.

• Menyediakan kelengkapan kemudahan masyarakat yang mencukupi bagi menampung keperluan penduduk terutamanya yang berada dikawasan pendalaman.

• Keperluan kepada kawasan rekreasi, infrastruktur dan utiliti yang selesa bagi keseluruhan daerah.

• Pengurusan alam sekitar yang sistematik dan teratur.

1.8 Kepentingan Kawasan RTD Lipis

Antara kepentingan kawasan RTD Lipis adalah seperti berikut :

1. Bandar Kuala Lipis sebagai Pusat Separa Wilayah merupakan pusat utama menjana aktiviti ekonomi dan merupakan pusat tumpuan bagi pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan dan pelancongan.

2. Kedapatan bangunan warisan sejarah berpotensi menjadi aset daya tarikan pelancong domestik dan antarabangsa ke Kuala Lipis.

3. Khazanah alam semulajadi yang pelbagai dalam kawasan kajian menjadikan kawasan ekolancong aset penting produk pelancongan.

4. Kem Relau berpotensi menjadi pintu masuk ke Taman Negara dan Gunung Tahan melalui perancangan kemudahan infrastruktur dan penginapan.

5. Kepelbagaian aktiviti industri khususnya pemerosesan hasil pertanian dan IKS mampu membuka peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

6. Cadangan jalan CSR dan jalan ke Cameron Highlands telah meningkatkan tahap aksesibiliti ke Kuala Lipis disamping meningkatkan potensi kawasan pembangunan baru.

7. Aktiviti perlombongan emas sebagai penjana pendapatan negeri disamping berpotensi menjadi produk pelancongan daerah.

8. Mempelbagai dan mengukuhkan aktiviti pertanian melalui meningkatkan produk hasil tani, komoditi dan akuakultur.

9. Mengekalkan kawasan hutan dan keluasan hutan simpan sedia ada.

10. Pembentukan masyarakat luar bandar yang progresif dan berdaya saing melalui penerapan dasar pembangunan luar bandar.

(6)

P E N D A H U L U A N

1.9 Aset Pembangunan

Diantara aset pembangunan didalam kawasan RTD Lipis adalah :

1. Kawasan Pembangunan Yang Luas Kawasan kajian mempunyai kawasan yang sesuai untuk pembangunan perbandaran dan pertanian yang luas. Analisis kesesuaian tanah menunjukkan 47,588 hektar dari kawasan kajian boleh dibangunkan tanpa halangan.

2. Cadangan Rangkaian Jalan Dan Infrastruktur Perhubungan

Cadangan rangkaian jalan baru seperti jalan CSR dan jalan Sg Koyan-Cameron Highlands meningkatkan tahap aksesibiliti dalam kawasan kajian. Ia juga meningkatkan potensi pembukaan kawasan petempatan, pertanian dan industri baru.

3. Khazanah Alam Semulajadi

Kawasan kajian merupakan kawasan hutan hujan tropika yang berusia jutaan tahun. Ianya berpotensi sebagai kawasan hutan lipur dan hutan penyelidikan. Kedapatan kawasan eko lancong ini mampu menjadi daya tarikan pelancong.

4. Central Gold Belt Semenanjung Malaysia. Kawasan kajian terletak dalam lingkaran Central Gold Belt Semenanjung Malaysia. Terdapat beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan dalam industri perlombongan emas. Aktiviti ini juga boleh dijadikan daya tarikan pengunjung ke Kuala Lipis.

5. Bangunan Warisan Sejarah

Bandar Kuala Lipis merupakan bekas ibu negeri Pahang Darul Makmur. Terdapat banyak bangunan peninggalan sejarah yang menjadi daya tarikan pengunjung ke bandar ini. Produk warisan sejarah ini boleh diintegrasikan dengan aktiviti eko

dan agro lancong untuk menarik kedatangan pengunjung. 6. Warisan Produk Tempatan

Warisan produk tempatan seperti makanan dan hasil kraftangan serta elemen kebudayaan penduduk tempatan boleh dikembangkan dijadikan daya tarikan. Diantara produk makanan tempatan adalah gula kabung, jus salak, dodol gula kabung dan buah salak. Manakala tarian tempatan seperti tarian pelanduk, tarian piring dan tarian sewang boleh diperkenalkan kepada pengunjung luar.

1.10 Kawasan Kajian RTD Lipis

Kawasan kajian meliputi keseluruhan Daerah Lipis yang berkeluasan 540,778.00 hektar dimana guna tanah utama adalah pertanian dan hutan simpan. Daerah Lipis merupakan daerah yang kedua terbesar bagi Negeri Pahang selepas Daerah Jerantut. Daerah Lipis merangkumi sepuluh buah mukim dimana mukim yang terbesar adalah Mukim Hulu Jelai manakala mukim yang terkecil adalah Mukim Budu.

Jadual 1.1: Keluasan Mukim-mukim di Daerah Lipis

Bil. Mukim Luas

(Hektar) 1. Ulu Jelai 205,838.77 2. Batu Yon 122,786.19 3. Kechau 77,289.03 4. Gua 7,679.50 5. Cheka 44,549.00 6. Kuala Lipis 9,719.35 7. Penjom 17,315.50 8. Telang 30,923.89 9. Tg. Besar 17,634.48 10. Budu 7,042.29 JUMLAH 540,778.00

(7)

P E N D A H U L U A N

1.11 Blok Perancangan

Cadangan Blok Perancangan (BP) disediakan bertujuan untuk memudahkan dan menyelaraskan pembahagian kawasan RTD. Terdapat 10 buah Blok Perancangan dicadangkan. Blok Perancangan tersebut dibahagikan pula kepada blok-blok perancangan yang lebih kecil (BPK) bagi memudahkan perincian pada peringkat cadangan. Sebanyak 33 buah BPK telah dibentuk. Jadual 1.4 dibawah menunjukkan cadangan Blok Perancangan dan Blok Perancangan Kecil utama yang telah dikenalpasti. Berikut adalah faktor pembahagian bagi Blok Perancangan dan Blok Perancangan kecil yang telah dibentuk:

Jadual 1.2 : Cadangan Blok Perancangan Rancangan Tempatan Daerah Lipis

Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010

BP Kawasan Blok Perancangan Kecil

BP 1 Kuala Lipis 1a – Bandar Kuala Lipis 1b – Seberang Lipis 1c – Kuala Lanar 1d – H. S. Bencah

BP 2 Penjom 2a – Simpang Lipis

2b – Penjom 2c – Kg. Jeruk 2d – Ladang Budu BP 3 Budu 3a – Benta 3b – Kg. Buah 3c – Kg. Cat

BP 4 Tanjung Besar 4a – Kg. Kundang 4b – Kg. Sempadan

BP 5 Cheka 5a – Batu 9

5b – Kerambit 5c – Mela

5d – Rimba Kenong

BP 6 Kechau 6a – Lipis Bara

6b – Kg. K. Kechau 6c – Gugusan Kechau 6d – Tmn Negara

BP 7 Gua 7a – Seberang Jelai

7b – Padang Tengku 7c – Jelai Baru

BP8 Telang 8a – Kg. Kechau Tui

8b – Kg. Berchang 8c – H.S.K. Tersang

BP9 Batu Yon 9a – Merapoh

9b – Chegar Perah 9c – Bkt. Betong 9d – Kem Relau

BP10 Hulu Jelai 10a – Sg. Koyan

10b – H.S.K Hulu Jelai Faktor Pembahagian Blok Perancangan :

1. Sempadan mukim.

2. Ciri-ciri semula jadi seperti sungai, kawasan berbukit dan kawasan hutan simpan kekal. 3. Keadaan pembangunan fizikal seperti jalan

dan kawasan tepu bina. 4. Tren pembangunan semasa.

(8)

P E N D A H U L U A N

Referensi

Dokumen terkait

Daerah yang kedua yakni daerah yang Relatif tertinggal, kecamatan yang masuk dalam klasifikasi ini adalah kecamatan yang PDRB per kapita kecamatannya lebih kecil dari

• Jumlah perekayasa baru semakin banyak perempuan MESIN PERKAKAS MODERN UNTUK FABRIKASI ALSINTAN BERBASIS COMPUTER... BERBAGAI KOMPONEN YG DIPRODUKSI OLEH MESIN

Mual muntah terus menyebabkan #anita lemah, tidak mau makan, berat badan turun dan rasa nyeri di epigastrium, nadi sekitar (00 kali/ menit, tekanan darah turu, turgor kulit

Pengkajian awal nyeri pada geriatri tanpa dimensia dapat menggunakan instrumen Nonverbal Pain Indicators (CNPI). Petunjuk : Amati pasien untuk perilaku berikut saat

Dilihat dari grafik pengaruh kadar aspal terhadap campuran dapat disimpulkan bahwa grafik yang terbentuk adalah grafik parabola, artinya pada grafik ini ada nilai

• Hepatitis B kronis biasa terjadi bila fase akut berlangsung terus >6 bulan dengan tes fungsi hati meningkat dan tidak ditemukan konversi HBeAg menjadi anti HBe  penyebab

Pendapatan Asli Daerah (PAD), Dana Alokasi Umum (DAU) dan Luas Wilayah terhadap Alokasi Belanja Modal pada Kabupaten/Kota di Sumatera Utara ” adalah benar hasil karya

1) Keluarga korban tidak mengijinkan di lakukan otopsi pada korban, apabila pada korban kecelakaan Lalu Lintas tidak dilakukan pemerik- saan otopsi maka akan mempersulit