• Tidak ada hasil yang ditemukan

RENCANA PEMBELAJARAN BAGI: 30 MEI 26 JUN 2016 APRIL 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RENCANA PEMBELAJARAN BAGI: 30 MEI 26 JUN 2016 APRIL 2016"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

APR I L 2 0 16

(2)

Printed in Japan.

MUKA DEPAN:

COLOMBIA

Para Saksi berusaha untuk menginjil kepada orang Wayuu yang suka bercakap tentang Tuhan. Mereka biasanya pergi ke kota untuk menjual hasil tangan mereka. Di sana mereka mendengar berita baik melalui kesaksian awam

PENYIAR

166,049

PEMBELAJARAN BIBLE

229,723

HADIRIN PERINGATAN ( 2015)

510,952

Bahan bacaan ini bukan untuk dijual. Bahan bacaan ini digunakan untuk kerja pendidikan Bible sedunia yang mendapat sokongan melalui derma sukarela.

Kecuali apabila dinyatakan, ayat Bible daripada Kitab Ibrani dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Melayu (ABB), Hakcipta5 The Bible Society of Malaysia 2001, dan ayat Bible daripada Kitab Yunani dipetik daripada Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures, Edisi 2013 dalam bahasa Inggeris.

KANDUNGAN

3

Adakah Kerja Penyebaran Anda seperti Embun?

5

30 MEI–5 JUN Orang yang Setia Diperkenankan Tuhan

Rencana ini menunjukkan apa yang membantu Yefta dan anak perempuannya tetap setia sewaktu menghadapi cabaran. Kita juga akan belajar mengapa pengorbanan untuk mendapat perkenan Tuhan memang berbaloi.

10

Adakah Anda Menggunakan Daya Imaginasi dengan Bijak?

13

6-12 JUN

“Biarlah Ketabahan Kamu Mencapai Tujuannya”

Untuk menerima kehidupan kekal, kita mesti bertahan sampai akhir. Rencana ini akan membin-cangkan empat cara yang membantu kita bertahan dan tiga teladan orang yang bertabah. Rencana ini juga membincangkan maksud ‘membiarkan ketabahan mencapai tujuannya.’

18

13-19 JUN

Mengapakah Kita Berkumpul Bersama untuk Menyembah Tuhan?

Ada banyak cabaran yang menyebabkan kita susah untuk menghadiri perjumpaan dengan tetap. Rencana ini akan menjelaskan mengapa menghadiri perjumpaan membawa manfaat kepada kita, dapat membantu orang lain, dan menyenangkan hati Yehuwa.

23

KISAH HIDUP

Biarawati Menjadi Saudari Rohani

27

20-26 JUN

Tetap Neutral dalam Dunia yang Berpecah Belah

Oleh sebab kerajaan manusia akan dibinasakan tidak lama lagi, keneutralan kita akan semakin diuji. Dalam rencana ini, kita akan membincangkan empat cara untuk tetap setia kepada Yehuwa.

(3)

ADAKAH KERJA

PENYEBARAN

ANDA SEPERTI

EMBUN?

KERJA PENYEBARAN kita penting dan ber-nilai. Namun, bukan semua orang meng-hargai kerja ini. Walaupun orang berminat dengan Bible, mereka mungkin berasa ba-hawa mempelajari Bible dengan kita tidak penting.

Mari kita lihat contoh Gavin. Dia meng-hadiri perjumpaan, tetapi tidak ingin bela-jar Bible dengan Saksi. Gavin tidak mahu orang tahu bahawa pengetahuan Bible-nya sangat sedikit. Selain itu, dia takut untuk menyertai kumpulan agama dan ti-dak mahu diperdaya. Jika anda berjumpa Gavin, adakah anda berasa bahawa anda dapat membantu Gavin? Fikirkan kesan baik daripada ajaran Bible atas seseorang. Yehuwa memberitahu orang Israel, ‘Ajaran-ku seperti embun dan seperti hujan rintik-rintik yang turun ke atas rumput.’ (Ul. 31: 19, 30; 32:2) Mari kita belajar bagaimana embun dapat disamakan dengan kerja pe-nyebaran yang membantu “segala macam orang.”—1 Tim. 2:3, 4.

(4)

KERJA PENYEBARAN SEPERTI EMBUN

Embun itu lembut.Embun terhasil daripada wap

air yang bertukar menjadi titisan air. Bagaima-nakah kata-kata Yehuwa “seperti embun”? Yehu-wa bercakap kepada umat-Nya dengan lembut, baik, dan bertimbang rasa. Kita mengikut teladan-Nya dengan menghormati pandangan orang. Kita menggalakkan mereka untuk berfikir dengan men-dalam dan membuat kesimpulan sendiri. Apabila kita menunjukkan keprihatinan sebegini, lebih se-nang bagi mereka untuk mendengar kata-kata kita, dan kerja penyebaran kita akan berkesan.

Embun menyegarkan.Kerja penyebaran kita

me-nyegarkan orang jika kita memikirkan pelbagai cara untuk membantu mereka. Chris telah mena-warkan pembelajaran Bible kepada Gavin. Tetapi, dia tidak memaksa Gavin. Sebaliknya, Chris men-cuba cara lain agar Gavin berasa selesa untuk ber-bincang tentang Bible. Chris memberitahu Gavin bahawa mempelajari mesej penting yang terkan-dung dalam Bible akan membantunya lebih mema-hami apa yang dibincangkan semasa perjumpaan. Kemudian Chris menjelaskan bagaimana nubuat Bible meyakinkannya bahawa Bible adalah tepat. Hasilnya, mereka banyak berbincang mengenai nu-buat Bible yang menjadi kenyataan. Perbincangan sedemikian menyegarkan Gavin, dan akhirnya dia bersetuju mempelajari Bible.

Embun penting bagi kehidupan.Ketika cuaca

pa-nas di Israel, hujan mungkin tidak turun selama be-berapa bulan. Tanpa embun, tumbuhan akan layu dan mati. Yehuwa bernubuat bahawa hari ini juga

terdapat keadaan yang bagaikan kemarau, iaitu orang mendahagakan ‘perkhabaran daripada Yehu-wa.’ (Am. 8:11) Tuhan berkata bahawa kaum teru-rap yang menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan bagaikan ‘embun menyegarkan yang dikirim oleh-Nya.’ Mereka disokong oleh “biri-biri lain.” (Mi. 5:6; Yoh. 10:16) Mesej yang kita sampaikan meru-pakan sebahagian daripada aturan Yehuwa untuk memberikan hidup kepada orang yang mendahaga-kan kebenaran. Adakah kita menghargai mesej ini?

Embun berkat daripada Yehuwa.(Ul. 33:13)

Ker-ja penyebaran membawa berkat bagi mereka yang menyambut berita baik. Semasa belajar Bible, Gavin diberkati kerana mendapat jawapan kepada semua soalannya. Dalam masa yang singkat, dia membuat kemajuan rohani dan dibaptis. Kini, dia menikmati kerja penyebaran bersama isterinya, Joyce.

HARGAILAH KERJA PENYEBARAN

Dengan membandingkan kerja penyebaran se-perti embun, kita sedar bahawa usaha setiap orang sangat bernilai. Mengapa? Setitis air tidak memba-wa banyak manfaat. Tetapi jutaan titisan air akan melembapkan tanah. Begitu juga, usaha kita seca-ra individu dalam kerja penyebaseca-ran mungkin sedi-kit. Namun, gabungan usaha jutaan penyembah Yehuwa membolehkan kita menginjil “kepada

se-mua bangsa.”(Mat. 24:14) Adakah kerja

penyeba-ran kita membawa berkat kepada openyeba-rang lain? Su-dah tentu, mesej kita seperti embun yang lembut, menyegarkan, dan penting bagi kehidupan!

Saksi-Saksi Yehuwa menyegarkan bumi dengan berita baik Kerajaan Tuhan

(5)

SEORANG wanita muda berlari ke arah bapanya, Yefta. Dia me-nyanyi dan menari dengan gembira kerana bapanya mendapat kemenangan dalam peperangan. Namun, apa yang dilakukan dan dikatakan Yefta mengejutkan. Dia mengoyakkan pakaian dan berseru, “Aduh anakku, hancurlah hatiku!” Kemudian, Yefta memberitahu anaknya tentang janjinya kepada Yehuwa. Janji ini akan mengubah hidup anaknya buat selama-lamanya kerana dia tidak dapat berkahwin atau mempunyai anak. Tetapi, anaknya memberikan jawapan yang sangat mengagumkan. Dia menggalakkan bapanya untuk menepati janji kepada Yehuwa. Jawapannya itu menunjukkan bahawa dia percaya apa pun yang diinginkan Yehuwa adalah untuk kebaikannya. (Hak. 11:34-37) Yefta sangat bangga apabila nampak iman anaknya dan sedar bahawa kerelaan anaknya menggembirakan Yehuwa.

2 Yefta dan anaknya percaya sepenuhnya kepada Yehuwa

dan cara Dia melakukan sesuatu perkara. Mereka tetap setia

1, 2. Apakah cabaran yang dihadapi Yefta dan anak perempuannya?

Orang yang Setia

Diperkenankan Tuhan

“Tirulah contoh mereka yang mewarisi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar.”—IBR. 6:12.

LAGU:86, 54

APAKAH JAWAPAN ANDA?

Bagaimanakah teladan Yefta dan anak perempuannya membantu kita untuk menolak pengaruh dunia?

Apakah prinsip-prinsip Bible yang dapat membantu anda mengatasi masalah dengan orang lain?

Bagaimanakah rencana ini menggalakkan anda untuk membuat pengorbanan demi Kerajaan Tuhan?

(6)

6

walaupun tidak mudah untuk melakukan-nya. Mereka rela membuat apa sahaja pe-ngorbanan kerana ingin mendapat perke-nan Yehuwa.

3 Tidak mudah untuk tetap setia

kepa-da Yehuwa. Kita “harus berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kepercayaan.” (Yud. 3) Maka, kita perlu belajar cara Yefta dan anak perempuannya menghadapi caba-ran dengan jayanya. Bagaimanakah mereka tetap setia kepada Yehuwa?

SETIA WALAUPUN MENGHADAPI PENGARUH DUNIA

4 Yefta dan anak perempuannya sentiasa

ingat akibat buruk yang dialami orang Is-rael kerana tidak setia kepada Yehuwa. Kira-kira 300 tahun sebelum itu, Yehuwa memerintahkan umat Israel untuk mem-bunuh semua penganut agama palsu di Ta-nah yang Dijanjikan. Namun, mereka tidak mentaati Tuhan. (Ul. 7:1-4) Ramai orang Israel mula mengikut orang Kanaan dan menyembah tuhan palsu serta

menjala-ni kehidupan yang tidak bermoral.—Baca

Mazmur 106:34-39.

5 Oleh sebab orang Israel tidak taat,

Ye-huwa tidak melindungi mereka daripada musuh. (Hak. 2:1-3, 11-15; Mzm. 106:40-43) Pada masa itu, sangat susah bagi orang untuk tetap setia kepada Yehuwa. Namun Bible menyebut tentang orang yang setia seperti Yefta dan anak perempuannya, ser-ta Elkana, Hana, dan Samuel. Mereka ber-tekad untuk menyenangkan hati Yehuwa. —1 Sam. 1:20-28; 2:26.

3. Mengapakah teladan Yefta dan anak perem-puannya dapat membantu kita?

4, 5. (a) Apakah yang diperintahkan Yehuwa apabila orang Israel masuk ke Tanah yang Dijanji-kan? (b) Menurut Mazmur 106, apakah yang berla-ku kepada orang Israel yang tidak taat kepada Tu-han?

6 Pada hari ini, orang juga berfikir dan

berkelakuan seperti orang Kanaan. Mereka mengutamakan seks, keganasan, dan wang. Namun Yehuwa memberikan amaran yang jelas. Dia ingin melindungi kita sepertima-na Dia ingin melindungi orang Israel dari-pada pengaruh buruk. Bagaimanakah kita dapat menggelakkan kesilapan orang Is-rael? (1 Kor. 10:6-11) Kita harus menolak pemikiran dunia. (Rm. 12:2) Adakah kita berusaha untuk melakukannya?

YEFTA TETAP SETIA WALAUPUN BERASA KECEWA

7 Pada zaman Yefta, orang Israel ditindas

oleh orang Filistin dan orang Amon kerana mereka mengingkari Yehuwa. (Hak. 10:7, 8) Selain itu, Yefta juga menghadapi cabaran daripada saudaranya dan pemimpin umat Israel. Oleh sebab saudaranya cemburu dan benci terhadap Yefta, mereka mengusirnya dari tanah miliknya. (Hak. 11:1-3) Namun, Yefta tidak dipengaruhi oleh sikap kejam mereka. Bagaimanakah kita tahu? Apabila para pemimpin merayu meminta bantuan-nya, dia segera membantu mereka. (Hak. 11: 4-11) Apakah yang mendorong Yefta untuk bereaksi sedemikian?

8 Yefta seorang pahlawan yang gagah. Dia

juga tahu tentang sejarah orang Israel dan Hukum Musa dengan baik. Melalui cara Ye-huwa memperlakukan umat-Nya, dia belajar tentang piawaian Tuhan mengenai apa yang betul dan salah. (Hak. 11:12-27) Prinsip Tu-han di sebalik Hukum Musa mempengaruhi pemikiran dan perasaan Yefta. Dia tahu ba-hawa Yehuwa tidak memperkenankan orang

6. Apakah pengaruh daripada dunia hari ini? Apa-kah yang harus kita lakukan?

7. (a) Apakah layanan yang dialami Yefta? (b) Apakah reaksi Yefta?

8, 9. (a) Apakah prinsip dalam Hukum Musa yang telah membantu Yefta? (b) Bagi Yefta, apakah yang lebih penting?

(7)

yang menyimpan dendam dan Tuhan ingin umat-Nya saling mengasihi. Selain itu, Hu-kum Musa juga mengajarnya cara memper-lakukan orang lain, termasuk mereka yang

membencinya.—Baca Keluaran 23:5;

Ima-mat 19:17, 18.

9 Teladan Yusuf mungkin telah membantu

Yefta. Dia mempelajari cara Yusuf menun-jukkan belas kasihan terhadap saudaranya walaupun mereka membencinya. (Kej. 37:4; 45:4, 5) Dengan merenungkan contoh ini, Yefta dibantu untuk bertindak dalam cara yang diperkenankan Yehuwa. Apa yang dila-kukan oleh saudara Yefta memang menyaki-ti hamenyaki-tinya. Namun, mempertahankan nama Yehuwa dan umat-Nya adalah lebih penting daripada perasaannya. (Hak. 11:9) Dia ber-tekad untuk setia kepada Yehuwa. Sikap ini telah membawa berkat Yehuwa bagi dirinya dan orang Israel.—Ibr. 11:32, 33

10 Apakah yang kita pelajari daripada

con-toh Yefta? Apakah yang akan kita laku-kan jika ralaku-kan seiman mengecewalaku-kan kita atau kita diperlakukan dengan tidak adil? Kita tidak harus membiarkan perasaan sa-kit hati menghalang sa-kita daripada menyem-bah Yehuwa. Janganlah berhenti menghadi-ri perjumpaan atau bergaul dengan saudara saudari. Marilah kita meniru teladan Yefta dan taat kepada Yehuwa. Hal ini akan mem-bantu kita untuk mengatasi situasi yang su-sah supaya kita juga dapat menjadi teladan yang baik seperti Yefta.—Rm. 12:20, 21; Kol. 3:13.

MENUNJUKKAN IMAN MELALUI SEMANGAT RELA BERKORBAN

11 Yefta tahu bahawa dia memerlukan

bantuan Tuhan untuk membebaskan orang

10. Bagaimanakah prinsip Tuhan membantu kita untuk bertindak seperti orang Kristian yang ma-tang?

11, 12. Apakah janji yang diucapkan Yefta? Apa-kah maksud janji tersebut?

Israel daripada ancaman orang Amon. Jika Yehuwa memberinya kemenangan, dia ber-janji untuk mempersembahkan orang yang pertama-tama keluar dari rumahnya seba-gai “korban bakar” apabila dia kembali da-ripada peperangan. (Hak. 11:30, 31, nota kaki) Apakah maksudnya?

12 Yehuwa membenci korban berupa

ma-nusia. Maka, kita tahu bahawa Yefta ti-dak mempersembahkan korban sebegini. (Ul. 18:9, 10) Di bawah Hukum Musa, kor-ban bakar merupakan pemberian istimewa yang diberikan sepenuhnya kepada Yehu-wa. Oleh itu, Yefta memaksudkan bahawa orang yang dipersembahkan kepada Yehu-wa akan berkhidmat di khemah suci buat seumur hidup. Yehuwa mendengar permo-honan Yefta lalu membantunya untuk men-dapat kemenangan. (Hak. 11:32, 33) Na-mun, siapakah yang akan dipersembahkan Yefta kepada Yehuwa?

13 Fikirkan peristiwa yang disebutkan

pada permulaan rencana. Apabila Yefta kembali daripada peperangan, orang yang pertama-tama keluar untuk berjumpa de-ngannya ialah anak kesayade-ngannya, iaitu anak tunggalnya! Adakah Yefta akan menu-naikan janjinya? Adakah dia akan membe-rikan anak perempuannya kepada Yehuwa untuk berkhidmat di khemah suci buat se-umur hidup?

14 Sekali lagi, prinsip dalam Hukum Musa

membantu Yefta untuk membuat keputu-san yang betul. Mungkin dia teringat kata-kata di Keluaran 23:19 yang mengajar umat Tuhan untuk rela memberikan yang terbaik kepada Yehuwa. Hukum itu juga menunjuk-kan bahawa apabila seseorang mengucap-kan janji kepada Yehuwa, “dia tidak boleh memungkiri janjinya. Dia harus melakukan

13, 14. Bagaimanakah kata-kata Yefta di Hakim-Hakim 11:35 menunjukkan imannya?

(8)

segala yang dikatakannya.” (Bil. 30:2) Yef-ta perlu menunjukkan kesetiaan seperti Hana, yang mungkin hidup sezaman de-ngannya. Biarpun tidak mudah bagi Yefta dan anaknya, dia tetap menepati janjinya. Oleh sebab anaknya akan berkhidmat di khemah suci, dia tidak akan berkahwin atau melahirkan anak. Jadi, tiada sesiapa pun yang akan mewarisi nama dan tanah Yefta. (Hak. 11:34) Namun, Yefta berkata, ‘Aku telah bersumpah kepada Yehuwa dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!’ (Hak. 11:35) Yehuwa menghargai pengorbanan Yefta dan memberkatinya. Adakah anda juga akan menunjukkan kesetiaan seperti Yefta?

15 Apabila kita membaktikan diri

kepa-da Yehuwa, kita berjanji untuk melaku-kan kehendak-Nya tidak kira apa pun yang berlaku. Kita sedar bahawa tidak mu-dah untuk menepati janji tersebut. Na-mun, apakah reaksi kita apabila diminta

15. Apakah janji yang kita ucapkan? Bagaimana-kah kita dapat menepati janji itu?

untuk melakukan sesuatu yang kita tidak suka? Jika kita mengatasi perasaan negatif dan rela mentaati Tuhan, kita membukti-kan bahawa kita menepati janji. Pengorba-nan kita mungkin besar, namun berkat Ye-huwa lebih besar. (Mal. 3:10) Bagaimana pula dengan anak perempuan Yefta? Apa-kah reaksinya terhadap janji yang dibuat bapanya?

16 Janji Yefta berbeza daripada janji

Hana. Hana berjanji untuk menyerahkan anaknya, iaitu Samuel, untuk berkhid-mat di khemah suci sebagai orang Nazir. (1 Sam. 1:11) Orang Nazir dibenarkan un-tuk berkahwin dan berkeluarga. Namun, anak perempuan Yefta diberikan sepenuh-nya sebagai “korban bakar.” Maka dia ti-dak dapat menjadi seorang isteri atau ibu. (Hak. 11:37-40) Fikirkan hal ini: Dia mung-kin berpeluang untuk berkahwin dengan le-laki yang terbaik di negeri itu kerana

ba-16. Apakah reaksi anak perempuan Yefta terhadap janji bapanya? (Lihat gambar pada permulaan ren-cana.)

Bagaimanakah kita dapat meniru iman Yefta dan anak perempuannya? (Lihat perenggan 16, 17)

(9)

panya merupakan pemimpin orang Israel. Sebaliknya, dia menjadi seorang hamba di khemah suci. Apakah reaksi wanita muda ini? Kata-katanya menunjukkan bahawa dia mengutamakan khidmat kepada Yehuwa. Dia berkata kepada bapanya, “Lakukan-lah apa saja terhadap diri saya untuk me-menuhi janji ayah itu.” (Hak. 11:36) Dia mengorbankan keinginannya untuk men-jadi seorang isteri dan ibu supaya dapat berkhidmat kepada Yehuwa. Bagaimana-kah kita dapat meniru semangatnya yang rela berkorban?

17 Ribuan orang Kristian yang muda rela

membuat pengorbanan. Mereka tidak ber-kahwin atau memiliki anak buat masa ini. Mengapa? Kerana mereka ingin menguta-makan khidmat kepada Yehuwa. Selain itu, banyak orang tua rela mengorbankan masa bersama anak atau cucu kerana mereka

17. (a) Bagaimanakah kita dapat meniru iman Yef-ta dan anak perempuannya? (b) Bagaimanakah Ibrani 6:10-12 menggalakkan anda untuk menun-jukkan semangat rela berkorban?

memberikan masa dan tenaga kepada Ye-huwa. Ada di antara mereka menyertai projek pembinaan, menghadiri Sekolah Latihan Penginjil, serta berpindah ke tem-pat yang lebih memerlukan bantuan. Se-setengah orang pula membuat rancangan untuk meningkatkan khidmat kepada Ye-huwa pada musim Peringatan. Tuhan tidak akan melupakan pengorbanan yang

ditun-jukkan oleh umat-Nya yang setia. (Baca

Ibrani 6:10-12.) Bagaimana pula dengan

anda? Dapatkah anda membuat lebih ba-nyak pengorbanan dalam khidmat kepada Yehuwa?

APAKAH PENGAJARANNYA BAGI KITA?

18 Apakah yang membantu Yefta

me-nangani cabaran-cabaran yang dihada-pi? Yefta membiarkan Yehuwa membim-bing hidupnya. Dia tidak dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya. Walaupun orang lain menyakiti hati Yefta, dia tidak membe-narkan hal itu melemahkan tekadnya un-tuk menyembah Yehuwa. Yehuwa member-kati Yefta dan anak perempuannya kerana mereka rela membuat pengorbanan. Yehu-wa menggunakan mereka berdua untuk memajukan ibadat sejati. Walaupun orang lain berhenti melakukan kehendak Tuhan, Yefta dan anak perempuannya tetap setia kepada Yehuwa.

19 Bible menyatakan, “Tirulah contoh

mereka yang mewarisi apa yang telah dijan-jikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar.” (Ibr. 6:12) Marilah kita me-niru teladan Yefta dan anak perempuan-nya. Jika kita tetap setia kepada Yehuwa, Dia akan memberkati kita.

18, 19. Apakah yang kita pelajari daripada kisah Yefta dan anak perempuannya? Bagaimanakah kita dapat meniru teladan mereka?

(10)

10

OTAK manusia yang hanya seberat 1.4 kg dikatakan sebagai sesuatu yang “paling ru-mit di alam semesta.” Otak manusia me-mang menakjubkan. Lebih banyak kita be-lajar tentangnya, lebih besar penghargaan kita terhadap ciptaan Yehuwa yang “menga-gumkan.” (Mzm. 139:14) Pertimbangkan sa-lah satu kebolehan otak kita, iaitu daya ima-ginasi.

Apakah itu imaginasi? Sebuah kamus menje-laskannya sebagai “kemampuan untuk mem-bentuk gambaran atau idea dalam minda mengenai perkara yang baru dan mena-rik, atau perkara yang belum pernah diala-mi.” Tidakkah anda setuju bahawa kita sering menggunakan imaginasi kita? Contohnya, pernahkah anda membaca atau mendengar tentang suatu tempat yang anda tidak per-nah lawat? Adakah hal ini menghalang anda daripada membayangkannya? Kita menggu-nakan daya imaginasi setiap kali kita memi-kirkan sesuatu yang tidak dapat dilihat, dide-ngar, dirasai, disentuh, atau dihidu.

Bible menyatakan bahawa manusia dicipta-kan menurut gambaran Tuhan. (Kej. 1:26, 27) Tidakkah hal ini membuktikan bahawa Yehu-wa juga memiliki daya imaginasi? Meman-dangkan Yehuwa memilih untuk memberi kita kemampuan ini, Dia ingin kita menggu-nakannya untuk memahami kehendak-Nya. (Pkh. 3:11) Bagaimanakah kita dapat meng-gunakan daya imaginasi dengan bijak dan apakah yang harus dielakkan?

MENGGUNAKAN DAYA

IMAGINASI DENGAN

TIDAK BIJAK

(1) Berangan-angan tentang perkara yang salah atau pada masa yang salah. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa imaginasi bermanfaat. Namun, Pengkhutbah 3:1 (NW) berkata, “Ada waktu yang ditetap-kan untuk segala sesuatu.” Maka kita mung-kin melakukan aktiviti tertentu pada masa yang salah. Misalnya, jika kita berangan-angan semasa perjumpaan atau pembe-lajaran peribadi, adakah kita menggunakan daya imaginasi dengan bijak? Yesus mem-berikan amaran tentang bahaya membiar-kan minda kita berkhayal tentang perkara yang tidak bermoral. (Mat. 5:28) Hal sebegini tidak menyenangkan hati Yehuwa. Jika kita berkhayal tentang perkara yang tidak ber-moral, lambat laun kita mungkin melakukan perbuatan itu. Maka, bertekadlah agar ima-ginasi anda tidak menyebabkan anda men-jauhi Yehuwa!

(2) Menyangka bahawa kekayaan membawa perlindungan berkekalan. Harta benda memang berguna. Namun, kita akan berasa kecewa jika kita menyangka ba-hawa kekayaan memberi perlindungan dan kebahagiaan sejati. Raja Salomo yang bi-jak berkata, “Orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti

tem-ADAKAH ANDA

MENGGUNAKAN

DAYA IMAGINASI

DENGAN BIJAK?

(11)

bok tinggi dan kuat di sekeliling kota.” (Ams. 18:11) Pada bulan September 2009, lebih daripada 80 peratus bandar Manila, Filipi-na, diliputi air kerana hujan lebat. Dapatkah orang kaya menyelamatkan diri? Seorang le-laki kaya yang kehilangan banyak harta ben-da semasa banjir itu berkata, “Baik yang kaya mahupun yang miskin dilanda kesusa-han dan penderitaan.” Memang mudah bagi kita untuk berfikir bahawa kekayaan memba-wa perlindungan. Namun, hakikatnya ialah hal ini tidak benar.

(3) Terlalu khuatir tentang perkara yang mungkin tidak berlaku.

Yesus menasihati kita agar tidak terlalu “khuatir.” (Mat. 6:34) Orang yang selalu khuatir sebenarnya banyak menggunakan imaginasi mereka. Kita membuang masa jika kita berfikir mengenai masalah yang belum berlaku, atau yang mungkin tidak akan berla-ku. Bible berkata bahawa kekhuatiran sede-mikian boleh menyebabkan kita kecewa dan tawar hati. (Ams. 12:25) Maka, adalah bijak untuk mengikut nasihat Yesus supaya tidak terlalu khuatir dan menghadapi cabaran se-hari demi sese-hari.

MENGGUNAKAN DAYA

IMAGINASI DENGAN BIJAK

(1) Berfikir terlebih dahulu mengenai situasi bahaya dan mengelakkannya. Bible menggalakkan kita untuk berfikir dan bertindak dengan bijak. (Ams. 22:3) Kita bo-leh menggunakan imaginasi kita untuk me-mikirkan akibat buruk keputusan tertentu. Bayangkan anda dijemput untuk menghadiri jamuan. Bagaimanakah anda boleh menggu-nakan daya imaginasi untuk membuat kepu-tusan bijak? Anda boleh memikirkan faktor-faktor seperti siapa yang dijemput, berapa ramai yang menghadirinya, dan di mana ja-muan itu diadakan. Anda juga boleh berta-nya, “Apakah yang akan berlaku di jamuan itu? Adakah jamuan itu selaras dengan prin-sip Bible?” Soalan-soalan sebegini dapat membantu anda untuk membayangkan ja-muan itu. Anda boleh membuat keputusan bijak dan mengelakkan bahaya rohani de-ngan menggunakan daya imaginasi.

(2) Berlatih cara menangani masalah dalam minda.

Imaginasi merangkumi “keupayaan untuk menghadapi dan mengatasi masalah.” Kata-kan terdapat salah faham antara anda dan seorang ahli sidang. Bagaimanakah anda dapat berbincang untuk memulihkan hubu-ngan dehubu-ngannya? Anda boleh mempertim-bangkan beberapa faktor: Apakah cara dia

(12)

12

berkomunikasi? Bilakah masa yang sesuai untuk berbincang dengannya? Apakah kata-kata dan nada suara yang patut digunakan? Dengan menggunakan imaginasi, anda da-pat memikirkan beberapa cara untuk menga-tasi masalah itu, dan memilih cara yang pa-ling sesuai. (Ams. 15:28) Dengan demikian, anda tentu dapat mengekalkan kedamaian sidang. Anda juga menggunakan daya ima-ginasi dengan bijak.

(3) Meningkatkan mutu pembacaan dan pembelajaran Bible peribadi.

Pembacaan Bible harian sangat penting. Na-mun, membaca Bible sahaja tidak cukup. Kita harus memahami pengajaran penting yang terkandung dalam Bible dan cara un-tuk menerapkannya dalam kehidupan. De-ngan membaca Bible, kita akan lebih meng-hargai perbuatan Yehuwa. Bagaimanakah daya imaginasi dapat membantu kita?

Fi-kirkan buku Tirulah Iman Mereka.1

Kisah-ki-sah dalam buku ini boleh membantu kita untuk membayangkan latar belakang wa-tak-watak Bible. Kita seperti boleh meli-hat, mendengar, menghidu, dan merasai apa yang berlaku pada masa itu. Dengan ber-buat demikian, kita dapat meraih pengajaran dan galakan yang bernilai daripada kisah Bi-ble yang mungkin sudah kita dengar beru-lang kali. Imaginasi memang dapat mening-katkan mutu pembacaan dan pembelajaran Bible peribadi kita.

(4) Memupuk dan menunjukkan empati. Empati ialah sifat indah yang membantu kita merasai kesakitan orang lain di dalam hati

kita. Memandangkan Yehuwa dan Yesus

me-nunjukkan empati, kita boleh meniru tela-dan mereka. (Kel. 3:7; Mzm. 72:13)

Bagaima-1 Terdapat dalam bahasa Indonesia.

nakah kita boleh memupuk empati? Salah satu cara adalah dengan menggunakan daya imaginasi. Kita mungkin tidak pernah me-ngalami masalah yang dihadapi oleh sauda-ra saudari. Namun, tanyalah diri, “Jika saya menghadapi situasi itu, apakah perasaan saya? Apakah yang saya perlukan?” Dengan menggunakan daya imaginasi untuk menja-wab soalan-soalan ini, kita dapat memikir-kan cara untuk menunjukmemikir-kan empati. Sifat ini boleh membantu dalam semua aspek ke-hidupan orang Kristian, termasuk kerja pe-nyebaran dan hubungan kita dengan rakan seiman.

(5) Membayangkan kehidupan di dunia baru.

Di dalam Bible, terdapat banyak penjelasan yang terperinci mengenai dunia baru yang dijanjikan Tuhan. (Yes. 35:5-7; 65:21-25; Why. 21:3, 4) Bahan bacaan kita mempu-nyai banyak gambar yang indah. Menga-pa? Gambar-gambar membantu kita meng-gunakan daya imaginasi. Maka kita dapat membayangkan diri menikmati berkat-berkat yang dijanjikan. Yehuwa, Pencipta imaginasi, tahu cara yang terbaik bagi kita untuk meng-gunakan kemampuan ini. Dengan menggu-nakan imaginasi kita untuk membayangkan janji-janji Tuhan, kita berasa lebih yakin ba-hawa janji itu akan menjadi kenyataan. Maka, kita dapat tetap setia dan tabah menghada-pi apa sahaja cabaran dalam kehidupan se-karang.

Yehuwa, Tuhan yang penyayang, telah mem-beri kita daya imaginasi yang menakjubkan. Kemampuan ini boleh membantu kita un-tuk menyembah-Nya dengan setia hari demi hari. Semoga kita bersyukur kepada Tuhan atas pemberian ini dan menggunakan daya imaginasi kita dengan bijak!

(13)

BAYANGKAN pertempuran yang sengit apabila askar Israel yang dipimpin oleh Hakim Gideon berperang dengan askar musuh. Se-panjang malam, Gideon dan para askarnya mengejar orang Mi-dian serta sekutu mereka sejauh 32 km! Bible berkata, “Gideon bersama dengan tiga ratus orang anak buahnya telah sampai ke Sungai Yordan dan telah menyeberanginya. Mereka letih sekali.” Namun mereka belum mendapat kemenangan, dan masih perlu melawan 15,000 orang askar. Mereka tidak harus berputus asa kerana musuh telah menindas mereka selama bertahun-tahun. Maka, Gideon dan para askarnya “terus mengejar musuh” se-hingga tewas!—Hak. 7:22; 8:4, 10, 28.

2 Kita juga berada dalam pertempuran yang sengit. Syaitan,

du-nianya, dan ketidaksempurnaan kita merupakan musuh kita. Se-setengah daripada kita telah melawan musuh-musuh ini selama bertahun-tahun. Dengan bantuan Yehuwa, kita berjaya memena-ngi banyak pertempuran. Namun, kita belum mendapat kemena-ngan mutlak. Ada kalanya kita mungkin berasa penat untuk

1, 2. (a) Apakah yang dapat kita pelajari daripada ketabahan Gideon dan 300 orang askarnya? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Menu-rut Lukas 21:19, mengapakah ketabahan sangat penting?

“Biarlah Ketabahan Kamu

Mencapai Tujuannya”

“Biarlah ketabahan kamu mencapai tujuannya, supaya kamu menjadi serba lengkap, tidak bercela dalam segala hal, dan tidak kekurangan apa-apa pun.”—YAK. 1:4.

LAGU:135, 139

APAKAH JAWAPAN ANDA?

Apakah yang membantu anda untuk bertabah?

Siapakah yang merupakan contoh baik mengenai ketabahan?

Apakah maksud ‘membiarkan ketabahan mencapai tujuan-nya’?

(14)

14

melawan. Kita juga mungkin berasa letih ke-rana telah lama menunggu akhir sistem du-nia ini. Yesus memberikan amaran bahawa kita akan mengalami cabaran dan pengania-yaan yang teruk pada hari-hari terakhir. Tetapi, dia juga berkata bahawa jika kita

bertabah, kita pasti menang.(Baca Lukas

21:19.) Apakah itu ketabahan? Apakah yang

membantu kita bertabah? Apakah yang da-pat kita pelajari daripada mereka yang me-nunjukkan ketabahan? Bagaimanakah kita dapat ‘membiarkan ketabahan mencapai tu-juannya’?—Yak. 1:4.

APAKAH ITU KETABAHAN?

3 Dalam Bible, ketabahan bukan sekadar

bertahan menghadapi kesusahan. Sifat ini melibatkan perasaan, pemikiran, serta cara kita berdepan dengan cabaran. Ketabahan membantu kita untuk menjadi berani, se-tia, dan sabar. Sebuah rujukan mengatakan bahawa ketabahan membantu kita memiliki harapan yang kukuh dan tidak berputus asa. Sifat ini membantu kita berdiri teguh dan tidak tergoyah walaupun menghadapi cabaran teruk. Sifat ini juga membolehkan kita bertumpu kepada matlamat kita, bu-kannya kepada keperitan yang dialami. De-ngan demikian, kita akan berjaya mengata-si cabaran.

4 Kasih mendorong kita untuk bertabah.

(Baca 1 Korintus 13:4, 7.) Bagaimana?

Kasih kepada Yehuwa mendorong kita un-tuk tabah menghadapi segala kesusahan yang diizinkan-Nya. (Luk. 22:41, 42) Kasih kepada saudara saudari membantu kita un-tuk bersabar dengan ketidaksempurnaan mereka. (1 Ptr. 4:8) Kasih kepada pasa-ngan hidup pula membolehkan kita tabah menghadapi “kesusahan” yang dialami oleh semua suami isteri. Kasih dapat

mengerat-3. Apakah maksud ketabahan?

4. Mengapakah ketabahan didorong oleh kasih?

kan hubungan perkahwinan kita.—1 Kor. 7:28.

APAKAH YANG MEMBANTU ANDA UNTUK BERTABAH?

5 Memohon kekuatan daripada Yehuwa.

Ye-huwa ialah ‘Tuhan yang memberikan keta-bahan dan kelegaan hati.’ (Rm. 15:5) Hanya Dialah yang memahami sepenuhnya situasi, perasaan, dan latar belakang kita. Maka, Tuhan tahu apa yang kita perlukan untuk bertabah. Bible berkata, “Dia membekal-kan keperluan semua orang yang meng-hormati-Nya; Dia mendengar seruan me-reka dan menyelamatkan meme-reka.” (Mzm. 145:19) Tetapi, bagaimanakah Tuhan men-jawab doa kita?

6 Baca 1 Korintus 10:13. Apabila kita

memohon bantuan Yehuwa, “Dia akan memberikan jalan keluar.” Bagaimana? Ada kalanya, Dia menghentikan cabaran terse-but. Tetapi biasanya, Dia memberi kita ke-kuatan untuk “tabah menempuh segala se-suatu dengan sabar dan sukacita.” (Kol. 1:11) Memandangkan Yehuwa tahu keterba-tasan fizikal, mental, dan emosi kita, Dia tidak akan membenarkan kita mengalami suatu situasi yang begitu teruk sehingga kita tidak dapat setia kepada-Nya.

7 Makanan rohani menguatkan iman.

Me-ngapakah makanan rohani sangat penting? Fikirkan hal ini: Untuk mendaki Gunung Everest, seorang pendaki memerlukan 6,000 kalori sehari. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada apa yang biasanya diperlu-kan. Maka, dia perlu makan banyak supaya

5. Mengapakah Yehuwa layak membantu kita ber-tabah?

6. Menurut Bible, bagaimanakah Yehuwa “membe-rikan jalan keluar” semasa kita menghadapi caba-ran?

7. Mengapakah kita memerlukan makanan rohani untuk bertabah? Berikan contoh.

(15)

dapat bertabah sehingga mencapai matla-matnya. Begitu juga, kita memerlukan ba-nyak makanan rohani untuk bertabah dan mencapai matlamat kita. Kita harus berte-kad untuk meluangkan masa bagi pembela-jaran peribadi dan perjumpaan. Aktiviti se-begini dapat menguatkan iman kita.—Yoh. 6:27.

8 Fikirkan kesetiaan kepada Tuhan. Kita

menderita sewaktu menghadapi cubaan. Tetapi sebenarnya kesetiaan kita kepada Tuhan sedang diuji. Cara kita mengha-dapi cubaan akan menunjukkan sama ada kita menerima Yehuwa sebagai Pemerin-tah Alam Semesta Yang Berdaulat. Menga-pa? Syaitan yang menentang pemerintahan Tuhan mendakwa bahawa manusia hanya menyembah Tuhan kerana mereka memen-tingkan diri. Dia berkata, “Manusia rela me-ngorbankan segala milik mereka supaya da-pat terus hidup.” Mengenai Ayub, Syaitan berkata, “Jika Engkau menyakiti tubuhnya, tentu dia akan mengutuk Engkau secara te-rang-terang.” (Ayb. 2:4, 5) Adakah Syaitan mengubah pandangannya? Tidak! Apabila Syaitan dibuang dari syurga bertahun-ta-hun kemudian, dia masih menuduh hamba Tuhan. (Why. 12:10) Hari ini, Syaitan ma-sih mendakwa bahawa manusia menyembah Tuhan atas sebab yang mementingkan diri. Syaitan ingin kita menolak pemerintahan Tuhan dan berhenti menyembah-Nya.

9 Semasa menghadapi cubaan, bayangkan

apa yang sedang berlaku di alam roh. Syai-tan dan roh-roh jahat sedang melihat anda dan mendakwa bahawa anda akan berputus asa. Namun, Yehuwa, Yesus Kristus, kaum terurap yang sudah naik ke syurga, serta ri-buan malaikat juga melihat anda. Mereka tahu cabaran yang anda hadapi dan mereka

8, 9. (a) Menurut Ayub 2:4, 5, apakah yang terli-bat sewaktu kita menghadapi cubaan? (b) Semasa dicuba, apakah yang boleh anda bayangkan?

menggalakkan anda! Mereka gembira kera-na anda tabah dan setia kepada Yehuwa. Ye-huwa memberitahu anda, “Hai anakku, hen-daklah kamu bijak, supaya aku gembira dan dapat menjawab jika dicela.”—Ams. 27:11.

10 Bertumpu kepada ganjaran. Bayangkan

anda membuat perjalanan dan melalui se-buah terowong. Di dalam terowong, semua-nya gelap. Tetapi jika anda meneruskan per-jalanan, anda akan keluar dari terowong dan melihat cahaya. Kehidupan anda boleh disamakan dengan hal itu. Ada kalanya, ca-baran yang dihadapi membuat anda berasa sangat tertekan. Yesus mungkin berasa begi-tu. Apabila dipakukan pada tiang seksaan, dia dimalukan dan menderita. Sudah tentu, itulah saat yang paling susah dalam hidup-nya. Apakah yang membantunya bertabah? Bible berkata bahawa dia bertumpu kepada “sukacita yang ada di hadapannya.” (Ibr. 12: 2, 3) Yesus bertabah kerana berfokus ke-pada ganjarannya. Yang lebih penting, dia berfokus kepada peranannya dalam menyu-cikan nama Yehuwa dan menyokong peme-rintahan Tuhan. Dia tahu bahawa cabaran yang dihadapi hanya sementara, tetapi gan-jarannya di syurga adalah berkekalan. Hari ini, cubaan yang kita hadapi mungkin sa-ngat susah dan membuat kita menderita. Namun, ingatlah semua ini hanya semen-tara.

“ORANG YANG MENGHADAPI CUBAAN DENGAN TABAH”

11 Kita tidak perlu bertabah seorang diri.

Rasul Petrus menggalakkan kita untuk ber-tabah menghadapi cubaan Syaitan dengan berkata, “Kamu harus menentang dia de-ngan iman yang teguh kerana kamu tahu ba-hawa semua saudara seiman di dunia sedang

10. Bagaimanakah anda boleh meniru ketabahan Yesus?

11. Mengapakah kita harus mengkaji pengalaman “orang yang menghadapi cubaan dengan tabah”?

(16)

16

mengalami penderitaan yang sama.” (1 Ptr. 5:9) Pengalaman “orang yang menghadapi cubaan dengan tabah” mengajar kita cara untuk tetap setia, meyakinkan kita baha-wa kita boleh berjaya, dan mengingatkan kita bahawa kesetiaan kita akan diberkati. (Yak. 5:11) Mari kita mengkaji beberapa

contoh.[1]

12 Kerub-kerub merupakan malaikat yang

berpangkat tinggi. Selepas Adam dan Hawa berdosa, Yehuwa memberikan tugas baru kepada beberapa kerub. Tugas ini sangat berbeza daripada tugas di syurga. Teladan mereka mengajar kita untuk bertabah apa-bila menerima tugas yang susah. Bible me-ngatakan bahawa Yehuwa “menempatkan kerub, dan sebilah pedang berapi yang ber-pusing ke segala arah, untuk mengawal

ja-lan ke pokok yang memberi hidup.”[2](Kej.

3:24) Bible tidak mengatakan bahawa ke-rub-kerub ini mengadu atau berasa mereka terlalu penting untuk melakukan tugas baru itu. Mereka tidak bosan atau berputus asa. Sebaliknya, mereka melaksanakan tugas itu sehingga selesai, kemungkinan pada masa Banjir, iaitu kira-kira 1,600 tahun kemu-dian.

12. Apakah yang dapat kita pelajari daripada te-ladan kerub-kerub yang ditempatkan di Taman Eden?

13 Ayub yang setia. Ada kalanya, anda

mungkin berasa sakit hati apabila se-orang kawan atau ahli keluarga menga-takan sesuatu yang mengecewakan. Anda juga mungkin menghidapi penyakit serius atau menderita kerana orang yang dikasihi meninggal. Tidak kira apa yang berlaku, anda boleh mendapat kelegaan hati melalui teladan Ayub. (Ayb. 1:18, 19; 2:7, 9; 19:1-3) Ayub tidak tahu sebabnya dia menderita, namun dia tidak berputus asa. Mengapa? Kerana dia mengasihi Yehuwa dan enggan mengecewakan-Nya. (Ayb. 1:1) Ayub ber-tekad untuk menyenangkan hati Tuhan da-lam keadaan senang mahupun susah. Se-lain itu, dengan bantuan Yehuwa, Ayub mengingati perkara menakjubkan yang di-lakukan oleh Yehuwa menerusi daya ak-tif-Nya. Hal ini meyakinkan Ayub bahawa Yehuwa akan mengakhiri cubaannya pada masa yang sesuai. (Ayb. 42:1, 2) Cubaan-nya memang telah berakhir. ‘Yehuwa men-jadikan Ayub kaya semula, dan memberi dia kekayaan dua kali ganda daripada yang pernah dimilikinya.’ Ayub menikmati hi-dupnya dan “meninggal dalam usia yang sangat lanjut.”—Ayb. 42:10, 17.

13. Apakah yang membantu Ayub untuk berta-bah?

Jika kita menghadapi cabaran dengan tabah, hal itu akan mempertingkatkan keperibadian Kristian kita

(17)

14 Rasul Paulus. Adakah anda menderita

akibat tentangan atau penganiayaan? Ada-kah anda seorang penatua atau penyelia li-tar yang berasa tertekan kerana mempunyai banyak tanggungjawab? Jika ya, teladan Paulus dapat membantu anda. Paulus men-derita disebabkan penganiayaan yang teruk, dan dia selalu risau tentang saudara sauda-ri. (2 Kor. 11:23-29) Namun, Paulus tidak berputus asa dan teladannya menguatkan

orang lain. (Baca 2 Korintus 1:6.) Begitu

juga, ketabahan anda dapat menggalakkan orang lain.

ADAKAH “KETABAHAN KAMU MENCAPAI TUJUANNYA”?

15 Yakobus menulis, “Biarlah ketabahan

kamu mencapai tujuannya, supaya kamu menjadi serba lengkap, tidak bercela dalam segala hal, dan tidak kekurangan apa-apa pun.” (Yak. 1:4) Bagaimanakah ketabahan “mencapai tujuannya”? Apabila kita dicuba, kita mungkin perlu lebih bersabar, bersyu-kur, atau menunjukkan kasih. Maka, cuba-an boleh membcuba-antu kita untuk menunjuk-kan sifat-sifat sebegini dengan lebih baik dan mempertingkatkan keperibadian Kris-tian kita.

16 Oleh sebab ketabahan membantu kita

untuk menjadi orang Kristian yang le-bih baik, janganlah melanggar hukum Ye-huwa semata-mata agar cabaran tersebut berakhir. Contohnya, jika anda bergelut dengan pemikiran yang tidak bermoral, ja-nganlah mengalah. Mintalah bantuan Ye-huwa untuk menolak pemikiran itu. Ada-kah anda menghadapi tentangan daripada ahli keluarga? Janganlah putus asa! Berte-kadlah untuk terus menyembah Yehuwa.

14. Menurut 2 Korintus 1:6, bagaimanakah keta-bahan Paulus membantu orang lain?

15, 16. (a) Bagaimanakah ketabahan “mencapai tujuannya”? (b) Berikan contoh tentang cara keta-bahan “mencapai tujuannya.”

Hasilnya, anda akan memperdalamkan ke-yakinan anda terhadap Yehuwa. Ingatlah ba-hawa untuk mendapat perkenan Tuhan, kita harus bertabah.—Rm. 5:3-5; Yak. 1:12.

17 Kita harus bertabah bukan hanya untuk

seketika, tetapi sampai akhir. Bayangkan se-buah kapal yang karam. Untuk selamat, pe-numpang harus berenang sampai ke darat. Penumpang yang berputus asa beberapa meter sebelum sampai ke darat akan lemas. Begitu juga, jika kita ingin hidup di dunia baru, kita perlu bertabah. Tirulah sikap Paulus yang berkata, “Kami tidak berputus asa.”—2 Kor. 4:1, 16.

18 Seperti Paulus, kita yakin bahawa

Yehu-wa akan membantu kita untuk tabah sampai akhir. Paulus menulis, “Kita akan mendapat kemenangan yang mutlak melalui dia yang mengasihi kita. Aku yakin bahawa baik ke-matian atau kehidupan atau malaikat-malai-kat atau kerajaan atau perkara yang ada sekarang atau perkara yang akan datang atau kuasa-kuasa atau ketinggian atau ke-dalaman atau mana-mana ciptaan lain, ti-dak dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang ditunjukkan melalui Kristus Ye-sus, Tuan kita.” (Rm. 8:37-39) Kadangkala kita memang berasa penat. Namun, tirulah Gideon dan para pengikutnya. Walaupun mereka penat, mereka tidak berputus asa. Sebaliknya, mereka meneruskan usaha me-reka.—Hak. 8:4.

17, 18. (a) Berikan contoh tentang pentingnya untuk bertabah sampai akhir. (b) Oleh sebab akhir semakin dekat, apakah keyakinan yang kita miliki?

NOTA KAKI:

[1](perenggan 11) Anda akan digalakkan semasa mem-baca pengalaman umat Tuhan yang tabah pada zaman moden. Contohnya, Buku Tahunan 1992, 1999, dan 2008 mempunyai laporan yang menggalakkan tentang sauda-ra saudari di Etiopia, Malawi, dan Rusia.

[2](perenggan 12) Bible tidak menyatakan bilangan ke-rub yang menerima tugas ini.

(18)

APABILA Corinna berumur 17 tahun, ibunya ditangkap dan di-hantar ke kem buruh. Kemudian, Corinna juga dibawa ke Sibe-ria yang terletak jauh dari rumahnya. Di sana, dia bekerja di la-dang dan dilayan seperti hamba. Ada kalanya, dia dipaksa untuk bekerja di luar apabila cuaca sangat sejuk dan dia tidak mempu-nyai pakaian yang sesuai. Walaupun begitu, Corinna dan se-orang saudari berusaha untuk pergi ke perjumpaan.

2 Corinna berkata, “Kami meninggalkan tempat kerja pada

waktu petang dan berjalan sejauh 25 km ke stesen kereta api. Kami menaiki kereta api pada pukul dua pagi. Enam jam kemu-dian, kami turun daripada kereta api dan berjalan sejauh 10 km untuk sampai ke tempat perjumpaan.” Corinna sangat gembira kerana dapat menghadiri perjumpaan. Dia berkata, “Di sana, kami belajar majalah Menara Pengawal dan menyanyikan lagu Kerajaan. Kami sangat digalakkan dan iman kami dikuatkan.”

1-3. (a) Bagaimanakah orang Kristian menunjukkan bahawa mereka me-nantikan masanya untuk berkumpul bersama? (Lihat gambar pada permu-laan rencana.) (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?

Mengapakah Kita

Berkumpul Bersama

untuk Menyembah Tuhan?

‘Mereka terus menumpukan sepenuh perhatian untuk bergaul

dengan satu sama lain.’—KIS. 2:42.

LAGU:20, 119 DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK “SEBAB UNTUK MENGHADIRI PERJUMPAAN,” JELASKAN . . . mengapa perjumpaan bermanfaat bagi kita.

bagaimana kita membantu orang semasa kita mengha-diri perjumpaan.

perasaan Yehuwa apabila kita menghadiri perjumpaan.

(19)

Selepas tiga hari, dua saudari ini kembali ke ladang. Namun, pengurus ladang tidak sedar bahawa mereka telah membuat perja-lanan itu.

3 Umat Yehuwa selalu menantikan

ma-sanya mereka dapat berkumpul bersama. Contohnya, orang Kristian pada abad per-tama tidak sabar untuk berkumpul ber-sama supaya dapat menyembah Yehuwa dan belajar tentang-Nya. (Kis. 2:42) Su-dah tentu, anda juga suka menghadiri per-jumpaan. Namun seperti saudara saudari lain, anda mungkin menghadapi cabaran untuk menghadiri perjumpaan secara te-tap. Mungkin anda sibuk, perlu bekerja, atau berasa letih. Jadi, apakah yang men-dorong kita untuk terus berusaha sedaya

upaya agar menghadiri perjumpaan?[1]

Ba-gaimanakah kita dapat menggalakkan pe-lajar Bible dan orang lain untuk meng-hadiri perjumpaan secara tetap? Rencana ini akan menjelaskan mengapa menghadiri perjumpaan (1) membawa manfaat kepada kita, (2) dapat membantu orang lain, dan

(3) menyenangkan hati Yehuwa.[2]

PERJUMPAAN BERMANFAAT UNTUK KITA 4 Kita diajar melalui perjumpaan. Setiap

perjumpaan membantu kita untuk lebih mengenali Yehuwa. Contohnya, sidang anda mungkin telah membincangkan buku

Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan

semasa Pembelajaran Bible Sidang. Apa-kah perasaan anda semasa membincangkan sifat-sifat Yehuwa dan mendengar komen saudara saudari tentang-Nya? Sudah tentu anda digerakkan untuk lebih mengasihi Ye-huwa. Semasa perjumpaan, kita belajar le-bih banyak dengan menumpukan perhatian pada ceramah, demonstrasi, dan pembaca-an Bible. (Neh. 8:8) Fikirkpembaca-an betapa bpembaca-anyak

4. Bagaimanakah perjumpaan membantu kita un-tuk lebih mengenali Yehuwa?

perkara yang diterokai setiap minggu apabi-la kita membuat persiapan untuk pemba-caan Bible dan mendengar komen-komen orang lain.

5 Perjumpaan mengajar kita cara

me-nerapkan prinsip Bible dalam kehidupan. (1 Tes. 4:9, 10) Contohnya, pernahkah pembelajaran Menara Pengawal menggerak-kan anda untuk meluasmenggerak-kan khidmat kepa-da Yehuwa, meningkatkan mutu doa, atau mengampuni saudara saudari? Perjumpaan pada pertengahan minggu mengajar kita cara untuk menyebarkan berita baik dan membantu orang memahami kebenaran Bi-ble.—Mat. 28:19, 20.

6 Perjumpaan menggalakkan kita. Dunia

Syaitan cuba melemahkan iman kita dan membuat kita berasa tertekan serta ke-cewa. Namun, perjumpaan menggalakkan kita dan menguatkan tekad kita untuk

me-nyembah Yehuwa.(Baca Kisah 15:30-32.)

Kita selalu membincangkan bagaimana nu-buat Bible menjadi kenyataan. Hal ini me-yakinkan kita bahawa janji-janji Yehuwa pada masa depan akan menjadi kenyataan. Kita digalakkan bukan hanya melalui cera-mah saudara saudari, tetapi juga melalui komen dan nyanyian pujian kepada Yehu-wa. (1 Kor. 14:26) Apabila kita berbual de-ngan mereka sebelum dan selepas perjum-paan, kita disegarkan kerana mempunyai sahabat yang mengambil berat tentang kita. —1 Kor. 16:17, 18.

7 Di perjumpaan, kita menerima bantuan

daya aktif Tuhan.Yesus menggunakan daya

5. Bagaimanakah perjumpaan mengajar anda menggunakan prinsip Bible dalam kehidupan dan meningkatkan kemahiran dalam kerja penyeba-ran?

6. Bagaimanakah perjumpaan menggalakkan dan menguatkan kita?

7. Mengapakah penting untuk menghadiri perjum-paan?

(20)

aktif Tuhan untuk memimpin sidang. Dia menyuruh kita untuk “mendengar apa yang dikatakan oleh daya aktif Tuhan kepada si-dang-sidang.” (Why. 2:7) Daya aktif mem-bantu kita untuk menolak godaan, mengin-jil dengan berani, dan membuat keputusan yang bijak. Itulah sebabnya kita harus beru-saha untuk menghadiri perjumpaan dan menerima bantuan daya aktif Tuhan.

MANFAAT BAGI ORANG LAIN 8 Di perjumpaan, kita berpeluang untuk

me-nunjukkan kasih kepada saudara saudari. Ba-nyak rakan seiman menghadapi situasi yang susah. Itulah sebabnya rasul Paulus menu-lis, “Marilah kita mengambil berat tentang

8. Apabila saudara saudari melihat kita di perjum-paan dan mendengar komen serta nyanyian kita, bagaimanakah hal ini membantu mereka? (Lihat juga kotak, “Dia Selalu Berasa Lega Selepas Per-jumpaan.”)

satu sama lain.” (Ibr. 10:24, 25, nota kaki) Kita boleh melakukannya dengan berkum-pul bersama dan menggalakkan mereka. Dengan menghadiri perjumpaan secara te-tap, kita menunjukkan bahawa kita ingin berada bersama saudara saudari, bercakap dengan mereka, dan mengetahui perasaan mereka. Kita juga dapat menggalakkan me-reka melalui komen dan nyanyian dari hati. —Kol. 3:16.

9 Dengan menghadiri perjumpaan, kita

membantu sidang untuk bersatu padu.(Baca

Yohanes 10:16.) Yesus membandingkan

dirinya seperti seorang gembala, manakala para pengikutnya seperti kawanan biri-biri. Fikirkan hal ini: Jika dua ekor biri-biri di atas bukit, dua ekor lagi di lembah, dan satu ekor di tempat lain, adakah kelima-lima biri-biri ini merupakan satu kawanan? Tidak. Biasanya satu kawanan biri-biri ber-kumpul bersama di bawah jagaan seorang gembala. Begitu juga, kita tidak patut men-jauhi saudara saudari dengan tidak meng-hadiri perjumpaan. Kita perlu berkumpul bersama untuk menjadi “satu kawanan” yang mengikut “satu gembala.”

10 Perjumpaan menyatukan kita sebagai

sebuah keluarga. (Mzm. 133:1) Sesetengah saudara saudari tidak lagi diterima oleh ibu bapa dan adik-beradik mereka. Namun, Ye-sus berjanji untuk memberi mereka sebuah keluarga yang akan mengasihi dan menjaga mereka. (Mrk. 10:29, 30) Jika anda meng-hadiri perjumpaan secara tetap, anda dapat menjadi seperti seorang bapa, ibu, atau adik-beradik bagi seseorang. Tidakkah hal ini mendorong kita untuk menghadiri se-mua perjumpaan?

9, 10. (a) Jelaskan bagaimana kata-kata Yesus di Yohanes 10:16 membantu kita memahami me-ngapa penting untuk berkumpul bersama saudara saudari. (b) Dengan menghadiri perjumpaan seca-ra tetap, bagaimanakah kita dapat membantu me-reka yang tidak lagi diterima oleh keluarga?

“BARU-BARU ini, masalah kesihatan menye-babkan saya susah untuk menghadiri per-jumpaan. Namun, apabila berada di situ, saya menikmati makanan rohani yang dise-diakan Yehuwa. Walaupun saya menghidapi sakit lutut, masalah jantung, dan masalah lain akibat diabetes, saya selalu berasa lega selepas perjumpaan.”

“Pertama kali saya mendengar lagu 68, ‘Doa Orang yang Patah Semangat’ yang di-nyanyikan oleh sidang, saya menangis. Lagu itu sangat indah! Alat bantu pendengaran saya dapat menangkap suara semua orang dan saya menyanyi bersama. Betapa gembi-ranya berada di situ!”—George, 58 tahun.

DIA SELALU BERASA LEGA

SELEPAS PERJUMPAAN

(21)

KITA DAPAT MENYENANGKAN HATI YEHUWA

11 Di perjumpaan, kita memberi Yehuwa apa

yang layak diterima-Nya.Memandangkan Ye-huwa ialah Pencipta, kita patut bersyukur kepada-Nya, serta menghormati dan

me-muji-Nya. (Baca Wahyu 7:12.) Kita

bo-leh berbuat demikian dengan berdoa kepa-da Yehuwa, menyanyikan lagu pujian, kepa-dan memberitahu orang lain tentang-Nya. Kita berpeluang untuk melakukan hal ini di per-jumpaan setiap minggu!

12 Kita harus mentaati Yehuwa kerana

Dialah yang mencipta kita. Dia meme-rintahkan kita untuk berkumpul bersa-ma, lebih-lebih lagi semasa akhir dunia semakin mendekat. Dengan mentaati perin-tah itu, kita menyenangkan hati Yehuwa. (1 Yoh. 3:22) Yehuwa memerhatikan kita dan menghargai usaha kita untuk mengha-diri perjumpaan.—Ibr. 6:10.

13 Dengan menghadiri perjumpaan, kita

me-nunjukkan bahawa kita ingin menghampiri Ye-huwa dan Yesus. Di perjumpaan, Pendidik Agung membimbing kita melalui Firman-Nya, Bible. (Yes. 30:20, 21) Apabila orang yang bukan Saksi menghadiri perjumpaan, mereka pun sedar bahawa kita dibimbing oleh-Nya. (1 Kor. 14:23-25) Yehuwa mem-bimbing kita di perjumpaan melalui daya aktif-Nya. Dengan menghadiri perjumpaan, kita akan mendengar ajaran Yehuwa dan merasai kasih-Nya. Hal ini mendorong kita untuk menghampiri-Nya.

14 Ketua sidang, iaitu Yesus, berkata,

“Apabila dua atau tiga orang berkumpul

11. Dengan menghadiri perjumpaan, bagaimana-kah kita memberi Yehuwa apa yang layak diterima-Nya?

12. Apakah perasaan Yehuwa jika kita mentaati perintah-Nya untuk menghadiri perjumpaan? 13, 14. Bagaimanakah kita menghampiri Yehuwa dan Yesus menerusi perjumpaan?

atas namaku, aku akan ada bersama-sama mereka.” (Mat. 18:20) Bible juga berka-ta bahawa Yesus mengawasi sidang-sidang Kristian. (Why. 1:20–2:1) Jelaslah bahawa Yehuwa dan Yesus menyertai dan menguat-kan kita menerusi perjumpaan. Pada pen-dapat anda, apakah perasaan Yehuwa apa-bila anda berusaha sedaya upaya untuk menghampiri-Nya dan Anak-Nya?

15 Dengan menghadiri perjumpaan, kita

me-nunjukkan bahawa kita menyokong peme-rintahan Yehuwa. Yehuwa tidak memaksa kita untuk mentaati-Nya. (Yes. 43:23) Na-mun, apabila kita mentaati perintah-Nya untuk menghadiri perjumpaan, kita me-nunjukkan kasih terhadap-Nya dan menyo-kong pemerintahan-Nya. (Rm. 6:17) Con-tohnya, bagaimana jika majikan menyuruh kita bekerja lebih masa sehingga kita tidak dapat menghadiri perjumpaan dengan te-tap? Bagaimana pula jika kerajaan menden-da, memenjarakan, atau menghukum me-reka yang berkumpul untuk menyembah Yehuwa? Atau mungkinkah kita ingin mela-kukan hal lain dan bukannya menghadi-ri perjumpaan? Dalam semua situasi ini, kita harus membuat keputusan peribadi. (Kis. 5:29) Namun jika kita mentaati Yehu-wa, kita akan menggembirakan hati-Nya. —Ams. 27:11.

TERUS BERKUMPUL BERSAMA RAKAN SEIMAN

16 Selepas perjumpaan pada

Pentakos-ta 33 M, orang Kristian berkumpul ber-sama secara tetap untuk menyembah Yehu-wa. Mereka ‘terus menumpukan sepenuh perhatian kepada ajaran para rasul dan

15. Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita mentaati Tuhan semasa menghadiri perjumpaan? 16, 17. (a) Bagaimanakah kita tahu bahawa per-jumpaan sangat penting bagi orang Kristian pada abad pertama? (b) Apakah perasaan Saudara George Gangas mengenai perjumpaan?

(22)

22

bergaul dengan satu sama lain.’ (Kis. 2:42) Walaupun dianiaya oleh kerajaan Roma dan pemimpin agama Yahudi, mereka berusaha untuk terus menghadiri perjum-paan.

17 Hari ini, umat Yehuwa juga

menghar-gai dan menikmati perjumpaan. George Gangas yang pernah menjadi ahli Badan Pimpinan selama 22 tahun berkata, “Bagi saya, berjumpa dengan saudara saudari membawa sukacita yang besar dan kele-gaan dalam hidup. Saya berusaha menjadi orang yang terawal datang ke Dewan Per-jumpaan dan yang terakhir untuk beredar. Saya gembira berbual dengan umat Tuhan. Apabila saya berada bersama mereka, saya seolah-olah di firdaus rohani bersama ke-luarga saya.” Dia menambah, “Menghadi-ri perjumpaan merupakan keinginan hati saya.”

18 Adakah anda juga berasa sedemikian

apabila berkumpul bersama untuk me-nyembah Yehuwa? Jika ya, bertekadlah un-tuk berkumpul bersama saudara saudari di perjumpaan walaupun hal itu tidak mudah. Tunjukkanlah kepada Yehuwa bahawa anda berasa seperti Raja Daud yang berkata, ‘Ya Yehuwa, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu.’—Mzm. 26:8.

18. Apakah perasaan anda terhadap perjumpaan? Apakah tekad anda?

NOTA KAKI:

[1](perenggan 3) Sesetengah saudara saudari tidak da-pat menghadiri perjumpaan dengan tetap disebabkan situasi yang di luar kawalan. Contohnya, mereka mung-kin menghidapi penyakit serius. Namun, Yehuwa mema-hami situasi mereka dan sangat menghargai usaha me-reka untuk menyembah-Nya. Penatua boleh membantu mereka mendengar perjumpaan melalui telefon atau ra-kaman.

[2](perenggan 3) Lihat kotak, “Sebab untuk Menghadi-ri Perjumpaan.”

1. Kita diajar melalui perjumpaan.

2. Perjumpaan menggalakkan kita.

3. Kita menerima bantuan daya aktif

Tuhan.

˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙

4. Kita berpeluang untuk menunjukkan

kasih kepada saudara saudari.

5. Kita membantu sidang untuk bersatu

padu.

˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙

6. Kita memberi Yehuwa apa yang layak

diterima-Nya.

7. Kita menunjukkan bahawa kita ingin

menghampiri Yehuwa dan Yesus.

8. Kita menunjukkan bahawa kita

menyokong pemerintahan Yehuwa.

SEBAB UNTUK MENGHADIRI

PERJUMPAAN

(23)

Felisa: Keluarga saya beragama Katolik.

Sebe-narnya, 13 daripada saudara-mara kami merupa-kan paderi atau bekerja di gereja. Sepupu ibu saya ialah paderi dan guru di sekolah Katolik. Selepas dia meninggal, Paus John Paul II mencadangkan agar dia dijadikan seorang santo. Saya membesar dalam keluarga yang sederhana di Sepanyol. Bapa saya seorang tukang besi dan ibu bekerja di la-dang. Saya ialah anak sulung daripada lapan orang adik-beradik.

Apabila berumur 12 tahun, perang saudara tercetus di Sepanyol. Selepas perang, bapa di-penjarakan kerana kerajaan tidak suka panda-ngan politiknya. Ibu susah mencari makanan bagi

kami. Maka, dia menghantar tiga orang adik saya, Araceli, Lauri, dan Ramoni ke biara di kota Bil-bao. Di sana, mereka mendapat cukup makanan.

Araceli: Pada masa itu, saya berumur 14

hun, Lauri berumur 12 tahun, dan Ramoni 10 ta-hun. Kami sangat rindu keluarga. Kami disuruh membersihkan biara. Dua tahun kemudian, kami dihantar ke biara yang lebih besar di Zaragoza di mana orang tua dijaga. Kami membersihkan da-pur dan kerja ini sangat memenatkan.

Felisa: Apabila adik-adik saya dihantar ke

Za-ragoza, saya juga dihantar ke sana oleh ibu serta pakcik saya yang merupakan paderi. Mereka ingin menjauhkan saya daripada seorang pemuda yang

KISAH HIDUP

Biarawati Menjadi

Saudari Rohani

DICERITAKAN OLEH

FELISA DAN ARACELI FERN

ANDEZ

´

DAHULU adik saya, Araceli, berteriak, “Jangan cakap dengan

saya lagi. Saya tidak mahu dengar tentang agamamu. Saya tidak

suka. Saya benci kamu!” Kata-katanya menyakiti hati saya.

Sekarang saya berumur 91 tahun, tetapi saya masih ingat

kata-kata itu. Namun, seperti yang tercatat di Pengkhutbah 7:8,

“Kesudahan sesuatu perkara lebih baik daripada permulaannya.”

(24)

24

menyukai saya. Saya ingin pergi ke biara kerana saya mencintai Tuhan. Saya pergi ke gereja setiap hari dan ingin menjadi seorang mubaligh Katolik seperti sepupu saya di Afrika.

Di biara, saya tidak dapat melakukan apa yang diinginkan. Biarawati tidak menggalakkan saya untuk berkhidmat kepada Tuhan di negara lain seperti yang saya inginkan. Setahun kemudian, saya kembali dan menjaga pakcik saya. Saya me-lakukan kerja rumah baginya dan kami mengu-capkan doa rosario bersama setiap petang. Saya suka meletakkan bunga di gereja dan menghiasi patung Maria serta santo-santo.

Araceli: Di Zaragoza, saya berikrar untuk

menjadi biarawati. Kemudian biarawati memi-sahkan kami, saya dihantar ke Madrid, Lauri ke Valencia, dan Ramoni tetap berada di Zaragoza. Di Madrid, saya mengucapkan ikrar kedua untuk menjadi biarawati. Ramai orang tinggal di sana, seperti pelajar dan orang tua. Maka, ada banyak kerja untuk dilakukan dan saya bekerja di baha-gian hospital.

Saya ingin menjadi seorang biarawati kerana saya sangka kami akan meluangkan banyak masa untuk mempelajari Bible. Namun, saya kecewa. Mereka tidak menggunakan Bible atau bercakap

tentang Tuhan dan Yesus. Saya belajar sedikit ba-hasa Latin, kisah hidup santo-santo, dan memu-ja Maria. Kebanyakan masanya kami melakukan kerja berat.

Saya mula berasa tertekan dan bimbang. Saya berasa saya patut bekerja untuk membantu ke-luarga, dan bukannya bekerja di biara yang mem-buat orang lain kaya. Maka saya memberitahu ketua biarawati bahawa saya ingin tinggalkan tempat itu. Tetapi dia mengurung saya agar saya mengubah fikiran.

Apabila biarawati membebaskan saya, mereka sedar bahawa saya masih ingin meninggalkan tempat itu. Maka, mereka mengurung saya lagi. Selepas melakukan hal ini sebanyak tiga kali, me-reka membenarkan saya pergi jika saya menulis, “Saya meninggalkan tempat ini kerana saya ingin menyembah Syaitan dan bukannya Tuhan.” Saya terkejut! Saya memang ingin pergi, tetapi saya ti-dak akan menulis kata-kata itu. Akhirnya saya memberitahu seorang paderi tentang apa yang berlaku. Dia mendapat keizinan daripada uskup agar saya dihantar pulang ke biara di Zaragoza. Selepas beberapa bulan di sana, saya dibenarkan untuk pulang. Tidak lama kemudian, Lauri dan Ramoni juga meninggalkan biara.

Biara di Zaragoza, Sepanyol (kiri) terjemahan Bible Nacar-Colunga (kanan)´

(25)

BUKU YANG MEMECAHBELAHKAN KAMI

Felisa: Saya berkahwin dan tinggal di wilayah

Cantabria, Sepanyol. Saya selalu ke gereja. Pada suatu hari, paderi berteriak, “Lihat buku ini!” Dia menunjukkan buku “Kebenaran” (The Truth That

Leads to Eternal Life) dan berkata, “Jika sesiapa bagi kamu buku ini, beri kepada saya atau buang sahaja!”

Saya menginginkan buku itu. Selepas beberapa hari, dua orang Saksi-Saksi Yehuwa datang ke ru-mah saya. Mereka menawarkan buku itu kepada saya dan pada malam itu juga saya membacanya. Apabila mereka kembali, mereka menawarkan pembelajaran Bible dan saya setuju.

Saya ingin menyenangkan hati Tuhan. Setelah belajar tentang Yehuwa, saya semakin mengasihi-Nya. Saya ingin memberitahu orang lain tentang-Nya. Saya dibaptis pada tahun 1973. Apabila ada kesempatan, saya memberitahu keluarga saya tentang kebenaran. Namun keluarga saya, teruta-manya Araceli, berkeras mengatakan bahawa ke-percayaan saya salah.

Araceli: Saya dilayan dengan buruk di biara.

Maka saya berasa marah serta tidak puas hati de-ngan agama. Namun, saya tetap ke gereja setiap hari Ahad dan mengucapkan doa rosario setiap hari. Saya meminta bantuan Tuhan untuk mema-hami Bible. Kemudian Felisa mengongsi keperca-yaannya dengan saya. Dia begitu teruja sehingga saya rasa dia seperti gila. Saya tidak setuju de-ngan apa yang dikatakannya.

Saya kembali ke Madrid untuk bekerja dan ke-mudian berkahwin. Selama bertahun-tahun, saya perhatikan orang yang selalu pergi gereja sebe-narnya tidak mengamalkan ajaran Yesus. Jadi, saya berhenti pergi gereja. Saya tidak lagi perca-ya santo-santo dan neraka, serta berasa baha-wa paderi tidak dapat mengampuni dosa. Saya juga menghapuskan semua patung agama saya. Saya tidak pasti apa yang saya lakukan itu betul. Saya berasa kecewa, tetapi saya berdoa, “Saya ingin mengenali-Mu. Bantulah saya!” Saksi-Saksi Yehuwa sering mengetuk pintu saya. Namun saya

Felisa Buku “Kebenaran”

(26)

26

tidak membukanya kerana saya tidak percaya mana-mana agama.

Lauri tinggal di Perancis, manakala Ramoni di Sepanyol. Pada awal tahun 1980-an, mereka bela-jar Bible dengan Saksi. Saya rasa mereka seperti Felisa yang tidak sedar bahawa apa yang dipelaja-ri itu salah. Kemudian saya mengenali jiran saya, Angelines, dan kami menjadi rapat. Dia juga se-orang Saksi-Saksi Yehuwa. Angelines dan suami-nya selalu menawarkan pembelajaran Bible. Wa-laupun saya kata saya tidak berminat dengan agama, mereka sedar bahawa saya ingin memaha-mi Bible. Akhirnya saya berkata, “Baiklah. Saya akan belajar Bible dengan kamu tetapi dengan menggunakan Bible saya.” Saya memiliki Bible

terjemahan Nacar-Colunga.´

AKHIRNYA BIBLE MENYATUKAN KAMI

Felisa: Sewaktu saya dibaptis pada tahun 1973,

terdapat kira-kira 70 Saksi di Santander, ibu kota Cantabria. Kami mengadakan perjalanan jauh un-tuk menginjil. Terdapat ratusan kampung di wila-yah itu. Maka kami menaiki bas kemudian meng-gunakan kereta untuk pergi dari kampung ke kampung.

Saya telah mengajar Bible kepada banyak orang dan 11 daripada mereka dibaptis. Kebanyakannya merupakan penganut Katolik. Saya perlu bersabar dengan mereka. Seperti saya, mereka memerlukan masa untuk sedar bahawa kepercayaan mereka sa-lah. Hanya Bible dan daya aktif Yehuwa dapat mengubah fikiran seseorang untuk memahami kebenaran. (Ibr. 4:12) Suami saya, Bienvenido, se-orang bekas polis, dibaptis pada tahun 1979. Ibu saya pula belajar Bible tidak lama sebelum me-ninggal.

Araceli: Sewaktu mula belajar Bible dengan

Saksi, saya tidak percaya mereka. Namun, saya ti-dak lagi berasa begitu. Para Saksi bukan hanya mengajarkan Bible, tetapi juga mentaatinya. Iman saya kepada Yehuwa dan Bible semakin kuat. Saya juga berasa lebih gembira. Sesetengah jiran sedar akan perubahan saya dan berkata, “Araceli, terus-kan haluan hidup kamu!”

Saya berdoa, “Yehuwa, terima kasih kerana ti-dak putus asa terhadap saya dan memberi saya ba-nyak peluang untuk mendapatkan apa yang saya cari, iaitu kebenaran Bible.” Saya juga meminta maaf daripada Felisa kerana pernah menyakiti ha-tinya. Sejak itu, kami tidak lagi bergaduh, sebalik-nya kami suka bercakap tentang Bible. Pada tahun 1989, saya dibaptis sewaktu berumur 61 tahun.

Felisa: Sekarang saya berumur 91 tahun. Suami

saya telah meninggal dan saya tidak lagi dapat melakukan banyak perkara. Namun, saya masih membaca Bible setiap hari dan berusaha untuk pergi perjumpaan serta menginjil.

Araceli: Mungkin kerana pernah menjadi

wati, saya suka bercakap dengan paderi dan biara-wati tentang Yehuwa. Saya menikmati perbualan dengan beberapa di antara mereka, dan banyak yang mengambil bahan bacaan kita. Saya pernah bercakap beberapa kali dengan seorang paderi. Dia setuju dengan apa yang saya katakan. Namun dia berkata bahawa dia sudah tua. Dia berkata lagi, “Apa yang akan dikatakan oleh keluarga dan orang yang datang ke gereja saya?” Saya men-jawab, “Apa yang akan dikatakan Tuhan?” Dia kelihatan sedih, namun dia tidak berani untuk berubah.

Saya tidak akan lupa ketika suami saya berkata bahawa dia ingin menghadiri perjumpaan bersama saya. Pada masa itu, dia berumur lebih daripada 80 tahun. Sejak itu, dia tidak pernah mengabaikan perjumpaan. Dia belajar Bible dan mula menginjil. Saya ada banyak kenangan manis sewaktu kami menginjil. Dia meninggal dua bulan sebelum hari pembaptisannya.

Felisa: Sewaktu mula menyembah Yehuwa, tiga

orang adik saya menentang. Akhirnya mereka me-nerima kebenaran. Itu merupakan salah satu per-kara yang terindah dalam hidup saya! Kami suka meluangkan masa untuk bercakap tentang Yehu-wa serta Firman-Nya. Kami semua menyembah

Ye-huwa.1

1 Araceli berumur 87 tahun, Felisa 91 tahun, dan Ramoni 83 tahun. Mereka masih menyembah Yehuwa dengan setia. Lauri juga setia kepada Yehuwa dan meninggal pada tahun 1990.

(27)

BIBLE mengajar kita untuk mentaati kerajaan manusia. Na-mun, Bible juga mengajar kita untuk mengutamakan kepatuhan kepada Tuhan. (Kis. 5:29; Tit. 3:1) Bagaimanakah kita melaku-kan hal ini? Yesus menerangmelaku-kan prinsip yang membantu kita untuk mengetahui siapa yang harus dipatuhi. Yesus berkata, “Berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar, tetapi berikanlah milik

Tuhan kepada Tuhan.”[1](Mat. 22:21) Kita memberikan “milik

Kaisar kepada Kaisar” dengan mematuhi undang-undang kera-jaan, menghormati pegawai kerakera-jaan, dan membayar cukai. (Rm. 13:7) Namun jika kerajaan menyuruh kita melakukan se-suatu yang bertentangan dengan prinsip Tuhan, kita akan me-nolak dalam cara yang hormat.

2 Satu cara kita memberikan “milik Tuhan kepada Tuhan”

adalah dengan tetap neutral dalam hal politik. (Yes. 2:4) Me-mandangkan Yehuwa membenarkan kerajaan manusia untuk memerintah, kita tidak menentang mereka. Kita juga tidak ter-libat dalam aktiviti patriotik atau kebangsaan. (Rm. 13:1, 2)

1. Bagaimanakah kita dapat mentaati Tuhan dan pemerintah manusia? 2. Bagaimanakah kita berpendirian neutral dalam hal politik?

Tetap Neutral dalam Dunia

yang Berpecah Belah

“Berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”—MAT. 22:21.

LAGU:33, 137

APAKAH JAWAPAN ANDA?

Apakah pandangan Yehuwa terhadap kerajaan manusia?

Apakah yang patut kita lakukan sewaktu kita berasa susah untuk tetap neutral?

Apakah yang dapat kita pelajari daripada hamba Yehuwa yang tetap neutral?

(28)

28

Kita tidak mengundi, menjadi ahli politik, mengubah kerajaan, atau mempengaruhi ahli politik.

3 Ada banyak sebab mengapa Tuhan

ingin kita neutral. Salah satu sebab adalah kerana kita meniru Yesus yang “bukan se-bahagian daripada dunia.” Dia tidak terli-bat dalam hal politik atau peperangan. (Yoh. 6:15; 17:16) Selain itu, kita menyo-kong Kerajaan Tuhan dan bukannya keraja-an mkeraja-anusia. Maka, kita mempunyai hati nurani yang murni apabila kita menginjil bahawa hanya Kerajaan Tuhan yang da-pat menyelesaikan segala masalah manu-sia. Agama palsu terlibat dalam hal politik dan menyebabkan orang berpecah belah. Namun, kita bersikap neutral dan hal ini menyatupadukan saudara saudari di serata dunia.—1 Ptr. 2:17.

4 Kita mungkin hidup di tempat yang

tia-da pergolakan politik. Namun semakin kita mendekat kepada akhir dunia Syaitan, se-makin susah bagi kita untuk tetap neutral. Hari ini orang “tidak mahu dibawa berbin-cang,” “keras kepala,” dan semakin ber-pecah belah. (2 Tim. 3:3, 4) Sesetengah rakan seiman mengalami cabaran akibat pergolakan politik di negara mereka. Maka kita harus bersiap sedia untuk mengekal-kan keneutralan semasa menghadapi caba-ran. Mari kita lihat empat cara untuk mela-kukannya.

MEMILIKI PANDANGAN YEHUWA TERHADAP KERAJAAN MANUSIA

5 Salah satu cara untuk tetap neutral

adalah dengan memiliki pandangan

Yehu-3. Mengapakah kita mesti bersikap neutral? 4. (a) Mengapakah kita akan berasa semakin su-sah untuk tetap neutral? (b) Mengapakah kita ha-rus bersiap sedia sekarang untuk tetap neutral? 5. Apakah pandangan Yehuwa terhadap kerajaan manusia?

wa terhadap kerajaan manusia. Semasa menciptakan manusia, Yehuwa tidak mem-beri mereka hak untuk memerintah. (Yer. 10:23) Tuhan memandang umat manusia sebagai sebuah keluarga. Tetapi kerajaan manusia memecahbelahkan orang kerana mereka berpendapat bahawa bangsa mere-kalah yang terbaik. Walaupun ada kerajaan yang nampaknya baik, mereka tidak dapat menyelesaikan segala masalah dunia. Me-reka juga menjadi musuh Kerajaan Tuhan yang memerintah sejak tahun 1914. Tidak lama lagi Kerajaan Tuhan akan

memusnah-kan semua kerajaan manusia.—Baca

Maz-mur 2:2, 7-9.

6 Tuhan membenarkan kerajaan

manu-sia wujud kerana mereka dapat mengekal-kan kedamaian hingga tahap tertentu. De-ngan demikian, kita dapat menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. (Rm. 13:3, 4) Tuhan bahkan ingin kita ber-doa bagi pihak pemerintah supaya kita dapat beribadat kepada-Nya dengan be-bas. (1 Tim. 2:1, 2) Jika kita dilayan de-ngan tidak adil, kita boleh meminta ban-tuan daripada pihak berkuasa. Itulah yang dilakukan oleh Paulus. (Kis. 25:11) Wa-laupun Bible menyatakan bahawa Syaitan sedang mengawal kerajaan manusia, dia tidak mengawal setiap individu yang ber-kuasa. (Luk. 4:5, 6) Jadi, kita tidak patut memberikan tanggapan bahawa seorang pegawai kerajaan dikuasai oleh Iblis. Kita juga “tidak memburuk-burukkan sesiapa pun.”—Tit. 3:1, 2.

7 Kita mentaati Tuhan dengan tidak

menyokong mana-mana ahli politik, wa-laupun pendapat atau cadangan mere-ka dapat memberimere-kan manfaat kepada

6. Bagaimanakah kita harus memperlakukan pi-hak berkuasa?

Referensi

Dokumen terkait

Fokus pelatihan kami adalah Layanan Pelanggan (Service Excellence), Tehnik Presentasi dan Mengajar ( Training For Trainer) dan Psikologi-Perilaku Manusia ( DiSC Profile dan

Jual beli ‚Mahar‛ benda pusaka merupakan sesuatu yang harus dibayar oleh pembeli kepada penjual, bisa berupa uang, amalan-amalan khusus, atau sesuai kehendak si penjual

Hasil penelitian yang dilakukan penggorengan dari uji organoleptik dengan hasil perlakuan terbaik yaitu perlakuan A2 (10%) mempunyai nilai produk paling tinggi

1) Pertumbuhan daerah perkotaan yang terus menerus, termasuk sejumlah CBD dan pusat daerah pinggir kota dan regional, membutuhkan pelayanan transportasi yang

Ketika berada dalam kondisi antara mendapat fitnah dan pujian, kita harus mengenal dengan jelas bahwa azas Tzu Chi adalah semangat “cinta kasih universal”,

Pada penelitian ini bulan laktasi tidak berpengaruh terhadap kadar bahan kering tanpa lemak susu hal tersebut terjadi karena pengaruh yang diberikan oleh adanya

Berikut adalah mekanisme atau cara kerja dari alat rotary sample devider1 "ara kerja dari alat ini yaitu menggunakan prinsip getaran yang berasal dari tenaga elektrik

Tujuan dalam penelitian ini adalah memprediksi pertumbuhan penumpang 5 tahun kedepan berdasarkan pertumbuhan penduduk yang berpengaruh terhadap