• Tidak ada hasil yang ditemukan

EDU 3102 Teori-teori Vygotsky, Piaget Dan Chomsky

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "EDU 3102 Teori-teori Vygotsky, Piaget Dan Chomsky"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Teori-teori yang dikemukakan oleh Vygotsky, Piaget dan Chomsky

Teori Kognitif Lev Vygostsky

Lev semenovich Vygostsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia. Beliau medalami ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang

kesusateraan. Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The Psychology of Art”.

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaraan sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang aikibat daripada pergauIan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ialah selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan indlvidu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adik-beradik. Keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu akan bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak- kanak.

Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumatdalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang. menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat:

Peringkat Sosial

Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat, jiran.

Peringkat Individu (peribadi)

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Zon Perkembangan Proksimal

Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahlran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dljayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

HAD ATAS

Peringkat kemahlran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

Berdasarkan rajah di sebelah, Vygotsky membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada hadbawah dan hak atas. Had bawah merupakan kemahiran yang bolehdicapai sendiri oleh kanak-kanak. Manakala had atas pula adalah

kemahiran-kemahiran yang sukar dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan

(2)

memerlukan bantuan daripada individu yang lebih berkemahiran. Ruangan Zon Perkembangan Proksimal menwakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang dalam proses kematangan dan akan

mencapai kematangan dengan bantuan individu yang lebih mahir. (Goos, 2004; Gray & Feldman, 2004)

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

HAD BAWAH

Kemahiran yang boleh/telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Rajah 2. Zon Perkembangan Proksima

Perancah (Scaffolding)

Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih

berkemahiran (ibubapa, guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar.

Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiranyang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007).

Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (secaffolding). Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuanindividu yang lebih mahir (Contoh: Guru).

Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 – 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal.

Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiranapabila dewasa kelak. Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.

(3)

Teori perkembangan kognitif Piaget

Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempelajari ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. (Ramlah dan Mahani, 2002)

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

 Kematangan biologi-- Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik.

 Interaksi individu dengan persekitaran-- lndividu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami

perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

 Pengalaman sosial-- Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di

persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dsb.

 Keseimbangan-- Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk

mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN

Menurut Piaget, setiap indlvidu cenderung untuk memahami persekitaran

Mereka. lndividu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka.

Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.

Skema-skema ini akan digunakan oleh Individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya: Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,

kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepandengan situasi yang baru. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi baru tersebut.

Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema barudipanggiI adaptasi. Adaptasi

melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang teIah sedia ada. Akmnodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran unluk disesuaikan dengan pengalaman baru dan

(4)

seterusnya membentuk skema baru. Dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kamik dapat mengenal dan membezakan “d” daripada “b”.

Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang

digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka unluk mencari keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk

Sesuatu situasi/ pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan

akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema buru untuk disemaikan dengan situasi baru tersebut.

Piaget mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif:  Peringkat Sensorimotor (Semenjak lahir – 2 tahun)

 Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)  Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)  Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Teori Linguistik Chomsky

Bahasa merupakan ciri utama yang membedakan manusia dengan makhluk lainnya. Menurut Komaruddin Hidayat, proses berbahasa melibatkan sejumlah saraf dalam otak yang meramu kata-kata agar dapat dipahami publik.

Dengan ini, berbahasa juga dapat dipahami sebagai proses berfikir. Karena itulah, menjadikan bahasa sebagai objek kajian merupakan pilihan menarik. Dalam literatur linguistik dinyatakan bahwa sejak Plato hingga akhir abad ke-19 kajian kebahasaan bersifat diakronik. Saat itu hubungan genetik pada tiap-tiap bahasa dicari ketersambungannya.

Kehadiran Ferdinand de Saussure, dengan karya monumentalnya Course in General Linguistic, membawa perubahan pada kecenderungan itu. Sejak itu, terjadi peralihan arah pada kajian linguistik, dari kajian diakronik menuju sinkronik, dengan penelitian struktural-gramatikal menjadi titik tekannya. Pemikiran inilah yang menjadi titik tolak munculnya aliran strukturalisme dalam bahasa.

Pada 1930-an, diadakan penelitian untuk mencari landasan teoretis yang dilakukan Leonard Bloomfield. Dia menemukan teori behaviouris yang diabadikan dalam karyanya berjudul Language. Dalam penemuannya itu, ia menandaskan, kemampuan berbahasa manusia adalah bentukan dari alam (lingkungan), manusia itu

dibesarkan. Bagaikan kertas kosong, alam mengisi dan membentuk kemampuan manusia itu. Dalam pembahasan asal-usul bahasa, konsep Bloomfield ini dikenal dengan teori tabularasa (Komaruddin Hidayat, 2004).

Namun, nasib teori ini tidak berumur panjang. Popularitasnya tersaingi oleh konsep linguistik generatif dari Noam Chomsky.

Dalam bukunya Logical Structure of Linguistic Theory, Chomsky menyanggah teori behaviouris. Baginya, kemampuan berbahasa pada diri manusia bukanlah produk (setting) alam, melainkan lebih merupakan potensi bawaan manusia sejak lahir.

Teori itu, ia kemukakan sebagai hasil dari penelitian yang ia lakukan pada perkembangan berbahasa seorang anak. Seorang anak dapat menguasai bahasa ibunya dengan mudah dan cepat, bahkan pengetahuan itu juga diikuti oleh sense of language dari bahasa itu, yang lebih mengarah pada keterampilan dalam tata bahasa.

(5)

Mereka dapat mengenal cita rasa bahasa itu sehingga mampu merangkai kalimat dengan tepat, meski mereka tak mungkin bisa menjelaskannya.

Hal itu, ia yakini sebagai kemampuan naluriah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Suatu hal yang mustahil bila kemampuan itu dianggap sebagai hasil pembelajaran, dari alam atau kedua orang tuanya.

Penguasaan terhadap tata bahasa sebuah bahasa bukanlah hal yang mudah, terlebih untuk tingkat kanak-kanak.

Sebenarnya, dia tidak serta-merta menolak teori behaviouris secara total, ia mengakui peran serta alam dalam membentuk potensi bawaan ini. Bila bayi orang Jepang dibawa dan dibesarkan di Indonesia, ia akan menguasai bahasa serta tata bahasa Indonesia, dan begitu juga dengan bayi-bayi lainnya. Oleh karena itulah, Chomsky meyakini bahasa potensial, yang ada pada setiap manusia, itu sebagai bahasa universal.

Teori linguistik Chomsky itu terlihat lebih humanis daripada teori behaviouris. Aliran behaviourisme menganggap manusia sebagai patung yang diukir oleh sang arsitek bernama lingkungan, atau bagaikan robot yang sudah diatur sedemikian rupa oleh ilmuwan penciptanya.

Baginya, sah-sah saja untuk menerapkan metode ilmiah dalam linguistik, tetapi bukan dengan menjadikan manusia sebagai objek studi, seperti benda mati. Cara yang seharusnya ditempuh adalah dengan mengadopsi metode-metode ilmiah, seperti logika dan analisis, dalam kajian linguistik. Itulah hakikat sains.

Tetapi patut disayangkan, bahwa pemikiran gemilang Chomsky itu jarang diketahui banyak pihak. Padahal nama besar Chomsky berada di urutan kedelapan dari sekian pemikir hebat dunia, tepatnya satu tingkat di bawah Plato dan Sigmund Freud.

Buku Chomsky untuk Pemula, sangat penting dan tepat untuk kita yang masih buta tentang filsuf ini. Hal yang sangat menarik dari buku itu, adalah disertainya karya ini dengan ilustrasi kartun yang mampu

menerjemahkan pemikiran-pemikiran filosofis Chomsky ini dan memandu pemahaman para pembaca.

Lebih dari itu, buku itu juga memaparkan pemikiran-pemikiran Chomsky tentang politik dan media. Terkait dengan media, dan tidak bisa dilepaskan dari politik juga, kita akan mendapati sosok yang lain dari seorang Chomsky.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Sutalaksana, 1979, ergonomi merupakan ilmu yang mempelajari sifat, kemampuan, dan keterbatasan manusia untuk merancang suatu sistem kerja sehingga orang dapat hidup

Penelitian ini bertujuan: (1) Untuk mengetahui bagaimana tingkat kemampuan siswa memecahkan masalah dengan menerapkan teori Vygotsky pada pokok bahasan balok dan

“(1) Mana-mana orang yang berkomunikasi melalui apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan di

Salah satu aspek dari kompetensi sosial menurut Clikeman (2007) adalah bahasa dan kemampuan berkomunikasi dimana kemampuan untuk mengerti apa yang dimaksudkan oleh orang

Hal tersebut karena teori ini merupakan teori yang dapat mendorong siswa untuk memperoleh pengetahuan baru mengenai alam dengan cara menggabungkan

 penelitiannya, ternyata orang dapat mempelajari respon baru dengan melihat respon orang lain, bahkan belajar tetap terjadi tanpa ikut melakukan hal yang dipelajari itu, dan model

untuk mempelajari objek-objek yang ada untuk melihat apakah objek tersebut dapat digunakan kembali atau dimodifikasi untuk kegunaan baru, dan mendefinisikan objek baru atau yang

Berdasarkan hasil penelitian, untuk menguji pengaruh penerapan teori Vygotsky dalam pembelajaran terhadap hasil belajar Ilmu Pengetahuan Alam peserta didik kelas V SD Negeri Ledang