• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konfusianisme biodata ringkas dan pengen

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konfusianisme biodata ringkas dan pengen"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

ABSTRAK

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang telah mengizinkan saya untuk berkongsi idea, menulis dan menyiapkan kerja kursus bagi menyelidiki Agama Konfusianisme di Malaysia. Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami, Ustaz Wan Haslan Khairuddin yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar disepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada para sahabat yang membantu secara langsung mahupun tidak, semoga jasa kalian mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ilmu perbandingan agama adalah salah satu daripada cabang-cabang ilmu Islam. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 125 menekankan akan kepentingan ilmu perbandingan agama, mafhumnya: “Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara

mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Ajaran Konfucianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze, seorang tokoh peradaban Cina yang bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia. Ajaran

Konfusianisme ini bukan agama secara mutlak, akan tetapi aliran falsafah dan moraliti manusia. Selepas kematian Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang membuat pemujaan terhadap beliau, dan muncul upacara dan ritual keagamaan serta perayaan yang berkaitan dengannya Antara negara yang mempunyai penganut konfusianisme hari ini ialah negara Malaysia, Singapura, China, Korea Selatan dan Utara, Vietnam, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain negara Asia Timur.

(2)

RIWAYAT HIDUP

Kung Fu Tze/ Kong Qiu/ Kong Hu Cu/ Kong telah dilahirkan di Kg. Chang Ping daerah Lu, Duchy pada 551 sebelum Masihi yang kini dikenali sebagai Wilayah Shandong pada zaman Zaman Chunqiu. Bapanya, Shu-Lian Heih merupakan seorang komander dan meninggal dunia sewaktu beliau berumur tiga tahun, manakala ibunya Chiang Tsai Berasal dari keturunan keluarga bangsawan tradisional.

Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidaklah kaya. Kematian ayahandanya meninggalkan mereka dalam kemiskinan, selain faktor peperangan dan huru hara pada zaman pemerintahan dinasti Lu. Beliau berkahwin dengan Kai Guan ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang bernama Kung Li.

Konfucius sanggup melakukan pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang tinggal berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu. Beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu.

Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Seawal usia 15 tahun beliau telah mempelajari pelbagai jenis pelajaran seperti muzik, sastera, adat-adat lama china, kepimpinan dan ilmu tatacara etika dalam kehidupan, dan sebagainya. Beliau menyebarkan ajarannya dirumah dan dianggarkan semasa beliau berusia 34 tahun, beliau sudah mempunyai kira-kira 3000 orang murid. Kung memenuhi usia emas beliau dengan mengarang berkenaan sejarah peradaban negara China, mengukuhkan prinsip muzik, membuat sajak, membentuk sistem kesenian, upacara, perayaan dan etika dan lain-lain. 1

(3)

Konfucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir terhapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehinggakan beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Konfucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496 SM untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi

Konfucius dijadikan tempat rujukan pelbagai pihak dan ramai berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan sehingga beliau diberi gelaran Kung Fu Tze (Yang dipertua Kung @ Ilmuan Kung). Antara buku tulisan beliau yang menerangkan perjalanan hidupnya adalah Analects. Buku-buku tulisan beliau dihimpun semula lalu diulang tulis oleh murid-muridnya. Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu.2

Konfucius meninggal dunia sewaktu beliau berumur 73 tahun dandikebumikan di kubur Chu Fu (sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan sebuah taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan 6 buah karya. Karya beliau kemudiannya dihimpun dan ditulis semula oleh murid-muridnya yang disebaut buku Lun Yu yang bererti bunga rampai atau Analects.

Pemikiran beliau ini tertumpu kepada sistem etika. Oleh yang demikian, ia bersifat falsafah mengenai hakikat manusia, kehidupan manusia sebagai individu, dalam keluarga, dalam masyarakat, dan seterusnya dalam kehidupan bernegara. 6 buah karya Konfucius itu adalah:3

I. I-Ching: buku mengenai perubahan. Pada asasnya buku ini mengenai ilmu nujum yang dijadikan dasar dalam metafizik Konfucius.

2 www.ms.wikipedia.org/confucius

(4)

II. Shih Ching: terkandung syair dan puisi puji-pujian di dalamnya. III. Shu Ching: buku mengenai sejarah dan peradaban.

IV. Li Chi: Menceritakan tentang upacara-upacara keagamaan. V. Jueh: Buku mengenai seni muzik.

VI. Chun-Chiu: Menceritakan tentang musi panas (summer) dan musim gugur (fall)

KONSEP AJARAN KONFUCIANISME

Falsafah Konfucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Falsafahnya mempengaruhi masyarakat cina di seluruh dunia. Konfucianisme juga dikenali sebagai Ru Jia. Ajarannya terkandung di dalam buku Lun. Konfucius menekankan lima hubungan antara manusia (wulun) yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat, iaitu:

a. Hubungan antara suami dengan isteri, iaitu hubungan mesra harus dijalin antara suami dan isteri seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus patuh kepada suami.

b.Hubungan antara bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik terhadap anak dan anak harus betanggungjawab terhadap orang tua.

C. Hubungan antara raja dengan pegawai, iaitu raja harus berperikemanusiaan dan pengawai harus menunjukkan taat setia.

d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik), iaitu saudara tua harus bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh dan hormat.

e. Hubungan antara sahabat harus berasaskan kejujuran.4

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Nilai murni yang ditekankan oleh Konfusianisme boleh dibahagikan kepada:

a. Wu Chang(Four Virtues) iaitu lima sifat murni manusia atau etika manusia yang terdiri daripada:

(5)

i. Ren - yang membawa maksud perikemanusiaan, iaitu manusia perlu memiliji sifat-sifat kemanusiaan, kasih sayang sesama manusia.

ii. Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patutu dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

iv. Zhi - Zhi yang bererti kebijaksaan, iaitu seseorang harus mempunyai pengetahuan dalam pelbagai aspek.

v. Xin - Xin bermaksud kebolehpercayaan, iaitu kita harus berpegang kepada janji dan menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan.

b. Ba Deatau lapan nilai murni:5

i. Xiao - bermaksud menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua. Anak harus bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua.

ii. Ti - Merujuk kepada kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adik-beradik. Mengikut Konfusianisme, hubungan yang baik antara adik-beradik harus dijalin untuk mengelakkan konflik.

iii. Zhong - Boleh ditakrifkan sebagai taat setia contohnya seseorang rakyat haruslah menunjukkan taat setia kepada negara, komuniti, pekerjaan masing-masing.

iv. Xin - bermaksud kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah. Sebagai manusia yang bermoral kita haruslah berpegang kepada janji kita dan tidak boleh menipu orang lain. Mengikut Konfucius, Konsep Xin harus ditekankan untuk mengelakkan penipuan dan penyelewengan.

v. Li - Yang meliputi nilai bersopan santun, berbudi bahasa, kelakuan, uapacara amal dan istiadat bermaksud kita harus bersopan terhadap orang lain, mematuhi segala undang-undang dan peraturan .

vi . Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patut dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

(6)

Vii. Lian - membawa maksud kejujuran dan ketulusan, iaitu melakukan sesuatu dengan jujur dan tidak bersifat tamak.

Viii . Chi -Chi bersifat mengenal malu. Seseorang yang mengenal malu, tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang melanggari norma hidup.

Daripada lapan nilai murni di atas , terdapat nilai-nilai yang boleh digabungkan dan menjadi nilai yang lebih bermakna seperti Zhong + xiao = zhong xiao yang bermaksud menunjukkan taat setia kepada negara dan berbakti kepada ibu bapa, manakala Xin + Yi = Xin Yi pula merujuk kepada yang boleh dipercayai dan menepati janji. Jika setiap nilai yang terkandung dalam konfusianisme dipraktikan dengan sepenuhnya, perwatakan yang baik, keluarga yang bahagia dan negara yang adil serta masyarakat seluruh dunia yang aman dan damai dapat diwujudkan.

ADAKAH KONFUCIANISME SEBUAH AGAMA?

Sebagai satu agama yang muncul dalam peradaban Cina, aliran ini mempunyai pendirian yang berbeza terhadap agama berbanding barat. Mereka menganggap agama adalah satu bentuk sistem pendidikan.Dengan sebab itu perkataan Chiao dalam masyarakt Cina membebawa kepada dua maksud iaitu agama dan pendidikan. Maka menurut pendukung Konfusianisme, matlamat agama adalah untuk menerapkan dan membentuk nilai moral dalam diri manusia. Aliran ini tidak mempunyai kepercayaan “adanya Tuhan disebalik alam ini”, tidak mempunyai dakwaan-dakwaan kebenaran seperti yang muncul dalam agama-agam samawi, tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian dan seumpamanya, tidak mempunyai institusi keagamaan yang bersistem, dan tidak mempunyai tempat ibadah khusus seperti gereja. Ini menyebabkan ramai sarjana tidak menganggap ajaran ini sebagai ajaran agama berbanding dengan Taoism dan agama Buddha.6

Namun terdapat sebahagian ajaran dan kepercayan mereka yang mempunyai kaitan dengan kehidupan roh iaitu walapun mereka berpegang bahawa manusia hendklah berusaha dalam menentukan nasib diri masing-masing tanpa boleh berserah sahaja kepada takdir,

(7)

namun dengan pengaruh kepercayaan tradisional Cina yang muncul sebelum ini, Konfusianisme turut percaya terhadap penglibatan ruh nenek moyang dalam kehidupan seharian manusia di dunia. Dalam hal ini mereka percaya mengenai adanya kuasa langit (Tien/Shien) dan pengaruhnya terhadap manusia.7

ETIKA KONFUCIANISME DENGAN ISLAM

Banyak pengkaji menyimpulkan, terdapat keselarasan etika Konfucianisme dengan Islam. Prof. Tu Weiming, 1997, mengatakan bahawa “Idea tentang kerajaan yang ramah dan pertautan yang intim antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi tersebut. Juga idea tentang perbezaan antara manusia dengan makhluk lain dan antara

tamadun dengan babarianisme dan pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan”. Dr Ubaidullah Mohd Nasir, 2000, mengatakan bahawa “wujud persamaan di antara etika

Konfucianisme dengan Islam dalam aspek seperti pendidikan, kepimpinan, hubungan sesama manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan adat”. Wujud penulis-penulis Cina yang beragama Islam menulis tentang keselarasan etika Konfucianisme dengan nilai-nilai Islam seperti yang dilakukan oleh Wang Daiyu (1573-1619 SM) melalui bukunya Zhenjiao Zhenquan (Lee Cheuk Yin 1997).

KONFUCIANISME DI MALAYSIA

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa ajaran Konfucianisme merupakan taswuf falsafi yang sinonim dengan masyarakat Cina di Malaysia, yang mana ajarannya sudah sebati dalam nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia. Dan kita juga telah membincangkan bahawa ajaran ini bukanlah sebuah agama, namun lebih menjurus ke arah ajaran falsafah dan etika hidup bermasyarakat yang merupakan campuran dari agama Buddha. Namun demikian, tidak kita nafikan bahawa ajaran ini diiktiraf oleh sesetengah pihak sebagai satu agama anutan masyarakat Cina di Malaysia

Bukti yang dapat kita lihat adalah tokong Konfucius yang pertama dan satu-satunya tokong ajaran ini di Malaysia, letaknya di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang. Sekolah ini telah diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing sewaktu

(8)

lawatan beliau ke kawasan-kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang Cina di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong

Konfucius untuk memberi penghormatan kepada Konfucius sebelum memulakan persekolahan awal mereka.

Di Melaka pula, kita dapat lihat berdirinya sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius, juga didirikan untuk memperingati jasa dan sumbangan Confucius serta para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik dalam menyampaikan ajaran mereka. Setiap tahun, akan diadakan satu upacara dan istiadat khas untuk memberi

penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).8

KESIMPULAN

(9)

Kesimpulan yang dapat saya kupas dari tugasan ini, setiap agama dan ajaran mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dan ini bergantung pada individu yang

mengamalkannya Dapat kita simpulkan bahawa ajaran Konfucianisme bukanlah satu agama, tapi ajaran ini adalah ajaran falsafah dan teori etika kemasyarakatan.

Bagi pengikut aliran Konfusianisme, sebuah institusi berdiri dengan menggunakan idea dan nilai sebagai dasar pendiriannya, keberadaan institusi tersebut dalam masyarakat kemudian akan memperluas dan mengekalkan penerapan idea-idea, serta akan mempengaruhi kebijakan yang dihasilkan institusi tersebut. Idea ini kemudian akan mengandaikan apa yang dianggap oleh faktor-faktor yang terlibat di dalamnya, dalam hal ini masyarakat merupakan nilai yang penting untuk idea ini terus berkembang.

(10)

 Ghazali bin Basri, 2013, Perbandingan Agama di Malaysia, Kajang: Akademi Kajian

Ketamadunan Kolej Darul Hikmah.

 Focus on Asian Studies, Vol. II, No. 1: Asian Religions, pp. 5-7, Fall 1982. Copyright

AskAsia 1996.

 studentsrepo.um.edu.my/643/2/BAB1.pdf

 www.slideshare.net/CtMuna/konfusianisme

 www.impossibleknowledge.blogspot.com/2012/08/Kungfusianisme

Referensi

Dokumen terkait

Menentukan kondisi operasi yang optimal (daya microwave , lama waktu ekstraksi, dan rasio antara bahan baku yang akan diekstrak dengan pelarut yang digunakan) dari

Namun sadarilah bahwa Anda sebagai orang tua adalah profesi yang paling diperhatikan oleh anak- anak, mereka sangat mengidolakan anda sebagai pahlawan mereka, jadi sebaiknya

produk atau jasa per setiap masukan (input) sumber daya yang digunakan dalam suatu proses produksi. • Produktivitas dapat dinyatakan

menjelaskan bahwa perlakuan dengan kombinasi dosis pupuk 0, 7 kg kompos ampas sagu + 35 g NPK (E) menunjukkan rata-rata jumah daun terbaik yaitu sebanyak

Nilai tersebut menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan keyakinan.Sehingga dapat disimpulkan bahwa pengetahuan responden dapat

Metode deffating dengan menggunakan natrium bikarbonat 0,8% dan lama perendaman 6 jam memiliki kualitas tepung ikan yang terbaik dengan kadar protein 82,86% dan kadar lemak

perkerasan beton bersambung tanpa tulangan (Jointed Unreinforced Concrete Pavement) adalah jenis perkerasan beton semen yang dibuat tanpa tulangan dengan ukuran