• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembentukan Kata Dan Penggolongan Kata D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembentukan Kata Dan Penggolongan Kata D"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan P

enggandaan

A

kronim

Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

(2)

Proses Pengimbuhan

Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.

Bentuk awalan

pen-Kaedah pembentukan kata terbitan

Contoh

Kata dasar Kata Terbitan

Pe-  Diimbuhkan pada kata dasar

yang bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r dan w.

 Imbuhan ini juga diletakkan didepan kata dasar yang

(3)

Pem-  Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.

Beli

Pen-  Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.

Cedok

Peng-  Awalan ini diimbuhkan

dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.

Gigit

Penge-  Awalan ini diimbuhkan pada kata

dasar yang berekasuku kata.

Bom Cat

Pengebom Pengecat

Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna – makna tersebut ialah ;

Makna yang didukung awalan pen- Contoh

Orang yang melakukan sesuatu. Pembaca, Pemburu, Penyamun Orang yang menjawat tugas. Pengawas, Pengarah, Pelakon Orang yang suka akan sesuatu. Penzina, Penjudi, Pemikir Orang atau benda yang memiliki sifat

kata dasar.

Pemarah, pemabuk, penyabar

Alat untuk melakukan sesuatu. Penyapu, Pengelap, Pemadam Ukuran hasil daripada melakukan

sesuatu.

Pelaung, Penanak, Pelontar

(4)

Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .

Akhiran Kata Nama

Akhiran –an adalah satu – satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;

Maksud Contoh

Hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar.

Ejekan = hasil ejekan Ulasan = hasil ulasan Menunjukkan maksud kawasan atau

bidang yang luas.

Darat = daratan Hamparan = hamparan Sesuatu yang banyak Longgok = longgokan

Timbun = timbunan Membawa maksud alat Acuan = alat untuk mengacu

Usung = alat untuk mengusung Membawa maksud orang atau haiwan

atau benda yang menjadi penderita

mempunyai sifat yang terkandung pada kata dasar.

Asinan = sesuatu yang masin Bulatan = sesuatu yang bulat Manisan = sesuatu yang manis Tempat melakukan sesuatu Kurung = kurungan Ukuran atau kiraan Mingguan = kiraan berdasarkan

minggu

Apitan Kata Nama

Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... –an, per-...an dan ke-...-an.

(5)

Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Me- (merundingkan) Pe- (perundingan) Mem- (membiayai) Pem- (pembiayaan) Men- (mendahulukan) Pen- (pendahuluan) Meng- (menguruskan) Peng- (pengurusan) Menge- (mengesahkan) Penge- (pengesahan)

Apitan pen- ... –an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut.

Makna

Contoh

Kata dasar Kata terbitan

 Proses atau perbuatan mengerjakan maksu yang terkandung dalam kata dasar.

Dalam

(6)

Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Maksud Contoh

Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus.

Pedalaman (tempat yang kedudukannya jauh dari pantai.) Menunjukkan makna hal yang

terkandung dalam kata dasar.

Peperangan (hal berperang)

Apitan Kat Nama per- ... –an

Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ;

Beralih Peralihan

Bekerja Pekerjaan

Belajar Pelajaran

Apitan per-... –an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar.

Apitan Kata Nama ke-...-an.

Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu.

Sisipan Kata Nama

(7)

-el-Gembung Gelembung

Saput Selaput

-em-Guntur Gemuntur

Kuncup Kemuncup

-er-Cucuk Cerucuk

Gigi Gerigi

Proses Pemajmukan

Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan. Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ;

 endosentrik

 eksosentrik

(8)

Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Hukum D – M ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;

Anakanda Baja butir Menteri besar Ketua menteri Padang ragut Rumah rehat

Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing, dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;

Bumiputera Perdana menteri

Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap.

Contohnya ;

Kajibumi

Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)

Proses Penggandaan

Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

Penggandaan Kata Nama

(9)

Penggandaan penuh

Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.

Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu;  penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan.

 penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan –an.

Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.

Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa – jawatankuasa. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat – alat tulis.

Penggandaan Separa

Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong dalam kata nama dan kata kerja.

Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong sebagai kata nama.

Makna Kata Nama Ganda

Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis – jenis kata nama ganda.

Makna Contoh Kata Ganda

(10)

Penanda tidak tahu Mana = Mana - mana

Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim

Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

Ditulis dengan huruf besar seluruhnya

Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia UMNO - United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya

Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

(11)

KATA

KATA NAMA

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM

TIDAK TRANSITIF

SIFAT/KEADAAN WARNA UKURAN

BENTUK PANCAINDERA

WAKTU CARA PERASAAN

tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata

kugiran - kumpulan gitar rancak

Ditulis bermula dengan huruf besar

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya :

Bernama - Berita Nasional Malaysia Intan - Institut Tadbir Awam Negara Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

Proses Penggolongan Kata

(12)

KATA TUGAS

SIFAT/KEADAAN WARNA UKURAN

BENTUK PANCAINDERA

WAKTU CARA PERASAAN

Terdapat empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Kata Nama

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan

kata ganti nama.

Kata Nama Khas

(13)

seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, Institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang.

Kata Ganti Nama

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.

Kata Kerja

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006).

Kata kerja aktif transitif

(14)

ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-… kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.

Contoh:

i) Samad membacakan ayahnya surat. ii) Pengarang itu menulis buku.

iii) Aminah sedang mencuci pakaian. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

Contoh :

i) Pegawai itu berkereta ke pejabat. ii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. iii) Gadis itu tersenyum.

iv) Padi sedang menguning. v) Pemuda itu sedang berbual.

Kata kerja pasif

(15)

(i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai (iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan

Kata Adjektif

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,dan sudah lama sungguh. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)

(16)

(i) kata adjektif sifatan atau keadaan (ii) kata adjektif warna

(iii) kata adjektif ukuran (iv) kata adjektif bentuk (v) kata adjektif waktu (vi) kata adjektif jarak (vii) kata adjektif cara (viii) kata adjektif perasaan (ix) kata adjektif pancaindera

Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama.

Contoh:

i. kuat. ii. bijak iii. cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna.

Contoh:

i. hijau. ii. putih. iii. biru.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran.

Contoh:

(17)

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk.

Contoh:

i. leper ii. tajam

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa.

Contoh: i. lewat ii.silam iii. awal.

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang.

Contoh: i. jauh ii. dekat iii. hampir

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam.

Contoh :

(18)

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan.

Contoh : i. kasih ii. takut iii. malu

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa.

Indera sentuh

Contoh : Lembik, Kasar, Licin

Indera dengar

Contoh : Nyaring, Lembut, Garau

Indera pandang

Contoh : Comel, Hodoh, Molek

Indera bau

Contoh : Wangi, Hanyir, Harum

Indera rasa

(19)

Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. (Ali Mahmood et.al.2010)

Kata Hubung Gabungan

Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

(20)

Kata Hubung Pancangan

Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pencangan pada klausa utama atau klausa induk.

Terbahagi kepada tiga iaitu ; relative, komplemen dan keterangan. Contoh :

Relatif : yang Komplemen : bahawa

Keterangan : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, akalu, andaikata,

Kata Praklausa

Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Contoh :

Kata seru : aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh

Kata tanya : berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana

Kata perintah : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan, Kata pembenar : ya, benar, betul

Kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan, alkisah, kalakian, peristiwa, arakian

Kata Prafrasa

Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.

Sebagai contoh kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata naïf, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan.

Kata Pascakata

(21)

Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan member penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

Referensi

Dokumen terkait

SA Kode Spesial Ambulatory TarifSA Tarif Spesial Ambulatory SP Kode Spesial Prosedur DescSP Deskripsi Spesial Prosedur TarifSP Tarif Spesial Prosedur SR Kode Spesial

Dibandingkan dengan faktor lain, kondisi lingkungan (tanah dan iklim) merupakan faktor alam yang sulit untuk dimodifikasi dalam skala luas sehingga untuk menghindari risiko

• Bahan kajian Bahan kajian disesuaikan disesuaikan dengan tingkat dengan tingkat perkembangan peserta didik. perkembangan peserta

Penelitian ini menemukan bahwa pendapatan per kapita, share sektor pertanian, dan jumlah siswa sekolah menengah atas merupakan faktor-faktor yang berperan penting dalam

kemudian akan dikorelasikan dengan pengarnatan suhu dan kelembaban relatif pada grid tersebut. Metode yang digunakan dalam menganalisis suhu dan kelembaban udara

Pemilihan terhadap majalah Gadjah Mada dan Gama sebagai bahan utama yang memuat karya sastra Indonesia dalam penelitian ini bukan berarti bahwa majalah-majalah lain (

Sukarsa, Ir, MP Widyaiswara Balai Besar Pelatihan Pertanian (BBPP) Lembang Umbi gadung yang memiliki kandungan gizi yang bagus, dan manfaat yang banyak, serta kurangnya

15.. Ayahnya kaya dan mempunyai dua buah toko. Toko batik dan toko pakai- an jadi. Karena itulah Kadir selalu dimanjakan dan banyak uang- nya. Tidak segan-segan Kadir