• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Gaya Hidup Sihat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan Gaya Hidup Sihat"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Amalan Gaya Hidup Sihat Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

pemakanan yang seimbang.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,

seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan di

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat jugari dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar

gaya hidup agar kita terhindar kita terhindar daripada sebarang daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai dpenyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkanigalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan

mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan

membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.

(2)

Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapatilebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan

seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih

memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

(3)

Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar.

Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan pancaroba hidup, ibu pertiwi kita kini mengalami revolusi gelombang ketiga iatu gelombang teknologi maklumat. Kerajaan telah merangka dan merencana pelbagai formula dan strategi yang pragmatik lagi komprehensif dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia  Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi lain dalam era siber ini. Negara kita gagah dan bangga dengan kejayaan yang kita tempa dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik tabirnya, kejayaan dalam bidang teknologi maklumat ini turut meninggalkan pelbagai impak negatif yang menyebabkan masalah sosial dalam kalangan pelajar meningkat saban hari. Persoalannya, apakah langkah-langkah proaktif yang dapat dilakukan untuk menangani kemelut ini daripada bertambah parah?

Bertitik tolak daripada manifestasi itu, ibu bapa sebagai saudara yang terdekat kepada anak-anak sememangnya memainkan peranan yang signifikan sebagai nakhoda kapal dalam membentuk peribadi anak-anak mereka. Dalam mengharungi arus pemodenan yang kian deras ini, ibu bapa era ini hendaklah menunjukkan model dan postur yang baik kepada anak-anak mereka supaya tidak digelar bagai  Ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Ibu bapa sendiri seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan perkara yang negatif di hadapan anak-anak mereka kerana  Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Anak-anak kecil ini juga diibaratkan sebagai kain putih yang tidak mengenal apa-apa dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan mereka. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberikan ajaran dan didikan agama yang mantap kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi membendung masalah ini, jalinan kemesraan antara suami isteri juga mesti kukuh, agar segenap perhatian dan kasih sayang dapat diberikan kepada anak-anak yang menempuh alam remaja. Dalam konteks yang sama, ibu bapa sewajarnya menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada anak-anak mereka. Biarlah berkereta sederhana, tetapi tempat tinggal seharusnya diberi keutamaan, agar anak-anak dapat membesar dalam suasana yang selesa dan harmoni. Ibu bapa juga hendaklah sering meninjau dan memantau kelakuan dan kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka ketika berada di luar rumah. Memang menjadi lumrah bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk memasang telinga dan tajam hati untuk mengawasi gerak-geri si anak. Permehatian ini bukanlah sekadar bermusim, sebaik-baiknya berterusan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga mestilah menyemaikan benih-benih nilai murni ke dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat bertindak dengan rasional dengan berpandukan norma-norma masyarakat. Secara tuntasnya, ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang dominan dalam mengatasi fenomena yang kian meruncing ini.

Sementelahan itu, sekolah sebagai rumah kedua kepada para pelajar hendaklah memainkan peranan sebagai mata dan telinga dalam membendung masalah ini. Pihak sekolah perlu menyelami dan memahami apa masalah yang dihadapi oleh para pelajar pada masa kini. Menurut kata Dr.Sun Yat San,  Antara pekerjaan yang paling susah ialah memahami dan mengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaan mudah sahaja untuk dilaksanakan. Jadi tidak hairanlah dengan memahami masalah yang menempa para pelajar, guru-guru dapat menerangkan kepada para pelajar faktor-faktor berlakunya masalah tersebut dan seterusnya langkah-langkah untuk mengatasinya. Penerangan walaupun tidak mendalam tetapi akan memberi kesan yang mendalam kepada para pendengar. Guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral, Agama Islam, dan Pendidikan Sivik dan

(4)

Kewarganegaraan pula hendaklah memberikan didikan moral serta agama kepada para pelajar. Nescaya seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan goyah untuk melakukan perbuatan yang negatif meskipun diajak dan dipujuk oleh rakan-rakan sebaya mereka. Pihak sekolah juga haruslah mengadakan ceramah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang implikasi-implikasi buruk apabila terlibat dalam gejala negatif. Pendedahan ini diyakini dapat menyedarkan para pelajar supaya menjauhkan diri daripada anasir-anasir yang negatif. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah pula perlu kerap mengadakan sesi kaunseling dengan para pelajar yang mempunyai masalah disiplin untuk membentuk jati diri yang ampuh dalam jiwa mereka. Jika usaha ini tidak berjaya, pihak sekolah perlulah memanggil kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit untuk mengatasi masalah ini agar tidak terus menjadi duri dalam daging. Pendek kata, pihak sekolah hendaklah menyumbangkan tenaga dalam usaha untuk mengatasi permasalahan global ini.

Seterusnya, usaha untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar haruslah bermula daripada individu berkenaan. Para pelajar haruslah mempunyai kesedaran diri supaya dapat mengikiskan sikap-sikap negatif yang terdapat dalam diri mereka. Pelajar sendiri juga hendaklah menginsafi kesilapan diri dan beriltizam untuk menjadi insan yang salih dan kamil agar dapat menjadi mentor kepada masyarakat yang lain. Seiringan itu, para pelajar boleh membuat refleksi diri untuk mengetahui kelemahan diri dan berusaha untuk membaikinya. Seseorang pelajar itu juga haruslah berhati-hati dalam pergaulan seharian. Hamka, seorang ahli falsafah pernah berkata, Pergaulan mempengaruhi didikan otak, pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang berbudi, orang yang kita dapat manfaat daripadanya. Berdasarkan kata hikmat ini, jelaslah bahawa pergaulan penting untuk mempengaruhi akhlak dan peribadi seseorang individu. Sekiranya seseorang pelajar itu tersalah memilih rakan yang rosak akhlak, maka buruklah impaknya. Akibatnya, pelajar itu akan terpengaruh dengan perbuatan rakannya yang tidak baik. Justeru, para pelajar haruslah bijak memilih rakan dan menjauhi kumpulan yang berakhlak buruk, yang dapat mempengaruhi mereka dengan gejala negaitif. Para pelajar juga perlulah mngisikan masa senggang mereka dengan perkara yang berfaedah. Menurut pepatah Arab, Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memancungnya, pasti masa akan memancung kamu. Daripada kata-kata tersebut, jelaslah kepada kita bahawa masa amat berharga dan haruslah kita menggunakan masa yang terluang dengan berfaedah. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindari pelajar daripada terjerat dengan kegiatan yang negatif. Tegasnya, kesedaran diri dalam pelajar adalah amat penting, sebagai langkah alternatif untuk membendung gejala sosial daripada menular.

Jika kita menyelak akhbar tahun 1980-an dan sebelum itu, kita tidak akan menemui berita tentang salah laku pelajar yang sanggup merompak, menagih dadah, meragut, berlumba haram, merogol, malah jauh sekali berbunuhan. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kejadian seperti ini sudah menjadi perkara yang semakin hangat diperdebatkan di seantero ibu pertiwi kita malah telah menjadi tajuk perbualan yang kian hebat dibincangkan, bermulalah dari meja besar syarikat sehinggalah ke meja kedai kopi. Ironinya, di manakah pelajar ini memperoleh idea untuk bertindak? Salah satu sebab yang tidak dapat dinafikan ialah faktor media. Media massa sepatutnya menyiarkan rancangan yang bertemakan kebudayaan dan bukannya rancangan dari barat yang berunsurkan keganasan dan negatif. Dalam hal ini, Lembaga Penapis Filem perlu lebih peka untuk mengelakkan babak yang berunsur negatif disiarkan ke udara. Lantaran itu, media massa elektronik haruslah sentiasa menyiarkan iklan tentang kesan-kesan buruk gejala sosial di televisyan, melalui radio ataupun internet. Media massa bercetak juga boleh memaparkan kemudaratan yang dibawa apabila

(5)

pelajar terlibat dalam gejala sosial di halaman surat khabar, majalah dan ensiklopedia. Natijahnya, media massa haruslah memainkan peranan sebagai penggerak utama untuk memastikan pelajar berada di landasan yang betul.

Di samping itu, kerajaan juga memainkan watak yang penting dalam menangani fenomena ini. Kerajaan seharusnya bertindak tegas, bukan hangat-hangat tahi ayam dalam usaha untuk menutup pusat-pusat perjudian dan pub-pub haram yang menyumbang gejala sosial kepada pelajar. Pusat-pusat hiburan lain yang masih halal perlulah dibatal lesen perniagaan jika mereka membenarkan pengunjung di bawah umur memasuki premis perniagaan mereka. Jika alam di sekolah indah, disambut dengan alam yang menyenangkan di luar, sekurang-kurangnya masalah sosial tidak seruncing sekarang. Selain itu, kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas individu yang didapati terlibat dalam gejala sosial yang melanggari Akta Undang-Undang Negara. Pihak polis pula haruslah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan taman perumahan yang sering dilanda kes gejala sosial. Semuanya bertujuan untuk menggerunkan masyarakat yang melibatkan diri dalam gejala sosial, sama ada pelajar mahupun belia yang melebihi umur 18 tahun. Kerajaan juga hendaklah melancarkan kempen-kempen kesedaran dan ceramah bergerak sehingga ke seluruh pelosok negara. Kempen-kempen dan ceramah ini haruslah dipertingkat dan diperluas ke kawasan-kawasan pedalaman. Usaha-usaha ini bertujuan untuk membuka mata para pelajar tentang impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Jabatan Rukun Tetangga juga perlu diwujudkan di setiap taman perumahan supaya kes-kes sosial dapat dikawal dan keamanan penduduk dapat dijaga. Hal ini secara langsung dapat membanteras gejala-gejala sosial yang berlaku di sekitar taman perumahan. Walau bagaimanapun, masyarakat setempat hendaklah berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti kata pepatah, Bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini sepenuhnya. Masyarakat perlulah mengamalkan sikap Menjaga tepi kain orang dengan melaporkan gejala-gejala sosial yang berlaku kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lebih lanjut dapat diambil. Kerjasama antara masyarakat dan kerajaan diyakini dapat membuahkan hasil yang lebih bermakna dan bererti.

Kesimpulannya, masalah sosial dalam kalangan pelajar perlu dipandang serius oleh ibu bapa, masyarakat dan pucuk pimpinan. Dalam usaha untuk menrealisasikan konsep Wawasan 2020, kita tidak mahu generasi pelapis ini, yang bakal mewarisi kepimpinan nagara dipenuhi oleh mereka yang tidak berdisiplin. Oleh itu, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk menangani kemelut ini sebelum bertambah parah, demi melahirkan pelajar yang berakhlak dan bersahsiah baik. Hal ini adalah kerana, pelajar-pelajar inilah yang bakal menjadi peneraju negara pada masa hadapan bak kata pujangga, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

(6)

Langkah-langkah bagi mengekalkan bangunan bersejarah

Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan-bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan-bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan ters ebut terus kekal, usaha mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara.

Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai.

Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan lift, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah

(7)

tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini.

Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Intihanya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.

(8)

Keburukan penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air

Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik media cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita bercorak keseronokan berbanding dengan berita bercorak pengetahuan. Namun apa yang amat dikesali, ada juga golongan yang cuba meraih keuntungan mudah dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya berhibur melebihi keutamaan menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi impak yang negatif kepada generasi akan datang. Justeru, apakah kewajaran yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan apakah pula kesannya?

Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan. Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran.

Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan seperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apa yang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pula sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. Menyer tai bidang hiburan memerlukan seseorang yang mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung, kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang,

(9)

kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru, sebelum menceburi bidang hiburan, remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan memilih sebelum membuat keputusan.

Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame peminat, pakaian malah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang hiburan.

Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang hiburan adalah individu yang mementingkan glamour dan bersifat meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu glamour sehingga memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatif  sebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.

Intihanya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar, mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian masa depan gemilang.

(10)

Langkah-langkah Melestarikan Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini.

Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan keranaada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita.

Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular, konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong asing dengan lebih berkesan

Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita

Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

(11)

Referensi

Dokumen terkait

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah mengetahui, mengkaji lebih mendalam, memaparkan, mengungkapkan fakta tentang fenomena dugem sebagai gaya hidup hedonis yang terjadi

realitas kehidupan sehari-hari apa yang sering disitilahkan dengan budaya global dan gaya hidup yang dianut masyarakat, sebagaimana telah disinggung di muka.. Masyarakat

ABSTRAK : Penelitian ini dimaksudkan untuk mengetahui gaya hidup minum teh masyarakat Surabaya. Gaya hidup minum teh yang dimiliki oleh masyarakat Surabaya pada masa ini

Dalam konteks ini penglibatan individu dalam sesuatu isu kesihatan diandaikan mempunyai hubungan yang signifikan dengan proses pendedahan kepada maklumat kesihatan, usaha

Gaya hidup metroseksual ini tumbuh dan berkembang tidak lepas dari adanya sinergi antara produsen ‘ideologi’ budaya posmodern dalam ‘kerjasamanya’ dengan media serta iklan

ii PENGESAHAN PENYELIA LATIHAN ILMIAH Dengan ini, saya Dr Mahadirin Ahmad yang merupakan pensyarah program Hubungan Industri dan selaku penyelia latihan ilmiah kepada pelajar yang

Garis Besar Materi Penyuluhan Gaya hidup sehat adalah pola hidup yang mengutamakan pemeliharaan dan peningkatan kesehatan secara keseluruhan.. Metode Penyuluhan Ceramah, Diskusi dan

GAYA HIDUP SEHAT ADALAH POLA HIDUP YANG MENGUTAMAKAN PEMELIHARAAN DAN PENINGKATAN KESEHATAN SECARA KESELURUHAN.. BERIKUT ADALAH BEBERAPA PRAKTIK DALAM GAYA HIDUP