• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBESITI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "OBESITI"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

QGK3013

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN TAJUK TUGASAN 2

KUMPULAN UPSI 27 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO .ID NO. TELEFON

JUNIZA BINTI KASEM D20102041649 019-5555047

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. OMAR BIN MD SALLEH TARIKH SERAH : 8 APRIL 2014

Dapatkan 5 artikel ilmiah dalam bentuk digital / online resources berkaitan Obesiti yang memberi tumpuan kepada gejala obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Baca dan buat satu ulasan menyeluruh ke atas lima artikel itu dan di hantar sebagai kerja kursus melalui MyGuru3 sebagai Tugasan 2.

(2)

PENGENALAN

Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain. Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Bagi memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).

DEFINISI OBESITI DAN PANDANGAN MENURUT EWELES DAN SIMNETT (1986).

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Formula BMI ialah :

Kurus Kurang 20.6 Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9

(3)

Obesiti 31.0 - 45.2 Bahaya Lebih 45.3

Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI = berat(kg) --- tinggi(m) x tinggi(m)

Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :

a. Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.

b. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu. c. Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.

d. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai

(4)

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Obesiti didefinasikan sebagai keadaan di mana pengumpulan lemak yang tidak normal atau berlebihan di tisu adipos sehingga menjejaskan kesihatan (WHO 2000). Menurut WHO (2011) jumlah prevalens obesiti di seluruh dunia telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun 1980. Prevalens obesiti yang semakin meningkat ini bukan sahaja berlaku di negara-negara dunia pertama tetapi juga berlaku di negara-negara-negara-negara yang sedang membangun (WHO 2010).

Masalah obesiti kini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Obesiti merupakan penyakit kedua paling umum di Malaysia selepas penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang berasal daripada keluarga miskin kerana kurangnya kesedaran terhadap pentingnya mempunyai berat badan yang ideal berbanding dengan keluarga kaya.

Seperti yang telah dijelaskan pada pengenalan tugasan ini, Negara kita Malaysia juga tidak terlepas dari masalah ini, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Program kesihatan berasaskan komuniti yang komprehensif merupakan salah satu elemen yang penting dalam pencegahan masalah obesiti (Swinburn et al. 1999). Program intervensi pengurusan berat badan berasaskan komuniti membekalkan suasana pembelajaran yang dapat mengurangkan halangan serta menyediakan sumber yang optimum untuk menggalakkan perubahan cara hidup yang positif secara jangka panjang (Teixeira 2011). Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pihak ragu terhadap keberkesanan program kerana hanya sedikit bukti yang menyatakan program tersebut adalah berkesan serta memberikan impak positif secara jangka panjang (Salmon et al. 2007).

(5)

PUNCA-PUNCA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Secara umumnya faktor- faktor yang menyebabkan obesity adalah seperti keturunan dan faktor genetik, tiada senaman yang mencukupi, nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak, hormon, pengambilan ubat/ rawatan dan jangkitan virus. Melalui kajian antara faktor obesiti di kalangan pelajar di Malaysia adalah berikut:

a) Makan makanan rendah/bebas lemak

Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat.

b) Tidur terlalu sedikit/banyak

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.

c) Minuman bergas

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

d) Mengelak waktu makan

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

e) Makan terlalu cepat

Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

(6)

CARA –CARA MENANGANI MASALAH OBESITI i. Jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras

normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

ii. Minum lapan gelas air setiap hari.

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan

memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

iii. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil.

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

iv. Cara memasak

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.

v. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

vi. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.

Pelajar lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh

(7)

KESIMPULAN

Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk. Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia masa depan yang bulat, boroi dan kurang produktif. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil langkah awal bagi mencegah perkara ini ari terus berlaku. Bak pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

Referensi

Dokumen terkait

a) pH rendah, berada sekitar pH 5,1-6,1 menyebabkan daging mempunyai struktur terbuka yangsangat diinginkan untuk pengasinan daging: warna merah muda yang cerah

Setelah diberikan Penguatan Kompetensi Melalui binaan Kepala Sekolah Tingkat Keberhasilan belajar siswa dengan Menerapkan Metode Demonstrasi pada Mata Pelajaran di

Diperlukan perasaan yang baik bagi animator dalam menganimasikan objeknya, sehingga mereka perlu melatih diri mereka dengan melakukan akting didepan kaca atau mengambil kelas

Personil ICS mempunyai tugas menyusun dokumen yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan sertifikasi dengan pola ICS seperti data petani, status lahan, status

((Kalimat berhuruf tebal dan garis miring, artinya orang itu langsung dijebloskan kedalam Neraka meskipun dia kelihatan orang baik dalam keagamaan yang diikutinya. Bagi

Dari ibu yang berobat ke pelayanan kesehatan untuk diare, di perkotaan ataupun di Jawa-Bali lebih banyak ibu membawa berobat ke praktek dokter, sedangkan di

Sistem pendukung keputusan membantu pengambil keputusan dalam pemilihan web hosting yang terbaik dengan membandingkan algoritma AHP dan SAW. Pada aplikasi ini

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD