• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kategori Bermasalah Pembelajaran arias BP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kategori Bermasalah Pembelajaran arias BP"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kategori Bermasalah Pembelajaran (BP)

Selaras dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek, Murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas turut tidak dipinggirkan. Mereka menjalani proses pembelajaran seiring dengan murid-murid di kelas perdana. Murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas ini dibahagikan kepada 3

kategori:-1. Bermasalah pembelajaran 2. Bermasalah penglihatan 3. Bermasalah pendengaran

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti

berikut:-• Sindrom Down • Autisme ringan

• Attention Deficit Hyperaktif Disorder • Terencat akal minimum

• Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut: • Akta Pendidikan 1996, Bab 8.

• Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.

• Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

• Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].

• Deklarasi Antarabangsa:

- United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).

- The World's Declaration on Education for All (1990).

- The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).

- The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

- Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA ‘1990’

KEPERLUAN-KEPERLUAN PEMBELAJARAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA MENUNTUT PERHATIAN KHUSUS. LANGKAH-LANGKAH PERLU DI AMBIL UNTUK MENYEDIAKAN PERSAMAAN AKSES KEPADA

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA KATEGORI ORANG KURANG UPAYA SEBAGAI BAHAGIAN YANG SEPADU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

AKTA PENDIDIKAN (1961)

(2)

LAYANAN PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID YANG KURANG UPAYA

KIRK, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

“kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental ,

(2) keupayaan-keupayaan deria,

(3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal, (4) dalam tingkah laku sosial atau emosi, (5) dalam keupayaan komunikasi atau,

(6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum”

Culatta, R.A. & Tompkins J.R. “Fundamental of Special Education” 1999 “pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa”

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu; • Disleksia visual (penglihatan)

o Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

• Disleksia auditori (pendengaran)

o Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi

menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

• Disleksia visual-auditori

o Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

(3)

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

• Keturunan atau genitik

o Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

• Biologi

o Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau

ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

• Kematangan

o Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

STRATEGI P&P MURID DISLEKSIA EJAAN

a) Ajar unit yang kecil: ajar 3 atau 4 patah perkataan setiap kali. b) Beri latihan yang mencukupi dan juga maklum balas kepada murid. * Murid boleh menjalankan latihan secara berpasangan.

* Lipat sekeping kertas kepada 5 coloum.Tulis perkataan yang akan dieja dicoloum pertama.

Murid meneliti ejaan tersebut dan akan cuba menulis dicoloum kedua. Apabila murid berjaya mengeja dengan betul secara berturut-turut, murid boleh mengeja perkataan yang kedua.

c) Pilih perkataan Yang Sesuai

Murid mesti tahu membaca perkataan dan juga memahami makna perkataan yang digunakan untuk latihan ejaan.

d) Ajar secara Direct (Secara langsung)

e) Guna Bahasa yang dapat menerangkan konsep f) Pastikan perkataan yang telah diajar dulu diulangkaji

g) Pastikan perkataan yang telah dikuasai digunaka dalam konteks h) Selalu beri motivasi kepada murid untuk mengeja dengan betul i) Ajar murid kemahiran menggunakan kamus

(4)

a) KAEDAH ULI-BELAJAR-ULI

* Pada peringkat awal murid diuji kebolehan mengeja perkataan dalam senarai.

* Mrid hanya diajar perkataan yang masih belum dikuasai.

* Strategi yang digunakan termasuk VERBAL MEDIATION atau mengeja. * Perkataan secara lisan kepada sebaya

* Setelah diajar, murid akan diuji semula * Murid dikehendaki membaiki kesilapan.

b) KAEDAH VISUALISASI

* Guru menulis diatas kad/kertas perkataan yang boleh murid baca. * Murid membaca perkataan secara lisan

* Murid membaca huruf dalam perkataan. * Murid menulis perkataan.

* Guru minta murid meneliti perkataan dan "mengarnoil gambar" perkataan. * Guru minta murid tutup mata dan revisualize perkataan serta mengeja. * Guru minta murid menulis dan guru semak ketepatan ejaan terse

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

 Mengeja

 Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n c – e p – q h – n b – d

 Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v

 Membaca

 Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk

mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;

(5)

 Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

 Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem cat - cat

 Menulis

 Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.

 Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

 Bercakap dan mendengar

 Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

 Nombor

 Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;

3 – 5 - 8 9 - 6

 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

 Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut

 Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh

 Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

Apa itu Disleksia?

• Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun

mereka telah berusaha bersungguh-sungguh o Mempunyai keupayaan intelek yang normal

o Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol

visual dengan bunyi

(6)

o Membaca o Menulis o Memahami o Mengeja o Mengira

• Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : o Lambat bertutur

o Mengalami kesukaran sebutan atau rima o Sukar menulis nama sendiri

o Payah mengenal bentuk atau warna

o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya 2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau

mengira

o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

15 dengan 51

“was” menjadi “saw” ‘b’ dengan ‘d’‘

o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’ o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

• Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee

Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)

• Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai

sudut / dimensi

• Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan. Masalah yang mungkin dialaminya

• Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

• Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri • Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan o Gangguan emosi (seperti kemurungan)

(7)

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan

diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya

Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : o Terapi pertuturan

o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)

1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 3. Merasa pergerakan bibir

4. Menulis huruf atau perkataan 4. Langkah-langkah pemulihan :

o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) o Gunakan video atau kaset untuk belajar

5. Program pemulihan khusus :

o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Kanak-kanak yang mengalami perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial.

Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. Terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak ini. Cara yang biasa digunakan adalah kaedah klinikal dan ujian IQ (intelligence quotient).

Berdasarkan ujian IQ, kanak-kanak terencat akal dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, terencat akal :

 Ringan - skor IQ 50 hingga 75.  Sederhana - skor IQ 30 hingga 50.

 Teruk - skor IQ 30 ke bawah.

CIRI-CIRI SLOW LEARNER :

 Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.  Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.  Sukar menerima arahan.

(8)

 Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar.

 Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.  Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

 Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.  Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun.

 Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah.

 Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.

 Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.  Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.

 Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

CIRI-CIRI DISLEKSIA :

 Selalu dikesan pada peringkat awal persekolahan.

 Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

 Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.  Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b'

dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

 Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

 Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

 Sering berlaku di kalangan lelaki. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

Referensi

Dokumen terkait

Pada artikel ini penulis akan membahas mengenai keberlakuan pelabelan total tak-ajaib titik (VATL) pada graf multistar, yakni graf yang terbentuk dari gabungan

Misalkan berlaku adil, baik untuk diri sendiri dan orang lain, tidak menindas atau melakukan kekerasan (Biasanya kita melakukan penindasan dan kekerasan terhadap kaum yg lebih

teknologi thick-film ini adalah memungkinkan elemen heater, elektroda dan bahan sensitif dapat dilapiskan di atas substrat alumina yang berukuran kecil sehingga konsumsi

15 menit merancang simulasi/memodelkan bagaimana teknik pra-observasi dan pemberian feedback pada pos-observasi serta tindak lanjut. Secara acak Master trainer akan meminta

Obat tradisional adalah bahan atau ramuan bahan yang berupa bahan tumbuhan, bahan hewan, bahan mineral, sediaan sarian (galenik), atau campuran dari bahan tersebut

2.2 Fungsi Bahan Ajar Prastowo 2014:139 menyatakan beberapa fungsi bahan ajar bagi pendidik dan peserta didik yaitu: a menghemat waktu pendidik dalam mengajar, b mengubah peran

Sedangkan pembelajaran daring ialah pembelajaran yang dilakukan secara online menggunakan aplikasi pembelajaran maupun jejaring social, sehingga teknologi informasi dan

Proses-proses metabolisme dari halofita biasanya dapat toleran terhadap garam. Kemampuan mengatur konsentrasi garam dalam sitoplasma melalui transpor membran dan