• Tidak ada hasil yang ditemukan

'Jumpa saya, bukan cari ah long'

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "'Jumpa saya, bukan cari ah long'"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

3

'Jumpa saya,

bukan

cari ah long'

16

Befrienders terima

banyak panggilan

Nasib nelayan terus diperjuangkan

Ceti haram bukan penyelesaian masalah

perniagaan, usahawan perlu guna saluran betul

Usahawan terjejas digesa mohon Dana

Kasih Niaga anjuran Kerajaan Melaka

Peniaga dan penganjur dakwa rugi RM1.3 juta,

Norhizam bawa laporan ke Putrajaya

EDISI KE - 55 05 Julai- 11 Julai 2021 24 Zulkaedah - 1 Zulhijjah 1442H PP 19464/D4/2019/ (035072) Sejak 1982 www.melakahariini.my

TERKINI COVID-19 / KEMASKINI SETAKAT / 3 JULAI 2021,12 TGH KES BAHARU : 6,658 KES SEMBUH : 5,677 KES KEMATIAN : 107 KES KESELURUHAN : 772,607 NASKHAH PERCUMA

20

24

Empat

anak

Melaka

ke Olimpik

Eksklusif

MHI

10

Fokus DUN : Bemban

6

Vaksinasi Melaka

mungkin selesai Nov

(2)

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

FOKUS

2

KUALA LUMPUR - Kerajaan

baru-baru ini melancarkan Pakej Perlindun-gan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion mer-angkumi suntikan langsung fiskal seban-yak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyid-din Yassin.

Beliau berkata, bantuan itu menum-pukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Me-nyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

“Sejak pan-demik COVID-19 melanda negara, ke-rajaan telah melak-sanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsan-gan denrangsan-gan nilai

keseluruhan berjumlah RM380 bilion. “Setakat ini, sebanyak lebih RM200 bilion telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.

“Belanjawan 2021 pula bernilai RM322.5 bilion dan masih berbaki RM100 bilion untuk dibelanjakan seh-ingga hujung tahun ini,” katanya semasa mengumumkan pakej PEMULIH pada 28 Jun lepas.

Muhyiddin berkata bagi fokus meneruskan agenda prihatin rakyat, ke-rajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion merangkumi Bantuan Pri-hatin Rakyat (BPR).

Menurutnya, semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, ke-rajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500

pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun. Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September depan.

Beliau berkata, secara keseluruhan-nya, nilai BPR sehingga hujung tahun ini

adalah RM4.9 bilion. Sementara itu, bagi memastikan rakyat men-dapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, kerajaan turut mengumumkan pem-berian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC den-gan kadar dan kategori ter-tentu.

Perdana menteri ber-kata isi rumah kategori mis-kin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

Isi rumah B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember manakala kategori bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan mempercepatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk menambah bekalan vaksin negara.

Ini bermakna, jumlah bekalan vak-sin yang ditempah kerajaan adalah cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.- BERNAMA

Pakej PEMULIH RM150 bilion

bantu rakyat menyeluruh

SERI BENDAHARA – Maklum balas

segera kepada Pakej Rangsangan Eko-nomi Melaka menunjukkan ianya di-nanti rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ramai rakyat bertanya cara memohon bantuan dan insentif tersebut dalam media sosial.

“Rakyat di bawah sana ada yang bertanyakan bagaimana mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan dan pelbagai inisiatif diumumkan itu.

“Apabila kita menerima maklum balas sedemikian, ertinya pakej rang-sangan yang kita umumkan itu me-mang sesuatu yang amat

dinanti-nantikan oleh rakyat di Negeri Melaka yang memang terkesan,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada sia-ran langsung segmen Bicara Ketua Menteri bersama MelakaFm di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, kejayaan pakej rangsan-gan ekonomi tersebut terletak kepada sejauh mana keberkesanan tindakan dan maklum balas dilakukan oleh jaba-tan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan kesemua inisiatif disediakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan pakej bantuan sebanyak RM195.98 juta buat rakyat di negeri ini sekali gus menjadi-kan Melaka antara negeri terbesar

me-nyalurkan peruntukan itu berbanding negeri lain.

Katanya, daripada jumlah itu ia melibatkan Pakej Sejahtera Bersama se-banyak RM174.53 juta dan Pakej Ban-tuan Fasa 1 pada tahun lalu berjumlah RM21.45 juta.

“Ini satu jumlah yang cukup besar, malah tidak keterlaluan jika saya kata-kan bahawa ini adalah pakej bantuan kerajaan negeri antara yang terbesar, kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain di seluruh negara.

“Sebanyak 60 inisiatif telah saya bentangkan, ia tidak termasuk lebih 100 inisiatif yang telah saya bentangkan dalam Belanjawan 2021 Negeri Melaka pada tahun lalu,” katanya.

Bukti pakej rangsangan ekonomi

dinanti rakyat

MUHYIDDIN

Melaka terima maklum balas segera

SULAIMAN

(3)

MELAKA HARI INI

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

FOKUS

3

PENGKALAN BATU – “Perlu cari saya, bukannya ‘ah long’

ke-rana ada sake-ranan dan jalan terbaik untuk mereka bagi menerus-kan kelangsungan hidup,” kata Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib pe-niaga di Banda Hilir yang semakin terhimpit akibat tidak dibe-narkan beroperasi dalam tempoh pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pem-bangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu menegaskan be-liau memandang serius keadaan dihadapi peniaga dan

menasihati mereka su-paya cekal dan tidak

berputus asa hingga membuat keputusan terburu-buru demi menyelesaikan per-masalahan dengan mudah. Menurutnya, semua usahawan terjejas teru-tama peniaga kecil se-perti pasar malam dan ‘uptown’ perlu tampil ber-jumpa dengan pihaknya bagi berkongsi masalah di-hadapi kerana pelbagai bantuan dan inisiatif ter-masuk khidmat nasihat daripada pelbagai agensi dis-ediakan boleh membantu mereka.

“Peniaga kecil mahupun pelbagai persatuan peniaga yang ter-kesan, saya minta datang berjumpa saya daripada pergi membuat pinjaman tidak tentu arah…jumpa ‘ah long’ dan sebagainya kerana Ah long bukan menyelesaikan masalah malah menyulitkan lagi kea-daan.

“Sebenarnya pelbagai manfaat boleh diambil peniaga yang ter-jejas sebab kerajaan bukan saja membantu dari segi pembiayaan atau geran, malah bantuan dari segi kadar sewaan, permohonan mesin dan pembungkusan (produk),” katanya kepada Melaka Hari Ini. Beliau menjelaskan beberapa inisiatif perlu direbut usahawan daripada pelbagai agensi antaranya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), SME Corp MARA, Institut Pia-waian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang sedia membantu.

Ujarnya, kerajaan negeri turut menawarkan pelbagai inisiatif dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 dan perlu direbut oleh peniaga selain bantuan daripada kerajaan pusat yang disalurkan menerusi agensinya.

“TEKUN Nasional misalnya, menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada peniaga malah jika ada mereka yang memerlukan bantuan geran, mesin atau alatan perniagaan lain SME Corp sedia membantu mereka jika mempunyai kesungguhan untuk memban-gunkan semula sektor yang terjejas ini.

“Kerajaan negeri sedia membantu peniaga di negeri ini, malah kita juga ada menawarkan Dana Kasih Niaga sejumlah RM1,000 dalam pakej yang diumumkan baru-baru ini dengan hanya memer-lukan permohonan di pejabat daerah masing-masing.

“Saya mohon mereka (peniaga) ini untuk berjumpa dan saya akan mencari peluang dan penyelesaian terbaik buat mereka,” kat-anya.

Beliau turut menasihatkan agar peniaga perlu lebih hati-hati membuat keputusan dalam keadaan tertekan.

Faiz Hasan

NORHIZAM

ISU ratusan kapal dagang berlabuh dan jenayah di perairan negeri ini

antara kekangan dihadapi golongan nelayan untuk menangkap ikan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, sebagai penyelesaian cadangan untuk membahagikan tiga zon di kawa-san perairan pantai, mengehadkan bilangan kapal induk berlabuh dan membanteras jenayah akan dibincang dan diperhalusi dalam masa ter-dekat.

Menurutnya, cadangkan pembahagian zon di perairan Selat Melaka bertujuan memudahkan nelayan menjalankan aktiviti menangkap ikan. “Cadangan ini dibincangkan untuk dilaksanakan secepatnya di Selat Melaka dengan zon pertama adalah zon penangkapan ikan diikuti zon kapal berlabuh dan zon laluan kapal selat antarabangsa sekali gus tidak lagi mengganggu nelayan menjalankan aktiviti perikanan di negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut Norhizam berkata, terdapat kira-kira 500 kapal berlabuh di perairan Selat Melaka dan ada antaranya menjalankan per-khidmatan urus niaga antara kapal ke kapal membabitkan kapal induk yang menjual minyak, air, bekalan makanan dan stok serta mengeksploi-tasi perairan hingga menjejaskan nelayan menangkap hasil laut. “Sehingga kini juga didapati lebih 10 kapal induk berlabuh di Selat Melaka, sedangkan kita sekurang-kurangnya hanya memerlukan empat kapal induk di perairan itu.

“Lebih mengejutkan kapal-kapal ini akan berlabuh di tempat sama saja selama berbulan hingga bertahun sekali gus menyukarkan nelayan untuk menjalankan aktiviti memukat yang memerlukan ruangan. “Apatah lagi kini perairan Melaka semakin sempit akibat penamba-kan seluas 1.5 kilometer persegi, kita tak banyak lagi ruang untuk nelayan menangkap ikan…agak terhad,” katanya.

Beliau berkata, bukan saja hasil nelayan berkurang, malah ada kala kelengkapan seperti pukat yang dipasang rosak akibat dilanggar atau ter-kena kipas kapal.

“Jadi saya bertegas walaupun kapal ini menerima kebenaran Jaba-tan Laut Malaysia (JLM) untuk berlabuh, ia tetap menyusahkan nelayan. “Saya juga telah berbincang dan akan bangkitkan lagi perkara ini dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar ada penyelesaian buat 1,200 nelayan berlesen di Melaka,” katanya lagi.

Cadang perairan Selat Melaka

dibahagi kepada tiga zon

Prihatin nasib nelayan

KERAJAAN sedia membantu

me-nyelesaikan masalah dihadapi lebih 100 peniaga kraftangan dan maka-nan tradisional di Bazar Ole-ole di sini ke Putrajaya.

Exco pembangunan usahawan negeri, Datuk Norhizam Hassan Bak-tee, berkata penganjur bazar berke-naan bagaimanapun perlu segera menyediakan laporan beserta bukti kerugian ditanggung mereka sejak awal tahun ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Saya minta usahawan-usaha-wan kecil yang ada di Melaka him-punkan segala data dan fakta ini (kerugian), hantarkan pada saya untuk saya angkat laporan terus ke Kementerian Pembangunan Usaha-wan dan Koperasi.

“Saya akan berbincang soal nasib usahawan yang terjejas akibat PKP dengan menteri atau timbalan menteri. Kalau dia (penganjur) kata boleh bagi laporan segera, dengan pantas saya akan ke Purajaya. Tak perlu masa yang lama,” katanya. Pengerusi Jawatankuasa Per-tanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata demikian selepas meninjau keadaan peniaga di Bazar Ole-ole, di sini, baru-baru ini. Hadir sama penganjur bazar berkenaan, Khairul Anuar Mohd Noor.

Terdahulu, Khairul Anuar men-dakwa pelaksanaan PKP sejak awal tahun ini menyebabkan penganjur dan lebih 100 peniaga bazar

berke-naan yang bergantung penuh penda-patan daripada pelancong kerugian hampir RM1.3 juta merangkumi kos sewa tanah, sewa kedai, makanan rosak akibat tamat tempoh.

Mengulas perkara itu, Norhi-zam berkata beliau turut simpati dengan nasib dialami dan akan beru-saha membantu mereka termasuk mendapatkan bantuan pinjaman menerusi agensi di bawah kementer-ian berkenaan.

“Kalau kata tak dapat bantuan

daripada Pusat (kementerian) pun kita minta SME Corp, MARA, TEKUN, PUNB dapatlah meringan-kan beban mereka dengan memberi pinjaman agar mereka boleh ber-niaga balik.

“Selain daripada itu, usahawan yang beragam Islam juga boleh da-tang berjumpa dengan saya mem-bawa dokumen diperlukan untuk memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ber-jumlah RM350,” katanya.

Kerajaan bantu segera

usahawan yang terjejas

NORHIZAM (kiri) ketika turun padang ke Bazar Ole-ole di Banda Hilir baru-baru ini bagi mendengar sendiri keluhan peniaga di bazar tersebut. Muhd Rizanizam Hamid

Eksklusif

MHI

(4)

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

FOKUS

4

Liana Sahabudin

AYER KEROH – Bagaikan

‘bulan jatuh je riba’, itu pe-rumpamaan mengenai golon-gan sasar yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menerusi Pakej Perlin-dungan Rakyat dan Pemuli-han Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan baru-baru ini.

Kecil atau besar tidak menjadi ukuran kerana jumlah diperuntukkan perlu diman-faatkan mengikut keperluan serta meringankan beban di-tanggung dalam tempoh pan-demik COVID-19 ini. Penerima BPR, Kama-riah Mohamad, 64, berkata, sudah tentu bantuan itu akan dimanfaatkan bagi membeli barangan keperluan harian. “Makcik bersyukur ke-pada Allah dengan kerajaan yang prihatin, bantuan ini dapat membantu terutama sekali membeli barang dapur serta makanan dan ditambah pula banyak barangan yang dah naik harga.

“Makcik pesara, tapi duit yang dapat tu banyak nak

di-tolak, paling mustahak nak bayar bil api (elektrik) dan air. Jadi, bila hujung bulan tu tinggal sikit je untuk belanja,” katanya ketika ditemui MHI di sebuah pasar raya, di sini, baru-baru ini.

Bagi Noraini Abdul Kadir, 65, dalam tempoh pan-demik ini sudah pasti bantuan BPR sangat diperlukan. “Bantuan memang san-gat membantu keluarga, wang yang disalurkan oleh kerajaan sudah tentulah saya akan guna untuk beli keperluan asas seperti makanan dan sebagainya.

“Ditambah pula suami dah pencen, jadi warga emas seperti kami ni memang ber-terima kasih sangat bila dapat bantuan sebegini,” katanya yang berasal dari Krubong. Sementara itu, golongan M40, Siti Amani Md Nor, 37, turut bersyukur apabila kera-jaan tidak meminggirkan go-longan sepertinya yang turut terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

“Syukur kali ini kerajaan berikan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) terhadap

golongan M40, kami memang sangat memerlukan dan ter-kesan waktu ini.

“Sebelum ni tak pernah dapat bantuan sebab ada syarikat sendiri, Alhamdulil-lah dengan bantuan ni dapat-lah ringankan beban yang ditanggung.

“Saya ada spa urutan dan dah dua bulan lebih tutup, mata pencarian memang ber-gantung pada perniagaan itu saja”, katanya yang memp-unyai tiga anak.

Katanya, dia memang berharap kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat termasuk golongan M40. “Memang kita harap san-gat kerajaan dengar apa yang kita alami sekarang, bila umum pasal BKC memang saya nak mohon sebab pe-niaga macam saya memang sangat terkesan,” katanya yang menetap di Kampung Pengkalan Minyak.

KAMARIAH

NORAINI

‘Dapatlah tampung beli barang dapur’

Din Ahmad

AYER KEROH – Kemudahan

pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra yang diumumkan kera-jaan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati rata-rata orang awam menyambut baik berhubung kemudahan pengeluaran sehingga RM5,000 bagi meringankan beban kewangan pencarum yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pekerja Perkhidmatan Kurier, Muhammad Syahmi Borhan ber-kata, dalam keadaan ekonomi yang dilihat semakin genting, pengeluaran duit simpanan KWSP menerusi

i-citra dilihat membantu bagi golon-gan yang terjejas.

Katanya, wang simpanan dike-luarkan akan digunapakai bagi membeli barangan keperluan harian asas atau ‘topup’ untuk bayaran bil-bil bulanan di rumah selain akan digunakan bagi meneruskan

kelang-sungan hidup.

“Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, duit simpanan itulah yang akan bertindak sebagai penye-lamat, namun perlu diingatkan ba-hawa pengeluaran KWSP kali ini bukan bantuan dan ia adalah hasil titik peluh pekerja.

“Tambahan pula dengan kea-daan ekonomi tidak menentu, peker-jaan saya pula tidak menjanjikan akan kekal, duit tersebut memang diperlukan sebagai persediaan diri mengharungi hari mendatang,” kat-anya.

Bagi pekerja swasta, Muham-mad Fuad Ramdan, pengeluaran i-Citra ketika musim pandemik ini amat dinantikan bagi golongan me-merlukan.

Ujarnya, wang simpanan atau tabung kecemasan semakin menyu-sut dalam pandemik membuatkan

dia berasa ‘bernyawa kembali’ apabila kerajaan mengumumkan pengeluaran i-Citra kelmarin. “Dalam keadaan semua orang tengah ‘susah’ dan ada yang hampir ‘nazak’ saya boleh kata, pengeluaran i-Citra ini beri golongan terjejas ini ‘bekalan oksigen’.

“(Namun) i-Sinar dan i-Citra adalah bekalan oksigen yang sama dan bayangkan jika ia habis diguna-kan dan dalam masa yang sama kea-daan pandemik ini berlarutan dan semakin parah. Hal ini turut menjadi persoalan buat kami pencarum KWSP,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Per-hubungan Awam, Nabilah Mahat berpandangan i-Citra sangat memb-antu golongan yang terdesak akibat pandemik COVID-19, namun jumlah yang dibenarkan perlu ditingkatkan. Jelasnya, jumlah RM5,000 bagi

tempoh lima bulan iaitu sebulan ber-samaan RM1,000 bagi menampung perbelanjaan sekeluarga bagi orang hilang sumber pendapatan adalah tidak cukup untuk membayar hu-tang dan barang keperluan terutama untuk keluarga yang ramai tanggun-gan.

“Pengeluaran wang kali ini ada-lah sama seperti i-Sinar, sepatutnya pencarum boleh keluarkan sehingga RM10,000 seperti sebelumnya. “Ini kerana kebanyakan rakyat hilang pekerjaan kerana syarikat gu-lung tikar dan semua diberi cuti tanpa gaji.

“Mereka ini amat mengharap-kan bantuan kerajaan, namun untuk mendapatkan bantuan pula banyak prosedur perlu dilalui, jadi dengan adanya kemudahan pengeluaran i-Citra ini tentu dapat membantu,” katanya.

Kemudahan pengeluaran i-Citra legakan rakyat

Fiqa Jamal

KRUBONG – Moratorium

bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan tanpa sya-rat yang diumumkan kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Eko-nomi (PEMULIH) disambut baik oleh golongan peminjam di Melaka.

Pengusaha Bengkel, Mu-hammad Asyraf A.Rahim ber-kata, wajar moratorium tersebut diberikan kepada go-longan peminjam yang terjejas bagi tujuan meringankan beban kewangan mereka dalam tempoh pandemik ini.

“Sebagai pemilik bengkel yang mempunyai pinjaman bank, saya berpendapat wajar moratorium ini diteruskan dan duit bayaran bulanan itu boleh digunakan sebagai wang kecemasan memandangkan musim pandemik ini ramai yang terkesan kerana Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap bulan hampir RM2,000 dibayar untuk pin-jaman bank dan dicampur pinjaman kereta, keseluruhan hampir RM3,500 dapat saya gunakan sebagai tabung kece-masan,” katanya kepada Me-laka Hari Ini (MHI).

Pemilik Kedai Runcit, Rosidah Abdul Laman juga se-nada dan menjelaskan dia memilih untuk mengambil moratorium selama enam bulan dan melihat langkah

ke-rajaan itu wajar dimanfaatkan oleh golongan yang terkesan.

Katanya, dia berdepan dengan pelbagai faktor menje-jaskan perniagaan runcitnya dalam tempoh PKP selain membuat moratorium terha-dap pinjaman kereta.

“Bagi saya ambil mora-torium ini ada kesan baik dan kesan buruk…kesan baiknya apabila saya tidak perlu untuk membayar secara bulanan bagi tempoh enam bulan dan mampu untuk menggunakan duit tersebut sebagai duit kece-masan.

“Kesan buruk, meskipun difahamkan tiada faedah tam-bahan dikenakan kepada pe-minjam daripada bank, namun tempoh pembayaran kepada bank akan dipanjang-kan dan kereta saya hanya tinggal dua tahun sahaja lagi untuk dihabiskan pembayaran pinjaman.

“Moratorium ini perlu diambil bagi golongan terjejas untuk membayar pinjaman, jika mampu janganlah ambil kerana apa jua tindakan yang diambil akan memberi kesan,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Muhammad Nizam Sapian, beranggapan pemin-jam perlu ‘berfikir panjang’ untuk mengambil moratorium bank.

Katanya, dia yang perlu menanggung pembayaran an-suran kereta bapanya dan perlu membayar pinjaman rumah masih berfikir untuk mengambil moratorium ke-rana tidak mengambilnya sebelum ini.

“Selagi saya mampu untuk membayar kesemua pinjaman kepada bank, saya memilih untuk tidak men-gambil moratorium tersebut kerana baki pinjaman kereta yang ditanggung sudah ham-pir habis dan saya ingin segera menamatkan pem-bayaran.

“Manakala bagi pem-biayaan bulanan pinjaman rumah masih diteruskan se-cara bulanan kerana masih mampu untuk membayarnya. “Namun saya berpenda-pat langkah itu (pemberian moratorium) bagus untuk diambil kepada golongan yang memerlukan wang untuk enam bulan yang men-datang,” jelasnya.

Moratorium:

Wang bulanan kepada bank

dijadikan tabung kecemasan

NIZAM

FUAD

Saliawati Salberi

Memang kita harap

sangat kerajaan

dengar apa yang kita

alami sekarang, bila

umum pasal BKC

memang saya nak

mohon sebab peniaga

macam saya memang

sangat terkesan

(5)

MELAKA HARI INI

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

5

SEMASA

AYER MOLEK – Varian Delta

(B.1.617.2) atau dahulu dikenali seba-gai varian India di Melaka yang dike-san menerusi persampelan yang dijalankan dari 23 hingga 30 Jun lalu disyaki sudah menular dalam komu-niti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesi-hatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia beriku-tan satu kes varian berkenaan yang dikesan di Kluster Bukit Godek, mukim Semabok tidak mempunyai sejarah perjalanan merentas negeri atau menjadi kontak rapat kes sebe-lum ini.

Menurutnya, kes indeks yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat di Taman Merdeka, hanya mempunyai sejarah perjalanan beru-lang-alik dari rumahnya di Kampung Bukit Godek ke tempat kerja, selain dikesan menghadiri majlis pernika-han adiknya pada 31 Mei.

Jelasnya lagi, kes berkenaan yang pada awalnya hanya mengesan 66 orang kontak rapat kini telah meningkat terlalu cepat sehingga

merebak ke generasi keempat dan merekodkan 93 kes positif COVID-19 setakat 1 Julai lepas.

“Jangkitan kes ini masih disiasat sama ada mendapat jangkitan dari

tempat kerja iaitu syarikat pembersi-han atau mungkin daripada perjum-paan keluarga.

“Namun, besar kemungkinan ia mendapat jangkitan daripada

komu-niti iaitu sporadik. Ia bermakna var-ian ini sudah ada dalam komuniti,” katanya ketika ditemui di Kompleks Japerun Ayer Molek, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rahmad me-maklumkan kes indeks daripada Kluster Bukit Godek mempunyai ge-jala seperti demam, sakit kepala, selsema dan batuk pada 7 Jun dan dikesan positif pada 10 Jun mener-usi ujian RTK di sebuah klinik ke-sihatan sebelum menjalani ujian PCR pada 12 Jun dan disahkan positif.

Menurutnya lagi, kluster berke-naan tidak hanya merekodkan kes di Kampung Bukit Godek, bahkan men-erusi saringan kontak rapat yang

di-jalankan terdapat juga kes positif dikesan di Telok Mas, Bukit Lintang, Pulau Gadong dan satu kes memba-bitkan pekerja di sebuah restoran makanan segera di Semabok. “Langkah-langkah kawalan dan pencegahan awal telah dilakukan ter-masuk melakukan sanitasi di tempat kerja, rumah dan restoran berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Orang ramai dinasihati agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di tempat awam, terutamanya pema-kaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan memandangkan varian Delta ini boleh merebak dengan cepat,” ka-tanya lagi.

RAHMAD

Varian Delta di Melaka

Disyaki sudah menular dalam komuniti

Mohamad Fazrul Abdul Majid

PKPD Taman Mewah Kelemak mulai

3 Julai – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR –

Kera-jaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergera-kan DiperketatPergera-kan (PKPD) di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah berkuat kuasa 3 sehingga 16 Julai ini.

Menteri Kanan Kesela-matan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelak-sanaan itu berikutan pening-katan sebanyak 55 kes positif

COVID-19 dengan kadar ke-bolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini me-laporkan situasi terkini kes

COVID-19 di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah.

“Setelah membuat

pen-ilaian risiko bersama pelba-gai agensi dalam Jawa- tan-kuasa Teknikal perintah kawalan pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kera-jaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan ini,” kata-nya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, baru-baru ini.

Beliau berkata,

pelaksa-naan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari ka-wasan berisiko keluar dari lo-kaliti tersebut.

ISMAIL Sabri Liana Sahabudin

Setelah membuat penilaian risiko bersama

pelbagai agensi dalam Jawatankuasa

Teknikal perintah kawalan pergerakan (PKP)

dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju

melaksanakan PKPD di kawasan ini.

Lima negeri ke Fasa 2 PPN

Melaka kekal Fasa 1

KUALA LUMPUR – Lima negeri

iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis menjadi negeri per-tama dibenarkan beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 bermula 5 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ber-kata, peralihan itu diberikan selepas kelima-lima negeri menepati dan

memenuhi tiga indikator yang dite-tapkan iaitu kadar penularan COVID-19 dalam komuniti, penggu-naan katil di wad ICU dan peratusan populasi yang lengkap menerima dua dos vaksin.

“Saya percaya peralihan mengi-kut nilai ambang setiap negeri ini adalah keputusan yang lebih adil ke-pada negeri-negeri.

“Jika kita kekal kepada nilai ambang membabitkan seluruh

ne-gara seperti sebelum ini semua negeri terpaksa kekal di Fasa 1 ker-ana kes COVID-19 di sesetengah negeri contohnya Selangor masih lagi tinggi.

“Jadi dengan tindakan ini, kita dapat membebaskan negeri-negeri yang menepati nilai ambang dari Fasa 1 ke Fasa 2, bermula 5 atau 7 Julai,” katanya pada sidang media dalam talian bersama Menteri Ke-wangan Tengku Datuk Seri Zafrul

Tengku Abdul Aziz di sini, baru-baru ini.

Mengikut data nilai ambang yang dikeluarkan Kementerian Ke-wangan, kelima-lima negeri itu telah melepasi syarat yang ditetapkan be-rikutan kes harian di negeri terbabit kekal rendah sejak PPN dilaksana-kan, selain kapasiti penggunaan katil di wad ICU juga mencukupi dan populasinya juga sudah melepasi 10 peratus menerima dua dos suntikan

vaksin.

Bagaimanapun, Melaka masih kekal di Fasa 1 PPN berikutan hanya menepati satu indikator berbanding tiga yang ditetapkan kerajaan.

Mengikut data yang ditunjuk-kan, Melaka hanya menepati indi-kator peratusan populasi yang lengkap menerima dua dos vaksin apabila merekodkan 10.7 peratus rakyat lengkap divaksinasi ketika ini.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Kes berkenaan yang pada awalnya

hanya mengesan 66 orang kontak rapat

kini telah meningkat terlalu cepat

sehingga merebak ke generasi keempat

dan merekodkan 93 kes positif COVID-19

setakat 1 Julai lepas.

(6)

Mohamad Fazrul Abdul Majid

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

SEMASA

6

SERI NEGERI – Melaka diyakini mampu

menjadi antara negeri terawal mencapai imu-niti kelompok apabila proses vaksinasi rakyat berumur 18 tahun ke atas mampu diselesai-kan selewat-lewatnya pada November.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jama-luddin berkata, sasaran itu mampu dicapai

apabila Melaka kini berupaya menampung 13,000 suntikan sehari bermula bulan ini.

Jumlah itu, jelasnya, jauh lebih tinggi berbanding purata pemberian vaksin pada masa sekarang, iaitu sekitar 7,000 dos vaksin sehari.

“Saya jangka untuk Melaka, Insya-Allah kita akan selesaikan vaksinasi paling lewat bulan November memandangkan ia antara harapan Ketua Menteri Melaka sendiri yang

sangat prihatin kepada pembukaan semula sektor ekonomi Melaka.

“Ia berikutan Melaka adalah negeri pe-lancongan, negeri yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan, peruncitan dan sebagainya.

“Jadi, saya telah memberi jaminan akan usahakannya supaya dapat membantu Me-laka mempercepatkan proses vaksinasi, se-lain berusaha meningkatkan kapasiti vaksin,”

katanya dalam sidang media di Seri Negeri yang turut disertai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, untuk bulan ini sahaja, Melaka bakal menerima se-jumlah 368,000 dos vaksin bagi keperluan PICK di Melaka yang mana jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding peruntukan awal yang diterima iaitu anggaran 200,000 dos sa-haja sebelum ini.

Vaksinasi Melaka dijangka

selesai November ini - Khairy

Mohamad Fazrul Abdul Majid

PENGUSAHA industri pelancongan seluruh

ne-gara bukan tergolong dalam kalangan individu yang perlu dipercepatkan suntikan vaksin pada ketika ini.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Penyela-ras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, ia beriku-tan keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah membabitkan pekerja industri khususnya di ki-lang-kilang berstatus ‘essential’ yang masih dibuka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, jika negara sudah memasuki

peralihan fasa kedua dan ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), barulah keperluan vaksin memba-bitkan pemain industri pelancongan akan diteliti. “Bila sudah sampai proses peralihan fasa kedua dan ketiga (PPN) saya akan berbincang semula dan melihat keperluan kepada sektor pe-lancongan, hospitaliti, hotel, penarik beca dan seb-againya.

“Buat masa ini kita fokus dahulu kepada in-dustri yang masih beroperasi sewaktu PKP teru-tamanya membabitkan kilang-kilang,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri

Sains, Teknologi dan Inovasi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperuntuk-kan RM400 juta dalam Pakej Perlindungan Ra-kyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi menambah bekalan vaksin dan mewujudkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Katanya, peruntukan itu berupaya memperce-patkan proses vaksinasi sekali gus membantu ne-gara mencapai imuniti berkelompok dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pengusaha industri pelancongan diminta bersabar

KHAIRY WAKTU SOLAT

WAKTU SOLAT

05 JULAI 2021 06 JULAI 2021 07 JULAI 2021 08 JULAI 2021 09 JULAI 2021 10 JULAI 2021 11 JULAI 2021 SUBUH 5.55 am 5.55 am 5.54 am 5.55 am 5.55 am 5.56 am 5.56 am SYURUK 7.09 am 7.09 am 7.09 am 7.09 am 7.09 am 7.09 am 7.10 am ZOHOR 1.18 pm 1.19 pm 1.18 pm 1.19 pm 1.19 pm 1.19 pm 1.19 pm ASAR 4.43 pm 4.43 pm 4.43 pm 4.44 pm 4.44 pm 4.44 pm 4.44 pm MAGHRIB 7.25 pm 7.25 pm 7.25 pm 7.25 pm 7.25 pm 7.25 pm 7.26 pm ISYAK 8.40 pm 8.40 pm 8.40 pm 8.40 pm 8.40 pm 8.40 pm 8.40 pm

Melaka Hari Ini www.melakahariini.my

YouTube

05 Julai 2021 - 11 Julai 2021 ( 24 Zulkaedah 1442H - 01 Zulhijjah 1442H)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya, solat seseorang lelaki secara berjemaah lebih utama daripada solatnya seorang diri dengan dua puluh lima bahagian. AYER MOLEK – Melaka bakal

membuka tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di hospital swasta yang dikhususkan untuk vaksinasi orang awam dalam usaha

mem-percepatkan vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Ke-bangsaan (PICK).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, tiga hospital swasta itu adalah

Hospital Pantai di Ayer Keroh, serta Mahkota Medical Centre dan Southern Eye Clinic Specialist Centre di Melaka Raya yang akan dibuka bermula 5 Julai.

Jelasnya, untuk ketiga-tiga hospital swasta itu sebanyak 350

dos akan dibekal-kan setiap hari bagi memberikan suntikan kepada orang awam yang bakal menerima notifikasi mene-rusi aplikasi MySe-jahtera.

“Buat masa ini, kita telah me-luluskan pem-berian 200 dos sehari kepada Mahkota Medical Centre atau bersa-maan 1,000 dos seminggu.

“Hospital Pantai pula akan dibekalkan 100 dos sehari atau 500 dos seminggu, manakala Southern Eye Clinic Specialist Centre pula akan menerima 50 dos vaksin sehari atau bersamaan 250 seminggu.

“Kesemua PPV hospital swasta yang akan dikhu-suskan untuk orang awam ini akan be-roperasi lima hari seminggu,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Dalam pada itu, beliau turut me-maklumkan terda-pat sebuah lagi PPV hospital swasta di negeri ini yang akan membantu proses vaksinasi membabitkan orang awam yang dijangka dibuka pada 12 Julai. Jelasnya, PPV berkenaan ialah Oriental Melaka Straits Medical Centre yang mampu memberikan 100 dos suntikan se-tiap hari atau 500 dos untuk seminggu.

Tiga hospital swasta Melaka dijadikan PPV awam

(7)

MELAKA HARI INI

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

SEMASA

7

SERKAM – Tindakan sebuah kilang

pem-prosesan ayam yang memberikan alasan ‘tidak sengaja’ gagal mengamalkan penja-rakan fizikal di tempat kerja menerima padah apabila dikompaun RM10,000.

Kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dikesan dalam Operasi Patuh (Op Patuh) oleh pegawai dan ang-gota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada 2 Julai lepas.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) men-dapati pekerja kilang terbabit melakukan kerja masing-masing di meja yang tidak ada ruang penjarakan sekali gus tidak men-gamalkan SOP ditetapkan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam operasi ber-kenaan, sebanyak 218 kilang diperiksa di seluruh negeri membabitkan daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Katanya, hasil pemeriksaan itu polis mengeluarkan lima kompaun masing-mas-ing berjumlah RM10,000 terhadap kilang yang gagal mematuhi SOP, keseluruhannya berjumlah RM50,000.

“Daripada jumlah itu tiga premis di daerah Jasin dikenakan kompaun kerana membenarkan pekerja melebihi 60 peratus di tempat kerja manakala satu lagi di dae-rah Melaka Tengah.

“Satu sahaja kilang yang kita keluar-kan kompaun di Serkam disebabkeluar-kan tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa

berada di pejabat dan beberapa ketidakpa-tuhan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas men-jalankan pemeriksaan di kilang berkenaan bersama Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata dalam operasi tersebut, seramai 262 pega-wai dan anggota membabitkan ketiga-tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) digerakkan dalam Op Patuh.

Katanya operasi bersepadu itu turut

dibantu oleh 11 agensi penguatkuasa lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seramai 106 keanggotaan.

“Sebanyak 11 pasukan masing-masing digerakkan di daerah Melaka Tengah dan Jasin manakala sembilan lagi pasukan memantau di Alor Gajah dan hasil operasi hari ini (2 Julai), 80 peratus daripada kilang diperiksa mematuhi SOP ditetapkan,” kat-anya.

Kilang memproses ayam

dikompaun RM10,000

Bendera putih: Menang atau kalah?

TULAR di media sosial perdebatan mengenai bendera putih. Ia mengenai wajar atau tidak mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan. Masing-masing dengan pendirian wajar atau tidak.

Mat nak cakap, isu pokok di sini adalah isyarat meminta bantuan. Gunalah isyarat apa pun, asalkan yang meminta dapat menerima bantuan. Bagi yang mahu menghulur, asalkan mereka faham isyarat tersebut, cukuplah.

Memanglah bendera putih adalah isyarat kekalahan. Namun dalam ‘kea-daan’ ini, ia tidak bermaksud demikian. Bendera putih ketika ini diertikan sebagai isyarat memohon bantuan segera.

Tidak perlu berdebat panjang. Fahami isyarat dan bertindaklah menghulur bantuan. Isyarat terbuka lebih mudah dilihat. Sesiapa yang nampak boleh memb-antu segera atau membuat hebahan. Kurang birokrasi.

Ramai di luar sana sedang berhadapan cabaran getir meneruskan ke-hidupan. Kurangkanlah polemik, lebihkan tindakan.

Kita berada dalam norma baharu sekarang. Maksud asalnya tetap tidak berubah. Cuma disesuaikan dengan keadaan sekarang. Usah terlalu terikat den-gan ego dan pemahaman yang ‘rigid’.

Mat teringat bait-bait puisi Allahyarham Zubir Ali. “Banyak bakti yang dapat diberi, dalam hidup yang sesingkat ini” dari puisinya yang berjudul “Siapa Yang Tak Pernah Menangis”.

Maka, teruskan berbakti! Jangan sesekali kita terperangkap dengan kemelut yang memagar unsur negatif dalam diri kita. #kitajagakita

Dak Mat: Mat kibar bendera England je musim Euro 2020.

Sedapnya

'membawang'

DI musim PKP ini, aktiviti ‘membawang’ makin meningkat. Di media sosial, ada sa-haja ‘tentera bawang ’ mengulas pelbagai

isu berbangkit. Mungkin netizen banyak masa terluang di rumah.

Dari isu ekonomi, perlembagaan, antarabangsa, semuanya akan ada pengikut dan pengulas. Tidak salah menyuarakan pendapat, namun berpada-padalah. Jangan sampai ulasan kita menyakiti hati pihak lain.

Satu lagi Mat perhatikan, orang kita juga suka ‘membahan’ tak tentu pasal di media sosial. Pantang ada isu yang tular, ada saja komen-komen negatif menyalahkan pihak tertentu.

Contohnya, bila tular video seorang tua berniaga mencari rezeki baru-baru ini, ‘tentera bawang’ terus menyerang anak pak cik tersebut. Dikatakan anak pak cik itu sengaja membiarkan ayah mereka hidup dalam keadaan susah. Sehingga anak pak cik tersebut terpaksa menjawab dan mendedahkan ayah mereka sendiri yang mahu berniaga kerana bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Tambahan pula PKP, anak-anak tidak boleh merentas negeri pulang menjenguk ayah mereka.

Tidak perlu kita ‘membawang’ dalam segala hal. Jika benar mahu men-gulas, siasat dahulu atau dapatkan fakta dari sumber yang sahih. Jika tidak, ikutilah isu yang timbul dengan penuh keinsafan.

Doakan yang baik-baik terhadap apa yang tular. Ini lebih baik dari kita ‘membawang’ tanpa usul periksa sehingga timbul fitnah!

Dak Mat : Isteri suruh Mat potong bawang je kat rumah.

Durian oh durian

MUSIM durian tiba lagi. Walaupun dalam musim PKP, jualan durian tetap meriah. Di media sosial, iklan penjualan durian ‘norma baharu’ cukup hebat. Pesan sahaja di atas talian, durian akan sampai di hadapan pintu rumah anda dengan segera.

Pelbagai jenis durian ada di pasaran. Musang King, IOI, duri hitam (se-kadar menyebut beberapa jenis), kini hangat di pasaran. Harga? Jangan ditanya lebih-lebih, airmata boleh jatuh ke dalam.

Sampai ada netizen melabelkan durian adalah ‘produk Malaysia, tetapi harga Yahudi’. Begitu sekali mahalnya.

Nikmat rezeki di Malaysia cukup besar. Mat teruja melihat gelagat orang ramai memuat naik gambar-gambar bergaya sambil menikmati durian.

Namun dalam kita menikmati ‘pesta’ durian, jangan sesekali dilupa kita masih dalam musim PKP. Segala yang dilakukan, punya sekatan dan peraturan. Makan durian tidak salah, yang salah ialah tidak mengikut SOP.

Maka itu, berpada-padalah menikmati ‘Raja Buah’ ini. Jangan memuda-ratkan diri sendiri. Beringatlah! Membeli ikut kemampuan dan jangan makan berlebihan. Jika mampu menyumbang, berkongsilah dengan yang memerlukan.

Makan durian tidak menyebabkan kita terkhilaf. Jauh sekali menyebabkan kita hilang ingatan. Kita masih mampu mengingati bahawa musim durian ketika ini ada-lah dalam musim PKP!

Patuhilah SOP!

Dak Mat : teringat kuih koci inti kelapa perisa durian.

DAK MAT

‘Tak sengaja’ langgar SOP

ABDUL MAJID memberikan peringatan kepada penjaga premis (kiri) mengenai SOP selepas kilang terbabit dikenakan kompaun RM10,000 pada 2 Julai lepas.

BANDA HILIR – “Kami tak boleh

tunggu sektor pelancongan dibuka baru hendak vaksin semua pemain industri pe-lancongan.

“Contohilah Phuket yang sudah memberi vaksin kepada semua yang terli-bat dalam pelancongan dan mereka boleh beroperasi semula bermula Julai.” Demikian luahan Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) Madelina Kuah Wey Lee mengenai kenyataan Men-teri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamalud-din yang menyifatkan pemain industri pe-lancongan bukan dalam

kategori yang layak diberi keutamaan untuk me-nerima vaksin.

Madelina ketika dihu-bungi Melaka Hari Ini me-rayu agar pihak berkaitan menggunakan budi bicara dalam pengagihan vaksin kepada seluruh penggiat sektor pelancongan negeri ini, memandangkan Me-laka sebuah negeri pelan-congan yang paling terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda. “Kita perlu bersedia awal, tidak boleh lagi tunggu

sehingga November kerana apabila gelembung perjala-nan dibenarkan, industri pe-lancongan boleh bermula. “Jadi semua yang ter-libat dengan pelancongan termasuk pengusaha dan pekerja restoran yang di-kategorikan sebagai pelan-congan makanan perlu divaksin lebih awal, kalau boleh bermula seawal Ogos,” katanya.

Mengulas lanjut, Ma-delina berkata, di Melaka, terdapat kira-kira 21,000 penggiat in-dustri pe-lancongan

yang masih aktif termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta pengayuh beca, di mana jumlah itu bukanlah sesuatu yang besar dan sukar untuk diusahakan dengan kapa-siti vaksin yang diterima kini.

“Di pihak persatuan, kita sudi membantu me-nyediakan segala maklu-mat yang diperlukan sama ada data dan sebagainya, asalkan program vaksinasi

membabitkan pemain in-dustri pelancongan ini di-beri perhatian,” katanya lagi.

Sementara itu, Per-satuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malay-sia (MATTA) Melaka turut meminta kerajaan negeri campur tangan dalam isu pemberian vaksin memba-bitkan pemain industri pe-lancongan.

Presidennya, Goh Hock Gin berkata, Melaka perlu melakukan inisiatif sendiri dengan mencon-tohi Sabah dan Sarawak yang sudah memulakan program vaksinasi membabitkan penggiat pelancongannya.

“Kita kecewa kerana kita tidak boleh tunggu sektor pelancongan dibuka baru hendak diberi vaksin.

“Kita mesti cari jalan sendiri bermula sekarang memandangkan Melaka negeri pelancongan dan semua pemain industri-nya juga dikira sebagai ‘frontliner’. “Nak menunggu sehingga Septem-ber atau OktoSeptem-ber bagi saya itu sudah ter-lalu lama kerana industri pelancongan kini sedang nazak ibarat seperti kami be-rada di dalam ICU (unit rawatan rapi),” ujarnya.

'Kami tak boleh tunggu lama'

MADELINA

HOCK Gin Mohamad Fazrul Abdul Majid

(8)

Farah Suhaidah Othman

AYER KEROH – Jabatan Agama

Islam Melaka (JAIM) menetapkan ketetapan baharu berkaitan jumlah jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu serta solat jenazah di masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa 2 Julai.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, perkara itu dipu-tuskan menerusi Mesyuarat Jawa-tankuasa Khas COVID-19 yang bersidang baru-baru ini.

Katanya, berdasarkan keteta-pan baharu itu, solat Jumaat bagi tujuh masjid di bawah pentadbiran JAIM membenarkan kapasiti sera-mai 250 jemaah yang terdiri dari-pada pegawai masjid dan jemaah dengan kaedah ditentukan oleh ja-watankuasa masjid.

“Bagi masjid kariah dan insti-tusi, jumlah maksimum dibenarkan adalah seramai 100 jemaah yang

terdiri daripada pegawai masjid serta jemaah ditentukan oleh jawa-tankuasa.

“Manakala bagi surau, jumlah had maksimum kekal 50 jemaah terdiri daripada pegawai masjid dan jemaah ditentukan oleh jawatank-uasa,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau ber-kata, jumlah maksimum bagi semua masjid dan surau itu bagaimanapun tidak termasuk pegawai pemantau daripada agensi penguatkuasaan dan JAIM.

“Bagi solat fardhu lima waktu berjemaah dan solat jenazah, jum-lah maksimum dibenarkan seramai 12 jemaah.

“Semua ketetapan itu berkuat kuasa 2 Julai sehingga ada keteta-pan baharu lain, yang akan dimak-lumkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, Che Sukri mengingatkan jawatankuasa serta

jemaah mas-jid dan surau m e m a t u h i prosedur op-erasi stan-dard (SOP) sebagaimana ditetapkan.

SOP solat Jumaat

Kapasiti 250 jemaah di masjid JAIM

Mohamad Fazrul Abdul Majid

SEGALA urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR)

serta kekeluargaan Islam di Melaka akan dibe-narkan bermula 1 Julai.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, uru-san itu bagaimanapun hanya dibenarkan melalui janji temu di kaunter Bahagian Pembangunan Keluarga (BPK) JAIM dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Jelasnya, kaunter janji temu itu akan dibuka bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari pada se-tiap Isnin, Selasa dan Rabu, kecuali pada hari kelepasan am.

“Antara perkhidmatan yang dibuka kepada orang awam melalui janji temu bermula 1 Julai ialah pelaksanaan majlis akad nikah, mohonan baharu kebenaran berkahwin, per-mohonan lanjutan kebenaran berkahwin dan permohonan baharu pendaftaran nikah, cerai dan rujuk.

“Selain itu, urusan lain yang akan dibuka ialah temuduga perkahwinan bagi teruna dan dara berumur 35 tahun dan berstatus duda, janda, balu atau poligami; pengesahan wakalah

wali, pembetulan kesilapan pada sijil NCR, khidmat nasihat dan runding cara keke-luargaan dan kursus pra perkahwinan dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut, Che Sukri berkata, majlis akad nikah hanya dibenarkan bagi pa-sangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada PAID.

Jelasnya, keutamaan majlis akad nikah hanya akan diberikan kepada pemohon yang telah mengemuka tarikh cadangan majlis akad nikah pada 1 hingga 31 Julai. “Majlis hanya boleh diadakan di PAID atau mana-mana lokasi yang dibenarkan JAIM.

“Bagi memastikan urusan akad nikah berjalan lancar, majlis hanya akan diadakan dalam tempoh 15 minit (termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik) dengan kehadiran tidak lebih enam orang.

“Pengantin dan keluarga pengantin dari negeri berbeza hendaklah mendapat kebenaran pihak polis untuk hadir ke majlis akad nikah yang telah ditetapkan. “Bakal pengantin termasuk wali dan wakil keluarga yang hadir ke majlis akad nikah juga wajib menjalani ujian calitan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum majlis,” katanya lagi.

MELAKA HARI INI

PENGARANG KANAN MUHD RIZANIZAM ABDUL HAMID [email protected] PENGARANG MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA yondaime87@ melakahariini.my LIANA SAHABUDIN [email protected]

MOHD FAIZ ABU HASAN

[email protected] MOHD FAZRUL ABDUL MAJID [email protected] FARAH SUHAIDAH OTHMAN [email protected]

ZUL RAHIMI RAMLI

[email protected] AMBRAN MOHAMED [email protected] MIMIE AZURA ABU BAKAR mimieazura1981@ melakahariini.my JURUFOTO KANAN AZREN JAMALUDIN [email protected]

REKABENTUK & GRAFIK

PEMASARAN PENGURUS MUHAMMAD HAMZI ROSMANI [email protected] 018 - 329 9936

UNIT MEDIA SOSIAL

EKSEKUTIF

IZAIDA RAIHANAH IDRIS

[email protected] SHARIFAH NORKHALIDAH SYED KHAIDZIR [email protected] JURUKAMERA ISMAIL IBRAHIM [email protected] KETUA ASHALIA YUSOF [email protected] PENYUNTING VIDEO RABIAH OSMAN [email protected] WARTAWAN PENYIARAN

MOHAMAD FARIS HAIKAL

farishaikal.zakaria@ melakahariini.my AUFA IZZATI AHMAD ZAILANI [email protected] AMIRUL RAMLI [email protected] MELAKA TV NO.TEL : 06 - 251 9314, 06 - 251 9315 FAX : 06 - 251 9316 PENGARANG DIGITAL MEOR RIDUWAN [email protected] PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT AHMAD ZUHAIR UMARAH SAMSER [email protected] WARTAWAN EKSEKUTIF PEMASARAN & PENGIKLANAN NAQUIB TAJUDIN [email protected]

JABATAN Agama Islam Melaka

(JAIM) mengesahkan semua masjid dan surau di negeri ini dibenar melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini, namun dengan pema-tuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, antara syarat perlu dipatuhi, setiap mas-jid dan surau ialah perlu menda-patkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka yang akan memastikan kesesuaian tempat korban. Selain itu, katanya hanya 25 petugas berdaftar sahaja dibenar-kan hadir ke tempat pengurusan korban di masjid dan surau den-gan bilanden-gan haiwan korban ter-had kepada lima ekor sehari. “Hanya petugas berdaftar dibenarkan hadir ke tempat pen-gurusan korban berdasarkan ke-pada ketetapan SOP dengan jumlah maksimum tidak melebihi 25 orang.

“Peserta korban tertakluk ke-pada bilangan lembu yang disem-belih iaitu tujuh peserta bagi setiap lembu tetapi tidak

mele-bihi lima ekor lembu pada satu satu hari.

“Ia bermakna, sepanjang empat hari ibadah korban (20 hingga 23 Julai) dilaksanakan ia terhad kepada 20 ekor haiwan korban sahaja bagi setiap masjid dan surau yang melaksanakan-nya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pekeliling ibadah kor-ban dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Melaka, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Che Sukri turut mengingatkan kesemua masjid dan surau agar mematuhi SOP yang ditetapkan bagi me-mastikan ibadah yang dijalankan tahun ini berjalan lancar.

Tambahnya, jawatankuasa masjid dan surau juga perlu me-mainkan peranan dalam proses pengagihan daging korban yang mana setiap agihan perlulah dia-gihkan dari rumah ke rumah.

“Pengagihan daging korban hanya boleh dilakukan petugas ke rumah-rumah yang telah dikenal pasti oleh jawatankuasa korban.

“Tiada agihan dibenarkan dalam kawasan masjid dan surau di negeri ini,” katanya lagi.

Melaka benarkan

nikah, cerai dan rujuk

melalui janji temu

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

SEMASA

8

CHE Sukri

Ibadah korban di masjid dan surau

Maksimum 25 petugas,

terhad lima lembu sehari

BAGI masjid kariah

dan institusi,

jumlah maksimum

dibenarkan adalah seramai

100 jemaah yang

terdiri daripada

pegawai masjid serta

jemaah ditentukan

oleh jawatankuasa

HANYA petugas berdaftar

dibenarkan hadir ke tempat

pengurusan korban berdasarkan

kepada ketetapan SOP dengan

jumlah maksimum tidak

melebihi 25 orang

ANTARA

perkhidmatan

yang dibuka

kepada orang awam

melalui janji temu

bermula 1 Julai

ialah pelaksanaan

majlis akad nikah,

permohonan

baharu kebenaran

berkahwin,

permohonan lanjutan

kebenaran berkahwin

dan permohonan

baharu pendaftaran

nikah, cerai

dan rujuk

(9)

MELAKA HARI INI

(10)

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

10

Norizan Abdul Muhid

BEMBAN - Bemban bakal mempunyai satu tarikan baharu

dikenali sebagai Bemban Station apabila kerja-kerja menaik taraf jalan dan kawasan sekitar Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban siap sepenuhnya menjelang 2023.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Hasan Abd. Rahman berkata, kerja-kerja menaik taraf itu meliputi tiga fasa antaranya pembinaan laluan pejalan kaki dan pembesaran jalan sejauh satu kilometer yang dianggar-kan menelan belanja sebanyak RM500,000.

Menurutnya, pembinaan laluan pejalan kaki di hadapan JAPERUN Bemban yang kini siap sepenuhnya akan menem-patkan 10 unit gerai menjual pelbagai barangan makanan, ak-sesori dan produk pelancongan negeri.

"Bemban Station ini apabila siap nanti akan menjadi lo-kasi pertemuan, tempat santai malah pusat pentadbiran di-mana berdekatan dengan JAPERUN Bemban dan dewan

utama khusus untuk penduduk Bemban beriadah. "Kita mahu jadikan Bemban Station ini sebagai ikon di daerah ini, sama seperti destinasi popular di Melaka Tengah iaitu Hang Tuah Mall dan Jonker Street," katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI). Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai berkata, projek menaik taraf sekitar JAPERUN Bemban bermula dengan kerja-kerja pembinaan laluan pejalan kaki di hadapan JAPERUN dan kini beralih kepada kerja-kerja melebarkan jalan raya berdekatan.

Katanya, pembaharuan yang dilakukan di sekitar kawasan tersebut ternyata menceriakan suasana per-sekitarannya berbanding sebelum ini yang dipenuhi kawasan belukar sehingga mencacatkan pemandan-gan.

"Pengindahan dan pengenalan ikonik baharu iaitu Bemban Station ini merupakan projek atau usaha per-tama saya setelah dilantik sebagai Penyeleras DUN Bemban.

"Kita mahu masyarakat setempat dapat merasai perubahan dan manfaat dari hasil pembangunan yang kita gerakkan ini terutama dalam membantu mereka berurusan," katanya.

Ujar beliau, keistimewaan daerah Bemban yang mempunyai penglibatan pentadbiran dari dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seharusnya dimanfaatkan bagi mengerakkan lebih projek pembangunan di daerah itu.

"Menyedari keistimewaan itu, kita perkenalkan tempat ikonik baharu dan sebagai permulaan, kita ber-sihkan sekitar hadapan JAPERUN Bemban yang da-hulunya dipenuhi belukar, kita bina laluan pejalan kaki serta pemandangan gerai yang menarik.

"Kita mahu rakyat bukan sahaja dapat menjamu selera di Bemban Station ini, mereka juga dapat menyelesaikan pelbagai urusan," katanya.

Bersesuaian dengan keperluan itu, menurut Hasan, pi-haknya bercadang menganjurkan Seminar Bemban Maju ber-skala kecil melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan berkaitan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 be-rakhir nanti.

Menurutnya, cadangan atau resolusi hasil penganjuran seminar itu penting bagi dijadikan penambahbaikan dalam usaha beliau meningkatkan pembaharuan dalam DUN Bem-ban.

"Ini tanggungjawab dan amanah yang wajib saya laksa-nakan bagi meningkatkan pembangunan DUN Bemban dan setiap usaha yang digerakkan turut mendapat kerjasama penuh daripada penduduk setempat, Jawatankuasa Pem-bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), PBT dan pel-bagai NGO," katanya.

USAHA pembaharuan yang

ran-cak dilaksanakan di kawasan DUN Bemban dianggap satu berita baik dan sudah lama ditunggu-tunggu oleh penduduk di kawasan itu.

Menurut mereka, perubahan yang dilakukan itu walaupun kecil, mampu membawa perubahan yang lebih baik dan memberi manfaat ke-pada keseluruhan penduduk di dae-rah itu yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Zakaria Hussain, 40, berkata, dia mengakui sejak kebelakangan ini, beberapa lokasi sekitar Bemban

semakin bersih dan ceria berban- ding sebelum ini yang agak suram serta kurang tumpuan. Menurutnya, dia memuji usaha Penyelaras DUN Bemban, Datuk Hasan Abd Rahman yang dilihat lebih peduli terhadap isu kebersihan dan menceriakan sekitar JAPERUN Bemban.

"Dulu sekitar kawasan penuh dengan semak samun malah dalam kalangan penduduk Bemban sendiri tidak perasan atau tahu kedudukan JAPERUN Bemban, mungkin lo-kasinya agak tersorok.

"Disebabkan itu, persekitaran-nya kurang mendapat tumpuan

di-tambah pula dengan deretan gerai yang tidak tersusun sekali gus mencacatkan pemandangan," kat-anya.

Selain itu menurut Ab Rahman Ali, 52, berkata, JAPERUN Bemban semakin ceria dan bersih berban-ding sebelum ini yang dikelilingi be-lukar dan tanah terbiar.

Menurutnya, sejak Hasan dil-antik sebagai Penyelaras DUN Bem-ban telah Bem-banyak rancangan pembangunan diatur dan sebagai permulaan kerja-kerja menceriakan JAPERUN Bemban dilakukan sete-rusnya memperkenalkan Bemban Station sebagai ikon di daerah itu.

"Saya berterima kasih kepada penyelaras DUN Bemban yang telah berusaha mempelbagaikan usaha bagi menceriakan persekitaran lebih menarik dan menarik tumpuan ma-syarakat," kata Ab Rahman.

Bagi Mohamad Hisham Salleh, 40, pembinaan laluan kaki baharu di situ bukan sahaja menceriakan suasana malah menampakkan ke-dudukan gerai di situ agar lebih ter-susun.

"Dahulunya keadaan gerai di

situ agak kelam kabut dan terbiar, ia sekali gus mencacatkan pemandan-gan oleh kenderaan yang lalu-la-lang.

"Keadaan ini memberi imej yang tidak baik kepada penduduk Bemban. Ini satu langkah per-mulaan yang baik untuk program

pembangunan DUN Bemban yang seterusnya," katanya.

Tambahnya, tidak mustahil untuk menjadikan Bemban sebagai DUN hebat pada masa depan sekira-nya usaha itu dapat digarapkan ber-sama melalui komitmen berterusan oleh semua pihak yang berkaitan.

Penduduk gembira Bemban bakal berubah wajah

Bemban Station dua tahun lagi

KERJA-kerja melebarkan jalan berdekatan JAPERUN Bemban antara sebahagian daripada rancangan mempopularkan kawasan di situ untuk dikenali sebagai Bemban Station.

Nama: Datuk Hasan Abd Rahman Tarikh Lahir: 27 April 1962 Tempat Lahir: Melaka Isteri: Sarimah Pit Anak: 1) Noor Farida 2) Muhammad Fikri 3) Muhammad Faiz Hasan 4) Nurizzatul Filzah

Pendidikan Awal: - Jublee School Singapura

- Diploma Pentadbiran Awam UiTM Shah Alam (2005) Penglibatan NGO : 2009 - kini ( Timbalan Pengerusi Alumni GB4B Melaka) : 2009 - kini (Ahli Majlis Kerja Tertinggi Alumni 4B Malaysia) : 2010 - kini (Ahli Jawatankuasa Alumni UiTM)

: 2009 - kini (Penasihat Kehormat Gerakan Belia 4B Jasin) : 2009 - kini (Pengerusi Bersama Majlis Perundingan Belia

daerah Jasin)

Pengalaman Kerja : 1982 - 1997 (Usahawan Sektor Binaan) : 1998 - 2001 (Perunding Perniagaan)

: 2002 - 2005 ( Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Melaka, PAM Maintance & Services Sdn. Bhd. : 2004 - 2008 (Pegawai Seranta Perbadanan

Pembangunan Pertanian Melaka)

Aktiviti Kemasyarakatan : Penasihat Komuniti 1Malaysia Dun Sungai Rambai

: Penasihat Adat DUN Sungai Rambai : Penasihat Kelab Bola Sepak DUN Sungai

Rambai

: Penasihat Bola Tampar, Takraw DUN Sungai Rambai

HISHAM

ZAKARIA

(11)

EDISI KHAS

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021 / 24 ZULKAEDAH 1442 - 1 ZULHIJJAH 1442

MIMBAR MAIM

“Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta

mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda serta jiwa dan hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

ANTARA kekuatan yang kita semua

rasakan dalam hidup ini pastinya apabila dikurniakan kesihatan yang baik.

Bagi orang yang diuji dengan ma-salah kesakitan, sudah pasti tubuh badan mereka lemah, kurang selera makan, malah untuk menguntum se-nyuman juga terasa berat.

Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.

Terdapat mutiara kata daripada ulama iaitu: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat.” yang mana ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.

Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, semestinya tubuh badan sihat membolehkan se-seorang itu berupa melaksanakan solat yang dituntut dengan lebih sem-purna.

Begitu juga dengan ibadat puasa, memerlukan kesihatan yang baik untuk berpuasa sepanjang hari. Se-lain itu, ibadat haji juga memerlukan kekuatan fizikal untuk melaksanakan semua rukun haji.

Sebab itu, apabila dikurniakan kesihatan yang baik, kita perlu men-jaga dan ‘mempersembahkan’ setiap ibadat dengan baik malah bukan saja dapat melengkapkan ibadat wajib, yang sunat juga tidak ditinggalkan. Jika tidak berusaha ke arah itu, ia satu kerugian besar kerana kita tidak tahu satu masa nanti kita diuji den-gan penyakit dan ketika itu amalan yang hendak dilaksanakan pastinya tidak sebaik ketika masih sihat. Benar ada yang mengatakan,

ma-nusia akan merasa sesuatu nikmat itu apabila kita kehilangannya kerana terlalu banyak nikmat yang kita pero-leh daripada Allah SWT sebagai bukti kebesaran-Nya, cuma terlalu sedikit manusia mengucapkan rasa syukur.

Dalam Surah an-Nahl, ayat 18, Allah SWT berfirman yang bermak-sud: “Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya, Allah Maha Pen-gampun, lagi Maha Mengasihani.”

Pastikan setiap kali selepas solat, jadikan doa yang wajib kita ungkap-kan kepada Allah SWT adalah supaya diberikan kesihatan yang baik.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ke-nikmatan pertama yang perlu diper-tanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung:

“Tidak seorang pun diizinkan ber-gerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidup-nya, bagaimana dia gunakan

penge-tahuannya, dari mana dia mem- pe-roleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Erwin Abu Hasan [email protected]

(12)

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

MAIM

12

Erwin Abu Hasan [email protected]

MUFTI Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menyerahkan 700 buah naskhah buku COVID-19 kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di MITC Melaka baru-baru ini. Buku berkenaan merungkai persoalan berkaitan hikmah ujian terbesar ini kepada umat manusia dan akan diagihkan kepada pesakit dan petugas di PKRC tersebut.

HULUR SUMBANGAN... Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) Cawangan Masjid Tanah menyantuni dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada asnaf, Zainun Ismail yang telah ditimpa musibah kebakaran rumah di Kampung Baru, Kuala Sungai Baru. Mangsa yang juga asnaf MAIM bersama keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian berkenaan berlaku.

PROGRAM vaksinasi dos pertama kepada penduduk Taman Seri Serkam dan Taman Rimbunan Kaseh. Penempatan premis milik MAIM disediakan bagi kegunaan bersama program tersebut antaranya Dewan Terbuka Taman Rimbunan Kasih, Learning Center dan Pusat Internet Komuniti Serkam.

(13)

MELAKA HARI INI

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

MAIM

(14)

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

14

SUMBANGAN dan agihan kit makanan musa'adah MAIM kepada asnaf dan mereka yang memerlukan di sekitar DUN Bukit Katil. Pengagihan telah dilaksanakan sejak dari bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu dan sehingga kini program ini tetap diteruskan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan dan keperluan makanan harian.

MAIM

PRIHATIN...Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud bersama Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Latipah Omar menyantuni asnaf Siti Azimah Tajudin yang kehilangan suami baru-baru ini. Beliau mempunyai 7 orang anak dan MAIM turut menyediakan bantuan makanan bulanan dan bantuan tunai persekolahan anak-anak bagi meringankan kehidupan seharian.

(15)

MELAKA HARI INI

5 JULAI 2021 - 11 JULAI 2021

15

DIDIK

KELAB IBU BAPA DAN GURU ISLAM MELAKA SOALAN LATIHAN & TEKNIK MENJAWAB SPM

SUBJEK: SEJARAH

JOM BERSAMA KIBGIM MENDIDIK & MENGINSPIRASI

HUBUNGI: 011-15116270 / 019-2886270

SCAN HERE

KEUNIKAN AMALAN DEMKORASI BERPARLIMEN DI NEGARA KITA AMALAN DEMOKRASI DAN PENGASINGAN KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

SEJARAH DAN KEDUDUKAN INSTITUSI MAJLIS RAJA-RAJA LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN BERAJA DAN DEMOKRASI

BERPARLIMEN

STRUKTUR PENTADBIRAN PERSEKUTUAN

KERTAS 1

1. Apakah ciri persamaan undang-undang berikut ? A. Membuktikan pemerintahan mutlak

B. Menunjukkan pengaruh birokrasi Barat

C. Menjejaskan kedudukan raja yang memerintah

D. Menyerlahkan ciri pemerintahan raja berperlembagaan 2. Maklumat berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia.

Apakah kuasa yang dimiliki oleh baginda ? A. Kuasa Eksekutif

B. Kuasa Kehakiman C. Kuasa Perundangan D. Kuasa Pengampunan

3. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Malaysia. P merujuk kepada peranan

A. Dewan Negara B. Dewan Rakyat C. Perdana Menteri D. Yang di-Pertauan Agong

4. Jika seseorang pgawai tinggi angkatan tentera dijatuhi hukuman, siapakah yang berkuasa memberi pengampunan terhadap pegawai tersebut ?

A. Perdana Menteri B. Menteri Pertahanan C. Yang di-Pertuan Agong D. Hakim Mahkamah Tinggi

5. Rajah berikut tentang sistem pemerintahan Malaysia.

Sistem pentadbiran tersebut membuktikan Malaysia mengamalkan A. Dasar poltik terbuka

B. Pemerintahan autokratik C. Konsep pengasingan kuasa D. Sistem raja berkuasa mutlak 6. Apakah tugas Jemaah Menteri? A. Menggbal dasar negara

B. Menjamin keadilan social C. Melaksanakan undang-undang D. Melindungi hak istimewa bumiputera

7. Bagaimanakah pemerintahan beraja mampu mengimbangi pemerintahan demokrasi?

A. Mencontohi model Westminster England

B. Berdasarkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong C. Melalui kerjasama permuafakatan pelbagai parti politik D. Raja berkecuali dalam hal politik,ekonomi dan dasar negara

8. Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip

I kebebasan III tolak ansur II keyakinan IV perundingan A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

WWW.KIBGIM.COM

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

• Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Memperuntukkan peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan

bumiputera Sabah dan Sarawak.

P

• Membubarkan parlimen • Mengisytiharkan darurat

Yang di-Pertuan Agong

• Badan Perundangan • Badan Eksekutif • Badan Kehakiman

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3 :

RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

JAWAPAN

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan survey awal yang dilakukan peneliti pada tanggal 17 Maret 2015 terhadap 10 orang siswa putri dikelas 8 dari tiga SMP yang masih dalam satu wilayah

Tidak diterapkannya manajemen dan kesehatan pemerahan yang baik dan benar tidak hanya ditemui pada peternak skala kecil saja, bahkan di beberapa peternakan yang semi

Analog dengan hasil penelitian ini Rifardi dan Ujiie (1993) menemukan korelasi negatife antara konsentrasi logam Fe dan kandungan bahan organik sedimen di perairan Estuaria Oura,

Mesin inferensi disini adalah processor pada sistem pakar yang mencocokkan bagian kondisi dari rule yang tersimpan di dalam knowledge base dengan fakta yang

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Perumahan Skala Kecil di Kelurahan Bukit Lama Palembang Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi perumahan skala

Bagaimanapun, kita berasa amat bersyukur kerana dalam tempoh yang singkat mereka yang terlibat itu sudah mulai sedar bahawa bertindak secara kekerasan sebenarnya tidak

Didalam LKj-IP ini disajikan target dan capaian kinerja Dinas Pendidikan dan kebudayaan Kabupaten Kutai Timur Tahun 2016 yang meliputi 7 (Tujuh) sasaran strategis bidang

positif pada lima sektor dimana tiga sektor dengan pertumbuhan tertinggi ialah sektor keuangan, persewaan dan jasa perusahaan 6,10 persen, diikuti sektor