• Tidak ada hasil yang ditemukan

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunik"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh

Dr. Rusmini Ku Ahmad Pensyarah

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Jitra, Kedah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan integrasi teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Teknologi

telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi

ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi

cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan

2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

adalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

akan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan

aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran,

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai

tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT

digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga

menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin

sekolah dalam membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan

pembangunan; pemantauan resos dan program perkembangan staf disamping peranan

guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan

(2)

Latar belakang

Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super

Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara

negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan

penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada

masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internet

dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan

matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri

“ In the information age that we are living in, the Malaysian society must be

information rich. It can be no accident that today there is no wealthy developed

country that is information poor and no information rich country is poor and

undeveloped”

(wawasan 2020, 1991, p36)

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke

arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi

pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat

bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan

komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta

menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada

P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan

(3)

aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD

Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media

yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong,

1999).

Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik

dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam

apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada

pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini

pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada

proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill

Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan

komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang

memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan

sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi

membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.

Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran

berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh

menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan

hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang

(4)

menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan

ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam

kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan

teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah

pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan

bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar

secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih

produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran

secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara

tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua

peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa

dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang

teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.

Apa itu integrsi ICT

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi

pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan

teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi

(5)

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang

lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk

membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan

memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini

semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan

ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam

pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat

membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah

setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk

guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta

memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Mengapa perlu integrasi ICT?

Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat

beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara

konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field

dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000).

Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam

‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau

tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa

(6)

rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan

kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet,

bahan-bahan multimedia disamping bahan-bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan-bahan

multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik,

teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman

pelajar terhadap sesuatu konsep.

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan

juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta

penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal

tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal

pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu

mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu

eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali

mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan

murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui

lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan

sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru

dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar

(7)

komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan

dan negara masing-masing.

Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada

guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.

Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar

dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar

dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan

perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat

teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang

lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P Peranan Pemimpin Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan

hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah.

Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah.

Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi

model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada

perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis

seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program

ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.

Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya

apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan

(8)

matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti,

polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan

pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd

Jasmy, 2002).

Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus

menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini

mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian;

spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan,

kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan

peralatan secara berterusan. Program pembangunan sekolah harus selari dengan

matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak

Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi

membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan

seterusnya memantau perlaksanaannya.

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan

digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal

komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran

agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan

penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan

sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka

dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam

melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur

(9)

Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah

dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini

akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.

Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh

pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah

berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti

pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk

memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu

pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal

pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program

perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan

ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana

mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program

ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

Peranan guru

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran

berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan

kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan

pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan

dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai

objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka

(10)

memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala

perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.

Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah

pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan

pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan

perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang

dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian

pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk

berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan

guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996).

Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya

dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai

sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam

penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan

supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan

yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang

diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh

mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan

kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh

individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau

menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981;

Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran

(11)

pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori

pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses

P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan

untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan

maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan

oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah

pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat

daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes &

Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan

untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah

pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus

maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai).

Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk

menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote

learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan

perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan

pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu

memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti

menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam

perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada

(12)

ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza

menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen

multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan

hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran

berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan

terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan

sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan

kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan

menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta

komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus

selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil

pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

Sokongan Daripada Pihak Luar

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan

pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial

serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan

yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah

P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta

boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua

warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti

setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk

(13)

Kesimpulan

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan

serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan

semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan

fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk

diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan

pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan

terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan

sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan

(14)

References

Abdul Rahim Mohd Saad (1998). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. (2001). Pembelajaran fizik secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1

Bruner, J. (1990). Acts of meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Gates, B. (1999). Business @ the speed of thought. New York: Penguin Books.

Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High wired: On the design, use and theory of educational MOOs. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press

Heinrich. P. (1995). The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing a whole-school IT policy. London: Pitman, m.s. 51 - 71

Holmes, W. (1999). The transforming power of information technology. Community College Journal, 70(2), m.s. 10-15

Jonassen, D.(1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Malaysia, Ministry of Education (1997). The Malaysian Smart School implementation plan. Kuala Lumpur: Ministry of Education

Merill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman, M. (1996). Computers in education. Needham Height, MA: Allyn & Bacon.

Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan

pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.

Newell, A. (1990). Unified theories of cognition. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm

(15)

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). http://kdp.ppk.kpm.my

Ramlee and Abu Abdullah (2000). Implementation of IT and multimedia-related courses in technical and vocational education in Malaysia. Paper presented at International Conference on Teacher and Vocational Education in Malaysia, Petaling Jaya, November 21-23 2000.

Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. U.S.A: McGraw-Hill.

Skinner, B.F.(1974). About behaviourism. London: Penguin Books.

Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall.

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.

http://cikgusaupi.blogspot.my/2012/07/pembudayaan-ict-di-sekolah.html http://kumpulan1kawan.blogspot.my/p/test.html

http://cikgunanina89.blogspot.my/p/tmk.html

https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-pendidikan/

http://eprints.uthm.edu.my/1679/1/MOHD_HASRIL_AMIRUDDIN.pdf http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf

http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8014/1/VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf

(16)
(17)

multimedia dalam pendidikan, pengetahuan dan kemahiran merupakan perkara asas yang perlu dimiliki supaya perisian yang dibina memenuhi kriteria yang diperlukan dalam pembelajaran. Dalam hal ini, kebanyakan guru terutama guru yang berpengalaman kurang mahir dalam menggunakan teknologi maklumat sekali gus menyukarkan mereka untuk membangunkan sesebuah perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Suwarnee Mohd Solah (2006) yang mendapati sesetengah guru Bahasa Melayu tidak berkemahiran menggunakan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar.

Kelemahan ini merupakan isu yang mengekang pengaplikasian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, sokongan pihak pentadbiran sekolah juga merupakan isu yang menghalang pengaplikasian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mohammed Sani Ibrahim & Norzaini Azman, 2006). Guru sedar akan kepentingan pengaplikasian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun untuk membangunkan perisian multimedia mereka perlu mendapatkan khidmat pakar bagi memastikan perisian yang dibina mampu menggalakkan pembelajaran aktif. Kurangnya sokongan pihak sekolah untuk memberikan latihan kemahiran penggunaan teknologi kepada guru menghalang guru menimba pengetahuan untuk membangunkan perisian multimedia sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (Brinkerhoff, 2006). Pihak sekolah mengharapkan guru untuk mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami teknologi multimedia selepas waktu sekolah. Aktiviti luar kelas yang padat menyukarkan guru untuk belajar teknologi tersebut. Selain itu, peruntukan masa untuk guru belajar menggunakan teknologi kurang dan guru tidak yakin menggunakan TMK di dalam bilik darjah.

synchronous learning : pembelajaran semasa / segerak / langsung Contoh :

1. Pembelajaran dalam kelas yang membolehkan pelajar dan guru berkomunikasi dua hala.

2. Pembelajaran secara echat yang dilaksanakan dalam oum yang membolehkan pelajar dan tutor berkomunikasi dalam satu masa yang sama

Asynchronous learning : pembelajaran bukan semasa / tidak segerak / tidak langsung

Contoh :

(18)

2. Pembelajaran melalui e-mail, di mana pelajar menghnatar email pada satu masa dan tutor menjawab pada satu masa yang lain

Tutor Adiba

Contoh Persamaan :

1. Keduanya adalah teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran

2. Pelajar boleh bertanya dan pengajar boleh menjawab dalam kedua2 kaedah.

Pembelajaran semasa adalah synchronous learning iaitu komunikasi dua arah dalam satu masa seperti pembelajaran di dalam kelas, ada komunikasi antara satu sama lain.

Pembelajaran bukan semasa asynchronous adalah pembelajaran yang tidak pada satu masa seperti forum dan e mail boleh di balas pada bila-bila masa.

ASYNCHRONOUS LEARNING

Pembelajaran dilakukan pada waktu yang berbeza.

Interaksi dengan menggunakan internet pun boleh dijalankan secara on-line dan real-time ataupun recara off-line atau archieved.

Kaedah pembelajaran secara offline menggunakan media CD/DVD juga dikira pola e-learning.

(19)

Boleh melaksanakan pembelajaran dan berinteraksi mengikut masa yang ditetapkan sendiri dengan cara komunikasi melalui e-mail dan forum.

SYNCHORONOUS LEARNING

by SAASOBAH @ NOR ADIBAH BINTI ALI saasobah - Tuesday, 3 October 2017, 4:39 AM

Mobile synchronous learning is a new challenge in the e-learning domain. While popular mobile communication devices, such as cell phones, cannot directly accommodate traditional synchronous content due to the major limitation of display size, other constraints also restrict convenient interactions while using mobile devices in a synchronous learning

environment. These problems have motivated the authors of this study to design a context-awareness synchronous learning system and to develop a corresponding pedagogical framework. Different than existing synchronous learning strategies, the proposed system enhances the feedback mechanism and implements an enhanced model for achieving mobile interaction in a synchronous learning environment. The enhanced model is named Interactive Service Module, which enables interactions between teachers and students via short message delivery. In the proposed synchronous learning

environment, different kinds of learning devices are used to access the same source of synchronous content simultaneously. To accommodate the diversity of devices, several content styles have been developed and an appropriate style can be selected to a learner via a decision mechanism. This mechanism is based on fuzzy weighted average technique to measure the average computational power for each device. Finally, questionnaires were used to evaluate the usability of the proposed synchronous learning environment, and the results indicate that our system can facilitate synchronous learning by enabling students to access lessons conveniently and efficiently from a wide variety of locations, using common mobile communication devices.

reference : http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0360131507001 443

1. http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/edu3053/bahan/Modul5.pdf

2. https://www.coursehero.com/file/padvuu/21-26-Pembelajaran-Luar-Bilik-Darjah-Pembelajaran-Luar-Bilik-Darjah-PLBD-ialah

1. Yahya (2008) Aplikasi computer dalam pengajaran bahasa : penguasaan guru dan kekakngan dalam perlaksanaan. Retrieved from http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

2. Faktor yang menyumbang kepada masalah. Retrieved

(20)

3. Pendidikan sebagai suatu proses pengajaran. Retrieved fromhttp://sarjana.tripod.com/komunikasi3.html

http://norafiszaa.blogspot.my/2012/12/esei.html

1) Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

bahasa: menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran & pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

2) http://eprints.utm.my/10133/1/[email protected] 3) http://www.slideshare.net/ShamonaDaud/krt3013-tugasan-besei-d20102043877

4) Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Yacop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.

Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan masalah dan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka. Walau bagaimanapun, Rashidi (1986)

menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebgai pembimbing dan fasilitator yang bertanggungjawab untuk menghidupkan dan menggerakkan perbincangan dan penerokaan ilmu di kalangan pelajar.pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui garis panduan yang diberikan oleh guru.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk

(21)

Menurut Tun Dr Mahathir, Negara Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 dan Negara yang maju. Oleh itu, penggunaan teknologi perlu seiring dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Negara dapat mencapai matlamat seperti yang disasarkan. Oleh itu, saranan kerajaan supaya satu komputer untuk setiap rumah perlu disahut oleh semua rakyat Malaysia bagi

memastikan anak – anak bangsa Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang Informasi Teknologi (IT). Sebagai contoh, negeri Terengganu telah memulakan program pemberian E-Book kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh negeri Terengganu apabila mereka berada di tahap 2 (E- Book diberikan kepada pelajar tahun 4 setiap tahun). Ini menunjukkan kerajaan negeri Terengganu menyahut saranan kerajaan Malaysia untuk memastikan pelajar di negeri Terengganu celik IT dan mampu menguasai bahasa komputer dengan baik.

Guru juga mampu menghasilkan Alat Bantu Mengajar yang hebat dengan menggunakan perisian yang terdapat di dalam komputer. Jika sebelum ini guru perlu melukis gambar atau mencari didalam majalah,surat khabar atau bahan – bahan bacaan yang lain dan menampal di papan hitam, namun kini guru hanya perlu memaparkan gambar atau apa pun bahan dengan

menggunakan powerpoint dan gambar – gambar boleh dicari menggunakan internet sahaja. Ini menunjukkan kemajuan dalam bidang IT yang mampu mengurangkan bebanan kepada guru. Selain itu, computer juga

mengurangkan bebanan murid untuk membawa buku teks yang tebal ke sekolah. Ini kerana di masa kini terdapat masalah murid-murid meninggalkan buku teks di rumah kerana tidak mampu membawanya ke sekolah. Terdapat juga segelintir murid yang sengaja meninggalkan buku mereka di dalam kelas kerana tidak perlu membawanya untuk jadual keesokannya.

Hal ini menimbulkan masalah pembelajaran kepada pelajar kerana tidak mempunyai rujukan yang cukup ketika membuat latihan. Oleh sebab itu, dengan penggunaan computer, para pelajar hanya perlu membawa netbook ke sekolah kerana segala maklumat boleh di simpan hanya dengan sekadar menekan perkataan simpan. Selain itu, para guru juga boleh memantau para pelajar hanya dengan menggunakan internet. Para pelajar boleh menanya secara langsung kepada guru tentang apa sahaja permasalahan mereka di dalam pembelajaran.

(22)

Penutup

Guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut. Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaannya perlu dikuasai guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju.

Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain. Sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu sendiri.

(23)

Kini tiba masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran global dengan memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti pendidikan berteraskan ICT di peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak terkecuali.

Terdapat pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh digunakan dalam P & P.

Antara alat pandang dengar yang biasa digunakan ialah perakam kaset, compact disc, video compact disc, digital compact disc, projektor filem, video kamera, projektor LCD, projektor episkop dan MP3 yang dapat digunakan dengan lebih efektif.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Pembelajaran Luar Bilik Darjah(PLBD) ialah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur.

Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.

Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

PLBD mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah.

PLBD boleh dilaksanakan di luar bilik darjah bagi memberikan pengalaman pe mbelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Selain itu, PLBD boleh mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan murid.

http://luckmanvirus002.blogspot.my/2014/07/maksud-ict.html http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=1999&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm http://jomkepoh.blogspot.my/2009/07/definisi-tentang-teknologi-maklumat-dan.html

http://www.elmoglobal.com/my/html/ict/01.aspx

(24)

http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf

http://www.elmoglobal.com/my/html/ict/01.aspx

https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-pendidikan/

http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/10/icttmk-dan-peranannya-dalam-pendidikan.html

http://eprints.uthm.edu.my/1679/1/MOHD_HASRIL_AMIRUDDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/4226/1/ISMAIL_BIN_BASIRON.pdf

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814014463 https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/71-che-suriani-kiflee.pdf

http://eprints.uthm.edu.my/8014/1/VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf

Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk

meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad

ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke

hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin

kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.

Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah

guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu

dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan

penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar

kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana

sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.

Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan

(25)

membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah

pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh

teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan

kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu

dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi

meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya

membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep

pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke

arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk

mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Sistem pengurusan projek teknologi maklumat ini mempunyai lima kategori pengguna iaitu pentadbir sistem, pengurus projek, perlaksana projek, pengurusan atasan

Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan

Perkembangan teknologi informasi di Indonesia sangat dipengaruhi oleh kemampuan sumber daya manusia dalam memahami komponen teknologi informasi, seperti perangkat

Indikator saya yang ketiga adalah teknologi maklumat sebagai wahana mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.Pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat.Ungkapan

Kajian ini menghuraikan aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan insan dan integrasi konsep dualiti (konvensional dan Islam) dalam merealisasikan objektif

Sumber yang tersenarai di dalam dokumen, juga sumber yang tidak tersenarai tetapi dianggap sebagai sumber ICT oleh Majlis Teknologi Maklumat UMP adalah juga tertakluk kepada

Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (dikenali selepas ini sebagai Dasar ICT USM) adalah terpakai kepada semua pekerja, ahli akademik, pelajar,