Kandungan
Pengenalan 5
Cita-cita Kita 6
Pegangan Kita 7
1 Kita membekalkan nutrisi berkhasiat kepada warga dunia 7 2 Kita bekerja sebagai pasukan yang bermotivasi 7
3 Kita prihatin alam sekitar 7
Tatalaku 8
1 Pengguna dan Pelanggan 8
2 Para Kakitangan 8
3 Perlindungan alam sekitar 10
4 Hubungan dengan para pembekal 11
5 Aktiviti-aktiviti awam 12
6 Komunikasi 12
7 Sogokan dan rasuah 13
8 Hubungan perniagaan dan hadiah 14
9 Persaingan 15
10 Percanggahan kepentingan 17
11 Integriti laporan kewangan 18
12 Melindungi maklumat sulit 18
13 Undang-undang 19
Pematuhan Kod Tatalaku 20
Pepohon keputusan: Bagaimana menangani dilema etika dan Kod 20 Membangkitkan persoalan atau kekhuatiran 22
Pengenalan
Objektif FrieslandCampina ialah mengilang dan memasarkan produk tenusu dengan kaedah yang mewujudkan nilai yang mampu bertahan buat jangka masa panjang bagi para pengguna, pelanggan, kakitangan, ahli-ahli penternak tenusu, rakan kongsi dan masyarakat di mana FrieslandCampina beroperasi.
Kita berusaha untuk mencapai objektif tersebut berdasarkan kekuatan jenama-jenama kita dan keteguhan kedudukan dalam pasaran bagi produk pengguna, peranan kita sebagai rakan kongsi inovatif yang menawarkan ramuan-ramuan kepada industri pemakanan dan farmaseutikal, dan berdasarkan taburan geografi aktiviti kita.
Kita sedar bahawa mempertahankan kepercayaan dan keyakinan para pemegang kepentingan kita amatlah penting dalam merealisasikan objektif tersebut. Kita mesti buktikan yang kepercayaan itu kena pada tempatnya dengan memastikan tingkah laku kita adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Kod ini.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan para kakitangan menyedari prinsip-prinsip ini dan bertingkah laku selari dengannya.
Tingkah laku setiap kakitanganlah yang akan mengesahkan lagi reputasi syarikat kita. Bersama-samalah kita membina syarikat ini. Dan bagi menjamin kejayaan perniagaan kita mestilah menuruti Kod Tatalaku ini. Sila luangkan masa untuk membaca Kod Tatalaku ini dan amalkannya dalam kerja anda di FrieslandCampina.
Cees ‘t Hart
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Eksekutif
Cita-cita kita
FrieslandCampina bercita-cita menjadi syarikat hasil tenusu yang paling profesional, paling berjaya dan paling menarik di dunia.
Aspirasi kita adalah untuk menjadi syarikat hasil tenusu ‘paling profesional’, kerana kita ingin menjadi pakar nombor satu di dunia berkenaan susu dan bagaimana susu boleh diproses menjadi pelbagai jenis produk dan ramuan. Kita sentiasa memperluaskan pengetahuan kita dengan melabur di dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, agar kita dapat menggunakan dengan sepenuhnya apa-apa peluang yang wujud di pasaran.
Kita mahu menjadi ‘paling berjaya’ dalam memperluaskan dan mengukuhkan kedudukan pasaran kita serta dalam pekerjaan dan penghasilan yang efisien. Inovasi memainkan peranan yang penting dalam hal ini, bagi kedua-dua pembangunan produk dan berdasarkan kepada kemajuan teknologi.
Kita juga mahu dilihat ‘paling menarik’ sebagai pembeli dan pemproses susu yang dibekalkan oleh ahli-ahli penternak tenusu, sebagai rakan kongsi para pelanggan dan sebagai majikan kepada para kakitangan kita.
Pegangan Kita
Kita membekalkan nutrisi berkhasiat kepada warga dunia
Kita kagum dengan keupayaan dan potensi susu. FrieslandCampina menyediakan penduduk sedunia dengan pelbagai kebaikan yang mampu ditawarkan oleh susu. Secara semulajadinya susu adalah antara sumber yang membekalkan khasiat pemakanan paling kaya. Hasil tenusu kita bukan hanya memberikan sensasi rasa yang unik, tetapi juga protin, lemak, vitamin, galian dan laktosa – bahan binaan dan sumber tenaga yang penting kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia. Kita amat percaya bahawa banyak lagi penemuan yang bakal dibuat, bukan hanya berkaitan susu semata-mata tetapi juga nilai yang dapat dicipta daripada susu. Kita bersungguh-sungguh ingin mendedahkan keupayaan tersebut dan mendapatkan lebih lagi daripada susu.
Kita bekerja sebagai pasukan yang bermotivasi
Kita adalah pasukan yang menyahut cabaran, berkembang bersama dan sentiasa bertanggungjawab. Kita adalah syarikat global dengan fokus tempatan yang mantap, bekerjasama rapat dengan individu dan masyarakat di mana kita beroperasi. Kita mencipta nilai pada keseluruhan rantaian tenusu dan bertanggungjawab terhadap segala tindakan kita, membina budaya saling mempercayai, berintegriti dan berinspirasi.
Kita prihatin alam sekitar
Kita berazam untuk menjalankan perniagaan kita dengan cara yang mesra alam dan menyumbang kepada pembangunan mampan yang memanfaatkan generasi kini dan akan datang. Maksudnya, kita mencari keseimbangan di antara keperluan untuk menjayakan perniagaan dan komitmen kepada masyarakat serta alam sekitar. Imbangan tersebut perlulah mampan buat jangka masa panjang, menjamin kelangsungan alam sekitar, masyarakat dan perniagaan kita.
Kita berusaha untuk menjadikan semua tindakan kita mampan melalui rantaian tenusu; iaitu perjalanan yang membawa susu daripada lembu kepada pengguna.
Tatalaku
1 Pengguna dan Pelanggan
FrieslandCampina berazam menghasilkan nilai yang dapat bertahan untuk jangka masa panjang buat para pengguna dan pelanggannya dengan menawarkan beraneka produk tenusu yang berkualiti tinggi dan selamat. FrieslandCampina memastikan bahawa produk-produknya memenuhi sekurang-kurangnya semua piawai yang dipersetujui dan diwajibkan undang-undang bagi kesihatan dan keselamatan pengguna. Bagi menjamin agar kita menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti tinggi, Sistem Keselamatan dan Kualiti Makanan FrieslandCampina telah menetapkan piawaian yang tinggi bagi bahan mentah, ramuan dan proses pembuatan serta pembungkusannya.
Kita mempunyai prosedur yang telus dan efektif yang dapat menangani aduan pengguna dan memastikan penyelesaian yang adil dan segera dicapai bagi pertikaian pengguna.
Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Pengguna pada setiap masa!
Pelanggan dan pengguna bergantung kepada kita untuk membekalkan produk yang selamat. Kita tidak boleh mengambil apa-apa risiko berkaitan keselamatan produk. Oleh itu, pematuhan kepada Sistem Keselamatan dan Kualiti Makanan FrieslandCampina adalah diwajibkan setiap masa. Jika anda ragu-ragu berkenaan hal ini, anda mesti menyuarakannya kepada penyelia lini anda.
2 Para Kakitangan
FrieslandCampina menganggap pihak pengurusan dan para kakitangannya sebagai asetnya yang paling berharga. Pada setiap tahap, penglibatan mereka bermula dengan komunikasi yang terbuka - sama ada berkenaan aspek-aspek tertentu perniagaan atau aktiviti-aktiviti syarikat secara amnya.
Kejayaan masa kini dan masa hadapan FrieslandCampina banyak
bergantung kepada kualiti para kakitangannya. Oleh itu, kita berazam untuk menawarkan persekitaran kerja yang menarik, mencabar dan menimbulkan inspirasi, di mana para kakitangan digalakkan untuk memajukan diri masing-masing, baik secara profesional mahupun secara peribadi. Visi ini akan hanya dapat dicapai dengan para kakitangan yang bermotivasi dan dilatih dengan baik; iaitu para kakitangan yang bermotivasi dan berkemampuan untuk menjamin kelebihan saingan.
Kita menghormati Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai piawai sejagat. Di negara-negara di mana syarikat FrieslandCampina beroperasi, hak asasi manusia disokong dengan cara yang tekal dengan iltizam dan kewajipan antarabangsa kerajaan negara setempat, dan menurut apa yang secara lazimnya dapat diharapkan daripada sebuah organisasi komersil.
Menurut rangkakerja undang-undang, peraturan dan hubungan buruh yang berkenaan serta amalan pekerjaan, FrieslandCampina:
•
mengelak daripada apa-apa bentuk diskriminasi berkaitan pekerjaan atau tugasan para kakitangannya, berdasarkan bangsa, warna kulit, jantina, agama, pendapat politik, kerakyatan mahupun asal-usul sosial.•
menghormati hak para kakitangannya untuk menyertai kesatuan sekerja yang sah.•
menghalang penggunaan buruh kanak-kanak dan buruh wajib atau paksa.FrieslandCampina komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang bersih dan selamat bagi para kakitangannya bertepatan dengan amalan-amalan terbaik. Pihak pengurusan dan para kakitangan FrieslandCampina bertanggungjawab dalam mengambil setiap langkah yang mungkin bagi mengelakkan berlakunya kecederaan kepada diri mereka, rakan sekerja dan orang awam.
Menghormati satu sama lain
Kita menghargai persekitaran kerja di mana para kakitangan merasakan mereka turut terlibat, bertanggungjawab dan selamat. Ianya memerlukan suasana organisasi yang adil, menghormati dan berintegriti. Ia juga menandakan yang kita mementingkan suasana terbuka di mana para kakitangan berasa yakin untuk membincangkan isu-isu antara satu sama lain dan dengan pihak pengurusan. Pada peringkat pertama, cubalah bincangkan apa-apa isu berkaitan integriti dengan individu yang terlibat. Jika masalah masih berterusan,
berjumpalah dengan penyelia lini anda. Hormati satu sama lain, kongsi persoalan dan keraguan anda, dan peka kepada persoalan dan keraguan orang lain.
3 Perlindungan Alam Sekitar
FrieslandCampina berazam menjalankan perniagaannya dengan cara yang mesra alam dan mampan. Kita berusaha untuk meminimakan kesan buruk dari proses-proses dan produk-produk kita kepada alam sekitar, bertepatan dengan aktiviti perniagaan kita. Apabila berbicara tentang pengurusan alam sekitar, pendekatan yang sistematik digunakan bagi mencapai penambahbaikan yang berterusan bagi pencapaian alam sekitar. Dengan cara ini, kita menyumbang kepada pembangunan mampan dengan memenuhi kehendak masa kini tanpa mengkompromi kebolehan generasi masa hadapan untuk memenuhi kehendak mereka.
Di FrieslandCampina, dasar-dasar dan program-program alam sekitar bersepadu dengan perniagaan. Malahan, prestasi alam sekitar di awasi setiap tahun.
Alam Sekitar: Sikap positif terhadap kemampanan alam sekitar
Di FrieslandCampina kita prihatin terhadap alam sekitar dan kita sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki rantaian pengeluaran dengan cara yang lebih mampan. Ia memerlukan sikap positif terhadap kemampanan daripada semua warga FrieslandCampina.
Kita mempunyai sasaran yang jelas dalam mencapai matlamat yang mampan. Ada kalanya ia membawa kepada pelbagai dilema antara matlamat keuntungan dan matlamat kemampanan.
Contoh situasi dilema alam sekitar
Saya seorang pengurus jenama di FrieslandCampina. Kita mempunyai matlamat jelas penggunaan coklat yang dihasilkan secara mampan (disahkan UTZ) di dalam susu coklat kita. Permintaan yang meningkat bermakna penghasilan perlu ditingkatkan, tetapi coklat yang disahkan UTZ tidak mencukupi di pasaran. Peningkatan penghasilan bermaksud kita tidak dapat memenuhi matlamat kemampanan kita sendiri. Namun, matlamat mendapatkan coklat yang disahkan UTZ adalah penting bagi memelihara reputasi syarikat. Apa yang perlu saya buat?
Tiada jawapan yang mudah bagi persoalan ini. Apabila berlakunya percanggahan pelbagai sasaran atau pertembungan nilai, adalah sukar untuk mencari
penyelesaian yang sempurna. Akan tetapi, langkah pertama dalam mencapai penyelesaian ialah membincangkan dilema tersebut dengan rakan sekerja dan pihak pengurusan, dan berterus terang berkenaan kesukaran yang dihadapi.
4 Hubungan dengan para pembekal
FrieslandCampina berazam untuk berurusan hanya dengan pembekal bereputasi baik dan sanggup menggunapakai piawai FrieslandCampina. Hubungan dengan para pembekal akan diukur dan dinilai, bertujuan mendapatkan penambahbaikan yang berterusan dalam bidang kualiti,
5 Aktiviti-aktiviti awam
FrieslandCampina tidak menyokong mana-mana parti politik — sama ada organisasi atau wakil-wakilnya — mahupun menyumbang secara kewangan atau sebaliknya kepada kumpulan yang aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk mempromsikan kepentingan sesebuah parti.
Kita sedang dan akan terus berhadapan dengan isu-isu sosial dan etika. FrieslandCampina secara aktifnya menyertai perbincangan berkenaan hal-hal tersebut.
Bagi mempromosikan atau mempertahankan kepentingan
FrieslandCampina yang sah, pihak pengurusan dan para kakitangan FrieslandCampina yang dikenalpasti adalah digalakkan untuk
membangkitkan persoalan dan membincangkan tindakan serta keputusan kerajaan, sama ada secara langsung atau melalui badan-badan seperti persatuan-persatuan perniagaan.
Pihak pengurusan dan para kakitangan yang dikenalpasti adalah digalakkan untuk bekerjasama dengan kerajaan, agensi kerajaan, para pegawai dan lain organisasi dalam membangunkan rang undang-undang dan lain-lain peraturan, yang boleh membawa kesan kepada kepentingan tersebut.
6 Komunikasi
FrieslandCampina memastikan maklumat berkaitan aktiviti, keadaan kewangan dan prestasinya didedahkan secara berkala dan boleh dipercayai, serta tepat pada masanya,
Para pemegang kepentingan adalah digalakkan untuk mengajukan soalan berkenaan perjalanan perniagaan kepada syarikat pada bila-bila masa memandangkan FrieslandCampina amat mempercayai komunikasi terbuka dengan semua pemegang kepentingan. Namun, had-had kerahsiaan komersil perlulah dihormati.
7 Sogokan dan Rasuah
FrieslandCampina tidak akan terlibat dalam sogokan atau apa-apa bentuk rasuah. Para kakitangan tidak dibenarkan berjanji, menawarkan atau memberikan imbuhan (kewangan) yang tidak munasabah, sama ada secara lansung atau tidak langsung, kepada sesiapa pun — termasuklah para pegawai kerajaan atau badan yang dikuasai kerajaan— dengan tujuan untuk menjalankan, ataupun mempertahankan, perniagaan atau perkhidmatan. Dalam masa yang sama, pihak ketiga tidak boleh digunakan untuk memintasi larangan sogokan dan rasuah. Sehubungan dengan itu juga, para kakitangan dilarang menerima imbuhan sedemikian, jika ianya diberikan untuk mendorong mereka supaya bertindak berlawanan dengan tanggungjawab yang diamanahkan (lihat juga seksyen berkenaan hubungan perniagaan dan hadiah).
Tiada tolak ansur jika ia melibatkan sogokan!
Andaikan anda ketua jabatan jualan di Syarikat Operasi. Pada waktu ini anda membida sebuah urusniaga mega membekalkan pelbagai produk kepada pelanggan yang besar. Syarikat anda memerlukan kontrak tersebut. Anda menerima panggilan daripada pegawai perolehan pelanggan yang memberitahu anda bahawa beliau akan memastikan anda mendapat kontrak tersebut asal sahaja anda mendepositkan 500 euro’s ke dalam akaun bank peribadinya. Kontrak tersebut bernilai beberapa ratus ribu euro’s...
Meskipun anda mungkin berasa teringin untuk membuat bayaran sedemikian, ianya tidak dibenarkan. Anda dilarang membuat pembayaran sedemikian. Di FrieslandCampina kami berpegang kepada perniagaan yang bersih. Kami juga mematuhi undang-undang berkenaan sogokan dan rasuah.
8 Hubungan perniagaan dan hadiah
Dalam banyak industri dan negara, hadiah dan keraian digunakan untuk memperkukuhkan hubungan perniagaan. Di seluruh dunia, ada satu prinsip yang sama dan jelas:
Tiada hadiah, kemudahan, atau jenis keraian boleh diterima atau diberikan jika ia mewajibkan atau seolah-olah mewajibkan penerimanya untuk memberi atau menerima balasan.
Memberi atau menerima hadiah atau diraikan sekali-sekala mungkin berpatutan dalam membina hubungan perniagaan. Namun, hadiah dan keraian mestilah membina kepentingan perniagaan FrieslandCampina dan tidak mewah atau membazir jika dibandingkan dengan kelaziman amalan perniagaan sesebuah negara dan industri. Prinsip yang sama juga terpakai kepada hubungan dengan para pegawai kerajaan. Dalam apa jua keadaan, memberi atau menerima hadiah atau keraian mestilah bertepatan dengan undang-undang dan dasar syarikat yang menerimanya.
Jika hadiah dan keraian, sama ada diberi atau diterima, melibatkan perbelanjaan perjalanan atau nampak seolah-olah mewah atau berlebihan (bagi hadiah, nilainya > 50 Euro’s, seseorang kakitangan itu mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Urusan Syarikat Operasi /Pengarah kakitangan Korporat atau Lembaga Eksekutif terlebih dahulu . Bagi hadiah > 500 euro’s, Setiausaha Syarikat mestilah diberitahu. Meminta atau memancing hadiah peribadi, kemudahan, keraian atau perkhidmatan adalah dilarang, begitu juga dengan menerima atau memberikan wang tunai atau sesuatu yang sama nilai dengan wang tunai. Dalam masa yang sama, para kakitangan FrieslandCampina tidak boleh menggunakan kedudukan mereka untuk memancing para pembekal, termasuklah institusi kewangan, supaya memberikan layanan istimewa dari segi harga, terma atau pinjaman, kepada diri masing-masing.
Memberi/Menerima hadiah, kemudahan atau keraian
Sebelum memberi atau menerima hadiah atau keraian, termasuklah apa-apa kemudahan atau perkhidmatan, ada beberapa soalan yang perlu anda tanyakan diri anda. Jika anda menjawab ‘ya’ kepada mana-mana soalan di bawah, jangan beri/terima hadiah atau keraian tersebut. Jika anda ragu-ragu, sentiasalah bertanya kepada penyelia lini anda.
Soalan-soalan
• Adakah hadiahnya mewah atau nilainya lebih daripada apa yang lazimnya diberikan menurut amalan perniagaan dalam membina hubungan baik (bagi hadiah, nilainya > 50 Euro’s)?
• Adakah memberi atau menerima hadiah/keraian bermaksud satu pelanggaran undang-undang atau Kod Tatalaku FrieslandCampina? • Apakah hadiah yang diberikan mewajibkan (atau seolah-olah mewajibkan)
balasan balik?
• Apakah hadiah tersebut termasuk wang tunai atau yang sama nilai dengan wang tunai?
• Apakah anda pernah meminta atau memancing hadiah/keraian tersebut? • Apakah anda akan berasa malu jika diminta untuk menjelaskan kepada
rakan-rakan anda bahawa anda telah menerima hadiah/keraian tersebut? • Apakah menerima hadiah/keraian tersebut membuatkan anda berasa tidak
selesa?
• Apakah hadiah tersebut menjayakan kepentingan peribadi anda selain daripada kepentingan perniagaan FrieslandCampina?
9 Persaingan
Di dalam rangka undang-undang dan peraturan yang berkaitan, FrieslandCampina menjalankan aktiviti-aktvitinya dengan cara yang adil dan kompetitif. Kod Tatalaku Anti Monopoli FrieslandCampina yang khusus adalah digunapakai.
Kod Anti Monopoli dan undang-undang persaingan: bagaimana untuk bertindak?
Andaikan diri anda berada dalam situasi berikut:
Salah satu daripada pesaing FrieslandCampina bertemu dengan wakil jualan syarikat dan mencadangkan pendekatan bersepadu di pasaran asing yang baru. Beliau mencadangkan supaya pasaran dipecahkan kepada dua kawasan, dengan setiap syarikat menumpukan perhatian kepada satu kawasan, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan strategi setiap syarikat dan mendapatkan kelebihan berbanding pesaing lain.
Bagaimanakah tindak balas anda kepada cadangan tersebut?
Kerjasama dengan pesaing yang dibincangkan ini melanggar kod anti monopoli FrieslandCampina.
Kod anti monopoli tersebut adalah berdasarkan undang-undang anti monopoli. Antaranya, undang-undang anti monopoli bertujuan mempromosi dan memelihara kebebasan setiap pesaing dalam membuat keputusan berdasarkan harga, keluaran, dan lain-lain faktor yang peka kepada persaingan. Antara kesalahan anti monopoli yang amat berat ialah persetujuan antara para pesaing yang menghadkan pemilihan bebas dan mengekang perdagangan, seperti perjanjian menghadkan kewujudan produk yang dibekalkan oleh FrieslandCampina atau membahagi-bahagi pasaran berdasarkan pelanggan, kawasan, produk atau belian. FrieslandCampina bersaing secara bebas berdasarkan kebaikan produknya, kebolehan para kakitangannya, perkhidmatannya dan prestasinya. Oleh itu, para kakitangan tidak seharusnya bersetuju dengan mana-mana pesaing berkenaan apa-apa perkara yang berkaitan, memandangkan perjanjian seumpamanya — sama ada bertulis atau lisan— selalunya melanggari undang-undang.
10 Percanggahan kepentingan
FrieslandCampina mewajibkan para kakitangannya menjauhkan diri daripada aktiviti peribadi dan kepentingan kewangan yang mungkin bercanggah dengan tugas-tugas yang dilaksanakan. Ini bermaksud, apabila anda berkhidmat di FrieslandCampina anda perlu berkhidmat demi kepentingan terbaik FrieslandCampina.
Percanggahan kepentingan
Percanggahan kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi
mengganggu dorongan anda untuk bertindak bertepatan dengan kepentingan FrieslandCampina atau pihak-pihak yang berkenaan (contohnya, pembekal). Menanyakan diri anda soalan-soalan berikut boleh membantu anda memahami sama ada situasi berkaitan boleh dianggap percanggahan kepentingan: • Apakah saya, atau ahli keluarga saya, kawan atau kenalan, akan mendapat
apa-apa laba (kewangan) disebabkan tugas saya di FrieslandCampina? • Mampukah kepentingan peribadi dalam situasi ini membawa kesan ke atas
apa-apa keputusan yang mungkin saya buat di FrieslandCampina?
• Apakah saya rasa terdorong disebabkan hubungan yang wujud di antara saya dan pihak ketiga yang menjalankan perniagaan dengan FrieslandCampina? • Apakah situasi ini membawa kesan kepada tanggungjawab yang perlu saya
laksanakan di FrieslandCampina atau mungkinkah persepsi sedemikian wujud di kalangan para kakitangan FrieslandCampina atau pihak-pihak ketiga? • Apakah saya akan berasa malu jika sesiapa di FrieslandCampina tahu akan
situasi berkenaan?
• Apakah pihak-pihak lain, seperti pelanggan atau pembekal, akan
mempersoalkan sama ada mereka telah dilayan seadilnya jika mereka tahu akan situasi berkenaan?
Jika jawapan kepada mana-mana soalan di atas adalah ‘ya’ (atau mungkin boleh dianggap ‘ya’ oleh orang lain), maka ianya mungkin bermaksud situasi anda itu membentuk satu percanggahan kepentingan. Jika anda kurang pasti bagaimana
11 Integriti laporan kewangan
Rekod perakaunan FrieslandCampina dan dokumen-dokumen sokongan mestilah merakamkan dengan tepat jenis transaksi asas berdasarkan piawaian perakaunan yang rasmi. Kita komited untuk tidak terlibat dalam apa-apa tindakan atau membuat apa-apa urusan yang boleh menyebabkan kemasukan rekod palsu atau tidak benar, termasuklah bagi rekod
perbelanjaan kakitangan. Tiada akaun, dana atau aset yang disorok atau tidak direkodkan akan diwujudkan atau disimpan.
Rekod-rekod mestilah disimpan berdasarkan undang-undang, prinsip perakaunan dan semua dasar dan prosedur yang digunapakai FrieslandCampina.
FrieslandCampina tidak akan secara sedar mengelak daripada kewajipan membayar cukai. Kesemua faedah yang diterima para kakitangan dan boleh dicukai akan disenaraikan dan diisytiharkan bagi tujuan percukaian.
12 Melindungi maklumat sulit
Para kakitangan syarikat-syarikat FrieslandCampina mestilah memastikan maklumat sulit dipelihara dan dilindungi. Maklumat sulit adalah maklumat yang eksklusif kepada organisasi, yang memberi atau mungkin memberi, kelebihan saingan kepada FrieslandCampina. Ia merupakan maklumat yang boleh membawa kepada kehilangan kelebihan saingan yang sedia ada jika didedahkan kepada umum. Maklumat seperti itu tidak boleh didedahkan kepada sesiapa di luar organisasi.
Memelihara maklumat sulit
Apabila memelihara maklumat sulit berkaitan syarikat, pelanggan atau rakan sekerja, ingatlah perkara-perkara berikut:
• Jagalah maklumat tersebut dalam komputer anda dengan menggunakan katalaluan.
• Simpan dokumen sulit dengan selamat di dalam laci atau kabinet sebelum meninggalkan ruang kerja anda.
• Perkongsian dan akses kepada maklumat sulit adalah terhad kepada rakan sekerja yang perlu tahu sahaja.
• Perkongsian maklumat sulit dengan pihak luar hanya jika dibenarkan oleh undang-undang atau jika dibenarkan oleh Jabatan Undang-undang Korporat. • Berhati-hatilah apabila membincangkan maklumat sulit di tempat-tempat
awam. Meskipun kami faham ada kecenderungan untuk berkongsi sesetengah isu kerja dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, namun anda diminta untuk membincangkan sesetengah maklumat sulit dalam ruang lingkungan syarikat sahaja.
13 Undang-undang
Syarikat-syarikat FrieslandCampina diwajibkan mematuhi undang-undang dan peraturan negara-negara di mana mereka beroperasi apabila menjalankan objektif komersilnya yang sah.
Pematuhan Kod Tatalaku
Kod ini terpakai ke atas para kakitangan FrieslandCampina. Adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Eksekutif FrieslandCampina untuk memastikan kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod ini dihebah, difahami dan dipatuhi oleh kesemua kakitangan.
Prinsip-prinsip umum yang terkandung di dalam Kod ini adalah asasnya; bagi kebanyakan prinsip-prinsip tersebut, pematuhannya dilaksanakan melalui dasar dan prosedur yang lebih spesifik.
Pematuhan FrieslandCampina terhadap Kod ini akan sentiasa dipantau. Apa-apa penemuan dan cadangan akan dilaporkan kepada Lembaga Eksekutif.
Pepohon keputusan: Bagaimana menangani dilema etika dan
Kod
Jika anda ragu-ragu tentang kebolehterimaan sesuatu tindakan berasaskan Kod dan dasar syarikat, pepohon keputusan berikut mungkin boleh membantu. Tanyakan diri anda soalan-soalan berikut bagi membantu anda menganalisa secara kritikal tindakan yang ingin diambil.
Apakah tindakan tersebut sah di sisi undang undang?
Apakah tindakan tersebut konsisten dengan Kod Tatalaku dan dasar-dasar FrieslandCampina?
Jika anda menjawab ‘ya’ kepada semua soalan di atas, teruskanlah
tindakan anda. Jika jawapan anda
Apakah saya yakin saya tidak seumpama ‘telur di hujung tanduk’ atau ‘menghampiri tebing yang licin’?
Fikirkan akibatnya jika semua orang melakukan apa yang anda bakal lakukan, ketekalan tindakan anda dan akibat masa hadapannya. Tanyakan
diri anda: apakah saya sedang melibatkan diri dalam sesuatu yang akan menjadi lebih rumit?
Selepas melaksanakan tindakan, apakah saya berasa senang dengan diri saya sendiri?
Renungkan nilai-nilai, aspirasi dan sempadan anda sendiri dan bagaimana kesemuanya berkait dengan dilema anda dan pelbagai penyelesaian yang
mungkin. Fikirkan apa yang anda rasa jika pilihan lain dibuat.
Apakah tindakan tersebut sesuai untuk dicetak di muka depan akhbar atau majalah syarikat?
Bayangkan bagaimana orang lain akan bertindak sekiranya penyelesaian kepada dilema, keputusan atau tindakan anda dihebahkan.
Membangkitkan persoalan atau kekhuatiran
Silalah berhubung dengan penyelia lini anda jika anda mempunyai soalan lanjut berkaitan Kod Tatalaku ini atau jika anda perlukan panduan praktikal yang lebih lanjut atau ingin membangkitkan kekhuatiran anda.
Jika anda menyedari berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip yang diketengahkan dalam Kod ini, atau jika anda mengesyaki berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip, anda disarankan untuk mengadukannya. Jika anda ingin menyatakan kekhuatiran anda tetapi tidak boleh melakukannya, atau jika anda berasa kurang selesa membincangkan perkara tersebut dengan penyelia lini anda, anda boleh memilih untuk melaporkan kepada:
•
Wakil Tempatan Yang Dipercayai atau•
Pegawai Pematuhan Kod Tatalaku Korporat atau•
Talian Hubungan Luar.Wakil Tempatan Yang Dipercayai dan Pegawai Pematuhan Kod Tatalaku Korporat juga bersedia untuk memberikan anda nasihat berkenaan isu-isu sensitif, atau menasihati anda berkenaan perkara-perkara yang anda tidak boleh, atau enggan, bincangkan dengan penyelia anda.
Bagi panduan lanjut bagaimana untuk melaporkan kekhuatiran anda berkenaan pelanggaran Kod ini (yang disyaki), lihatlah prosedur pengaduan pemberi maklumat.
Stationsplein 4 3818 LE Amersfoort T +31 (0)33 713 3333 The Netherlands