• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEREKA TIDAK MENGERTI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MEREKA TIDAK MENGERTI"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MEREKA TIDAK MENGERT MEREKA TIDAK MENGERTMEREKA TIDAK MENGERT MEREKA TIDAK MENGERTIIII

Karya Keris Mas SINOPSIS

Bill, seorang ‘expatriate’, telah pergi ke lapangan terbang untuk menyambut menteri yang pulang daripada bercuti di Pulau Pinang. Ketika di situ, Bill memerhatikan bahawa ramai pegawai di situ tidak begitu menghormatinya. Dia berasa hairan mengapa pegawai-pegawai itu tidak memperdulikan dia walaupun dia seorang pegawai Inggeris.

Bill, dalam menjalankan tugasnya sebagai setiausaha menteri, memastikan juga bahawa kontrak-kontrak perniagaan dijalankan oleh pegawai-pegawai Inggeris. Dia begitu memerhatikan keperluan menteri itu sehingga dia ‘menghadiahkan’ pemandunya, Amat untuk menteri tersebut. Dia tidak mahu ada keadaan yang tidak menyenangkan wujud antara dia dan menteri. Dia begitu memerhatikan ‘protokol’ yang berkaitan dengan kedudukan jabatan.

Setibanya menteri di rumah, fail-fail mengenai projek yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat, disemak oleh menteri tersebut. Fail-fail itu penting. Menteri mendapati fail tidak lengkap dan berpendapat Bill sekadar menunjuk-nunjukkan komitmennya sahaja.

Menteri mengagak ada yang tidak kena pada laporan itu lalu mengesyaki yang Bill ada niat yang lain. Di pejabat pula, Bill membuat persiapan untuk mensyuarat tersebut.

Akhirnya, menteri telah memberikan projek itu kepada orang tempatan iaitu Kassim.

Rancangan Bill untuk memberikan projek itu kepada Bob gagal. Bill amat kecewa dengan keputusan itu kerana berpendapat yang orang tempatan tidak layak menjalankan projek itu.

Mereka masih memerlukan orang seperti dirinya dan kawan kerjanya iaitu Bob. Bill dan Bob membincangkan isu itu dan jelas bahawa mereka memandang rendah terhadap orang tempatan. Bill mengatakan rakyat tempatan tidak mengerti pentingnya ada pegawai Inggeris dalam membantu membina mereka . Bill menganggap orang tempatan tidak berkebolehan dan tidak mahir dalam menguruskan projek besar seperti itu. Bob, pula, nampaknya mula mengerti tentang aspirasi rakyat tempatan. Dia percaya yang mereka, pegawai Inggeris yang masih bertugas di tanah jajahan yang baru merdeka, patut belajar mengerti perasaan dan cara hidup rakyat tempatan. Bob menambah bahawa rakyat tempatan perlu diberikan peluang untuk berdikari kerana ini tanah air mereka. Bill tetap tidak setuju dengan pandangan Bob itu.

Di akhir cerita, Bill berjumpa dengan Amat, bekas pemandunya. Amat menceritakan kepada Bill yang menteri itu tidak suka dipanggil ‘Tuan’ seperti yang dikehendaki Bill dahulu.

Menteri juga tidak suka dilayan seperti ‘orang putih’. Bill mula sedar yang apa dikatakan Bob itu memanglah benar. Akhirnya dia mula menerima hakikat bahawa orang Melayu lebih

mengerti tentang perasaan dan keinginan mereka.

(2)

TEMA

Tanggapan bekas penjajah (bangsa asing) terhadap kemampuan anak watan.

Masyarakat Melayu dipandang rendah oleh bangsa asing. Mereka menganggap bahawa orang Melayu tidak mampu menjalankan tugas sebaik mereka. Mereka gagal memahami orang Melayu dan tidak dapat mempercayai kebolehan mereka. Akhirnya, pihak bangsa asing terpaksa menerima hakikat yang mereka perlu memberikan laluan pada orang tempatan untuk membina negara mereka.

Contoh:

• Bill menganggap yang dirinya penting dan perlu dihormati oleh rakyat tempatan.

• Bill pasti bahawa projek akan diberikan kepadanya kerana dia lebih mahir dan berpengetahuan. Sebaliknya, menteri telah memberikan projek tersebut kepada rakyat tempatan iaitu Kassim.

• Bill menjadi marah dan tidak faham mengapa projek perlu diberikan kepada rakyat yang tidak mahir dan tidak berkemampuan. Dia berpandangan bahawa rakyat tempatan masih memerlukan pertolongan pegawai-pegawai Inggeris.

• Akhirnya, Bill terpaksa menerima hakikat yang mereka perlu memberikan peluang kepada rakyat untuk membangunkan negara mereka sendiri dan mempercayai kemampuan dan kebolehan mereka sendiri.

PERSOALAN/PERUTUSAN

1. Persoalan: Sikap memandang rendah.

Perutusan: Memandang rendah pada kebolehan rakyat tempatan dalam menguruskan projek memajukan negara.

- Bill memandang rendah pada keupayaan orang Melayu dalam membina negara mereka. Dia berpendapat yang mereka masih memerlukan orang Inggeris dalam pembangunan negara.

2. Persoalan: Kehidupan yang dipengaruh penjajah.

Perutusan: Mengubah hidup yang dipengaruh penjajah.

(3)

- Keputusan untuk memberikan projek kerajaan kepada anak watan adalah untuk mengubah cara hidup orang Melayu daripada terus dipengaruh oleh penjajah. Menteri telah melantik Kassim untuk meneruskan projek itu daripada memilih Bob.

3. Persoalan: Tanggungjawab ketua.

Perutusan: Tanggungjawab ketua dalam memberi peluang pada rakyat - Tindakan menteri untuk memberikan projek kepada Kassim merupakan

suatu langkah memberi peluang kepada rakyat tempatan, Mereka memerlukan peluang seperti ini untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membangunkan negara tanpa bergantung kepada pegawai Inggeris.

Menteri sedar tentang keadaan ini dan telah menjadikan tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa rakyat tempatan mendapat peluang.

4. Persoalan: Keperluan masyarakat.

Perutusan: Pentingnya memahami keperluan masyarakat.

- Dalam perbincangan antara Bob dan Bill, ternyata mereka tidak memahami aspirasi dan keperluan masyarakat Melayu. Mereka masih mengekalkan pemikiran penjajah dan masih mahu mengerjakan sesuatu itu dengan cara mereka. Mereka rasa terkejut bila projek kerajaan diberikan kepada Kassim. Keadaan ini menyedarkan mereka tentang pentingnya memahami keperluan masyarakat demi kejayaan mendapatkan sesuatu projek.

5. Persoalan: Kemampuan anak negeri.

Perutusan: Kemampuan anak negeri tidak akan diketahui selagi tidak diuji.

- Kemampuan rakyat temptan belum dapat diketahui jika tidak diberi peluang. Kassim telah diberikan peluang untuk melaksanakan projek kerajaan kerana dia memahami perasaan dan semangat rakyat. Maka dengan kemampuannya untuk mengerti keadaan tempatan, Kassim mungkin akan dapat melaksanakan projek tersebut dengan lebih baik.

6. Persoalan: Tanggapan orang asing.

Perutusan: Tanggapan orang asing yang masih mahu menjajah negara walaupun negara tersebut sudah merdeka.

- Bill masih bertanggapan bahawa negara itu tidak akan maju tanpa bantuan pihak Inggeris. Dia telah lama dibelenggui pemikiran yang rakyat tempatan serta ketua mereka masih tidak berkebolehan. Tanpa

(4)

campur tangan pegawai-pegawai Inggeris mereka tidak dapat membangunkan negara.

PENGAJARAN:

1. Seseorang itu mesti mempunyai keyakinan akan kemampuan bangsa sendiri dalam hal-hal membangunkan dan menguruskan negara

- Keyakinan ini terserlah melalui keputusan menteri melantik Kasim, bukannya Bob.

2. Jangan mempunyai prasangka buruk terhadap kemampuan orang lain.

- Sikap Bill terhadap orang Melayu mencerminkan sikap penjajah - masih berfikiran bahawa orang Melayu tidak boleh berdikari dan membangun negara mereka sendiri.

3. Seseorang itu haruslah amanah dalam melakukan tugas.

- Amat telah menjalankan dengan baik terhadap majikan-majikannya. Dia mematuhi arahan majikan.

- Bill pula tidak amanah dalam melakukan kerjanya. Fail-fail yang disiapkan tidak lengkap sehingga menimbulkan rasa kurang senang menteri.

4. Untuk keharmonian kaum dan perpaduan negara, seseorang itu mestilah bersatu padu menentang penjajah.

-Bill berusaha mendapatkan sokongan kaum Cina dan India dalam menjayakan matlamatnya menaikkan Bob untuk memegang jawatan pegawai projek kerajaan itu.

Namun, dia kecundang kerana orang Cina dan India bersatu padu menyokong Kasim.

5. Seseorang itu tidak harus sombong dengan pangkat dan kekuasaannya.

- Menteri tidak sombong apabila berkomunikasi dan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat malah melayan pemandunya dengan baik dan berbual-bual mesra dengan orang gajinya, Mak Yah.

- Beliau juga tidak mahu diagung-agungkan dengan panggilan “tuan” dan lebih selesa menggunakan kereta yang kecil.

6. Seseorang itu mestilah berwaspada dan sentiasa curiga dengan muslihat orang walaupun orang itu tampak baik.

- Menteri begitu berhati-hati dalam membuat keputusan tentang siapa yang akan dipilihnya menerajui projek kerajaan kerana beliau dapat menduga muslihat Bill.

7. Seseorang itu haruslah melakukan anjakan paradigma, iaitu mengubah corak hidup dan cara pemikirannya.

(5)

- Menteri tidak mahu terikut-ikut dengan sikap sesetengah menteri yang masih mengamalkan pemikiran lama, iaitu terpengaruh dengan budaya Barat. Satu anjakan yang dilakukan menteri adalah mengarahkan Amat memanggilnya “encik” sahaja dan bukannya “tuan”.

8. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan seseorang.

-Sebagai setiausaha kementerian, Bill telah mengkhianati kepercayaan menteri terhadapnya dengan menyediakan fail-fail mesyuarat yang tidak lengkap.

9. Seseorang itu harus menghormati orang lain dengan apa cara sekalipun.

- Ketika menteri tiba di lapangan terbang, pegawai-pegawai lapangan terbang dan pegawai imigresen memberikan salam, buruh-buruh kapal terbang berdiri hormat dan pengawai-pegawai lain memberikan ucapan selamat atau salam sebagai tanda hormat.

10. Seseorang itu harus mempertimbangkan nasihat orang lain.

- Bill akhirnya memikirkan kebenaran nasihat Bob agar memahami perasaan anak negeri yang cinta akan bangsa dan tanah air mereka.

11. Seorang pemimpin harus sentiasa bersikap adil.

- Menteri telah bersikap adil dalam memilih kakitangan yang akan melaksanakan projek kerajaan itu. Menteri memerhatikan yang Kasim lebih sesuai kerana sebagai seorang bumiputera dia perlu diberi peluang. Mentelah lagi dia memahami keadaan dan itu akan memudahkan lagi pelaksanaan projek tersebut.

12. Keperluan rakyat harus didahulukan.

- Tindakan menteri dalam mendahulukan keperluan rakyat terserlah apabila beliau memilih Kassim sebagai peneraju projek kerajaan. Menteri pasti bahawa Kassim faham tentang keperluan dan cita rasa rakyat kalau dibandingkan dengan Bob (seorang warga asing).

PLOT

A) Struktur Plot

Plot cerpen ini bersifat kronologi.

• Permulaan

- Peristiwa Bill menanti kepulangan menteri.

- Bill memerhatikan keadaan di sekelilingnya waktu dia berada di lapangan terbang.

- Rasa janggal apabila pegawai di situ tidak memberi perhatian atau penghormatan kepadanya.

(6)

• Perkembangan

- Menteri terus pulang ke rumahnya. Mengemas fail-fail untuk mesyuarat. Beliau mendapati fail-fail itu tidak lengkap.

- Menteri langsung ke mesyuarat penting.

- Bill sedang menunggu di pejabat. Dalam benak fikirannya, dia pasti projek akan diberikan kepada Bob untuk dilaksanakan.

• Puncak (Klimaks)

- Menteri telah bertemu dengan Yang Berhormat, anggota Majlis Undangan dari Pantai.

- Bill menjadi ragu terhadap kehadiran tetamu menteri – tidak mengetahuinya kerana tidak menyedari bahawa Yang Berhormat telah membuat temujanji tanpa pengetahuannya. Kemudian, Bill dapati Menteri dan YB keluar dari pejabat. Mereka kelihatan gembira dan puas hati dengan perbincangan mereka.

- Mensyuarat dimulakan.

- Projek kerajaan diberikan kepada Kassim dan bukan kepada Bob.

• Penurunan

- Bill menjadi tidak puas hati kerana tidak mendapat projek itu.

- Dia meragui kebolehan anak negeri dalam menjalankan projek itu.

Dia dapati bahawa rakyat tempatan belum lagi mengerti cara untuk menjayakan projek yang besar sekaligus memajukan negara.

- Tetapi, Bob berfikiran sebaliknya. Dia percaya dengan kebolehan anak negeri dan berpendapat yang anak negeri lebih tahu isi hati rakyat di situ maka mereka boleh mengusahakan projek mengikut cita rasa penduduk. Bagi Bob, merekalah (orang asing) yang tidak mengerti perasaan rakyat di situ.

• Penyelesaian

- Bill menyedari yang selama ini dia tidak memahami orang Melayu.

Dia kini setuju dengan Bob yang anak Melayu perlu mencari dan mendapat peluang agar dapat mengasah kebolehan dan kemampuan.

Mereka perlu mengukuhkan semangat untuk memajukan negara mereka sendiri yang baru merdeka.

B) Unsur Plot

• Imbas Kembali:

- Bill mengimbas semula keadaan bila dia mempunyai kereta yang besar dan pemandu bernama Amat yang berkhidmat dengannya.

(7)

• Dialog:

- Perbualan Menteri dengan Amat

‘apa khabar di rumah semalam?’

‘baik tuan.’

‘Amat,sudah berapa kali kukatakan, panggil aku encik’ (hal 31) - Perbualan Bill dengan Bob

Ms 38, 39

• Monolog:

- Hal 32…Fikirannya melayang-layang, ‘cerdik perempuan ini….orang gaji tetap orang gaji…

• Suspens:

- - hal 36 & 37 ….Menteri sedang berjumpa dgn Yang Berhormat, anggota Majlis Undangan dari Pantai. Bill tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia perlu membawa Menteri ke mesyuarat kalau tidak mesyuarat akan terggendala. Apabila Bill ke bilik mesyuarat, terasanya ada sesuatu yang tidak kena. Dia rasakan seperti semua orang dalam bilik itu memerhatikannya.

• Kejutan:

- bila projek kerajaan tidak diberikan kepada Bob dan Bill.

• Konflik:

- luaran: antara Menteri dan Bill: Menteri dapati kerja-kerja Bill tidak memuaskan. Laporan yang diberikan tidak lengkap.

- luaran: antara Bill dan Bob: Bill berpendirian bahawa orang Melayu masih memerlukan mereka (pihak Inggeris) untuk membangunkan negara manakala Bob sudah boleh menerima kenyataan bahawa orang Melayulah yang paling mengerti apa yang dikehendaki demi pembangunan negara mereka.

- dalaman: Bill : rasa serba salah kerana tidak dipanggil sebelum mesyuarat. Bill selalunya dipanggil untuk memberi sedikit keterangan sebelum mesyuarat bermula tetapi pada masa itu, Bill tidak diperlukan. Dia mula mengesyaki yang ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan itu.

- dalaman: Amat berasa bingung sama ada mahu memanggil Tuan atau Encik pada majikan barunya. Amat sudah biasa memanggil majikannya tuan (sejak zaman penjajahan lagi). Kini, Bill telah

(8)

mengarah Amat supaya memanggil menteri ‘tuan’ manakala menteri (majikan barunya) mahu dipanggil ‘encik’ sahaja.

LATAR

• Latar Masa:

- hari Isnin (sepanjang hari)

• Latar Tempat:

- Rumah Bill

- Lapangan Terbang - Rumah Menteri - Pejabat Menteri - Kelab

- Federal House

• Latar Masyarakat

- Masyarakat yang tidak lagi menghormati bekas penjajah - pegawai-pegawai di lapangan terbang

- Masyarakat yang menghormati satu sama lain

- Amat dan menteri: masing-masing menghormati satu sama lain - Masyarakat yang cinta pada negara:

- Kassim, menteri dan orang-orang tempatan yang lain yang mahu memajukan projek demi pembangunan negara.

- Masyarakat yang bertanggungjawab dan amanah:

- Amat, pekerja-pekerja di pejabat masing-masing melakukan kerja mereka dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

- Masyarakat asing yang memandang rendah pada rakyat tempatan

- Bill dan Bob masih menganggap bahawa negara yang baru merdeka itu memerlukan perhidmatan dan kepakaran mereka.

WATAK DAN PERWATAKAN

• Bill:

- Watak utama yang berbangsa Inggeris.

- Masih berjiwa penjajah dan meragui kemampuan orang tempatan.

- Bersikap ego kerana statusnya yang tinggi. Merendah-rendahkan kemampuan orang lain.

- Tidak cekap dalam pekerjaannya kerana tidak melengkapkan kerja- kerja yang diberikan menteri

(9)

- Pandai mengambil hati menteri

- Tidak dapat memahami perasaan dan semangat orang tempatan.

- Bijak dalam hal protokol – etika dalam perjabatan - mendapatkan Amat pekerjaan dengan menteri.

- Watak sinis kerana tidak dapat menerima kenyataan yang orang Melayu boleh berdikari.

• Menteri:

- Peramah dan mesra dengan orang ramai.

- Seorang yang bijak dan tajam pemikirannya. Dapat membuat keputusan yang baik dan adil.

- Yakin pada kebolehan anak watannya dalam melaksanakan projek kerajaan.

- Mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya. – ambil kisah tentang Mak Yah dan Amat.

- Tidak begitu menyebelahi pihak bekas penjajah. Beliau telah memberikan projek kerajaan kepada anak watan. Tidak gemar dipanggil ‘tuan’.

- Tegas pendirian. Dapat dilihat bila memilih peneraju projek kerajaannya. Walaupun Bill telah menyokong dan menyarankan supaya Bob mendapat projek itu, Menteri tetap memberikan projek tersebut kepada Kassim.

• Bob:

- Watak sampingan

- Rakan Bill dan orang Inggeris

- Liberal kalau dibandingkan dengan Bill

- Bersifat terbuka kepada keputusan menteri untuk memilih Kassim daripada dirinya.

- Sedar bahawa mereka perlu banyak mempelajari hal-hal orang tempatan

• Amat:

- Watak sampingan

- Drebar kepada Bill dan kemudian kepada menteri

- Patuh pada perintah majikannya dan menghormati mereka.

- Setia pada majikan GAYA BAHASA

1. Simili:

- Leher itu tertarik kembali dan seperti kepala penyu masuk kerongsong(hal 30)

(10)

- Dan tajamnya macam pisau cukur..(hal 33)

- Dia kelihatan seperti musafir kelana seorang diri di tengah-tengah padang pasir. (hal 39)

-

2. Diksi (penggunaan bahasa Inggeris) - sir

- meeting - expatriate - urgent

3. Personifikasi:

- …tubuhnya yang kurus tinggi itu teranguk-angguk seperti galah dilentur-lentur. (hal 29)

- Matanya yang dalam dan besar itu seperti hendak memberontak keluar….(hal 39)

- Hatinya berbisik-bisik..(hal 41)

4. Metafora

- …melengkung ke depan dan gigi rambut yang hampir separas dengan kulit kepalanya. (hal 28)

- Dahi yang lebar itu berkerut hingga kaki rambutnya yang rata dengan kulit kepala itu ikut bergerak. (35)

5. Pengulangan

- Rancangan itu sekarang terang dalam kepalanya seperti semalam, seperti kelmarin, seperti sejak direkanya dengan Bob. (hal 28)

- Orang putih ini nampaknya segala tajam, matanya tajam, hidungnya tajam, mukanya pun tajam dan lidahnya kadang-kadang bisa. (hal 33)

NILAI KEMANUSIAAN

1. Kebijaksanaan

- Kebijaksaan Menteri meneka muslihat Bill mengampunya sehingga menyebabkannya mengambil keputusan untuk memberikan projek kerajaan kepada Kasim.

2. Keberanian

- Dalam negara yang baru merdeka, sudah pasti seorang pemimpin agak ragu-ragu berjaga-jaga dalam membentuk dasar baru. Agak mudah untuk pemimpin tersebut untuk menggunakan kaedah penjajah yang sudah lama tersemat dalam sistem pentadbiran negara. Namun, menteri begitu berani mengambil keputusan

(11)

memberikan anak bangsanya sendiri untuk mengendalikan projek kerajaan kerana merasakan anak bangsanya itu lebih layak dan patut diberikan peluang membangunkan negara. Menteri berani menegakkan hak bangsanya dan tidak mudah tunduk dan bergantung pada bekas penjajah.

3. Kesabaran

- Amat, pemandu menteri, sangat sabar menjalani tugas seharian walaupun jawatannya itu kecil dan dia terpaksa menerima arahan dan perintah majikannya yang pelbagai ragam.

- Dia sentiasa sabar dan taat menjalankan tugasnya tanpa mengira siapakah majikannya.

4. Sikap merendah diri

- Walaupun berkedudukan tinggi, menteri tidak sombong dan mesra bergaul dengan seluruh lapisan masyarakat. Misalnya, beliau senyum kepada semua orang di lapangan terbang. Orang juga memberi salam kepadanya.

- Beliau tidak suka dipanggil “tuan”.

- Beliau lebih suka menggunakan kereta yang kecil untuk ke pejabat.

5. Mengambil berat

- Bill mengambil berat tentang kemaslahatan bekas pemandunya. Dia bertanya kepada Amat tentang keadaannya menjadi pemandu menteri dan agak sedih memikirkan nasib Amat jika diberhentikan kerja, seperti pemandu-pemandu menteri yang terdahulu.

6. Bertanggungjawab terhadap tugas

- Menteri telah melakukan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, apabila beliau terlebih dahulu menyemak fail-fail yang hendak dibawanya ke mesyuarat.

- Amat memberikan khidmat yang baik kepada majikannya dengan menunggu kereta menteri di persimpangan masuk perkarangan belakang Federal House. Dia juga cermat dan berhati-hati ketika memandu untuk menjaga keselamatan majikannya.

7. Insaf dan menerima kebenaran

- Bill akhirnya insaf dan mengaku kesilapannya dan memikirkan kebenaran kata-kata Bob, tindakan Amat dan sikap seorang mem bersama pemuda Melayu; bahawa anak tempatan mempunyai perasaan dan semangat cinta akan bangsa dan tanah airnya.

8. Rajin menuntut ilmu

- Isteri menteri mengisi masa lapang dengan mengaji di surau Petaling Jaya.

Kupasan cerpen dipetik dan disesuaikan daripada :

(12)

1. Abd. Hadi Hashim, ”Kupasan & kajian Prima SPM : Elektif Kesusasteraan Melayu, BACALAH DALAM BAHASAMU (Jilid A)”, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya (2005)

2. Shamsul Mardiyyah Hj Baharum, Mohd Rosli Hj Bakir, Nor Hashim Bahrin , ”Kajian dan Analisis BACALAH DALAM BAHASAMU (Jilid A)”, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Selangor (2004)

SELESAI

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil tersebut dapat disimpulkan bahwa graf Crown String konektif atau tunggal memiliki pelabelan total super (a,d)-sisi antimagic untuk semua nilai d yang

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Tongkol jagung yang telah disimpan selama 30 hari, menunjukkan bahwa pada tingkat kadar air awal sebesar 11%, penyimpanan dengan cara dihamparkan memberikan nilai

I III-b PENYULUH NARKOBA AHLI PERTAMA SIE PENCEGAHAN BIDANG PENCEGAHAN DAN DAYAMAS BNNP SULAWESI TENGGARA. BNNP SULAWESI

Berdasarkan hasil survey The Food and Drug (FDA) pada tahun 2005, mengat akan bahwa dimana 60% sampai 80% konsumen di Amerika membaca produk label pangan sebelum membeli

kegiatan” dan “menyangkut jenis sumber daya tertentu” yang penentuanya akan diatur dalam peraturan perundang-undangan. Dengan demikian, maka penerapan asas strcit liability

Pengaruh Temperatur Annealing Terhadap Struktur, Sifat listrik dan Sifat Optik Film Tipis Zinck Oxide Doping Alumunium (ZnO:Al) Dengan Metode DC Magneton

tempat wudlu. Membasuh seluruh tubuh si mayat dengan rata tiga kali, lima kali, tujuh kali, atau lebih dengan bilangan ganjil. Di antaranya dicampur dengan daun bidara