• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM (I)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM (I)"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 4

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM (I)

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

Maruwiah Ahmat

4.1 Keilmuan dan

pendidikan

4.2 Politik dan

pemerintahan

4.3 Sosial

4.4 Ekonomi

2

PENDAHULUAN

Menjelaskan keilmuan

dna pendidikan Islam

Menjelaskan politik

dan pemerintahan

secara Islam

(2)

3

KONSEP ILMU MENURUT ISLAM HIERARKI ILMU

KLASIFIKASI ILMU PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH 4

 Ilmu merupakan kayu ukur membezakan antara individu dengan

individu lain. Firman Allah S.W.T. yg bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui” (al-Zumar: 9)

 Ilmu juga merupakan asas mencapai tahap keimanan dan

ketakwaan. Allah meletakkan orang yang beriman dan berilmu pada tahap yang tinggi. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu beberapa darjat” (al-Mujadalah: 11)

 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan

seseorang itu bertakwa dan cintakan Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang berilmu lebih takutkan Allah daripada kalangan hamba-Nya.” (al-Fathir: 28)

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

(3)

Dari Bahasa Arab,

‘alima’ yang

bermaksud

mengetahui.

Segala pengetahuan

atau kebenaran tentang

sesuatu yang datang

dari Allah SWT yang

diturunkan kepada

Rasul-rasul-Nya

BAHASA ISTILAH

Ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

ISLAM

Islam menyatukan agama dan ilmu. Agama itu

sendiri adalah ilmu – tiada pertentangan.

Ilmu menurut perspektif Islam adalah sifat, proses,

dan hasil.

Ilmu merangkumi Al-Quran, Sunnah, Syariah,

Iman, Pemikiran, Sains, Pendidikan dsb.

Penekanan terhadap ilmu jelas di dalam

Al-Quran.

Wahyu pertama menekankan kepentingan ilmu.

6

PERBEZAAN PENGERTIAN ILMU

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

(4)

7

BARAT

Ilmu hanya merujuk kepada sesuatu fakta.

Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara

yang boleh dilihat dengan pancaindera dan

boleh dibuat uji kaji.

Kewujukan perkara yang di luar pancaindera

bukan dianggap ilmu.

Oleh itu ajaran agama dianggap bukan bidang

ilmu, tetapi dianggap kepercayaan semata-mata.

PERBEZAAN PENGERTIAN ILMU

8

Penghayatan terhadap Hadis Rasulullah SAW mengenai ilmu:

4. Keluar pada waktu pagi belajar satu bab ilmu lebih baik dari solat 100 rakaat.

3. Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. 2. Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China. 1. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

(5)

Antara matlamat ilmu Islam ialah:

 Ilmu sebagai pelita yang mampu memberi cahaya kepada

manusia dalam kehidupan mereka. Ilmu dalam Islam hendaklah digunakan hanya untuk mencari keredaan Allah

dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan masyarakat manusia dan alam seluruhnya.

 Untuk melahirkan insan yang kamil (insan yang baik lagi

sempurna) yang dapat mempertahankan kedudukan sebagai manusia yang sebenarnya menurut ajaran Islam.

 Melahirkan insan yang bertakwa (takut kepada Allah).

 Untuk memenuhi kemaslahatan manusia, seperti ilmu-ilmu fardu

kifayah.

10

Pembahagian Ilmu

Fardu Ain

Fardu Kifayah

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

• Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang telah akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya, spt: ilmu akidah; solat, puasa dsb, ilmu akhlak; adab dengan ibu bapa dsb.

• Untuk pembentukan peribadi muslim. • Merangkumi akidah, syariah, dan akhlak.

• Ilmu-ilmu yang dipelajari oleh masyarakat secara kolektif, kecuali sekiranya hanya seorang sahaja yang mahir dalam bidang itu ia akan menjadi Fardu Ain.

• Diperlukan untuk kepentingan kehidupan masyarakat Islam untuk mencapai keselesaan, kestabilan dan keamanan dalam masyarakat, contohnya seperti ilmu perubatan, ilmu matematik dsb.

(6)

11 SUMBER

 Sumber kedua: ijmak ulama’ & qias

 Akal, pancaindera, pengkajian, eksperimen dan sebagainya

KEWAJIPAN MEMPELAJARI

 Wajib ke atas setiap individu yang mukallaf memahami dan mengamalkannya.

 Mesti dipelajari dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai.

 Wajib ke atas anggota masyarakat secara kolektif

 Penglibatan sebahagian dari anggota masyarakat dalam sesuatu bidang ilmu fardu kifayah mewakili keseluruhan anggota yang lain dalam aspek tersebut.

 Sekiranya semua anggota masyarakat melepaskan tanggungjawab ini, semuanya menanggung dosa.

12

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

SUMBER

ILMU

(7)

AL-QURAN (WAHYU)

Merupakan

sumber utama

dalam ilmu.

Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi

yang perlu diterokai. Ia juga sumber rujukan dan

panduan di samping sumber pelbagai ilmu. Firman

Allah S.W.T. bermaksud: “Katakanlah (Wahai

Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi

tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah

tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis

Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi

dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai

bantuan”. (al-Kahfi: 109)

14

AL-SUNNAH (WAHYU)

Sumber ilmu kedua selepas Al-Quran.

Al-Sunnah: segala apa yang disandarkan kepada

Rasulullah berkaitan dengan perbuatan, perkataan

dan pengakuan serta perjalanan hidupnya sama ada

sebelum atau selepas menjadi rasul.

Al-sunnah melengkapi Al-Quran dengan 3 cara:

Menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam

Al-Quran

Menjelaskan apa yang tidak diperincikan dalam Al-Quran Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran

(8)

15

AKAL

Manusia dikurniakan akal membolehkan manusia

memegang amanah dan tanggungjawab.

Dengan akal manusia boleh memahami, meneliti

dan mengkaji. Namun akal tidak boleh menjawab

segala persoalan alam ghaib melainkan

memerlukan kepada dalil naqli (wahyu).

Justeru, akal perlu digabungkan dengan naqli

kerana ilmu-ilmu aqli seumpama makanan dan

ilmu naqli umpama ubat kepada diri manusia.

16

PANCAINDERA

Pancaindera (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan

pendegaran) merupakan deria yang penting kepada

manusia.

Dengan akal dan pancaindera, manusia boleh

berfikir, merancang, mengkaji dan membezakan

antara yang baik dan buruk.

Islam mengiktiraf akal berdasarkan kebenaran

mengambil hukum melalui ijtihad, ijmak dan qiyas.

Penggunaan akal dan pancaindera semata-mata

tidak mampu untuk menemui kebenaran mutlak

melainkan perlu berpandukan wahyu Allah S.W.T.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

(9)

INTUISI

Intuisi atau ilham merupakan sumber

pengetahuan manusia yang amat berguna.

Ia merupakan pengatahuan yang diperoleh

tanpa berfikir dengan panjang.

Ia datang secara tiba-tiba untuk menyelesaikan

sesuatu masalah.

Ia disebut juga sebagai firasat.

18

PENGALAMAN

Pengalaman merupakan asam garam kehidupan

yang diperolehi oleh manusia sepanjang

kehidupan mereka.

Ilmu berbentuk pengalaman amat berguna

kerana ia merupakan ilmu yang manusia dapat

melalui pengamatan, pemerhatian serta tinjauan

mereka terhadap rahmat, nikmat dan kebesaran

Allah S.W.T. di muka bumi

(10)

19

PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH S.A.W.

 Rasulullah mengajar para sahabat berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah S.W.T. maksudnya:

“Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, melainkan apa yang telah diwahyukan”.

[al-Najm (53): 3-4]  Rasulullah tidak menokok tambah apa yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda dalam menyampaikan dan mendidik ajaran Islam.

 Proses pendidikan di zaman Rasulullah s.a.w:  Pembangunan rohani di Mekah

 Pembangunan rohani dan fizikal di Madinah

20

PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH S.A.W.

 Manusia diingatkan agar menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad – pembelajaran sepanjang hayat.

 Rasulullah mewajibkan umatnya menuntut ilmu dan menyampaikannya.

 Orang yang berilmu diberi kedudukan yang tinggi dalam kalangan manusia dan diberi kedudukan istimewa sesudah nabi.

 Para ulama adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ia telah mendapat habuan yang menguntungkannya

(11)

Orang yang memiliki ilmu akan menjadi seorang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa mahukan dunia, mestilah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat, dengan ilmu. Dan sesiapa mahukan keduanya mestilah dengan ilmu”.

22

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

IBNU SINA

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah

Ibn Sina (980-1037M), atau

dikenali sebagai ‘Avicenna’ di

Barat merupakan salah seorang

pakar sains dari Iran.

Bukunya Al-Qanun fi al-Tib telah

diterbitkan di Rom pada tahun

1593 sebelum dialihbahasakan ke

dalam bahasa Inggeris dengan

judul Precepts of Medicine.

(12)

23

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu

telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17,

buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan

asas di universiti-universiti Itali dan Perancis.

Banyak mengadaptasi falsafah Yunani.

Buku-buku lain:

al-Adwiyat al-Qalbiyyah (‘The Remedies of the Heart’)

yang mengandungi sajak-sajak perubatan.

Kitab al-Syifa yang memuatkan penulisan berkaitan

sains dan falsafah.

al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.

24

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin

Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan (Ibn

Khaldun)

Lahir di Tunis dan hidup 1332-1406 M.

Berasal dari keturunan Arab Hadhramaut (Yaman),

dan pernah menetap di Seville, Itali dan Afrika

Utara.

Mendapat pendidikan dalam Al-Quran, Hadith,

perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah,

bahasa, dan mantik. Lebih dikenali sebagai ahli

sosiologi dan ahli falsafah tamadun.

(13)

Ibn Khaldun lebih terkenal sebagai tokoh tamadun

islam dengan penghasilan bukunya

Kitabu l-’ibar wa

Diwanu Mubtada' wa Khabar fi tarikhi ’arab wa

l-Barbar wa man Asarahum min Dhawi Ash-Sha'n l-Akbar.

Antara jilidnya ialah

al-Mukaddimah

yang

membicarakan tentang falsafah tamadun.

Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya

masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip

dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al-adl), kerja

keras, kerjasama, dan kesederhanaan (moderation).

26

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Berhubung dengan keadilan (justice), Ibn Khaldun telah

menekankan bahawa keadilan merupakan tulang

belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.

Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah

negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau,

ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas

wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab

yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain

atau menggunakan tenaganya secara paksa atau

membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu

juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang

berlawanan dengan Islam.

(14)

27

Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad

Ibn Tarkhan Ibn Uzlaq al-Farabi.

Dibarat dikenali sebagai Alpharabius.

Dilahirkan di Transoxia di Turki pada

874 M.

Mendapat pendidikan di Baghdad.

Pernah ke Damsyik dan berkhudmar di

Istana Saif al-Daulah dengan gaji 4

dirham sehari.

Beliau hidup dalam keadaan miskin

hinggalah kematiannya pada 950 M.

28

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Al-Farabi memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam

dalam bidang falsafah, perubatan, sains, matematik,

dan sejarah.

Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup

terkenal pada zamannya. Al-Farabi boleh menguasai

banyak bahasa.

Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Lagu yang

dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung

kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan

untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu

jenis alat muzik yang dikenali sebagai

gambus

.

(15)

Bagi al-Farabi ilmu adalah segala-galanya dan

ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan tertinggi

dalam pemerintahan negara.

Dalam politik – akal dan wahyu adalah satu hakikat

yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk

memisahkan kedua-dua elemen berkenaan akan

melahirkan sebuah negara yang pincang serta

masyarakat kucar-kacir.

Antara karya al-Farabi yang terkenal ialah

al-Madinah

al-Fadhilah

(tentang falsafah politik) dan

Musiqa

al-Kabir

(tentang muzik Islam.

30

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Ibn Rushd (Averroes) (1126-1198 M)

Idea falsafah Ibn Rushd telah

mempengaruhi ahli falsafah Eropah

sejak abad ke-12M lagi.

Pada abad ke-16M, falsafah Ibn

Rushd, telah diamalkan secara rasmi

oleh golongan terpelajar di Itali.

Dengan pengajian falsafah ini,

perubahan sikap orang Eropah

terhadap kehidupan di dunia.

(16)

31

Bagi Barat, kehidupan di dunia bukan lagi sesuatu

yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu

yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang

bermakna.

Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan

intelektual yang dikenali sebagai fahaman

Humanisme

pada abad ke-13 M.

Humanisme ialah falsafah dan perspektif etika yang

menekankan nilai dan peranan manusia, individu dan

masyarakat yang berdasarkan akal manusia

semata-mata dengan bukti dan eksperimen.

32

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Abu Raihan Al-Biruni (Alberonius)

(973 - 1048 M) merupakan

seorang ahli matematik,

astronomi, ahli fizik, cendekiawan,

penulis ensiklopedia, ahli falsafah,

ahli astrologi, pengembara, pakar

sejarah, ahli farmasi dan guru

yang banyak menyumbang kepada

bidang matematik, falsafah,

(17)

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata

bersandarkan kepada imaginasi dan permainan

logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang

dilakukannya secara empirikal.

Beliau telah menulis beberapa buah buku yang

mempunyai hubungan dengan masyarakat India

dan kebudayaan Hindu.

Beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu

berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai

persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam

dan triniti dalam agama Kristian.

34

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Al-Kindi (801-873 M)

Beliau merupakan pakar dalam muzik,

falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan

matematik.

merangkum penulisan Aristotelian dan

(terutama) Plato baru (neo Plato).

memperkenalkan dan mempopularkan

falsafah Yunani dalam kalangan cendikiawan

Muslim.

ahli farmakologi pertama untuk menentukan

dan menggunakan dos ubat yang betul.

(18)

35

Falsafah al-Kindi

Beliau menyumbangkan sepenuh tenaganya untuk

menyatukan antara falsafah Yunani dan Islam. Bolehlah

dikatakan sesungguhnya beliau telah mencorak

falsafah yang berbagai-bagai dengan corak Islam.

Beliau seorang yang cukup cintakan falsafah tetapi

kuat berpegang dengan agama Islam.

merupakan antara yang pertama menyatukan antara

wahyu dan akal juga membezakan pemikiran golongan

awam dan ulama.

36

Pemikiran Politik Islam

Politik bermaksud ilmu (pengetahuan) berkenaan

cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan), ilmu

siasah atau ilmu kenegaraan.

Ia juga bermaksud segala sesuatu berkenaan

pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya

dengan negara lain (Kamus Dewan, 2005).

Politik dalam Islam menjurus kepada kegiatan

ummah kepada usaha mendokong dan melaksanan

syariat melalui sistem kenegaraan dan

pemerintahan.

(19)

Keperluan kepada Pemerintahan

Walaupun manusia dijadikan oleh Allah sebagai

makhluk yang paling sempurna, tetapi disertakan

dengan pelbagai kelemahan. Tiada seorang manusia

dapat berdikari untuk memenuhi segala keperluan

psikologi dan fizikalnya.

Dari segi

psikologi

– tiada manusia yang hidup tanpa

berinteraksi dengan manusia lain.

Dari segi

fizikal

– tiada seorang yang dapat

menyempurnakan hidupnya tanpa bantuan orang lain.

Antara cara menyempurnakan keperluan manusia –

pembentukan institusi pemerintahan.

38

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

• manusia merupakan makhluk bermasyarakat, berakal, berseni, berekonomi, berpolitik dan sebagainya. Negara ibarat sebuah keluarga besar. Bapa sebagai ketua keluarga, begitu halnya dengan negara

memerlukan seorang ketua untuk memimpin rakyat.

Ibn Khaldun

• pemerintahan diperlukan oleh manusia untuk memastikan kebebasan manusia diabadikan iaitu terlaksana undang-undang yang dapat mengawal individu daripada merampas hak orang lain.

(20)

39

• pemerintahan diperlukan kerana ia menentukan nasib seseorang. Kebajikan seseorang terjamin hanya setelah wujudnya pemerintahan. Tanpa pemerintahan manusia terdedah kepada pelbagai kezaliman dan perampasan hak. • Antara peranan manusia – amar makruf dan nahi mungkar. Ia

dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan wujudnya kekuasaan yang hanya wujud dalam pemerintahan.

James Killer

• pemerintahan diperlukan bagi mewujudkan kebahagian, menegakkan keadilan dan kebenaran.

Jamaludin Kafie

40

Tujuan Politik Menurut Islam

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

• Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam. • Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara

Islam atau Dar al-Islam.

• Dengan adanya pemerintahan yang mendokong syariah, akan tertegaklah al-din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan al-din tersebut.

(21)

Asas Politik

Islam

Hakimiyah

Ilahiyah

Risalah

Khilafah

42

HAKIMIYYAH ILAHIYYAH

Teras utama kepada sistem politik Islam ialah

tauhid

kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

Dan Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia,

Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan

bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-bagi-Nyalah

kamu dikembalikan.”

[al-Qasas (28):70]

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

(22)

43

Ia membawa pengertian:

 Memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum

tertinggi dalam sistem politik Islam hanya hak mutlak Allah SWT.

 Allah SWT adalah pemilik dan pemelihara alam serta

segala isinya termasuklah manusia

 Kuasa dan hak menghakimi dan mengadili tidak

dimiliki oleh sesiapa melainkan Allah SWT.

 Allah SWT sahaja yang memiliki hak untuk

mengeluarkan hukum.

44

Iaitu pemilihan dan penetapan beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia sebagai rasul sejak Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad s.a.w. adalah suatu asas yang penting dalam sistem politik Islam.

Para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

Para rasul bertindak sebagai menyampaikan, mentafsir dan menterjemah segala wahyu Allah. Segala perlakuan dan pengakuan rasul-rasul menjadi ikutan manusia semua.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Risalah (Utusan)

(23)

Khalifah bererti perwakilan - kedudukan

manusia sebagai wakil Allah SWT.

Kekuasaan yang diamanahkan oleh Allah

SWT - maka manusia dikehendaki melaksanakan undnag-undang Allah SWT dalam batas-batas yang

ditetapkan.

Khilafah

Keadilan (al-Adalah) Musyawarah Kebebasan (al-Hurriyah) Persamaan (Musawah) Rabbaniyah Amanah 46

Prinsip-prinsip

Utama dalam

Sistem Politik

Islam

(24)

47

RABBANIYAH / ILAHIYAH

Mengakui tiada benda lain, kuasa lain, sama ada

manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada

Allah SWT yang layak untuk dijadikan Rab dan Ilah.

Mengesakan Allah dengan beribadah kepadaNya

kerana tujuan manusia diciptakan adalah untuk

mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah S.W.T. sebagai matlamat pengabdian, sebagai

pelindung, sebagai tumpuan kecintaan, sebagai

pemberi rezeki dan sebagai sumber perundangan.

48

AL-AMANAH [Amanah]

 Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang

bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.

 Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang

diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni.

(25)

Cabang-cabang Amanah

50

Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

 Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan

fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah)

Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)”. [Al-Anfal (8): 27]

(26)

51

Amanah Terhadap Diri Sendiri

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah

Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan

lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap

diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan

dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga

kebersihan, kesihatan diri dan memberikan hak-hak

anggota tubuh badan merupakan sebahagian

daripada amanah terhadap diri yang telah

ditetapkan oleh Islam.

52

KEADILAN [AL-ADALAH]

 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,

serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta

kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”. [Al-Nahl (16): 90]

 Pemerintah wajib berlaku adil dan rakyat wajib mematuhinya.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam menjalankan keadilan terhadap rakyat

 Dalam Islam, tidak ada keistimewaan kepada seseorang.

Undang-undang tidak akan terlepas kepada sesiapa pun sama ada rakyat atau pemerintah

 Orang yang adil adalah antara tujuh golongan yang akan

memperoleh perlindungan di hari akhirat kelak

(27)

AL-MUSAWAH [Persamaan]

Bermaksud persamaan dalam mendapat dan

menuntut hak dalam sebuah negara. Misalnya,

persamaan dari segi undang-undang di mana

tiada pengecualian disebabkan pangkat, warna

kulit, agama dan sebagainya

Pemimpin tidak boleh mengamalkan diskriminasi

terhadap rakyat. Rakyat perlu diberikan hak

sewajarnya

54

AL-MUSYAWARAH [Syura/Mesyuarat]

 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“…. dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan

(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya”. [Ali Imran (3): 159]

 Peranan syura:

 Untuk memilih pemimpin dan penjawat utama dalam pentadbiran

negara

 Memberi nasihat dan pandangan kepada pemimpin

 Menentukan cara pelaksanaan undang-undang yang termaktub

dalam Al-Quran dan al-Sunnah

 Sebagai jalan bagi menentukan perkara-perkara baru yang timbul

dalam kalangan ummah melalui proses ijtihad.

(28)

55

AL-HURRIYYAH [KEBEBASAN]

 Kebebasan dalam sistem politik Islam ialah kebebasan

berteraskan kepada makruf dan kebajikan.

 Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah tujuan

terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam

Ciri-ciri Kebebasan:

Kebebasan adalah anugerah Allah S.W.T. kepada makhluknya Syumul dan umum iaitu semua bangsa bebas beragama

(berakidah)

Sempurna iaitu kebebasan yang sempurna

Tidak mutlak iaitu terikat dengan konsep tidak memudharatkan

kepentingan masyarakat

56

AL-MAS’ULIYYAH [BERTANGGUNGJAWAB / AKAUNTABILITI]

 Bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya di

hadapan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“…. dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap

seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya”. [Al-An’am (6): 164]

 Manusia perlu bertanggungjawab dalam beriman, beramal

soleh dan berakhlak mulia.

 Allah S.W.T. akan menilai perbuatan manusia. Anggota

manusia akan menjadi saksi di hadapan Allah S.W.T.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

(29)

HUBUNGAN AL-MAS’ULIYYAH DENGAN SISTEM

PEMERINTAHAN

Hubungan yang baik dengan rakyat

Menghayati konsep adalah, syura dan ihsan

Pemerintah yang tawadhu’ dan belas kasihan

Menerima dan menghormati pandangan orang lain

Menyelesaikan sebarang pertikaian selari dengan

Al-Quran dan al-Sunnah.

58

Mentaati pemimpin yang taat kepada Allah

dan Rasul-Nya Berjihad jika keselamatan negara terancam Bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing Mengelakkan sebarang bentuk kekacauan atau huru-hara Tidak melakukan hasutan yang boleh menggugat perpaduan

TANGGUNGJAWAB RAKYAT KEPADA NEGARA

(30)

59

Berpandukan nota kuliah di

atas, jawab soalan-soalan

yang diberi.

Tengok nota bukan

tengok jawapan

Referensi

Dokumen terkait

Hasil pemikiran McGregor dituangkan dalam karya tulisnya dengan judul The Human Side of Enterprise. Kesimpulan dalam karya McGregor ialah pendapatnya yang menyatakan bahwa

mencampuradukkan antara kebutuhan dengan keinginan, padahal keduanya berbeda. Kebutuhan manusia yang terbatas itu pun terbagi lagi menjadi tiga bagian, yaitu kebutuhan

Sekilas tentang Kawasan Hutan Dengan Tujuan Khusus (KHDTK) Kaliurang disusun dalam rangka memenuhi kebutuhan informasi mengenai kegiatan penelitian yang dikelola

yang berbasis mikrokontroler, sensor gas LPG ( DT-Sense LPG Sensor ), dan menggunakan jaringan nirkabel zigbee ( Xbee Pro ZB ) sebagai media transmisi data yang dapat

Puji Syukur atas kehadirat Allah SWT yang senantiasa melimpahkan karunia dan rahmat-Nya sehingga penulis dapat menyeleseikan penyusunan skripsi yang berjudul

STKIP Hamzanwadi Selong merupakan salah satu perguruan tinggi swasta di Nusa Tenggara Barat yang sudah berdiri sejak tahun 1972.Dalam mendukung proses bisnisnya pelayanan

Adalah fasilitas yang digunakan untuk pengamanan baik yang berfungsi sebagai alat bantu personil pengamanan bandara dalam melaksanakan pemeriksaan calon penumpang pesawat

Penelitian ini merupakan penelitian lanjutan dari penelitian sebelumnya yang bertujuan untuk membuat suatu prototype robot yang dapat mendeteksi kebakaran dan