Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Definisi KDNK
Keluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.
Penghitungan KDNK
KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara.
KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik negara itu atau milik negara asing.
KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di negara itu (BL).
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Kasar (KNK)
Definisi KNK
Keluaran Negara Kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.
Penghitungan KNK
KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau di luar negara.
KNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara itu bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di negara asing. KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di negara asing (YL).
KNK = KDNK + PFBLN
PFBLN merupakan nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan faktor
asing dalam negara.
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y
b)
Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara nilai pendapatan faktor milik negara yang diterima daripada negara asing dengan nilai pendapatan faktor asing dalam negara.
Yb merujuk kepada pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara ditolak
dengan pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara.
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (YB) = Pendapatan Faktor Dari Luar Negara (YL) −
Bayaran Faktor Ke Luar Negara (BL)
Apabila pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (YB) adalah postitf. Ini bermaksud KNK melebihi KDNK. Ini lazimnya berlaku di
negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika yang banyak membuat pelaburan di luar negara.
Sebaliknya, jika pendapatan faktor pengeluaran milik negara lain yang digunakan di dalam negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara, nilai
pendapatan faktor bersih dari luar negara (YB) adalah negatif. Ini bermaksud KNK kurang
daripada KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara kurang maju yang banyak menerima pelaburan dari luar negara.
KNK = KDNK + YB = KDNK + YL − BL
KDNK = KNK − YB = KDNK − YL + BL
YB bernilai positif akan menyebabkan KNK melebihi KDNK.
YB bernilai negatif akan menyebabkan KNK kurang daripada KDNK
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan negara
Pendapatan Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.
Pendapatan Negara menunjukkan jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan yang poduktif.
Ia meliputi pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat, dan pendapatan perusahaan persendirian.
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Konsep Nilai Bersih
Susut nilai
Susut nilai merupakan keusangan nilai yang dialami barang modal.
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Bersih (KNB)
Definisi KNB
Keluaran negara bersih ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai.
Penghitungan KNB
Nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar. KNB ditakrifkan sebagai KNK yang telah ditolak susut nilai (elaun penggunaan modal):
KNB = KNK − Susut Nilai
Barang modal seperti mesin dan komputerdigunakan untuk menambahkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran.
Apabila barang modal lama digunakan ataupun sudah rosak melalui masa, daya pengeluarannya dan jumlah keluaran negara akan berkurangan.
KNB ialah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya.
Penolakan susut nilai barang modal dalam perakaunan pendapatan negara akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Harga Pasar dan Kos Faktor
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.
HP telah dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan telah ditolak subsidi (SUB).
CTL
CTL ialah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan secara tak langsung. Ia termasuk cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dll. CTL meningkatkan harga pasaran.
SUB
SUB ialah bantuan kewangan kepada pengeluar industri muda dan industri utama dalam negara. SUB mengurangkan harga pasaran.
Kos Faktor (KF)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada faktor-faktor pengeluaran; harga barangan yang belum dipasarkan.
KF belum dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan belum ditolak subsidi (SUB). KDNKHP = KDNKKF + CTL − SUB KNKHP = KNKKF + CTL − SUB KNBHP = KNBKF + CTL − SUB KDNKKF = KDNKHP − CTL + SUB KNKKF = KNKHP − CTL + SUB KNBKF = KNBHP − CTL + SUB
Jika kerajaan tidak bercampur tangan dalam istem pasaran bebas, maka tidak wujud CTL dan SUB, maka
KDNKHP = KDNKKF
KNKHP = KNKKF
KNBHP = KNBKF
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Nominal
Pendapatan Nominal (Y
1)
Y1 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa.
Pendapatan negara mengikut harga semasa.
Ia dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) dan perubahan dalam tingkat harga umum (P).
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Benar
Pendapatan Benar (Y
0)
Y0 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun asas.
Pendapatan negara mengikut harga tetap.
Tahun asas ialah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.
Indek harga bagi tahun asas, IH0 = 100. Ini bermakna tingkat harga umum tidak berubah.
Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum (P) melalui masa kerana ia dikira mengikut harga tetap pada tahun asas. Ia hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah keluaran (Q).
Penghitungan pendapatan negara mengikut harga tetap ialah penghitungan pendapatan negara benar, iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara. Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf hidup rakyat. Y0 = IH0 ⁄ IH1 × Y1
IH1 dinamakan pendeflasi atau pendeflator
Semasa inflasi, IH1 > IH0.
Semasa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0.
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Nominal dan Benar
Keluaran Negara Nominal
Keluaran negara nominal ialah jumlah nilai keluaran negara yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun semasa.
Nilai Keluaran Negara nominal diperoleh dengan mendarabkan kuantiti keluaran negara dengan harga keluaran.
Keluaran Negara Benar ialah jumlah nilai keluaran negara yang diukur berdasarkan nilai harga suatu tahun asas.
Nilai Keluaran Negara benar diperoleh dengan mengukur nilai keluaran negara bagi tahun semasa pada nilai harga tetap suatu tahun asas tertentu. Nilai Keluaran Negara Benar tidak dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.
Rumus Mengira Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar = (Indeks harga tahun asas / Indeks harga tahun semasa) × Keluaran Negara Nominal
Kaedah Jadual Menghitung Keluaran Negara Benar
Tahun
Nominal (RM juta)
Keluaran Negara
Indeks Harga
Pengguna
Keluaran
Negara Benar
(RM juta)
1
600
100
(600/100) × 100
= 600
2
750
120
(750/120) × 100
= 625
Keluaran Negara Benar telah meningkat sebanyak [(625 − 600)/600] × 100% = 4.17% pada tahun 2. Ini menunjukkan pertambahan dalam kuantiti barangan dan bukannys kenaikan tingkat harga umum.
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Konsep Pendapatan Individu
Pendapatan Persendirian / Perseorangan (PP)
Pendapatan Persendirian / Perseorangan ialah jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif.
Ini termasuk
Pendapatan Faktor seperti sewa, bunga bersih, upah dan gaji, untung kepada pengusaha dan pendapatan perusahaan persendirian.
Bayaran Pindahan (bayaran bukan atas sumbangan faktor pengeluaran produktif) seperti bayaran pencen, biasiswa, zakat, elaun pengangguran. elaun suri rumah, bunga atas pinjaman kerajaan, dan bunga atas pinjaman pengguna.
Bunga atas modal (bunga bersih) yang diguna pakai dalam penghitungan pendapatan negara tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna kerana kedua-dua bunga ini bukan bertujuan untuk membuat pelaburan / tabungan, iaitu tidak menyumbang kepada tambahan keluaran negara. Namun kedua-dua jenis bunga ini perlu dicampurkan dalam akaun PP kerana merupakan pendapatan kepada individu yang telah mengeluarkan pinjaman kepada pihak-pihak berkenaan.
Pendapatan negara mengambil kira untung yang dibahagikan (dividen dll), untung yang tidak dibahagikan (rizab syarikat dll), dan cukai keuntungan syarikat. Namun begitu, hanya untung yang dibahagikan (keuntungan kepada individu yang menyumbangkan modal) akan diambil kira dalam penghitungan PP. Untung yang tidak dibahagikan dan cukai keuntungan syarikat ditolak daripada akaun PP kerana tidak dibayar kepada individu yang telah menyumbangkan modal dalam perniagaan firma untuk tujuan perbelanjaan semasa.
Caruman KWSP bukan Pendapatan Persendirian kerana caruman ini tidak boleh digunakan oleh individu selagi tidak dikeluarkan.
Hubungan Antara Pendapatan Negara dengan Pendapatan Persendirian:
Pendapatan Negara = Pendapatan persendirian + Untung tidak dibahagikan + Cukai
keuntungan syarikat + Caruman KWSP − Bayaran pindahan − Bunga atas pinjaman kerajaan − Bunga atas pinjaman pengguna
Pendapatan Persendirian = Pendapatan Negara + Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna − Untung tidak dibahagikan − Cukai keuntungan syarikat − Caruman KWSP
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Boleh Guna (Yd)
Pendapatan Boleh Guna ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara setelah ditolak cukai pendapatan perseorangan.
Pendapatan Boleh Guna boleh digunakan untuk perbelanjaan dan tabungan.
Pendapatan Boleh Guna ialah Pendapatan Perseorangan yang dapat dibelanjakan oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan selepas ditolak cukai pendapatan perseorangan dalam satu jangka masa tertentu.
Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan Perseorangan − Cukai Pendapatan Perseorangan
Menghitung Pendapatan Boleh Guna Dengan Kaedah Jadual
Butiran
RM juta
Upah dan gaji
Bunga bersih
Sewa
Pendapatan perusahaan persendirian
Dividen
Untung tidak dibahagikan
Cukai keuntungan syarikat
640
260
100
120
140
80
150
Pendapatan Negara
(+) Bayaran Pindahan
(+) Bunga pinjaman kerajaan
(+) Bunga pinjaman pengguna
(−) Untung tidak dibahagikan
(−) Cukai keuntungan syarikat
(−) Caruman KWSP
1,490
500
200
150
140
80
150
Pendapatan Perseorangan
(−) Cukai pendapatan perseorangan
1,970
1,120
Pendapatan Boleh Guna
850
Berdasarkan jadual, Pendapatan Negara hanya mengambil kira pendapatan yang diterima oleh faktor produktif sahaja, iaitu sebanyak RM1,490 juta. Pendapatan Perseorangan mengambil kira semua pendapatan yang sebenarnya diterima oleh penduduk tanpa mengira sama ada pendapatan tersebut diterima daripada faktor produktif atau faktor tidak produktif, iaitu sebanyak RM1,970 juta. Pendapatan Boleh Guna sebanyak RM850 juta diperoleh dengan menolak cukai pendapatan perseorangan (RM1,120 juta) daripada Pendapatan Perseorangan (RM1,970 juta).
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Per Kapita
Pendapatan Per Kapita (PPK)
Pendapatan Per Kapita ialah pendapatan purata penduduk-penduduk dalam sebuah negara pada tahun tertentu.
Rumus Mengira Pendapatan Per Kapita
Pendapatan per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang
sama.
Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk
Sebagai contoh, jika pendapatan negara M pada satu tahun berjumlah RM1,000,000 dan jumlah penduduk ialah 1,000 orang, maka
Pendapatan Per
Kapita
= Pendapatan Negara / Jumlah
Penduduk
= RM1,000,000 / 1,000 = RM1,000
Berdasarkan contoh, pendapatan per kapita negara M bernilai RM1,000, bermaksud pendapatan purata bagi setiap penduduk pada tahun itu ialah RM1,000 setahun.
Kelemahan Pendapatan Per Kapita sebagai Pengukur Taraf
Kebajkan
1.
Ia tidak mengambil kira corak pengagihan pendapatan dalam
masyarakat.
Walaupun pendapatan per kapita benar meningkat, taraf hidup rakyat tidak meningkat jika corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat adalah tidak setara.
2.
Ia tidak mengambil kira kualiti barang.
Jika pendapatan per kapita benar meningkat tetapi kualiti barang jatuh, maka pertumbuhan kebajikan (taraf hidup) masyarakat akan jatuh.
3.
Ia tidak mengambil kira kesan luaran yang negatif.
Jika pendapatan per kapita benar meningkat, pertumbuhan kebajikan masyarakat akan jatuh jika berlaku masalah pencemaran dalam ekonomi.
Kesan luaran yang negatif akan merosakkan alam sekitar dan menjejaskan taraf hidup masyarakat.
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Kasar (KNK) Benar Per Kapita
Definisi
KNK Benar per kapita = KNK benar / Jumlah penduduk
KNK benar per kapita dihitung dengan membahagikan nilai KNK benar dengan jumlah penduduk sesebuah negara bagi satu tahun tertentu.
Contoh:
KNK nominal = RM10,000 juta Indeks harga semasa = 110 Jumlah penduduk =15 juta
KNK benar = 10,000 × 100/110 = RM9090.9 juta
KNK benar per kapita = RM9090.9 juta/15 juta = RM606.06
Tujuan menghitung KNK benar per kapita
1. Menggambarkan taraf hidup rakyat sesebuah negara. Semakin tinggi KNK benar per kapita, semakin tinggi taraf hidup rakyat negara tersebut.
2. Membandingkan taraf hidup antara negara.
3. Menggambarkan pertumbuhan kebajikan masyarakat dari tahun ke tahun.
Kadar Pertumbuhan Kebajikan Masyarakat
=
KNK benar per kapita
1– KNK benar per kapita
0KNK benar per kapita
0di mana,
KNK benar per kapita
1= KNK benar per kapita pada tahun semasa
KNK benar per kapita
0= KNK benar per kapita pada tahun sebelumnya
Labels: Konsep Pendapatan Negara
Rumus-Rumus Penting
KNK
kf= KDNK
hp+ PFB
LN– CTL + Subsidi
KNB
hp= KDNK
hp+ PFB
LN– Susut nilai
3 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Keluaran
Kaedah keluaran ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua firma dalam ekonomi.
Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.
Kaedah Pendapatan
Kaedah pendapatan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran. Perakaunan berasaskan Pendapatan Negara.
Kaedah Perbelanjaan
kaedah perbelanjaan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.
Di Malaysia, hanya Kaedah Keluaran (nilai ditambah) dan Kaedah Perbelanjaan diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara.
Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)
Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun.
Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi .
Konsep Nilai Ditambah Dalam kes pengiraan nilai ditambah (tanpa barang
import)
Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir
Jenis Keluaran
Keluaran
Nilai Keluaran
(RM)
Nilai ditambah (RM)
Barang
Perantaraan
Gandum
100
100 − 0 = 100
Barang
Perantaraan
Tepung
gandum
200
200 − 100 = 100
Jumlah (RM)
600
300
Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300.
Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.
Dalam kes pengiraan nilai ditambah (dengan barang import)
Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir − Nilai Barang Import
Jenis Keluaran
Keluaran
Nilai Keluaran
(RM)
Nilai ditambah (RM)
Barang Import
Gandum
100
100 − 100 = 0
Barang
Perantaraan
Tepung
gandum
200
200 − 100 = 100
Barang Akhir
Roti
300
300 − 200 = 100
Jumlah (RM)
600
200
Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM200 (100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir tolak nilai barang import (gandum), bernilai RM200 (300 − 100).
Nilai barang import (barang yang dibeli dari negara asing) ditolak kerana kaedah keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja.
Nilai ditambah dihitung untuk mengelakkan maslah pengiraan dua kali yang menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.
Jadual Menunjukkan Penghitungan Pendapatan
Negara Melalui Kaedah Keluaran
Sektor
RM juta
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
Pembinaan
Elektrik, air dan gas
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
Perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran
Kewangan, insurans dan hartanah
Perkhidmatan awam
Perkhidmatan lain
Tolak
: Bayaran perkhidmatan bank
Campur
: Cukai import
1,200
800
1,500
1,000
700
800
600
500
1,800
900
800
1,000
keluaran Dalam Negara Kasar mengikut harga pasaran (KDNK
hp)
10,000
Berdasarkan jadual, nilai KDNKhp sebanyak RM10,000 merupakan Pendapatan Negara bagi tahun berkenaan.
Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Penghitungan Pendapatan Negara Dengan Kaedah
Keluaran
Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor ekonomi mengikut 3 kategori :
Sektor Utama
Pertanian, perhutanan, dan perikanan. Perlombongan dan kuari.
Sektor Peringkat Kedua
Perkilangan/ pembuatan pembinaan
Sektor Peringkat Ketiga (Perkhidmatan)
Elektrik, gas dan air.
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran.
Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan. Perkhidmatan kerajaan.
Perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi setahun dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). Penghitungan KDNKhp adalah mengikut
harga tetap (KDNK benar).
KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor ekonomi dijumlahkan,
kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai import.
Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor kewangan. Item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali.
Cuti import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi barangan keluaran. Item ini ditambah dalam penghitungan KDNKhp.
Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kelebihan Kaedah Keluaran
1. Dapat mengesan punca keluaran negara mengikut sektor ekonomi.
2. Dapat membandingkan pencapaian setiap sektor ekonomi berdasarkan peratus sumbangannya kepada KDNK negara itu.
3. Dapat menghitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan data KDNK benar.
Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Pendapatan (Bayaran Faktor)
Konsep Kaedah Pendapatan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ini termasuk
1. Gaji dan upah kepada buruh termasuk gaji bulanan, komisen, bonus dll.
3. Bunga bersih kepada modal termasuk faedah tabungan di bank perdagangan dan faedah sumbangan modal dalam perniagaan. Tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna.
4. Keuntungan kepada pengusaha syarikat.
5. Pendapatan perusahaan persendirian kepada pengusaha kecil termasuk milikan perseorangan, perkongsian dan koperasi.
Bayaran pindahan tidak diambil kira kerana tidak bersifat produktif, iaitu tidak menyumbangkan sebarang barang dan perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi.
Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf).
Kaedah Pendapatan jarang digunakan di sesetengah negara (termasuk Malaysia) kerana masalah pengumpulan maklumat.
Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)
Konsep Kaedah Perbelanjaan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :
1. Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G)
2. Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C)
3. Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I)
4. Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I)
5. Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(∆i)
6. Eksport Bersih (Xn) = Eksport − Import 7. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
YB = YL − BL
Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)
KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB
Terangkan tiga kegunaan data penda
patan
negara...[6]
Tiga kegunaan data pendapatan negara ialah
Dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat diukur. Berdasarkan sumbangan setiap sektor, kepentingan setiap sektor terhadap pertumbuhan ekonomi negara dapat ditentukan. Di samping itu, data pendapatan negara juga dapat menunjukkan kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor dari tahun ke tahun, iaitu sama ada meningkat atau merosot berbanding dengan tahun sebelumnya.
Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
Dengan membandingkan data pendapatan negara benar antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya, kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur. Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi meningkat, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut semakin baik. Sebaliknya, jika kadar pertumbuhan ekonomi menurun, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut merosot. Setiap negara akan berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan menjalankan dasar-dasar tertentu.
Asas membuat perancangan ekonomi
Data pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi sesebuah negara. Maklumat ini dapat digunakan sebagai asas untuk membuat ramalan tentang kadar pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai pada masa depan, perkembangan pelaburan dan eksport serta jangkaan pertumbuhan guna tenaga.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Struktur Ekonomi Malaysia
Sektor Utama
Merangkumi sektor-sektor pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan, dan perlombongan yang mengeluarkan bahan mentah.
Sektor Peringkat Kedua
Terdiri daripada sektor perkilangan dan pembinaan yang memproses bahan mentah untuk menjadi barang separuh siap atau barang siap.
Sektor Peringkat Ketiga
Merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perkhidmatan kerajaan dll.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia
Kajian perubahan struktur ekonomi Malaysia perlu dibuat berdasarkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia melalui masa. Berkaitan dengan perkembangan guna tenaga di Malaysia, kadar pengangguran adalah pada paras yang rendah
dan terkawal. Sektor pembuatan dan perkhidmatan bukan kerajaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan guna tenaga di Malaysia sejak tahun 1980-an.
Malaysia mampu mengharungi cabaran perkembangan ekonomi global yang semakin menurun sejak awal tahun 2001 kerana struktur ekonomi yang lebih pelbagai (diversified). Malaysia tidak semata-mata bergantung pada industri elektronik untuk menjana pertumbuhan. Asas sektor pembuatan Malaysia kini lebih luas. Selain itu, ekonomi Malaysia telah maju ke arah kegiatan berasaskan pengetahuan sebagai punca pertumbuhan baru. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah meletakkan asas bagi membawa negara ke arah perkembangan dalam era ke-21.
Meskipun persekitaran luaran kian sukar, asas struktur ekonomi Malaysia masih kukuh dengan pertumbuhan ekonomi mulai tahun 2002 dijana oleh sektor domestik melalui peningkatan penggunaan dan pelaburan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan mahupun sektor pertanian dan perhutanan dll.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sumbangan Sektor Utama
Status Sumbangan
Sumbangan sektor utama kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin berkurangan semenjak tahun 1970.
Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pertanian dan perhutanan adalah rendah, iaitu
sebesar 4.4% dan 0.5% sahaja mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing. Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan 3.5%.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Kemerosotan sumbangan sektor utama
1. Ketidakstabilan harga komoditi utama. 2. Daya pengeluaran yang rendah.
3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang rendah. 4. Pendapatan yang lebih rendah.
5. Kepupusan sumber asli.
Penurunan sumbangan sektor pertanian tidak dapat dielakkan kerana ketidakstabilan harga komoditi utama, kehausan sumber asli, dan daya pengeluaran yang lebih rendah. Namun begitu, Malaysia menegaskan dasar pembangunan seimbang dan bersepadu dalam sektor-sektor perkilangan dan pertanian untuk mencapai ekonomi yang lebih saksama. Ini kerana sektor pertanian adalah sangat penting sebagai sumber utama pembekalan makanan kepada rakyat tempatan serta sumber bahan mentah yang penting kepada pertumbuhan sektor perindustrian dalam negara.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sumbangan Sektor Peringkat Kedua
Status Sumbangan
Sumbangan Sektor Peringkat Kedua (terutamanya sektor perkilangan) kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin bertambah semenjak tahun 1970 dan telah menjadikannya sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini.
Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pembuatan (perkilangan) adalah tinggi, iaitu sebesar 10.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan 10.4% mengikut RRJP2 (1991-2000). Kadar
pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan lebih rendah, ialah 8.3% kerana kemerosotan ekonomi Malaysia khasnya sektor kecil elektronik mulai awal tahun 2001.
Peningkatan dalam sumbangan sektor pembuatan tidak dapat dielakkan kerana tingkat
pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang lebih stabil dan lebih tinggi.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor
Peringkat Kedua
1. Kestabilan harga barang perkilangan. 2. Daya pengeluaran yang tinggi.
3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi. 4. Pendapatan yang lebih tinggi.
5. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Faktor-Faktor Perkembangan Sektor Perkilangan Di
Malaysia
1. Galakan Kerajaan
Galakan Pelaburan seperti pengecualian cukai pendapatan dan cukai input dan kemudahan infrastruktur.
2. Kestabilan Politik dan Ekonomi
Ini menggalakkan pelaburan terutamanya dalam sektor perkilangan yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
3. Pertambahan Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Kemasukan FDIyang banyak ke sektor perkilangan meningkatkan keupayaan pengeluaran dan jumlah keluaran.
4. Perkembangan Industri Sokongan
Sokongan institusi kewangan telah menambahkan modal pinjaman kepada sektor perkilangan. Perkembangan jaringan pengangkutan yang baik juga menggalakkan perkembangan sektor perkilangan.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Sumbangan Sektor Perkilangan
Terhadap KDNK Malaysia Semakin Meningkat
1. Dasar Galakan Industri Berasaskan Eksport
Berlakunya perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan sektor perkilangan berorientasikan eksport, contohnya industri makanan, minuman dan tembakau kesan dasar galakan industri berasaskan eksport yang diperkenalkan pada tahun 1970-an.
2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat
Berlaku perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan pesat industri berat dan elektronik kesan pelan induk perindustrian dan dasar industri berat yang diperkenalkan pada tahun 1980-an.
3. Dasar Galakan Pelaburan Asing dan Perkembangan Pesat Sektor berasaskan Elektrik dan Elektronik
Berlaku perkembangan sektor perkilangan disebabkan pertumbuhan pesat sektor berasaskan pertumbuhan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik pada tahun 1990-an kesan dasar galakan pelaburan asing dan perkembangan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Kebaikan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan
1. Keluaran Negara dan Pendapatan Negara meningkat dengan lebih cepat.Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat.
2. Peluang pekerjaan bertambah dan Pengangguran berkurangan.
Sektor perkilangan dapat menyerap ramai guna tenaga.
3. Eksport negara meningkat.
Peningkatan mendadak eksport barang elektronik dan elektrik serta tekstil.
4. Ekonomi negara menjadi lebih stabil.
Harga barang perkilangan lebih stabil berbanding harga komoditi utama.
5. Kemasukan Teknologi moden
Labels: Data Keluaran Malaysia
Keburukan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan
1. Berlakunya defisit akaun semasa.Bayaran pendapatan pelaburan asing dan bayaran import barangan meningkat.
2. Inflasi mungkin berlaku.
Inflasi tolakan kos akibat kenaikan upah ketika guna tenaga penuh.
3. Kemasukan pekerja asing yang banyak.
Permintaan tenaga buruh yang banyak menyebabkan sektor perkilangan mengambil ramai pekerja asing atas dasar meminimumkan bayaran upah.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sumbangan Sektor Peringkat Ketiga
Status Sumbangan
Sumbangan sektor peringkat ketiga kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia tetap merupakan sumbangan terbesar semenjak tahun 1970, iaitu di sekitar 40%-48% pada ahun 1970-2000. Peningkatan dalam sumbangan sektor perkhidmatan tidak dapat dielakkan kerana tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang lebih stabil dan lebih tinggi.
Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor
Peringkat Ketiga
1. Kestabilan harga barang perkhidmatan. 2. Daya pengeluaran yang tinggi.
3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi. 4. Pendapatan yang lebih tinggi.
5. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.
Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor perkhidmatan adalah tinggi, iaitu sebesar 8% dan 8.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing. Kadar
Masalah Penentuan Harga Barang
Harga barang cenderung berubah dari semasa ke semasa dan berbeza antara tempat dalam sesebuah negara. Jadi, sukar untuk menentukan harga barang yang tepat bagi menghitung nilai keluaran yang disumbangkan oleh setiap sektor dalam ekonomi.
Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengumpulan Maklumat
Semasa penghitungan Pendapatan Negara, masalah pengumpulan data cenderung timbul. Misalnya, nilai pertukaran barter, pendapatan daripada aktiviti haram dan data susut nilai sukar diperoleh. Oleh itu, data Pendapatan Negara tidak dapat dihitung dengan tepat.
Sesetengah negara sedang membangun dan negara kurang maju tidak mempunyai maklumat tepat tentang kegiatan ekonomi mereka.
Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Kegiatan Haram
1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif dianggap sebagai kegiatan haram, dan tidak dicampurkan dalam akaun pendapatan negara sesetengah negara.
2. Kegiatan haram ini termasuk pelacuran, perjudian,penanaman dan penjualan ganja dll.
Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Kegiatan Yang Tidak Dibayar
Dengan Wang
1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tidak dibayar dengan wang. Ini termasuk kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan pengeluaran atau perniagaan, bayaran upah dalam bentuk bukan wang, dan perkhidmatan suri rumah.
2. Kegiatan ekonomi seperti ini seharusnya diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara tetapi susah dilakukan.
Masalah Pengiraan Dua Kali
Kebanyakan barang perlu melalui beberapa proses pengeluaran sebelum menjadi barang siap atau barang akhir. Jadi, bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali, nilai barang
perantaraan tidak harus dimasukkan dalam pengiraan Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran. Sebaliknya, hanya nilai barang akhir atau jumlah nilai ditambah sahaja yang perlu dimasukkan semasa mengira Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran.
Masalah pengiraan dua kali selalunya wujud kerana sukar untuk membezakan barang akhir dengan barang perantaraan. Jika nilai kedua-dua barang akhir dan barang perantaraan dicampurkan, ini akan berlaku masalah nilai pendapatan negara dibesarkan.
Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan
1. Bunga atas pinjaman kerajaan (satu bentuk bayaran pindahan) tidak boleh dicampurkan. 2. Perbelanjaan kerajaan keatas barang perantaraan tidak patut dicampurkan, contohnya
bayaran upah kepada anggota tentera dan polis yang bertujuan melicinkan proses pengeluaran barangan.
Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Penentuan Nilai Perubahan Dalam Inventori
1. Barang simpanan perusahaan terdedah kepada perubahan tingkat harga. Oleh itu, perubahan dalam inventori akan berlaku melalui masa.
2. Pembetulan nilai inventori perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah "lebih nlai" atau "kurang nilai" KNK. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir harga inventori dari semasa ke semasa.
Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Penentuan Susut Nilai
1. Modal fizikal tetap seperti bangunan kilang, mesin dan kenderaan mengalami kerosakan dalam proses pengeluaran.
2. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir nilai susut nilai modal fizikal tetap. Ini menyulitkan pengiraan pelaburan bersih (iaitu pelaburan kasar − susut nilai) dan seterusnya pengiraan Keluaran Negara Bersih.
Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui
Masa
Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa bertujuan untuk menentukan sama ada taraf hidup rakyat telah meningkat atau menurun melalui masa.
Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat tidak diambil kira:
1. Perubahan dalam tingkat harga umum
Taraf hidup sesebuah negara akan meningkat apabila jumlah barangan yang dinikmati oleh rakyat bertambah. Ini ditunjukkan oleh kenaikan dalam nilai keluaran negara dan perbelanjaan negara.
Namun begitu, keluaran negara dan perbelanjaan negara juga boleh meningkat jika tingkat harga umum telah naik, sementara jumlah barangan tetap tidak berubah. Untuk menghapuskan kesan perubahan tingkat harga umum, pendapatan negara benar(pendapatan negara mengikut harga tetap) digunakan.
Y0 = IH0 / IH1 x Y1 di mana
Y0 = pendapatan negara benar
Y1 = pendapatan negara mengikut harga semasa
IH0 = indeks harga pengguna tahun asas
IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa
2. Perubahan dalam jumlah penduduk
Jika jumlah penduduk negara bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada kadar kenaikan pendapatan negara, taraf hidup rakyat akan menurun.
Untuk menghapuskan kesan perubahan jumlah penduduk, pendapatan per kapita (PPK) digunakan.
PPK =Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk
3. Perubahan dalam kualiti barang
Perbandingan nilai pendapatan negara antara dua tahun yang berlainan tidak
menggambarkan perubahan dalam kualiti barang yang turut menmpengaruhi taraf hidup. Peningkatan kualiti barang pada lazimnya akan membawa kepada kenaikan tingkat
harga umum.
Dalam kes ini, peningkatan tingkat harga umum akibat peningkatan kualiti barangan tidak menjejaskan taraf hidup rakyat.
Untuk mengatasi masalah perbandingan pendapatan negara melalui masa, perubahan tingkat harga umum akibat perubahan kualiti barang harus dipastikan.
4. Perubahan dalam pengagihan pendapatan
Perubahan pendapatan negara melalui masa tidak menunjukkan sama ada pengagihan pendapatan menjadi lebih setara atau kurang setara.
Pengagihan pendapatan yang lebih setara melalui masa bermaksud taraf hidup rakyat negara telah meningkat.
5. Perubahan-perubahan lain
Perubahan dalam jenis keluaran negara
Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan barang pengguna akan
meningkatkan taraf hidup rakyat. Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan senjata api tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana tidak memberi
faedah/utiliti kepada pengguna secara langsung.
Perubahan dalam masa kerja dan masa rehat pekerja
Jika pertambahan keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa kerja pekerja, taraf hidup rakyat tidak meningkat. Jika penurunan dalam keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa rehat pekerja, taraf hidup rakyat tidak semestinya menurun.
Perubahan dalam eksternaliti negatif
Jika peningkatan dalam pendapatan negara turut mengakibatkan masalah pencemaran alam sekitar, menjejaskan kesejahteraan semulajadi dll, taraf hidup rakyat tidak naik.
Labels: Kelemahan Dalam Menggunakan Data Pendapatan Negara
Masalah Perbandingan Pendapatan negara Antara
Negara-Negara
Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara bertujuan membandingkan taraf hidup rakyat di antara negara-negara yang berlainan.
Masalah Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat negara maju dan kurang maju tidak diambil kira:
1. Perbezaan dalam jumlah penduduk
Perbandingan nilai pendapatan negara antara negara-negara maju dan kurang maju adalah kurang tepat jika faktor jumlah penduduk tidak diambil kira. Ukuran Pendapatan Per Kapita (PPK) merupakan pengukur yang lebih tepat untuk membandingkan taraf hidup di antara negara-negara.
2. Perbezaan dalam Komposisi Keluaran
Negara maju seperti Amerika Syarikat membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran senjata api dan ujian angkasa lepas yang tidak memberi faedah/utiliti kepada rakyat secara langsung. Oleh itu, nilai pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna taraf hidup adalah tinggi.
Negara kurang maju selalu membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran barang pengguna dan barang modal yang membawa manfaat kepada rakyat secara langsung. Nilai pendapatan negara yang rendah tidak semestinya bermakna taraf hidup rakyat adalah rendah.
Perbandingan pendapatan negara harus mengambil kira perbezaan dalam komposisi keluaran.
3. Perbezaan dalam penaksiran butir-butir pendapatan negara
Sesetengah negara mengambil kira pelacuran dan perjudian dalam penghitungan pendapatan negara. Sesetengah negara menganggapnya sebagai kegiatan haram. Sesetengah negara mengambil kira bayaran pindahan kerajaan sebagai komponen pendapatan negara tetapi negara-negara lain tidak.
Oleh itu, butir-butir pendapatan negara harus dikenalpasti apabila membuat perbandingan pendapatan negara di antara negara-negara.
4. Perbezaan Dalam tingkat harga umum
Negara maju mempunyai tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara kurang maju. Keadaan ini menyebabkan negara maju mempunyai nilai pendapatan negara yang lebih tinggi daripada negara kurang maju.
Untuk mengatasi masalah perbezaan tingkat harga umum, pendapatan negara benar harus dibandingkan.
5. Perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Kebanyakan kegiatan produktif di negara maju seperti membersihkan rumah, membasuh baju, dan memotong rumput dilakukan oleh pekerja yang diupah dengan wang. Ini
meninggikan nilai pendapatan negara di negara maju.
Kebanyakan kegiatan produktif di negara kurang maju dilakukan sendiri / tidak dibayar dengan wang. Ini merendahkan nlai pendapatan negara di negara kurang maju.
Untuk membuat perbandingan taraf hidup di antara negara-negara, perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang harus dikenalpasti.
6. Perbezaan dalam pengagihan pendapatan
Perbezaan dalam pengagihan pendapatan harus diambilkira apabila membandingkan pendapatan negara di antara negara-negara.
7. Perbezaan dalam nilai mata wang
Untuk mengatasi masalah ini, nilai pendapatan negara yang hendak dibandingkan harus dilakukan berdasarkan sebutan mata wang yang sama.
8. perbezaan-perbezaan lain
- Perbezaan dalam jumlah masa kerja dan masa rehat - Perbezaan dalam eksternaliti negatif
- Perbezaan kestabilan politik dan sosial
Labels: Kelemahan Dalam Menggunakan Data Pendapatan Negara
Kelemahan KNK Mengukur Taraf Hidup Rakyat
Menurut ahli ekonomi, taraf hidup sesebuah negara dapat diukur dengan menggunakan KNK. Biasanya, negara yang mempunyai nilai KNK yang tinggi akan menikmati taraf hidup yang tinggi, dan sebaliknya, negara yang mempunyai nilai KNK yang rendah akan menikmati taraf hidup yang rendah. Namun, penggunaan nilai KNK untuk membandingkan taraf hidup
penduduk antara negara mempunyai beberapa kelemahan:
Perbezaan Tingkat Harga Umum
Kenaikan KNK boleh disebabkan kenaikan tingkat keluaran atau kenaikan tingkat harga umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami tingkat harga umum yang tinggi
akibat masalah inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun nilai KNK negara tersebut lebih tinggi daripada negara lain. Oleh itu, untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara dengan lebih tepat, konsep KNK benar perlu digunakan.
KNK benar = (Indeks harga tahun asas/Indeks harga tahun semasa) − KNK nominal
Perbezaan Corak Agihan Pendapatan
Taraf hidup penduduk sesebuah negara juga bergantung pada corak agihan pendapatan dalam negara tersebut. Agihan pendapatan yang lebih sama rata membolehkan KNK dikongsi dengan lebih saksama antara penduduk. Sebaliknya, agihan pendapatan yang tidak sama rata
menyebabkan sebahagian besar KNK dinikmati segelintir penduduk sahaja. Jadi, negara yang mempunyai KNK yang tinggi tidak semestinya menggambarkan taraf hidup penduduk yang tinggi jika agihan pendapatan dalam negara tersebut adalah tidak sama rata.
Perbezaan Komposisi KNK
Terdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak
menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran. Oleh itu, bagi menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup penduduk
sesebuah negara, komposisi KNK harus meliputi pendapatan daripada aktiviti yang memanfaatkan rakyat negara tersebut seperti perbelanjaan pembangunan.
Kegunaan Nilai Pendapatan Negara
1. Mengukur Pendapatan Per Kapita (PPK)= Pendapatan negara / Jumlah penduduk
2. Mengukur Pendapatan Negara Benar (Y0)
= IH0 / IH1 x Y1
di mana
Y0 = pendapatan negara benar
Y1 = pendapatan negara mengikut harga semasa
IH0 = indeks harga pengguna tahun asas
IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa
3. Mengukur Pertumbuhan Ekonomi
4. Mengukur Pertumbuhan Kebajukan
= (PPK benar2 − PPK benar1) / PPK benar 1 x 100%
Labels: Kegunaan Data Pendapatan Negara
Kegunaan Data PPK
1. Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun.
2. Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh masa.
3. Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan negara lain.
4. Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi menentukan jumlah bantuan kewangan/ pinjaman kepada negara-negara miskin.
Labels: Kegunaan Data Pendapatan Negara
Lain-Lain
Kegunaan Data Kadar Pertumbuhan Ekonomi
Menentukan prestasi pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh.
Kegunaan Data Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Keluaran
Menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan sebagai petunjuk perubahan ekonomi. Ini membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang sesuai demin mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.
Kegunaan Data Pendapatan Boleh Guna
Petunjuk saiz pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing kerana ia menggambarkan kuasa beli negara berkenaan.
Lain-Lain
Data pendapatan negara yang merangkumi KDNK, jumlah pelaburan swasta dan awam,
perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dll membolehkan kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-tahun akan datang.