• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU Asas untuk menguatkan ma’rifah dan cinta.

 Untuk menguatkan ma’rifah dan cinta, kita mestilah berusaha untuk membersihkan halaman hati daripada semak-samun dan lalang-lalang keduniaan.

 Setelah halaman hati kita bersih, barulah sesuai untuk kita semai benih pokok ma’rifah dan cinta.

 Barulah pohon-pohon itu selesa untuk hidup dan membesar.

 Mana mungkin untuk kita semai tanam-tanaman selagi penuh dengan belukar dan lalang-lalang.

(2)

2

Untuk meningkatkan lagi ma’rifah dan cinta.

Imam Al-Ghazali menulis : “Dan tidak sampai kepada ma’rifah ini,

sesudah terputusnya segala gangguan duniawi pada hati, selain dengan

fikiran yang bersih, ingatan (zikir) yang berterusan, kesungguhan yang bersangatan pada mencari dan memandang yang terus-menerus

pada Allah Taala, pada sifat-sifatNya, pada kerajaan langitNya dan pada makhluk-makhlukNya yang lain.”

Golongan-golongan manusia dalam berzikir (mengingat akan Allah) :

1. Sedang menyebut dan sedang mengingat.

2. Sedang menyebut tetapi tidak sedang mengingat. 3. Tidak sedang menyebut tetapi sedang mengingat. 4. Tidak sedang menyebut dan tidak sedang mengingat.

Jenis 1 dan 3 ialah jenis yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali.

Peringkat-peringkat ma’rifah dan cinta :

1. Peringkat MENOLAK. 2. Peringkat RAGU-RAGU. 3. Peringkat YAKIN.

4. Peringkat TAHU.

5. Peringkat TUNDUK PATUH (beriman). 6. Peringkat KENAL.

7. Peringkat CINTA.

Huraian peringkat-peringkat ma’rifah dan cinta :

1. Peringkat MENOLAK - Golongan ini tidak percaya adanya Tuhan. Mereka menolak adanya Tuhan. Ini golongan ateis atau mulhid. 2. Peringkat RAGU-RAGU – Golongan ini mula ragu-ragu sama ada Tuhan itu ada ataupun tidak. Apabila mereka buat pemerhatian dan kajian, mereka dapati memang ada kemungkinan adanya satu kuasa yang disebut sebagai Tuhan.

3. Peringkat YAKIN – Golongan ini sudah yakin bahawa Tuhan itu memang ada, tetapi mereka belum menganut mana-mana agama.

(3)

3

Hasil pemerhatian dan kajian mereka menunjukkan Tuhan memang ada.

4. Peringkat TAHU – Golongan ini pula sudah tahu siapakah Tuhan itu. Mereka mencari-cari yang mana satukah Tuhan daripada sekian banyak yang didakwa sebagai Tuhan. Akhirnya mereka mendapati Tuhan hanya satu iaitu Allah. Sekadar tahu, belum kenal (belum ma’rifah), belum cinta.

5. Peringkat TUNDUK PATUH (beriman/percaya) - Tidak setakat tahu, mereka beriman pula dengan Allah. Mereka pun memeluk agama Islam. Namun mereka umumnya sekadar beriman tanpa

mengenal akan Allah.

6. Peringkat KENAL – Tidak setakat beriman/percaya, tetapi sudah sampai ke peringkat mengenal Allah. Mereka berupaya

membezakan antara Allah dengan makhluk. Tidak mudah-mudah diperdaya oleh makhluk.

7. Peringkat CINTA – Tidak sekadar kenal, tetapi sudah sampai ke tahap cinta Allah.

 Setiap satu peringkat ini ada pecahan2nya lagi.

 Rata-rata umat Islam mencapai peringkat YAKIN, TAHU dan TUNDUK PATUH.

 Para saintis tidak beragama, kajian mereka memang boleh

membawa mereka kepada peringkat YAKIN adanya Tuhan. Namun ilmu kajian mereka tak bawa mereka ke tahap wahyu. Untuk naik lagi, mereka terpaksa guna Al Quran. Hal ini kerana syariat tak datang dengan fikiran melainkan dengan wahyu.

 Pelajaran tasawuf berusaha membawa kita sampai ke peringkat KENAL dan CINTA.

Kenal Tuhanku dengan Tuhanku?

Imam Al-Ghazali menulis : Daripada yang tersebut ini, diperhatikan oleh sebahagian mereka, di mana ditanyakan kepadanya : “Dengan apa engkau mengenal Tuhan engkau?”

(4)

4

Ia lalu menjawab : “Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Jikalau tidaklah Tuhanku, nescaya aku tidak mengenal akan Tuhanku.”

Biasanya orang beranggapan yang dia dapat mengenal Allah dengan :  Daya kekuatan fikirannya sendiri.

 Kerajinan minda dan anggota tubuhnya.

 Gur-guruntya.

 Bahan-bahan bacaaannnya (kitab, buku dll).

Tetapi dalam ilmu tasawuf, selain yang diatas, kita dididik untuk mengetahui, memahami, dan memandang (menghayati) bahawa pada hakikatnya :

 Yang menggerakkan fikiran kita tidak lain ialah Allah.

 Yang menggerakkan mata untuk melihat kitab, telinga untuk mendengar ajaran guru dan seluruh anggota badan kita untuk berusaha tidak lain ialah Allah.

 Yang memilih, menentukan dan mentakdirkan kita akan mengenal Allah tidak lain ialah Allah sendiri.

 Yang memimpin dan menggerakkan kita untuk mengenal Allah tidak lain ialah Allah sendiri.

 Yang membuatkan akal fikiran dan jiwa kita dapat mengenali Allah ialah Allah sendiri.

Jadi kesimpulannya, sebenarnya kita berjaya mengenal Allah adalah dengan Allah itu sendiri, bukannya dengan sebab-sebab lain.

Pada hakikatnya :

 Yang paling berjasa (bahkan satu-satunya Yang Berjasa) ialah Allah sahaja, tetapi kita asyik nampak makhluk yang berjasa. Padahal semua jasa itu adalah jasa Allah. Tidak ada Yang Berjasa selain Allah.

 Satu-satunya yang terpuji ialah Allah, tetapi kita asyik puji makhluk. Tiada yang berhak dipuji melainkan Allah.

(5)

5

 Satu-satunya yang berkuasa ialah Allah, tetapi kita asyik nampak kuasa makhluk. Padahal semua itu adalah dengan kuasa Allah. Tidak ada Yang Berkuasa selain Allah.

 Satu-satunya yang ada ilmu ialah Allah, tetapi kita asyik nampak makhluk yang berilmu. Padahal kesemua ilmu itu adalah dengan ilmuNya. Tidak ada Yang Berilmu selain Allah.

 Satu-satunya yang ada kebesaran ialah Allah, tetapi kita asyik

ternampak kebesaran makhluk. Padahal kesemua kebesaran yang ada adalah kebesaran Allah. Tidak ada Yang Besar melainkan

Allah.

Sesiapa yang mengenal Tuhannya, nescaya binasa dirinya. Apakah maksud binasa itu?

Antara maksudnya ialah :

 Terhapus lenyap segala pekerjaan makhluk, yang ada hanyalah pekerjaan Allah semata-mata.

 Terhapus lenyap segala sifat-sifat makhluk, yang ada hanyalah sifat-sifat Allah.

 Terhapus lenyap segala kuasa, kehendak, kecantikan, kebesaran, penglihatan, pendengaran, pengetahuan dan lain-lain, manakala yang ada hanyalah kuasa, kehendak, kecantikan, kebesaran, penglihatan, pendengaran, dan pengetahuan Allah sahaja.

Jadi kesimpulannya, yang sebenar-benar ada hanyalah Allah. Yang sebenar-benar wujud hanyalah Allah. Ringkasnya, dari segi hakikat disebut : Yang ada hanyalah Allah. Yang wujud hanyalah Allah.

*Bahagian imbasan ini hanyalah RINGKASAN kepada kuliah-kuliah sebelum ini. Untuk mendapatkan huraian sepenuhnya, mestilah dengan mengikuti

/menonton/mendengar kuliah-kuliah sebelumnya. Orang yang pertama kali

(6)

6

TAMBAHAN ILMU UNTUK MALAM INI

(ms 470) Maka ketahuilah, bahawa jalan yang tertinggi ialah

penyaksian dengan kebenaran Allah SWT di atas semua makhluk. Dan itu sukar. Dan membicarakannya adalah di luar batas pemahaman kebanyakan manusia. Maka tiada faedah mengemukakannya dalam kitab-kitab.

Ada pun jalan yang termudah dan terdekat adalah kebanyakannya di luar batas pemahaman. Bahawa singkatnya pemahaman daripadanya itu kerana berpalingnya pemahaman-pemahaman itu daripada

tadabbur dan sibuknya dengan nafsu keinginan duniawi dan keuntungan2 diri.

Dan yang mencegah daripada menyebutkan ini ialah keluasannya dan banyaknya. Dan bercabang-cabang babnya yang keluar dari hinggaan dan kesudahan.

Kerana tidak dari satu atom pun dari langit yang tertinggi sampai kepada sempadan bumi, melainkan ada padanya tanda-tanda keajaiban yang menunjukkan kepada kesempurnaan qudrah Allah Taala, kesempurnaan hikmahNya, kesudahan keagungan dan

kebesaranNya. Dan yang demikian itu termasuk yang tidak berkesudahan.

“Katakan : “Kalau kiranya lautan (menjadi ) tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku, nescaya lautan itu menjadi kering sebelum habis perkataan2 Tuhanku.” (Al-Kahfi : 109)

Terjun ke dalamnya ialah terbenam dalam lautan ilmu mukasyafah. Tidak mungkin bahawa berbudi pekerti seperti anak kecil, di atas ilmu mua’amalah. Akan tetapi mungkin dirumuskan kepada suatu contoh, secara ringkas, supaya terjadilah perhatian bagi yang sejenisnya.

(7)

7

(ms 471) Maka kami mengatakan : Yang termudah dari dua jalan itu ialah memperhatikan kepada af’al (perbuatan). Maka marilah kita memperkatakan tentang af’al itu. Dan marilah kita tinggalkan yang tertinggi.

Kemudian, af’al keTuhanan itu banyak. Maka marilah kita mencari yang tersedikit, yang paling tidak berbilang dan yang paling kecil. Dan

marilah kita perhatikan pada yang ajaib-ajaib daripadanya.

Yang tersedikit dari segala makhluk ialah bumi dan apa yang di atas bumi. Yakni dibandingkan kepada para malaikat dan kerajaan langit. Maka anda, jikalau anda memandang padanya dari segi tubuh dan besar pada diri, maka matahari, menurut yang anda lihat, dari kecil bentuknya, adalah seperti bumi 160 kali lebih.

Maka perhatikanlah kepada kecilnya bumi, dengan dibandingkan kepadanya.

Kemudian perhatikanlah kepada kecilnya matahari, dengan

dibandingkan kepada falaknya yang dipusatkan kepadanya. Maka tiadalah perbandingan baginya kepada falak itu.

Dan matahari itu pada langit ke-4. Dan langit ke-4 itu kecil,

dibandingkan kepada langit ke-7 yang di atasnya. Kemudian langit ke-7 itu pada Al-Kursi adalah seperti anting-anting yang dicampakkan pada padang bala tentera. Dan Al-Kursi pada Al-‘Arasy seperti demikian juga. Ini adalah pemandangan kepada zahiriyyah diri dari yang tersebut itu, dari segi taksiran. Alangkah tidak terhitungnya bumi seluruhnya

(8)

8

dibandingkan kepada itu. Bahkan alangkah kecilnya bumi, dibandingkan kepada lautan.

Kebenaran ini dapat diketahui dengan penyaksian dan percubaan. Dan diketahui, bahawa yang tampak pada bumi, di permukaan air, adalah seperti pulau kecil, dibandingkan kepada seluruh bumi.

Kemudian perhatikanlah kepada anak Adam yang dijadikan dari tanah, yang dia itu sebahagian dari bumi dan kepada haiwan-haiwan lainnya.

Bersambung…. Insya-Allah.

PEMBERITAHUAN

*Nota-nota kuliah untuk hadirin ini, walau sebanyak mana pun ilmu-ilmu agama di dalam dada, jangan dibaca dan cuba difaham begitu sahaja tanpa

mengikuti/mendengar/menonton syarahannya, lebih-lebih lagi pada kalam-kalam Imam Al-Ghazali sendiri. Jika tidak, kebarangkalian untuk tidak faham

atau salah faham memang tinggi. Berhati-hati dan selamat mengambil manfaat.

*Sekiranya anda mahu print nota-nota kuliah Kitab Cinta dari internet, paparan terbaik adalah dalam bentuk booklet. Pergi ke Printer Properties - Page Setup - Page Layout - dan pilih Booklet - Ok - Print.

*Semua 162 kali kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Surau An-Nur ini boleh diulang-ulang dengar/tonton rakamannya di Youtube. Tuliskan “syarah ihya” atau “kitab cinta ihya” pada carian Youtube. Selamat mengambil manfaat.

Referensi

Dokumen terkait

Pengambilan Keputusan Kepala Keluarga dengan KTP Bali untuk Mengikuti Program JKN Mandiri Kelas III di Wilayah Kerja Puskesmas I Denpasar Utara

Sedangkan sebanyak 34.9 % berada pada kategori tidak menunjang, (2) Hasil analisis regresi linier berganda, menunjukkan bahwa variabel Pendidikan Formal, Arahan Tokoh

Unsur hara yang berasal dari pupuk organik memiliki kandungan hara yang sedikit sehingga ketersediaan nutrisi yang dibutuhkan oleh tanaman kurang tercukupi, maka

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan maka penulis dapat mengambil kesimpulan yaitu: Pola asuh orang tua dalam menanamkan nilai-nilai akhlak terhadap anak

Kegiatan pengukuran di lapangan dilakukan dengan menerapkan rancangan penarikan contoh sistematik berlapis (stratified systematic sampling design) sebagaimana dijelaskan

Kali ini Sahabat Peduli akan menyelenggarakan penyaluran hewan qurban dan sunatan massal untuk 100 anak kurang mampu di Desa Pantai Bahagia, Kecamatan Muara Gembong, Bekasi..

Am 89. Tiap-tiap Tiap-tiap fail hendaklah dicatat fail hendaklah dicatat pergerakannya. Sistem doket Sistem doket diamalkan oleh agensi-agensi diamalkan oleh agensi-agensi

 Bahwa selanjutnya pada bulan Desember 2011, Sdri.Susilawati Als Susi Binti Oleh meminta bertemu dengan saksi korban lainnya yaitu Sdri.Wiwin Winarti binti Buldan,