• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perseroan Terbatas Dan Persekutuan Koman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perseroan Terbatas Dan Persekutuan Koman"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Sejak rancangan Malayan Union dicadangkan, seterusnya diumumkan dalam satu kertas

putih pada akhir Januari 1946, pelbagai pihak terutamanya orang-orang Melayu telah

bangkit menentang dengan kuatnya skim baru itu, anggota-anggota perkhidmatan awam

Inggeris yang telah bersara dan pemimpin-pemimpin Melayu turut berganding bahu

menentang rancangan union tersebut1 kerana syor-syornya yang jelas dilihat bakal

memberikan kesan buruk kepada institusi pemerintahan beraja serta nasib masyarakat

Melayu itu sendiri. Orang-orang Melayu mula sedar akan kerugian dan bencana yang

akan mereka terima jika Malayan Union dilaksanakan.2 Malah, rancangan tersebut juga

turut mendapat kritikan daripada orang-orang Cina dan India.

Usaha penentangan dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah tindakan

memulaukan majlis-majlis berkaitan Malayan Union serta tindakan berkabung oleh

orang-orang Melayu. Justeru itu, pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa kerja telah

dilantik yang terdiri daripada wakil-wakil Umno, wakil-wakil Raja-raja negeri Melayu

dan wakil –wakil Kerajaan Inggeris untuk merangka suatu perlembagan yang baru bagi

menggantikan Malayan Union.3 Hasilnya, perlembagaan Malayan Union yang

diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh Kerajaan Inggeris pada

31 Januari 19484 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan

Pesekutuan Tanah Melayu 1948.

1 Barbara Watson Andaya & Leonold Y. Andaya, (Terj.) Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd,1983, hlm. 297-298.

2 Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd,1994, hlm. 86-87.

3Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 29

(2)

HALANGAN DAN TENTANGAN

Umumnya, di samping usaha dan rundingan yang dijalankan bagi melaksanakan

penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, terdapat juga beberapa halangan dalam

mencapai matlamat tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui penentangan terhadap

rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang kelihatan sejak awal lagi dengan

kewujudan pihak yang tidak bersetuju terhadap rancangan tersebut. Mereka terdiri

daripada sesetengah pihak terutamanya mereka yang bukan berketurunan Melayu seperti

orang Cina.5

Selain itu, di kalangan orang Melayu juga wujud PKMM atau Parti Kebangsaan

Melayu Malaya6 yang secara jelas dipengaruhi PKM atau Parti Komunis Malaya yang

menentang rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Bagi bukan Melayu, hasil

daripada rasa tidak setuju ini telah direalisasikan dengan penubuhan AMCJA atau All

Malaya Council of Joint Action7 setelah Kesatuan Cina Melaka yang ditubuhkan oleh Tan

Cheng Lock tidak begitu berpengaruh dalam politik sebelumnya.

Pada peringkat awal, badan ini turut disertai oleh badan-badan Melayu yang tidak

bersetuju dengan rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi telah keluar

dari AMCJA. Pada Januari 1947, badan-badan pertubuhan Melayu yang telah keluar dari

5 Namun, dalam sudut yang lebih mendalam, penentangan dapat dilihat daripada beberapa bahagian iaitu penentangan daripada golongan radikal, penentangan daripada golongan konservatif Cina, penentangan daripada kaum minoriti serta penentangan keras yang merujuk kepada gabungan AMCJA dan

PUTERA,Untuk keterangan lanjut lihat Khong Kim Hoong, British Rule The Struggle Indenpendence Malaya 1945-1957,Petaling Jaya: Strategic Information Research Development 2003, 1984, 149-172 6Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa,Kuala Lumpur: Penerbitan Lajmeidah Sdn.Bhd.,1987, hlm. 17.

(3)

AMCJA termasuklah PKMM telah bergabung menubuhkan PUTERA atau “Pusat Tenaga

Rakyat”. Kedua-dua badan politik ini akhirnya telah bergabung dalam menentang

Perjanjian Persekutuan yang dilakukan dalam pelbagai sudut termasuklah usaha

membangkitkan perasaan orang ramai.8

Walaupun pelbagai penentangan dilakukan, Persediaan untuk meggubal

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu rancak dijalankan oleh jawatankuasa yang

dianggotai 12 orang wakil Raja-raja, UMNO dan pegawai-pegawai British9 dan akhirnya

Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berjaya ditubuhkan bagi menggantikan Malayan

Union dan merupakan satu kejayaan hebat yang disambut oleh pelbagai etnik. Namun

kejayaan ini turut diratapi oleh sesetengah pihak seperti AMCJA, PUTERA dan

sebagainya terutamanya orang-orang Cina yang berasa telah tertipu kerana merasakan

mereka lebih setia kepada British semasa perang.10

ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperlihatkan beberapa ciri yang berbeza

daripada Malayan Union . Antaranya ialah kuasa memerintah Persekutuan Tanah Melayu

terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris11 dan beliau akan dibantu oleh Majlis

Kerja Kerajaan (Executive Council)12 yang mengandungi ahli-ahli rasmi dan ahli-ahli

tidak rasmi yang dilantik sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi.13 Persekutuan Tanah Melayu

8 Ibid. 9 Ibid.

10 Barbara Watson Andaya & Leonald Y. Andaya, A History Of Malaysia, London; The Macmillan press Ltd,1982, hlm. 257.

11 Jawatan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris dipegang oleh Sir Edward Gent yang sebelum itu merupakan gabenor Malayan Union.

12 Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan terdiri daripada tujuh orang ahli rasmi termasuk tiga orang ex-efficio dan tujuh orang ahli tidak rasmi.

(4)

juga akan mempunyai Majlis Undangan yang dipengerusikan oleh pesuruhjaya Tinggi

dan mempunyai 75 orang ahli iaitu 14 ahli rasmi, 9 Menteri Besar dari Negeri-negeri

Melayu, 2 wakil dari Majlis-majlis mesyuarat negeri Pulau Pinang dan Melaka serta 50

orang ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah

Melayu serta mewakili kepentingan-kepentingan perniagaan, buruh dan perusahaan

lombong dan getah.

Secara umumnya, ahli-ahli yang tidak rasmi pada peringkat permulaan ini adalah

dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan boleh dipilih orang ramai apabila tiba masanya.14

Hal ini mempunyai kesinambungan hingga kini kerana ahli-ahli Majlis Perundangan

Persekutuan adalah dipilih melalui pilihanraya, cuma berbezanya semua ahli yang dipilih

merupakan ahli rasmi dan tidak mempunyai ahli tidak rasmi. Perkiraan ahli dari segi

kaum menunjukkan orang Melayu terdiri daripada 31 orang, 14 orang Cina, 7 orang

Eropah, 5 orang India, dan masing-masing seorang Ceylon dan Serani.15 Berkaitan bidang

kuasa, kerajaan persekutuan bertanggungjawab dalam hal-hal pertahanan, perdagangan,

perhubungan, kewangan serta lain-lain yang mempunyai kepentingan bersama.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari !948 juga telah

mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 16 Raja-raja Melayu telah diberikan

semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing

seperti sebelum perang. Namun dari segi kesannya, kuasa raja-raja Melayu hampir sama

dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kerana kuasa pentadbiran lebih banyak

dipegang oleh Majlis Mesyuarat Negeri serta Majlis Undangan Negeri.

14 Ibid.

15 Ibid., Lihat juga Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 89.

(5)

Sebuah Majlis Raja-raja telah dibentuk yang bertujuan membolehkan raja-raja

Melayu berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi berkaitan hal-hal Imigreren yang

diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.17 Berkaitan Imigresen juga, seseorang

warganegara persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memerlukan sebarang dokumen jika

mahu masuk ke sesuatu negeri yang lain dari negeri kelahirannya. Kesinambungan

daripada aspek ini juga dapat dikaitkan dengan penyatuan semua negeri-negeri di bawah

satu unit persekutuan. Dalam hal ini, Persekutuan Tanah Melayu mengandungi sembilan

buah negeri-negeri Melayu dan Pulau pinang serta Melaka. Singapura pula kekal sebagai

koloni yang berasingan.18

Bagi peringkat Negeri pula, Sultan mempunyai kuasa memerintah dengan bantuan

sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundangan Negeri. Sultan

ataupun Raja-raja bagi setiap negeri bertanggungjawab dalam mengesahkan sebarang

rang unang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. Malah juga

boleh meluluskan rang undang-undang yang tidak berjaya diluluskan di Dewan

Perundangan Negeri.seterusnya, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa ke atas Kerajaan

Tempatan mereka sendiri, agama, pelajaran, pertanian dan tanah.19

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga meletakkan suatu lagi isu

penting yang menjadi asas utama dalam penentangan orang-orang Melayu terhadap

Malayan Union iaitu Hal Kewarganegaraan. Raja-raja Melayu telah bersetuju

memberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada 300, 000 orang

17 Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm 90.

18 Ibid, hlm 88. Lihat juga Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998, hlm 255.Lihat juga Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa

(6)

bukan Melayu yang layak.20 Ianya juga berpunca daripada fasal-fasal kewarganegaraan

yang terbahagi kepada dua iaitu mereka yang memperoleh kewarganegaraan melalui

kuatkuasa undang-undang dan mereka yang layak untuk meminta menjadi warganegara

dengan cara kemasukan atau permintaan.

Mereka yang menjadi warganegara melalui kuatkuasa undang-undang terdiri

daripada penduduk asal dari negeri-negeri Melayu sama ada lahir sebelum, semasa, atau

selepas tarikh yang ditetapkan seperti kandungan fasal 124 (1) (a) Perjanjian Persekutuan

tanah Melayu iaitu “Mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja21 bagi mana-mana

Negeri Melayu sama ada yang diperanakkan dahulu,atau pada atau kemudian daripada

hari yang ditetapkan;”22. Selain itu, warganegara British yang tinggal secara tetap23

dalam negeri-negeri yang terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu sama ada

sebelum, semasa atau selepas hari persekutuan juga merupakan warganegara secara

kuatkuasa undang-undang. Hal ini berdasarkan kandungan fasal 124 (1) (b) dan fasal 124

(1) (c) Perjanjian Persekutuan tanah Melayu iaitu “mana-mana Rakyat British yang

dilahirkan dalam salah satu dari Negeri Selat sama ada dahulu,pada atau kemudian

daripada hari yang ditetapkan itu yang tinggal tetap dalam mana-mana negeri yang

terkandung dalam persekutuan”. Seterusnya, “mana-mana Rakyat British yang telah

diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam

mana negeri yang terkandung dalam persekutuan jika bapanya diperanakkan di

mana-20 Cheah Boon Kheng,,Evolusi Sebuah Persekutuan,1978 dalam Zuraina Majid, Masyarakat Malaysia,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm. 8.

21 Rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja bermaksud mereka yang merupakan kaum asli negeri tersebut, atau mempunyai bapa yang merupakan penduduk asli negeri itu dan juga mereka yang telah menjadi

“Naturalised” melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan. Naturalised ialah mereka yang telah serasi, memahami adat resam dan bertutur dalam bahasa setempat. Rujuk Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm 215.

22 Ibid.

(7)

mana negeri yang sekarang ini terkandung dalam persekutuan atau jika pada hari

diperanakkan itu, bapanya telah tinggal tetap dalam negeri tersebut.”.24 Syarat ini

meletakkan seseorang itu perlu mempunyai bapa yang tinggal secara tetap dalam

persekutuan bagi meletakkannya sebagai warganegara secara kuatkuasa undang-undang.

Seseorang warganegara British juga boleh menjadi warganegara Persekutuan Tanah

Melayu secara kuatkuasa undang-undang jika lahir dalam mana-mana Negeri yang

terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu serta bertutur dalam bahasa melayu dan

mengamalkan adat resam Melayu.25

Sementara itu, dalam Fasal 25 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,

mereka yang layak untuk memohon menjadi warganegara ialah mereka yang dilahirkan

dalam Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermastautin secara tetap selama tidak

kurang tempoh 8 tahun daripada tempoh 12 tahun berada di Persekutuan Tanah Melayu.

Seseorang itu juga boleh memohon untuk menjadi warganegara jika telah tinggal dalam

mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan bermastautin selama 15

tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira serta merta dari hari permohonannya. Selain

daripada salah satu tempoh tersebut, seseorang itu juga perlu mempunyai syarat-syarat

lain iaitu bertingkahlaku baik, pengetahun yang cukup dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris, telah membuat pengakuan tinggal tetap dan jika permintaannya diluluskan,

seseorang itu hendaklah bersedia untuk mengangkat sumpah kerakyatan.26

KESAN-KESAN

24 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm. 215 25 Ibid.

(8)

Bermulanya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan semula status

quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada

orang Melayu sebagai peribumi.27 Hal ini kerana, semasa Malayan Union dibentuk,

kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal agama sahaja dengan menjadi presiden majlis di

negeri masing-masing. Namun, dengan perlembagaan baru ini, kedaulatan Raja-raja

Melayu telah dikembalikan.28 Disamping itu, hal yang berkaitan kewarganegaraan telah

kembali meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa kerana peraturan-peraturan yang

kembali diketatkan. Malah, orang-orang Melayu berasa kedudukan mereka sebagai

bumiputera telah diselamatkan dan hal ini dapat dilihat misalnya pelbagai sambutan

meriah yang diadakan sebagai tanda kemenangan dalam mengembalikan hak mereka.

Gerakan menuntut kemerdekaan itu bolehlah dikatakan bermula dengan

pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.29 Hal ini dapat dilihat kerana

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah dipinda serta diubah pada tahun

1951, 1953 dan tahun-tahun berikutnya yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan.30

Walaupun gerakan nasionalisme telah lama bermula,31 namun usaha secara diplomasi

lebih berjaya dalam mencapai kemerdekaan dan cara ini telah kelihatan di beberapa

negara lain seperti di India melalui gerakan yang dipimpin oleh Gandhi. Justeru itu,

Pembentukan persekutuan hasil gabungan negeri-negeri Melayu Bersekutu,

Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu, dan Negeri-Negeri-negeri Selat32 serta tolak ansur dalam

27 Ibid. hlm 255.

28 Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm 91. 29 Ibid, Hlm 255.

30 Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, hlm 31. Lihat juga Shamsul Amri Baharudin,Masyarakat Malaysia & Alam Sosialnya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1993, hlm 110.

(9)

menghasilkan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan merupakan langkah diplomasi dalam

menuntut kemerdekaan.

Mukadimah di sebalik perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 telah

melahirkan keinginan Kerajaan United Kingdom dan Raja-raja Melayu untuk mengarah

kepada pembentukan “Kerajaan Sendiri”.33 Tujuan ini dapat dilihat malalui ucapan

MacDonald ketika membuat pengumuman mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu yang menegaskan bahawa matlamat akhir Kerajaan British ialah memberi taraf

berkerajaan sendiri kepada negara ini.34 Namun, di sebalik kenyataan ini, British pada

asasnya meletakkan kepentingan ekonominya sebagai sangat mustahak dan disebabkan

itu, huru-hara politik mestilah dielakkan dari tercetus di Persekutuan ini dan kerjasama

politik dari semua bangsa penting dalam menjamin kestabilan politik.35 Suatu aspek yang

dapat dilihat di sini ialah tujuan untuk berkerajaan sendiri itu adalah bagi menggalakkan

kerjasama serta tolak ansur semua pihak, dan hal ini merupakan satu kepentingan

ekonomi bagi British kerana politik yang stabil akan menggalakkan ekonomi.

Di sebalik kejayaan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah terjadi

pula kesan serta-merta iaitu tindakan Parti Komunis Malaya yang cuba merebut kuasa

dan mahu menggulingkan kerajaan36 dengan menjalankan dasar melumpuhkan ekonomi

33Mansoor Marican, Federelisme: Sistem Kerajaan Malaysia, dalam Zuraina Majid, Masyarakat Malaysia, hlm. 86.

34 Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa , hlm. 17.

35 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm 256.

(10)

37 dan pemberontakan ini bermula pada 18 Jun 1948.38 Hal ini telah membawa kepada

pengisytiharan darurat serta pengenalan Rancangan Bringgs.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pembentukan perlembagaan Persekutuan 1948 merupakan

desakan dan tentangan yang diketuai oleh UMNO yang menentang Malayan Union.

Namun, walaupun UMNO dilihat sebagai tunjang yang menentang Malayan Union,

parti-parti yang lain turut menentangnya seperti PKMM dan sebagainya. Apa yang jelas, idea

British yang mahu mewujudkan negara kesatuan yang mempunyai status bangsa baru

yang sama dalam unit politik Malaya terpaksa berkubur dengan penentangan yang

menyeluruh terutama dari penduduk Tanah Melayu. Kesan daripada inilah, Pesekutuan

Tanah Melayu diperkenalkan yang sedikit sebanyak membela kepentingan masyarakat

pribumi. Ringkasnya, melalui pesekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah membuka jalan

juga kepada Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sekaligus membawa Persekutuan Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang menjadi penamat penguasaan

kolonial British.

37 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,Hlm 256. PKM telah merosakkan ladang-ladang getah dan lain-lainya, merosakkan sistem pengangkutan awam, menyerang orang awam,pelabur dan pegawai-pegawai British,melancarkan mogok dan sabotaj perindustrian. Rujuk Abdullah bin Ayub Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, hlm 31.

(11)

BIBLIOGRAFI

Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978

Barbara Watson Andaya & Leonald Y. Andaya, A History Of Malaysia, London; The Macmillan press Ltd,1982.

Barbara Watson Andaya & Leonold Y. Andaya, (Terj.) Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd,1983.

Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu,Kuala Lumpur: Pustaka Antara,1981.

Khong Kim Hoong, British Rule The Struggle Indenpendence Malaya

1945-1957,Petaling Jaya: Strategic Information Research Development 2003, 1984

Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publication & distributors Sdn Bhd,1994.

Mohd Salleh Abas,Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1997.

Puteh Mohamed & Malik Munip, The Development of National Education System dalam

Malaysia In History, Kuala Lumpur: Malayan Historical Society,1985.

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998.

Shamsul Amri Baharudin,Masyarakat Malaysia & Alam Sosialnya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1993.

Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, et.al, Hari Ini Dalam Sejarah,Jilid II, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1981.

Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, Tercabarnya Maruah Bangsa,Kuala Lumpur: Penerbitan Lajmeidah Sdn.Bhd.,1987.

Referensi

Dokumen terkait

garnish , yang sangat penting dalam sebuah sajian hidangan maka harus ada pengelolaan dan pengembangan yang baik dari segi pemilihan bahan, macam bentuknya, dan

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

me ncari citra y ang ditanyakan, setiap parameter Zernike dari citra yang ditanyakan terse b ut akan di b an din gkan kesamaann y a dengan parameter Zernike yang

Penelitian pada organisasi sektor publik misalnya Refikha (2009) yang melakukan penelitian tentang pengaruh partisipasi anggaran dan komitmen organisasi terhadap kinerja

Untuk seorang mahasiswa, khususnya mahasiswa yang selalu disibukkan dengan berbagai tugas-tugas. Banyak dari mereka yang terkadang lupa makan dan terkadang

Intisari: Telah dilakukan penelitian uji daya hambat asap cair hasil pirolisis kayu pelawan ( Tristania Abavata ) dan pengaruh konsentrasinya terhadap pertumbuhan bakteri

Penelitian ini dirancang secara deskriptif untuk isolasi dan identifikasi, dan secara in vitro untuk uji antagonisme melalui persentase daya hambat dirancang dengan

1) Teacher gives a problem (find language feature, characters and the characteristic, and the moral value). 2) The students answer the problem individually. 3) After students