• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pada abad Pertengahan hingga ke

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pada abad Pertengahan hingga ke "

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Rujukan

(2)

Pada abad Pertengahan, gereja berperanan sebagai pusat kekuasaan. Akibatnya, kekuasaan politik telah memandang rendah terhadap kedudukan perempuan sehingga perempuan yang berkahwin di abad pertengahan tidak memiliki hak untuk bercerai dari suaminya walau dengan apa juga alasan.

Sampai abad ke 17, masyarakat Eropah masih memandang perempuan sebagai jelmaan syaitan atau alat bagi syaitan untuk menggoda manusia, dan meyakini bahawa sejak awal penciptaannya, perempuan merupakan ciptaan yang tidak sempurna (Philip J.Adler, World Civilization, Belmont, Warworth, 2000, hal. 289) Ini menggambarkan betapa kejamnya masyarakat Barat dalam memandang dan memperlakukan kaum wanita.

Atas rasa kecewa terhadap rendahnya martabat wanita ketika itu. Golongan wanita barat telah bangkit untuk memperjuangkan hak mereka. Ketika mana Kuasa gereja dan Raja mula ditentang dan terjadinya Revolusi Perancis (1789), golongan feminisme telah menggunakan ruang tersebut untuk sama-sama menaikkan martabat kaum wanita. Mereka telah memanfaatkan gerakan politik di tengah-tengah pemberontakan rakyat yang berprinsipkan kebebasan (liberty), persamaan (equality) dan persaudaraan (fraternity).

Gerakan kebebasan politik terus berlangsung sehingga pada tahun 1792, kaum wanita memperoleh hak untuk dapat bercerai dari suaminya.

(3)

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang-orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orangorang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar( Surah al Ahzab 33 : 35 ).

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah an-Nahl 16 : 97).

Al-Quran telah menetapkan tugas yang seimbang bagi lelaki dan perempuan. Tugas ini diberikan sesuai dengan fitrah dan kemampuan masingmasing berdasarkan fitrah alami perempuan yang berbeza dengan kaum lelaki. Malah sejak zaman Rasulullah saw lagi, wanita telah diberi hak yang sempurna dalam pendidikan, sosial, ekonomi, politik, ibadah malah wanita juga turut diberi peluang berperang melawan musuh.

(4)

Golongan wanita merupakan saff pertama dalam pembentukan ummah. Dari rahim-rahim merekalah lahirnya para pendidik, pemimpin negara , generasi menerus pejuang agama dan boleh jadi dari rahim mereka ini juga lahirnya para penjenayah, pengkhianat agama dan negara. Segalanya bertitik tolak dari wanita.

Gerakan feminisme lahir lewat abad ke 18 di Barat. Memperjuangkan isu-isu seperti hak reproduktif, keganasan rumah tangga, cuti bersalin, gaji yang sama rata, hak mengundi wanita, gangguan seksual, dan seksual keganasan, semua yang jatuh di bawah label feminisme. Gerakan feminisme ini juga dikenali sebagai Women’s Movement, Women’s Liberation, atau Women’s Lib.

Dewasa ini, tsunami perjuangan hak asasi mula melanda bumi yang kita cintai ini. Golongan hawa yang sinonim dengan gelaran ‘kaum yang lemah’ juga tidak ketinggalan melaungkan hak-hak mereka.

Islam semestinya agama yang adil terhadap sekalian alam dan makhluknya. Tiada kecacatan dalam agama yang turun dari langit ini. Namun, adil bukanlah bermakna memberi secara samarata. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Marxist Feminisme

- lebih kepada konflik yg berlaku disebabkan tekanan dari a

man. woman disuruh sit on the kitchen...maybe its hear not fair

for the woman. kalau adil xdelah berlaku konflik, rite..? man vs

woman...than a woman kalah..so disitulah berlakunya

konflik...ini i terangkan secara ringkas bcoz i'm not sure sangat

about this..so we take a look later, k?

Liberal Feminisme

- lebih kepada memohon hak kesamarataan...x kiralah dalam

institusi kerja sekalipun. malah dalam kementerian pun kita tgk

ada kementerian pambangunan wanita dan keluarga. so a

(5)

kerajaan sendiri pun ada woman yang menceburi politik. so

disinilah dilihat kesamarataan yang woman want to reach it.

Radical Feminism

- ini lebih up lagi. a woman tamaw lagi samarata tapi mahu

lebih berkuasa dari a man. bak kata orang, dah bagi betis nak

drumstik plak. =P ...cth paling baik ialah aminah wadud. i

think everyone know what she doing outside rite? honestly a

woman mmg xleh jadi imam. for a woman blehla. tapi 4 a man

mmg diharamkan sama sekalila. tapi dia ni tatawla pakai

mazhab mana sampai leh jadi imam pada a man. tapi yg

peliknya a man plak g ikut. tatawlah nak cakap macam mana

about fenomena yg satu ni. so berbalik pada hal radikal ni, dari

situ dah nampak dia ingin menguasai lelaki. dalam islam pun,

sape yang jadi imam adalah ketua tym solat. so macam tu

jgaklah dalam hal yang satu ni. in malaysia, SIS mula merebak.

SIS 4 ur information adalah gerakan NGO under amina wadud

ni. first maybe liberal sebab nampak menuntut hak

kesamarataan tetapi lama2 jadi radikal bila SIS sendiri

(6)

Isu persamaan antara lelaki dan wanita adalah persoalan masyarakat itu

sendiri,kerana ia merupakan komponen utama dalam masyarakat.Mungkin terlalu

sukar utk kita bayangkan bagaimanakah lelaki dan wanita menjadi dua elemen yg

saling bercakaran sehingga kita tidak dapat menggambarkan bagaimana seorang

lelaki menjadi musuh dalam menuntut persamaan hak seperti yg terjadi hari ini.

Islam tidak meminggirkan wanita, dan disana wnita didahulukan dalam perkara

seperti :

1.Suri rumah tangga.

Sabda Rasullah :"Setiap kamu adalah pemgembala (penjaga)dan setiap

pemgembala bertanggungjawab terhadap gembalanya(org yg dibawah jagaanya) maka

wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab trhadap

tangungganya"

Oleh itu,kewajaran pelaksanaan wanita sebagai suri rumah di

dahulukan dari pada lelaki kerana sifat fitrah semulajadi wanita yang dijadikan

sebagai seorang insan yang lemah lembut itu sendiri meletkkn mereka lebih

diutamakan dari lelaki dalam dalam soal rumahtangga.Walaupun lelaki sebagai ketua

keluarga ini membawa mksud lelaki tidak boleh sekali memainkan peranan monopoli

dlam intitisi kekeluargaan keran ianya akan meroskkan sisitem keleurga itu sendiri.

2.Mengasuh anak-anak.

Syara' mengutamakan penyaksian wanita terhadap perkara2 yng

bersangkutan dengan urusan mereka.Mengutamkan wanita dalam memelihara

kanak2,asuhan ini bermakna melaksanakan segala urusan mereka,mengasuh dan

menanggungnya.Tidaklah bermakna keseluruhan tanggungjawab itu terletak di tangan

wanita malahan kewajipan mencari harta utk anak dan isteri itu telh di

dipertanggungjawabkan keapda lelaki.Bukahkah terciptanya keharmonian

(7)

Wanita Dalam Perundangan Greek

Dalam sejarah tamadun manusia, tamadun Grek dianggap sebagai tahap tamadun yang boleh dibanggakan pada zaman itu. Namun begitu wanita ketika itu menurut Profesor Dr Mustafa al-Saba'i dalam kitabnya yang

bertajuk 'Al-Mar atu baina al-Fiqh wa al-Qanun' menyebutkan bahawa wanita dikurung di dalam rumah, tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan dihina serta dianggap khadam yang najis. Wanita juga boleh dijual beli

seperti barang=barang dagangan. Tidak mempunyai hak untuk membantah malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup selain dari makan minum, tempat tinggal dan pakaian. Pada kemuncak tamadun Greek pula wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki, model-model perempuan bogel

dipopularkan dan merebaklah keruntuhan moral yang berakhir dengan keruntuhan tamadun tersebut.

Wanita Dalam Perundangan Rumawi

Wanita dalam perundangan Rom lebih menyedihkan. Pada masa muda

remaja, wanita dikongkong di bawah kekuasaan penjaganya, sama ada bapa atau datuknyaatau sebagainya yang diistilahkan sebagai 'Peter Families'. Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan, malahan boleh menghalau wanita itu keluar rumah, atau menjualnya tanpa pembelaan undang-undang untuk mereka. Lebih dari itu, hak hidup bagi seseorang wanita boleh

ditentukan oleh penjaganya. Demikian menurut Profesor Dr Ali Abdul Wahid Wafi dalam kitabnya 'Al-Mar atu fi al-Islam' iaitu selepas berkahwin wanita berubah ilik daripada bapanya kepada suaminya dan terputuslah hubungan dengan keluarga asalnya. Suami pula berhak mengisikan tempat yang dikosongkan oleh bapanya dalam tindak tanduknya terhadap wanita itu.

(8)

Jelaslah di sini bahawa wanita pada kedua-dua zaman tersebut berada dalam keadaan yang menyedihkan.

Duni sekarang sangat berbeza dengan dunia 100 tahun yang lalu kerana wujudnya kemajuan perhubungan kenderaan, sains dan teknologi yang menjadikan ratusan negara di dunia sekarang memerlukan wanita untuk memenuhi kerjaya. Setelah kaum wanita di Barat dan negara-negara yang sealiran dengannya keluar bekerjamencari sara hidup, pihak kapitalis mengambil peluang menggunakan tenaga wanita di kilang-kilang

perusahaan dan perindustrian, kerana tenaga mereka lebih murah daripada tenaga lelaki sedangkan kaum lelaki meminta gaji yang lebih.

Wanita barat dan wanita timur menuntut hak demokrasi dan hak persamaan dengan lelaki dan yang terpenting sekali ialah persamaan gaji untuk makan dan hidup. Di samping itu hendaklah diinsafi bahawa barat mengutamakn perempuan dalam bidang-bidang pekerjaan yang tertentu terutama di

gedung-gedung perdagangan, kedai solek dan pakaian, di kedutaan, pejabat Konsul, di gedung akhbar, radio dan televisyen, di syarikat iklan, bank dan sebagainya mempunyai tujuan udang di sebalik batu iaitu hendak melariskan perniagaan dengan menggunakan tenaga wanita yang murah.

Hakikat ini sama dengan sikap sesetengah akhbar atau majalah yang memuatkan gambar-gambar perempuan yang jelita atau gambar yang

Referensi

Dokumen terkait

Penyebab kemajuan perkembangan matematika di negara- negara Islam pada abad pertengahan adalah terciptanya semangat mencari ilmu dari masyarakat muslim dengan

Sesungguhnya pemberontakan penduduk Indramayu yang dipimpin oleh para kebagusan adalah wujud ekspresi antipemerintah pribumi (Indramayu dan Cirebon), Hindia Belanda, dan

Kerajaan Frank semakin besar pada tahun 768-814 pada pemerintahan Karel Agung, Paus dihormati sebagai warga pertama dari kerajaannya, tetapi tidak diberi kuasa mencampuri

Gelap juga dianggap sebagai tidak adanya prospek yang jelas bagi masyarakat Eropa. Keadaan ini merupakan wujud kekuasaan.. agama, yaitu gereja Kristiani yang

dapat dikesan strategi pengurusan konflik tingkah laku bersaing yang digunakan oleh watak perempuan dalam cerita yang bekerja bersama-sama seorang budak lelaki yang merupakan

Pada Abad Pertengahan Awal, banyak orang yang menganggap bahwa mereka masih berada di Kekaisaran Romawi dan masih sebagai orang Romawi, bahkan banyak pasukan yang menyerbu

Menemukan tanda-tanda yang bersifat simbolik, ikonik, dan indeksial pada Captain America: The First Avenger yang menunjukan Amerika melakukan propaganda melalui film

Firman Allah s.w.t: Maksudn ya: Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki dan perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya karni akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik,