Mata Pelajaran Matematik
Objektif Pembelajaran Menyelesaikan masalah harian melibatkan peratusan Hasil Pembelajaran Di akhir PdP, pelajar akan dapat menyelesaikan
masalah harian yang melibatkan peratusan. Pengetahuan Sedia Ada Pola dan urutan nombor, peratusan
Catatan Soalan:
Seorang penghidap penyakit kencing manis menerima suntikan insulin sebagai rawatan untuk menurunkan aras glukos dalam darah. Insulin di dalam tubuhnya akan beransur-ansur berkurang selepas suntikan diambil. Selepas setiap satu jam, hanya 60% daripada insulin tersebut yang masih aktif. Perkara ini
berulang pada akhir setiap jam. Andaikan pesakit itu diberi satu dos suntikan 300 pmol/L insulin pada pukul 7.00 pagi setiap hari.
Jadual dibawah menunjukkan jumlah insulin yang masih aktif dalam darah wanita tersebut bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kira jumlah insulin yang masih aktif dalam darah wanita tersebut dan lengkapkan jadual.
Masa 7.00 am 8.00 am 9.00 am 10.00 am 11.00 am
Insulin
(pmol/L) 300 38.88 23.3
Penyelesaian : Jawapan D Jumlah insulin yang masih aktif. Selepas 1 jam pertama
300 x 60% = 180.00 pmol/L Jam kedua
180 x 60% = 108.00 pmol/L Jam ketiga
108 x 60% = 64.80 pmol/L Jam keempat
64.8 x 60% = 38.88 pmol/L