• Tidak ada hasil yang ditemukan

ContohMembuat Kertas Kerja penubuhan Pancaragam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ContohMembuat Kertas Kerja penubuhan Pancaragam"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan jika di sekolah kertas ini dibuat untuk tujuan penubuhan persatuaan-persatuan besar dan memerlukan modal yang banyak contohnya Persatuan Pancaragam. Kertas kerja ini perlu disusun dengan kemas dan mempunyai isi-isi yang lengkap supaya dapat menarik perhatian dan sokongan daripada pentadbir sekolah khususnya pengetua. Oleh yang demikian kertas kerja ini harus dirancang dengan rapi dan tidak mempunyai banyak masalah daripada pelbagai aspek penulisan. Dalam membina sesebuah kertas kerja, kita juga harus melihat dari sudut bahasa dan struktur ayat. Hal ini amat membantu dalam penyampaian dan memudahkan pembaca memahami isi yang ingin disampaikan. Sebelum membuat kertas kerja kita harus memikirkan banyak perkara yang terdiri daripada persoalan-persoalan yang dapat membantu memperkembangkan hujah dan menyokong kertas kerja tersebut. Antara persoalan-persoalanya adalah seperti berikut :

1.1 Tanamkan dalam diri kita bahawa kita merupakan penilai kertas kerja ini, jadi pilihlah idea yang belum pernah dikerjakan atau idea yang merupakan pengembangan daripada penelitian sebelumnya atau idea yang kreatif dan menarik. Banyakan pembacaan literatur untuk mendapatkan idea ini, yang pasti sesuaikan dengan minat dan bidang kita.

1.2 Tuliskan dokumen yang mana akan memberikan pengaruh yang kuat bagi pembaca dengan menuliskannya secara jelas dan terstruktur sehingga pesan/idea yang kita tuliskan dapat difahami dengan mudah.

1.3 Secara dasarnya kertas kerja boleh menjawab 3 pertanyaan besar seperti berikut :

(2)

1.3.1 Apakah jenis projek yang akan kita kerjakan.

1.3.2 Mengapa penelitian ini penting untuk dikerjakan, dengan kata lain langkah apa yang boleh kita berikan dengan adanya penelitian ini

1.3.3 Proses-proses apa yang kita kerjakan untuk menyelesaikan masalah ini, boleh disebut dengan metodology, gambaran sistem, teknologi ataupun konsep yang kita gunakan, dan lain-lain.

2.0 SUSUNAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENULISAN KERTAS KERJA Aspek susunan dan langkah penulisan kertas kerja merupakan salah satu faktor yang memungkinkan sesebuah kertas kerja itu diterima atau tidak. Hal ini kerana susunan dan langkah-langkah yang teratur merupakan faktor utama membantu penilai memahami sesebuah kertas kerja. Barbara Fine Clouse dalam buku beliau bertajuk ‘ Patterns For A Purpose’, beliau juga menyatakan bahawa untuk menulis sesuatu penulisan kita harus mengikut prosedur yang betul. Setelah saya membuat sedikit pembacaan dan carian melalui pusat sumber dan laman web serta blog saya telah menjumpai susunan dan langkah-langkah yang baik untuk penulisan kertas kerja. Oleh yang demikian saya menggunakan bahan yang saya ambil daripada http://www.eastchance.com/howto/res_prop.asp dan sebuah buku yang bertajuk Kaedah Penyelidikan Dan panduan Penulisan (Esei, Proposal,Tesis). buku tersebut ditulis oleh Dr Sulaiman Masri yang merupakan seorang pensyarah. Susunan yang dipersetujui dan sesuai digunakan adalah seperti berikut :

(3)

2.1 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan merupakan fokus utama yang menceritakan tentang persoalan ‘kenapa’ kertas kerja ini dibuat dan merupakan pendahuluan kecil kepada kertas kerja ini. Biasanya ditulis dengan ringkas dan tepat. Contoh tujuan bagi kertas kerja Penubuhan Persatuan Pancaragam SMK Murka Di Raja ialah :

2.2 PENDAHULUAN KERTAS KERJA

Pada bahagian ini kita akan menceritakan tentang latar belakang daripada aspek sejarah dan isu-isu yang timbul serta permasalahan yang akan dihadapi. Pendahuluan bolehlah dikatakan sebagai muka dan kepala kepada kertas kerja yang dihasilkan. Oleh yang demikian kita harus menulisnya dengan ringkas padat dan boleh menarik pembaca untuk terus berminat kepada kertas kerja tersebut. Contoh pendahuluan dan latar belakang untuk penubuhan Persatuan Pancaragam SMK Murka Diraja Adalah seperti berikut :

2.1.1 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir SMK Murka Di Raja bagi menubuhkan Persatuan Pancaragam dan memohon dana untuk membeli kelengkapan persatuan pancaragam.

(4)

2.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KERTAS KERJA

Dalam bahagian ini, kita akan menceritakan tentang matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam persatuan pancaragam. Hal ini perlu ditulis dengan berhati-hati kerana ia merupakan perkara yang sangat dititik beratkan dan harus dicapai oleh pemohon. Justeru, setiap objektif haruslah logik dan bertepatan dengan tahap pelajar. Contoh matlamat dan objektif yang sesuai adalah seperti berikut :

2.2.1 PENDAHULUAN

Kokurikulum yang melibatkan muzik contohnya persatuan pancaragam mempunyai perkaitan yang jelas terhadap pembentukan modal insan dan semangat perpaduan antara kaum. Hal ini telah dijelaskan dengan nyata dalam laporan Jawatankuasa Kabinet (1980), yang mengkaji dasar pelajaran (1979), yang menyebut bahawa penubuhan kelab atau persatuan beruniform seperti pasukan pancaragam sekolah adalah penting untuk menanamkan semangat perpaduan berbilang kaum. Perkara ini turut disokong oleh Noraidah Bt Mohammad Kasran (1988) yang mendapati aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni, bahasa dan pengalaman amali. Oleh yang demikian, aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 mampu dicapai melalui aktiviti kokurikulum berbentuk Muzik.

(5)

2.4 SPEKSIFIKASI ALATAN 2.3.1 MATLAMAT

Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan inti- pati falsafah pendidikan negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani,dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan Persatuan Pancaragam sebagai medium penting untuk menjadi sumber modal insan yang berupaya mencapai matlamat WAWASAN 2020 yang menjadi impian negara Malaysia.

2.3.2 OBJEKTIF

Objektif bagi persatuan pancaragam terbahagi kepada dua iaitu :

a) Objektif bukan muzikal

i) Meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang maksimum ii) Melatih semangat bekerja secara berkumpulan

iii) Mewujudkan budaya toleransi sesama ahli

iv) Melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin yang baik v) Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang disertai

b) Objektif Muzikal

i) Menguasai kemahiran membaca notasi muzik dengan baik ii) Dapat mengenal pelbagai alat muzik dengan lebih dekat dan berupaya bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik.

iii) Dapat memainkan lagu dalam pelbagai stail muzik iv) Dapat mengenali aspek intonasi, adunan dan karektor

bagi setiap alat untuk mewujudkan satu pasukan pancaragam yang cemerlang.

(6)

2.4 SPEKSIFIKASI ALATAN

Pada bahagian ini kita perlu menjelaskan tentang keperluan untuk menubuhkan persatuan pancaragam. Dalam bahagian ini juga kitaharus menyatakan dengan teperinci tentang peralatan yang diperlukan khususnya alat-alat muzik. Pada bahagian ini juga kita perlu menyenaraikan barang-barang yang diperlukan dengan jelas.

2.4.1 SENARAI ALATAN

Bil. Nama alatan muzik

Bilangan Yang Diperlukan

1. Picolo 2 unit

2. Flute 4 unit

3. Bb Clarinet 8 unit

4. Alto Saxophone 4 unit

5. Tenor Saxophone 2 unit

6. Bb Trumpet 16 unit

7. Alto Horn 6 unit

8. Tenor Trombone 6 unit

9. Baritone / Euphonium 4 unit

10. Tuba 4 unit

11. Marching Bell 2 unit

12. Cymbal 2 unit

13. Snare Drum 4 unit

14. Bass Drum 18 inci 1 unit

15 Bass Drum 20 inci 1 unit

16 Bass Drum 22 inci 1 unit

17 Bass Drum 24 inci 1 unit

18 Trio / Quad Tom 2 unit

19 Note Stand 40 unit

Jumlah 110 unit

Rujukan : En. Azharuddin Bin Abdul Shukor ( Jurulatih Pancaragam )

(7)

Dalam bahagian ini, kita harus menyenaraikan secara ringkas tentang jadual aktiviti yang akan dilakukan. Dalam bahagian ini juga kita harus menetapkan takwim aktiviti yang akan dilakukan persatuan pancaragam sepanjang enam bulan pertama. Hal ini akan menunjukan betapa seriusnya kita sebagai guru pebimbing pancaragam.

2.5.1 TENAGA PENGAJAR

a) Sekurang-kurangnya 2 orang jurulatih akan mengendalikan latihan bagi setiap sesi latihan.

b) Untuk permulaan, 2 orang jurulatih atau lebih adalah diperlukan bagi mengendalikan latihan yang berbentuk kumpulan, iaitu: woodwind, brass dan perkusi.

c) Tenaga pengajar adalah terdiri daripada jurulatih dan pakar dalam bidang masing-masing.

d) Bayaran saguhati adalah sebanyak RM100 sejam untuk seorang tenaga pengajar.

2.5.2 LATIHAN

Sesi latihan akan dijalankan seminggu dua kali. Satu sesi latihan akan mengambil masa dua jam. Salah satu daripada sesi latihan akan diambil alih oleh tenaga pengajar luar yang berpengalaman.

2.5.3 BAHAN MENGAJAR

Penggunaan buku latihan amali daripada Yamaha. Hal ini kerana buku tersebut sangat sesuai digunakan oleh pelajar yang baru mengenali alat muzik serta buku itu juga mudah didapati dalam pasaran.

2.5.4 PERANCANGAN LATIHAN 6 BULAN PERTAMA

(8)

Januari 1. Pengenalan asas dan pengendalian alatan muzik. 2. Pengenalan asas kawad

kaki.

3. Pengenalan asas teori muzik.

Februari 1. Pelajar boleh memainkan beberapa not terdiri dari skel C Major dan Bb Major.

2. Pelajar dapat bermain secara seksyenal dalam bentuk unison.

3. Pengenalan asas kawad formasi.

Mac 1. Pengenalan bermain secara ensemble.

2. Pengenalan perisian komputer untuk tujuan formasi

3. Pengenalan membuat formasi menggunakan carta.

Pelajar dapat menguasai skel C Major dan Bb Major secara ensemble.

April 1. Bermain sebuah lagu mudah secara ensemble.

2. Berkawat bersama peralatan muzik.

3. Latihan pengukuhan dan ulangkaji pelajaran terdahulu.

Pelajar sudah menguasai

pengendalian alat untuk berkawat.

Mei 1. Bermain secara ensemble dan tambahan sebuah lagu baru. 2. Teknik tiupan diperbaiki dari

masa ke semasa bagi tujuan pengukuhan.

Bagi setiap sessi latihan, pengukuhan kepada teknik tiupan dan permainan akan di titikberatkan.

(9)

Pentadbir Penolong Kanan Ko-Kurikulum Guru Penasihat Pen. Presiden Perkusi Presiden Penyelaras Pasukan Beruniform Ketua Disiplin Quatermast er Uniform Ketua Bendahari Ketua Kebajikan Setiausah a Ketua Seksyen Ketua Perpustaka an Tiup Kayu Brass Jurulatih 3. Pelajar dapat menguasai skel

G Major. Jun

1. Tambahan lagu bagi tujuan persembahan.

2. Latihan pengukuhan.

3. Persiapan persembahan secara terbuka.

4. Penilaian tahap kecekapan.

Pasukan pancaragam bersedia mengadakan persembahan di hadapan warga sekolah Penilaian tahap kecekapan dari segi permainan alat dan kawad akan dijalankan.

2.6 CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI

Carta organisasi merupakan satu perkara yang penting dan harus dibuat untuk melancarkan perjalanan sesuatu persatuan khususnya persatuan pancaragam. Oleh yang demikian, carta organisasi juga harus dibuat dengan tetiti dan melantik ahli yang layak untuk memegang jawatan didalamnya. Hal ini bertujuan segala objektif yang ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan sempurna. Contoh bagi carta organisasi untuk persatuan pancaragam adalah seperti di bawah :

(10)

3.0 PENUTUP

Penutup merupakan perkara yang paling akhir ditulis dalam sesebuah penulisan. Penutup biasanya mengandungi kesimpulan daripada perkara yang dibincangkan. Menurut Sulaiman Masri bahagian kesimpulan atau penutup biasanya terdiri sama dengan perengan pengenalan iaitu terdiri daripada satu perengan utama dan jika perlu bolehlah ditautkan dengan satu perengan tambahan lain tetapi lebih pendek. Kesimpulan esei ini mengandungi instisari kesemua idea yang dipaparkan dalam perenggan sesautu esei. Nyatakan mengapa anda sampai kepada suatu kesimpulan. Nyatakan harapan anda dan tegaskan pendirian anda dengan maksud mempengaruhi pembaca menerima pandangan dan hujahan.

3.1 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Pancaragam SMK Murka Diraja merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam persatuan pancaragam mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat ‘SATU MALAYSIA’ dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan persatuan pancaragam ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja

(11)

BIBLIOGRAFI

Barbara Fine Clouse 2004. Patterns For A Purpose A Rhetorical Reader , Mc Graw-hill Componies, Amaricas, New York.

Sulaiman Masri .2003. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esai,proposal,tesis) SANON PRINTING CORPORATION SDN BHD. Sg Besi Kuala Lumpur

Zaharul Lailiddin Saidon, Omar bin Baharuddin, Sajastanah bin Imam Koning. Peranan Kegiatan Kurikulum Muzik Instrumental Di sekolah Dalam Konteks Pembangunan Modal Insan. Fakulti Seni Dan Muzik. Tanjung Malim. Perak.

(12)

http://www.scribd.com/doc/4973859/Format-kertas-kerja disunting pada 28.8.09 pada 1.00 am.

http://www.scribd.com/doc/4973547/KERTAS-KERJA-CYBER-CAFE disunting pada 28.8.09 pada 1.00 am.

http://metos2004.tripod.com/penulisanlaporan.htm disunting pada 28.8.09 pada 1.00 am

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mendapatkan kualitas parameter kertas seni seperti warna, kenampakan serat dan tekstur yang disukai, serta kuantitas fisik kertas seni seperti kekuatan tarik, dan

Untuk mendapatkan kualitas parameter kertas seni seperti warna, kenampakan serat dan tekstur yang disukai, serta kuantitas fisik kertas seni seperti kekuatan tarik, dan

Alasan dipilihnya pendekatan SLR dalam penulisan artikel ini adalah, karena tujuan dari penulisan artikel adalah untuk mendapatkan bukti-bukti empirik yang mendukung paradigma

Kompetensi informasi penguat di pengaruhi oleh beberapa faktor;  Relevansi, bukti audit harus berkaitan dengan tujuan audit.  Sumber, bukti audit yang berasal dari sumber di

dilakukan apabila pekerjaan telah selesai dikerjakan, review di tekankan pada pekerjaan apa yang dilakukan, bukti yang di peroleh, dan kesimpulan yang di capai oleh pembuat

Tujuan dari pekerjaan lapangan adalah mengumpulkan bukti-bukti yang diperlukan untuk membuat opini audit.. Pengumpulan bukti tersebut harus sesuai dengan prosedur

14.2 Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang

bukti/dokumen pendukung yang dikumpulkan, metode penelitian dan analisis yang dilakukan dalam rangka memenuhi tujuan audit, dan kesimpulan yang diperoleh, serta