• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Cara dan Gaya Hidup dalam Kewuj

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Cara dan Gaya Hidup dalam Kewuj"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH CARA DAN GAYA HIDUP DALAM KEWUJUDAN BUDAYA BENDA ORANG ULU

INFLUENCES OF LIVELIHOOD AND LIFESTYLE IN THE EXISTENCE OF MATERIAL CULTURE OF ORANG ULU

Abstrak

Orang Ulu terkenal dengan penghasilan budaya benda yang menjadi identiti mereka yang unik. Kajian ini memfokuskan bagaimana kepelbagaian budaya benda yang wujud dalam kalangan masyarakat Orang Ulu banyak dipengaruhi oleh cara dan gaya hidup mereka. Makalah ini memaparkan budaya benda yang wujud dalam kehidupan dua kelompok Orang Ulu pada masa dahulu di Belaga iaitu kelompok yang menjalani kegiatan bertani dan kelompok nomad yang berburu dan mengumpul hasil hutan sebagai kegiatan sarahidup perdana. Tumpuan utamanya ialah untuk membuat perbandingan cara dan gaya hidup antara dua kelompok ini yang sekaligus yang menyokong kewujudan kepada kepelbagaian budaya benda dalam kehidupan mereka.

Kata kunci: budaya benda, Orang Ulu, cara hidup, gaya hidup, kepelbagaian benda

Abstract

Orang Ulu is known for the production of cultural materials that reflect the wealth to their unique identity. The aim of this study is to focus on how the diversity of cultural objects that exist among the Orang Ulu influenced by their livelihood and lifestyle. Comparison of these two groups of Orang Ulu, the farmers and nomadic hunters gatherers living in the past in Belaga is to verify that different livelihood and lifestyle do affect the diversity of material culture among these communities.

(2)

Pendahuluan

Orang Ulu yang mendiami Ulu Belaga, Sarawak di Borneo dahulunya terbahagi kepada dua kelompok masyarakat berdasarkan cara dan gaya hidup mereka. Selato [1] mengkategorikan dua kumpulan ini kepada petani yang terdiri daripada Kayan dan Kenyah, manakala satu lagi kumpulan ialah kumpulan nomad yang menjalani kehidupan berpindah-randah dan bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan untuk hidup. Kumpulan ini terdiri daripada masayarakat Penan, Punan dan Bhukat. Makalah ini akan membincangkan benda- benda budaya yang wujud dalam dua kelompok masyarakat Orang Ulu ini secara berasingan, tidak bertujuan untuk menimbulkan isu berkaitan diskriminasi antara kelompok tetapi sebagai asas perbandingan yang akan menyokong sejauhmana perbezaan ini menjadi faktor utama yang mempengaruhi kewujudan budaya benda dalam masyarakat. Ini adalah kerana keperluan dan kepentingan sesuatu benda berkait rapat dengan cara hidup dan gaya hidup mereka yang merangkumi rutin harian, corak penempatan, kegiatan sarahidup, organisasi sosial, kepercayaan dan budaya secara keseluruhannya. Gambarajah 1 menunjukkan perincian corak penempatan, kegiatan sarahidup dan organisasi sosial yang diamalkan dalam kedua-dua kelompok komuniti Orang Ulu.

Gambarajah 1 Kategori Orang Ulu

Orang Ulu

Penan & Bhukat Nomad Bertani & Memelihara Ternakan Berburu & Mengumpul Hasil Hutan Egalitarian Kayan & Kenyah

(3)

Kayan dan Kenyah Pola Penempatan

Kayan dan Kenyah mendiami rumah panjang yang lazimnya dibina berhampiran dengan sungai. Keunikan rumah panjang terletak kepada struktur pembinaannya. Struktue binaannya menyerupai senibina rumah kayu bertiang biasa tetapi bilik-biliknya disusun sejajar secara melintang menjadikannya satu struktur yang sangat panjang sehingga jumlah biliknya mencecah angka ratus untuk satu rumah. Asasnya, setiap bilik mempunyai ruangan tertentu seperti dapur, ruang makan dan rehat serta sudut untuk tidur yang susunaturnya ditentukan oleh penghuni bilik. Ruang anjung di sepanjang bahagian depan setiap bilik merupakan kawasan umum untuk setiap penghuni mengadakan rutin harian seperti menganyam tikar, malah ruang bagi setiap keraian dan upacara ritual.

(4)

Gambar 1 Pelbagai perkakas disusun di sepanjang dinding anjung (Sumber: Hose dan McDougall, 1912)

Dapur juga merupakan satu srtuktur yang penting dalam setiap bilik Orang Ulu, bukan sahaja untuk memasak sebagai fungsi utamanya, tetapi ia juga merupakan satu struktur ruang letak bagi alat dan kelengkapan bilik tersebut. Dapur dibina bertingkat-tingkat sehingga empat tingkat dengan setiap tingkat digunakan untuk memasak, menyalai ikan atau daging, menyusun kayu api dan meletak barangan seperti periuk belanga.

Gambar 2 Dapur tradisional Orang Ulu (Sumber a: Muzium Sarawak, b: Koleksi penulis)

Mereka juga menghasilkan bakul seperti bumput, itung dan krien yang masing-masingnya untuk menyimpan salai ikan atau daging, senduk dan biji benih yang diletakkan di para-para atau digantung pada tiang dapur. Keadaan dapur yang berasap dan panas dapat menghindari makanan yang telah dimasak atau disalai daripada serangga seperti lalat dan semut. Malah keadaan panas

(5)

dan kering ini juga dapat menghindari biji benih daripada rosak sekaligus memanjangkan jangkahayatnya.

Kegiatan Sarahidup

Paten sarahidup masyarakat Kayan dan Kenyah tertumpu kepada bidang pertanian yang kebanyakannya mereka menanam padi bukit dengan membakar satu-satu kawasan untuk bercucuk tanam dan berpindah ke kawasan yang lain apabila tanah menjadi kurang subur untuk satu tempoh tertentu. Kegiatan pertanian telah menjadi satu aktiviti kendiri yang amat penting bagi masyarakat Kayan dan Kenyah pada masa dahulu [2]. Malah kegiatan ini masih lagi menjadi satu kegiatan ekonomi pada masa sekarang walaupun ramai masyarakat Kayan dan Kenyah banyak menceburi sektor ekonomi yang lain seperti keusahawanan dan dalam sektor awam. Pertanian, terutamanya dalam aktiviti penanaman banyak menyumbang kepada kewujudan budaya benda dalam masyarakat Kayan dan Kenyah. Budaya benda ditafsirkan sebagai benda-benda yang dibuat, dicipta oleh manusia bagi memudahkan aktiviti harian dalam kehidupan sesuatu kelompok masyarakat [3]. Hasil buatan ini sering kali dikaitkan dengan cerminan kepada intektual dan teknologi yang dikuasi oleh sesuatu masyarakat yang menghasilkan sesuatu benda tersebut pada satu-satu masa [3].

(6)

Pada musim menuai, alat seperti yuh keluno (ketam padi) dan ingen (bakul menuai) pula diperlukan. Proses menjemur, mengangin, menumbuk dan menyimpan padi masing-masingnya memerlukan benda atau peralatan yang lain pula seperti pat (tikar) , tapan (nyiru), lasung dan aluo (lesung dan alu) dan lepo ok (rumah menyimpan padi). Dapat dilihat di sini bahawa, Orang Ulu menghasilkan sesuatu benda yang mempunyai fungsi spesifik untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Mereka memanfaatkan sumber-sumber tempatan yang terdapat di persekitaran mereka seperti rotan yang banyak terdapat di kepulauan Borneo. Rotan di Sarawak merupakan antara tumbuhan semulajadi terkaya daripada segi kepelbagaian dan populasinya di dunia [4]. Ini adalah satu penyebab utama mengapa rotan digunakan dengan begitu meluas dalam penghasilan budaya benda seperti bakul dan tikar dalam golongan Orang Ulu. Selain itu, sifat rotan yang kuat, kukuh, tahan lama dan senang lentur membolehkan bahan ini dianyam dalam pelbagai bentuk selain dapat memenuhi keperluan fizikal, mekanikal dan kualiti estetika untuk satu-satu fungsi yang diperlukan.

(7)

Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mengenali jenis bahan mentah yang diperlukan, penyediaan bahan, teknik pembuatan dan penghasilan motif dan paten yang dipelajari daripada nenek-moyang diteruskan kepada generasi yang seterusnya. Maka tradisi pembuatan dan penggunaan benda-budaya benda ini akan berterusan selama mana satu-satu masyarakat itu masih menjalani kehidupan yang sama.

Stratifikasi Sosial

Stratifikasi sosial ialah susun lapis kelas dalam satu-satu masyarakat yang membawa kepada pembentukan strata. Pada masa dahulu, masyarakat Kayan dan Kenyah adalah antara kelompok yang mengamalkan budaya strata di Borneo [5, 6]. Dalam komuniti mereka, strata melambangkan darjat dan status kemewahan seseorang individu atau sebuah keluarga. Amalan ini dimanifestasikan dalam bentuk budaya benda yang mereka hasilkan dan gunakan. Seperti ba’, (alat untuk mengendong bayi) ia menggunakan elemen-elemen tertentu bagi memaparkan strata bayi dan pembuatnya [5,7,8].

Gambar 4 Motif hudoq kelunan yang lengkap padaba’dan ajat (Sumber: koleksi penulis)

(8)

Elemen-elemen perhiasan tambahan umpamanya manik, taring binatang seperti harimau atau beruang yang dianggap barangan tinggi nilai dalam masyarakat ini juga digunakan dalam pembuatan ba’. Strata lain yang lebih rendah iaitu hepui dan panyin adalah dilarang untuk menggunakan sebarang motif yang berkaitan dengan golongan paren kerana menurut kepercayaan mereka, penggunaannya akan mengundang padah atau tulah.

Dalam upacara pertunangan atau perkahwinan, Kayan dan Kenyah mengamalkan adat atep hawa tebuko iaitu adat pertunangan dan perkahwinan yang menentukan barangan hantaran yang perlu disediakan oleh pihak lelaki kepada bakal tunang atau isteri berdasarkan strata. Maren Uma (tuan rumah panjang) akan menentu dan membacakan senarai barangan hantaran kepada rombongan lelaki untuk dibawa pada hari perkahwinan atau pertunangan kelak. Seseorang lelaki yang akan mengahwini perempuan yang berketurunan maren contohnya harus menyediakan benda-benda wajib berikut sebagai hantaran berdasarkan perintah yang termaktub dalam adat atep hawa tebuko, Kayan-Kenyah Seksyen 92:

1. Ji (1) Lavong Kering Kirip Lama (topi pahlawan)

2. Ji (1) Sunong Lato (baju pahlawan) 3. Ji (1) Malat Buk (parang berambut) 4. Ji (1) Bah Kabo Inu (sirat)

5. Ji (1) Bakin (lembing)

6. Ji (1) Kelibet Kalung (perisai) 7. Ji (1) Agung Luyang (gong) 8. Ji (1) Tawak (tawak)

9. Ji (1) Tabin Inu (tikar burit)

(9)

Bukan sahaja dalam upacara perkahwinan, masyarakat Kayan dan Kenyah juga turut mengutamakan strata dalam upacara pengkebumian. Salong (Gambar 6) iaitu satu stuktur kayu seperti kotak dan berbumbung dibina untuk menyimpan segala benda milik si mati dalam kalangan Kayan dan Kenyah (Langub, 1989). Salong diukir dengan motif hudoq (figura manusia) atau aso (haiwan) bersesuaian dengan status si mati.

Gambar 7 Barangan kubur Orang Ulu (Sumber: koleksi penulis)

Gambar 6 Salong kaum Kenyah (Sumber: Muzium Sarawak)

Barangan kubur (Gambar 7) merupakan antara barangan berharga atau barangan yang pernah digunakan oleh simati ketika masih hidup. Lavung lake’ (topi lelaki), selepa (bekas tembaga), malat (parang) dan ta’a (kain manik) adalah antara barangan kubur bagi seorang lelaki yang disimpan di dalam salong.

(10)

Tradisi Menghisap Tembakau dan Makan Sirih

Menghisap rokok tembakau dan makan sireh adalah sebahagian daripada tradisi masyarakat Kayan terutamanya. Justeru itu, pelbagai benda dihasilkan dalam menyokong kewujudan tradisi ini secara langsung. Ini termasuklah telesan (papan landas) dan haleng (alat memotong tembakau).

Gambar 8 Memotong daun tembakau menggunakan haleng dan telesan (Sumber: koleksi penulis)

Tembakau dan sirih ditanam di kebun atau di sekitar rumah panjang. Haleng adalah buluh yang dipotong berbentuk seakan-akan pisau, ada bahagian pemegang dan mata pisau. Mata pisau haruslah diraut pada masa ke semasa agar sentiasa tajam supaya tembakau dapat dihiris halus dan sempurna. Daun tembakau yang telah dihiris dijemur sehingga kering sebelum dapat digunakan. Pucuk pisang hutan muda telah dikeringkan digunakan untuk membalut tembakau.

(11)

Sirih, pinang, kapur mudah kering apabila dibiarkan dalam keadaan yang terdedah dan ini menjejaskan rasanya maka perlu ada satu bekas untuk menyimpan untuk mengekalkan kesegarannya. Sirih digulung di dalam balutan upih pinang dan disimpan rapi di dalam bekas untuk mengelakkannya daripada cepat kering.

Gambar 10 Pelbagai bekas untuk menyimpan tembakau dan sirih pinang (Sumber: koleksi penulis)

Pelbagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan bekas tembakau dan sirih pinang termasuklah tembaga, kulit kayu, manik dan rotan mengikut citarasa tersendiri. Pada masa dahulu, barangan tembaga diperolehi dari Brunei diakui Orang Ulu sebagai hasil tangan tembaga yang terbaik pada ketika itu [9].

(12)

Penan dan Bhukat:

Kehidupan Nomad, Berburu dan Mengumpul Hasil Hutan

Kebergantungan terhadap hasil hutan semata-mata, terutama pada pokok nipah yang menghasilkan sagu iaitu makanan ruji bagi kelompok masyarakat Penan dan Bhukat menyebabkan mereka menjalani hidup berpindah-randah mengikut keberadaan pokok tersebut. [10.11]. Apabila sumber pokok nipah berkurangan, mereka akan berpindah lagi ke kawasan lain yang bernipah. Cara hidup nomad inilah yang menghalang mereka daripada mempunyai kepelbagaian budaya benda seperti masyarakat Kayan dan Kenyah. Budaya benda mereka walau bagaimanapun wujud berdasarkan gaya hidup berburu dan mengutip hasil hutan. Keleput (batang sumpit), teluk langan dan urung (bekas menyimpan peralatan sumpit) serta nyatep (lembing) merupakan peralatan utama berburu. Serut iaitu bakul rotan di sandang di bahu untuk menyimpan daun rokok dan tembakau juga turut dibawa ketika berburu. Tikar burit (cawat) yang diikat pada pinggang amat praktikal bagi mereka yang hanya memakai sirat di mana tikar ini akan digunakan sebagai lapik ketika duduk di dalam hutan.

Gambar 11 (a) Kelengkapan berburu dan (b) duvok (Sumber: Muzium Sarawak)

(13)

Kemahiran kaum Penan dan Bhukat berburu di dalam hutan juga meliputi pengetahuan mereka dalam mengenal pasti tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan, bahan untuk membuat kraftangan, untuk tujuan perubatan dan tumbuhan beracun [1]. Contohnya, racun ipoh yang diperolehi daripada pokok ipoh digunakan pada hujung anak sumpit manakala tuba pula digunakan sebagai satu kaedah menangkap ikan di sungai.

Apabila jerat atau sumpit berjaya memperolehi mangsa dan tiada bakul dibawa pada ketika itu, kumpulan nomad ini akan memanfaatkan kemahiran mereka untuk menghasilkan duvok (Gambar 11b). Duvok adalah alat membawa hasil buruan diperbuat daripada akar-akar, kayu dan daun. Kekuatan duvok yang digalas di bahu mampu membawa seekor babi hutan dan rusa.

Gambar 12 (a) Mengumpul hasil hutan dan (b) proses membuat sagu (Sumber: Muzium Sarawak)

Tradisi Makan Sagu

Banyak juga budaya benda kelompok Orang Ulu yang menjalani kehidupan nomad wujud daripada cara hidup mereka yang memakan sagu. Benda-benda ini meliputi alat memproses tepung sagu seperti baguk, jekan, selauk dan ketagan. Manakala belak dan keletang pula alat

(14)

yang digunakan untuk memasak dan memakan sagu. Mereka juga menggunakan bakul khas yang dianyam daripada rotan untuk menyimpan belak dan keletang, iaitu itung.

Gambar 13 (a) Selauk (b) Belak dan Itung (Sumber: koleksi penulis)

Malah, budaya benda seperti keletang dan tapuk digunakan secara simbolik dalam upacara perkahwinan dalam masyarakat mereka. Ini menunjukkan bahawa makan sagu bukan satu keperluan harian biasa malah ia telah diangkat menjadi satu budaya penting dalam kehidupan mereka.

Gambar 14 (a) Upacara perkahwinan kaum Penan (b) keletang dan tapuk (Sumber: Muzium Sarawak)

a b

a

(15)

Kesimpulan

Kewujudan kepelbagaian budaya benda dalam kalangan Orang Ulu dipengaruhi oleh cara dan gaya hidup mereka termasuklah corak penempatan, kegiatan sarahidup, sistem sosial dan adat tradisional. Sesetengah benda ini mungkin hanya dilihat sebagai benda utiliti yang digunakan dalam kehidupan harian, tetapi makna kewujudannya melangkaui kebiasaan bilamana ianya diangkat sebagai simbolik status, kepercayaan dan adat tradisi mereka. Sejajar dengan perubahan cara dan gaya hidup merekapada masa sekarang, pasti ianya juga akan mengubah kepelbagaian budaya benda tradisional Orang Ulu.

Bibliografi

[1] Sellato, B. (1994). Nomads of The Borneo Rainforest (S. Morgan, Trans.). Honolulu: University of Hawaii Press.

[2] Rousseau, J. (1977). Kayan Agriculture. Sarawak Museum Journal, 129-156.

[3] Prown, J. D. (1982). Mind in Matter: An Introduction to Material Culture Theory and Method. Winterthur Portfolio, 17(No. 1), 1-19.

[4] Dransfield, J. (1992). The Rattans of Sarawak: Royal Botanic Gardens, Kew and Sarawak Forest Department.

[5] King, V. T. (1985). Symbols of Social Differentiation: A Comparative Investigation of Signs, The Signified and Symbolic Meaning in Borneo. The Anthropos, 125-152. [6] Rousseau, J. (1990). Central Borneo Ethnic Identity and Social Life in A Stratified

Society. Oxford: Oxford University Press.

(16)

An Arbor.

[8] Whittier, H. L., & Whittier, P. R. (1989). Baby Carriers A Link Between Social and Spiritual Values Among the Kenyah Dayak of Borneo. Expedition, 30(No. 1), 51-58. [9] Hose, C., & McDougall, W. (1912). The Pagan Tribes of Borneo (Vol. 1 & 2).

Singapore: Oxford University Press.

[10] Langub, J. (1989). Some Aspects of Life of The Penan. Sarawak Museum Journal, XL (No. 61 New Series, Part III), 169-185.

Gambar

Gambar 1 Pelbagai perkakas disusun di sepanjang dinding anjung (Sumber: Hose dan McDougall, 1912)
Gambar 3 Pelbagai perkakas digunakan dalam memproses padi kepada beras (Sumber: Muzium Sarawak)
Gambar 4 Motif hudoq kelunan yang lengkap pada ba’ dan ajat (Sumber: koleksi penulis)
Gambar 5 Sebahagian barangan untuk hantaran kahwin (Sumber: Muzium Sarawak)
+7

Referensi

Dokumen terkait

PENGARUH PENERAPAN PROGRAM PEMBELAJARAN INDIVIDUAL TERHADAP PRESTASI BELAJAR BAHASA INDONESIA ANAK TUNALARAS KELAS IV DI SLB-E BHINA PUTERA SURAKARTA TAHUN 2013..

Area penyimpanan, persiapan, dan aplikasi harus mempunyai ventilasi yang baik , hal ini untuk mencegah pembentukan uap dengan konsentrasi tinggi yang melebihi batas limit

Puji syukur yang teramat dalam saya haturkan ke hadirat Allah SWT, atas limpahan rahmat dan karunia-Nya sehingga skripsi dengan judul “Pengaruh Kejelasan Sasaran Anggaran

Tabel 4.4.13.1 Korelasi Faktor Teknologi Pertanian Tiap SMA terhadap Persepsi Tentang Fakultas Pertanian & Bisnis. Faktor Teknologi Pertanian terhadap Persepsi Fakultas

Oleh itu, para ulama bersepakat bahawa permisalan anjing ‘aqur yang ada dinyatakan dalam hadith adalah untuk mengisyaratkan gelaran “fasiq” kepada semua haiwan sama

Berdasarkan tabel 4.2, nilai-nilai yang ada diberikan untuk variabel- variabel pada motor DC.Untuk memudahkan pemanggilan variabel, maka semua nilai dan variabel di atas

Kepala Seksi Pendaftaran Tanah dan Kepala Sub Direktorat Agraria atas nama Bupati atau Walikota Kepala Daerah menandatangani buku tanah tersebut dan menerbitkan salinan buku tanah

merupakan salah satu jenis ikan kakap yang banyak dicari oleh konsumen. sebagai bahan konsumsi masyarakat yaitu sebagai lauk-pauk harian