• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tatalaku Pembekal NXP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tatalaku Pembekal NXP"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Tatalaku

Pembekal NXP

NXP Semiconductors (“NXP”) merupakan sebuah syarikat dengan komitmen yang kuat terhadap tanggungjawab sosial. Kita percaya sebagai sebuah syarikat yang benar-benar mapan, kita memerlukan agar para pembekal kita turut menyertai kita dalam komitmen ini, berasaskan set nilai dan prinsip yang dikongsi bersama.

NXP berusaha mewujudkan hubungan saling memberi faedah dengan pembekal dan kontraktornya (“Pembekal”) dan berusaha memberikan peluang perniagaan kepada Pembekal yang komited untuk bertindak secara adil dan dengan integriti terhadap pemegang taruh mereka, mematuhi peraturan undang-undang yang berkaitan, dan menyokong serta menghormati hak asasi manusia yang diisytiharkan di peringkat antarabangsa.

NXP komited untuk memastikan bahawa keadaan bekerja di dalam rantaian bekalan NXP adalah selamat, bahawa pekerja dilayan dengan rasa hormat dan bermaruah, dan bahawa proses pengeluaran adalah bertanggungjawab daripada segi alam sekitar.

Pembekal NXP akan memberikan komitmen dalam semua aktiviti mereka, untuk beroperasi dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan dan aturan negara tempat mereka beroperasi. Melebihi perkara ini, Pembekal NXP akan mematuhi Tatalaku

Pembekal NXP ("Tatalaku") dengan menggunakan sistem pengurusan yang diterangkan di dalam dokumen ini.

Tatalaku Pembekal NXP adalah berdasarkan kepada Tatalaku NXP. Di beberapa tempat, Tatalaku Pembekal NXP lebih terperinci berbanding Tatalaku NXP, kerana standard NXP lain telah ditambah untuk menjadikannya lebih jelas dan untuk menggabungkan kemungkinan untuk menilai pematuhan Pembekal dengan Kod ini.

Tatalaku Pembekal NXP berpandukan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan tanggungjawab sosial dan alam sekitar. NXP mungkin melawat (dan/atau meminta pemantau luar melawat) kemudahan Pembekal untuk menilai pematuhan dengan Kod ini. Pelanggaran Kod ini boleh menyebabkan penamatan serta-merta hubungan dengan Pembekal NXP. Selain itu, sebarang pelanggaran seumpamanya boleh menyebabkan tindakan undang-undang. Kod ini menggunakan struktur dan mengandungi bahasa daripada Tatalaku Electronic Industry Citizenship Coalition® (EICC®), versi 4.0.

(2)

Standard yang diiktiraf, seperti Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR), standard yang dikeluarkan oleh organisasi seperti Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), Social Accountability International (SAI) dan Inisiatif Perdagangan Beretika (ETI), telah digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan Kod ini dan mungkin merupakan sumber berguna untuk mendapatkan maklumat tambahan (lihat Seksyen 7). NXP meluaskan Kod ini dengan menyimpan siri Standard yang terperinci yang menjelaskan harapan kita mengenai pematuhan.

Tatalaku Pembekal NXP bukan bertujuan untuk mewujudkan hak baru dan tambahan pihak ketiga, termasuk pekerja.

(3)

Standard bagi Hak Buruh dan Hak Asasi

Manusia

Pembekal komited untuk menegakkan hak asasi pekerja dan melayan mereka dengan bermaruah dan rasa hormat seperti yang difahami oleh komuniti antarabangsa. Ini digunakan kepada semua pekerja, termasuk pekerja sementara, migran, pelajar, kontrak, langsung, dan sebarang jenis pekerja lain.

Standard buruh adalah seperti berikut:

Pekerjaan Yang Dipilih Secara Bebas dan Pencegahan Buruh Bukan Sukarela dan Pemerdagangan Manusia

Pembekal tidak akan membawa masuk orang atau menggunakan sebarang bentuk buruh hamba, paksa, terikat, atau penjara. Ini termasuk pengangkutan, penyimpanan, perekrutan, pemindahan atau penerimaan orang dengan cara ancaman, paksaan, penculikan, penipuan atau bayaran kepada mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas seorang yang lain bagi tujuan exploitasi. Semua kerja mesti sukarela dan pekerja hendaklah bebas untuk meninggalkan kerja atau menamatkan pekerjaan mereka dengan notis yang munasabah. Pekerja tidak boleh diperlukan untuk menyerahkan sebarang

pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, pasport atau permit kerja sebagai syarat pekerjaan. Pembekal akan memastikan bahawa agensi pihak ketiga yang menyediakan pekerja mematuhi semua peruntukan Kod ini dan undang-undang negara yang menghantar dan menerima, mengikut yang lebih ketat dalam perlindungannya ke atas pekerja. Pembekal akan memastikan bahawa kontrak bagi pekerja langsung dan juga kontrak dengan jelas menyatakan syarat pekerjaan dalam bahasa yang difahami oleh pekerja berkenaan. Apabila pekerja diperlukan untuk membayar bayaran berkaitan dengan mendapatkan pekerjaan, Pembekal akan bertanggungjawab bagi pembayaran semua bayaran dan perbelanjaan. Bayaran dan perbelanjaan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perbelanjaan yang berkaitan dengan perekrutan, pemprosesan atau penempatan pekerja langsung dan kontrak.

Pengelakan Buruh Kanak-Kanak

Buruh kanak-kanak tidak dibenarkan dalam sebarang peringkat pengeluaran. Istilah “kanak-kanak” merujuk kepada mana-mana orang di bawah umur 15 tahun, di bawah umur untuk melengkapkan

pendidikan wajib atau di bawah umur minimum untuk pekerjaan di negara berkenaan, yang mana lebih besar. Penggunaan program perantisan tempat kerja yang sah, yang mematuhi semua undang-undang dan peraturan, adalah disokong. Pekerja di bawah umur 18 tahun tidak akan melakukan kerja yang berkemungkinan menjejaskan kesihatan atau keselamatan pekerja muda.

(4)

Kajian mengenai amalan perniagaan dengan jelas mengaitkan bebanan pekerja dengan produktiviti yang berkurangan, pusing ganti yang meningkat dan kecederaan serta penyakit yang bertambah. Bilangan minggu bekerja tidak boleh melebihi maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang tempatan. Selain itu, sesuatu minggu bekerja tidak boleh lebih daripada 60 jam setiap minggu, termasuk lebih masa, kecuali dalam situasi kecemasan atau luar biasa. Pekerja akan

dibenarkan bercuti sekurang-kurangnya satu hari bagi setiap tujuh hari. Semua kerja lebih masa perlu secara sukarela.

Upah dan Faedah

Pampasan yang dibayar kepada pekerja akan mematuhi semua undang-undang upah yang berkaitan, termasuk yang berkaitan dengan upah minimum, jam lebih masa dan faedah yang dimandatkan mengikut undang-undang. Sebagai mematuhi undang-undang tempatan, pekerja akan diberi pampasan bagi kerja lebih masa pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar jam biasa. Potongan daripada upah sebagai langkah tindakan disiplin tidak akan dibenarkan. Pembekal akan menawarkan masa bercuti, tempoh cuti dan percutian yang selaras dengan undang-undang serta peraturan yang berkaitan. Pembekal akan membayar pekerja mengikut masa yang wajar dan dengan jelas menyampaikan asas yang digunakan untuk membayar gaji pekerja.

Layanan Berperikemanusiaan

Tidak akan ada layanan yang kasar atau tidak berperikemanusiaan terhadap pekerja termasuk sebarang gangguan seksual, penderaan seksual, hukuman dera, paksaan mental atau fizikal, atau penderaan lisan pekerja; mahupun terdapat ancaman mengenai sebarang layanan seumpamanya. Polisi dan prosedur tindakan disiplin yang menyokong keperluan ini akan ditakrifkan dengan jelas dan disampaikan kepada pekerja.

Tiada Diskriminasi

Pembekal akan komited mewujudkan tenaga kerja yang bebas daripada gangguan dan diskriminasi. Syarikat tidak akan melakukan

diskriminasi berdasarkan bangsa, warna kulit, umur, jantina, orientasi seksual, kumpulan etnik, ketidakupayaan, kehamilan, agama,

hubungan politik, keahlian kesatuan sekerja, atau status perkahwinan dalam amalan pengambilan bekerja atau pekerjaan seperti kenaikan pangkat, ganjaran atau akses kepada latihan. Selain itu, pekerja atau pekerja berpotensi tidak akan tertakluk kepada ujian perubatan yang boleh digunakan secara yang boleh mendiskriminasi.

Kebebasan Berpersatuan dan Tawar Menawar Kolektif

Komunikasi terbuka dan penglibatan langsung antara pekerja dan pihak pengurusan merupakan cara yang paling berkesan untuk

menyelesaikan isu tempat kerja dan pampasan. Hak bagi pekerja untuk berpersatuan secara bebas, menyertai atau tidak menyertai kesatuan buruh, mendapatkan representasi, atau menyertai majlis pekerja selaras dengan undang-undang tempatan akan dihormati. Pekerja akan dapat berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi rasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan mengenai keadaan pekerjaan dan amalan

(5)

pihak pengurusan tanpa takut terdapat tindakan balas, intimidasi atau gangguan.

Pembekal akan menghormati – dalam lingkungan kerangka undang-undang, peraturan dan amalan hubungan buruh serta pekerjaan yang lazim – hak bagi pekerjanya untuk diwakili oleh kesatuan buruh dan organisasi pekerja lain. Pembekal akan menyertai rundingan, sama ada bagi pihak dirinya atau melalui pertubuhan majikan, dengan hasrat untuk mencapai persetujuan mengenai keadaan pekerjaan.

(6)

Kepelbagaian

NXP komited kepada kepelbagaian dalam tenaga kerjanya kerana kita merupakan organisasi global, dilahirkan daripada komuniti global, pelbagai dalam disiplin profesional, kewarganegaraan, jantina, bangsa, budaya, kumpulan etnik, bahasa, umur, agama dan orientasi seksual. Kita inginkan perbezaan sedemikian dan menggunakan peluang yang ditawarkan melalui kepelbagaian kita yang luas dalam mencapai matlamat kita. Pembekal (ejen atau syarikat carian) yang diambil oleh NXP dalam merekrut pekerja untuk NXP dengan itu akan melakukan semua usaha untuk memberikan senarai calon yang pelbagai bagi setiap jawatan, tanpa mengira bangsa, jantina, umur atau faktor lain yang tidak berkaitan dengan keupayaan mereka untuk menunjukkan prestasi baik dalam jawatan berkenaan. Pembekal ini akan

mendokumenkan usaha mereka dan menyediakan bukti kepada NXP apabila diminta oleh NXP.

(7)

Standard bagi Kesihatan dan Keselamatan

Pembekal mengiktiraf bahawa selain daripada meminimumkan insiden kecederaan dan penyakit berkaitan pekerjaan, persekitaran kerja yang selamat dan sihat meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, ketekalan pengeluaran, dan pengekalan serta semangat pekerja. Pembekal juga mengiktiraf bahawa input dan pendidikan pekerja yang berterusan adalah penting untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Standard kesihatan dan keselamatan adalah seperti berikut:

Keselamatan Pekerjaan

Pendedahan pekerja kepada potensi bahaya keselamatan (cth. sumber elektrik dan tenaga lain, kebakaran, kenderaan dan bahaya jatuh) adalah perlu dikawal melalui kawalan reka bentuk, kejuruteraan dan pentadbiran yang betul, penyelenggaraan pencegahan, dan prosedur kerja selamat (termasuk sekat masuk/tag keluar) dan latihan

keselamatan yang berterusan. Apabila bahaya tidak boleh dikawal secukupnya menggunakan cara ini, pekerja diberikan peralatan perlindungan peribadi yang sesuai dan diselenggara dengan baik. Pekerja tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan, dan akan mempunyai hak untuk menolak keadaan bekerja tidak selamat tanpa takut tindakan balas sehingga pihak pengurusan menangani kebimbangan mereka dengan sewajarnya.

Kesediaan Kecemasan

Situasi dan peristiwa kecemasan berpotensi hendaklah dikenal pasti dan dinilai, dan impaknya diminimumkan, dengan melaksanakan pelan kecemasan dan prosedur tindak balas, termasuk pelaporan kecemasan, prosedur pemberitahuan dan pengungsian pekerja, latihan dan latih tubi pekerja, peralatan pengesanan dan pemadaman api yang sesuai, kemudahan keluar yang mencukupi dan pelan pemulihan.

Kecederaan Pekerjaan dan Penyakit

Prosedur dan sistem diwujudkan untuk mencegah, mengurus, menjejak dan melaporkan kecederaan pekerjaan dan penyakit termasuk

peruntukan untuk menggalakkan pekerja agar melaporkan, mengklasifikasi dan merekodkan kes kecederaan dan penyakit, menyediakan rawatan perubatan yang perlu, menyiasat kes dan melaksanakan tindakan pembetulan untuk menghapuskan puncanya, dan memudahcarakan pekerja kembali ke pekerjaan.

Kebersihan Perindustrian

Pembekal akan mengenal pasti, menilai dan mengawal pendedahan pekerja kepada agen kimia, biologikal dan fizikal yang merbahaya. Pembekal mesti menghapuskan bahaya kimia di mana mungkin. Apabila bahaya kimia tidak boleh dihapuskan, Pembekal akan

(8)

dan pengudaraan. Apabila kawalan kejuruteraan yang sesuai tidak boleh disediakan, Pembekal akan mewujudkan kawalan pentadbiran yang sesuai seperti prosedur kerja yang selamat.

Dalam semua keadaan, Pembekal akan menyediakan untuk pekerja peralatan perlindungan peribadi yang sesuai dan diselenggara dengan baik.

Kerja Yang Memerlukan Banyak Tenaga Fizikal

Pendedahan pekerja kepada bahaya tugas yang memerlukan banyak tenaga fizikal -- termasuk pengendalian bahan secara manual dan pengangkatan berat atau berulang, berdiri berpanjangan dan tugas pemasangan yang amat berulang atau kuat -- perlu dikenal pasti, dinilai dan dikawal.

Melindungi Mesin

Mesin pengeluaran dan mesin lain akan dinilai bagi melihat bahaya keselamatan. Pelindung fizikal, kunci salingan dan sekatan disediakan dan diselenggara dengan betul di mana mesin merupakan bahaya kecederaan kepada pekerja.

Sanitasi, Makanan dan Perumahan

Pekerja akan disediakan dengan akses yang sentiasa ada kepada kemudahan tandas yang bersih, air yang boleh diminum, dan penyediaan makanan yang bersih, penyimpanan dan kemudahan makan. Asrama pekerja, yang disediakan oleh Pembekal atau ejen buruh, perlu diselenggara agar bersih dan selamat, dan disediakan dengan jalan keluar kecemasan yang sesuai, air panas untuk mandi dan mandi hujan, kepanasan dan pengudaraan yang mencukupi, bersama-sama dengan ruang peribadi yang munasabah serta keistimewaan masuk dan keluar yang munasabah.

Komunikasi Kesihatan dan Keselamatan

Untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat, Pembekal akan menyediakan untuk pekerja maklumat dan latihan kesihatan dan keselamatan tempat kerja yang sesuai, termasuk maklumat dan amaran kesihatan dan keselamatan yang ditulis dengan jelas, dalam bahasa utama pekerja. Pembekal akan mengepos, dalam bahasa utama pekerjanya, Lembaran Data Keselamatan Bahan bagi sebarang bahan berbahaya atau toksik yang digunakan di tempat kerja, dan akan melatih dengan sewajarnya pekerja yang akan terkena bahan sedemikian di tempat kerja.

Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerja

Pembekal digalakkan untuk memulakan dan menyokong jawatankuasa kesihatan dan keselamatan pekerja untuk meningkatkan pendidikan kesihatan dan keselamatan yang sedang berjalan dan untuk

menggalakkan input pekerja berkaitan isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

(9)

Standard bagi Alam Sekitar

Pembekal mengiktiraf bahawa tanggungjawab alam sekitar adalah perlu dalam menghasilkan produk berkelas dunia. Dalam operasi pengeluaran, kesan buruk kepada komuniti, alam sekitar dan sumber semulajadi perlu diminimumkan sambil melindungi kesihatan dan keselamatan orang awam.

Standard alam sekitar adalah seperti berikut:

Permit dan Pelaporan Alam Sekitar

Semua permit, kelulusan dan pendaftaran alam sekitar yang diperlukan perlu diperoleh, disimpan dan dipastikan semasa, dan keperluan operasi dan pelaporannya perlu diikuti.

Pencegahan Pencemaran dan Pengurangan Sumber

Pembekal mesti berusaha untuk mengurangkan atau menghapuskan sisa pepejal, air buangan, dan pelepasan udara -- termasuk pelepasan udara tidak langsung berkaitan tenaga -- dengan melaksanakan langkah pemuliharaan yang sesuai dalam pengeluaran, penyelenggaraan dan proses kemudahan mereka, dan dengan mengitar semula, mengguna semula atau menggantikan bahan,

Bahan Berbahaya

Kimia dan bahan lain yang menimbulkan bahaya jika dilepaskan ke dalam alam sekitar perlu dikenal pasti dan diurus untuk memastikan pengendalian, pengalihan, penyimpanan, penggunaan, pengitaran semula atau penggunaan semula dan pembuangannya yang selamat.

Air Buangan dan Sisa Pejal

Air buangan dan sisa pepejal yang dihasilkan daripada operasi, proses perindustrian, dan kemudahan sanitasi perlu dicirikan, dipantau, dikawal dan dirawat seperti diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan sebelum pembuangan. Pembekal akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai untuk mencegah pencemaran aliran air ribut dari kemudahan mereka.

Pelepasan Udara

Pelepasan udara kimia organik yang meruap, aerosol, bahan kakis, zarahan, kimia menyusut ozon, dan produk sampingan pembakaran yang dihasilkan daripada operasi hendaklah dicirikan, dipantau, dikawal dan dirawat seperti diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan sebelum pembuangan.

Sekatan Kandungan Produk

Pembekal akan mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan berkaitan yang melarang atau menyekat penggunaan atau pengendalian bahan khusus. Untuk memastikan

pengendalian, pengalihan,

(10)

pembuangan yang selamat, Pembekal hendaklah mengenal pasti

dan menguruskan bahan yang menimbulkan bahaya jika

dilepaskan ke dalam alam sekitar dan akan mematuhi

undang-undang dan peraturan pelabelan berkaitan bagi mengitar semula.

Selain itu, Pembekal yang terlibat dalam pengeluaran bahan yang akan menjadi sebahagian daripada produk akhir NXP dan Pembekal yang terlibat dalam pengeluaran produk berjenama NXP akan mematuhi versi paling terkini Senarai Bahan Berbahaya dalam Produk dan Pembungkusan NXP (NX3-00119). Apabila diminta oleh NXP, Pembekal akan menyediakan untuk NXP maklumat penuh kandungan bahan menggunakan Borang Deklarasi Bahan NXP (NX5-00071) dan/atau Lembaran Data Keselamatan Bahan.

NXP memerlukan Pembekal bahan berkaitan produk untuk menyediakan bukti pematuhan Arahan Kesatuan Eropah mengenai sekatan penggunaan bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik (RoHS) sekurang-kurangnya sekali setahun. Bukti adalah diperlukan dalam bentuk laporan ujian. Ujian ini akan dilaksanakan menurut standard IEC62321 dan dilaksanakan oleh sebuah makmal pihak ketiga yang diperakukan dengan ISO/IEC 17025. Bagi kumpulan bahan terpilih, bukti tambahan mungkin diperlukan, seperti kandungan halogen untuk menunjukkan pematuhan kepada keperluan "Hijau Gelap" NXP atau arahan pembungkusan dan pembungkusan sisa EU.

Pensijilan

Pembekal yang terlibat dalam pengeluaran bahan yang akan menjadi sebahagian daripada produk akhir NXP dan Pembekal yang terlibat dalam pengeluaran produk berjenama NXP akan mempunyai

pensijilan ISO14001 (atau setara), atau merancang untuk diperakukan. Secara alternatif, Pembekal mesti menyediakan bukti objektif yang didokumenkan mengenai sistem pengurusan alam sekitar yang beroperasi dan menunjukkan kesetaraannya.

(11)

Standard bagi Etika Perniagaan

Pembekal mesti komited kepada standard tertinggi tingkahlaku beretika apabila berurusan dengan pekerja, pembekal dan pelanggan.

Integriti Perniagaan

Standard tertinggi integriti akan dipertahankan dalam semua interaksi perniagaan. Pembekal akan mempunyai dasar “toleransi sifar” yang melarang sebarang dan semua bentuk sogokan, rasuah, pemerasan atau penggelapan wang (termasuk menjanjikan, menawarkan, memberi atau menerima sebarang sogokan). Semua urusan perniagaan akan

dilaksanakan secara telus dan dengan tepat digambarkan di dalam buku dan rekod perniagaan Pembekal. Prosedur pemantauan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang anti rasuah.

Tiada Kelebihan Tidak Wajar

Sogokan atau cara lain untuk mendapatkan kelebihan yang tidak wajar tidak boleh ditawarkan atau diterima.

Pendedahan Maklumat

Maklumat mengenai aktiviti perniagaan, struktur, situasi kewangan atau prestasi hendaklah didedahkan menurut peraturan berkaitan yang sedia ada dalam amalan industri. Pemalsuan rekod atau representasi salah syarat atau amalan dalam rantaian bekalan adalah tidak boleh diterima.

Harta Intelektual

Hak harta intelektual perlu dihormati, dan pemindahan teknologi dan pengetahuan hendaklah dilakukan menggunakan cara yang melindungi hak harta intelektual.

Perniagaan, Pengiklanan dan Persaingan Adil

Standard perniagaan, pengiklanan dan persaingan adil perlu

ditegakkan. Cara yang sesuai untuk melindungi maklumat pelanggan mesti tersedia.

Perlindungan Identiti

Program yang memastikan kerahsiaan dan perlindungan pembekal dan pekerja akan dikekalkan.

Pensumberan Galian, Logam Konflik Secara Bertanggungjawab

Pembekal akan mempunyai dasar untuk memastikan secara munasabah bahawa tantalum, timah, tungsten dan emas (mineral 3TG) di dalam produk yang mereka keluarkan tidak secara langsung atau tidak langsung membiaya atau memberi faedah kepada kumpulan bersenjata yang melanggar hak asasi manusia yang serius di Republik

Demokratik Congo atau negara yang bersebelahan. Pembekal akan melakukan usaha wajar ke atas sumber dan rantaian jagaan logam ini

(12)

dan akan menjadikan langkah usaha wajar mereka tersedia kepada NXP apabila diminta oleh NXP.

Privasi

Pembekal komited untuk melindungi jangkaan privasi yang munasabah bagi maklumat peribadi setiap orang yang mempunyai urusan perniagaan dengan mereka, termasuk pembekal, pelanggan, pengguna dan pekerja. Pembekal perlu mematuhi undang-undang privasi dan keselamatan maklumat serta keperluan kawal selia apabila maklumat peribadi dikumpulkan, disimpan, diproses, dipancarkan atau dikongsi.

Perlindungan Pengadu dan Aduan Tanpa Nama

Pembekal akan mewujudkan program untuk memastikan perlindungan kerahsiaan pengadu Pembekal dan pekerja dan akan melarang tindakan balas terhadap pekerja yang menyertai program seumpamanya dengan niat baik atau enggan mematuhi arahan yang melanggar Tatalaku Pembekal NXP. Pembekal akan menyediakan mekanisme aduan tanpa nama bagi pekerja melaporkan rasa tidak puas hati mengenai tempat kerja selaras dengan undang-undang dan peraturan tempatan. Pembekal akan mempunyai program komunikasi formal untuk memastikan bahawa setiap pekerja dimaklumkan mengenai dan memahami sepenuhnya dasar tiada tindakan balas.

(13)

Standard bagi Sistem Pengurusan

Pembekal akan menggunapakai atau mewujudkan sistem pengurusan yang berkaitan dengan kandungan Kod ini. Sistem pengurusan ini akan direka bentuk untuk memastikan: (a) pematuhan dengan undang-undang, peraturan dan keperluan pelanggan yang berkaitan dengan operasi dan produk Pembekal; (b) pematuhan kepada Kod ini; dan (c) pengenal pastian dan mitigasi risiko operasi yang berkaitan dengan Kod ini. Ia juga akan memudahkan penambahbaikan berterusan. Sistem pengurusan akan mengandungi elemen berikut:

Komitmen Syarikat

Pembekal akan mempunyai kenyataan dasar tanggungjawab sosial dan alam sekitar korporat, yang menegaskan komitmen Pembekal kepada pematuhan dan penambahbaikan berterusan, dan diperakukan oleh pengurusan eksekutif.

Akauntabiliti dan Tanggungjawab Pengurusan

Pembekal akan dengan jelas mengenal pasti wakil syarikat yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan sistem pengurusan dan program berkaitan. Pengurusan kanan menyemak status sistem pengurusan secara tetap.

Keperluan Undang-undang dan Pelanggan

Pembekal akan mempunyai satu proses untuk mengenal pasti, memantau dan memahami undang-undang, peraturan dan keperluan pelanggan yang berkaitan, termasuk keperluan Kod ini.

Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko

Pembekal akan mempunyai satu proses untuk mengenal pasti risiko alam sekitar, kesihatan dan keselamatan dan amalan buruh serta etika yang berkaitan dengan operasi Pembekal. Penentuan kepentingan relatif bagi setiap risiko dan pelaksanaan kawalan prosedur dan fizikal yang bersesuaian untuk mengawal risiko yang dikenal pasti dan memastikan pematuhan kawal selia.

Objektif Penambahbaikan

Pembekal akan mempunyai objektif prestasi, sasaran dan pelan pelaksanaan bertulis untuk menambah baik prestasi sosial dan alam sekitar Pembekal, termasuk penilaian berkala prestasi Pembekal dalam mencapai objektif berkenaan.

Latihan

Pembekal akan mempunyai program bagi melatih pengurus dan pekerja untuk melaksanakan dasar, prosedur dan objektif

penambahbaikan Pembekal, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia yang berkaitan.

(14)

Komunikasi

Pembekal akan mempunyai satu proses untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat mengenai dasar, amalan, harapan dan prestasi Pembekal kepada pekerja, pembekal dan pelanggan.

Maklum Balas dan Penyertaan Pekerja

Pembekal akan mempunyai proses berterusan untuk menilai

kefahaman pekerja dan untuk mendapatkan maklum balas mengenai amalan dan keadaan yang diliputi oleh Kod ini dan untuk memupuk penambahbaikan berterusan.

Audit dan Penilaian

Pembekal akan melakukan penilaian kendiri berkala untuk memastikan keakuran kepada keperluan undang-undang dan kawal selia,

kandungan Kod ini, dan keperluan kontraktual pelanggan berkaitan tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

Proses Tindakan Pembetulan

Pembekal akan mempunyai satu proses pembetulan yang tepat pada masanya bagi kekurangan yang dikenal pasti melalui penilaian dalaman dan luaran, pemeriksaan, penyiasatan dan semakan.

Dokumentasi dan Rekod

Pembekal akan mempunyai dan menyelenggara dokumen dan rekod untuk memastikan pematuhan kawal selia dan keakuran dengan keperluannya bersama-sama dengan kerahsiaan yang sewajarnya untuk melindungi privasi.

Tanggungjawab Pembekal

Pembekal akan mempunyai satu proses untuk menyampaikan

keperluan Kod Tatalaku Pembekal NXP (atau seumpamanya) kepada pembekalnya sendiri di peringkat seterusnya dan memantau

(15)

Rujukan

Standard berikut telah digunakan dalam menyediakan Kod ini dan mungkin merupakan sumber maklumat tambahan yang berguna. Akta Pembaharuan Wall Street dan Perlindungan Pengguna Dodd-Frank

http://www.sec.gov/about/laws/wallstreetreform-cpa.pdf

Pengurusan Eko & Sistem Audit

www.quality.co.uk/emas.htm

EICC dan Ekstraktif GESI dan Sumber Logam Konflik

www.eicc.info/Extractives.shtml

Tatalaku Electronic Industry Citizenship Coalition

www.eicc.info/eicc_code.shtm

Inisiatif Perdagangan Beretika

www.ethicaltrade.org/

Kod Amalan ILO dalam Keselamatan dan Kesihatan

www.ilo.org/public/english/protection/safework/cops/english/downloa d/e000013.pdf

Standard Buruh Antarabangsa ILO

www.ilo.org/public/english/standards/norm/whatare/fundam/index.htm

ISO 14001

www.iso.org

Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan

www.nfpa.org/catalog/home/AboutNFPA/index.asp

Panduan Usaha Wajar OECD

http://www.oecd.org/document/36/0,3746,en_2649_34889_44307940_ 1_1_1_1,00.html

Garis Panduan OECD bagi Syarikat Multinasional

www.oecd.org OHSAS 18001 www.bsi-global.com/index.xalter SA 8000 www.cepaa.org SAI www.sa-intl.org

(16)

Deklarasi Universal bagi Hak Asasi Manusia

www.un.org/Overview/rights.html

Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah

www.unodc.org/unodc/en/crime_convention_corruption.html

Kompak Global Bangsa-Bangsa Bersatu

www.unglobalcompact.org

Norma PBB mengenai Tanggungjawab Syarikat Transnasional dan Perusahaan Perniagaan Lain Berkaitan Hak Asasi Manusia

Referensi

Dokumen terkait

Sejalan dengan hal tersebut, perkembangan ekspor juga didominasi oleh ekspor ke luar daerah (provinsi lain) yang mencapai 61,43% dari total ekspor Provinsi Jambi. Pangsa

Peran pedagang pengumpul pada saluran ini adalah mengumpul hasil tangkapan ikan dari nelayan untuk kemudian dijual kembali kepada beberapa pedagang pengecer yang ada di kota

Kegiatan Awal 30 menit Instruktur membuka kelas dengan salam, absensi siswa, memberikan ulasan singkat materi sebelumnya, dan memeriksa tugas pekerjaan rumah siswa!. Kegiatan Inti

FINAL JADWAL KULIAH JURUSAN TEKNIK SIPIL SEMESTER GENAP TA-2017/2018 REGULER..

Melalui peringkat ini, murid perlu membuat penerokaan mengenai bahan dan teknik topeng yang dilihat dan digunakan.. Guru membuat satu perbincangan dan sesi soal jawab dengan

Sistem distribusi klasik adalah melalui transaksi langsung antara produsen dengan konsumen, atau melalui transaksi yang dilakukan di pasar.. Pada tingkatan

 Landasan pedagogis mengemukakan bahwa bimbingan merupakan salah satu bagian dari pendidikan yang amat penting dalam upaya untuk memberikan bantuan (pemecahan-pemecahan

Stress akibat tuntutan bekerja untuk memenuhi kebutuhan ekonomi keluarga (lelah secara psikis), tekanan yang timbul akibat peran ganda itu sendiri (kemampuan manajemen waktu