• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ujian Bm Tingkatan 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ujian Bm Tingkatan 1"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

UJIAN BULANAN BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN SATU

Nama:__________________________________ Kelas: ______________________

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja

Soalan 1 hingga Soalan 7. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ibu sibuk ______________ minuman petang untuk tetamu yang datang.

A. menyaji B. memberi C. mengagih D. menghidang

2. Dia akhimya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa

_____________________ dengan buku.

A. bersamaan B. berdekatan C. bergandingan D. berdampingan

3. Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki.

A. menutupi B. mengaburi C. melingkari D. menyelubungi

4. Setelah seharian bertempur, akhimya pihak tentera telah berjaya menawan ____________ pengganas.

A. sekawan B. sepasukan C. seangkatan D. segerombolan

5. Jambatan yang roboh itu telah dibaiki oleh penduduk kampung secara _____________

A. gotong-royong B. berganding bahu C. berhempas-pulas D. bantu-membantu

6. Sudah berulang kali peniaga itu menggunakan minyak masak tersebut menyebabkan pengunjung menghidu bau _____________. A. basi B. busuk C. tengik D. hangit 7. Kerja-kerja ___________ untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan peninggalan tentera Jepun memerlukan kesabaran yang tinggi.

(2)

A. menggali B. mengorek C. menimbus D. memperoleh

Soalan 8 hingga Soalan 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Oleh kerana kerusi tidak mencukupi, para jemputan yang datang lewat terpaksa berdiri di luar

A B C

Dewan. Tiada kesalahan. D

9. Hakim telah menjatuhi pesalah itu hukuman penjara seumur hidup. Tiada kesalahan

A B C D

10 Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum dihantar ke Zoo

A B C

Melaka. Tiada kesalahan D

11. Setengah orang yang berkunjung ke pameran komputer ini akan diberi cenderamata.

A B. C

Tiada kesalahan. D

12. Mereka sedang berbincang dari hati ke hati tentang cara-cara memajukan perniagaan

A B Mereka. Tiada kesalahan.

C D

13. Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu ialah untuk pelajar yang pandai tetapi

A B C

miskin. Tiada kesalahan. D

14. Pemadam api itu perlu diperiksa secara berkala dari masa ke masa oleh pegawai bomba

(3)

yang bertugas. Tiada kesalahan. C D

Soalan 15 hingga Soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betuldan tentukan bahawa anda telah

memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I "Mengapa agaknya berlainan sekali perasaan ibumu pada hari ini," luah ayah.

II Hubungan mereka tetap mesra walaupun berlainan bangsa dan agama.

Ill Mukanya kelihatan berlainan apabila disebut tentang bekas isterinya.

IV Anda berdua tidak dapat sampai ke pulau itu berlainan sekiranya menaiki bot.

A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, dan IV sahaja

16. I Haji Safuan berpegang teguh pada adat dan agama.

II Dua sahabat baik itu berjalan berpegang tangan ketika melintas jalan.

Ill Nelayan yang hanyut itu berpegang pada sekeping papan. IV Mereka berdua berpegang pada janji untuk bertemu di perpustakaan awam pada petang nanti.

A . I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, III, dan IV

17. I Dia harus dihukum kerana mengkhianati bangsa dan negaranya sendiri.

II Raju mengkhianati majikannya apabila dia tidur pada waktu pejabat.

Ill Harun tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya sebab itulah dia dianggap anak yang mengkhianati orang tuanya.

IV Pengurus syarikat itu telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan menggelapkan wang syarikat.

A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21

Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang hergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18. Sebelum meninggalkaan kilang itu, setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain batik sebagai cenderamata.

(4)

A setiap orang pelawat dihadiahkan sehelai kain B setiap pelawat dihadiahi sehelai kain

C sehelai kain batik dihadiahi setiap pelawat D setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain

19. Semua calon peperiksaan dikehendaki menjawab setiap soalan Matematik tanpa menggunakan mesin kira.

A Semua calun peperiksaan dikehendaki B Semua orang calon peperiksaan dikehendaki C Peperiksaan menghendaki semua calon D Semua calon peperiksaan dikehendaki

20. Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun kadangkala amat sukar dilakukan.

A Kita wajib menegakkan kebenaran B Kita harus tegak kebenaran

C Kebenaran wajib tegak D Kita wajib tegakkan kebenaran

21. Kata orang-orang tua, anak dara tidak elok duduk di muka pintu. A Perkataan orang tua

B Kata orang tua-tua

C Berkata orang-orang tua D Kata orang-orang tua

Soalan 22 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hamper dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Malaysia lebih berminat jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan berbanding memberi

bantuan kewangan tetapi pada masa yang sama mensyaratkan negara supaya mengikut telunjuk

mereka.

A. Adalah lebih jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan daripada memberi bantuan dalam bentuk

wang ringgit sambil mensyaratkan negara supaya mengikut kehendak mereka.

B. Berbanding bantuan kewangan, teknologi pemeliharaan hutan yang disalurkan dari Barat lebih banyak

mendatangkan faedah kepada negara.

C. Malaysia mengalu-alukan teknologi pemeliharaan hutan dan bantuan kewangan yang disalurkan dari

Barat dengan syarat kita tidak perlu mengikut segala kehendak mereka.

D. Negara lebih cenderung menerima teknologi pemeliharaan hutan dari Barat daripada menerima bantuan

berbentuk kewangan yang mensyaratkan negara mengikut arahan mereka.

23 . Bayi mungkin berisiko tinggi dijangkiti AIDS daripada ibu yang menjadi pembawa kuman HIV

(5)

A. Proses penyusuan bayi biasanya tidak begitu terdedah dengan kuman HIV sekiranya ibu tersebut tidak

menjadi pembawa kuman AIDS.

B. Ibu yang dijangkiti kuman HIV berkemungkinan besar mempunyai anakyang menghidap penyakit AIDS

jika anak itu menyusu badan.

C. Kuman HIV boleh merebak melalui penyusuan ibu jika tidak dielak dan dicegah secepat mungkin.

D. Ramai kanak-anak menjadi pembawa kuman HIV lantaran ibu mereka menghidap HIV.

24. Para lepasan sekolah tidak perlu berasa kecewa sekiranya mereka tidak berpeluangmelanjutkan

pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan .

A. Pusat-pusat pengajian tempatan banyak menyediakan peluang belajar kepada pelajar lepasan sekolah.

B. Rasa kecewa tidak perlu wujud di dalam hati lepasan sekolah jika mereka tidak ditawarkan melanjutkan

pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

C. Kekecewaan selalu melanda diri para pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan seterusnya gagal dalam

hidup.

D. Lepasan sekolah biasanya berusaha untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan.

Soalan 25 hingga Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I Dia sedang menidurkan kedua anak perempuannya itu.

II Berduyun-duyun penduduk Gelang Patah pergi ke tepi pantai untuk melihat dugong.

Ill Dia tidak pandai memandu kereta walaupun sudah berusia 21 tahun.

IV Sudah puas dia mengulang kaji pelajaran, namun keputusan peperiksaannya masihbelum memuaskan.

A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja

26. I Sudah puas abang memujuk adik, tetapi adik berterusan menangis.

II Setelah turun dari mini bas, Hamdan terus ke warung Pak Hitam untuk membeli makanan tengah hari.

Ill Pihak polis terpaksa membebaskan penjahat yang baharu ditangkap itu kerana kekurangan bukti.

IV Hujan lebat yang turun di pagi ini menggendalakan tugas hariannya

A. I dan III sahaja B. I, II dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja

(6)

27. I Persembahannya pada malam itu telah berjaya memikat hati ribuan penonton yang hadir.

II Tingkah lakunya yang sopan amat disenangi oleh guru-guru. Ill "Jika kita bersikap tidak amanah, lama-kelamaan orang tidak mempercayai kita lagi," kata Pak Zahid.

IV Tembikar daripada tanah liat itu amat halus perbuatannya. A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C . I, III, dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi

pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

Televisyen yang kamu baiki asalnya rosak sedikit, setelah kamu baiki semakin rosak pula.

28. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A bagai tikus membaiki labu.

B harapkan pagar, pagar makan padi.

C bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai. D berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian.

29. Perbuatannya yang suka mencuri akhirnya diketahui orang ramai. Dia berasa malu untuk keluar dari rumah.

Apa yang berlaku seperti dikatakan orang A. ayam terlepas tangan bau tahi.

B. ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. C. ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.

D. ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang.

30. Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai. Keterangan tersebut sesuai bagi

peribahasa

A. alah bisa, tegal biasa.

B. alang-alang berminyak biar licin.

C. genggam bara api biar sampai jadi arang.

D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka Raja Iskandar Syah pun berdiri di bawah sepohon kayu, terlalulah rendang. Maka baginda pun berburu, maka anjing perburuan itu pun diterajang oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah Raja Iskandar Syah, "Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri di sini." Maka sembah segala orang besar-besar, "Benarlah tuanku, seperti titah Duli Yang Dipertuan itu." Maka disuruh baginda perbuat negeri pada tempat itu. Maka Raja Iskandar bertanya,

(7)

"Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?" Maka sembah orang, "Kayu Melaka namanya, tuanku." Maka titah baginda, " Jika demikian, Melakalah nama negeri ini."

Maka Raja Iskandar Syah pun diamlah di Melaka. Adapun Raja Iskandar tatkala diam di Singapura, tiga puluh dua tahun, maka Singapura alah oleh Jawa: maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun. Maka datanglah peredaran dunia, baginda pun hilanglah, dan anakanda baginda Raja Besar Mudalah ganti kerajaan ayahanda baginda, terlalu adil perintah baginda. Maka Raja Besar Muda pun memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda.

Syahadan, bagindalah yang pertama berbuat menteri mengajari orang di balai, dan mengadakan bentara empat puluh berdiri di ketapakan balai akan menjunjungkan titah raja dan menyampaikan sembah sekalian orang ke bawah dull baginda; dan bagindalah menjadikan anak tuan-tuan biduanda kecil akan suruh-suruhan raja membawa segala alat raja, barang ke mana dan barang sebagainya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada prosa "Susur Galur Asal Usul

Negeri Melaka", antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)

31. Nyatakan punca Raja Iskandar meninggalkan Singapura. A. Baginda ditewaskan oleh kerajaan Jawa

B. Baginda terkena sumpahan Raja Besar Muda

C. Baginda telah hilang keyakinan terhadap kerajaan Singapura D. Baginda telah berjanji dengan pemerintah Singapura sebelumnya

32. Frasa maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun yang terdapat dalam petikan membawa maksud

A. Raja Iskandar menetap di negeri Melaka selama tiga tahun B. Raja Iskandar mangkat setelah tiga tahun memerintah Melaka. C. Raja Iskandar memerintah di negeri Melaka selama tiga tahun. D. Raja Iskandar berasa kecewa tinggal di negeri Melaka selama tiga tahun

33. Persoalan yang berikut terdapat dalam petikan prosa "Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka", kecuali

A. adat istiadat di negeri Melaka. B. asal usul pembukaan negeri Melaka C. salasilah keturunan raja-raja Melaka

D. kedaulatan kerajaan dalam jajahan Melaka

34. Pernyataan yang berikut merupakan perwatakan Raja Besar Muda, kecuali

A. pemerintah yang sangat adil mentadbir negara. B pemerintah yang mementingkan golongan diraja.

C. pemerintah yang mentadbir negara secara sistematik.

D. pemerintah yang memperkenalkan adat istiadat kerajaan Melaka.

35. Pilih salasilah raja-raja Melaka mengikut urutan yang betul. A. Raja Besar Muda - Raja Kecil Besar —Raden Tengah — Raja Iskandar Syah

(8)

B. Raja Iskandar Syah - Raja Besar Muda - Raden Tengah — Raja Kecil Besar

C. Raja Iskandar Muda - Sultan Mahmud - Raja Besar Muda -- Raden Tengah

D. Raja Iskandar Syah - 'Raja Kecil Besar - Raden Tengah - Raja Besar Muda

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya.

SYAIR MENYAMBUT PELAJARAN Anakku sayang salahmu nyata, Dalam pelajaran bertutur kata, Duduk menulis kalam di lata, Kembali kepada sekalian pendeta. Kerana pelajaran beratur pangkatnya, Jangan dicampur yang bukan masanya, Kerja demikian besar salahnya,

Faham tak lekat dalam keduanya. Pendengaran pasti menjadi haru, Yang ditulis pun tentu keliru, Laksana menumbuk beralas nyiru, Berasnya luluh antah menderu. Ilmu lisan tatkala disyarahkan, Sekalian anggota wajib satukan, Ke hati semuanya kamu kumpulkan, Barulah pendengaran dapat difahamkan. Semasa mendengar orang berkata, Tangan menulis pula serta,

Telinga diasingkan daripada mata, Mustahillah faham terangnya nyata.

(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1,DBP.)

36. Apakah pesanan utama yang ingin disampaikan oleh penyair? A. Menyampaikan pesanan perlu betul

B. Hendaklah mendengar nasihat orang lain C. Mestilah mendengar kata-kata yang benar D. Perlu menuntut ilmu dengan cara yang betui

37. Maksud baris Telinga diasingkan daripada mata yang terdapat dalam rangkap terakhir ialah

A. kerap memandang kin dan kanan.

(9)

C. tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang tuturkan. D. memikirkan perkara lain ketika mendengar orang lain bercakap.

Laksana menumbuk beralas nyiru, 38. Gaya bahasa baris syair di atas ialah

A. simile B. inversi. C. metafora. D. simpulan bahasa.

39. Apakah nada "Syair Menyambut Pelajaran?"

A. Sinis B. Patriotik C. Romantik D. Melankolik

40. Nyatakan pengajaran utama yang diperoleh setelah membaca syair di atas.

A. Semasa belajar kita perlu mencatat B. Mestilah serius ketika menuntut ilmu

C. Perlu memberi tumpuan semasa guru mengajar D. Jangan melakukan kesalahan ketika membuat latihan

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Penyakit Penyakit yang yang cukup cukup berbahaya berbahaya bagi bagi manusia yaitu salah satunya penyakit gagal jantung yang merupakan gagalnya fungsi jantung manusia

Pada saat Peraturan Daerah ini mulai berlaku, Peraturan Daerah Kabupaten Nomor 7 Tahun 2001 tentang Retribusi dan Sewa Pemakaian Kekayaan Daerah (Lembaran Daerah

DAFTAR CALON TETAP ANGGOTA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT DAERAH KABUPATEN SERANG PEMILIHAN UMUM TAHUN

Halogen bersifat sangat reaktif, karena unsur-unsur halogen cenderung……… membentuk ion……… kereaktifannya dari fluorin ke Iodin semakin……… ……….,

Biogas adalah salah satu bahan bakar yang bersifat renewable(dapat diperbarui) yang diperoleh dari aktivitas anaerobik atau fermentasi bahan-bahan organik termasuk

Deviden atas investasi saham, Stock deviden, penjualan, penarikan, dan pertukaran saham • Investasi dalam dana: • Pembentukan dan. penghimpunan dana, akuntansi untuk dana,

Evaluasi OTTV Bangunan Gedung di Kampus Universitas Mercu Buana, Jakarta Barat, yang diusulkan dalam skema Penelitian Internal UMB untuk tahun anggaran 2016

- atau tidak isim fa’il، tidak isim maf’ul dan tidak masdar، yang tertulis dalam rumus، maka yang menentukan adalah kamus... ،مينحلا