• Tidak ada hasil yang ditemukan

BULETIN LKH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BULETIN LKH"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Sekali lagi Buletin LKH menemui dan memaparkan kepada anda beberapa maklumat dan isu semasa yang kami jangka begitu menarik.

Terbitan Buletin LKH kali ini antara lain menonjolkan daya tarikan apartmen Seri Maya, kemudahan tambahan Kelab Mont’ Elkay, keistimewaan tadika di Kelab tersebut dan kenangan manis majlis pembukaan rasmi Kelab Mont’ Elkay sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran SUDC.

Satu-satunya apartmen yang unggul di sekitar Lok Kawi, Seri Maya menawarkan pemandangan panorama indah, termasuk Laut Cina Selatan yang membiru dan Gunung Kinabalu yang mempersonakan. Seri Maya mempunyai pelbagai kemudahan yang jarang terdapat di apartmen-apartmen yang setaraf dengannya di ibu negeri.

Dengan tujuan untuk menjadikannya pusat kecemerlangan latihan korporat yang berprestij, salah satu bilik di Kelab Mont’ Elkay kini diubahsuai untuk menampung lebih daripada 40 peserta seminar atau kursus pada satu-satu masa. Turut diubahsuai adalah 10 unit Seri Kayangan

untuk dijadikan tempat penginapan para peserta.

Dalam temu bual eksklusif bersama Datin Rahimah Quadra, Pengusaha Tadika di Kelab Mont’ Elkay, tadika tersebut diakui sebagai menepati kehendak para ibubapa kerana kawasan yang luas, terang dan mempunyai aliran udara yang baik di samping itu, kedudukannya yang sentral memudahkan ibubapa menghantar/ mengambil anak-anak mereka.

Upacara pembukaan rasmi Kelab Mont’ Elkay sempena sambutan Hari Raya Aidil-fitri pada 17 November 2007 telah disempurnakan dalam suasana riang dan ceria oleh Y.B. Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid.

Antara acara yang telah mendapat sambutan yang hangat daripada para penghuni perumahan LKH dan kakitangan SUDC ialah acara karaoke dan cabutan tiket bertuah.

Selamat membaca dan selamat menyam-but tahun baru daripada kami di Buletin LKH.

Pengarang

Bingkisan Buat Warga LKH

D A L A M I S U : Apartmen Seri Maya 2 Kemudahan Pusat Latihan di LKH 3

Talian Tetap dan Internet 3 Temu Bual Bersama... 4 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 5 Notis Pertukaran Telefon 6

BULETIN LKH

B I L 0 4 / B L K H — 0 3 / 0 8 www.sudc.com.my Sila hubungi Eksekutif Jualan SUDC: Hilda Wong 016-8012299 Lucy Lim 016-8382864 Nadia Ridzwan 016-8464649 Eling Tay 012-8333681 Lilian Liew 019-8211928 Ronald Chung 016-8302245 Andrew Thien

(2)

Apartmen Seri Maya yang terletak di Lok Kawi Heights adalah satu satunya apartmen yang terunggul di persekitaran ini. Unit teratas memberi anda pemandangan panorama yang indah, Laut Cina Selatan yang membiru dan Gunung Kinabalu tersergam indah dan megah di luar. Itulah kelebihan panorama apartmen Seri Maya. Apartmen Seri Maya mempunyai pelbagai kemudahan yang tidak terdapat pada kebanyakan apartmen yang setaraf dengannya di Kota Kinabalu. Kemudahan lif, sistem saluran gas untuk memasak, kemudahan Internet dan simpanan air yang mencukupi adalah kemudahan yang sedia terdapat di sini. Selain itu pemilik apartmen juga disediakan kemudahan tempat letak kereta berbumbung sama ada di luar atau dalam bangunan tersebut demi untuk memberi kemudahan yang selesa kepada para pemilik terutama semasa musim hujan.

Apartmen Seri Maya Blok G adalah sedia diduduki. Pemilik apartmen secara automatik akan dapat menikmati kemudahan yang sedia ada di Kelab Mont’ Elkay, seperti gelanggang badminton, kolam renang dan gymnasium. Kemudahan tadika kanak-kanak serta kedai runcit juga disediakan.

Sekiranya anda mempunyai kenalan yang sedang mencari tempat tinggal, apartmen Seri Maya menjanjikan potongan 5% khas untuk pembeli Bumiputera. Harga yang ditawarkan adalah harga pengenalan yang begitu menarik.

Untuk penerangan lanjut, anda bolehlah berhubung terus dengan pegawai jualan kami di talian

088-251144, 264270, 264271.

A

P

A

R

T

M

E

N

S

E

R

I

M

A

Y

A

Untuk Bumiputera D I S K A UN

5%

2

(3)

Kemudahan Pusat Latihan di Lok Kawi Heights (LKH)

Kelab Mont’ Elkay bukan sahaja dibina untuk kemaslahatan para penghuni LKH tetapi akan dijadikan sebagai salah satu pusat kecemerlangan latihan korporat yang berprestij setanding dengan hotel-hotel atau resort yang terdapat di kawasan Lok Kawi dan sekitarnya. Cadangan menjadikan Kelab Mont’ Elkay pusat latihan seperti seminar, mesyuarat ataupun pameran adalah berdasarkan daripada kajian yang telah dijalankan pada pertengahan tahun 2007, di mana didapati bahawa kemudahan pusat sedemikian mendapat sambutan ramai.

Berikutan itu salah satu bilik yang terdapat di Kelab dengan keluasan lantai 2,490 kaki persegi dan berupaya menampung lebih 40 peserta telah dipilih untuk dijadikan

tempat latihan dan kini sedang dalam proses pengubahsuaian. Ini termasuk memasang penghawa dingin, langsir, kerusi, meja dan sebagainya. Selain itu, 10 unit Seri Kayangan (jenis dua bilik) akan juga diubahsuai untuk dijadikan bilik penginapan para peserta sekiranya mereka memerlukan tempat penginapan. Brosur/leaflet berkaitan fasiliti latihan tersebut sedang disediakan dan akan mengandungi maklumat harga dan kemudahan yang disediakan. Berikut adalah cadangan

harga yang ditawarkan:-

Brosur tersebut akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan, MARA, agensi-agensi kerajaan, kumpulan SEDCO dan lain-lain untuk perhatian dan tindakan mereka seterusnya.

A. PAKEJ SEMINAR

RM37.00* setiap orang setiap hari.

Minum pagi dan petang serta makan tengah hari disediakan.

* Tertakluk kepada perubahan.

B. PAKEJ SEMINAR DAN PENGINAPAN • RM92.00* setiap orang setiap hari.

Minum pagi dan petang serta makan tengah hari disediakan.

*Tertakluk kepada perubahan.

Perkhidmatan Telefon Talian Tetap &

Internet Streamyx Telekom

Dengan bangganya kami ingin mengumumkan bahawa perkhidmatan

telefon talian tetap & Internet kini

boleh digunakan sepenuhnya. Terdapat lebih 100 penghuni kini telahpun

melanggani perkhidmatan telefon dan Streamyx. Oleh itu, anda bolehlah memohon terus perkhidmatan tersebut di mana-mana cawangan Telekom atau datang ke pejabat IMC di Kelab Mont’ Elkay

(4)

Temu Bual Bersama…

Sunshine Master Care (SMC) telah membuka Tadika dan Taska atas nama Sunshine Nursery School/Taska Tadika Sinar Suria semenjak 20 tahun yang lalu. Terkini SMC sedang mengendalikan 8 pusat yang memberi khidmat kepada hampir 500 orang kanak-kanak berusia dari 2 bulan hingga 6 tahun.

Datin Rahimah Ahmad Quadra merupakan salah seorang Pengarah SMC. Beliau telah bersetuju untuk ditemubual oleh seorang pegawai SUDC tentang penubuhan tadika di Kelab Mont’ Elkay, Lok Kawi.

Temu bual tersebut berlangsung seperti berikut:

SUDC: Berapa ramaikah kanak-kanak yang kini berdaftar dengan tadika LKH?

Datin: Setakat ini terdapat 28 orang kanak-kanak dan

mereka diawasi oleh 5 orang penjaga.

SUDC: Apakah kumpulan umur kanak-kanak tersebut?

Datin: Kami menerima kanak-kanak berumur dari 2

bulan hingga 3 tahun. Pada masa ini 8 bulan adalah umur kanak-kanak yang termuda manakala 3 tahun adalah yang tertua.

SUDC: Berapakah yuran sekolah yang dikenakan untuk penjagaan harian?

Datin: Bagi bayi berumur dari 2 bulan hingga 2 tahun,

yuran setengah hari ialah RM180 dan untuk satu hari ialah RM280.00. Bagi kanak-kanak berumur dari 2 hingga 3 tahun, yurannya ialah RM160.00 untuk setengah hari, manakala untuk satu hari ialah RM260.00.

SUDC: Pukul berapakah tadika mula beroperasi setiap hari?

Datin: Lazimnya tadika dibuka dari jam 8.00 pagi

hingga 6.00 petang. Walau bagaimanapun, sekiranya ada ibubapa yang ingin menghantar anak mereka sebelum jam 7.00 pagi, mereka boleh berbuat demikian tetapi akan dikenakan yuran tambahan sebanyak RM20.00 setiap bulan.

SUDC: Adakah kebanyakan kanak-kanak yang dihantar itu dari Perumahan LKH atau dari luar kawasan?

Datin: Lebih dari separuh kanak-kanak yang terdapat di sini adalah dari Perumahan LKH manakala bakinya adalah dari luar.

SUDC: Adakah Datin berpuas hati dengan lokasi tadika di Kelab LKH?

Datin: Kami berpuas hati dengan kawasan yang

diperuntukkan untuk tadika. Ianya adalah luas, terang dan mempunyai peredaran udara yang baik. Lokasinya yang terletak dipertengahan menjadikannya sesuai

untuk para ibubapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka.

SUDC: Adakah Datin mempunyai perancangan untuk mengembangkan tadika yang termasuk pelajaran taska untuk kanak-kanak?

Datin: Kami telah ada tadika di Taman Pantai Lok Kawi,

namun sekiranya ada permintaan akan kami pertimbangkan.

SUDC: Semasa berada di tadika apakah aktiviti yang mereka lakukan?

Datin: Kami ada pelbagai aktiviti yang telah disediakan

untuk kumpulan umur yang berlainan. Mereka akan melakukan aktiviti yang membantu pembangunan fizikal, minda dan pertuturan. Aktiviti yang membantu diri akan membangun kanak-kanak untuk berdikari, berinteraksi dengan kumpulan lain dalam membangun kemahiran sosial mereka.

Datin Rahimah Ahmad Quadra

(5)

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & MAJLIS

PEMBUKAAN RASMI KELAB MONT’ ELKAY

Tanggal 17 November 2007 (Sabtu) adalah merupakan tarikh penuh kenangan buat warga Lok Kawi Heights di mana Syarikat SUDC Sdn. Bhd. telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kelab Mont’ Elkay.

Bersempena dengan sambutan tersebut, SUDC juga telah melancarkan majlis perasmian Kelab Mont’ Elkay yang disempurnakan oleh Y.B. Hjh. Jainab Binti Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.

Majlis tersebut bermula pada jam 3.00 petang hinggalah jam 6.00 petang yang telah di hadiri oleh lebih 800 orang penghuni termasuklah kakitangan SUDC.

Dalam upacara tersebut pelbagai acara telah diadakan untuk penduduk Lok Kawi Heights termasuklah persembahan Karaoke daripada En. Abd. Halim, En. Salam dan Cik Helda Zurainie. 20 cabutan tiket bertuah juga telah diberikan kepada warga Lok Kawi Heights untuk menyerikan lagi majlis.

Y.B. Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid (kiri) merasmikan Kelab Mont’ Elkay disaksikan oleh Y.B Datuk Juslie Ajirol, Y.B. Datuk Mohd. Lan Allani, Hj. Abu Bakar M. Yahya (kanan) dan para jemputan.

Y.B. Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid (kiri), Y.B. Datuk Mohd. Lan Allani,

Hj. Abu Bakar M. Yahya dan En. Hing Ek Lee.(kanan).

(6)

NOTIS

Nombor telefon pejabat Management Corporation (IMC) & Kelab telahpun ditukar kepada nombor yang tertera di bawah:

No. Lama No. Baru

1. Kelab Mont’ Elkay 088-757986 088-736085

2. Pejabat IMC 088-757885

088-757886 -

3. Fax 088-757029 088-736089

Di sini, pihak warga SUDC mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Lok Kawi Heights kerana menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut.

Sambungan...

En. Abdul Halim turut menyumbangkan sebuah lagu.

Warga Lok Kawi Heights.

Alamat Pejabat: Tingkat 9, Menara MAA,

6, Lorong Api-Api 1, 88000 Kota Kinabalu.

Tel: 088-251144/258492/258493 Fax: 088-239469

Laman Web Rasmi: www.sudc.com.my Alamat Email: sudcsb@streamyx.com

Register No. AR3607

Referensi

Dokumen terkait

Harga jual biopestisida produk pestisida kimiawi sintetik (Bactocyn) dijual perhitungan ekonomi tersebut dapat dinyatakan, bahwa penggunaan biopestisida dapat menekan

Berdasarkan hasil pengumpulan data yang dilakukan melalui hasil wawancara secara mendalam dan observasi dengan para informan yang merupakan Usaha Mikro Makanan dan

Pemasukan oksigen ke dalam limbah cair adalah salah satu cara yang  bisa diterapkan untuk menjaga proses terjadinya pengolahan anaerobdapat dihindari sehingga gas yang

Berdasarkan hal tersebut, pembentukan hidroksiapatit yang sumber kalsiumnya berasal dari udang papai dengan metode sintesis yaitu hidrotermal diharapkan membentuk produk akhir

Pengolahan citra merupakan proses memanipulasi dan menganalisis citra dengan bantuan computer, dengan menggunakan deteksi tepi yang menentukan titik –titik tepi

JAKARTA UTARA Serba Serbi JAKARTA BARAT Rumah Dikontrakan Rumah Dijual JAKARTA PUSAT JAKARTA SELATAN LAIN-LAIN JAKARTA TIMUR JAKARTA TIMUR BODETABEK TANAH DIJUAL.. DI JUAL CPT

20 Dengan mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan yang disajikan dalam tabel 5.2 dalam kaitannya dengan rencana pelaksanaan yang akan digunakan dalam proyek pekerjaan Bendung

Fase ini berupa berkontraksinya otot antartulang rusuk sehingga rongga dada membesar, akibatnya tekanan dalam rongga dada menjadi lebih kecil daripada tekanan di luar sehingga