Disclaimer
Untuk makluman anda, Ebook 10 Tips Merangsang Anak Membaca ini ditulis berdasarkan hasil kajian dan pengalaman penulis sendiri. Ia dibuat demi untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat demi kemajuan ummah.
Amaran
• Panduan Ebook ini adalah Hak Cipta Terpelihara www.penpintarmyiman.com • Anda dilarang sama sekali Mengubah atau Menjual Ebook ini kepada pihak lain. • Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
• Anda dibenarkan mengedar kepada kenalan anda jika rasa ia bermanfaat serta
diharap dapat menjadi amal kebajikan kita bersama.
Ditulis oleh
Mengenai Penulis
Mohd Najib Asaddok merupakan seorang usahawan internet semenjak Disember 2009. Memulakan perniagaan internet sejak tahun 2009 secara sepenuh masa dan aktif dalam jualan di laman Ebay dan website tempatan.
Beliau juga sekarang aktif dalam promosi affiliate untuk produk-produk digital berkualiti yang dikeluarkan oleh para Usahawan Internet terkemuka di Malaysia. Pernah mendapatkan ilmu Seminar Pakar Ebook Saudara Jamaluddin Bahari, Workshop Affiliate Ammar Zahar , Seminar FB Marketing Power Gero Azrul dan mendapatkan personal coaching dari Top Affiliate Malaysia, Rahman Basri.
Selain itu beliau juga merupakan seorang suami dan ayah kepada 2 orang anak. Beliau juga sangat mementingkan pendidikan anak-anak lebih-lebih lagi isteri beliau seorang pendidik dan tulang belakang utama beliau. Isteri beliau, Puan Nurul Iyzah Rahiman juga merupakan orang penting dalam ebook ini.
Anda boleh berhubung dengan beliau di laman facebook beliau iaitu http://www.facebook.com/najibasaddok
Nurul Iyzah Rahiman adalah seorang guru dan juga seorang ibu kepada 2 orang anak. Beliau merupakan seorang yang mengambil berat tentang pendidikan murid-murid dan anak-anak beliau.
Pengenalan
Membaca adalah jendela dunia. Ungkapan ini seharusnya menjadi acuan kita untuk lebih sering lagi membaca. Masalahnya membaca bukan perkara mudah jika tidak dibiasakan sejak kecil di mana membaca merupakan aktiviti yang sangat membosankan. Untuk itu mengajak anak untuk suka membaca sejak kecil menjadi tugas penting untuk ibu bapa ataupun calon ibu bapa yang menginginkan buah hatinya rajin membaca.
10 Tips Merangsang Anak Membaca
1. Betulkan niat.
Niatlah dengan niat yang baik. Jangan kerana anda nak menyaingi orang lain atau ingin menunjuk-nunjuk. Antara niat yang baik termasuklah supaya anak anda dapat belajar dengan baik di sekolah, supaya anak dapat mengambil seberapa banyak ilmu yang ada.
Mulakan setiap pekerjaan dengan niat. Tidak kira apa juga yang kita lakukan untuk merangsang anak membaca, berniatlah bahawa ia adalah untuk kebaikan anak-anak dan untuk mendapat keredhaan Allah. Bukankah menuntut ilmu itu wajib? Jadi, dengan niat yang baik, InsyaAllah, setiap usaha yang kita lakukan untuk merangsang anak agar membaca pasti akan dimudahkan Allah dan beroleh barakah. InsyaAllah.
Di sebalik niat yang baik, sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita supaya sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan anak-anak kita. Maka, janganlah berputus asa dalam berdoa walaupun hasil yang kita inginkan tu lambat. Satu tips kepada ibu bapa, selalulah hantar aura positif kepada anak kita. Caranya, bayangkan wajah anak dan niatkan dalam hati harapan kita padanya.
Contohnya, jika kita nak anak pandai dan suka baca, niatkan dalam hati sambil membayangkan wajah anak. Mudah-mudahan aura dan tenaga tersebut akan sampai kepada anak. Lakukan selalu. Untuk lebih memahami tentang konsep aura, cuba cari di laman web yang berkaitan.
Jika tidak ditiupkan ke ubun-ubun, memadailah bacaan-bacaan tersebut ditujukan kepada anak-anak. Mudah-mudahan dengan usaha kita yang baik dan berterusan itu, anak-anak kita bukan sahaja pandai membaca, tetapi juga terang hati dalam menuntut ilmu.
2. Merangsang anak ketika masih di dalam perut lagi.
Mulalah bercakap dengan anak dari dalam perut lagi. Anda boleh berzikir, menyanyi Asmaul-Husna, atau membacakan buku semasa anak anda dalam kandungan lagi. Sentiasa membaca Al-Quran semasa mengandung. Amalkan membaca surah-surah seperti Surah Luqman, Surah Mariam, Surah Yusuf, dan Yasin.
Kajian mendapati bayi yang diperdengarkan bacaan Quran akan berada dalam keadaan tenang. Kedudukannya juga akan berada dalam posisi yang baik iaitu dalam keadaan sujud ( boleh lihat di You Tube tentang Kesan Bacaan Quran kepada bayi dalam perut ). Ketenangan akan membuatkan emosi bayi stabil dan sihat.
Ibu yang banyak membaca buku bukan sahaja memberi kebaikan dan ketenangan kepada si ibu, tetapi juga dapat merangsang otak bayi. Hati ibu yang tenang sepanjang membaca juga akan membuatkan bayi berasa tenang. Tidak mustahil, jika si ibu suka membaca buku semasa mengandungkannya, maka anaknya juga akan suka membaca!
3. Sentiasa berkomunikasi dengan anak dan rangsang minda anak.
Kejayaan dalam mendidik anak-anak bermula dengan komitmen yang tinggi ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa hendaklah rajin berkomunikasi dengan anak-anak setiap masa. Menjadi fitrah kanak-kanak suka dibelai, dimanja, disentuh, diajak berbual dan bermain bersama.
Semakin banyak komunikasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak-anak, semakin mudah mengajar anak apa sahaja termasuk kemahiran membaca. Apa yang penting, ibu bapa jangan terlalu menekan anak supaya membaca hingga menimbulkan rasa kurang senang pada anak. Ini akan menyebabkan anak tidak mahu membaca langsung.
Semasa menerangkan nama benda-benda tersebut, jangan lupa terangkan sekali kegunaannya. Buatlah seolah-olah anak anda memahami apa yang anda terangkan. Menurut kajian, kanak-kanak mempunyai kemampuan mengingat yang tinggi.
Komunikasi antara ibu bapa dan anak bukan sahaja dari segi perbualan seharian, tetapi juga memberikan anak-anak pelbagai pengalaman dan aktiviti yang berfaedah bersama. Kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa berusia bawah 3 tahun.
Sedikit info untuk anda, semasa dilahirkan, bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 ( 1 trillion ) hingga 1.2 trillion sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda. Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal yang boleh kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu. Sepanjang proses pembelajaran ini, apa sahaja yang diterima akan menjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak.
Ajaklah anak anda melawat zoo. Di sana anda boleh kenalkan mereka dengan dunia haiwan secara realiti dan ia pasti akan lebih melekat di ingatan anak. Kenalkan anak dengan nama-nama haiwan yang ditemui dan jangan lupa untuk membuat bunyi binatang tersebut.
Bagi ibu bapa yang berkemampuan untuk membelikan anak mereka IPAD dan alat teknologi yang seumpamanya, anada boleh gunakan alat-alat tersebut untuk memuat turun pelbagai bunyi haiwan yang ada, dan perdengarkan kepada anak. Tanyakan anak anda tentang binatang dan bunyi-bunyi tersebut.
Ulang pertanyaan anda secara kerap dan kalau boleh, setiap hari. Anda pasti terkejut bila anak anda mampu mengenal bunyi binatang tersebut sekaligus dapat menjawab pertanyaan anda dengan tepat!
basikal atau bas. Sediakanlah satu waktu untuk membawa anak anda menaiki keretapi atau komuter.
Bagi yang berkemampuan, bawalah anak menaiki kapal atau feri, juga kapal terbang. Gunakanlah peluang tambang murah yang disediakan Air Asia untuk membawa anak anda merasai pengalaman yang hebat itu! Tidak perlu pergi jauh. Memadai jika anda menaiki kapal terbang dari KL ke Pulau Pinang, atau dari KL ke Langkawi.
Apa yang penting ialah, ceritakan dengan anak tentang kenderaan tersebut. Apa namanya, bagaimana bunyinya, bagaimana bentuk dan warnanya, juga ke mana destinasinya. Kemudian, tanyakan perasaan anak anda ketika itu.
Setelah anak merasa sendiri pengalaman-pengalaman yang penat tetapi menghiburkan itu, jangan lupa sentiasalah bertanyakan anak tentang semua pengalaman-pengalaman yang telah dialuinya dan juga segala cerita-cerita yang anda sampaikan kepadanya.
Saya yakin, walaupun pelat, anak anda pasti dapat menjawab semua soalan anda. Perlu diingat, janganlah hanya bertanya sekali, anda harap anak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Bila anak lupa atau salah, andalah yang perlu betulkan atau mengingatkannya kembali. Yang penting, ulang dan sentiasa ulang soalan-soalan tersebut agar ia melekat di hati dan memorinya.
Selain itu, anda juga boleh membawa anak berkelah atau bersukan. Ajar anak bagaimana melompat, bermain papan gelongsor, bermain buaian, bermain layang-layang, mandi kolam, sungai atau laut, dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkkan. Rajin-rajinlah membawa anak bermain di padang permainan.
Selain dapat menyihatkan badan, anak juga dapat belajar bagaimana bertolak ansur dengan rakan sebaya yang lain. Paling penting, kenalkan anak dengan nama-nama alat permainan yang ada dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Anak pasti akan ingat apa yang anda ajar dan ceritakan kerana dia melalui sendiri pengalaman bermain dan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
Juga perkara yang sama, jangan lupa ulang dan ulang soalan berkaitan dengannya pada waktu lain supaya anak-anak lebih ingat dan dapat bertutur dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.
Ibu bapa sekalian, mengapa saya begitu menekankan anda supaya melakukan pelbagai aktiviti ini? Apakah kepentingannya dengan memupuk anak supaya suka membaca? Inilah sebenarnya kunci bagaimana anda dapat memupuk anak anda supaya suka dan pandai membaca..
4. Kenalkan anak anda dengan buku seawal yang boleh.
Jika kita takut anak akan mengoyakkan buku yang kita beri padanya, belilah buku yang dibuat daripada kain yang banyak terdapat di pasaran. Saya pula lebih suka beri anak buku sebenar semasa umurnya baru setahun walaupun tahu anak akan mengoyakkannya.
Saya amat rajin menampal helaian yang telah dikoyakkannya. Yang pasti, sejak umurnya 2 tahun, anak jarang mengoyakkan buku apabila saya memberinya buku. Sekali dua tu adalah. Anda pasti ingin tahu apakah hubungkait tips ketiga dengan tips keempat ini bukan? Inilah rahsianya..
Sebenarnya, semua rangsangan yang dilakukan kepada anak samada dengan cara komunikasi, bermain-main, senaman atau membawa anak merasai pengalaman sebenar boleh meningkatkan perkembangan kognitif ( akal ), fizikal, dan emosi anak-anak ke tahap optimum.
Jeng jeng jeng…saya juga pasti, sebaik sahaja anda menunjukkan kepadanya buku yang ada gambar-gambar yang telah dikatahui dan dikenalinya tadi, pasti dia akan teruja menyebutnya di hadapan anda! Inilah masanya anda menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang bersamanya untuk anda menarik minatnya kepada buku. Sekali lagi, apa yang penting? KERJASAMA!
Ya, kerjasama anda sebagai ibu bapa amatlah penting. Sepanjang proses anak anda mengenali buku, sentiasalah berada bersamanya. Peter Corey, penulis buku kanak-kanak terkenal menyatakan bahawa antara cara yang paling berkesan untuk merangsang anak anda membaca ialah membaca bersama anak.
Tanyakan padanya pelbagai soalan tentang gambar yang dilihatnya, jawab setiap soalannya dengan sabar, dan ceritakan padanya tentang gambar-gambar yang ada di dalam buku tersebut. Secara tidak langsung, anda juga bukan sahaja berjaya mengembalikan ingatan anak anda tetapi juga anda dapat menambah perbendaharaan kata anak anda.
Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat. Anda juga boleh bercerita tanpa buku. Berceritalah walaupun cerita anda seperti dongeng sahaja bunyinya. Ceritalah selama mana anak anda ingin mendengarnya.
Sesungguhnya fitrah kanak-kanak sangat suka mendengar cerita apatah lagi jika anda memang pandai bercerita. Buatlah pelbagai aksi dan memek muka serta suara yang berlainan semasa bercerita supaya anak anda tidak cepat bosan. Dengan bercerita, anak anda pasti ingin tahu apa lagi yang ada dalam buku-buku yang anda kenalkan padanya itu.
5. Pilih buku bacaan anak anda.
Anda seharusnya tahu buku yang bagaimanakah yang menarik minat kanak-kanak seusia anak anda. Buku itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
• Gambar yang berwarna-warni dan menarik • Tulisan yang besar
• Mudah dipegang dan diselak halaman muka suratnya • Banyak gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni
• Paling baik, dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan apa yang telah dilihatnya atau dilaluinya bersama anda seperti keretapi, kapal terbang, bas, dan tentang dunia haiwan seperti kucing, burung dll
• Juga buku-buku yang berkaitan dengan objek-objek yang sentiasa dekat dalam berdoalah bila kita nak pergi ke mana-mana termasuklah jika nak pergi beli-belah.
Minta petunjuk pada Allah temukan kita dengan belian yang berbaloi-baloi, yang baik dan kualiti, tahan lama, dan yang paling penting, barang yang beri kebaikan pada diri kita, pada agama kita, dan hingga akhir hidup kita. Tidak ketinggalan BUKU yang ingin kita beli.
InsyaAllah, sepengalaman saya, bila kita tanya Allah, Allah pasti memberi kita jawapan. Sesungguhnya, Kasih Sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya… Yakinlah!
Selaku ibu bapa, selain berdoa, kita juga perlu berusaha mencari buku-buku yang sesuai dengan anak-anak kita. Contohnya, kalau anak kita baru berumur 1 tahun lebih, dan kita nak kenalkan anak dengan nama-nama baru, carilah buku-buku yang banyak gambar. Kanak-kanak suka melihat gambar yang berwarna-warni. Contohnya, antara buku-buku yang saya belikan anak saya, Ammar semasa ingin perkenalkan buku kepadanya ialah ‘buku berpad’ iaitu buku kertas keras yang kulit bukunya dibuat daripada kertas berpad yang tahan lasak. Buku-buku tersebut bertajuk ABC dan Badan Saya.
Selain itu, saya juga belikan anak CD dan buku Noddy. Kenapa saya pilih Noddy? Saya lihat Noddy bercakap dengan sopan santun. Bukunya juga penuh dengan gambar. Ammar memang banyak belajar daripada CD dan buku Noddy walaupun semasa awalnya, habis buku-buku Noddy dikoyakkannya.
Tetapi itu sebelum saya bertemu dengan Set Pintar Myiman. Tidak lama saya membeli set Noddy yang berharga RM2400, kawan suami perkenalkan kepada kami Set Pen Pintar ini. Tanpa berfikir panjang, suami terus beli. Pertama kali saya lihat set ini, saya sangat teruja dan terkejut kerana ada alat yang sangat best, lebih best daripada Set Pembelajaran Noddy ( bagi sayalah! ).
Mengapa saya suka Set Pen Pintar ini? Ia sangat menarik dan berwarna-warni. Bila menggunakannya, anak tidak cepat bosan. Anak bukan sahaja dapat melihat tulisan daripada buku, tetapi juga dapat mendengar suaranya. Buku-bukunya juga sangat sesuai dengan kanak-kanak seawal setahun lagi.
lagu Alif Ba Ta juga sesuai untuk diulang-ulang kepada kanak-kanak bawah setahun dan ke atas agar meresap ke dalam ingatan mereka.
6. Buat Bahan Bantu Mengajar
i. Kad imbasan ( flash card ).
Ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk merangsang anak membaca. Penggunaan flash card dengan cara yang betul dapat menarik minat anak untuk belajar membaca seawal umur 1 tahun. Lebih menarik, seorang penulis e-book iaitu Pn. Wan Sazimah Wan Yaacob telah membuktikan anaknya dapat membaca beratus-ratus patah perkataan serta boleh membaca buku-buku cerita kanak-kanak pada usia 1 setengah tahun. Beliau mula mengajar anaknya membaca menggunakan flash card sejak anaknya berumur 8 bulan.
Antara ciri-ciri flash card yang baik untuk mengajar kanak-kanak membaca perkataan ialah :
• Saiz kad yang besar dan tulisan yang besar supaya anak mudah melihatnya • Menggunakan tulisan yang berwarna merah dan hitam
• Menggunakan kertas keras supaya tahan lama
Antara perkataan-perkataan yang boleh diajar dahulu ialah nama-nama ahli keluarga dan nama-nama benda yang selalu dilihat dan berada di sekeliling anak. Contohnya, ibu, umi, abi, papa, mama, sudu, bola, baju, mata, hidung, nenek, makcik, kereta, bas, dan gigi.
Ibu bapa tidak perlu mengambil masa yang lama mengajar anak membaca. Dalam 3 hingga 5 minit sehari sudah memadai. Ini kerana, kanak-kanak cepat bosan. Jika ini berlaku, ibu bapa perlu menghentikan sesi pengajaran kerana anak-anak sudah tidak dapat memberikan perhatian lagi.
betul-betul tak sempat, memadailah satu sesi sehari, asalkan dilakukan pada setiap hari. Hanya 5 minit sahaja! Jadi, jangan anggap ia satu bebanan. Sekali lagi saya ulang, untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam apa juga perkara, komitmen ibu bapa amat diperlukan.
ii. Buat Mind Maping
Mind maping sangat membantu dalam merangsang anak membaca. Binalah mind maping tentang apa yang ada di sekeliling anak. Antara tajuk mind maping yang boleh anda bina ialah :
• jenis-jenis kenderaan yang pernah anak anda naik • binatang-binatang dan bunyinya
• tempat-tempat yang pernah dilawati anak
• rumah-rumah datuk dan saudara-mara yang lain yang biasa dikunjungi bersama
anak
• alatan untuk makan dan minum • bahan-bahan untuk sediakan air teh • dan banyak lagi…
Pada setiap mind maping yang anda bina, letakkan sekali gambar supaya anak akan lebih tertarik dan mudah diingat. Jika boleh, ajak anak anda sekali untuk bina mind maping tersebut.
iii. Buat Kad Roda
7. Bawalah anak-anak ke kedai buku dengan kerap semenjak dia
masih bayi.
Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai buku. Bila anak sudah semakin membesar dan pandai bercakap, ajaklah dia memilih buku-buku kesukaannya. Berilah anak anda peluang untuk memilih buku kesukaan mereka.
Selain dapat menumbuhkan minatnya terhadap buku, anak juga dapat belajar menghargai buku dan sekaligus meningkatkan keyakinan dalam diri anak-anak. Setiap kali membeli-belah di pasaraya-pasaraya besar seperti Jusco, Giant, Angsana, SOGO, Alamanda atau ke mana-mana pusat membeli belah yang lain, jangan lupa bawa anak singgah ke toko-toko buku yang ada seperti POPULAR, MPH, BADAN, dll.
Sediakan bajet setiap bulan untuk membelikan anak anda buku dan pelbagaikan buku bacaan anak. Jika anda tidak mahu membeli pun, memadailah dengan melihat buku yang baru diterbitkan atau menunjukkan kepada anak anda tentang buku-buku tersebut. Ini bertujuan supaya anak tahu walau ke mana pun kita pergi, buku-buku sangat penting.
Selalulah memberitahu anak bahawa anda sangat gembira jika anak anda meminta buku berbanding mainan. InsyaAllah, walaupun anak anda masih kecil, namun, lama-kelamaan dia pasti akan faham.
Selain kedai buku, ada tempat yang lebih murah dan berbaloi untuk anda dan anak-anak meluangkan waktu bersama iaitu di perpustakaan. Anda boleh meminjam buku-buku yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan duit.
Ini kerana, kebanyakan anak-anak adalah aktif terutamanya anak-anak pintar. Pastinya akan menimbulkan situasi kurang enak jika anak anda membuat kacau atau bising ketika di perpustakaan. Maka, agak-agaklah ya.
8. Adakan Perpustakaan Mini di Rumah.
Sheikh Muhammad Soleh menyarankan agar setiap rumah mempunyai perpustakaan islam di rumah bagi membantu proses pengajaran bagi keluarga. Oleh itu, seharusnyalah kita membuat sebuah perpustakaan di rumah yang mengandungi sumber-sumber atau buku-buku yang sesuai dengan anak-anak di sekolah atau yang baru hendak belajar membaca. Ia juga memuatkan buku-buku untuk pelbagai tahap, juga sesuai untuk orang dewasa, anak-anak, lelaki dan perempuan.
Perpustakaan yang dibina tidak semestinya besar, memadai sebuah rak buku yang boleh menempatkan buku-buku yang penting, menempatkannya di tempat yang senang untuk diambil, dan dapat menarik minat anggota keluarga untuk membacanya. Ruang perpustakaan yang dibina juga hendaklah diselia dengan betul, bersih dan kemas. Dengan ini, anggota keluarga dapat membaca buku dengan tenang dan teratur.
Apabila ada perpustakaan di dalam rumah, anak-anak juga akan terdedah dengan suasana yang baik semenjak kecil dan lama-kelamaan, mereka akan terdorong untuk suka membaca. Kita juga akan dapat mengakses buku yang sesuai untuk mengajar anak dengan mudah dan cepat.
9. Limpahkanlah Kasih-Sayang dan Perhatian Kepada Anak.
Pakar Psikologi mengatakan bahawa sebab utama seseorang anak mampu menjadi anak yang pintar dari segi JERIS (Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial) adalah KASIH-SAYANG. Tunjukkan yang anda amat sayangkan anak anda samada dengan cara verbal atau perilaku.
Beritahunya bahawa anda amat sayangkannya dan hanya mahukan yang terbaik untuknya. Beritahunya setiap hari. Namun, pandai-pandailah dalam memberi kasih-sayang. Jangan sampai anak anda menyalahgunakan kasih-sayang yang diberi.
Pakar Pemkembangan Kanak-kanak, Stephen D. Green mengatakan bahawa kanak-kanak yang mendapat cukup kasih-sayang kedua ibu bapanya akan membesar dengan lebih baik dari segi :
• kemahiran bertutur
• Kemampuan menyelesaikan masalah • Kemampuan menguasai ilmu matematik • Kemahiran bersosial
• Cemerlang dalam akademik
• Kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
• Mampu mengawal emosi dengan baik • Mengikut peraturan
Jawab setiap soalan yang ditanya anak dengan penuh kesabaran. Selalunya akan memenuhi keinginan kita pula. Waktu inilah kita boleh mengambil kesempatan untuk mengajarnya membaca dan memintanya supaya rajin dan suka membaca!
Tunjukkan pada anak, betapa kita menghargainya dan sangat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup kita. Anak yang rasa dihargai akan belajar menghargai diri sendiri dan orang lain. Dengan ini, dia akan belajar bahawa untuk menjadi orang yang berjaya, perlu banyak membaca dan menimba ilmu.
Walaupun anak kita masih kecil dan belum mengerti apa-apa, anak tetap dapat rasa kasih sayang yang kita curahkan kepada mereka. Peluklah dan belailah anak-anak setiap hari. Katakan padanya betapa kasih dan sayangnya kita kepadanya. Lihatlah matanya ketika kita menuturkan perkataan sayang tersebut.
Ajaklah anak bermain. Ketika bermain, kita boleh mengajar anak tentang peraturan dan keyakinan diri. Anak juga boleh diajar supaya kreatif. Anak-anak yang dicurahkan kasih sayang sejak kecil pasti akan membesar menjadi kanak-kanak yang bijak dan berjaya. Bersabarlah dengan setiap karenahnya.
Rasulullah juga banyak menunjukkan contoh tauladan dalam mendidik anak. Rasulullah senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kadang beliau memangku mereka.
Dalam kisah lain pula, Al-Aqraa bin harits melihat Nabi Muhammad SAW. mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka”.
Rasulullah bersabda, “Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi”.
Riwayat yang lebih masyhur menyebutkan, Rasulullah pernah lama sekali sujud dalam solatnya, maka salah seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau engkau sedang menerima wahyu”.
Nabi Muhammad SAW menjawab, “Tidak ada apa-apa, tetaplah aku di tunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mahu tergesa-gesa hinggalah dia puas. Adapun anak yang di maksudkan ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma.
Perdengarkan anak dengan lagu kanak. Terdapat banyak lagu kanak-kanak di pasaran baik yang menggunakan VCD, DVD, atau CD Audio. Pilih lagu-lagu yang boleh perkenalkan anak dengan ABC, Alif Ba Ta, nama-nama benda, nama-nama Rasul dan Sifat-sifat Allah.
Ulang lagu-lagu yang dimainkan. Walaupun sekarang dia hanya tahu melihat atau tidak menunjukkan minat, tetapi anak akan merakam lagu-lagu tersebut ke dalam ingatannya apabila banyak kali diulang.
10. Jadilah Role Model Kepada Anak.
Anda adalah idola anak anda. Kanak-kanak yang sudah mengenal ibu bapanya akan mudah meniru apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapanya. Oleh itu, kita mesti jadikan amalan membaca sebagai satu kebiasaan bagi diri kita. Ubahlah diri kita kepada tabiat suka membaca.
Tunjukkan kepada anak yang kita betul-betul minat membaca, bukan berpura-pura. Kanak-kanak secara psikologinya tahu bila ibu bapanya berpura-berpura-pura. Selalulah membaca di sisi perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak sudah biasa melihat buku di sekelilingnya dan selalu melihat kita membaca, anak-anak akan berfikir bahawa aktiviti membaca adalah satu keperluan dalam hidup dan sangat penting dalam kehidupan seharian.
Sentiasa tetapkan satu peraturan pada diri untuk membaca sekurang-kurangnya 2 buah buku sebulan. Jadikan amalan membeli buku sebagai satu kewajipan pada setiap bulan.
Apabila ingin beli buku, bawa anak sekali. Ajak sekali anggota keluarga yang lain seperti atuk, nenek, atau saudara-mara yang lain untuk membeli buku atau ke pesta buku. Ambil tahu bila pesta buku besar-besaran diadakan. Bawa anak ke pesta buku tersebut dan sediakan bajet yang lebih untuk membeli buku.
Selain buku, gunakan sumber lain sebagai bahan rujukan atau pembelajaran seperti internet atau CD. Bukalah CD nyanyian lagu-lagu yang bermanfaat atau layarilah pelbagai maklumat di internet.
Ajak anak menyertai aktiviti tersebut. Tunjukkan pada anak tentang isu-isu semasa yang berlaku. Gunakanlah kemudahan yang ada untuk menunjukkan pelbagai aktiviti membaca yang banyak dimasukkan di Laman You Tube. Sertai anak anda supaya anak lebih bersemangat dan gembira dengan aktiviti itu. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian dan perhatian daripada keluarganya.
untuk membaca buku tersebut. Saya faham jika ibu zaman sekarang sangat sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga.
Namun jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak membaca. Sebaliknya, ibu zaman sekaranglah yang perlu mendapatkan sebanyak-banyak ilmu pengetahuan dan maklumat untuk mendidik generasi yang semakin pintar dalam mengharungi pelbagai cabaran teknologi.
Sebagai permulaan dalam mendidik diri suka membaca, apa yang penting ialah bertindak. Maka, bertindaklah sekarang. Paksa diri untuk membaca walaupun anda tidak suka. Ulang dan ulang hingga akhirnya anda tidak boleh hidup tanpa membaca. Sedangkan solat dulu pun kita dipaksa oleh ibu bapa untuk melakukannya.
Jadi, paksa diri hingga akhirnya kita benar-benar menyukai amalan membaca. Ia amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk anak-anak sukakan buku dan supaya anak-anak dapat meniru kebiasaan kita yang suka membaca.
Penutup
Tahniah kerana anda telah habis membaca ebook ini! Kami amat mengharapkan agar anda mendapat manfaat daripada ilmu dan pengalaman yang kami sampaikan dalam Ebook 10 Tips Merangsang Anak Membaca ini. Di sini kami ingin berkongsi perasaan selaku ibu bapa dengan para pembaca ebook ini.
Ingatlah, kita memang patut berbangga jika anak kita pandai baca. Kita juga memang patut berbangga jika memiliki anak-anak yang pintar. Tapi, walau apapun yang terjadi, di sebalik kepintaran yang mereka miliki, didiklah anak-anak dengan pendidikan agama.