• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERIND USTRIAN NEGARA PUNCA TENAGA BURUH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERIND USTRIAN NEGARA PUNCA TENAGA BURUH"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERLADANGAN

Ahmad Zairy Bin Zainol Abidin

Pengenalan

Perindustrian merupakan satu pendekatan yang dijalankan dalam usaha untuk memajukan sesebuah negara. Perindustrian dilihat sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan dalam memastikan sesebuah negara itu dapat keluar daripada kepompong pemiskinan dan kemunduran. Setiap negara merangka dan merancang pelan perindustriannya sendiri berdasarkan keperluan dan kehendak negara yang bertujuan untuk memajukan negara mereka.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam memastikan sektor perindustrian menjadi sebagai sebuah pemangkin pembangunan dalam memajukan negara. Selaras dengan idea tersebut, negara telah merangka Dasar Perindustrian Negara (DPN) pada tahun 1983 dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada tahun 1986. Penggubalan Dasar Perindustrian Negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara dan Pelan Induk Perindustrian pula sebagai pelengkap untuk memastikan Dasar Perindustrian Negara dapat di capai dengan jayanya (Pejabat Perdana Menteri. 2013).

Dasar Perindustrian Negara dan Pelan Induk Perindustrian umumnya memberikan penekanan terhadap sektor pembuatan dan perkilangan namun begitu, menyusuri arus pembangunan dan perindustrian ini, tempiasnya juga dirasai oleh sektor-sektor lain seperti pertanian dan perladangan.

(2)

negara memajukan sektor pertanian dalam negara menunjukkan keupayaan negara tersebut untuk membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyat.

Di Malaysia, sektor pertanian dan perladangan telah menjadi nadi utama pertumbuhan ekonomi negara sejak merdeka hingga akhir tahun 1970-an, di mana tanaman yang penting adalah getah, koko dan kelapa sawit. Namun menjelang tahun 1980-an, ekonomi Malaysia telah beralih arah kepada sektor perindustrian, dan seterusnya kepada sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan yang telah menerajui pertumbuhan ekonomi negara pada masa kini.

Walau bagaimanapun, dalam Rancangan Malaysia ke-9, tumpuan kembali terarah kepada sektor pertanian dan perladangan dengan memperkenalkan pendekatan ‘pertanian baru’ yang memberikan penekanan kepada penanaman berskala besar pertanian, pengenalan penggunaan teknologi, penghasilan hasil berkualiti tinggi dan penambahan hasil produk tambah nilai terhadap hasilan pertanian dan perladangan ini (Tengku Mohd Ariff dan Chubashini. 2009)

(3)

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan membawa masuk pekerja asing untuk memenuhi keperluan yang diperlukan oleh sektor pertanian dan perladangan ini supaya sektor ini kekal berdaya saing untuk kesejahteraan negara.

Perindustrian dalam pertanian dan perladangan

Pertanian dan perladangan merupakan sektor yang amat penting seawal abad ke 19 di waktu penjajahan British pada zaman Tanah Melayu lagi. Komoditi pertanian dan perladangan seperti getah dan kopi merupakan keberhasilan utama yang diutamakan oleh penjajah British dalam membantu memajukan ekonomi negara mereka. Selepas Malaysia mendapat kemerdekaan, fokus untuk meneruskan penumpuan terhadap sektor pertanian dan perladangan diteruskan di samping usaha memajukan negara dengan mengamalkan dasar-dasar yang berkaitan perindustrian dengan lebih sistematik. Penubuhan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) adalah di antara perancangan perindustrian pertanian dan perladangan yang sangat berjaya di samping pembentukan rancangan pengairan berpadu untuk menjayakan komoditi padi seperti di KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu), MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan sebagainya (Amarjit Kaur. 2014).

(4)

Polisi negara untuk memastikan keperluan tenaga kerja ini mencukupi bukanlah bermula daripada Rancangan Malaysia ke-11 ini tetapi seawal tahun 1990an lagi di mana di waktu itu, keperluan untuk tenaga buruh tidak mahir dan separa mahir amat diperlukan terutama di sektor perladangan dan pembinaan. Pengenalan kepada Dasar Ekonomi Baru pada 1971 yang mengubah sosiobudaya masyarakat Malaysia juga memberikan kesan kepada kekurangan tenaga buruh dalam negara. Usaha untuk memastikan tenaga buruh tidak mengalami kekurangan cuba diselesaikan ketika itu dengan membawa masuk pekerja daripada Indonesia, Filipina dan Thailand (Ximena et al. 2015).

Perindustrian dalam sektor pertanian dan perladangan yang dijalankan bertujuan untuk memastikan sektor pertanian tidak keciciran dan masih berada di tahap pertanian secara kecil-kecilan tanpa berupaya untuk menyumbang kepada negara dengan lebih efisien dan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran untuk memenuhi keperluan tahap sara diri negara. Perubahan daripada pertanian untuk sara diri kepada pertanian dan perladangan untuk perindustrian ini memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk menyokong kelangsungan sektor ini. Keperluan tenaga buruh yang tinggi untuk menguruskan ladang-ladang ini tidak dapat ditanggung oleh tenaga kerja tempatan yang akhirnya mengundang kepada membawa masuk tenaga buruh asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja ini.

Punca peningkatan tenaga buruh asing di sektor pertanian dan perladangan

(5)

1. Peluasan kawasan pertanian dan perladangan

Dengan dasar untuk menjadi sebuah negara maju, sektor pertanian dan perladangan menjadi semakin besar dan luas untuk memastikan tahap berdaya saing dengan sektor lain dapat dikurangkan jurangnya. Peluasan kawasan yang lebih luas memerlukan lebih ramai untuk mengurus terutama terhadap tenaga buruh tidak mahir dan separa mahir.

Kekurangan tenaga buruh tidak mahir dan separa mahir ini tidak dapat ditampung oleh sumber tenaga tempatan yang akhirnya mendesak pengusaha dan pengurus untuk mendapatkan tenaga buruh asing bagi memenuhi keperluan yang diperlukan ini. Ini adalah kerana kekurangan tenaga buruh ini akan mengakibatkan kerugian kepada mereka kerana kekurangan tenaga buruh ini boleh menyebabkan kelambatan pemungutan hasil dan juga pengurusan hasil yang efisien dalam perusahaan mereka.

2.Penglibatan belia kurang

Penglibatan belia tempatan juga semakin berkurangan kerana sektor ini memerlukan mereka berada di bawah panas matahari dan membanting tulang mereka untuk menjayakannya. Belia-belia tempatan lebih cenderung untuk bekerja dalam keadaan yang lebih selesa dan di dalam bangunan seperti di kilang atau pejabat.

(6)

3. Pendapatan (gaji) yang kecil

Pendapatan yang diterima daripada sektor pertanian dan perladangan juga adalah kecil dan tidak tetap tidak mampu untuk menarik minat warga tempatan untuk menceburi bidang ini sebagai tenaga buruh tidak mahir dan separa mahir yang diperlukan. Pendapatan yang diterima adalah kecil berbanding kos sara hidup yang tinggi dan semakin meningkat. Komitmen mereka terutama kepada yang telah berkeluarga mendorong mereka untuk menceburi bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan secara tetap (Zakaria. 2005).

Keadaan ini berbeza dengan warga asing kerana kemasukan mereka ke negara ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja dan mereka sanggup untuk bekerja dengan jumlah gaji yang kecil kerana komitmen mereka adalah kecil berbanding dengan warga tempatan.

4. Migrasi penduduk luar bandar ke bandar

Pembangunan yang dirancang untuk kemajuan rakyat juga mendorong kepada kekurangan tenaga buruh di luar bandar kerana migrasi mereka ke bandar. Pembangunan yang wujud di kawasan bandar menarik minat warga tempatan luar bandar bermigrasi ke bandar untuk mendapatkan kemajuan yang ditawarkan di kawasan bandar. Migrasi ini menyebabkan lama-kelamaan kurangnya warga tempatan muda di kawasan luar bandar yang mana terletaknya kawasan pertanian dan perladangan ini.

(7)

5. Tiada pembangunan kerjaya

Sektor pertanian dan perladangan ini juga dikatakan sebagai satu kerjaya yang tiada pembangunan kerjaya sekiranya diceburi. Mereka akan terus terikat dengan kitaran kerja yang sama dan tidak berupaya untuk memajukan diri sendiri (Zakaria. 2005).

6. Keupayaan kebergantungan kepada mesin kurang

Keperluan terhadap tenaga buruh juga masih tinggi dalam sektor pertanian dan perladangan kerana kebergantungan terhadap mesin masih kurang di kalangan pengusaha. Para pengusaha masih lagi bergantung pada guna tenaga manusia dalam menjalankan kerja-kerja pertanian dan perladangan berbanding menggunakan mesin. Pendedahan terhadap penggunaan mesin untuk menggantikan tenaga buruh masih tidak diterokai dengan meluas dan mendalam menyebabkan keperluan tenaga buruh ini masih tinggi.

Keupayaan mendapatkan tenaga buruh asing yang lebih murah berbanding dengan mendapatkan sebuah mesin yang berkualiti untuk menggantikan tenaga buruh juga menjadi punca kenapa kebergantungan terhadap mesin kurang di kalangan pengusaha. Kewujudan tenaga buruh yang murah ini menyebabkan juga pengusaha tidak cenderung untuk melabur kepada mesin berbanding mendapatkan tenaga buruh asing yang lebih murah (Ximena et al. 2015).

(8)

Kesan daripada peningkatan tenaga buruh asing di sektor pertanian dan perladangan

Peningkatan tenaga buruh asing ini sememangnya merupakan keperluan dalam memastikan kelangsungan sektor pertanian dan perladangan untuk terus kekal maju. Namun begitu, terdapat beberapa kesan yang dapat dikenal pasti kesan daripada peningkatan jumlah tenaga buruh asing ini. Kesan-kesan yang dikemukakan bukanlah kesan mutlak yang akan terjadi akibat peningkatan buruh asing ini tetapi merupakan di antara beberapa kesan yang berlaku sekiranya peningkatan buruh asing ini tidak dikawal. Beberapa kesan yang telah dikenal pasti adalah:

1. Kebergantungan terhadap tenaga buruh asing

Kemasukan tenaga buruh asing yang ramai dalam sektor ini akan mengakibatkan kesan kebergantungan yang tinggi untuk memastikan kejayaan dalam sesesuatu perusahaan tersebut. Keperluan tenaga buruh yang tinggi dalam melakukan kerja pertanian dan perladangan ini menyebabkan pengusaha terpaksa bergantung pada pekerja asing ini dalam melakukan kerja-kerja harian.

Dalam melihat kesan kebergantungan ini dalam jangka panjang, pengusaha tersebut mungkin akhirnya memberikan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap warga asing ini dalam menguruskan operasi seharian perusahaan mereka meletakkan kedudukan warga asing ini ke peringkat pengurusan berbanding tujuan asal membawa masuk pekerja asing ini iaitu sebagai tenaga buruh tidak mahir dan separa mahir sahaja. Ini memberikan persaingan kepada warga tempatan yang berkelayakan untuk menyandang posisi pengurusan tersebut.

2. Kemasukan yang terlalu ramai

(9)

dalam negara dengan menggunakan alasan untuk memenuhi keperluan tenaga buruh yang kurang di dalam negara. Kebenaran kemasukan ini yang mana sekiranya tidak dikawal dengan sebaiknya boleh menyebabkan berlakunya lambakan buruh asing dalam negara.

3. Pengangguran di kalangan warga tempatan

Kemasukan buruh asing ini juga boleh menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan warga tempatan di mana persaingan untuk mendapatkan kerja semakin tinggi. Ini disebabkan buruh asing ini sanggup untuk melakukan kerja-kerja pertanian dan perladangan dengan kadar gaji yang lebih murah dan juga bekerja dengan lebih lama berbanding warga tempatan menyebabkan mereka akan menjadi pilihan untuk dipanggil bekerja (Rajah, Vicki dan Hwok-Aun. 2015).

4. Wujud komuniti baru

Kemasukan buruh asing yang semakin ramai terutama di kawasan luar bandar berupaya mewujudkan satu komuniti baru di kawasan luar bandar tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan tidak keselesaan di kalangan masyarakat setempat di luar bandar kerana kewujudan komuniti ini berupaya mewujudkan komuniti buruh asing tanpa izin kerana mereka akan membenarkan warga mereka sendiri untuk bersama-sama di kawasan mereka.

5. Keselesaan dalam pekerjaan yang dilakukan

(10)

berkecenderungan untuk meninggalkan pekerjaan tersebut. Pembawaan cara hidup yang berbeza juga boleh menyebabkan ketidakselesaan wujud di kalangan persekitaran kerja (Zakaria. 2005).

6. Kesihatan masyarakat

Faktor kesihatan dalam negara mungkin bakal terancam kerana berkemungkinan buruh-buruh asing ini mengidap penyakit yang berjangkit dan merupakan pembawa virus berkaitan dengan kesihatan. Ini kerana berkemungkinan saringan kesihatan yang dilakukan di negara asal adalah hanya pada peringkat minimum sebagai syarat membolehkan mereka dibawa masuk ke negara kita, manakala saringan dalam negara pula tidak dilakukan secara menyeluruh disebabkan terlalu ramai warga asing yang dibawa masuk menyukarkan saringan secara terperinci dilakukan. Pembawa penyakit seperti batuk kering dan cacar mungkin terlepas masuk dan menyebabkan penularan kembali penyakit-penyakit tersebut di kalangan masyarakat.

7. Wujud undang-undang/ peraturan baru

(11)

8. Keselamatan dalam negara

Keselamatan dalam negara juga mungkin terancam dengan kehadiran buruh asing yang semakin meningkat ini. Ini kerana faktor keselamatan makin tidak dapat dikawal sepenuhnya kerana kemasukan yang terlalu ramai ini berupaya mengancam keselamatan negara kerana latar belakang warga asing yang dibawa masuk tidak disaring sepenuhnya. Mereka lazimnya di saring oleh pihak yang menguruskan proses membawa masuk dari negara asal dan mereka yang bakal menerima mereka. Saringan yang dilakukan mungkin tidak menyeluruh dan tepat yang berkemungkinan membenarkan untuk membawa masuk penjenayah daripada negara asal tersebut tanpa disedari.

Kesimpulan

Perindustrian dalam konteks pertanian dan perladangan merupakan satu pandangan yang amat membina dan berupaya memberikan kesan terhadap masyarakat dan negara. Pendekatan mewujudkan sektor pertanian dan perladangan ini dengan pendekatan perindustrian berupaya untuk menjadikan sektor ini sebagai penyumbang utama hasil negara seperti suatu ketika dahulu. Perindustrian sektor pertanian dan perladangan ini berupaya membantu negara menjadi sebagai sebuah negara maju seperti yang direncanakan oleh kerajaan. Namun begitu, kekurangan tenaga buruh menyukarkan sektor ini untuk terus berdaya saing kerana kebergantungan yang amat tinggi dalam melakukan kerja-kerja harinya. Usaha membawa masuk buruh warga asing dilihat berupaya untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja ini.

(12)
(13)

Rujukan

Amarjit Kaur. 2014. Plantaion Systems, Labour Regimes and the State in Malaysia, 1900- 2012. Journal of Agrarian Change, Vol 14(2):190-213.

Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.

Normala S. Govindarajo, Dileep Kumar M, Subramanium Sri Ramulu dan Othman Yeop Abdullah. 2014. Identifying, Categorizing and Setting Variables on Ergonomic Issues in Oil Palm Plantations. Asian Social Science. Vol 10 (16):113-122.

Pejabat Perdana Menteri. 2013. Dasar Perindustrian Negara. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/13DASAR_PERINDUSTRI AN _NEGARA.pdf. [27 Mei 2016]

Pejabat Perdana Menteri. 2013. Pelan Induk Perindustrian. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/24PLAN_INDUK_PERIND US TRIAN.pdf. [27 Mei 2016]

Rajah Rasiah, Vicki Crinis dan Hwok-Aun Lee. 2015. Industrilization and Labour in Malaysia. Journal of the Asia Pacific Economy 20(1):77-99.

Tengku Mohd Ariff dan Chubashini. 2009. Transformation and Economic Growth of the Malaysian Agricultural Sector. Economic and Technology Management Review,Vol 4:1-10.

Ximena Del Carpio, Caglar Ozden, Mauro Testaverde, Mohamed Marouani, Bjorn Nilsson dan Mathis Wagner. 2015. Foreign Workers in Malaysia: Labour Market and Firm Analysis. Malaysian Journal of Economuc Studies 52(1): 1-19.

Zakaria. 2005. Ke arah Pengurangan Kebergantungan Tenaga Kerja Asing di Sektor Binaan. Jurnal AlamBina, Jilid 7(2):71-86.

Referensi

Dokumen terkait

Dapat dilihat bahwa angka porositas terbesar terletak pada spesimen B yang merupakan hasil pengecoran dari almuniun yang menggunakan media pasir cetak dengan campuran pasir

Berdasarkan teori dan juga penelitian yang telah dilakukan penulis, dapat disimpulkan bahwa typeface yang digunakan pada buku renungan Pelita mengharuskan typeface

Hasil analisis ANOVA panjang dan luas sirip caudal ikan Nilem ( O. hasselti ) yang dipelihara dalam medium dengan.. temperatur dan kadar metiltestosteron

Untuk saat ini hambatan yang dialami oleh mahasiswa pendampingan SMK yaitu ketidaksediaan stopkontak pada kelas sehingga tidak memungkinkan mahasiswa untuk

Biaya transaksi yang muncul dari integrasi vertikal agroindustri kakao skala kecil ini pada tahap rantai budi daya kakao yang menghasilkan produk biji kakao fermentasi)

Tanpa didasari dengan tindakan tersebut diatas yaitu melakukan pelanggaran berupa pembajakan rekaman kaset atas hasil karya lagu seseorang tanpa ijin dari penciptannya, maka

Configure router Site 2 to route between VLANs using information in the Addressing Table and VLAN Switch Port Assignment Table.. The VLANs will be configured on the switches later

Dengan diketahuinya kata- kata yang berkonotasi tidak baik pada siswa SMK di sekitar Terminal Wangon, maka hal ini akan menjadikan tambahan kajian prinsip kesantunan pada