• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam Kontemporari di Asia Tenggara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Islam Kontemporari di Asia Tenggara"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Islam Kontemporari Di Asia Tenggara (Ulasan Diskusi) – Mohd Izzuddin Ramli

Diskusi mingguan yang telah dianjurkan pada kali ini telah memilih topik “Islam Kontemporari di Asia Tenggara” sebagai tajuk yang dikupas secara bersama. Berbeza dengan diskusi-diskusi yang pernah dijalankan sebelum ini, beberapa orang ahli akademik yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang baik berkenaan dengan topik yang ingin dibincangkan telah dijemput. Antara pembicara yang dijemput untuk mengetuai diskusi ialah Dr. Sri Yunanto yang merupakan seorang pengarah di Institute for Defence Security and Peace Studies (Indonesia), dan Dr. Ahmad Sahidah Fellow Post-Doctoral Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Diskusi yang telah dijalankan di bilik interaktif Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) secara amnya telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan staf. Antara yang hadir ialah para pelajar Sains Politik, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi, pelajar Pusat Pengajian Biologi, Fizik dan juga beberapa orang staf USM.

Diskusi tentang Islam Kontemporari ini secara asasnya telah memberi penjelasan secara lebih mendalam tentang dinamika perkembangan Islam di seluruh negara. Idea-idea tentang Fundamentalism, Radikalisme, Konservatisme, Liberal, Puritanisme dan Moderate dikupas secara perbandingan untuk melihat apakah perbezaan-perbezaan yang wujud antara fahaman-fahaman Islam ini. Hal ini demikian kerana, dalam kebanyakan wacana yang berkait dengan isu pemikiran Islam (Islamic Thought) terutama di Asia Tenggara, konsep-konsep inilah yang seringkali menjadi bahan perdebatan yang utama, namun sayangnya seringkali menemui kekeliruan serta “overlapping” dalam penggunaannya.

Selain daripada perbincangan tentang konsep-konsep utama ini, isu berkenaan dengan terrorisme juga turut mengambil tempat dalam diskusi Islam Kontemporari. Terrorisme secara definisinya bermaksud, suatu keadaan ketakutan yang dicipta secara sengaja untuk membawa perubahan politik. Ketakutan-ketakutan ini dicipta melalui pelbagai keadaan dan tindakan seperti kekerasan yang secara umumnya dilakukan untuk mendapatkan perhatian pihak-pihak yang berpengaruh terutama sekali pihak kerajaan. Aksi terrorisme ini jika tidak dicegah ataupun dikawal, maka nyawa masyarakat awam akan menjadi pertaruhan. Dalam satu sisi lain, isu terrorisme ini kadang-kala dilihat telah digunakan oleh ahli politik untuk menutupi isu-isu yang lebih besar dan utama dalam Negara. Hal ini demikian kerana, jika isu keselamatan nyawa orang awam menjadi hujah utama dalam memerangi terrorisme, ternyata kes-kes yang membawa banyak korban jiwa adalah bukan disebabkan oleh terrorisme, malah ia sebenarnya disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kemalangan jalan raya. Namun, kes ini tidak pula cuba digembar-gemburkan oleh media dan juga pihak pemerintah.

Topik perbincangan berkenaan konsep Negara Agama dan Negara Sekular juga menjadi topik yang hangat diperdebatkan pada malam diskusi ini. Menurut Ahmad Sahidah, secara amnya garis pemisah yang ada untuk membezakan antara Negara Agama dan Sekular itu adalah dalam sistem pemerintahannya. Jika Negara itu telah memisahkan agama dalam pemerintahan ataupun negara, maka sekularisasi akan mula berlaku. Jika dilihat kembali kepada konsep Negara yang wujud dalam dunia hari ini, sebenarnya tidak ada satupun negara yang wujud ini boleh dikatakan sekular sepenuhnya (total secular) ataupun Islamik sepenuhnya (total Islamic). Bagi Sri Yunanto, apa yang penting dalam sesebuah Negara ialah bukan pada ideologi yang cuba dibawa, akan tetapi beliau melihat kepada matlamat akhir yang akan dicapai oleh sesebuah Negara itu. Jika kesejahteraan yang boleh dibawa kepada rakyat, maka apa pendekatan ataupun ideologi yang ada sekalipun boleh diamalkan.

(2)

pemerintah. Hanya saja dalam konteks ini kes Indonesia tidak sepenuhnya 100% boleh dikatakan sebagai negara sekular, kerana dalam Undang-Undang Dasar dan Pancasila (Rukun Negara), ayatnya dimulakan dengan menyebut nama Tuhan. Meski dalam implementasinya negera Indonesia tidak akan campur tangan dalam perkara agama rakyatnya, tetapi negara ini tidak mengijinkan masayarakatnya menjadi Atheis.

Topik Islam dan Demokrasi juga telah menimbulkan satu perdebatan yang hebat dalam diskusi yang dijalankan. Menurut Ahmad Sahidah, dalam mewujudkan sistem Negara yang baik, simbol agama dalam sesebuah pemerintahan itu sebenarnya adalah penting. Hal ini demikian kerana, jikalau simbol agama itu sudah membawa satu idea yang murni dan baik, maka substansi juga akan sama. Ahmad Sahidah menegaskan bahawa, kita tidak seharusnya menjadikan barat 100% sebagai acuan untuk membentuk sebuah Negara pilihan sendiri. Contohnya dalam menggunakan idea demokrasi. Jika sesebuah parti politik yang membawa matlamat perjuangan Islam itu memiliki visi yang kukuh dan masih mempunyai konsisten dengan idealisme parti, maka ia tidak menjadi masalah. Jadi dalam menubuhkan Negara Islam, semaksima mungkin sebenarnya tidak harus mengambil idea daripada barat.

Pendapat ini disangkal dengan satu persoalan ditimbulkan iaitu apakah Negara Islam total tanpa menceduk idea demokrasi berjaya dilakukan? Bagi Suyatno, sejarah telah membuktikan bahawa tidak pernah ada satupun Negara Islam dibina dengan menggunakan dengan tidak mengambil idea demokrasi barat. Sebagai contoh ialah, Empayar Uthmaniah tidak berjaya dan telah hancur tanpa meninggalkan warisan dalam aspek politik. Oleh kerana demokrasi mengizinkan kepelbagaian idea, seharusnya pembentukan Negara Islam seratus peratus harus diuji.

Selanjutnya diskusi diakhiri oleh pentingnya kembali merumuskan pelbagai istilah yang melekat dalam gerakan Islam. Bagai sebuah spektrum, yang paling kiri boleh diletakkan Konservatisme, Puritanisme mahupun Fundamentalisme. Sedangkan yang paling kanan adalah Liberalisme. Adapun yang ditengah-tengah boleh diletakkan Moderat. Apapun bentuk-bentuk perjuangan yang ingin diamalkan sesuai asasnya (fundamental) tanpa mahu mencampur dengan idea-idea moden (bid’ah) maka kita boleh meletakkan di sisi kiri tersebut. Sedangkan spektrum yang bertentangan di sisi kanan boleh diterjemahkan bahawa perlunya menafsirkan Islam secara lebih bebas (liberal) sesuai tuntutan zamannya. Adapun moderat boleh dikata sebagai jalan tengah (secara skeptik malah ada yang mengatakan bagai “diatas pagar” atau opportunist), dimana memadukan pemahaman konservatif dengan pahaman liberal.

Referensi

Dokumen terkait

Sumber data utama dalam penelitian kualitatif dengan metode studi kasus ini adalah dari proses wawancara yang penulis lakukan kepada sejumlah informan yang dirasa kredibel dan

Dari hasil penelitian yang diperoleh dari uraian sebelumnya agar proses belajar mengajar IPS lebih efektif dan lebih memberikan hasil yang optimal bagi siswa, maka

Tujuan penelitian ingin memperoleh informasi komposisi jenis dan struktur vegetasi pada setiap tingkat pertumbuhan pada hutan sekunder rawa gambut Desa Sungai

Dalam praktik ketatanegaran selama ini dari berbagai perpu yang pernah di keluarkan president menunjukkan adanya kecendrungan penafsiran “hal ikhwal kegentingan yang memaksa”

4 variabel Inflasi, nilai tukar, dan sertifikat bank indonesia syariah (SBIS) berpengaruh signifikasn terhadap pertumbuhan sukuk korporasi. Persamaan penelitian ini

[r]

DENGAN PERJANJIAN KERJA PADA TIGA PULUH LIMA PERGURUAN TINGGI..

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan dengan jumlah subjek sebanyak 259 orang di RSGM Unsyiah, maka dapat disimpulkan bahwa mayoritas tingkat pengetahuan dokter gigi