• Tidak ada hasil yang ditemukan

Budaya Komunikasi Melayu ok docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Budaya Komunikasi Melayu ok docx"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Wednesday, August 25, 2010

Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim ke Alam Barzakh

Dalam kehidupan orang Melayu banyak terdapat keunikan perlakuan dan perbuatan yang menjadi adat mereka. Daripada pengucapan sehinggalah perbuatan mempunyai makna dan tujuan tertentu. Masyarakat Melayu sejak berzaman mempunyai budi pekerti yang tinggi iaitu berhemah ketika berkomunikasi dalam interaksi sosial mereka. Agak sukar untuk masyarakat Melayu menidak ataupun meninggalkan amalan adat tersebut, kerana telah tertanam dalam darah daging dengan asuhan ibubapa mereka. Selain itu, masyarakat Melayu sememangnya menganut agama Islam sejak berzaman sudah sebati dengan kehidupan beradat. Barangkali mereka yang mengenepikan adat kerana terpengaruh dengan perubahan kehidupan mengikut zaman. Namun, kesatunan yang begitu unik dalam masyarakat Melayu tetap terpelihara. Jarang berlaku, orang Melayu bersikap kasar dalam pertuturan dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka memegang pepatahnyaular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Timbul dihati penulis ingin melakukan kajian mengenai komunikasi budaya Melayu dalam adat istiadat mereka kerana ingin memaparkan betapa indah dan bersopannya orang Melayu berkomunikasi. Cara mereka berkomunikasi sebagai memperlihat dan memperagakan kebudayaannya.

(2)

hikayat yang tidak dapat berpegang dengan ketepatan logik akal, namun penyataan dalam hikayat tersebut bolehlah dijadikan pengukur dan pertimbangan kita merujuk tingkahlakunya. Tingkahlaku Hang Tuah yang dipaparkan dalam hikayat tersebut mencerminkan dirinya seorang yang berpekerti tinggi. Nilai budinya yang tinggi dapat diselami dalam baris-baris ayat sebagaimanbanyak mengambarkan sikap dan peribadi Melayu sangat luhur, jujur dan berperibadi.

Dalam Hikayat Hang Tuah banyak mengambarkan kekuatannya bukan hanya daripada tulang empat keratnya dari segi pendekaran tetapi sikap dan pekertinya amat bersopan-santun. Ketaatan kepada raja memperlihatkan kepatuhannya pada adat Melayu yang memerlukan seseorang berhemah tinggi dalam segala hal. Ketaatan dan kepatuhan kepada ketua sememang dikehendaki dalam ajaran Islam, apatahlah raja yang memerintah. Ungkapantidak Melayu hilang di duniamemberi pengertian bukan kekuatannya tetapi tatacara budi dan komunikasi sesama insan. Berkomunikasi sesama insan dengan tatacara mengikut landasan adat adalah memperlihatkan kebudayaan sesuatu bangsa. Sebagaimana Edward Hall, mengatakan kebudayaan adalah komunikasi dan komunikasi adalah kebudayaan. Jika komunikasi masyarakat Melayu secara berzaman adalah baik, sudah tentu ianya mencerminkan kebudayaan mereka. Sehubungan itu, masyarakat Melayu berinteraksi sesama mereka menggunakan perbilangan adat, pantun, syair, gurindam, pepatah dan lain-lain. Setiap pertemuan yang membabitkan adat dimulai dengan pantun dan perbilangan adat.

Didapati dalam komunikasi manusia terutamanya masyarakat Melayu ada pelbagai ragam komunikasinya. Kajian komunikasi perspektif timur ataupun Asia perlu dilakukan. Walaupun barat telah mengenegahkan pelbagai teori komunikasi dan modelnya tetapi perlakuan komunikasi perspektif Asia perlu diperlihatkan cara dan acuannya tersendiri. Makanya, buku ini sebagai permulaan untuk meninjau adat resam tradisional Melayu dalam komunikasi budayanya yang melalui empat kitaran adat. Di antaranya adat bersalin, adat berkhatan, adat perkahwinan dan adat kematian. Empat kitaran adat tersebut perlu dilalui oleh masyarakat Melayu sama ada kehidupan mereka bermula di kampung ataupun di bandar. Kehidupan masyarakat Melayu yang tidak mengikut landasan adat bolehlah diibaratkan mereka menolak amalan budaya bangsa dan tidak molek memijak bumi ini apatah lagi tinggal bermastautin tetap di negara ini. Bagi generasi yang tidak melalui zaman tersebut, perlu memperolehi buku ini sebagai sumber rujukan. Selain itu, buku ini sebagai satu dokumentasi khazanah adat orang-orang Melayu di zaman silam yang semakin hari semakin ditinggalkan sedikit demi sedikit. Justeru, usaha yang sedikit ini dapat dimanfaatkan kepada semua pembaca ataupun para pelajar universiti dan lain-lain. Yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang jelik datang daripada kelemahan dan kecuaian sendiri hamba yang lemah lagi daif. Wallahuallam.

(3)

Anonymous said...

ya, saya sokong kenyataan tuan dan ternyata bernas. December 15, 2010 at 7:23 AM

mr.zack said...

ya...zaman sekarang remaja semakin lalai dalam menjalani hidup dengan penuh keseronokkan. masyarakat islam sekarang suka mengambil remeh temeh tentang hukum hakam islam. mereka lebih suka mengikut adat-adat yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Saja jugak bersetuju tentang cara berinteraksi,mereka sekarng sudah tidak segan silu melafazkan unsur-unsur perkataan yang mengaibkan diri mereka sendiri. Bahasa percakapan luncah pun sudah tidak dapat ditapis lagi,sedangkan percakapan

seseorang itu la yang melambang kan keperibadian seseorang itu..kita sekarang berada di akhir zaman. manusia juga sudah mulai mengikut rentak yang akan diajar oleh dajal, sebagai menyambut kedatangan dajal pada akhir zaman. Akhir kata..buku ini amat bagus untuk semua pihak,lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah jauh tersasar dari alam hakiki..wassalam

January 10, 2011 at 5:53 AM

Anonymous said...

(4)

tentang adat-adat resam masyarakat melayu. Sebagai contoh, adat bersalin, adat berkhatan, adat perkahwinan, dan juga adat

kematian. Mereka sangat menitik beratkan tentang adat-adat seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita sebagai masyarakat melayu perlulah mengambil tahu tentang adat-adat seperti ini supaya tidak lapuk dan terpesong jauh. Akhir kata, saya sangat setuju dengan apa yang terkandung dalam buku ini dan buku ini amat berguna kepada semua individu. Tidak kira muda atau tua kerana buku ini memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua. Sekian, terima kasih.

January 11, 2011 at 12:49 AM

Aisyah Tarmizi said...

Orang Melayu sekarang ternyata berbeza dengan yang dahulu. Lebih-lebih lagi remaja. Remaja dahulu sangat mematuhi adat budaya nenek moyang mereka dan juga ajaran agama Islam. Mereka tidak perlu disuruh atau diajar kerana perkara itu sudah sebati dalam diri mereka. Namun, apabila dunia kian moden, adat budaya orang Melayu juga menjadi ‘moden’. Tidak ada lagi kata-kata lemah lembut yang dilemparkan. Malah, percakapan kasar yang diketengahkan. Lebih menyedihkan, perlakuan ini turut dilakukan oleh remaja terhadap orang yang lebih tua dari mereka. Perbuatan itu sangat kurang ajar namun ia dipandang remeh oleh masyarakat. Mengeluarkan kata-kata kesat juga bukan lagi perkara yang baru dan memalukan. Perkara ini selalu

dikaitkan dengan remaja. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini ada juga ibu bapa mula menggunakan kata-kata kesat dan

dilemparkan pada anak-anak ketika mereka marah. Anak-anak akan berasa sedih berikutan perkara ini. Mereka juga akan terdorong untuk berbuat demikian. Dari segi perlakuan, seks bebas, vandalisma dan banyak lagi sudah menjadi rutin kehidupan. Mereka berbangga untuk melakukannya dan memandang rendah kepada yang tidak melakukannya yang dianggap ketinggalan zaman atau ‘kampung’.

January 13, 2011 at 5:42 AM

Z Faizal said...

Hang Tuah pernah berkata "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Ungkapan itu sememangnya benar, tetapi berdasarkan

(5)

Ungkapan yang sememangnya kena pada masyarakt Melayu zaman sekarang. "Takkan Melayu hilang di dunia, tapi apa gunanya kalau kewujudan tidak dirasa", inilah ungkapan yang dibarukan berdasarkan pemerhatian orang ramai. Sememangnya, bila berkata tentang "Melayu" pasti ramai yang berkata bahawa orang Melayu adalah pemegang janji "berbudi bahasa" seumur hidup. Apakan daya, semua itu boleh dikategorikan sebagai "janji kosong" lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan remaja. Remaja (Melayu) kini tidak lagi seperti remaja zaman dulu. Kesedaran, itu yang penting. Buku ini, sememangnya mampu menyedarkan remaja-remaja Melayu kita. Nama buku ini sahaja juga boleh dilihat bahawa buku ini mampu memberi kesedaran terhadap orang ramai, apatah lagi isi kandungannya. Jangan biarkan Melayu terus me-"LAYU".

January 13, 2011 at 8:39 AM

Post a Comment

Links to this post Create a Link

Referensi

Dokumen terkait

ialah apakah kebaikan serta keburukan yang dibawa oleh media massa dan apakah masalah yang dihadapi oleh media massa

Jika dilihat dari besarnya hukuman, maka khalwat termasuk pada bagian Ta’zir, yaitu ta’zir yang ketentuan jarimahnya oleh syara tetapi dalam masalah sanksi

Data kemampuan berpikir kreatif dan hasil belajar kognitif diuji menggunakan uji T-Test (Paired Samples T-Test) dan dihitung dengan N-gain ternormalisasi. Hasil

[r]

Kondisi lingkungan antara lain fisik, biologi, sarana wisata, aspek kepuasan pengunjung, serta kemampuan petugas dan mitra yang terlibat dalam pengamanan

Bahan yang digunakan dalam praktek lapang ini yang pertama adalah tanah dimana tanah digunakan sebagai tempat tumbuh bibit tanaman kacang hijau.dan yang

Manajemen risiko menjadi suatu keharusan bagi setiap perusahaan (Darmawi, 2008), oleh sebab itu dengan memahami bahwa zakat memiliki maslahah yang sangat besar bagi umat,

Proses identifikasi risiko dilakukan dengan menganalisis kelompok portofolio nasabah.Pengukuran dilakukan dengan mempertimbangkan karakteristik setiap jenis