• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

2

2 Bahagian A [30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEBAIKAN

SEKTOR PELANCONGAN

MEMPERKENALKAN

NEGARA MALAYSIA KE

SEANTERO DUNIA

MENINGKATKAN

EKONOMI NEGARA

MEMAJUKAN

INDUSTRI

PERHOTELAN

MEMPERKENALKAN

BUDAYA MALAYSIA

KEPADA RAKYAT ASING

(2)

3

3 Bahagian B [100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Sekolah anda mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang peserta seminar, anda diminta untuk menulis laporan seminar tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Sediakan laporan anda selengkapnya.

2. Kesibukan ibu bapa dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak telah menyebabkan kepentingan menjaga semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat diabaikan.

Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak.

3. Generasi kini perlu dididik untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi memperoleh badan yang sihat dan otak yang cerdas.

Bincangkan.

4. Sudah tiba masanya, Malaysia membuat penanda aras kemudahan pengangkutan awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di dunia.

Bincangkan.

5. Tema dan persoalan merupakan aspek penting dalam pengkaryaan sebuah cerpen. Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah menarik minat untuk anda membaca sehingga pengakhiran cerita.

Huraikan tema dan persoalan tersebut.

(3)

2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan.

Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan rem aja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal

(4)

3

terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citaka. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada “Atasi Kemurungan Remaja” Oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan Masyarakat, September 2015.

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah.

[2markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak

mengalami masalah kemurungan.

Apakah alasan-alasan tersebut?

[3 markah] (iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada

keluarga dan masyarakat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan?

(5)

4 Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“kuasa graviti yang lebih besar dan kuat itu, menetapkan semua planet dalam sistem suria pada kedudukan orbit masing-masing.”

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya untuk menguliti diri. Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia tiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudah dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya.

“Ah, tambah, kurang, darab, dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!” Aiman mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.

“Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah, “ yang tengah selalu marah-marah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah. Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu.

“Mengapa bosan?” Tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.

“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan maslaah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri

Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ Oleh Illias Zaidi Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(6)

5

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan punca-punca Aiman sukar dibentuk.

[2 markah] (ii) Kanak-kanak genius ibarat permata negara.

Pada pandangan anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk mendidik kanak-kanak genius supaya mereka dapat mengekalkan tahap kecerdasan mereka?

[3 markah] (iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain

daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan?

[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

(7)

6

(i) Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Umar?

[2 markah] (ii) Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka?

[3 markah] (iii)

Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam tersebut?

[3 markah]

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enak untukku memerdekan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku.

terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi.

Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah.

(8)

7 Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis angin aku berlatih memungah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. Dalam dewan diriku

aku tak cemas lagi

oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi

oleh kata yang menyerang. Apabila sibermerdeka sampai

ke rumah cabaranku

aku panggil diriku bermesyuarah

menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan

waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi

bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan

elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Dipetik daripada sajak ‘www.sibermerdeka.com.my’ Oleh Abdul Ghaffar Ibrahim Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berikan maksud rangkap kelima sajak di atas.

[2 markah] (ii) Dalam sajak tersebut, penyajak menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk

menghadapi segala cabaran dan dugaan.

Pada pendapat anda, apakah persediaan yang seharusnya kita lakukan untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini?

(9)

8

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) hemah - hemat (ii) rasmi - resmi (iii) inspirasi - aspirasi

[6 markah] (b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa

mengubah maksud asalnya..

i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan. ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.

iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.

[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(10)

9

(i) Walaupun Mariah seorang wanita seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

(ii) Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar.

(iii) Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

[6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan Negara telah meningkat dalam kadar yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.

(ii) Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

(iii) Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam masa satu setengah jam lagi.

[6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

(11)

10

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: i. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib ii. Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

iii. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin iv. Pantai Kasih karya Azmah Nordin

v. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip vi. Silir Daksina karya Nizar Parman

vii. Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop viii. Tirani karya Beb Sabariah

a) Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah] b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang

berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut.

[8 markah]

(12)

BAHASA MELAYU 1103/2 PERCUBAAN SPM 2017 SKEMA JAWAPAN SOALAN 1 – Rumusan Pendahuluan

- Petikan membincangkan sebab-sebab pertambahan masalah kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.

- Rumusan membincangkan faktor – faktor peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya

Isi tersurat (punca-punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja)

1. Remaja yang mengalami maslah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan.

2. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasannya bertindak memendam masalah mereka secra bersendirian.

3. Masalah kemurungan berpunca daripada persekitaran remaja itu sendir. 4. Remaja membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah.

5. Tidak menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. 6. Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia sepertyi

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 7. Berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja.

8. Kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. 9. Kemurungan juga dikatakan berlaku apabila gagal melanjutkan pelajaran.

10. Tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. Isi tersirat ( langkah mengatasinya)

1. Memelihara kesihatan emosi dengan sebaik-baiknya.

2. Sentiasa terlibat dalam aktiviti keagamaan yang bersifat kerohanian.

3. Berhubung rapat dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dan masyarakat setempat. 4. Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana dan suasana kondusif

5. Ibu bapa harus menerima pencapaian akademik anak-anak dengan hati terbuka. 6. Unit kaunseling wajar memainkan peranan aktif di sekolah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kemurungan dalam kalangan remaja perlu ditangani secara menyeluruh agar remaja dapat dibentuk untuk memenuhi kesinambungan kepimpinan negara pada masa depan.

(13)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata memendam masalah. [2markah] ……menyembunyi/menyimpan/ isu/ konflik/kesulitan

(ii) Alasan-alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan; - tempoh usia yang menyeronokkan

- usia yang sangat muda

- berpotensi untuk membina kerjaya

- kehidupan yang hebat pada masa akan datang

[ 3 markah] (iii) peranan anggota keluarga agar remaja tidak terjebak dalam masalah kemurungan ;

- Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan anggota

- Sentiasa mengetahui pergerakan dan aktiviti anak-anak di luar rumah

- Tidak memberi penekanan yang terlalu serius dalam pencapaian akademik anak-anak

- Mengadakan pelbagai aktiviti bersama anggota keluarag pada hujung minggu. [4 markah] Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen

(i) Berdasarkan petikan cerpen, punca-punca Aiman sukar dibentuk ialah ; - Aiman selalu memberontak

- Aiman selalu marah-marah akan suasana persekitarannya.

[2 markah] (ii) Pada pandangan saya, tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk mendidik kanak-kanak genius supaya mereka dapat mengekalkan tahap kecerdasan mereka ialah;

- Ibu bapa perlu mendidik mereka dengan sempurna

- Pihak sekolah harus merancang pembelajaran yang sesuai dengan mereka - Kementerian menggubal silibus yang setaraf dengan kebijaksanaan mereka - Golongan yang sama-sama genius dityempatkan di dalam satu kelas

- Pihak yang berkenaan menghantar kanak-kanak genius tersebut untuk mengikuti pembelajaran yang bersesuaian dengan kebijaksaan mereka di luar Negara.

(14)

(iii) Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan:

- Di dalam kelas Aiman – seisi kelas terdiam dan terpegun apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Aiman.

- Di bangle keluarga Aiman- Aiman menyindir adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah kerana tidak pandai tentang tambah, tolak, bahagi dan darab.

Satu latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen :

- Di hadapan pokok mempelam- buah mempelam yang jatuh di hadapan Aiman secara tiba-tiba mengingatkan dirinya tentang Isaac Newton.

- Di atas pokok kelapa dara- Aiman berpaut pada pelepah-pelepah pucuk muda kelapa dara itu dengan sekuat-kuatnya.

- Stesen Angkasa Antarabangsa- dalam halusinasi Aiman, dia membuat kajian di situ. (latar tempat laian yang berkaitan boleh diterima)

[4 markah] Soalan 2 ( c) – Petikan Prosa Tradisional

(i) Peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Omar: - Tun Umar menyerang perahu-perahu Siam secara sendirian

- Semua perahu Siam kalah

[2 markah] (ii) Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka kerana:

- Mendengar pendapat hulubalang Siam bahawa terlalu banyak askar Melaka

- Sebuah perahu yang dibawa oleh Tun Umar telah berjaya menewaskan beberapa perahu Siam

- Perahu Melaka yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan, menyukarkan mereka menewaskannya.

[3 markah] (iii) Rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam:

- Untuk menakut-nakutkan orang Siam

- Untuk menunjukkan keberanian orang Melaka.

- Untuk memastikan orang Siam tidak menyerang Melaka.

(15)

Soalan 2 ( c) – Sajak

(i) Maksud rangkap kelima;

- Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan sesuatu masalah- perlu berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dalam

kehidupannya.

[2 markah] (ii) Persediaan yang seharusnya kita lakukan;

- Mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi untuk menangkis cabaran/ pengaruh negatif - Meningkatkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh

- Memiliki kemahiran yang diperlukan

- Sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri.

[3 markah] (iii) Dua pengajaran,

Kita hendaklah membina pendirian yang teguh- dengan persediaan yang dilakukan iaitu kekuatan semangat, bermusahabah diri, perancangan hidup, ilmu pengetahuan, dan peka kepada isu semasa, penyajak tidak mudah terpengaruh dan terpedaya.

Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan peka terhadap isu semasa- penyajak memikirkan kembali kesusahan dan kesenangan yang telah dialami serta mencari rasionalnya untuk membaiki kehidupannya.  Kita hendaklah sedar dan membaiki kesilapan yang telah

dilakukan-penyajak juga pernah terpedaya namun cepat sedar lalu membaiki kesilapannya itu.

Perkara yang hendak dilakukan mestilah mengikut kemampuan- apa-apa keputusan dan pekerjaan yang dilakukan perlulah mengikut kemampuan diri supaya usaha itu Berjaya.

-

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 3a bina ayat

(i) hemah - budi pekerti yang mulia

hemat - tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat

(16)

(ii) rasmi - disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, (yang) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dan lain-lain Resmi -sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat) –

resam

(iii) inspirasi - ilham atau bisikan hati

aspirasi - keinginan yang kuat (untuk mencapai atau mengadakan sesuatu) - cita-cita

3b. Ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.

(i) Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun Persaraan kakitangan kerajaan pada usia 60 tahun sudah ditetapkan. (ii) Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana

(iii) Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.

3c kesalaahan ejaan & imbuhan (i) bihun - mihun

berkerja - bekerja (ii) perabut - perabot

menenggelami - menenggelamkan (iv) ke 3 - ke-3

diada – diadakan

3d kesalahaan penggunaan kata/istilah & tatabahasa (i) Seiras - Selaras

paling tinggi sekali - paling tinggi/tinggi sekali (ii) beliau - baginda

di dalam - dalam (iii) berhenti - mendarat

(17)

3e peribahasa

i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan.

ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Soalan 4 Novel

a) Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel Leftenan Adnan Novel Tirani

Nilai kasih sayang Nilai kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak.

Pak Saidi yang menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar mereka ilmu persilatan dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah

Inggeris agar mereka mendapat pelbagai ilmu pengetahuan. Nilai Kasih Sayang. Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak Raidah sanggup menaiki kapal terbang dari Sarawak seorang diri semata-mata untuk menemani anaknya dan memberi sokongan moral kepada Waheeda Nilai kasih sayang seorang suami kepada isteri Leftenan Adnan

menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila

mendapat berita bahawa Jepun akan menyerang Singapura. Nilai kasih sayang seorang isteri kepada suami Waheeda amat menyayangi suaminya, Zahid. Dia sanggup berhadapan dengan Zahid yang kuat cemburu. Apabila Zahid meninggalkan dia dan anak

mereka, dia sangat sedih sehingga mengalami kemurungan.

(18)

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut.

Novel Leftenan Adnan Novel Tirani

Latar Tempat Kampung Sungai Ramal, Kajang

Tempat kelahiran Adnan dan keluarganya. Latar Tempat Hospital Kuching Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda Sekolah

Melayu Sungai Ramal

Adnan terpilih sebgai guru pelatih dan diarahkan untuk mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

Silicon Medical Center (SMC) Singapura Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

Pengkalan Tentera Pasir Panjang

Adnan memulakan tugas barunya di pengakalan tentera Pasir Panjang. Pasir Panjang juga merupakan salah satu kubu terakhir yang dipertahankan oleh askar Melayu ketika menentang tentera Jepun.

Chalet Tajau Emas

Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

Bukit Candu Adnan telah diarahkan bertugas di Bukit Candu yang terletak di kawasan berbukit di sebelah timur menghadap ke laut. Adnan terkorban semasa mempertahankan Bukit Candu. Mayatnya disemadikan di sana. Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), KL Tempat Waheeda mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr.Qamariah berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam rumahtangganya.

Referensi

Dokumen terkait

(1) Peringatan tertulis diberikan oleh Kepala Unit Kerja/Bisnis kepada pegawai dalam bentuk surat peringatan, apabila melanggar minimal 1 (satu) ayat dari larangan sebagaimana

Moleküler asimetriler nedeniyle optikçe aktif olan, yapıları aynı olan fakat konfigürasyonları farklı maddelerdeki izomeridir.. Bir molekülün uzaysal yapısını ayna

Working Trial Balance--Rekening-rekening Neraca 31 Desember 2005 SALDO PER BUKU PENYESUAIAN DEBET KREDIT 31-Dec-05..

Radon adalah unsur Gas Mulia yang paling stabil karena jari-jari atomnya paling besar.. Argon adalah unsur Gas Mulia yang paling mudah bereaksi dengan

pengaruh secara simultan antara variabel persepsi nilai yang terdiri dari keterlibatan, loyalitas merek, persepsi harga, persepsi kualitas, pengenalan dan persepsi

Jadi simpulannya adalah dari ketujuh puisi yang terdapat pada buku paket “Inilah Bahasa Indonesiaku” semuanya terdapat nilai pendidikan dan hal ini sangat aik

Wesel tersebut memiliki satu track lurus dan dua track yang membelok ke kiri atau ke kanan di mana sumbu dari ketiga bertemu di satu titik. o Wesel

Siti Wulandari ‘Siwu’ sang pujaan hati yang selalu ada di setiap penulis mendapat kesulitan, selalu memberikan do’a, dorongan, semangat, motivasi serta cinta dan