GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA (PTSFP) DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DAN KAWALAN PENULARAN
PANDEMIK COVID-19 DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
1.0 OBJEKTIF GARIS PANDUAN
Garis panduan ini disediakan untuk memastikan operasi perpustakaan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi meminimakan risiko penularan virus COVID-19 dalam kalangan warga Universiti Malaysia Perlis melalui amalan persekitaran kerja yang sihat.
1.1 Liputan Garis Panduan
Garis panduan ini adalah terpakai untuk golongan berikut : a) Semua staf perpustakaan
b) Semua pengguna perpustakaan c) Semua pelawat perpustakaan
d) Semua pembekal perkhidmatan, sumber maklumat dan penyenggaraan
1.2 Kajian Semula Liputan Garis Panduan
Garis panduan ini akan dinilai semula dan dikemaskini dari masa ke semasa tertakluk kepada dasar dan peraturan Universiti Malaysia Perlis, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan pihak kerajaan Malaysia umumnya.
1.3 Pelaksanaan Garis Panduan
Pelaksanaan Garis Panduan ini adalah selaras dengan pelbagai aspek tatacara kawalan, prosedur, pekeliling dan dasar yang dikuatkuasakan dan diamalkan di Universiti Malaysia Perlis.
1.4 Tanggungjawab Pelaksanaan
Bil. Bahagian Fungsi dan Tangungjawab
1. Ketua Pustakawan Memberi penerangan kepada kakitangan tentang cara berurusan dengan pengguna, kemudahan yang disediakan dan peralatan perpustakaan yang berkaitan.
2. Ketua Bahagian
(Pustakawan Gred S48 dan S44)
a) Bertanggungjawab memastikan semua peruntukan pengendalian sumber, pengurusan pengguna, fasiliti dan perkhidmatan mematuhi SOP yang ditetapkan.
b) Memantau dan memastikan pematuhan staf terhadap amalan penjagaan kesihatan dan penjarakan sosial
c) Memantau dan memastikan sumber di bawah kawalan Unit / Bahagian melalui proses pembersihan dan nyah-kuman secara berkala atau mengikut kekerapan yang ditetapkan.
3. Semua staf Perpustakaan a) Mengamalkan penjarakan sosial semasa memberikan perkhidmatan kepada pengguna dan staf di Perpustakaan b) Mengendalikan sumber maklumat dalam
pelbagai format
c) Mengendalikan fasiliti Perpustakaan dan peralatan yang diliputi dalam fasiliti berkenaan
d) Menyediakan khidmat bantuan teknikal kepada staf akademik, pelajar dan penyelidik sebelum dan semasa mengendalikan sesi pembelajaran dalam talian, diskusi dalam talian dan Viva Voce untuk pelajar pasca siswazah.
e) Mengendalikan kunjungan pengguna ke Perpustakaan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan
f) Menguruskan pinjaman dan pemulangan buku-buku
g) Memberikan perkhidmatan secara jarak jauh (yang berkaitan) termasuklah bahan perpustakaan secara dalam talian (online)
4. Pekerja-pekerja kebersihan Kakitangan kontrak perkhidmatan pembersihan institusi dibawa untuk membuat perkhidmatan pembersihan dan pembasmian kuman mengikut prosedur yang betul seperti yang ditentukan oleh pengurusan institusi / organisasi.
2.0 KAWALAN KESELAMATAN
Kawalan keselamatan melibatkan aspek pengawalan risiko kesihatan staf dan persekitaran Perpustakaan. Ini meliputi pelaksanaan dan pemantauan ke atas tatacara berikut :
2.1 Kunjungan Pengguna ke Perpustakaan
2.1.1 Petugas akan ditempatkan di Kaunter Ask IT (Aras Bawah Perpustakaan) bagi mengawal pergerakan masuk dan keluar oleh pengguna Perpustakaan. Petugas Kaunter diwajibkan memakai pelitup muka dan lain-lain kawalan penjagaan kesihatan dan amalan kebersihan di mana perlu.
2.1.2 Pemeriksaan suhu dijalankan di pintu masuk ke Perpustakaan.
Amalan semasa memerlukan semua pengguna melalui Thermal Face Detection untuk semakan suhu secara automatik.
Sekiranya alatan tersebut mengesan peningkatan suhu badan pengguna, ambilan suhu secara manual akan dijalankan oleh staf Perpustakaan.
2.1.3 Setiap pengguna diwajibkan memakai pelitup muka semasa proses memasuki perpustakaan dan keberadaan di Perpustakaan.
2.1.4 Setiap pengguna dan pengunjung Perpustakaan diminta untuk mendaftarkan diri semasa memasuki Perpustakaan untuk tujuan pengesanan sekiranya ada keperluan kelak. Maklumat pendaftaran akan ditentukan oleh pihak Perpustakaan, sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
2.1.5 Kaedah pendaftaran dilaksanakan melalui imbasan QR Code yang dihubungkan dengan pendaftaran secara dalam talian.
2.1.6 Bagi kes yang memerlukan tindakan lanjut seperti rujukan
kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU), staf Perpustakaan akan merekodkan maklumat pengguna melalui borang atas talian yang disediakan (https://unimap.libwizard.com/f/USCF).
2.1.7 Staf dan pengunjung yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 celcius dan ke atas atau mempunyai gejala tidak dibenarkan masuk ke ruang fasiliti, koleksi dan perkhidmatan Perpustakaan.
2.1.8 Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di lokasi strategik seperti di pintu masuk Perpustakaan, pintu masuk dan keluar lif, Infoaccess Lab (makmal komputer), kaunter perkhidmatan dan lokasi berhampiran pintu kawalan automatik (barrier gate).
2.1.9 Pengguna mesti melalui pintu kawalan keselamatan bagi memastikan pemantauan keberadaan pengguna di dalam bangunan Perpustakaan. Ini melibatkan proses mengimbas kad pintar pelajar sebagai kawalan masuk dan keluar.
2.1.10 Tag pendaftaran diserahkan kepada pengguna untuk memantau kapasiti pengguna pada satu masa.
2.2 Laluan Masuk dan Keluar Bangunan Perpustakaan
2.2.1 Hanya satu (1) pintu masuk di bangunan atau ruang Perpustakaan dibuka sebagai laluan masuk dan laluan keluar dari bangunan Perpustakaan Utama, Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar dan Hub Digital.
2.2.2 Staf dan pengguna perlu mematuhi arahan penjarakan sosial mengikut label kedudukan pengguna yang ditempatkan di pintu masuk ke Perpustakaan, kaunter perkhidmatan dan lain- lain.
2.2.3 Pengguna mesti melalui pintu kawalan keselamatan automatik semasa masuk dan keluar ke Perpustakaan.
2.2.4 Cecair pembasmi kuman disediakan di lokasi strategik selepas
pengguna mengimbas kad di pintu kawalan keselamatan automatik.
2.3 Penggunaan Lif
2.3.1 Pada setiap masa, hanya tiga (3) orang dibenarkan menggunakan lif di bangunan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.
2.3.2 Pengguna perlu berdiri mengikut penanda jarak sosial yang disediakan pada lantai lif.
2.3.3 Cecair pembasmi kuman disediakan di bahagian pintu masuk dan keluar lif di setiap aras.
2.3.4 Perpustakaan menggalakkan pengguna memanfaatkan laluan tangga dan spiral ramp untuk ke lokasi perkhidmatan di Aras 1 dan 2 Perpustakaan.
2.3.5 Papan tanda mengenai peringatan supaya pengguna mengelakkan menyentuh pemegang tangga dan pemegang spiral ramp akan dipamerkan.
2.3.6 Proses pembersihan dan nyah-kuman pada pemegang tangga dan spiral ramp perlu dilaksanakan secara berkala dengan tidak kurang daripada empat (4) kali cucian sehari.
2.4 Kafetaria
2.4.1 Kafetaria Perpustakaan dibuka kepada untuk kemudahan pengguna.
2.4.2 Susun atur kerusi meja mesti mematuhi elemen penjarakan sosial.
2.4.3 Operator kafetaria mesti memastikan amalan penjagaan diri seperti menggunakan pelitup muka, menjaga kebersihan semasa pengendalian makanan dan minuman.
2.4.4 Pengambilan suhu dan semakan gejala pengusaha, operator dan pembekal bahan mentah atau perkhidmatan di kafeteria mesti dijalankan setiap hari oleh Perpustakaan.
2.4.5 Pembekal perkhidmatan atau bahan mentah di kafetaria mesti
melalui proses deklarasi kesihatan dan memohon permit kerja sebelum melaksanakan tugas di premis UniMAP. Pihak Perpustakaan berhak mendapatkan dokumen kelulusan berkenaan sama ada daripada pengusaha kafetaria ataupun pihak pembekal.
2.4.6 Pengusaha kafetaria mesti menyediakan kemudahan cecair pembasmi kuman di lokasi strategik di kafetaria.
2.4.7 Memastikan amalan penjarakan sosial di kaunter, semasa mengambil tempahan dan lain-lain.
2.4.8 Memastikan pelanggan mematuhi amalan penjarakan sosial semasa berurusan di Kaunter Perkhidmatan
2.4.9 Menggunakan kaedah tempahan makanan bagi mengurangkan risiko kesesakan di kaunter pembayaran.
2.5 Pengurusan Staf Perpustakaan
2.5.1 Semua staf dikehendaki mematuhi Pekeliling Pendaftar dan pekeliling / peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Universiti dari masa ke semasa (rujuk Lampiran 1).
2.5.2 Menyediakan jadual perkhidmatan kaunter dengan asas tempoh bertugas tidak melebihi tiga (3) jam untuk seorang staf mengikut slot dan lokasi perkhidmatan.
2.5.3 Menyediakan latihan kepada staf mengenai kawalan keselamatan dan penjagaan diri semasa menggunakan pelitup muka, sarung tangan dan kaedah pengendalian bahan dan peralatan perpustakaan.
2.5.4 Semua staf Perpustakaan tertakluk kepada pekeliling dan peraturan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Perlis.
2.5.5 Personal Protective Equipment (PPE) seperti pelitup muka dan sarung tangan yang telah digunakan perlu dibuang di satu tempat pembuangan yang dikhaskan.
3.0 PENJARAKAN SOSIAL
Perpustakaan mengenalpasti keperluan penjarakan sosial dalam penawaran sumber, fasiliti dan perkhidmatan Perpustakaan.
3.1 Waktu Operasi Perpustakaan
Perpustakaan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am/cuti umum. Pemendekan tempoh operasi Perpustakaan bertujuan mengurangkan tumpuan dan kepadatan pengguna dalam tempoh lama. Ia bertujuan mengurangkan risiko penularan virus COVID-19.
JADUAL 1: CADANGAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN
HARI MASA OPERASI
Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 3.00 petang Sabtu – Ahad Tutup
Cuti Umum Tutup
3.2 Penggunaan Fasiliti untuk Sesi Pembentangan dan Viva Voce 3.2.1 Penggunaan fasiliti untuk sesi di atas tertakluk kepada keperluan
pengguna terutama melibatkan staf, pelajar dan penyelidik antarabangsa.
3.2.2 Staf Perpustakaan dijadualkan bertugas untuk memantau keperluan ini dan dibenarkan untuk tuntutan elaun kerja lebih masa sekiranya melebihi tempoh waktu bertugas.
3.3 Penggunaan Ruang Perpustakaan
Perpustakaan menetapkan akses kepada ruang khusus yang boleh diubahsuai dalam aspek susun atur bagi memenuhi aspek penjarakan sosial. Ruang khusus yang menawarkan fasiliti santai seperti Industrial Engagement Zone (IndEZone) dan ruang Koleksi Khas di aras 2 ditutup sepenuhnya. Cadangan penutupan juga dikemukakan untuk ruang pembelajaran berkumpulan seperti Learning Pod yang sukar dikawal dan diubahsuai bagi memenuhi keperluan penjarakan sosial. Berikut
merupakan ruang yang telah diubahsuai dalam aspek susun atur perabot bagi memenuhi penjarakan sosial.
JADUAL 2: PEMBUKAAN FASILITI PEMBELAJARAN MENGIKUT KATEGORI AKSES
BIL. RUANG LOKASI KATEGORI
AKSES
1. Surau Aras bawah Akses terbuka
2. Kafetaria Aras bawah Akses terbuka
3. Ruang Sains, Teknologi dan
Kejuruteraan Aras 1 Akses terbuka
4. Ruang Sains Sosial dan
Kemanusiaan Aras 1 Akses terbuka
5. Makerspace Aras 1 Akses terbuka
6. Bilik Diskusi Aras 1 Permohonan
7. Interactive Learning Rooms (ILR) Aras 1 dan
2 Permohonan
8. Bilik Karel Aras 1 dan
2 Permohonan
9. Karel berwayar Aras bawah,
1 dan 2 Akses terbuka
10. Learning pod Aras 1 dan
2 Ditutup
11. Library Lounge (supporting online
learning) Aras 2 Permohonan
12. A-HEART (supporting online
learning) Aras 2 Permohonan
13. Auditorium Aras 2 Permohonan
14. Makmal Infoaccess Aras 2 Akses terbuka 15. Student Lounge Aras bawah Ditutup
16. Ruang Diskusi, Perpustakaan
Cawangan Kangar Aras 2 Ditutup
17. IndEZone Aras 2 Ditutup
18. Ruang Koleksi Khas Aras 2 Ditutup
3.4 Kapasiti Pengguna Pada Satu Masa
Perpustakaan mencadangkan limitasi pengguna serama 200 orang sahaja pada satu masa (https://www.ifla.org/covid-19-and-libraries).
Ini merupakan 8% daripada keseluruhan kapasiti pengguna sedia ada.
Langkah ini dilaksanakan oleh perpustakaan terpilih seluruh dunia bagi memenuhi aspek penjarakan sosial, mengelakkan kesesakan, sempit dan sembang dekat dalam kalangan pengguna. Kaedah kawalan yang
dikenalpasti ialah menyediakan tag bernombor bagi mengawal bilangan kapasiti pengguna pada satu masa.
3.5 Tempahan Perkhidmatan dan Fasiliti Secara Atas Talian
Tempahan perkhidmatan dan fasiliti ditawarkan sepenuhnya secara dalam talian bagi mengurangkan keperluan komunikasi secara bersemuka. Berikut merupakan kemudahan tempahan secara dalam talian yang ditawarkan kepada semua pengguna.
JADUAL 3: TEMPAHAN SUMBER, PERKHIDMATAN DAN FASILITI SECARA DALAM TALIAN
BIL. RUANG KATEGORI AKSES
1. Tempahan buku Sistem Virtua
2. Pinjaman antara Perpustakaan Worldshare 3. Tempahan bilik diskusi, interactive
learning zone dan ruang khusus untuk sesi Viva Voce.
LibCal
4. Pertanyaan mengenai sumber
perpustakaan LibWizard
3.6 Kaunter Perkhidmatan
3.6.1 Bilangan maksima dua (2) orang petugas kaunter dalam satu masa mengikut jarak sosial yang ditetapkan
3.6.2 Petugas kaunter dimestikan memakai pelitup muka sepanjang tempoh bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.
3.6.3 Pemakaian sarung tangan adalah diwajibkan semasa pengendalian sebarang transaksi bahan bacaan untuk pinjaman, pemulangan atau perkhidmatan lain.
3.6.4 Perkhidmatan kaunter ditawarkan pada jarak satu (1) meter di antara petugas dan pelanggan.
3.6.5 Semua kerusi yang disediakan di ruang menunggu mesti mematuhi penjarakan sosial.
3.6.6 Penandaan yang jelas pada ruang lantai bagi memastikan keperluan penjarakan sosial semasa menunggu giliran perkhidmatan dipatuhi.
3.6.7 Hanya seorang pengguna dibenarkan berurusan dengan
petugas kaunter pada satu-satu masa.
3.7 Pengurusan Tempahan Fasiliti
3.7.1 Jadual tempahan fasiliti seperti Bilik Karel, Bilik Diskusi, dan Bilik Pembelajaran Interaktif akan dijarakkan selama satu (1) jam di antara slot tempahan. Ini membolehkan proses pembersihan dan nyah-kuman dilaksanakan selepas sesi penggunaan dan persediaan ruang untuk slot tempahan berikutnya.
3.7.2 Tempahan fasiliti ini dijalankan secara dalam talian dan pengguna boleh menempah dua (2) slot masa penggunaan pada satu (1) masa.
3.7.3 Cecair nyah-kuman disediakan di lokasi strategik untuk kemudahan pengguna.
4.0 PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Berikut merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi perkhidmatan terpilih di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.
4.1 Perkhidmatan Pinjaman
4.1.1 Proses peminjaman buku dijalankan sepenuhnya menerusi kiosk pinjaman secara layan diri yang boleh dibantu oleh petugas kaunter.
4.1.2 Sarung tangan disediakan berdasarkan permintaan pengguna dan mengikut situasi.
4.1.3 Petugas boleh membantu memproses pinjaman bahan sekiranya berlaku sebarang gangguan dalam proses pinjaman buku secara layan diri.
4.1.4 Cecair nyah-kuman tangan disediakan di semua mesin pinjaman layan diri.
4.1.5 Proses nyah-kuman secara kerap akan dilaksanakan di semua mesin pinjaman layan diri yang telah ditetapkan.
4.2 Pemulangan Bahan
4.2.1 Proses pemulangan buku dijalankan sepenuhnya menerusi mesin pinjaman secara layan diri yang boleh dibantu oleh petugas kaunter.
4.2.2 Sarung tangan disediakan berdasarkan permintaan pengguna dan mengikut situasi.
4.2.3 Pemulangan buku secara manual di Kaunter Perkhidmatan (Aras 1) boleh dijalankan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal dalam proses tersebut.
4.2.4 Cecair nyah-kuman tangan di sediakan di lokasi kiosk pemulangan buku (Aras Bawah dan Aras 1).
4.2.5 Proses nyah-kuman dilaksanakan secara kerap untuk memastikan kebersihan kiosk pemulangan buku.
4.2.6 Sekiranya berlaku gangguan teknikal pada kiosk pinjaman layan diri, pengguna boleh mengembalikan bahan pinjaman di Kaunter Perkhidmatan Akses (Aras 1).
4.2.7 Bahan pinjaman ditempatkan di dalam kotak khusus yang ditempatkan di Kaunter Perkhidmatan Akses.
4.2.8 Petugas Kaunter akan memproses pemulangan bahan melalui sistem dan memaklumi sebarang status berkaitan kepada pengguna.
4.3 Perkhidmatan Book on Delivery (BOD)
4.3.1 Perkhidmatan penghantaran buku dan pengambilan (pick-up) buku disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan bacaan dengan mudah.
4.3.2 Bagi mengelakkan pengguna terutama staf akademik mendapatkan bahan di rak, permohonan mendapatkan di rak boleh dikemukakan kepada pihak Perpustakaan. Tempahan boleh dibuat melalui telefon, whatsapp dan borang atas talian yang disediakan. Penempah hanya perlu mengambil bahan bacaan di Kaunter Perkhidmatan Akses.
4.3.3 Permohonan boleh dibuat melalui borang atas talian (Libwizard)
4.3.4 Perpustakaan akan menyediakan bahan bacaan mengikut garis
panduan pengendalian bahan.
4.3.5 Buku yang dikembalikan kepada Perpustakaan akan melalui proses pengasingan selama tempoh 72 jam.
4.4 Program Pendidikan Pengguna (Literasi Maklumat)
4.4.1 Kelas pendidikan pengguna (literasi maklumat) yang sebelumnya ditawarkan secara berdepan akan hanya ditawarkan secara dalam talian sahaja.
4.4.2 Ini melibatkan permohonan daripada staf akademik mengikut kursus / program pengajian dan dimajukan kepada Bahagian Perkhidmatan Akses, PTSFP.
4.4.3 Kelas Pendidikan Pengguna akan dikendalikan secara dalam talian menggunakan perisian bersesuaian.
4.4.4 Kelas pendidikan pengguna yang dijalankan oleh Perpustakaan meliputi tenaga pengajar daripada PTSFP ataupun tenaga pengajar yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan.
4.4.5 Jadual program pendidikan pengguna akan diterbitkan melalui platform LibCal Perpustakaan (unimap.libcal.com)
4.5 Urusan Pembayaran Denda Lewat Mengembalikan Bahan Pinjaman dan Bayaran Cetakan Dokumen
4.5.1 Perpustakaan akan memproses sebarang transaksi bayaran denda lewat mengembalikan bahan melalui prosedur yang ditetapkan dan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Perpustakaan (Virtua).
4.5.2 Urusan penyelesaian denda lewat mengembalikan bahan mesti dijalankan di Kaunter Perkhidmatan Akses dengan kendalian Petugas Kaunter.
4.5.3 Pengguna perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perkhidmatan Kaunter dalam semua urusan pembayaran denda dan bayaran kos cetakan dokumen.
5.0 PENGENDALIAN BAHAN PERPUSTAKAAN
5.1 Koleksi Bahan Bacaan di Rak Koleksi
5.1.1 Bahan bacaan di dalam koleksi perpustakaan telah ditinggalkan melebihi tempoh 14 hari. Berdasarkan cadangan American Library Association (ALA), proses nyah-kuman terbaik ialah melaksanakan pengasingan bagi bahan bacaan dalam tempoh minima 24 jam atau tempoh maksima 14 hari. Ini bermakna bahan bacaan di dalam koleksi Perpustakaan sepatutnya selamat untuk digunakan dan dipinjam keluar oleh warga UniMAP.
5.1.2 Walau bagaimanapun, terdapat risiko penularan melibatkan transaksi rujukan kepada bahan bacaan sama ada di dalam ruang Perpustakaan, dipinjam keluar oleh pengguna ataupun dipulangkan semula oleh pengguna selepas satu masa tempoh pinjaman.
5.2 Pengendalian Bahan Bacaan Yang Dipulangkan oleh Pengguna 5.2.1 Berdasarkan garis panduan oleh National Document Conservation Centre (NEDCC), mana-mana bahan bacaan yang telah dikendalikan oleh pengguna atau staf perlu melalui tempoh selamat pengasingan bahan (kuarantin) selama 72 jam.
5.2.2 Ini melibatkan buku yang melalui proses transaksi berikut:
a) Buku yang dibawa keluar daripada rak koleksi dan dirujuk di dalam ruang Perpustakaan
b) Buku yang dipinjam keluar dan dikembalikan kepada Perpustakaan
5.2.3 Semua buku yang dikembalikan perlu dikendalikan secara berkesan oleh staf Perpustakaan. Pemakaian sarung tangan adalah diwajibkan semasa menyemak status pemulangan bahan.
5.2.4 Bahan bacaan yang dikembalikan ke Perpustakaan perlu ditempatkan di atas troli khusus mengikut tarikh pemulangan dan ditempatkan di Ruang Pengasingan yang ditetapkan.
5.2.5 Status bahan bacaan ditukarkan daripada “available” kepada “In Quarantine” bagi memastikan semua rekod bahan yang
ditempatkan di Ruang Pengasingan dapat dikesan oleh pengguna dan staf perpustakaan.
5.2.6 Bahan bacaan ini akan ditempatkan di Ruang Pengasingan selama 72 jam (3 hari) sebelum dikeluarkan ke rak koleksi atau dibenarkan untuk pinjaman keluar kepada pengguna lain.
5.2.7 Tiada proses nyah-kuman melibatkan bahan-bahan kimia bagi mengelakkan sebarang reaksi kimia dan menyumbang kepada kerosakan buku untuk jangka masa panjang.
5.3 Ruang Pengasingan
5.3.1 Bilik Pengasingan perlu diwujudkan di lokasi berhampiran kiosk pemulangan buku dan Kaunter Perkhidmatan Akses.
5.3.2 Bahan-bahan perpustakaan yang telah dirujuk dan ditinggalkan di atas meja serta dikembalikan oleh pengguna selepas memenuhi tempoh pinjaman akan ditempatkan di dalam Bilik Pengasingan.
5.3.3 Bilik Pengasingan perlu mempunyai ventilasi pergerakan udara dan dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara bagi mengekalkan kelembapan perlu.
5.3.4 Staf yang terlibat dengan operasi kerja di Bilik Pengasingan perlu memakai sarung tangan dan pelitup muka serta mengamalkan penjagaan diri yang baik.