1.0 PENDAHULUAN
Globalisasi merupakan agenda baru dunia Barat untuk memonopoli pasaran dunia A.Manan(1992) menyatakan bahawa globalisasi berkonsepkan dunia tanpa sempadan sangat berbahaya bagi negara yang tidak bersedia menghadapinya. Ia boleh menjadi satu ancaman kepada mereka yang tidak bersedia. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah pelaksanaan konsep globalisasi globalisasi ini ditunjangi oleh sistem kapitalisme global yang memperkenalkan doktrin individualisme , konsumerisme dan hedonism yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.
Fenomena globalisasi boleh dikatakan sebagai gelombang yang melanda dunia. Gelombang globalisasi pada zaman moden lebih besar. Ia bukan sahaja menimpa negara-negara maju malahan juga semua negara-negara di seluruh dunia. Antara aspek yang sangat penting untuk dititikberatkan dalam sistem ekonomi globalisasi adalah impak yang sangat besar kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sistem ekonomi kapitalis pada masa sekarang telah menguasai kabanyakan sistem ekonomi sesbuah negara . Disamping sistem ekonomi kapitalis, terdapat juga sistem ekonomi lain yang dipraktikkan seperti sistem ekonomi sosialis dan komunis. Sistem-sistem ekonomi tersebut mempunyai banyak kebaikan dan kelemahan tersendiri. Antara kelemahan utama yang dikenalpasti tiada keseimbangan dalam keadaan dan sistem ekonomi tersebut khususya antara pengeluar dan pengguna serta antara pemerintah dan rakyat. Bagi memperbaiki sistem ekonomi yang boleh memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada setiap elemen yang terdapat dalam sistem ekonomi sesebuah negara. Menurut Nik Rosila (1999), sistem ekonomi Islam merupakan ekonomi yang paling lengkap yang telah diperkenalkan semenjak kemunculan agama berabad lalu. Malangnya disebabkan kurang pendedahan, sistem ekonomi Islam tidak dipraktikkan secara meluas dan menyeluruh
2.0 BANDINGAN ISLAM, KAPITALISME DAN SOSIALISME
2.1 Sistem ekonomi kapitalis
melanda negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand Korea dan sebagainya. Kesan daripada krisis kewangan ini menyebabkan terjadinya rusuhan , penggulingan pemerintah, ketidakstabilan politik, ekonomi dan juga sosial. Contoh yang mudah dilihat adalah seperti yang berlaku di Indonesia dan Argentina. Masalah ekonomi ternyata mampu mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara-negara berkenaan. Masalah initibul disebabkan oleh kejatuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, satu sistem alternative atau pendekatan terbaru perlu diadakan bagi mengatasi masalah ini. Ismail
Menurut Afzal-Ur-Rahman (1991) sistem-sistem ekonomi yang terkenal di dunia pada masa kini secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sistem kapitalis, sistem sosialis dan sistem Islam. Sistem ekonomi kapitalis adalah berasaskan kebebasan. Seseorang boleh menjalankan perniagaan , perusahaan atau pekerjaan yang disukainyatanpa didesak atau dipaksa. Seseorang itu boleh mengeluarkan seberapa banyak hasil menurut keupayaannya. Masyarakat peniaga boleh bekerjasama dengan sebarang penguasa lain secara bebas. Sistem ekonomi kapitalis berpusatkan kepada polisi pintu terbuka sama ada di dalam atau di luar negara. Pakar-pakar dalam sistem kapitalis telah menyatakan bahawa untuk menjadikan proses ekonomi sihat dan sempurna ia memerlukan tiga keadaan. Pertama ,penguasa mesti mempunyai kepentingan peribadi dan muslihat individu. Menurut kenyataan tersebut, seseorang individu enggan bekerja melainkan ia mempunyai muslihat peribadi yang mendorongnya . Kedua ,pertandingan bebas. Ia perlu menggiatkan proses pengeluaran. Ketiga, dalam pasaran ekonomi kapitalis memerlukan kebebasan, Sesuatu kegiatan akan mnjadi lemah dan juga muslihat individu terhalang.
2.2 Sistem ekonomi sosialis
Dalam keadaan sistem ekonomi kapitalis yang menimbulkan banyak bencana muncul penyokong-penyokong golongan pekerja menyerang sistem kapitalis dan melemparkan keburukan-keburukan sistem itu. Mereka mengatakan bahawa muslihant individu dalam ekonomi hanya akan melonggokkan kekayaan kepada sebilangan kecil masyarakat malahan sebahagian besar lagi terpaksa tunduk dibawah kehendak sebilangan kecil ini. Demikian juga golongan pemodal hanya akan menimpakan kesusahan dan kezaliman kepada kelas miskin. Tambahan lagi pertandingan bebas hanya akan membawa kepada kemiskinan terhadap segolongan manusia kerana tidak melibatkan sama taraf dan monopoli alat pertandingan.
Sistem ekonomi sosialis ini diperkenalkan berdasarkan beberapa hujah. Pertamanya adalah bertujuan menghapuskan pemilikan perseorangan terhadap tanah dan modal serta menyerahkannya kepada kerajaan demi untuk kepentingan umum. Individu-individu bekerja kepada kerajaan dengan menerima upah sama rata. Kedua adalah tuntutan pembahagian barang-barang kepada individu menurut keperluannya. Ketiga adalah tuntutan menentukan cara-cara pengeluaran dalam bats keperluan umum , tentang jenis dan jumlahnya.
Menurut Afzal-Ur-Rahman (1991) lagi dengan cara ini akan lenyaplahperbezaan individu, kelas-kelas dalam masyarakat dan seluruh individu menjadi setaraf. Hasilnya tidak akan berlaku kekacauan atau tidak timbul perasaan dengki malah semuanya akan menjadi saudara tolong menolong dan lahirlah perdamaian. Tujuan sistem ekonomi adalah untuk mewujudkan keadilan dalam ekonomi dan seimbangkan kekayaan dalam masyarakat. Namun jalan ini jelasnya menyalahi fitrah manusia . Dalam sesebuah negara yang mengamalakan sistem ekonomi ini ia akan mengundang seseorang pemerintah menjadi seorang diktator yang paling keras dan kejam.
2.3Sistem ekonomi Islam
Prinsip yang terbesar adalah memberikan hak-hak individu dan peribadinya. Ia bukanlah suatu sistem yang merosakkan keseimbangan dalam pembahagian kekayaan. Ia memberikan kebebasan individu dalam pemilikan haknya dan melakukan tindakan terhadap kekayaannya di jalan yang diredhai.Ia mengikat hak kekayaan yang dimiliki dan setiap tindakan keatas harta dengan pelbagai ikatan moral dari dalam dan juga perundangan. Justeru Islam menyususn sistem ekonominya dengan satu mod yang unik namun berbeza dengan sistem kapitalis dan sosialis secara amnya.
Terdapat pelbagai perbezaan dalam prinsip pelaksanaan ekonomi Islam. Di dalamnya terkandung nilai moral dan ibadah. Afzal-Ur-Rahmanmengatakan bahawa prinsip ekonomi Islam mengandungi pelbagai perkara , antaranya adalah kebebasan individu terhadap pemilikan hak dan harta yang telah diusahakannya, namun pemilikannya diikat dengan ibadah seperti pengeluaran zakat dengan kadar yang tidak membebankan. Selain itu prinsip ekonomi Islam adalah membataskan ketidaksamaan ekonomi bagi mewujudkan kesamaan dan keselamatan sosial. Harta yang dibahagikan dengan baik akan mewujudkan suasana persaudaraan antara masyarakat justeru membentuk negara aman dan harmoni. Larangan prinsipnya keras dalam pengumpulan kekayaan dan penubuhan institusi antisosial selain mementingkan kebajikan individu dan masyarakat.
ANCAMAN GLOBALISASI EKONOMI DI MALAYSIA
3.0 Rasuah : Kesan dan Mekanisme Mengatasinya
Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4, menjelang akhir pemerintahannya.
Rasuah pula merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat beberapa bentuk perlakuan rasuah yang utama. Pertama adalah meminta dan menerima rasuah. Kedua, menawarkan dan menerima rausah. Seterusnya adalah membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan dan kedudukan sebagai individu berpengaruh demi mendapatkan wang dengan cara yang cepat. Pemberian dan penerimaan rasuah jika tidak dibendung dan diatasi dengan sebaik mungkin akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah dalam kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.Mendapatkan tender dengan cepat dan mengurangkan karenah birokrasi menjadi matlamat uama dalam perebutan tender. Oleh itu, menyediakan wang sogokan kepada penguatkuasa tanpa disedari dapat memberi impak dan keuntungan yang besar kepada individu ataupun kontraktor yang tidak layak menerimanya
3.1 Membanteras rasuah
Tambahan pula, pihak kerajaan akan menerima pakai KPI yang berasaskan kepada keberhasilan dan ditanda aras di peringkat antarabangsa. Sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan skor CPI tahun demi tahun.. Kerajaan telah menunjukkan peningkatan yang baik apabila berjaya meningkatkan skop CPI daripada 4.5 kepada 4.9 pada tahun 2010. Kerajaan juga berusaha meningkatkan peratusan responden yang menjawab ‘berkesan’ kepada Kajian Global Corruption Barometer TI terhadap tindakan kerajaan dalam membanteras rasuah . Ini memastikan sokongan orang awam terhadap usaha menangani dan membanteras rasuah. Pada tahun 2009, kerajaan telah merangka beberapa program menangani rasuah secara bijak melalui Program Transformasi Kerajaan. Program ini adalah bertujuan membuka mata rakyat mengenai kepentingan mereka bersama-sama kerajaan dalam menangani isu rasuah yang tidak pernah berkesudahan. Sikap kerajaan dalam berhati-hati dalam menangani rasuah dapat menjamin kekayaan negara disalurkan dengan cara yang betul dengan mengurangkan ketirisan dana.
3.2 Meraih semula keyakinan terhadap agensi pengawalseliaan dan kuatkuasa rasuah secara besar-besaran
Kerajaan mensasarkan untuk memperoreh kembali keyakinan masyarakat terhadap agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan: PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ). Ini adalah agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan yang mempunyai jumlah kes pertuduhan terbanyak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2005 dan 2009 dan mendapat skor terendah dalam persepsi integriti di kalangan komuniti perniagaan dan awam.
diperoleh semula daripada barangan yang diisytihar di bawah harga sebenar kepada RM 21 juta (daripada RM 9 juta) Pengisytiharan ini membuktikan bahawa 15 peratu hasil pendapatan negara telah hilang kerana rasuah dan penyelewang yang berlaku dalam institusi awam dan kerajaan.
Demi usaha kerajaan mencapai hasrat ini,kerajaan pasti berusaha memperkuatkan unit dan badan pematuhan dalam setiap agensi penguatkuasaanmelaui etika kerja yang akan dipegang oleh pegawai kanan mahupun unit khas yang ditubuhkan. Badan mahupun unit pencegahan rasuah yang ditubuhkan dalam agensi akan diberikan kursus dan didedahkan dengan sumber aduan Unit pematuhan ini akan melaporkan terus kepada ketua agensi penguatkuasaan, dengan satu Suruhanjaya Bebas mengawasi pengurusan dan pengendaliannya. Pengawalseliaan di bawah suruhanjaya bebas adalah perlu untuk memastikan tidak ada bias dalam menetap dan melaporkan sesuatu kes.Dalam masa yang sama,kerajaan akan menetapkan akta yang akan melindungi pihak pelapor daripada unit pematuhan , kelayakan untuk menilai pekerja lain mengurus ganjaran dan kesan akan juga diwujudkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan unit pematuhan.Hal ini penting bukan sahaja agensi diberikan kuasa melapor malah keselamatan ahli unit pematuhan turut terjamin.
Selain itu, kami juga akan melaksanakan inisiatif-inisiatif lain yang direka bentuk untuk mengurangkan peluang berlakunya gejala rasuah dan penyelewengan wang dalam agensi mahupun di dalam unit pematuhan itu sendiri. Ini termasuk melakukan penggiliran kerja ‘job rotation’ mahupun kerja secara ad-hoc mengikut jadual masing-masing untuk menghalang pegawai penguatkuasa daripada membentuk hubungan kerjasama dengan organisasi jenayah.Hubungan jenayah rasuah boleh senang terjadi apabila hanya seorang mahupun waktu kerja terjadi dalam skala jadual yang statik. Jadual kerja yang berubah-ubah akan menyukarkan penjawat awam untuk menjalin hubungan rasuah dengan staf yang tertentu.
Ketirisan wang kerajaan adalah cara terakhir untuk mengesan berlakunya aktiviti rasuah di sesebuah agensi. Kiraan audit yang berskala akan dikenalpasti dimana ketirisan dana boleh berlaku. Justeru, pihak kerajaan akan berusaha mengurangkan ketirisan dana yang diperuntukkan untuk pembangunan nasional dan perbelanjaan operasi selain memastikan ketelusan dalam penganugerahan kontrak. Kerajaan telah merancang beberapa gerak kerja dalam memastikan proses analisis ketirisan dana ini dapa berjalan dengan baik.
Menghapuskan penyelewengan wang secara keseluruhan dalam tempoh masa yang singkat adalah hamper mustahil. Oleh itu kerajaan telah mensasarkan untuk mengurangkan secara berperingkat melalui amalan surat sokongan, yang kerap digunakan untuk mempengaruhi kakitangan kerajaan untuk memintasi dasar dan tatacara standard kerajaan dalam mendapatkan kontrak. Matlamat kami adalah untuk menghapuskan amalan ini sama sekali.Kontraktor yang berniat tidak baik dalam pengurusan kerja sering kali menyampaikan hasrat dan permohonan untuk pintasan bagi memudahkan perjalanan sesuatu projek. Hal ini kerana sesetengah daripada kontraktor yang tidak bertanggungjawab, merekatidak mahu melaksanakan kerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh agensi dengan alas an mengelakkan lebihan bajet dan karenah birokrasi. Namun, kerajaan harus lebih bijak dalam menangani situasi ini dengan mengadakan pintasan sebelum hasrat itu disampaikan kepada agensi yang terbabit.
Menangani rasuah besar
Kerajaan berusaha menghalang mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan sumber awam oleh ahli politik dan kakitangan kanan kerajaan. Kejayaan kerajaan dapat diukur dengan menggunakan kaji selidik awam yang bebas terhadap persepsi mengenai tahap rasuah besar.Selain itu, kerajaan menetapkan peningkatan kes perbicaraan yang dapat diselesaikan melibatkan individu-individu pesalah rasuah yang tergolong dalam kalangan ahli politik mahupun berpengaruh. Justeru, kerajaan telah mengetatkan proses pengawal seliaan pematuhan integriti kerja yang melibatkan individu yang berpengaruh.
Kaedah ini telah direkodkan sebagai suatu kejayaan dalam menangani salah satu kes jenayah kolar puti ini. Ini melibatkan Tan Sri Isa Haji Abdul Samad yang terlibat dengan rasuah dalam Pemilihan calon UMNO pada tahun 2004 dan digantung keanggotaannya selama 3 tahun menjadi hujahan. Ketua pengarang Mingguan Komen penulis Wasilah Mingguan pula berpendapat bahawa dulu rasuah yang dianggap sebagai suatu yang kotor dan penyalahgunaan kuasa kini hanya dianggap sebagai kesilapan teknikal sahaja, Kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh ahli politik dan individu berpengaruh adalah menjadi punca masalah ini diperlekehkan. Ia dijadikan langkah ntuk melepaskan diri apabila toleransi yang dibuat dianggap tiada kena-mengena langsung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana 'kesilapan teknikal' Isa yang bercanggah dengan etika parti itu bukan suatu kesalahan pun di sisi undang-undang negara. Lantaran itu, ketua pengarah Mingguan Wasidah bertanya, "Aneh, kenapa sampai 3 tahun (asalnya 6 tahun) Isa digantung keahlian jika semata-mata hanya melakukan kesilapan teknikal? Katanya lagi "Selepas ini, jangan berasa pelik, sebaliknya 1Malaysia boleh senyum dan menarik nafas lega kerana rasuah bukan lagi suatu kesilapan teknikal, sebaliknya adalah strategi politik paling ampuh lagi berkesan untuk mengekalkan kesinambungan kuasa.
juga diberikan kuasa untuk melaporkan sebarang kes yang melibatkan rasuah dan politik wang (whistle blower). Maklumat yang didedahkan berkemungkinan membahayakan pengadu. Oleh itu suatu suruhanjaya dirangka bagi melindungi hak pengadu dan saksi yang mempunyai bukti kukuh dalam membanteras jenayah rasuah ini. Walau bagaimanapun, akta yang melindungi whistle blower Act 2010 (Akta 711) yang memberikan perlindungan kepada pengadu, masih berada di dalam kajian kerana kebanyakan kes aduan rasuah adalah kerana rasa tidak puas hati pengadu terhadap majikan kerana masalah peribadi dan masalah staf yang dibuang kerja mahupun yang mempunyai prestasi kerja yang tidak baik.
4.0 KESIMPULAN
Dalam pelaksanaan sebarang model dari Barat,adalah penting mengambil kira nilai dan etika sesuatu masyarakat itu sendiri. Kebanyakan model pengurusan barat lebih menekankan sifat-sifat seperti ingin tahu, berdikari, berani mencuba, berfikiran kritis dan kreatif seumpamanyauntuk melahirkan pekerja yang maju. Masyarakat Islam tidak seharusnya menerima bulat-bulat idea yang disebarkan oleh pihak barat. Dalam dunia yang serba canggih , manusia dianggap sebagai mesin yang saling kejar mengejar antara satu sama lain. Kepentingan memahami kehendak globalisasi yang adil adalah penting untuk memastikan keamanan ummah . Globalisasi seharusnya menuntut manusia kearah yang lebih beretika dan berakhlak dalam meneruskan kehidupan. Globalisasi juga menuntut manusia supaya saling bekerjasama walaupun batasan komuniti telah menjadi semakin mengecil . Justeru itu, demi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih sempurna, sistem ekonomi Islam mampu untuk menangani kehendak global.
A. Manan(1992) , Ekonomi Islam : Teori danPraktik (Terjemahan) : Jakarta. Penerbit PT Intermasa
Afzal-Ur-Rahman (1991), Doktrin Ekonomi Islam. Jilid Satu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Akbal (2003), Globalisasi Ekonomi Dan Strategi Malaysia, Batu Pahat terbitan KUITTHO
Ismail Awang (1999), Peranan Ekonomi Islam dalam Era Globalisasi Jurnal Institit Kefahaman Islm Malaysia 141:172
Mahathir Mohamad, (1999), A New Deal For Asia . Selangor. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd