• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

ARAHAN: Kertas ini mengandungi dua soalan. Pilih SATU soalan sahaja. Kamu diberi masa 50 minit untuk membaca soalan dan menulis sebuah karangan tentang soalan pilihan kamu itu.

Dengan menggunakan tidak kurang daripada 180 patah perkataan, tulis sebuah karangan berdasarkan soalan pilihan kamu itu.

SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan. Akibat Berbohong Kepada Ibu Bapa

Kamu mempunyai tabiat suka berbohong. Pada suatu hari, tabiat kamu itu telah menyebabkan kedua ibu bapa kamu hilang kepercayaan. Peristiwa itu memberi kamu satu pengajaran yang sungguh berharga. Kamu menyesal dan berazam untuk tidak mengulang kesilapan itu.

SOALAN 2: Tulis sebuah cerita dengan menggunakan permulaan yang berikut:

Sudah sepuluh minit aku menunggu Marlia untuk ke sekolah bersama. Namun, kelibatnya masih tidak kelihatan. Aku mula risau. Marlia tidak pernah lewat. Tiba-tiba, aku ….

(2)

2

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang

paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) ada hati (2) bagai isi dengan kuku

(3) baik budi (4) banting tulang

(5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti menatang minyak yang

penuh

(8) tangan terbuka

1 Setiap hujung minggu, Wati suka menolong keluarganya di rumah. Dia akan bangun awal untuk menemani ibunya ke pasar. Dia juga akan membantu kakaknya mencuci pinggan mangkuk selepas keluarga mereka bersarapan. Sebelah petang pula, Wati akan menghantar adiknya ke kelas tuisyen. Wati gembira dapat meringankan tugas mereka.

2 Seri dan Kavitha telah berkawan sejak darjah tiga. Hubungan mereka sangat rapat. Mereka pergi dan pulang dari sekolah bersama. Mereka juga belajar dan mengulang kaji berdua. Persahabatan mereka terus bertahan hingga ke sekolah menengah. Kini, mereka sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Hubungan mereka terus erat.

3 Iwan anak yatim piatu. Sejak ibu bapanya meninggal dunia, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Nab. Walaupun Mak Nab mempunyai empat orang anak, dia tetap memelihara Iwan dengan penuh kasih sayang. Segala keperluan Iwan dijaga dan Iwan disayangi seperti anaknya sendiri. Iwan bersyukur dan berazam akan membalas jasa Mak Nab.

4 Kedua ibu bapa Shila adalah peniaga. Mereka mempunyai sebuah gerai yang menjual nasi ayam yang amat terkenal. Pada hujung minggu, Shila akan menolong ibu bapanya di gerai mereka. Shila kagum melihat cara mereka melayan pelanggan dengan sopan dan ramah. Dia bercita-cita untuk menjadi peniaga yang berjaya seperti ibu bapanya suatu hari nanti.

(3)

3

5 Alisha telah berpindah ke Australia kerana ayahnya bekerja di sana. Semasa cuti sekolah bulan Jun, kawan baiknya, Qistina telah bercadang untuk melawat Alisha. Keluarga Alisha sangat gembira dan menerima kedatangan Qistina dengan sukacita. Mereka telah membawa Qistina ke tempat-tempat menarik di Australia dan menyiapkan makanan kegemarannya.

. SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh

(4)

4

MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Pasar menjadi tumpuan orang ramai pada pagi hari Ahad, hari cuti dan hari-hari biasa. Orang ramai pergi ke pasar untuk membeli barang-barang (6) diperlukan mereka seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ramai orang suka ke pasar kerana barang yang dijual masih (7) hijau dan baru. Harga barang-barang di pasar juga lebih (8) mahal jika dibandingkan dengan harga barang-barang-barang-barang yang dijual di pasaraya. Bukan itu sahaja, harganya masih boleh (9) kekurangan jika pembeli pandai menawar.

Namun, ada juga orang yang tidak gemar ke pasar kerana keadaannya yang sibuk dan sempit. Mereka tidak suka berjalan di dalam (10) berada yang berhimpit-himpit. Lantai di pasar juga lecak dan kadang-kadang terdapat pelbagai bau yang kurang menyenangkan. SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(5)

5

KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Perpustakaan boleh diumpamakan seperti gedung ilmu. Terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan seperti buku cerita, novel, majalah dan jurnal di perpustakaan. Selain perpustakaan sekolah, terdapat 26 perpustakaan awam yang terletak di serata Singapura. Kesemuanya dibina dengan tujuan untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Perpustakaan memberi banyak faedah kepada pengunjung. Berkunjung ke perpustakaan dapat mengelakkan kita daripada membuang masa. Kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan merokok. Dengan itu, kita akan lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran dan masa depan kita akan lebih terjamin.

Selain itu, perpustakaan juga dapat membentuk disiplin seseorang. Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi semasa di perpustakaan seperti larangan membuat bising, pemulangan buku mengikut tarikh, menyusun buku mengikut kategori dan sebagainya. Justeru itu, seseorang akan melatih diri agar lebih berdisiplin dan seterusnya ia akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, mengunjungi perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa. Kita tidak perlu membeli semua buku yang kita inginkan kerana sebahagian buku boleh dipinjam di perpustakaan. Sebaliknya, wang itu boleh disimpan di dalam tabung atau digunakan untuk membeli keperluan lain.

Ternyata perpustakaan bukan sahaja dapat membina rakyat yang berpengetahuan dan suka membaca, malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri seseorang.

(6)

6

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

11 ‘Kesemuanya dibina dengan tujuan untuk menggalakkan pembelajaran

sepanjang hayat.’ (Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada pembinaan ______________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh

12 Perenggan kedua menekankan bahawa aktiviti melepak dan merokok dapat dielakkan jika __________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh

(7)

7

13 Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 4. Kemudian, bubuh tanda () dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai.

Tujuan perpustakaan dibina

Kebaikan mengunjungi perpustakaan

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (4 markah) Markah yang diperoleh

14 Berdasarkan petikan di halaman 4, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.

Penerangan Betul/Salah Bukti

Dengan mengunjungi perpustakaan, seseorang akan melatih diri agar lebih berdisiplin.

Ibu bapa harus membelanjakan wang untuk membeli buku cerita yang diinginkan anak mereka.

(4 markah) Markah yang

(8)

8

Bagi Soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 4 yang membawa maksud yang berikut.

15 bunyi yang memekakkan telinga (2 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Markah yang diperoleh

16 menghabiskan masa dengan duduk-duduk (2 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Markah yang diperoleh

(9)

9

KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Sudah sebulan Izzul berulang-alik dari sekolah ke Hospital Besar Singapura untuk menjenguk ibunya. Setiap kali ke sana, Izzul tidak lupa untuk membawa makanan kegemaran ibunya walaupun ia tidak pernah dijamah. Sering kali, adik-adik Izzul yang menghabiskan makanan itu kerana tidak mahu membazir.

Sudah lama ibu menghidap penyakit barah paru-paru dan penyakitnya sudah sampai ke peringkat yang serius. Pelbagai rawatan telah dijalani oleh ibu namun masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan. Sebaliknya, keadaan ibu semakin tenat. Menurut doktor, pembedahan adalah jalan terbaik untuk merawat ibu.

Izzul pasrah. Dia tahu pembedahan itu berisiko tinggi dan dia mungkin kehilangan

ibunya. Namun, dia tidak sanggup melihat penderitaan dan kesakitan yang ditanggung ibunya lagi.

Petang itu, ibu kelihatan sangat lemah. Badannya semakin susut kerana akhir-akhir ini, ibu tidak berselera untuk menjamah makanan walaupun sesuap nasi. Hanya bubur yang mampu ditelan ibu. Ibu sedang bersandar di katil hospital, menunggu masa untuk dibedah. Dua biji bantal diletakkan di hujung kepalanya supaya ibu dapat baring dengan selesa. Dia terbatuk-batuk sambil menekup mulutnya. Ibu menyambut kedatangan Izzul dengan gembira. Walapun wajahnya kelihatan pucat, ibu tetap melemparkan senyuman. Ibu tidak mahu Izzul risau. Ibu mahu menyenangkan hati Izzul yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Seperti biasa, Izzul memeluk dan mengucup kedua-dua pipi ibu kesayangannya setiap kali dia datang melawat.

“Izzul harus belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ilmu yang mampu merubah hidup seseorang. Ibu mahu Izzul menjadi contoh yang baik buat adik-adik,” kata ibu dengan suara yang terputus-putus. Ibu mahu meneruskan kata-katanya tetapi pihak hospital sudah bersiap-siap untuk membawa ibu ke bilik pembedahan.

Air mata Izzul mengalir membasahi pipinya. Dia berasa sangat sedih. Dia seperti dapat merasakan yang ibunya akan pergi meninggalkannya. Ayah memujuknya agar bersabar dan mendoakan agar ibu selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti sedia kala.

Setelah lima jam berada di bilik pembedahan, doktor keluar lalu

membisikkan sesuatu kepada ayah. Ayah menundukkan kepalanya dan tidak

berkata apa-apa. Tiba-tiba, bahunya mula terenjut-enjut. Ayah menuju ke arah Izzul lalu memeluknya dengan erat. Perkara yang ditakuti Izzul kini menjadi kenyataan.

(10)

10

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 8, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

17 Mengapakah Izzul berulang-alik ke Hospital Besar Singapura selama sebulan? (2 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh

18 Berikan sebab mengapa badan ibu semakin kurus. (2 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh

19 Nyatakan dua perkara yang akan dilakukan Izzul setiap kali dia melawat

ibunya. (4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh

(11)

11

20 Berikan dua sebab mengapa doktor menyarankan agar ibu Izzul dibedah. (4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh

21 Ayah tidak dapat menahan perasaannya setelah pembedahan selesai.

Berikan bukti-buktinya. (4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh

22 ‘Izzul pasrah.’ Berikan dua sebab mengapa Izzul berperasaan sedemikian.

(4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh

(12)

12

23 Berdasarkan petikan karangan di halaman 8, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) semakin susut (2 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________

(ii) membisikkan (2 markah)

________________________________________________________ ________________________________________________________

Markah yang diperoleh

(13)

13

ZHENGHUA PRIMARY SCHOOL MID-YEAR EXAMINATION – 2016

HIGHER MALAY LANGUAGE PRIMARY 5HML

ANSWER KEY KERTAS 2 (60 markah)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 markah) MENGEDIT TEKS (10 markah)

1 (6) murah hati 6 keperluan

2 (2) bagai isi dengan kuku 7 segar 3 (7) seperti menatang minyak yang penuh 8 murah

4 (1) ada hati 9 dikurangkan

5 (8) tangan terbuka 10 keadaan

KEFAHAMAN 1 (16 markah) 11 perpustakaan (2)

12 berkunjung ke perpustakaan (2)

13  Kebaikan mengunjungi perpustakaan

Apabila seseorang mengunjungi perpustakaan, dia akan lebih berdisiplin, menjimatkan wang ibu bapa dan mengelakkan diri daripada membuang masa (4).

14 Penerangan Betul/

Salah

Bukti Dengan mengunjungi

perpustakaan, seseorang akan melatih diri agar lebih berdisiplin.

Betul Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi semasa di perpustakaan seperti larangan membuat bising, pemulangan buku mengikut tarikh dan menyusun buku mengikut kategori.

Ibu bapa harus

membelanjakan wang untuk membeli buku cerita yang diinginkan anak mereka.

Salah Seseorang tidak perlu membeli semua buku yang diinginkan kerana sebahagian buku boleh dipinjam di perpustakaan.

15 bising (2) 16 melepak (2)

KEFAHAMAN 2 (24 markah)

17 Izzul mahu menjenguk ibunya (1) yang menghidap penyakit barah paru-paru (1).

18 Ibu tidak berselera untuk makan walaupun sesuap nasi (2). / Ibu hanya boleh makan bubur (2). 19 Dia akan membawa makanan kegemaran ibunya (2) dan akan memeluk dan mengucup

kedua-dua pipi ibunya (2).

20 Penyakit ibu sudah sampai ke peringkat yang serius (2). / Pelbagai rawatan telah dijalani oleh ibu namun masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan (2). / Keadaan ibu semakin tenat (2).

21 Ayah menundukkan kepalanya dan tidak berkata apa-apa (2). / Bahunya mula terenjut-enjut (2). / Dia memeluk Izzul dengan erat (2).

22 Dia tahu pembedahan yang akan dijalani ibunya berisiko tinggi dan dia mungkin kehilangan ibunya (2) tetapi dia tidak sanggup melihat penderitaan dan kesakitan yang ditanggung ibunya lagi (2).

(14)

14

23 (i) bertambah kurus

(ii) memberitahu / mengucapkan sesuatu dengan suara yang perlahan supaya tidak didengari orang lain

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. ERTI HIDUP BERERTI Teo

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.. Ketika berada di sekolah rendah dahulu, Henry memang

Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul dalam ruangan kosong yang disediakan.. Soalan 5

Baca petikan prosa tradisinal di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Apakah yang dilakukan oleh rakyat

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Surat

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri!. Maka dijawab oleh Tuan Haji

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. SALMAH : Mengapa