• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi. V i r u s P o r n o g r a f i 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kenali Impak Negatif Virus Pornografi. V i r u s P o r n o g r a f i 1"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi

Virus Pornografi

Ketahui Sains Virus Ini Bekerja & Cara Untuk

Menghalangnya Dari Terus Merebak!

Syamil Yusuff

Founder Ilusi Minda ilusiminda.com [email protected]

(3)
(4)

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi

Virus Minda; Pornografi

Terima kasih kerana mendapatkan buku penting ini. Saya Syamil Yusuff, pengasas program kesedaran, penyembuhan dan pencegahan, Ilusi Minda. Pengalaman di lapangan, khususnya program pembangunan insan yang lebih dari satu dekad, benar-benar menolak saya untuk menghasilkan buku ini. Ia ibarat ‘antidote’ kepada masyarakat, khususnya golongan muda menerusi penulisan dan pendidikan. Ya! Memang benar! ‘antidote’!

Inilah yang diperlukan saat ini oleh semua golongan terutamanya golongan muda yang mula terkesan dari ketagihan pornografi. Tidak ketinggalan juga kepada golongan yang berautoriti seperti ibu ayah, guru dan sebagainya, anda adalah fasa pertama untuk menghalang virus ini terus tersebar! Anda adalah ‘gate keeper’ kepada golongan muda, termasuklah anak-anak di rumah, sekolah dan dimana-mana sahaja, sebelum minda mereka di serang dengan virus ini.

Virus pornografi ini sebenarnya bukanlah muncul di zaman sekarang, millennium ini, ia sudah lama wujud dan tersebar. Yang membezakan dahulu dan sekarang hanyalah tahap atau ‘level’ kekuatan virus yang ada dan berapa cepat ia tersebar.

Sebelum saya menjelaskan lebih mendalam, apakah kesan atau impak serangan virus ini, mari kita pelajari, apakah yang dimaksudkan dengan virus. Kemudian, bagaimana ia bekerja. Menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, virus bermaksud;

Kehidupan seni

yang menyebabkan

penyakit

dan

(5)

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi

Sangat mudah! Ringkas. Tetapi, ia sangat merbahaya. Mari kita imbas kembali kata-kata orang atau berita tentang virus seperti, H1N1, HIV, Zika, Marburg, Ebola, Rabies, Hantavirus, denggi, rota dan sebagainya. Senarai virus ini pernah menggemparkan dunia dan menyebabkan produktiviti manusia terganggu. Kehidupan normal mula tercabar dan masyarakat semakin berhati-hati dan mula mempelajari tentang virus ini supaya ia tidak cepat merebak. Inilah langkah bijak yang harus dilakukan, kerana tanpa kita mengetahui kelakuannya, kepantasannya, mediumnya dan apa sahaja mengenai sifat virus ini, kita semua pasti sudah lama pupus! Inilah alasan utama, mengapa kita harus mempelajari , memperingati dan mencegah virus yang merbahaya supaya tidak menjangkiti dan melumpuhkan seluruh generasi manusia!

Inilah sifat virus yang wujud. Ia memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana boleh menyebabkan penyakit. Namun yang demikian, virus bukan hanya wujud di alam biologi, malah tidak ketinggalan, ia wujud di alam siber. Virus seperti worm I Love You, Rootkit, Flame, Trojan, Locky dan pelbagai lagi, dan anda boleh mendapatkan senarai di internet. Semua jenis virus ini turut memberi kesan secara ‘internal’ , operasi komputer dan akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Walaupun di alam siber, virus ini tetap memberikan ancaman dan boleh menyebabkan ‘penyakit’ kepada komputer. Jika pakar teknologi tidak mengkaji dan melakukan persediaan, akhirnya, virus ini terus menerus menular menerusi perkongsian ‘thumb drive’ atau menerusi internet!

Walau apa pun situasinya, apabila disebut tentang virus, samada di alam biologi dan siber, ia benar-benar menakutkan manusia dan industri. Inilah sebab utama manusia berusaha siang dan malam, bertungkus lumus untuk memastikan virus ini tidak merebak dengan skala yang lebih besar. Ia perlu dikawal, perlu disembuhkan, kuarantin dan perlu dibersihkan tanpa mengira sebarang kos. Ia adalah prioriti yang sangat tinggi!

Namun yang demikian, virus juga wujud di dalam minda, sosial dan budaya. Topik virus minda sebenarnya sangat luas dan mempunyai pelbagai definisinya. Namun yang demikian, secara umumnya, virus minda adalah sebuah idea. Ya! Ia adalah idea yang dipindahkan dari satu minda kepada satu minda yang lain. Malangnya, idea yang berbentuk pornografi ini telah tersebar dan ia dipindahkan secara konsisten tanpa rehat!

Cara Virus Bekerja

Jika anda mengkaji tentang virus (jika anda ada masa), anda akan mendapati, semua jenis virus, secara umum, bekerja melalui tiga cara.

Pertama, ia bekerja secara tersebar (Spreading). Sebagai contoh, virus HIV. Apabila ia memasuki zon biologi manusia, ia tersebar dengan kecepatan yang tersendiri. Ia mula tersebar dan menyerang sel darah putih dan melumpuhkan sistem pertahanan. Ia terus bekerja menyerang tanpa henti.

(6)

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi

Kedua, duplikasi (Ducplicate). Setelah virus ini tersebar, ia terus berkembang dengan cara menduplikasi. Menggandakan bilangan virus yang tetap sama dan ia semakin banyak dan semakin kuat mendominasi. Ia terus menduplikasi tanpa henti! Ketiga, menusuk masuk (Infiltrate). Virus ini terus menerus menyusup masuk ke seluruh sel, seluruh tisu dan terus menyerang mana-mana bahagian yang belum lagi dari diserang! Tidak kira di alam biologi, siber mahupun minda, ia tetap bekerja dengan cara yang sama.

Sekarang, mari kita fokuskan kepada virus yang merebak dari satu minda ke minda yang lain. Bagaimana ia bekerja dan yang paling penting sekali, apa rupa bentuknya dan bagaimana contoh supaya kita mudah mengenali apa itu virus minda yang sebenarnya. Sekarang, cuba anda lihat gambar di bawah ini. Siapakah nama individu ini? Saya yakin, anda boleh

ingat dan tahu, apakah yang telah dilakukan oleh lelaki ini bukan? Atau anda memang hebat menari tarian yang dicadangkan oleh lelaki ini? Jika YA, minda anda sudah diserang dengan idea! Idea tarian bernama GANGNAM STYLE (GS).

Mari kita lihat GS ini sebagai contoh pertama supaya anda memahami rupa dan bentuk virus minda ini bekerja. Pada tahun 2012, album ini dilancarkan. Ia bermula di Korea Selatan. Oleh kerana video ini telah dimuat naik menerusi

Youtube, seramai 2,659,505,068 penonton (2016) dan 9 juta ‘subscribes’ telah terdedah dengan idea ini. Apa kesannya?

Pertama, tarian ini telah tersebar menerusi internet. Kemudian ia telah diduplikasi. Semua yang pernah melihatnya, membuat pergerakkan yang sama seperti induk. Semuanya sama! Malah, kanak-kanak turut bijak dan pandai mengikuti pergerakan tarian ini. Persoalannya, siapakah yang membenarkan idea ini sampai kepada minda kanak-kanak? Kanak-kanak? Sudah pasti orang yang lebih dewasa bukan?

Kedua, idea ini masuk ke seluruh negara dan akhirnya tarian ini diberikan nama mengikut negara. Wujud pula versi Malaysia, Singapura, Thailand, UK dan sebagainya. Ia menyelinap masuk ke seluruh geografi! Betapa kuatnya pengaruh dan kuasa idea!

Risiko Virus Pornografi Kepada Kanak-Kanak

Kembali kepada makna virus. Ia hidup dan sentiasa bekerja. Penghujungnya, virus pasti memudaratkan objek yang diseranginya kerana itulah fungsi virus. Ia memudaratkan! Sekarang, bayangkan, virus ini adalah pornografi. Sesiapa yang melihat dan terdedah dengan virus idea ini, maka ia akan bekerja dengan tiga cara tadi. Lebih malang lagi, virus ini telah tersebar kepada minda kanak-kanak dan remaja yang masih mentah dan naïf.

(7)

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi

Minda kanak-kanak adalah ibarat span. Ia hanya menyerap apa sahaja yang dilihat, dirasa dan didengarinya. Ia menyerap semuanya tanpa satu pun tertinggal! Fasa kehidupan kanak-kanak adalah ‘imprinting’.

Mereka melakukan apa sahaja yang mereka dengar akan apa yang dikatakan oleh ibu bapa atau sekitar mereka. Mereka mengikuti dan mencetak semula apa yang mereka lihat dan tonton. Malah, mereka cepat mempercayai dan meyakini akan apa sahaja input atau mesej yang di dapati oleh modaliti mereka. Malah, mereka cepat percaya dan terpedaya. Monkey See, Monkey Do!

Berdasarkan kepada dapatan yang pernah dilakukan oleh Dr. Jennings Bryant terhadap 600 kanak di sekolah junior (USA), di dapati 91% kanak-kanak lelaki dan 82% perempuan telah terdedah dengan material veri hard-core pornography. Lebih dari 66% lelaki dan 40% perempuan menyatakan ingin mencuba (try out) dengan apa yang pernah dilihatnya. Dan dalam masa yang sama, Dr Jenning juga ada melakukan kajian yang sama di peringkat menengah dan di dapati 31% lelaki dan 18% telah ‘mencuba’ dengan apa yang dilihatnya, beberapa hari sahaja dari hari pertama mereka telah terdedah!

Maka, tidak hairanlah, mengapa di dada-dada akhbar tempatan di negara kita mula memaparkan headline yang memeranjatkan seperti di bawah ini!

(8)

Referensi

Dokumen terkait

• Putaran adalah suatu operasi yang menyebabkan objek bergerak berputar pada titik pusat atau pada sumbu putar yang dipilih berdasarkan sudut putaran tertentu.. Untuk melakukan

• AVERAGE IF, sebuah fungsi untuk mencari nilai rata-rata yang terdapat pada suatu range data, namun range yang diambil didasarkan pada kategori yang kita inginkan..

Obat dapat diberikan dengan berbagai cara dan melalui beberapa rute yang bertujuan untuk menghasilkan efek terapi, baik secara lokal maupun sistemik. Obat untuk mencapai

Stigma separatis bekerja dengan sangat baik dalam menjauhkan masyarakat umum dari suara-suara kritis rakyat Papua, serta melegitimasi kekerasan yang terjadi pada mereka!. Bagaimana

3.Berdasarkan hasil pengujian sistem secara keseluruhan telah sesuai dengan yang diinginkan yaitu Alat deteksi kebisingan dapat bekerja dalam satu system yang

Cara yang paling umum dilakukan oleh petani untuk mengendalikan penyakit pinang adalah dengan menggunakan bahan kimia atau pes sida dalam kurun jangka panjang jika

Window adalah sebuah area pada koordinat dunia yang dipilih untuk ditampilkan pada alat display; sedangkan Viewport adalah sebuah area pada alat display yang merupakan hasil

Analisis cluster menyimpulkan bahwa segi komposisi vegetasi tumbuhan bawah di dalam plot permanen 1 Ha cukup bervariasi dan secara umum, sebagian besar jenis-jenis