• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengungkap kelestarian pertanian kecil Melayu pada zaman penjajahan British

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Mengungkap kelestarian pertanian kecil Melayu pada zaman penjajahan British"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Mengungkap kelestarian pertanian kecil Melayu pada zaman

penjajahan British

Mohd Azlan Abdullah1, Rosmiza Mohd Zainol1, Rosniza Aznie Che Rose1, Amriah Buang1 1

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Correspondence: Rosmiza Mohd Zainol (email: miza@ukm.my)

Abstrak

Kertas ini mengaplikasikan konsep kelestarian arus hidup Buttimer(2001) yang menuntut pertautan objektif intehgiti ekologi, pertumbuhan ekonomi, dan vitaliti sosial kepada pengalaman hidup petani Melayu semasa penjajahan British (1874-1948). Dapatan penelitian menunjukkan bahawa kapitalisme penjajah British telah mengherotkan arus hidup petani peribumi : mereka dijadikan petani kecil saradiri berbanding dengan peladang komersil berskala besar penjajah. Perendahan secara sengaja status petani Melayu ini mewajarkan layan buruk berupa berbagai diskriminasi dan peminggiran seperti termaktub dalam dasar tanah pertanian, dasar bantuan kewangan, dan dasar pembangunan dan P&P penjajah. Namun, dalam segala kepincangan dan kedaifan ini petani kecil Melayu telah membuktikan kelestarian mereka. Sebagai pesawah dan pekebun kelapa mereka berjaya membekalkan makanan kepada seluruh penduduk bukan tani Malaya. Sebagai pekebun kecil getah pula mereka telah membuktikan keampuhan mereka bersaing dengan peladang-peladang besar anak emas penjajah. Bagaimanapun, segmen akhir zaman pentadbiran penjajah British telah menyaksikan layanan yang lebih mesra petani Melayu. Generasi kedua pentadbir penjajah yang lebih berideologi sosialis telah bertungkus lumus mengetat dan memantapkan lagi Enekmen Tanah Resab Melayu yang justru itu menjamin asas geopolitik bagi kelestarian pertanian kecil Melayu.

Keywords: arushidup, integriti ekologi, kapitalisme penjajah, kelestarian pertanian kecil, pertumbuhan

ekonom, vitaliti sosial

The sustainability of Malay small-scale farmers in British Malaya

Abstract

This paper applies Buttimer’s 2001 conception of sustainable lifeway (genre de vie), which integrates and harmonises the objectives of ecological integrity, economic growth and social vitality to the experience of Malay farmers in British Malaya (1874-1948). It was found that British colonial capitalism had structurally transmuted the indigenous farmers lifeways : they now became small-scale subsistence farmers vis-à-vis the colonial large-scale commercial planters. This newly acquired inferior status justified the discrimination and marginalisation of the Malay farmers by the colonial administration as witnessed their agricultural land, financial and R&D development policies. Yet, against all these odds the small-scale Malay farmers had proven their resillience . As rice cultivators and coconut smallholders they managed to feed the entire non-farming population of the colony. As rubber smallholders they managed to compete with the privileged colonial planters . At the latter part of the colonial administration , however, the long suffering Malay small farmers benefited from the benefiction of a more socialist oriented cadre of colonial administrators. The latter went through lengths and breadths to strengthen the Malay Reserve Land Enactment which thus ensured a geopolitical basis for the sustainability of the Malay small-scale farmers.

(2)

Keywords: colonial capitalism, ecological integrity, economic growth, lifeways, social vitality,

sustainability of small-scale farming

Pengenalan – pertanian dan kelestariannya

Pertanian adalah suatu objek kajian yang didekati dengan pelbagai cara oleh para pengkaji ilmiah menurut bawaan disiplin masing-masing. Ahli geografi mengkaji kelestarian pertanian secara holistik, tersirat jalin (integrated) dan kontekstual (contoh: Amriah, 1991). Pembangunan pertanian lestari menandakan perlunya di rentasi regangan-regangan (tensions) yang tentunya wujud antara ekonomi dan ekologi, antara lokal dan global. Ia juga menandakan perlunya didamaikan keperluan generasi hari ini dengan keperluan generasi akan datang (Wilbanks, 1994; Brown, 1996). Lebih mendasari lagi ialah cabaran mendamaikan tiga bentuk matlamat yang menjadi keperihatinan masyarakat: (1) pertumbuhan ekonomi, (2) vitaliti sosial dan (3) integriti ekologi (Rajah 2). Pertumbuhan ekonomi bererti peningkatan pendapatan dari punca-punca seperti: ekonomi skala, pengeluaran untuk pasaran, ekonomi aglomerasi. Vitaliti sosial bermaksud peningkatan kesejahteraan sosial seperti persamaan peluang, penyertaan demokratik dalam pembuatan keputusan, dan keadilan sosial. Integriti ekologi pula bererti pemeliharaan kualiti dan sumber alam sekitar seperti tidak terjejasnya biodiversity (populasi flora dan fauna), tidak tercemarnya sumber udara dan air, tidak berleluasanya hakisan tanah dan pinggir pantai, dan tidak terjejasnya pengalaman ‘alam semula jadi’. Regangan antara matlamat-matlamat ini berubah mengikut masa dan budaya. Meskipun demikian bagi setiap budaya di sesuatu tempat pada sesuatu masa akan wujud skala pembangunan pertanian lestari yang optima baginya.

Sumber: Disesuaikan dari Buttimer 2001

Rajah 2. Tiga kategori matlamat yang harus mendasari sebarang pendekatan

pembangunan pertanian lestari

VITALITI SOSIAL

Ertinya peningkatan kesejahteraan sosial seperti:

 Persamaan Peluang

 Penyertaan Demokratik Dalam Pembuatan Keputusan  Keadilan Sosial

INTEGRITI EKOLOGI

Ertinya pemeliharaan sumber alam sekitar dari segi:

 Biodiversiti  Kualiti Alam Sekitar

 Pengalaman ‘Alam Semula Jadi’

PERTUMBUHAN EKONOMI

Ertinya peningkatan pendapatan dari punca-punca seperti:

 Ekonomi Skala

Pengeluaran Untuk Pasaran

Ekonomi Aglomerasi

(3)

Mengenal pasti dan menatar skala yang sesuai buat mendamaikan matlamat-matlamat yang berlainan tadi tentunya merupakan tugas mencabar bagi semua pihak yang terlibat: para pembuat dasar, komuniti setempat, malah sains umumnya (Clayton, 1991; Grimes, 1995). Hal ini bukan saja kerana demi kelestarian landskap dan penghidupan yang ditampungnya, suatu skala interaksi perlu dikenal pasti di mana kepentingan segala pihak (atasan dan bawahan) dapat dirundingi; tetapi juga kerana pada hakikatnya istilah skala mencetuskan berbagai makna dan pengertian yang cukup rumit – ruang, masa, fungsi, implikasi kuasa, politik dan sebagainya. Pokoknya, pencarian skala sesuai ini memerlukan keupayan menghargai kompleksiti (Buttimer, 1979). Lantaran itu, sementara dalam konteks tertentu skala kelestarian pertanian boleh disukat secara objektif – dalam metrik ruang, masa atau fungsi, namun, dalam konteks lain pula metrik-metrik begitu tidak mungkin sesuai. Seperti kata Schumacher (1973, hal. 66-67):

“Each activity requires its own appropriate scale. . . we cannot directly calculate what is right, but we jolly well know what is wrong! We can recognise right and wrong at the extremes.”

Jelasnya, dalam menggagas dan melaksana pembangunan yang lestari - termasuklah pembangunan pertanian - perhitungan sektoran (ekonomi) dan imperatif tempat/ruang/kawasan (ekologi) adalah dimensi yang sentiasa beregangan sehingga menjejaskan kesejahteraan sosial, seperti yang dialami umumnya oleh negara-negara maju selepas perang (Rajah 2).

Di Malaysia kepekaan kontekstual kepada regangan antara dimensi dalam mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi, vitaliti sosial dan integriti ekologi telah digarabkan, misalnya, dalam perkaedahan Tiga E – ekonomi, ekologi dan etnologi, seperti dalam penyelidikan mengenai perancangan dan perlaksanaan pembangunan tanah pertanian terbiar yang dijalankan oleh Amriah et al. (1991). Pendekatan ini memanfaatkan dengan lebih komprehensif lagi pemahaman mengenai sifat berbagai ufuk atau dimensi jangkauan budubicara (kesampaian ruang, kelas ekonomi, ciri-ciri humanisme) petani kecil Melayu dalam menjalani arus hidupnya dan mengemudikan kelestariannya (Amriah, 2001).

Dengan pendekatan kontekstual kritikal yang harus peka kepada hakikat kompleksnya regangan antara dimensi ekonomi, ekologi dan etnologi inilah maka syarahan ini bertujuan merenungi kelestarian sektor pertanian kecil, khususnya petani kecil Melayu di Malaysia sekarang ini.

Kelestarian pertanian kecil Melayu pada zaman penjajahan British

Arus hidup

Kedatangan British ke Tanah Melayu (1874-1948) telah membahagi dua landskap pertanian. Satu ialah landskap pertanian kecil petani peribumi yang dimaksudkan untuk menjadi sumber bekalan makanan ruji bagi penduduk Malaya yang semakin ramai terdiri daripada penduduk bukan tani; dan satu lagi ialah landskap pertanian besar sistem perladangan kopi, gula, lada hitam, tembakau dan lain-lain tanaman Tropika milik usahawan kapitalis Eropah (dan pendatang China).

Dasar pembangunan ekonomi penjajah British amnya dan dasar mereka mengenai pertanian di Tanah Melayu khususnya telah menggugat habis arus hidup asal petani kecil peribumi. Sebagai gantinya mereka terjurus kepada tiga arus hidup baru : saradiri tradisi diubahsuai; campuran saradiri-komersil; dan komersil.

(1) Arus hidup saradiri tradisi diubahsuai: Dalam arus hidup ini, cara hidup ‘ekonomi semulajadi’ yang diwarisi dari fasa prapenjajahan dahulu terpaksa diubahsuai supaya selaras dengan corak ekonomi kapitalis yang hampir segalanya menggunakan wang. Alat utama yang memperkenal dan menggerakkan rentak dan etos ekonomi baru ini ialah kedai runcit di kampung. Kedai kecil milik peniaga Cina inilah yang memperkenalkan dan merangsang kehendak baru keluarga petani kecil kepada barangan pengguna baru dan merevolusikan masyarakat tani

(4)

daripada merasa cukup dengan apa yang ada kepada rasa tidak rela berpada.

Sementelah pula ragam ekonomi baru ini membuka peluang baru bagi petani untuk menjana pendapatan wang. Pertumbuhan pesat penduduk bukan petani bererti petani saradiri merasakan berbaloi untuk meningkatkan pengeluaran lebih daripada keperluan keluarga sendiri sahaja.

Cuma, malangnya, keupayaan petani memanfaatkan kesempatan baru mereka sebagai pengeluar ekonomi seringkali tidak menyetarai segala keinginan baru mereka sebagai pengguna. Sikap mengutamakan tanaman padi dan rasa kekok menjadi buruh upahan di luar kampung halaman mereka merupakan antara sebab kegagalan petani meningkatkan prestasi ekonomi mereka.

Bagaimanapun, dengan peredaran masa petani kecil peribumi berjaya juga mengeluarkan diri dari tempurung ekonomi tradisi mereka. Mereka keluar menjual lebihan hasil tani mereka atau menjual tenaga mereka sebagai buruh upahan untuk meningkatkan pendapatan keluarga demi menampung keperluan-keperluan baru mereka. Mereka menjual atap nipah dan kayu, dan mendulang bijih. Padi kekal sebagai kegiatan utama yang menghabiskan sebahagian besar masa ekonomi petani. Cuma kini, mereka telah dapat mengolahnya supaya dapat pula melakukan kerja-kerja ekonomi sampingan.

(2) Arus hidup campuran saradiri – komersil: Terdapat beberapa bentuk pertanian

campuran antara tanaman saradiri dengan tanaman komersil. Satu variasi ialah penanaman padi untuk menampung kedua-dua tujuan saradiri dan komersil seperti di Krian. Sebahagian daripada hasil tani ini digunakan sendiri oleh keluarga tani. Bagaimanapun, variasi paling lazim dikerjakan ialah penanaman tanaman bukan makanan – seperti gambir, lada hitam, ubi kayu dan tembakau-dengan padi sebagai tanaman sara diri.

Mulanya, petani peribumi lambat memilih pertanian campur begini kerana kedaifan teknologi mereka tidak memberi pulangan yang lumayan. Bagaimanpun, harga kopi yang menggalakkan pada awal l890-an telah berjaya mendorong petani bertani campur. Kemudian, apabila harga kopi merudum, kelapa pula dijadikan tanaman komersil. Bagaimanpun, tanaman getahlah yang telah berjaya menjadikan petani peribumi pengamal tetap pertanian campur. Ini kerana getah mudah disesuaikan dengan sumber petani yang sangat terhad sedang harga getah pula mendatangkan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada tanaman yang lain-lain. Berbanding dengan keluarga tani yang tidak bertanam campur (hanya menanam padi atau sayuran sahaja) petani bersistem campur ini meraih pendapatan tunai yang lebih lumayan.

Bagaimanapun, suatu ciri tanaman getah yang kurang menyenangkan ialah petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya lima tahun sebelum dapat meraih hasil. Oleh itu, tanaman makanan ruji seperti padi tidak diabaikan petani. Mencampurkan tanaman getah dengan tanaman saradiri terbukti waras bila berlaku kejatuhan harga getah.seperti pada tahun 1913, 1914 dan 1920.

(3) Arus hidup komersil: Dalam arus hidup komersil petani memberi tumpuan sepenuhnya

kepada pengeluaran hasil tani untuk tujuan komersil semata-mata. Sekali gus, ia bererti bahawa pendapatan dan taraf hidup keluarga tani terdedah sepenuhnya kepada implikasi naik turun harga pasaran hasil taninya. Mereka ini hampir seluruhnya merupakan pekebun kecil getah, meskipun terdapat juga sebilangan kecil petani yang mengkhusus kepada tanaman kelapa, kopi, tembakau, lada hitam, ubi kayu, buahan dan sayuran.

Bagi yang mengkhusus kepada getah, kebun getah mereka yang kecil selalunya ditambah dengan menyewa kebun getah orang lain. Kebun dikerjakan dengan tenaga kerja keluarga dan selalu juga dibantu dengan tenaga kerja upahan. Demikian popularnya getah sebagai tanaman komersil khusus petani sehingga menurut banci penduduk tahun 1931, terdapat seramai 140,000 pekebun kecil getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Lim, 1977).

Biarpun beberapa kali dilanda krisis kejatuhan harga yang cukup getir, sistem tanaman komersil ini diteruskan oleh petani kecil peribumi kerana kedayaan mereka menyesuaikan keadaan. Pada masa harga getah meleset di pasaran ramai pekebun kecil getah menanam tanaman makanan saradiri, dan berjimat cermat dengan pendapatan tunai dari penjualan getah mereka.

(5)

Mana-mana pokok getah yang tua dan tidak produktif di tebang untuk memberi laluan kepada tanaman makanan ini. Sambil itu tanaman , torehan dan pemprosesan susu getah diteruskan . Petani juga menanam beberapa jenis tanaman kontan lainnya yang boleh mendatangkan pendapatan tunai segera. Keluwesan dan kelenturan bertindak seperti ini meletakkan sistem pertanian komersil petani kecil ini sebagai lebih ampuh dan lebih menguntungkan daripada sistem campuran saradiri-komersil.

Pertumbuhan ekonomi

Dalam ekonomi baru kapitalisme penjajahan British di Tanah Melayu, pengeluaran makanan ruji yang terjamin untuk memenuhi keperluan begitu ramai penduduk tidak bertani (pekerja bandar, pekerja lombong bijih timah, pekerja ladang getah) adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan pengeluaran tanaman makanan petani kecil peribumi . Untuk meningkatkan daya pengeluaran petani kecil Melayu ini pentadbiran penjajah British telah memberikan berbagai rangsangan dalam bentuk dasar tanah yang liberal, pembinaan jalan raya dan jalan kampung untuk mempermudah kesampaian dan perhubungan kawasan petani, dan juga pembinaan tali-tali dan pintu kawalan air secara kecil-kecilan.

Malangnya, petani kecil tidak begitu berjaya dalam meningkatkan pengeluaran makanan secara tekal. Tanah tidak ditumpukan kepada aktiviti pengeluaran sebenar tetapi dijual beli atau dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman tunai segera dari orang tengah demi memenuhi keperluan ‘baru’ konsumerisme keluarga petani. Ini mencerminkan kurang arif dan mahirnya petani Melayu dalam menyeimbangkan kegunaan tanah sebagai faktor modal pengeluaran sebenar dengan tanah sebagai komoditi spekulatif, dan tentang selok belok perjalanan sistem ekonomi kapitalis. Juga, kemiskinan menyebabkan mereka terjebak dengan keberhutangan.

Bagaimanapun, kesalahan tidak terletak pada sikap negatif petani kecil semata-mata. Persawahan tidak dapat dijayakan sepenuhnya oleh petani kecil kerana kurangnya prasarana pengembangan yang disediakan oleh pentadbiran British. Tiada bekalan dan kawalan air yang lebih cekap supaya keluasan sawah yang boleh dikerjakan dapat ditambah; tiada input baru seperti bijibenih yang lebih berpenghasilan tinggi dan ubatan penyakit kerbau pembajak sawah; dan tiada sumber institusi kredit yang mudah, cepat dan berkesan, supaya petani boleh mengelakkan daripada menggunakan khidmat pinjaman lintah darat orang tengah apabila tanaman mereka dilanda bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan perosak dan penyakit.

Besarnya pergantungan petani kecil kepada pinjaman dari orang tengah dapat dilihat dari hakikat bahawa menjelang tahu 1930 pinjaman mereka kepada komuniti cetti berjumlah tidak kurang dari $100 juta (lihat SSF G 2442/31) . Ini tidak termasuk sejumlah $5 juta hutang yang dicagarkan dengan tanah simpanan Melayu pada tahun 1931 (Jadual 1). Jika mereka menggunakan cara pinjaman padi ratus dengan peminjam Cina pula, petani mendapat cuma 60 % sahaja daripada nilai pasarannya (lihat Federated Malay States:Report of the Rice Cultivation

Committee,Vol.1 1931: 16, Govt. Printing Press, Kuala Lumpur, 1931).

Jadual 1. Taburan hutang petani yang dicagarkan kepada Tanah Simpanan Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1931)

Negeri Jumlah hutang petani Melayu

Perak Selangor Negri Sembilan Pahang $2,576,000 $1,227,000 $1,040,000 $77,200

Sumber: Appendix B, 'Indebtedness in Malay Reservations as at 31 December 1930' in 'Report of the Committee

Appointed to Consider the Question of the Relief of Small-holders', 2 July 1931, NSSF 1441/31.

Paling kritikal ialah tiadanya insentif harga bagi hasil petani. Harga padi tempatan begitu rendah kerana saingan dengan beras Siam, Burma dan Indochina yang dibenarkan untuk

(6)

diimport. Jadi, apabila hasil kurang menjadi dan harga hasil itu pula terlalu rendah maka petani kecil terpaksa menjual atau melepaskan tanah pertanian mereka terutamanya apabila lokasi tanah itu berdekatan dengan lombong bijih timah atau perladangan besar; atau beralih kepada tanaman bukan makanan, seperti getah yang lebih berbaloi pulangannya (Jadual 2).

Petani kecil yang menanam kelapa juga menghadapi masalah mendapatkan pulangan yang menguntungkan daripada tanaman kelapa mereka. Kawasan yang pamah dan dengan itu mudah terkena banjir memerlukan penyaliran air yang teratur dan cekap. Ketiadaan khidmat ini menyebabkab kuantiti dan kualiti buah kelapa yang dihasilkan tidak melayakkan ia mendapat harga yang baik di pasaran (misalnya kelapa kering Jeram cuma berupaya mendapat harga $3.29 sepikul berbanding dengan harga piawai $5.75). Tambahan pula khidmat kembangan mengenai cara pemproses kelapa kering (kopra) yang betul tidak dipanjangkan kepada pekebun kelapa ini sehinggalah tahun 1932. Ini bererti buat 4 dekad lamanya pekebun kelapa kehilangan margin pendapatan yang lebih baik kepada pemproses komersil iaitu orang tengah yang juga menjadi sumber pinjaman wang bagi mereka.

Jadual 2. Perbandingan pulangan tunai dari tanaman padi dan getah di Daerah Kerian, 1922-1939

Tahun Purata hasil padi per ekar (gantang) Harga padi per gantang (sen) Pulangan kasar dari padi (dollar per ekar) Purat hasil getah (lb. per ekar matang) Harga getah Per lb (sen) Pulangan kasar dari getah (dollar per ekar) Keuntungan tanaman getah (dollar per ekar) 1922 260 13 33.80 400 25 90.00 56.20 1923 270 13 35.10 200 47 94.00 58.90 1924 260 13 33.80 200 43 86.00 52.20 1925 310 13 40.30 200 109 218.00 177.70 1926 260 13 33.80 200 75 150.00 166.20 1927 190 13 24.70 200 59 118.00 93.30 1928 230 13 29.90 200 33 66.00 36.10 1929 160 14 20.40 485 32 155.20 134.80 1930 200 13 26.00 460 16 73.60 47.60 1931 260 8 20.80 445 8 35.60 14.80 1932 270 7.5 20.25 385 6 23.10 2.85 1933 290 6.7 19.43 465 7 7 32.55 1934 280 6 16.80 330 17 17 56.10 1935 390 8 31.20 240 17 17 40.80 1936 350 8 28.00 230 24 24 55.20 1937 360 8 28.80 330 28 28 92.40 1938 310 9 27.90 200 21 21 42.00 1939 320 9 28.80 200 28 28 56.00

Source: Lim, 1977: Appendix 7.1

Prestasi ekonomi petani kecil Melayu, bagaimanapun, cukup positif bagi tanaman getah. Malangnya mereka berdepan dengan pelbagai rintangan dan sekatan dalam menambah keluasan kebun demi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Berbagai-bagai cara dibuat oleh pentadbiran penjajah British untuk menghindar dan memencilkan petani kecil daripada dapat menceburi bidang tanaman ini. Bermula dengan langkah mengenakan syarat ‘tidak boleh ditanam getah’ bagi setiap permohonan tanah oleh petani kecil yang diluluskan hinggalah kepada perlaksanaan skim sekatan Stevenson dimana jumlah pengeluaran pekebun kecil ditetapkan pada paras 320 lb. setahun berbanding dengan 599 lb. hingga 1,200 lb. keupayaaan pengeluaran biasa mereka (Lim, 1977: 146). Sebaliknya kuota pengeluaran yang ditetapkan bagi sektor perladangan kapitalist menunjukkan lebihan yang besar dari keupayaan pengeluaran biasa mereka (Jadual 3).

(7)

Jadual 3. Perbandingan takat pengeluaran getah sektor perladangan dengan sektor pekebun kecil yang ditetapkan di bawah Skim Sekatan Stevenson (1922-1925)

Tahun sekatan Pengeluaran standad yang diperuntukkan bagi sektor perladangan (Tan) Pengeluaran standad menurut Banci 1921 (Tan) Lebihan (Tan) Pengeluaran standad yang diperuntukkan bagi sektor pekebun kecil (Tan) Pengeluaran standad menurut Banci 1921 (Tan) Defisit (Tan) 1 107, 557 103 4,351 44,000 50,865 6,864 2 95, 854 90 4,427 36,990 44,571 7,581 3 108, 816 103 5,184 42,317 50,089 7,772

Sumber: Lim, 1977: Nota 32:173; Nota 40:174 Vitaliti sosial

Tidak syak lagi perubahan arus hidup yang datang bersama dengan dasar pintu terbuka pentadbiran penjajah British untuk menampung keperluan tenaga kerja di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang kapitalis Eropah di Tanah Melayu telah menampilkan implikasi-implikasi besar kepada kehidupan sosial masyarakat. Kesan daripada dasar imigrasi British yang cukup liberal ini ialah dalam tempoh 27 tahun perlaksanaannya, pertambahan jumlah penduduk bukan Melayu telah mengatasi bilangan penduduk Melayu. Untuk pertama kalinya jumlah penduduk Cina (1,709,392) adalah 65,219 atau 4% lebih ramai daripada penduduk Melayu yang berjumlah 1,644,173 (Banci 1931). Selain itu, komposisi petani telah berubah daripada hanya terdiri daripada petani Melayu dan orang asli kepada petani Melayu peribumi, petani pendatang dari kepulauan Melayu, petani komersil pendatang dari China, dan peladang kapitalis dari Eropah.. Malah komuniti petani Melayu juga ketinggalan dari segi saiz tanah pertanian yang mereka miliki dan kerjakan (Jadual 4).

Jadual 4. Perbandingan saiz kebun kecil menurut etnik petani di Tanah Melayu (1930)

Etnik petani Melayu Cina India

Purata keluasan kebun kecil

getah ( ekar) 4.75 18.25 16.75

Sumber: RRI, 1934. Bark Consumption and Bark Reserves on Small Rubber Holdings, Dept. of agriculture, SS and

FMS, Economic Series No. 4, Kuala Lumpur

Masyarakat petani peribumi juga harus akur dengan penggunaan sistem pemilikan dan pengerjaan tanah British (Sistem Torrens) yang menggantikan sistem dan undang-undang tanah adat mereka dahulu. Kini mereka berdepan dengan konsep tanah sebagai suatu komoditi ekonomi, tanah sebagai milik individu yang boleh dijual beli. Perubahan ini mengelirukan mereka

sehingga menyaksikan mereka menjual tanah dengan agak sewenang-wenang, atau

mencagarkannya kepada chetti untuk menampung perbelanjaan keluarga yang meningkat ekoran dari penembusan ekonomi wang ke dalam ruang hidup harian mereka. Kurang mahirnya mereka dalam mengemudikan arus hidup yang berasaskan wang, kurang arifnya mereka akan selok belok perjalanan sistem ekonomi kapitalis , tidak tersedianya prasarana dan institusi pembiayaaan dan kewangan yang dapat menumpaskan cengkaman orang tengah, dan kurang tepat atau lambatnya tindakan penyelamatan yang diambil oleh pentadbiran penjajah British, telah menjerumuskan ramai petani kecil ke dalam kancah hutang . Bila padi tidak menjadi atau harga getah atau kelapa merudum, ramai petani kehilangan tanah yang dicagar.

(8)

Biarpun begitu, petani kecil sudah menjadi begitu betah dengan arus hidup baru berpasakkan ekonomi kapitalis penjajah sehingga tidak mungkin mereka pulang ke gagang ekonomi semulajadi yang tidak berlandaskan wang itu. Malah mereka berusaha untuk menjadi pemain ekonomi komersil yang tidak boleh diperlekehkan begitu saja oleh penjajah yang bertegas dengan dasar duaan sejak mula lagi. Ini dapat dilihat misalnya dari reaksi mereka terhadap rancangan sekatan Stevenson (1922-1928) yang dirasakan memecah periuk nasi mereka. Pekebun kecil tidak dapat menerima arahan bahawa mereka tidak boleh mengeluarkan lebih daripada 320 pound getah setahun sebagai sebahagian dari usaha untuk mempertahankan paras harga getah yang berdaya saing di pasaran antarabangsa ketika itu. Petani merusuh di beberapa tempat di Perak dan Johor sehingga pentadbiran British terpaksa mengambil langkah segera menaikkan kuantum tersebut kepada 533 pound untuk mengelakkan tercetusnya, buat julung-julung kali, pemberontakan tani di Tanah Melayu.

Kerana lumayannya pendapatan daripada getah pekebun kecil juga sanggup melanggar syarat tanaman “selain dari getah” yang dikenakan oleh pentadbir British bagi tanah-tanah rezab Melayu dengan menanam getah di situ. Langkah ini terpaksa mereka lakukan kerana sukarnya pekebun kecil peribumi mendapatkan tanah baru untuk menambah keluasan kebun getah mereka.

Begitu jugalah apabila penanaman padi di setengah-setengah kawasan yang telah ditetapkan untuk padi oleh pentadbiran British disimpulkan oleh petani sebagai tidak sesuai atau berbaloi. Mereka terus saja membuat keputusan untuk menggantikannya dengan tanaman yang lebih sesuai dan lebih menguntungkan meskipun berdepan dengan risiko diusir oleh pentadbir British. Peristiwa ini berlaku di Sabak Bernam pada tahun 1928 dan 1929.

Integriti ekologi

Pertanian dalam fasa pentadbiran penjajah British banyak digugat oleh masalah alam sekitar. Antaranya ialah pencemaran ekosistem pertanian oleh kegitan perlombongan bijih timah yang terletak di bahagian hulu sungai-sungai yang juga menjadi sumber utama air sawah dan kegunaan domestik keluarga tani. Lombong-lombong timah memendapkan tahi lombong ke dalam sungai. Aliran sungai terhalang dari mengairi kawasan-kawasan sawah di sepanjang laluannya lantas merencatkan tumbesaran padi di situ.( Lim, 1977: nota 43).

Dasar pembangunan pertanian duaan amalan pentadbiran British juga bererti bahawa perhatian (terutamanya keutamaan dan peruntukan kewangan) tidak diberikan secukup dan seawalnya kepada tuntutan agronomik petani kecil selaras dengan beban pengeluaran yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Misalnya pesawah dikehendaki melipatgandakan pengeluaran padi mereka, tetapi imperatif mewujudkan bekalan air pada kuantiti dan masa yang diperlukan lambat disedari oleh pentadbiran British, dan bila disedari teragak-agak pula mengambil tindakan sehingga kelewatan yang berlaku menjejaskan lagi pengeluaran padi petani kecil. Misalnya, wabak penyakit kulat rinderpest pada tahun 1900 di Negeri Sembilan dan Pahang yang telah mengorbankan banyak kerbau telah menjejaskan kerja-kerja pembajakan sawah lantas menjunamkan pengeluaran padi. Pada tahun 1901 pula pengeluaran padi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang terjejas teruk oleh kemarau, banjir, penyakit kulat dan perosak padi (lihat AR Lands, Mines and Surveys 1897; AR Jelebu 1900, supplement to NSGG 19 July 1901; ARPahang 1900; AR RG 1901; AR Tampin and Kuala Pilah 1901 supplement to

NSGG 18 July 1902).

Petani kecil yang menanam kelapa juga menghadapi masalah mendapatkan pulangan yang menguntungkan daripada tanaman kelapa mereka kerana kawasan kebun yang pamah dan mudah terkena banjir memerlukan penyaliran air yang teratur dan cekap. Di Lekir, misalnya, kerja-kerja saliran yang dianggar bernilai $35,000 telah gagal dijalankan kerana petani tidak mampu membayar caj saliran sebanyak $2 seekar sedang pentadbiran British pula enggan membiayainya (AR Sitiawan 1938, DOF Sitiawan 1030/38).

Pentadbiran British juga mengambil masa yang lama untuk menginstitusikan kegiatan penyelidikan dan pembangunan pertanian makanan, khususnya padi. Meskipun Jabatan Pertanian

(9)

telah ditubuhkan pada tahun 1905, namun kajian komprehensif mengenai masalah-masalah pertanian padi hanya dijalankan pada tahun 1931 ekoran penubuhan Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930. Daripada kajian inilah baru dicadangkankan penubuhan Jabatan Pengairan dan Saliran dengan cawangan di setiap negeri untuk menangani masalah pembekalan dan pengawalan air bendang. Sebelum itu, bekalan air yang tidak mencukupi dan tidak menentu sering menyebabkan petani gagal mematuhi jadual penanaman padi yang dikuatkuasakan oleh enekmen-enekmen negeri. Daripada kajian ini juga dicadangkan agar skim pengairan padi juga dilaksanakan di kawasan-kawasan penanaman padi lain yang sesuai supaya peningkatan pengeluaran padi tidak hanya mengharapkan satu-satunya skim pengairan yang ada iaitu skim pengairan Krian (siap tahun 1906). Maka wujudlah skim pengairan padi berskala besar Pancang Bedina di Kuala Selangor dan Sungai Manik di Perak Hilir pada tahun 1932 (lihat AR Drainage

and Irrigation Department, 1932-9).

Dasar pembangunan pertanian duaan amalan pentadbiran British juga menyebabkan mereka begitu berkerenah dalam membuat peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan-kegiatan P&P (R&D) pertanian. Misalnya, program penyelidikan yang bertujuan menemukan bijibenih padi yang lebih produktif hanya dapat dimulakan pada tahun 1934 kerana terdapat lebihan pendapatan negara ekoran daripada langkah inovatif kerajaan penjajah mengenakan duti kepada beras yang diimport pada tahun sebelumnya (lihat AR Agricultural Field Officers 1930, Department of Agriculture, SS and FMS, 1931, General Series No.7 , Govt. Printing Press, Kuala

Lumpur, 1931).

Rumusan: Kelestarian petani kecil

Pada keseluruhannya, pentadbiran penjajah British, dengan penggarapan ragam ekonomi kapitalisnya, telah mengubah secara struktural arus hidup petani peribumi Tanah Melayu; dalam ertikata wujudnya perhitungan-perhitungan baru dalam pencorakan dan penentuan pertumbuhan ekonomi, vitaliti sosial dan integriti ekologi kegiatan pertanian tempatan.

Petani peribumi sudah menjadi ‘petani kecil’, suatu kedudukan (positioning) baru buat melambangkan ragam pengeluaran yang lebih inferior dan pinggiran dalam formasi sosial kapitalisme laissez faire penjajah. Petani kecil bererti player-player kerdil yang relatifnya jahil tentang peranan kreatif wang dalam menjana kekayaan, tentang tahubuat pengurusan, tentang strategi pemasaran, tentang teknologi dan R&D saintifik.

Bagaimanapun, pengalaman hampir lapan puluh tahun bersama kapitalisme penjajah British – dengan segala mehnah , tribulasi dan kontradiksi, ekoran dari perjalanan dan pergolakan kapitalisme antarabangsa dengan kitaran melambung dan melesetnya (Lihat Kotak 1), Perang Dunia I, dan juga bencana alam (seperti bah besar tahun 1926) - menunjukkan bahawa pertanian dan petani kecil bukanlah player kerdil yang boleh diperlekehkan begitu saja.

Pesawah dan pekebun kelapa peribumi misalnya, telah menunjukkan bahawa tanpa keupayaan dan kesudian mereka meneruskan usaha penanaman padi , kelapa dan lain-lain tanaman makanan tempatan, sektor perlombongan, perladangan kapitalis dan pekerjaan bandar, malah seluruh aparatus sistem ekonomi politik penjajah tidak mungkin dapat bertahan. Mereka dapat terus menyumbang kepada pengeluaran beras dan kelapa tempatan meskipun terpaksa bekerja dalam keadaan serba daif : tiada bekalan air yang mencukupi, tiada khidmat nasihat, tiada kemudahan pemprosesan hasil, tiada bijibenih berpenghasilan tinggi, tiada kemudahan kredit institusi, tiada insentif harga. Pekebun kecil getah peribumi pula telah menunjukkan betapa mereka mampu menjadi pesaing berkesan kepada peladang-peladang besar kapitalis. Mereka

(10)

Kotak 1. Gambaran kehidupan masyarakat petani kecil semasa Zaman Meleset Besar

The Depression Years (1929- 1933)

I arrived in Tapah as an AA in 1931 during the Depression, when the price of primary commodities, such as rubber, tin, copra and timber, were at rock bottom. There was, on top of that, a rice shortage. Thus, the price of rice rocketed while the price of rubber, the livelihood of many Malays, plummeted. A new building for the School of Agriculture planned in 1931 was almost shelved. The British Government took drastic steps to curtail spending: job recruitments were frozen, and redundant staff laid off; Chinese and Indian immigrants were encouraged to return to their motherlands at government expense, and administrative allocations were reduced. An envelope, for example, was used three times over. Clerks were still taken in, but on a lower salary scheme.

Rice was 18 cents per gantang (a local measure), while rubber was only 6 cents a kati (1.3 pounds). A farmer had to produce 3 katis of rubber to buy a gantang of rice. And that was after an 18 cents subsidy per gantang from the government. Poor quality fish cost 6 to 10 cents a kati, medium quality beef 18 cents, sugar 6 cents, eggs a cent each and coconuts 2 cents each.

I saw villagers so poor they could only afford to buy a small can of rice and maybe a palm-full of sugar each time. Children had scabies, long necks and distended stomachs, all signs of malnutrition. These same symptoms were later seen during the Japanese Occupation (1942-1945).

In these poverty stricken villages, I was often served a murky coloured hot drink that smelled like coffee, but tasted strange. It was coffee brewed with coffee leaves, not beans, as the beans were sold to buy food. I asked myself: "Why do the Malays have to be so poor? Why have we become like this? We own this land! When will we be free of the colonial shackles?"

Farmers were the worst hit, especially those who depended purely on rubber. Those with small plots of rice, or tiny orchards, yam or vegetable farms were in a better position. Many rubber growers had to mortgage their plots to chettiars -- they had no choice, as they had to feed their children. Even Malay Reservation grants were accepted by these chettiars, who used self serving Malay middlemen to destroy their own race.

Sumber: Malay nasionalism before UMNO – Memoirs of Mustapha Hassan. Translated by Insun Mustapha; Edited by

Jomo K. S.Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

telah menunjukkan bahawa tanpa segala ilmu dan teknologi formal yang saintifik, mereka boleh mengeluarkan lebih banyak getah daripada sektor perladangan kapitalis (Jadual 5); tanpa menjejaskan kelestarian tapak turisan dan dengan itu keupayaan pengeluaran pokok getah mereka; dan dalam keadaan harga pasaran getah Dunia yang sering naik turun; serta dalam keadaan didiskriminasi dan disekat oleh pentadbiran penjajah British. Malah, penguatkuasaan peraturan baru pada pertengahan tahun 1934 bagi menggantikan Skim Sekatan Stevenson menunjukkan betapa pengeluar kapitalis merasakan bahang potensi saingan pekebun kecil sehingga merasa perlu menyekatnya. Seperti kata Sir Andrew Macfadyean, salah seorang pegawai tinggi dalam jawatankuasa peraturan 1934-43 tersebut:

... one of the primary objects of the Rubber Control Scheme was to protect European capital in plantation companies in Malaya, Borneo and the Netherlands East Indies from competition arising from the production of rubber by the natives at a fraction of the cost involved on European-owned estates (Rubber News Letter, 30 September 1936 : 2 seperti dipetik dalam Knorr, 1945: 111).

(11)

Jadual 5. Taburan sumbangan pekebun kecil dan perladangan kepada pengeluaran getah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1920-1940

Pekebun Kecil Perladangan Jumlah

Tahun

Tan % dari jumlah

pengeluaran

Tan % dari jumlah

pengeluaran

Pengeluaran (Tan)

1920 n.a. n.a. n.a. n.a. 101 ,300

1921 n.a. n.a. n.a. n.a. 94.500

1922 n.a. n.a. n.a. n.a. 128,500

Pengenalan Skim Sekatan Stevenson

1923 33,300 33 68,000 67 101,300 1924 30,900 33 62,600 67 93,500 1925 35,400 33 71,800 67 107,200 1926 52,900 33 107,300 67 160,200 1927 42,100 33 85,500 67 127,600 1928 57,600 33 116,900 67 174,500 Berakhirnya Sekatan 1929 110,300 42 151,100 261,400 1930 110,200 44 140,800 250,000 1931 105,400 43 141,400 246,800 1932 97,400 42 136,500 233,900 1933 110,800 45 137,400 248,200 Jan.-Mei 1934 57,000 51.7 53,300 48.3 110,300 Peraturan diperkenalkan Jun-Dis. 1934 56,900 40.3 84,400 59.7 141,300 1935 72,100 36 128,300 64 200,400 1936 67,700 36.1 119,900 63.9 187,600 1937 96,800 37.6 160,600 62.4 257,400 1938 58,730 31.9 125,400 68.1 184,100 1939 59,600 32.3 125,000 67.7 184,600 1940 109,800 39.2 170,200 60.8 280,000

Sumber: Lim, 1977: Appendix 4.2

Keampuhan kuasa kapitalisme laissez faire penjajah British, bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mutlak dan kekal. Ia turut dipengaruhi oleh pergelutan ideologi semasa dan mengalami transmutasi. Kesannya dapat dilihat daripada perubahan nilai generasi kedua pentadbir British di Tanah Melayu. Mereka ini sanggup mengakui kebejatan kapitalisme laissez faire dan menampilkan dasar, strategi dan peraturan baru yang lebih bersimpati kepada nasib orang Melayu yang bakal merempat di tanah airnya sendiri akibat kehilangan tanah kepada orang tengah. Residen seperti T.S.Adams telah memberi laluan kepada tuntutan gerakan nasionalisme Melayu sekitar awal tahun 1930-an sehingga dapatlah kawasan tanah simpanan Melayu diperbanyak dan diperluaskan dan Enekmen Tanah Simpanan Melayu 1913 diperketat pada tahun 1933 supaya tidak lagi dapat diduduki secara sah oleh orang bukan Melayu. Pemaktuban tanah simpanan Melayu menjamin kelestarian petani kecil Melayu .

(12)

Rujukan

Amriah Buang (1991) Mengkaji perancangan dan perlaksanaan pembangunan tanah terbiar di Semenanjung Malaysia: Pengalaman setahun dengan pendekatan kontekstual. In: Zakri A. Hamid, Ismail Sahid, Mohd. Noor Embi (eds) Prioriti penyelidikan untuk kemajuan sains

dan teknologi, pp. 244-258. Kumpulan Kertas Kerja 16 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bengkel IRPA – UKM Pertama. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Amriah Buang (2000) Explaining farmers’ wellbeing – An exercise in comparative approaches, Univision Press, Kuala Lumpur.

AR Agricultural Field Officers, Department of Agriculture SS and FMS (1931) General Series No.7. Govt. Printing Press, Kuala Lumpur.

AR Drainage and Irrigation Department (1932-1939). AR Lands, Mines and Surveys (1897).

AR Jelebu (1901) supplement to NSGG 19 July. AR Pahang (1900).

AR RG (1901).

AR Tampin and Kuala Pilah (1902) supplement to NSGG 18 July.

Brown E (1996) Deconstructing development: Alternative perspectives on the history of an idea.

Journal of Historical Geography 22 (3), 333-339.

Buttimer A (1979) Insiders, outsiders and the geography of regional life. In: Kuklinski A, Kultalahti O, Koskiaho B (eds) Regional Dynamics of Socioeconomic Change. pp. 166-178. Finnpublishers, Tampere.

Buttimer A (2001) (ed) Sustainable landscapes and lifeways. Cork University Press, Ireland. Clayton K (1991) Scaling environmental problems. Geography 76 (1), 2-15.

Federated Malay States (1931) Report of the rice cultivation committee. Vol.1. pp.16. Govt. Printing Press, Kuala Lumpur.

Grimes S (1995) Challenges of development in a European peripheral region. LASS Working

Paper No. 15. Department of Geography, University College Dublin, Dublin.

Lim TG (1977) Peasants and their agricultural economy in Colonial Malaya 1874-1941. Oxford University Press, Kuala Lumpur.

RRI (1934) Bark consumption and bark reserves on small rubber holdings. Dept. of Agriculture, SS and FMS, Economic Series No. 4, Kuala Lumpur.

Schumacher EF (1973) Small is beautiful: Economics as if people mattered. Harper & Row, New York.

Wilbanks TJ (1994) Sustainable development in geographic perspective. Annals of the

Referensi

Dokumen terkait

Ada beberapa fitur yang disediakan dalam aplikasi ini diantaranya pengguna memilih Surah mana yang terlebih dahulu akan dihafal dengan menggunakan metode hafalan dari salahsatu

Memberikan pemahaman terhadap proses plat metal, serta mampu membedakan jenis-jenis pembentukan

dengan menggunakan bahan tambahan agar-agar, gelatin, dan jeli. Bagaimana studi kelayakan bisnis dari pembuatan cincau

Dari fungsi logika tersebut kita dapat merancang. rangkaian kombinasionalnya dari gerbang

Bab keempat, merupakan analisis hukum Islam terhadap pokok- pokok permasalahan yang sesuai dengan data yang diperoleh dari Ambengan Batu Tambaksari tentang alih

Ucapan terima kasih juga penulis sampaikan kepada semua rekan Keluarga Mahasiswa sejarah (KEMAS), Ilmu Budaya, dan rekan Universitas Udayana yang tidak dapat

Hasil tersebut membuat ekonomi terbesar kedua di kawasan Uni Eropa itu menyusut 8,3% di 2020, penurunan terburuk di negara itu pasca- perang dunia tetapi lebih baik daripada

strategi apa saja yang dapat digunakan untuk mengembangkan karakter pada anak usia dini, dan.. untuk menambah pengetahuan dan berbagai sarana untuk menerapkan pengetahuan