• Tidak ada hasil yang ditemukan

RENCANA KONSEP PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA DALAM AMALAN CSR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RENCANA KONSEP PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA DALAM AMALAN CSR"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA Tel: 603 -2612 5600

TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, Fax: 603-2612 5620

JALAN SULTAN ISMAIL, Email:hu manrights@suhaka m.or g.my 50250 KUALA LUMPUR Web:www.suhaka m.or g.my

“Hak Asasi Untuk Semua”

“Human Rights For All”

Tuan/Puan Pengarang yang dihormati, UNTUK SIARAN SEGERA

RENCANA

KONSEP PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA DALAM AMALAN CSR

14 Mei, Temerloh – Pembangunan tanah syarikat-syarikat swasta dalam penempatan masyarakat Orang Asli antara isu yang diperdengarkan dalam sesi Pendengaran Awam hari ini. Di samping usaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam usaha berterusan mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia, adalah wajar kesedaran mengenai konsep perniagaan dan hak asasi manusia dipromosikan dengan lebih giat lagi.

Dalam aduan yang dikemukakan kepada panel Pendengaran Awam Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK), Ismail bin Leh menyatakan rasa tidak puas hati penduduk terhadap sebuah syarikat swasta yang didakwa melalukan pencerobohan ke atas kawasan penempatan masyarakat Orang Asli. Ismail mewakili Kampung Batu Gong, Mukim Penyor, Pekan yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung-kampung di daerah Pekan dan Rompin bertanggungjawab dalam mengutarakan isu-isu yang berlaku serta menjalankan survei dalam kalangan masyarakat Orang Asli untuk mengetahui masalah-masalah berbangkit.

Isu di Kampung Bt. Gong yang kebanyakkan didiami suku kaum Jakun adalah berkenaan tanah kawasan perkampungan yang ditolak oleh sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Kreatif Selaras Sdn Bhd tanpa persetujuan dan makluman kepada penduduk kampung. Satu laporan polis telah dibuat walaupun demikian tiada tindakan lanjut yang diperolehi. Kawasan yang ditolak itu terdapat tanaman seperti pisang, getah dan tanaman lain sebagai sumber makanan serta melibatkan kawasan kubur. “Kawasan bersebelahan kilang syarikat yang dibina pula telah dikorek menjadi lubang yang dalam sedangkan kawasan tersebut sebelum ini terdapat pokok-pokok durian dan cempedak. Selain itu tanah yang dikorek juga merupakan kawasan perkuburan telah dijadikan kolam”, jelas Ismail. Menurutnya lagi, dia tidak pasti apakah tujuan kolam itu dibina tetapi kemungkinan untuk menyedut air untuk operasi kilang.

(2)

Sambil menunjukkan peta kawasan, Ismail turut memberitahu panel bahawa kawasan yang telah ditolak oleh pihak syarikat melibatkan kawasan beberapa perkampungan masyarakat Orang Asli walaupun tidak dapat memberitahu secara jelas berapa keluasannya. Ketika ditanya ahli panel adakah permohonan telah dibuat jelas Ismail, “Untuk makluman, kebanyakkan Orang Asli tidak memohon untuk dirizabkan kerana pihak kerajaan pernah memberitahu bahawa masyarakat Orang Asli boleh duduk (menetap) di mana-mana. Orang Asli berpegang teguh kepada kata-kata ini dan juga pegangan adat mereka bahawa kawasan ini adalah kawasan nenek moyang, jadi tiada sebab perlu memohon ”.

Merujuk kepada aduan asal, Ismail menjelaskan ada pampasan dibayar berdasarkan jenis tanaman yang telah dimusnahkan bukannya pampasan ke atas tanah. Berkenaan keluasan tanah yang telah ditolak dan dibersihkan oleh pihak syarikat Ismail memberitahu panel, “Keluasannya kami tidak pasti tetapi apa yang kami lihat adalah lebih daripada 50 ekar”.

Dalam maklumbalas Syarikat Kreatif Selaras Sdn Bhd, Pengarah Urusan YM Tengku Dato’ Zubir bin Tengku Dato’ Ubaidullah menjelaskan latar belakang syarikat yang dimiliki oleh YM Tengku Mahkota Pahang dengan pegangan syer sebanyak 70 peratus manakala selebihnya dimiliki Lembaga Kemajuan, Pembangunan dan Perladangan Negeri Pahang (LKPP). Di bawah sayrikat ini terdapat beberapa anak syarikat yang dipecahkan kepada skop pengurusan melibatkan perlombongan, penanaman, hartanah dan sebagainya. Syarikat ini juga merupakan syarikat swasta bertaraf GLC (Government Linked Company) di peringkat Kerajaan Negeri.

Merujuk kepada dakwaan pengadu, Tengku Zubir menjelaskan bahawa tanah tersebut merupakan kawasan bersebelahan Ladang Syarikat Seri Jelutong. Permohonan tanah kepada Kerajaan Negeri seluas 500 ekar bertujuan membangunkan kilang kelapa sawit dan kilang kompos. “Permohonan tanah dibuat pada Jun 2008 dan kelulusan diperolehi pada Jun 2009, manakala pembayaran pelupusan tanah pula dibuat pada Ogos 2009”, jelas Tengku Zubir.

Dari kiri Datuk Dr. Denison, YM Tengku Dato’ Zubir dan Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani sambil berbincang mengenai Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal

(3)

Menjelaskan lagi, kebenaran masuk untuk kerja-kerja awalan dikeluarkan oleh UPEN pada September 2009, seterusnya Jabatan Perhutanan mengeluarkan Sijil Pembersihan Hutan pada bulan Januari 2010. Peringkat terakhir adalah kebenaran pelaksanaan projek pada Ogos 2010. Menurut Tengku Zubir semasa permohonan dibuat pihak syarikat telah sedia maklum akan kewujudan perkampungan masyarakat Orang Asli. “Pihak kami amat sensitif (prihatin) dengan kedudukan masyarakat Orang Asli”, katanya. Sejajar dengan ini pihak syarikat meminta supaya kerajaan Negeri untuk mengeluarkan kawasan tersebut daripada 500 ekar yang telah dipohon. Cadangan ini diterima dan telah digantikan dengan kawasan Kerajaan Negeri yang lain. Berkenaan laporan polis yang dibuat pada Februari 2010 oleh penduduk kampung menunjukkan berlakunya pencerobohan tanah, Tengku Zubair menyatakan bahawa laporan dibuat melampaui tempoh masa setelah semua kelulusan diberikan untuk kerja-kerja pembangunan kawasan. “Pihak kami juga tidak menerima laporan polis ini melainkan daripada pihak SUHAKAM”, jelasnya.

Tengku Zubir juga menjelaskan kedudukan penempatan dan kebun-kebun Orang Asli yang termasuk dalam kawasan 500 ekar yang telah diluluskan tersebut. Selain itu didapati ada penempatan melibatkan satu keluarga orang Cina yang mengaku bahawa mereka menumpang di tanah tersebut dan memohon kepada pihak syarikat untuk menunggu tuaian terakhir tanaman yang diusahakan sebelum mereka berpindah.

Rentetan ini pihak syarikat telah membuat satu perjumpaan dan taklimat berkenaan projek syarikat kepada masyarakat Orang Asli setempat melibatkan Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pemilik-pemilik kebun. Berdasarkan survei pihak syarikat menunjukkan penempatan adalah berkelompok manakala kedudukan kebun adalah berselerak dalam lingkungan kawasan 500 ekar tersebut. Inisiatif pihak syarikat mengeluarkan kawasan-kawasan yang melibatkan penempatan dan kebun-kebun seluas 63.629 ekar apabila masyarakat Orang Asli terus membantah.

Tengku Zubir memberitahu panel bahawa tindakan ini telah memberi kesan kepada pemilikkan tanah yang telah diluluskan sebelum ini. Oleh itu Kerajaan Negeri telah menggantikan dengan kawasan lain yang berdekatan. “Untuk makluman pihak syarikat telahpun membangunkan kilang kelapa sawit dan kilang kompos”, katanya.

Datuk Dr. Khaw Lake Tee dalam soalannya memfokuskan mengenai aduan pengadu berkenaan tanah kawasan yang ditolak, tanaman yang dimusnahkan dan kawasan kubur yang digali untuk dijadikan kolam. “Ketika sesi taklimat kepada Orang Asli, adakah aduan dibangkitkan kepada pihak syarikat”, tanya Khaw.

(4)

Tengku Zubir menjelaskan semasa perbincangan dibuat cuma dibangkitkan soal pampasan. Pihaknya tidak bersetuju kerana kawasan berkenaan belum atau bukan diiktiraf sebagai kawasan rizab Orang Asli tetapi hanya bersetuju jika pemberian saguhati diberikan. “Berkenaan soal kawasan perkuburan kami tidak tahu kerana pihak kami sudah menghantar juru ukur untuk mengeluarkan sempadan penempatan dan kebun Orang Asli”, katanya.

“Sebelum permohonan tanah dibuat adakah tapak yang ingin dipohon itu disiasat (dikenalpasti kedudukan Orang Asli) terlebih dahulu?”, tanya Khaw. “Pihak kami telah memasuki kawasan pada mulanya dan perasan ada Orang Asli tetapi perkampungannya tak nampak sebab kebanyakkannya adalah tanaman”, jawab Tengku Zubir. Pihak syarikat sedia maklum kewujudan masyarakat Orang Asli di situ kerana kawasan ladang syarikat berhampiran menjadi laluan mereka untuk memancing ikan. Berkenaan kawasan kebun pihaknya mendapati keraguan mengenai hak milik sebenar sama ada dimiliki oleh Orang Asli atau bukan. “Adakah status tanah dikenalpasti?”, tanya Khaw lagi. Tengku Zubir memberitahu panel bahawa kawasan yang dipohon tersebut merupakan kawasan dalam peruntukan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) berjumlah 100 ekar. “Kami ada bertanyakan mengenai status tanah kepada YB (Yang Berhormat ADUN) kawasan. YB tersebut berkata sepatutnya Orang Asli tidak berada di situ kerana tanah itu bukan milik Orang Asli. “Apa maksud YB tersebut Orang Asli sepatutnya tidak berada di sana?”, tanya Tan Sri Hasmy Agam. Tengku Zubir menjelaskan pernyataan itu dibuat kerana Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf kawasan tersebut kepada Orang Asli.

Ketika disoal lanjut oleh ahli panel berkenaan tindakan pihak syarikat yang sedia maklum kewujudan Orang Asli dan tidak memaklumkan kepada Pentadbir Tanah untuk mengecualikan kawasan tertentu daripada jumlah kawasan yang dipohon, Tengku Zubir menjelaskan, “Pada masa itu pihak kami tidak tahu sejauhmana kawasan penempatan dan kebun milik Orang Asli dan apa yang kami buat selepas kelulusan adalah survei dijalankan dan meminta juru ukur untuk ukur balik kawasan sebenar penempatan dan kebun Orang Asli kemudian memohon Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan kawasan tersebut”.

Dalam menyelesaikan isu ini Tengku Zubir memberitahu panel bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa ke atas tanah dan ini perlu dirujuk kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), PDT atau PSK. Berkenaan soal saguhati yang dicadangkan, jelasnya pembayaran adalah berdasarkan ganti rugi berdasarkan jenis tanaman dan nilainya dengan merujuk garis panduan Jabatan Penilaian. Persempadanan yang dikeluarkan pula adalah sejumlah 63.629 ekar. Makluman mengenai persempadanan ini tidak dibuat secara rasmi oleh pihak syarikat kepada penduduk Orang Asli kerana mereka beranggapan menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk memaklumkannya.

(5)

Mengenai pewartaan Kerajaan Negeri ke atas 63.629 ekar kepada Orang Asli, Tengku Zubir menyatakan pihaknya tidak mengetahui lanjut. “Kilang hampir siap dan akan beroperasi dalam masa dua bulan lagi. Kilang dibina melibatkan tanah hampir 100 ekar dan selebihnnya untuk penanaman kelapa sawit”, jelas Tengku Zubir lanjut.

juga kepentingan sosial masyarakat setempat tidak dinafikan. Tanggungjawab ini juga diharap dapat diperluaskan lagi untuk memupuk kesedaran syarikat-syarikat swasta agar mengambilkira Konsep Perniagaan dan Hak Asasi Manusia dalam amalan CSR kerana dalam membincangkan, meneliti dan membuat sebarang keputusan terhadap keperluan masyarakat Orang Asli, ia bukan sahaja melibatkan hak mereka ke atas tanah malah bagaimana komuniti ini boleh membangunkan tanah yang didiami sejak zaman nenek moyang mereka.

- TAMAT -

“HAK ASASI UNTUK SEMUA”

NOTA UNTUK PENGARANG

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kini dalam proses menjalankan Inkuiri Nasional (NI) mengenai Hak Tanah

Orang Asal/Asli di Malaysia yang julung kali diadakan. SUHAKAM memutuskan untuk menjalankan NI berikutan banyak aduan

dan memorandum yang telah diterima sejak beberapa tahun lepas atas dakwaan pelanggaran hak ke atas tanah Orang Asli. Kuasa untuk menjalankan Inkuiri Nasional ini adalah termaktub di bawah Section 14 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk antara lain mendapatkan dan menerima keterangan bertulis atau lisan; dan untuk memeriksa sesiapa yang difikirkan perlu sebagai saksi.

Pendengaran awam ini akan dijalankan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dibawah seksyen 14 Akta SUHAKAM dan Panel akan mengutarakan soalan berdasarkan TERMA RUJUKAN Inkuri Nasional seperti berikut:-

i. Untuk menentukan pengiktirafan hak tanah Orang Asal/Asli berdasarkan perlembagaan, undang-undang, pentadbiran dan politik serta keberkesanannya dalam melindungi dan mempromosi hak Orang Asal/Asli kepada tanah;

ii. Untuk menyelidik keadaan hak tanah Orang Asal/Asli dan kesan pengiktirafannya terhadap hak sosial, ekonomi, budaya dan politik, dengan mengambilkira undang-undang antarabangsa serta domestik yang berkaitan;

iii. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang Orang Asal/Asli dari merealisasikan hak asasi terhadap tanah berasaskan keperluan mereka;

iv. Untuk memupuk serta mempromosi lebih kesedaran, pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang hak Orang Asal/Asli kepada tanah dan cara hidup mereka;

Panel bebas Pendengaran Awam, Datuk Denison Jayasooria turut mengulas mengenai Konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social

responsibility – CSR) yang perlu diperluaskan dan dipertingkatkan lagi melibatkan pembangunan komuniti atau masyarakat. Jika merujuk kepada isu yang dibincangkan konsep CSR ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan pihak syarikat terhadap kebajikan atau soal pampasan tetapi melibatkan kepentingan

(6)

v. Berdasarkan hasil penyelidikan Inkuiri Nasional, merangka syor-syor untuk perhatian kerajaan Persekutuan dan Negeri yang merangkumi, antara lain, aspek-aspek berikut:

a. kajian semula perundangan domestik tanah serta lain-lain perundangan dan polisi yang berkaitan, dengan tujuan menerapkan pendekatan hak asasi manusia, yang seterusnya akan menangani masalah tuntutan tanah adat di kalangan Orang Asal/Asli; dan

b. perumusan strategi-strategi dan pelan tindakan yang menekankan komponen perlindungan dan promosi hak Orang Asal/Asli kepada tanah sebagai aspek penting dalam melindungi dan mempromosi lain-lain hak asasi Orang Asal/Asli.

Ahli Panel bagi Pendengaran Awam Inkuri Nasional Hak Tanah Orang Asli di Semenanjung dipengerusikan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam dan dibantu oleh Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya Puan Jannie Lasimbang, serta konsultan bebas Datuk Denison Jayasooria dan Dr Colin Nicholas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Noor Azizah Haji Atdenan

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Tel: +603-2512 5641 / +6012-206 7406 Emel: nazizahatdenan@gmail.com

Elza Nadiah Shaik Sulaiman

Pegawai Perhubungan Awam

Tel: +603-2512 5687 / +6010-344 7596 Emel: elzanadiahss@gmail.com

Dzul Affandi MatNoor

Pegawai Perhubungan Awam Tel: +603-2612 5681 / +6016-840 4322 Emel: lovedjacque@gmail.com

Referensi

Dokumen terkait

Metode analisis yang dapat digunakan untuk penentuan kadar hidrokuinon yang nantinya sekaligus dapat digunakan untuk pengawasan mutu krim pemutih wajah yang mengandung hidrokuinon

Dari nilai tersebut dapat diketahui nilai untuk karakteristik model antrian jalur tunggal dengan satu tahap pelayanan yang meliputi, rata-rata yang antri dalam

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui: 1. Kesulitan belajar menurut keterampilan mengajar guru. Perbedaan kesulitan belajar menurut motivasi belajar.

Meminta data dan informasi yang berhubungan dengan pelaksanaan investigasi terhadap insiden keselamatan pasien rumah sakit dari unit – unit kerja di lingkungan

Dengan demikian penjatuhan sanksi tindak pidana penjualan organ tubuh putusan nomor 1015/PID.B/PN.JKT.PST/2016 dalam pertimbangan hukum hakim menurut Penulis tidak sesuai

Dari Fasilitas pokok merupakan sarana penyelenggaraan dan operasional Pelabuhan Perikanan Pantai (PPP) Tambakrejo Blitar, Fasilitas fungsional adalah Fasilitas yang

Beberapa hal telah berhasil diidentifikasi sebagai komponen- komponen penting yang berkontribusi pada proses inflamasi aterosklerosis, yaitu (1) disfungsi endotel, (2) akumulasi

Hasil analisis juga menun- jukkan bahwa struktur modal berupa DAR dan DER berpengaruh positif dan signfikan terhadap kinerja keuangan perusahaan pembiayaan yang terdaftar