SMKA Segamat, 13 Ogos : Ustaz Hj. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat bergandingan dengan YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemelah dan Ustaz Erfino bin Johari, Pengarah Biro Tatanegara Negeri Johor mengibarkan jalur gemilang sumbangan BTN Johor dalam majlis perasmian Bulan Kebangsaan peringkat SMKA Segamat yang berlangsung di dewan Luqman Al-Hakim baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Inspektor Ana Afandi bin Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibupejabat Polis Segamat, AJK PIBG
serta wakil daripada ALUMNI SMKA Segamat.
YB Datuk Ayub dalam ucapannya menyatakan perhimpunan ini adalah signifikan atau istimewa kerana kita merupakan generasi yang mewarisi kepimpinan para pemimpin negara yang terdahulu.
Beliau sangat berharap sekolah ini akan melahirkan para pelajar yang kuat jati diri dan agama demi kelangsungan maruah negara Malaysia di mata dunia. YB Datuk Ayub turut mengisytiharkan sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada pihak sekolah dan pakej pelancongan ke Bandung, Indonesia bagi pelajar yang mencapai Perfect Score A dalam peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini. Majlis diserikan dengan persembahan koir, tayangan multimedia dan gimik perasmian yang dilakukan oleh YB Datuk Ayub iaitu melepaskan beberapa ekor burung dari sangkar sebagai simbolik kemerdekaan.
PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN SEMANGAT
+
Jumlah Sumbangan 10 Ogos 2017 RM313.00
PENTADBIR TINTA
BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2017 Penasihat Ust. Hj. Mohamad Sabri bin Satar
Penyelaras Buletin Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah
Editor ; Ust.Rumaja bin Sarmin Penolong Editor ; Uzh. Arifah binti Ayub Fotografi ; Ust. Abd. Rauf bin Abd. Rahim Promosi ; Ust.Mohsen bin Miskam Terbitan ; Pusat Sumber Sekolah (PSS)
SMKA Segamat, Johor Penaja ; Tabung Kebajikan Guru
Program Budaya Al-Quran
INFOSEMANGAT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KEBITARAAN KADET POLIS DAN MATEMATIK
GURU BERTUGAS MINGGUAN
Minggu 31 (20 - 24 Ogos 2017)
Ust. Khairilanwar bin Omar Uzh. Jamaayah binti Zakaria
TERIMA KASIH ; Tuan Pengetua menyampaikan cenderamata kenangan kepada Ustaz Erfino bin Johari, Pengarah BTN Johor selepas tamat sesi Seminar Cinta Negara
di bilik mesyuarat SMKA Segamat pada 13 Ogos 2017
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua urusetia majlis perasmian ini yang terdiri
daripada para guru, AKP serta sebahagian pelajar yang bertungkus lumus selama 3 hari membuat
persediaan untuk majlis gilang-gemilang pada hari ini. Mudah-mudahan usaha murni tersebut dikira sebagai salah satu bukti kecintaan kita kepada negara ini”
Petikan ucapan Ustaz Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat dalam majlis perasmian Bulan Kebangsaan kali ke-60 peringkat SMKA Segamat di Dewan Luqman Al-Hakim pada 13 Ogos 2017
Ustaz Jamil bin Hussin, GPK Pentadbiran SMKA Segamat menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada 7 orang guru yang terlibat menjalankan kelas tambahan Matematik pada tahun 2016 yang ditaja sepenuhnya oleh YPJ.
PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SMKA SEGAMAT 13 OGOS 2017
14-17 OGOS 2017
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3
Ustaz Jamil bin Hussin diiringi oleh Ustaz M Nazom, Pengerusi BAGUS menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga SEMANGAT kepada Uzh. Ruhaida dan Uzh. Rosidah di bilik Pengetua pada 10 Ogos 2017
GIMIK PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN
SEBAHAGIAN GURU DAN PELAJAR YANG HADIR
Apabila kita berbicara tentang erti kemerdekaan, mungkin setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan kefahaman masing-masing. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun demikian, pengertian kemerdekaan sebenarnya adalah sangat luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara dari cengkaman kuasa asing.
Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka;
daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”
Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.
https://ibnismail.wordpress.com/2009/08/25/menghayati- kemerdekaan-sebenar-menurut-islam/
Uzh. Arifah binti Ayub bergambar dengan Uzh Zuliana binti Md Sukor, Guru Cemerlang
Bahasa Arab selepas sesi ceramah dalam Program Kecemerlangan Bahasa Arab STPM di
makmal komputer Chrome pada 9 Ogos 2017 HambaMu telah datang menyambut panggilanMu Ya Tuhan, hambaMu datang
menyambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan
adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu
MAKSUD ‘TALBIYAH’
„TALBIYAH‟ berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud membalas atau menjawab seruan atau ajakan orang lain. Dalam ibadah haji ia bermaksud ucapan orang-orang yang sedang berihram.
Lafaz Talbiyah di atas adalah Talbiyah seperti yang diucapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang disebut dalam satu riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Umar R.A.
Jemaah haji disunatkan sentiasa melafazkan ucapan Talbiyah sebaik sahaja berniat ihram dan di sepanjang masa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
shafiqolbu.wordpress.com
TAHNIAH ! MUHAMMAD AMIRUL AZHAR BIN MUHAMMAD mendapat tempat ke-9 dalam Kejohanan Merentas Desa Prauniversiti Peringkat
Antarabangsa yang disertai hampir 8 ribu peserta di Stadium Kluang pada 12 Ogos 2017
Uzh. Siti Roszaimah binti Zainuddin, Penyelaras Program USRAH sedang menyampaikan taklimat
kepada para Naqibat di Aspuri pada 9 Ogos 2017
Sebahagian pelajar putera sedang menjalankan aktiviti Usrah di surau Hasan Al-Basri pada
9 Ogos 2017
MENGENAL IMAM QIRAAT (3)
IMAM ABU AMRU
MISI
IMAM-IMAM QIRAAT DAN RAWI
Berapakah jumlah perkataan ‘Al-Quran’
dalam Al-Quran ? Jawapan : 68
Berapakah jumlah perkataan ‘Injil’ dalam Al-Quran?
Jawapan : 12
Berapakah jumlah perkataan ‘Taurat’ dalam Al-Quran?
Jawapan : 18
Berapakah jumlah perkataan ‘Zabur’ dalam Al-Quran?
Jawapan : 3
TAHUKAH ANDA ?
Nama : Zabban bin al-‟Ala bin ‟Ammar bin Al-Iryan bin Abdullah bin Al-Husain Al-Mazani
Tarikh lahir : Tahun 68 Hijrah di Makkah Gelaran : Ibnu al-‟Ala
Sifat Peribadi :
Seorang yang sangat dihormati dalam kalangan bangsa arab
Pakar dalam bidang berkaitan al-Qur‟an
Seorang yang benar, dipercayai, amanah, zuhud, dan alim dalam bidang agama
Ulama‟ besar yang beramal dengan ilmunya Pakar dalam Ilmu Qiraat, Nahu dan Feqah
Tarikh Wafat : Tahun 154 Hijrah di Kufah
Anak murid yang masyhur ialah : Ad-Duri
As-Susi
Mendapat darjat seumpama darjat para nabi.
“Barangsiapa yang membaca (hafaz) Al-Quran, maka sungguh dirinya telah mendapat darjat kenabian, cuma tidak diwahyukan kepadanya”
(HR. Hakim)
Mendapat kedudukan yang terbaik dalam kalangan manusia. ”Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Para penghafaz Al-Quran didampingi oleh para malaikat. “Dan perumpamaan orang yang membaca Al-Quran serta menghafaz ayat-ayatnya adalah didampingi para malaikat yang mulia dan taat” (HR. Bukhari dan Muslim)
KEMULIAAN PENGHAFAZ AL-QURAN
DI DUNIA
BACAAN & TAFSIRAN AYAT PROGRAM BUDAYA AL-QURAN (GURU) DIBIMBING OLEH : UST. ABDUL HADI BIN MOHAMED SUHAIMI