• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2009

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2009"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)

© Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2009

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Ku Hasnan Ku Halim

Darjat tidak datang bergolek : langit mana patut dijunjung / Ku Hasnan Ku Halim.

Mengandungi indeks Bibliografi : ms. 187-193 ISBN 978-983-2963-83-7

1. Malaysia--Politics and government. 2. Malaysia--Social conditions. I. Judul.

320.9595

Diterbit dan dicetak oleh : Pejabat Penerbit

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat

Johor Darul Ta’zim Tel : 07-453 7454 / 7452 Faks : 07-453 6145

Laman Web : www.uthm.edu.my/pt E-mel : pt@uthm.edu.my

(5)

Isi Kandungan

Isi Kandungan ...iv

Prakata ...2

Pena Menari ...3

Biodata penyumbang Artikel ...5

Bab 1 Darjat tidak Datang Bergolek-Kontrak Sosial dan Integrasi Nasional: Suratan atau Kebetulan ...7

Ku Hasnan Ku Halim Bab 2 Politik dan Kerajaan Malaysia: Menelusuri Pantai-pantai Persejarahan ...17

Ku Hasnan Ku Halim Bab 3 Tun Hussein Onn dan Legasinya ...33

Ku Hasnan Ku Halim Bab 4 Bahasa Melayu: Menunggu Masa untuk DiTalkinkan ...45

Ku Hasnan Ku Halim Bab 5 Nasionalisme dan Kepentingannya kepada Bangsa dan Negara ...65

Ku Hasnan Ku Halim Bab 6 Pembangunan dan Implikasinya di Parit Raja, Menyoroti Aktiviti Sosio Ekonomi Penghuninya ...81 Ku Hasnan Ku Halim

(6)

Bab 7 PRU ke-12- Tsunami Politik di Kedah Darul Aman:Terhakisnya Dominasi

Barisan Nasional ...101 Ku Hasnan Ku Halim

Bab 8 Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Perlembagaan Negara. Kelebihan Kepada Siapa? ...127 Ku Hasnan Ku Halim

Fauziah Ani

Bab 9 Sistem Politik Tradisional Di Tanah Melayu- Dinamisme Perubahan ...145 Ku Hasnan Ku Halim, Zahrul Akmal Haji Damin

Bab 10 Posisi Wanita di Mata Masyarakat: Cabaran pada

Aspirasi Islam Hadhari ...173 Siti Sarawati Johar

Bab 11 Kerja Berpasukan dalam Organisasi ...181 Khairunesa Isa

Bab 12 Biropatologi: Satu Istilah Pentadbiran Awam dan

Pengertiannya (Bureaupathology) ...187 Lutfan Jaes

Bab 13 Isu Penganiayaan Kanak-kanak di Malaysia : Cabaran Pembentukan Budaya Penyayang Menuju Realisasi Wawasan 2020 ...195 Siti Sarawati Johar

Bab 14 Memahami Birokrasi Sebagai Alat Pengurusan Sesebuah Negara ...211 Lutfan Jaes

Bab 15 Lampiran Kongres Permuafakatan Melayu di PESADA Tanjung Puteri, Johor Bharu

Mei 2008 ...219 Bibliografi ...225 Indeks ...233

(7)

SIRI PENDIDIKAN

Darjat tidak Datang Bergolek:

Langit Mana Patut di Junjung, Isu-isu

Kontemporari, Hubungan Etnik dan

Kenegaraan

Kandungan buku ini boleh meningkatkan semangat

nasionalisme dan patriotisme. Selain itu, ia juga memudahkan

memahami pengertian serta pengisian kemerdekaan dan sekali

gus membina pemantapan jati diri dan penghayatan terhadap

kepentingan perpaduan negara.

Genghis Khan

’ Untuk menakluki sesebuah negara dengan menunggang kuda memang mudah, tetapi untuk turun dari kuda dan

membina negara adalah sesuatu yang amat sukar.’

Siri Satu

Editor

(8)

Prakata

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dengan taufik dan hidayah-Nya buku kecil Darjat tidak datang bergolek; Isu-isu kenegaraan dan hubungan etnik (Siri 1) dapat diterbitkan dengan jayanya. Buku ini adalah hasil karya pensyarah-pensyarah Panel Bindang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan (PPKK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia ditulis sesuai dengan kandungan mata pelajaran yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia samada awam (IPTA) mahupun swasta(IPTS). Isu-isu yang dibincangkan merupakan topik-topik masa kini yang relevan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pelajar serta masyarakat umum yang menyintai dan kasih kepada Negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia.

Sebagai penyunting, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah terlibat didalam menyumbangkan penulisan untuk buku kecil ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah Pusat Pengajian Kemanusiaan iaitu En. Abdullah bin Sulaiman di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan di dalam menjayakan proses penulisan dan penerbitan buku ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah pun memberikan kerjasama samada secara langsung ataupun tidak sehingga buku ini mampu untuk diterbitkan.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan diterima oleh Allah S.W.T sebagai amal jariah. Sekian.

Kalam Hikmah:

” Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang

tidak beragama merasa lebih sengsara”

(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

Semua rencana yang ditulis di dalam buku ini adalah pandangan peribadi para penulis semata-mata dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Ku Hasnan Bin Ku Halim Mei 2008

(9)

Pena Menari...

Dunia penulisan sebagai budaya-sepatah perkataan boleh mengubah dunia... Berfikir sesaat lebih baik

dari solat sunat seribu rakaat.

Fajar 2008 menjelma meninggalkan jauh bening senja merah 2007 dengan seribu macam kisah suka dan duka. Yang pastinya kepada insan yang berjiwa

pejuang, hidup itu perlu diteruskan walaupun mati itu pasti. Atas nama cinta itulah juga lahirnya kita untuk melihat dunia ini. Kemahiran seperti membaca, mengira dan menulis adalah satu nikmat yang tidak dapat tergambar oleh pancawarna minda dan perasaan kita. Dan nikmat anugerah itu perlu kita memanfaatkan dengan sewajarnya berdasarkan kaedah yang tepat dan benar.

Dunia penulisan bukannya dunia kecil bagi segolongan individu atau hanya layak bagi sekelompok manusia terpilih yang mencatat sesuatu sebagai makanan jiwa dan minda manusia, tetapi juga tidak berputus asa mencari jawapan bagi pelbagai persoalan yang timbul saban waktu. Tamadun manusia juga meletakkan penulisan sebagai khazanah yang besar dan hebat dalam merakam suasana sosial masyarakat pada zaman itu, sehingga ia cukup dikagumi dan corak perjalanan dapat dihayati. Rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah dan Islam telah menggerakkan hati para sahabat dan tabiin merakamkan segala bentuk perbuatan baginda serta mengembangkan lagi kefahaman umat terhadap al-Quran melalui hadis-hadis.

Pembudayaan budaya menulis dan menghimpun sebagai wadah ilmu dalam sejarah pengumpulan hadis diteruskan sehingga pada waktu ini. Dan kita berpeluang menyelak serta membaca himpunan hadis yang dikumpulkan oleh ulama seperti Imam Bukhari, Muslim dan seangkatan dengan mereka. Dalam tamadun besar seperti negeri China, budaya penulisan cukup hebat dan dihimpunkan dalam bentuk skrol-skrol yang disimpan di tempat khas sehingga kebanyakannya musnah kesan daripada peperangan antara kerajaan kota.

Keintelektualan Ibnu Khaldun melalui buku Muqadimah bukan sahaja berguna kepada bumi Arab tetapi telah membuka ruang kepada berkembangnya pemikiran tamadun manusia. Auguste Comte menyajikan

teori fungsional, Karl Marx dengan teori konflik, Dukheim, weber,

Sigmund Freud dan lain-lain lagi, yang tulisan mereka sehingga hari ini terus dikaji. Dunia kini semakin maju, menulis kini bukan sekadar di

(10)

atas kertas tetapi juga di dalam media maya internet yang memudahkan maklumat disebarkan dengan cepat dan pantas.

Mari kita menggerakkan budaya menulis walaupun terpaksa menulis sedikit dari kehidupan kita. Kebijaksanaan dan kepandaian tidak mendatangkan apa-apa jika kita tidak membuktikan melalui tulisan. Mungkin sesetengah dari kita beranggapan usaha-usaha seperti ini nampak sukar dan tegang untuk dilakukan tetapi berita baiknya adalah semua kesukaran itu akan cair seperti matahari yang memancar sinar dari atas kepada daun yang lembab dan basah. Pengetahuan itu adalah kuasa dan kurniaan. Dan anugerah itu tidak dapat dicabut dari seseorang dengan sewenang-wenangnya. Biarlah tulisan kita akan kekal selama-lamanya dan sejarah akan menghakiminya serta putih akan mengatasi hitam akhirnya.

”Darjat tidak datang bergolek”

Sebuah buku, sebilangan pengarang, sejuta kata-kata, beribu madah, berpuluh ungkapan tetapi membicarakan hanya sepatah kata yang sungguh bermakna iaitu ’perpaduan’

Ku Hasnan Ku Halim ( KU )

hasnan@uthm.edu.my

Editor/ Ketua Penulisan Darjat tidak Datang Bergolek: Langit Mana Patut di Junjung, Isu-isu Kontemporari, Hubungan Etnik dan Kenegaraan,

(11)

Biodata Penyumbang Artikel

Ku Hasnan bin Ku Halim -

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik (UKM), Ijazah Sarjana Sains Politik (UKM),

Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Bidang tumpuan beliau ialah Sains Politik, Nasionalisme, Kenegaraan Malaysia, Sejarah Politik , Budaya Politik, Kepimpinan Politik, Pilihan Raya, Politik Pembangunan, Sosiologi dan Hubungan Etnik.

Lutfan bin Jaes -

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian) (UUM), Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi (Teknologi) (UTM), Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bidang tumpuan beliau ialah Kenegaraan Malaysia, Hubungan Etnik, Pentadbiran Awam, Pengurusan Organisasi.dan Pengurusan Inovasi. Siti Sarawati binti Johar

-Diploma Perguruan : Pengajian Melayu Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka IPPM,

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) : Sejarah / Psikologi Kaunseling Pendidikan USM,

Ijazah Sarjana Pendidikan: Psikologi.Pendidikan UTM.

Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Bidang tumpuan beliau ialah elemen psikologi dan kaunseling dalam pembentukan modal insan, kemahiran insaniah (soft skill), pembangunan masyarakat melalui aspek psikologi sosial, integriti sumber manusia.

(12)

Khairunesa binti Isa

-Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia (Kepujian),(UPM), Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Manusia, (UTM),

Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Bidang tumpuan beliau ialah Pengurusan Pembangunan Manusia. Zahrul Akmal bin Haji Damin -

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (USM), Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (USM),

Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Fauziah binti Ani -

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik (UKM), Ijazah Sarjana Sains Politik (UKM),

Pensyarah Panel Bidang, Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Referensi

Dokumen terkait

Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke

Mekanisme trauma pada dislokasi posterior karena kaput femur dipaksa keluar ke belakang asetabulum melalui suatu trauma yang dihantarkan pada diafisis femur dimana

Ini termasuk: (1) menyediakan masukan- masukan teknis terhadap penyusunan kebijakan daerah, (2) memfasilitasi training peningkatan kapasitas pemangku kepentingan di

Berkaitan dengan hal tersebut di atas, permasalahan yang akan penulis teliti adalah penerapan prinsip kehati-hatian yang telah dijalankan oleh BRI Kantor Cabang

23 Desain kartu voucher isi ulang pulsa yang menarik 14 16 24 Terdapat bonus yang diberikan saat menggunakan layanan seluler 11 19 25 Kekuatan Sinyal yang bagus dan

Berdasarkan uraian di atas menunjukkan pentingnya menghargai orang lain dengan mengedepankan budi pekerti yang luhur dengan menebarkan salam, seorang peserta didik

Perencanaan : penelitian ini akan menghasilkan keluaran berupa perilaku pengembang real estat dalam menentukan lokasi perumahan di kawasan perkotaan Sleman

Tata cara konkrit yang ditawarkan Rousseau termuat dalam gagasan-gagasan kunci seperti general will, civil state dan konsep-konsep penting yang menurutnya sangat