• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 4 Islam di Nusantara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bab 4 Islam di Nusantara"

Copied!
89
0
0

Teks penuh

(1)

KEDATANGAN ISLAM DI

NUSANTARA

Peradaban Islam di Nusantara

Disediakan oleh : Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah Mohammad Kamari Haji Taib

CITU UiTM Sabah, Kota Kinabalu

(2)

4.0 Peradaban Islam di Nusantara

4.1

a

santar

di Nu

lam

Is

angan

Kedat

4.2

di

m

Isla

a

angan

tar

Kegemil

Nusan

(3)

Apakah itu Nusantara?

Nusantara atau dikenali juga sebagai Alam Melayu adalah sebahagian daripada wilayah Asia Tenggara yang terangkum di dalamnya gugusan kepulauan Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Sumatera,Sulawesi, Jawa, Kalimantan, Kepulauan Riau, Maluku, Sulu, Luzon dan Mindanao.

Didiami oleh pelbagai suku kaum Rumpun Melayu-Polinesia seperti Melayu, Melanau, Brunei, Dusun, Jawa,Bugis,Banjar, Bajau, Iban, Bugis, Suluk, Minang dan lain-lain lagi.

(4)
(5)

Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu

Sebelum Islam

Kutai (Abad ke 4M)

Tarumanagara (358–669M ) Srivijaya (Abad ke 7– Abad ke 11M)

Wangsa Sailendra (Abad ke8 – 9M)

Dharmasraya (Abad ke12 – 14M) Singhasari ( 1222 – 1292M)

Majapahit ( 1293 – 1500 )

Samudra Pasai (Abad ke 13-15M)

Ternate ( 1257 M - ? ) Melaka ( 1400 – 1511M ) Inderapura ( 1500 – 1792M) Demak ( 1475 – 1548M)

Aceh ( 1496 – 1903M) Banten ( 1527 – 1813M)

Kesultanan Mataram ( 1588-1681M)

(6)

Srivijaya

Didirikan oleh

Dapunta Hyang

Sri Jayanasa

Terletak di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu

Menganut

(7)

Peninggalan Kerajaan Sri Vijaya

Candi Gumpung di Jambi yang merupakan salah sebuah wilayah Srivijaya

Pembinaan Candi Borodur bermula pada era pemerintahan Sangramadhananjaya dan

(8)

Majapahit

Didirikan oleh Raden Wijaya Pada 1293 – 1500M

Berpusat di Jawa Timur

Gemilang di zaman Hayam Wuruk

(9)

Nusantara Sebelum Islam

*

aan

cay

itik

Keper

Pol

Asp

ek

omi

Sosial

Ekon

(10)

Kepercayaan / Agama

Percaya kepada faham

Animisme dan

Dinamisme

Percaya kepada Mitos,

Roh dan Semangat

beralih kepada agama

Hindu dan Buddha

Percaya kepada Dewa

Dewi

(11)

Samb.

Animisme – percaya kepada kuasa roh. Ini kerana mereka percaya setiap benda hidup ada roh

Dinamisme – roh benda hidup tersebut ada tenaga. Pemujaan terhadap benda-benda berpuaka dan

berpenunggu.

Memuja semangat seperti memuja semangat padi supaya hasil lebih baik.

(12)

Samb.

Kedatangan Hindu dan Buddha membawa pengaruh India ke Alam Melayu- upacara pemujaan dan penyembahan diteruskan dan dilakukan secara rasmi.

Ajaran Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu seperti Langkasuka, Srivijaya, Mataram Kuno dan Majapahit.

Lahir Sinkritisme – kepercayaan gabungan hindu, buddha dan unsur-unsur tempatan

Golongan Raja dianggap sebagai dewa yang suci dari kesalahan dan dosa – wajib ditaati secara mutlak

(13)
(14)

Politik

Pernah diperintah oleh beberapa kerajaan hindu buddha seperti Kutai, Tarumanegara, Mataram, Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit.

Timbul konsep dewaraja – raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa vishnu dan siva.

Wujud sistem feudalisme - Taat setia membuta tuli terhadap raja dan disembah secara total oleh rakyat.

Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari undang-undang.

(15)

Sosial

Pengaruh hindu-buddha menyebabkan masyarakat terbahagi kepada 2 kelas/kasta:

i) Pemerintah – Raja dan golongan bangsawan.

ii) Golongan diperintah – rakyat jelata/hamba yang dikira sebagai hamba raja.

Sistem kasta ini memberi kesan kepada:

i) Perbezaan peraturan, undang-undang dan hukuman ii) Adat seperti pakaian.

(16)

Sosial

(samb)

Ancak

Kehidupan

masyarakat

Alam Melayu sebelum

kedatangan

Islam

(17)

Kepercayaan kepada perkara Tahyul sebahagiannya masih berterusan kerana kejahilan

(18)

Ekonomi

Ekonomi sara diri – bergantung sepenuhnya kepada sungai, laut dan tanah pertanian.

Bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan (rotan, damar dan getah).

Pertanian – padi, pisang, tebu, keladi, ubi kayu dan nenas. Berburu salah satu mata pencarian mereka,

Berdagang secara kecil-kecilan dan secara tidak langsung.

(19)

Perikanan (samb.-ekonomi)

(20)

Pertanian (samb. - ekonomi)

(21)

Keilmuan

Masyarakat tidak terdedah dengan ilmu.

Pendidikan tidak formal di peringkat keluarga – mengajar nilai-nilai hidup tradisi.

Lebih kepada kesusasteraan yang disampaikan secara lisan yang mengisahkan keistimewaan raja-raja.

Contoh- hikayat-hikayat kehebatan Raja seperti Ramayana dan Mahabrata.

Cerita juga kemudian disebar melalui wayang kulit dan cerita rakyat.

(22)

Kesenian

Terpengaruh dengan Kesenian India

Menggunakan batu bata pada bangunan agama (religious monument) kerana sesuai dan

tahan. Contohnya candi Prambanan, Jawi, Batu Pahat dll.

Pemaparan ukiran dewa-dewi bangunan agama seperti siva, vishnu dan brahma.

(23)

Samb.

Walaupun terpengaruh denga budaya India

tetapi tidak secara total.

Pembinaan candi-candi lebih kepada tempat

pemujaan roh nenek moyang (sinkritisme).

Penguasa dan

pemerintah amalkan hindu-buddha.

(24)

Faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu

Keunggulan Islam

Kehebatan Dakwah dan Pendakwah

Perdagangan

Perkahwinan

Politik & Penaklukan

Sokongan Pemerintah

(25)

Keunggulan Islam

Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umat

Kesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik minat umat untuk mendalaminya

Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa

(26)

Kehebatan Dakwah dan Pendakwah

Dakwah Islam bersifat universal (syumul)

Pendakwah Islam menunjukkan peribadi yang baik.

Toleransi Islam menarik minat masyarakat Melayu ketika itu.

Risalah Nabi s.a.w untuk seluruh bangsa, darjat dan umat manusia

Pemimpin dan pendakwah menjalankan tanggungjawab dengan amanah-Uswah Hasanah.

(27)

Pendakwah Islam di Alam Melayu

(28)

Perdagangan

Tugas menyampaikan dakwah tanngungjawab seluruh umat turut dipikul oleh para pedagang Islam

Pedagang Islam memainkan peranan sebagai pendakwah dan golongan Teladan.

Mereka dengan penuh kecekalan berusaha menarik rakan dagang dan pembeli untuk memeluk Islam.

(29)

Pedagang muslim sanggup meredah lautan demi menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk rantau Alam Melayu

Pedagang musafir ke Alam Melayu melalui Jalan Laut

(30)

Perkahwinan merupakan antara kaedah yang berkesan untuk perkembangan pengaruh agama

Para pemerintah kerajaan Melayu mengahwinkan anak-anak mereka dengan anak-anak raja negeri-negeri yang lain.

Para pendakwah dan pedagang Islam turut berkahwin dengan kerabat diRaja dan penduduk tempatan – menyebarkan Islam dalam masyarakat. Contohnya : Perkahwinan Parameswara dengan puteri Sultan Pasai telah mendorong keislamannya.

(31)

Kerajaan-kerajaan Islam meluaskan kuasa mereka ke Wilayah-wilayah Melayu yang lain

Contohnya : K.M.Melaka meluaskan kuasanya ke atas Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar,

Inderagiri, Aru, Siak, Rokan dan Bengkalis.

Para Ulama’ dihantar ke negeri-negeri taklukan bagi memperkembang ajaran Islam

Golongan Raja-raja melayu adalah ikutan masyarakat. Keislaman mereka mendorongan pengislaman rakyat dan para pembesarnya.

(32)

Pengislaman kerajaan Samudera-Pasai (1261-1289) telah membawa kepada keIslaman negeri jajahan takluknya (Ibn Battuta)

Kerajaan Islam Perlak yang diketuai Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah menganut Islam pada tahun 840M – turut mendorong wilayah kekuasaannya memeluk Islam

Kesultanan Melayu Melaka berperanan melindungi tanah jajahan takluknya daripada serangan musuh seperti Siam, Burma dan lain-lain.

(33)

Para pemerintah Kesultanan Melayu (K.M.) telah membuka ruang Istana sebagai pusat perkembangan ilmu Islam

Golongan Istana dan kraton diberikan input agama khususnya bidang kepercayaan dan syariah

Para Sultan membantu rakyat untuk membangunkan institusi agama mereka seperti masjid, surau dan pondok

(34)

Keunggulan Islam

Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umat

Kesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik minat umat untuk mendalaminya

Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa

(35)

Peranan Pusat Kebudayaan

Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara berperanan sebagai pusat penyebaran Islam dan Kebudayaan Melayu

Melaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17 berperanan sebagai pusat Kebudayaan Melayu

Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu

(36)

Pattani juga pernah menjadi pusat penyebaran Islam di bawah Sultan Mahmud Syah (Phaya Tu Nakpa).

Melaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17 berperanan sebagai pusat Kebudayaan Melayu

Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu

Aceh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani berperanan sebagai pusat pengembangan Islam dan kebudayaan Melayu

(37)

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi. Islam menjadikannya sebagai bahasa pengantar dalam bidang ilmu kesusasteraan, teologi dan falsafah Islam

Tulisan Arab ( Jawi ) diperkenalkan mengantikan tulisan Pallava. Hanya 5 huruf sahaja iaitu Cha, Nga, Pa, Ga dan Nya sahaja yang tidak menyamai huruf Arab . Ianya diubahsuai mengikut loghat lidah masyarakat melayu.

Kerajaan Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan- dari Bahasa Arab dll ke Bahasa Melayu

Sultan Mansur pernah menghantar Kitab Dur

(38)

Alam Melayu melahirkan ramai tokoh ilmuan yang menghasilkan pelbagai bidang keilmuan yang berpandukan syariat Islam

Syeikh Nuruddin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan, prosa dan puisi Islam antaranya Siratul Mustaqim dan Akhbar Akhirah fi Ahwal al-Qiamah.

Syeikh Abdul Rauf Singkel – Mirat Tulab, Durra al-Aqaid, Tafsir Badawi dan Majmuk al-Masail.

Syeikh Abdullah Arif – mengarang Kitab Bahr al-Lahut (tasawwuf) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

(39)

Samb.

Syeikh Idris Marbawi menghasilkan kitab “ Kamus al-Marbawi”, Bahr al-Mazi, Tafsir al-Marbawi, Jami’ al-Ulum, Bulugh al-Maram dan lain-lain lagi.

Tokoh Ulama’ Islam daripada Patani seperti syeikh Ahmad dan Daud al-Fathani banyak menyumbang kepada perkembangan Ilmu Islam di Nusantara dengan menghasilkan karya-karya seperti al-Fatawa al-Fataniyyah,Bughyat al-Tullab, Munyat al-Musolli, Wasaya al-Abrar, al-Bahjat al-Saniyat dan lain-lain.

Tokoh 2 Ulama Nusantara turut menterjemah kitab-kitab besar Islam seperti karya Imam Nawawi, Baydawi, al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain lagi.

(40)
(41)

Aqidah (Kepercayaan)

Perubahan dari percaya

kepada berbilang Tuhan

kepada percaya kepada

Allah yang Esa

Masyarakat Melayu mula

meninggalkan Mitos dan

Khurafat

Muncul Revolusi Mental –

Rasionalisme dan

Intelektualisme

(42)

Kepercayaan (samb.)

Kepercayaan kepada

Makhluk Halus – Jin dan Mambang diubah kepada perkara Ghaib.

Kepercayaan Malaikat dan Jin adalah sebahagian daripada kepercayaan kepada perkara Ghaib yang memperkukuhkan keimanan bukan secara negatif.

Nota : Kepercayaan yang telah berakar umbi dalam pemikiran masyarakat Melayu ini hanya dapat dikikis secara beransur-ansur.

Solat mampu dilakukan di mana sahaja

(43)

Perubahan sistem politik dan pemerintahan

Kerajaan Hindu dan Buddha digantikan dengan kerajaan Islam seperti Samudera Pasai, Aceh, Banten, Siak, Melaka, Johor Riau dan lain-lain.

Lahirnya pemerintah-pemerintah yang terkenal seperti Sultan al-Malik al-Zahir (Samudera Pasai), Sultan Mansor Syah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mohkota Alam (Aceh).

Konsep Dewa Raja diganti dengan Pemerintah sebagai Ketua Agama dan Penaung kehormonian rakyat jelata

(44)

Perubahan sistem perundangan

Perundangan Hindu Buddha diganti dengan perundangan yang berpandukan syariat Islam dan adat istiadat Melayu

Melaka menghasilkan 2 teks perundangan yang dengan memperuntukkan undang Islam dan adat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Undang-undang Pahang yang dilaksanakan di zaman Sultan Abdul Ghafur Mahiyuddin Syah (1592-1614M) dengan jelas menggunkan undang-undang Islam (Mazhab Shafi’e)

(45)

Perundangan (samb.)

Kitab yang memaktubkan Hukum Kanun Melaka

(46)

Perundangan (samb.)

Batu bersurat Terengganu memaktubkan undang-undang jenayah Islam

Dikenali sebagai “Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk” dilaksanakan di zaman Sultan Zainal Abidin III.

Nota : Kuala Berang adalah Ibu Negeri Terengganu di zaman Silam.

(47)

Perubahan Sosial

Mengujudkan persamaan Taraf dan Persaudaraan Islam – menghapuskan sistem Kasta Hindu

Menghubungkan Tali Silaturrahim berasaskan syariah dan Akhlak Islam – Gotong-royong, Bantu mengbantu dan Hormat-menghormati . Lahir Ukhuwwah Islamiyyah.

Masjid, Surau dan Madrasah memainkan peranan

sebagai Media baru hubungan sosial.

(48)

Perubahan Ekonomi

Kegiatan Ekonomi masyarakat lebih tersusun dengan semangat bantu membantu – Galakan Islam dalam mencari rezeki yang halal

Zakat dan Sedekah memainkan peranan instrumen jaminan sosial ekonomi ummat. Golongan Kaya wajib membantu golongan fakir miskin dan kurang berkemampuan

Amalan Riba dan Kezaliman yang menindas masyarakat diharamkan. Semua golongan berhak mencari rezeki yang halal.

(49)

Perubahan Keilmuan

“Menurut Prof S.M.Naquib : ‘Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata”.

Islam melahirkan kesedaran ilmu dalam masyarakat umum dan istana.

Istana, masjid, surau dan madrasah dijadikan tempat menimba ilmu terutama ilmu agama.

(50)

Perubahan Keilmuan (samb.)

Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan dihidayahkan kepada mereka yang melakukan maksiat” .. Wasiat Guru

imam al-Shafei r.h.

Institusi Pondok, Dayah, Rangkang dan Pasentren tumbuh dengan pesat sebagai pusat pengembangan ilmu

Lahirnya kitab-kitab Jawi seperti Anak Kunci Syurga, Matla’ al-Badrain, Taj al-Muluk, Furu’ al-Masail,

(51)

Tokoh-tokoh ilmuan Islam Alam Melayu

(52)

Perubahan bidang kesenian

Kesenian Alam Melayu yang dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha diubah kepada kesenian yang berteraskan Islam

Seni ukir yang memaparkan imej manusia dan haiwan berubah kepada seni yang memaparkan kalimah-kalimah suci Islam, Awan Larat dan Bunga-bungaan.

Seni Lakun berubah kepada perwatakan yang lebih bersifat Islam (Wayang Kulit).

(53)

Kesenian

(samb.)

Seni Bina, Istana, Candi dan Rumah Ibadah Hindu Buddha berubah kepada seni Bina Islam iaitu Masjid, Surau dan Istana yang bercirikan Islam

Contohnya : Pembinaan Masjid Kg.Laut, Kelantan; Masjid Agung, Demak dll.

(54)

Kesenian (samb.)

(55)

Kesenian (samb.)

(56)

Kesimpulan

Kedatangan Islam ke Alam Melayu amat besar pengaruhnya kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyebaran dan penyerapan Islam berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana dan pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi yang harmoni ini memudahkan masyarakat Melayu menerima Islam dan ajarannya yang bersifat sederhana dan tiada paksaan.

(57)
(58)

4.3 Kedudukan Islam Di Malaysia

Pengaruh Islam di Malaysia dapat diteliti …

14.1-Peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan: a.Agama Islam sebagai Agama Persekutuan

b. Kebebasan Beragama

c.Agama Islam dan Negeri-negeri

14.2 - Pembentukan Institusi-istitusi Islam

(59)

Pendahuluan

 Sebelum merdeka – sudah ada kerajaan Melayu-Islam

Islam dan Tamadun Melayu tidak boleh dipisahkan = Syed

Muhammad Naquib al-Attas (1972)

 Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama negara dari fakta sejarah

= Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi

=Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Sebahagian Sabah di bawah Kesultanan Sulu

(60)

Islam juga menjadi identiti dan budaya Melayu

Ajaran Islam banyak mempengaruhi Tamadun Melayu di rantau ini.

Tamadun Melayu menjadi lebih mantap dengan kedatangan Islam.

Islam dan adat Melayu, merupakan struktur yang saling melengkapi dan berinteraksi

Islam terus menjadi identiti kepada orang Melayu, iaitu Melayu sebagai yang

(61)

Mengapa Islam diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan

= Melayu, Beraja dan Islam tidak boleh dipisahkan terutama sejak dari zaman keagungan zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi . Rujuk Hukum Kanun

Melaka

=Zaman penjajahan bermula Perjanjian Pangkor 1874 - Kuasa Raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam

=Perlembagaan Negeri zaman Penjajahan – e.g Perlembagaan Johor 1895 dan Perlembagaan Terengganu 1911

=Syor dan cadangan dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih

(62)

14.1 -Islam sebagai Agama Persekutuan

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

 Tidak ada perkataan “rasmi” dalam Perlembagaan. Frasa “agama rasmi” akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.

Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan &

2 Yang Lains [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi

makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.

 Peruntukan dalam Perkara 3 amat relevan dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri.

(63)

Perlindungan agama Islam dan Raja-raja Melayu PERKARA 150 6(A)

 (6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang

dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa perisytiharan Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini.

(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara

hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(64)

Kepentingan Agama dalam Perlembagaan

 Dari sudut pemikiran dan peradaban:

 Peruntukan “agama” atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu.

 membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”,

 Peruntukan ini akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah.

 Pemerintah bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza.

(65)

Kedudukan dan Kuasa Raja sebagai Ketua Agama

Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing

YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi negerinya, Wilayah-wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja (tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Negeri

(66)

Kebebasan Beragama

Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu

Perkara 11(1)

(67)

Pengurusan Hal Ehwal Agama

(68)

Penyebaran Agama

 Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan tentang penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Peruntukan ini menjaga menjaga dan mengekalkan keharmonian beragama dan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan

 Perkara 11 (5) memberi tafsiran bahawa kebebasan yang diberikan untuk

(69)

PERKARA 12 (4)

(70)

Bidang Kuasa Persekutuan dan Negeri

Jadual 9 Senarai 1 Senarai Persekutuan (Butiran 4k)

Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri (Butiran 1)

Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk

(71)

14.2 – Institusi-institusi Islam

Penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-negeri

Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Malaysia – JAKIM/Majlis Fatwa Kebangsaan/Majlis Fatwa Negeri

Mahkamah Syariah

Baitulmal/Pusat Zakat

(72)

14.3 -Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar-dasar Kerajaan

Dasar Kebudayaaan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Negara

(73)

Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

- Islam dipilih berdasarkan fakta sejarah dan nilai Islam yang didukung oleh sebahagian besar rakyat di negara ini.

- Islam unsur penting berasaskan rasional kedudukannya diiktiraf sebagai agama negara

- Nilai serta ajarannya meliputi keperluan rohani dan jasmani manusia sejagat dan tidak terhad kepada soal ibadah semata-mata.

- Sistem nilai Islam menekankan kesejahteraan dan kebajikan di dunia dan akhirat

(74)

Dasar Pendidikan Negara

Islam menjadi penting dalam penggubalan Akta Pendidikan

Pendidikan Islam menjadi suatu bahagian yang

amat penting dalam sistem pendidikan

kebangsaan.

Diajar dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti.

Di setiap negeri sudah ada institusi yang

(75)

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]

Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras (Seksyen 18(2)

(76)

Dasar Pembangunan Ekonomi

Malaysia menjadi peneraju utama dalam membina institusi

kewangan Islam, sistem kewangan Islam dan pasaran modal Islam

Bermula dengan Tabung Haji (1962), diikuti YPEIM (1967),

Bank Islam (1983), Syarikat Takaful (1985), Sistem Perbankan Faedah (1993), Takaful Nasional Sdn Bhd (1994), Syarikat Sekuriti Islam (1994), Al-Rahnu (1993), Sukuk.

Malaysia telah menjadi negara Islam pertama di dunia yang

mengendalikan sistem perbankan dan kewangan Islam

Sistem perbankan dan kewangan Islam telah membolehkan

(77)

Pembangunan Ekonomi

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi).

(78)

Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.

Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).

(79)

Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran Negara

Nilai-nilai sejagat diambil kira dalam

pentadbiran negara.

Ajaran Islam amat relevan dalam konteks

pentadbiran negara. Contoh, Dasar Penerapan

Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Dasar

Integriti Nasional

Semua dasar ini umumnya mampu membentuk

(80)

Lampiran 1:

PERKARA 3 (1):

“Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

(81)

Lampiran 2

Perkara 11 (1):

“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.”

(82)

Lampiran 3

Perkara 11 (3):

“Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak - (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;

(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan

(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(83)

Lampiran 4

Perkara 11 (4):

“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

(84)

Lampiran 5

Perkara 11 (5):

“Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa

perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.”

(85)

Kesimpulan

Kehadiran Islam di Nusantara telah memberi kesan dan pengaruh yang amat mendalam dalam perkembangan tamadun di rantau khususnya di Malaysia.

Keuniversalan ajaran Islam menghasilkan satu pemikiran dan tamadun yang kekal sepanjang zaman.

Ia juga boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Malaysia

(86)

Rujukan

 A.Aziz Deraman (2005) Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Ampang: Dawama Sdn.Bhd.  

Abdul Aziz Bari (2005) Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.  

Abdullah Ishak (1990) Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu, Petaling Jaya: al-Rahmaniah.  

Abdullah Jusuh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Abdul Rahman Abdullah (1990) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abd ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

____________________ (2000) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

 

_______________________ (1989) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

 

________________________ (1984) Sejarah dan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

(87)

Ahmad Zaki Abd.Latiff. et.al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.

 

El-Muhammady, Muhammad Uthman (1976) Peranan Islam Pembentukan Kebudayaan , dalam Seminar Islam Dan kebudayaan Melayu, Bangi: UKM.

 

Ismail Hamid (1985) Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.  

___________ (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  

 

Mahayudin Hj. Yahaya (1998) Islam Di Alam Melayu, Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.  

___________________ (2000) Siri Sejarah Fajar Bakti Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

(88)

Muhammad Hisyam Mohamad (penyunting) (2007) Pembangunan dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn.Bhd.  

Ramawan Ab Rahman. et.al. (2011). Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam. Shah Alam : Penerbitan AlamBaca Sdn.Bhd.

 

Siddik Fadil (1986) Gerakan Islam Di Dunia Melayu-Tuntutan Zaman Dan Cabaran Lingkungan, Kuala Lumpur: ABIM.

 

Tamadun Islam dan Tamadun Melayu Sukatan Terbaharu (2006) Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

(89)

Referensi

Dokumen terkait

Adapun program individu utama adalah Pembuatan Video Profil untuk Departemen Elektronika dengan tujuan Untuk membuat video promosi Prodi Elektronika Pertahanan di

memasy asyarak arakatk atkan an per perhat hatian ian khu khusus sus pad pada a seju sejuml mlah ah fak faktor tor. /i /i sisi sisi lai lain n kar karena ena metode

Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya RuhKu, Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Yakni Allah telah tiupkan ke

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 98 Peraturan Pemerintah Nomor 43 Tahun 2014 tentang Peraturan Pelaksanaan Undang-Undang Nomor 6 Tahun 2014 tentang Desa,

Penelitian Muh Muslim (2002) berjudul “Penggunaan Diksi dalam Rubrik Konsultasi Masalah Seks di Majalah Aneka Yess! Asuhan dr. Keunikan penilitian ini disimpulkan bahwa

Puji syukur “Alhamdulillahirobbil’alamin” kehadirat Allah SWT atas segala rahmat dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir ini dengan judul

Dengan memberikan latar belakang atau basis pengetahuan matematika dan sains yang kuat, banyak masalah sosial budaya dapat diidentifikasi dan didefinisikan dengan

Oleh kerana pengarang ini seorang cendekiawan yang menjawat jawatan sebagai Bendahara di negeri Johor, sememangnya banyak unsur- unsur pengajaran telah dimasukkan