• Tidak ada hasil yang ditemukan

Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1)"

Copied!
221
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGENALAN KEPADA FALSAFAH, PENDIDIKAN,

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KURIKULUM

PENGENALAN

Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang sangat erat. Kehidupan menusia membentuk falsafah yang tersendiri. Perkembangan manusia yang berkait dengan pendidikan membawa kepada pertembungan falsafah dalam pendidikan. Pendidikan pula memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya bagi membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya untuk survival dalam kehidupannya dan generasi yang seterusnya.

Rajah 1.1: Hubungkait antara falsafah, pendidikan, falsafah pendidikan dan kurikulum FALSAFAH PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

PENDIDIKAN FORMAL

PENDIDIKAN INFORMAL

PENDIDIKAN NONFORMAL Kurikulum

Formal

Kurikulum Tidak Formal Kurikulum

(2)

ISTILAH DAN PENGERTIAN FALSAFAH

Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu philosophy yang berakar umbi dari perkataan Yunani iaitu philosophia.

Bijaksana adalah sama dengan maksud arif yakni ingin mengetahui secara mendalam. Orang yang mencintai ilmu merupakan orang yang bijak. Orang yang bijak sentiasa menghimpun pengetahuan. Dengan pengetahuan, orang yang bijak dapat menyingkap kebenaran. Oleh itu mencari mencari ilmu adalah orang cinta kepada kebenaran. Herakleitos merupakan tokoh awal yang menggunakan perkataan falsafah yang bermakna mencintai kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai hubungan langsung dengan kebenaran.Selepas itu ramai lagi tokoh lain yang memberi pengertian kepada falsafah, namun dari segi intipatinya masih sama dengan mencintai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Socrates (469–399 sm) menyatakan falsafah sebagai suatu usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk mencapai kebijaksanaan. Usaha ini dilaksanakan menerusi soal jawab (dialog Socrates). Manakala Plato (427–347 sm) pula mendefinisikan falsafah sebagai usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. Usaha ini dilakukan menerusi proses dialektik dan hal mengetahui jiwa manusia. Aristotle (384–322 sm) pula menegaskan bahawa falsafah ialah disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Beliau menetapkan falsafah sebagai ilmu tentang kebenaran yang diperoleh menerusi ilmu metafizik, retorik, logik, etika, estetika, ekonomi dan politik. Tokoh-tokoh falsafah selepas itu seperti Dewey (1859–1925) menyatakan falsafah sebagai alat perjuangan manusia melakukan penyesuaian dalam sesuatu kebudayaan dan persekitaran. Manakalala Russell (1872–1970) menegaskan bahawa falsafah sebagai kritikan terhadap pengetahuan dengan cara mengkritik asas-asas yang dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan seharian serta mencari sesuatu ketidakselarasan yang terkandung di dalam kedua-duanya. Berdasarkan kepada definisi oleh lima orang tokoh falsafah barat, Socrates, Plato dan Aristotle bersependapat bahawa kebijaksanaan boleh diperoleh menerusi pelbagai pendekatan/kaedah. Manakala Dewey dan Russell pula melihat kebijaksanaan juga boleh diperoleh dari sudut yang lain seperti menerusi analisis dan kritikan. Falsafah dalam pengertian barat hanya berfokus tentang manusia dan kehidupannya semata-mata.

Dalam Islam, falsafah lebih dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah menyentuh tentang kebijaksanaan manusia dan Ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberikan pengertian hikmah sebagai kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Hikmah juga membawa maksud kelebihan atau tujuan sebenar sesuatu perkara. Oleh kerana perkataan falsafah terbit dalam bahasa Yunani, maka tiada istilah falsafah dalam al-Quran dan agama Islam. Apa yang ada hanyalah pembahagian/ pengkategorian falsafah. Contohnya Al-Khindi ( -873) membahagikan falsafah kepada tiga iaitu Ilmu Fizika (ilmut-thibiiyyat), Ilmu Metametika (al-ilm-ur-riyadhi) dan Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-Rububiyyah).

i. Ilmu Fizika (ilmut-thibiiyyat), peringkat ilmu yang paling rendah: alam nyata yang terdiri dari benda-benda konkrit yang dapat ditangkap oleh pancaindera.

Falsafah = Philosophy (Bahasa Inggeris) Philosophy = Philosophia (Yunani)

(3)

ii. Ilmu Metametika (al-ilm-ur-riyadhi), peringkat ilmu pertengahan: berhubung dengan benda tetapi mempunyai kewujudan tersendiri yang dapat dipastikan dengan angka-angka (contohnya matematik, astronomi, muzik dan teknologi)

iii. Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-Rububiyyah), peringkat ilmu tertinggi: berhubung dengan pencipta, keesaan, kepercayaan dan kepatuhan.

Al-Farabi (870–950) pula pula membahagikan falsafah kepada dua iaitu Falsafah teori (an-nadhariyyah) dan Falsafah praktik (al-amaliyyah)

i. Falsafah teori (an-nadhariyyah): mengetahui sesuatu yang ada, tanpa tuntutan untuk mewujudkannya dalam amal. Ia meliputi ilmu matematik, ilmu fizik.

ii. Falsafah praktik (al-amaliyyah): mengetahui sesuatu yang seharusnya berlaku dalam amalan. Amalan ini ada yang berkenaan dengan individu (ilmu akhlak), masyarakat (ilmu kemasyarakatan) dan kewarganegaraan (ilmu politik).

Dengan itu beliau menyatakan falsafah mestilah dimuliakan sebagaimana tujuan agama. Kedua-duanya (falsafah dan agama) merupakan ilmu yang bertujuan untuk mengetahui tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya.

Ibnu Sina (980–1037) juga membahagikan falsafah dalam konteks teori dan praktik yang dihubungkan dengan agama. Dasarnya terdapat dalam syariat agama dan penjelasan dan kelengkapannya diperoleh menerusi akal manusia. Tujuan falsafah praktik ialah mengetahui apa yang seharusnya dilakukan oleh setiap manusia sehingga mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Ini dikenali sebagai ilmu akhlak. Falsafah juga mencakupi undang-undang, iaitu apa yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang dalam hubungannya dengan keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan dapat dirumuskan bahawa falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri. Kehidupan yang bagaimanakah yang dikehendaki oleh manusia untuk ditempohinya? Apakah yang membentuk persekitaran hidup manusia? Bagaimanakah manusia menanggap tentang dirinya? Apakah erti bagi suatu kehidupan?

CIRI-CIRI BERFIKIR FALSAFAH KE ARAH KEBENARAN

Sidi Gazalba (1974) menyatakan dalam bentuk falsafah bahawa makhluk berfikir ialah manusia. Manusia berfikir ialah ahli falsafah. Ahli falsafah ialah manusia. Tetapi manusia bukan ahli falsafah. Berfalsafah adalah berfikir. Tetapi berfikir bukan berfalsafah. Berfikir yang dikatakan berfalsafah apabila usaha berfikir yang mengandungi tiga ciri iaitu berfikir radikal, berfikir sistematik dan berfikir universal.

i. Berfikir Radikal: Radikal berasal dari perkataan radix (bahasa Yunani) yang bererti akar. Berfikir radikal ialah berfikir sehingga ke akar umbi atau sehingga ke peringkat paling akhir/dasar. Berfikir sebegini bukanlah hanya dengan imbasan sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Tiada yang tahu, tiada yang suci, tiada yang terlarang bagi berfikir secara radikal ini.

ii. Berfikir Sistematik: Berfikir sistematik ialah berfikir logik dan tersusun yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan urutan yang bertanggungjawab dan saling hubungan yang teratur.

(4)

FALSAFAH: CABANG, PERSOALAN DAN PENYELESAIAN

Memahami falsafah samalah seperti melihat sebuah rumah. Rumah ialah binaan yang mempunyai pelbagai ruangan dengan fungsi-fungsi yang berbeza. Sebagai contoh ruang tamu adalah untuk menerima kunjungan tetamu yang datang ke rumah. Manakala ruang makan adalah untuk tempat keluarga berkumpul dan menjamu selera. Ruang dapur sudah pasti menjadi tempat untuk menyediakan makanan dan bilik tidur pula menjadi tempat untuk berehat. Walaupun berbeza fungsi namun kesemua ruangan itu sama pentingnya dan saling diperlukan untuk menjadikannya sebuah rumah. Cuba anda bayangkan jika sebuah rumah itu tidak mempunyai ruang dapur. Tidakkah timbul kerumitan atau masalah yang menyebabkan rumah itu tidak sempurna. Begitu juga halnya dengan falsafah. Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap cabang falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza.

Metafizik: membincangkan persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Cabang ini memerlukan ketajaman fikiran untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik fizik yang ada. Cakupan ilmu meliputi ruangan sejagat (kosmologi), ketuhanan (theologi) dan hakikat manusia dan alam (ontologi)

Epistemologi: membincangkan persoalan ilmu dari segi perolehan, jenis, sumber dan kesahan. Cabang ini menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mentadbir kehidupannya di bumi ini. Pengetahuan ini dilihat dari pelbagai sudut sama ada agama, sains, seni, ekonomi, budaya atau politik.

Aksiologi: membincangkan persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Manusia dianugerahi dengan pancaindera untuk menyalurkan maklumat kepada otak bagi menghasilkan suatu penanggapan terhadap apa yang diterima. Etika ialah tatalaku manusia dalam kehidupannya. Ada perlakuan yang dikatakan baik dan ada juga perlakuan yang dikatakan tidak baik. Ada etika yang didokumenkan yang membentuk peraturan dan undang-undang contoh, etika berpakaian dan etika kerja. Terdapat juga bentuk etika yang tidak didokumenkan. Ia berupa taboo atau pantang larang ke atas ahli sesuatu masyarakat. Contohnya, makan menggunakan tangan kiri dan berpakaian yang mendedahkan susuk tubuh dianggap tidak sopan. Begitu juga memanggil ibu bapa dengan nama mereka juga dianggap suatu kesalahan. Tetapi ia terhad kepada sesuatu masyarakat dan bukannya keseluruhan masyarakat sejagat.

Logik: membincangkan persoalan membuat keputusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan yang membabitkan logik induktif dan logik deduktif.

(5)

berakhir dengan yang khusus. Contohnya; Semua hidupan akan mati. Ali adalah benda hidup. Maka Ali akan mati.

Penyelesaian kepada persoalan falsafah boleh diselesaikan dengan membahaskannya mengikut perspektif agama dan pemikiran. Perspektif agama meliputi Islam, Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha. Manakala perspektif pemikiran berlandaskan pemikiran barat, timur dan Nusantara dan Melayu. Hubungkait di antara cabang falsafah, persoalan falsafah dan penyelesaiannya dapat dilihat menerusi Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Cabang falsafah, persoalan falsafah dan penyelesaiannya.

Rajah 1.2: Cabang falsafah, persoalan falsafah dan penyelesaiannya

CABANG FALSAFAH DAN PERKARA BERKAITAN PENDIDIKAN

(6)

Jadual 1.1: Cabang, unsur dan persoalan falsafah dalam pendidikan

CABANG FALSAFAH UNSUR PERKARA BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN

Metafizik Ontologi Realiti  Apakah yang merupakan pengetahuan?

 Adakah para pelajar pada dasarnya insan yang berupaya atau insan yang tidak berkeupayaan?

 Bagaimanakah pandangan kita terhadap pengetahuan yang mempengaruhi apa yang sepatutnya kita ajar?

Kosmologi Kesejagatan  Bagaimanakah guru harus menyusunaturkan bilik darjahnya?  Patutkah kurikulum distrukturkan atau ditentukan oleh pelajar?  Adakah guru perlu mengajar menggunakan teori evolusi atau

creationism”?

 Apakah teks yang patut guru gunakan sebagai orang yang berautoriti?

Theologi Ketuhanan  Adakah berkemungkinan untuk memotivasikan semua pelajar untuk berkenginan belajar?

 Adakah kebolehan seseorang pelajar untuk belajar itu lahir secara semulajadi atau dipelajari?

 Patutkahkah semua manusia mendapat kemudahan yang sama terhadap pendidikan?

Epistemologi Pengetahuan  Patutkah guru memberi kuliah, menyoal, memberikan pengalaman, atau menggalakkan aktiviti-aktiviti untuk membolehkan pelajar-pelajar belajar?

 Bagaimanakah para saintis mengaplikasikan sains?

Aksiologi Nilai

Etika Estetika

 Adakah para pelajar pada dasarnya baik atau jahat?  Bagaimanakah sepatutnya guru melayan para pelajar?  Bagaimanakah sepatutnya para pelajar melayani rakan dan

guru?

 Patutkah guru melaksanakan sistem pengurusan tingkahlaku secara dendaan atau ganjaran?

 Apakah perbezaan kefahaman tentang kecantikan yang ada dibilik darjah?

 Apakah nilai-nilai yang patut diajar di dalam membina perwatakan para pelajar?

 Apakah kepentingan pendidikan seni dan pendidikan muzik di sekolah?

Logik Penaakulan  Patutkah guru mengguna pentaakulan deduktif atau induktif dalam pengajarannya?

 Bagaimana guru boleh memahami apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah merupakan pentaakulan?

FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGETAHUAN

(7)

mengkategorikan jenis pengetahuan kepada beberapa kategori mengikut hirarki akal. Ilmu dibahagikan kepada wahyu, empirikal, rasional, intuisi dan autoritatif. Sebenarnya ilmu yang dikategorikan oleh barat adalah perincian dari apa yang dikemukakan oleh tokoh Islam. Hubungan antara kategori ilmu menurut Islam dan barat dapat dirungkaikan menerusi Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Kategori ilmu dan pengetahuan

Ilmu Wahyu (Naqli): Kategori ilmu yang diturunkan oleh Tuna Pencipta yang maha kuasa untuk panduan kehidupan manusia yang menjadi umatnya menerusi orang perantaraan yang terpilih menerusi kitab-kitab dan risalahNya. Ilmu wahyu ini untuk mengenal Tuhan dan beribadah kepadaNya dan mencipta keharmonian dalam menguruskan dunia. Contoh: Kitab al-Quran, Kitab Injil, Kitab Zabur dan Kitab Taurat.

Ilmu Akal (Aqli): Kategori ilmu perolehan manusia menerusi keupayaan akal/ intelek berlandaskan ilmu wahyu untuk faedah kehidupan yang lebih sempurna dan bersesuaian dengan zamannya. Diciptakan manusia dengan kelebihan darjatnya kerana mampu berfikir. Ilmu Aqli ini terbahagi kepada beberapa jenis:  Pengetahuan empirikal : Pengetahuan yang diperoleh menerusi pengalaman indera yang

menghasilkan satu penemuan baru (bahan, idea dan kaedah). Contohnya pengetahuan yang terdapat dalam Sains, Matematik, Geografi, Astronomi, Sejarah dan sebagainya lagi.

Pengetahuan rasional : Pengetahuan yang diperoleh menerusi proses taakulan yang berpandukan logik untuk menyelesaikan masalah atau membuat rumusan. Logik induktif atau logik deduktif sentiasa digunakan berdasarkan cerapan yang dilakukan.

Pengetahuan autoritatif : Pengetahuan yang ada pada orang tertentu yang diiktiraf sebagai pakar. Pendapat pakar ini sentiasa menjadi rujukan dan diiktiraf sebagai sah dan boleh dipercayai. Contoh hanya doktor yang tahu tentang sesuatu penyakit dan kaedah rawatan dan penyembuhannya.

Pengetahuan intuisi : Pengetahuan yang setiap orang miliki tetapi bergantung kepada kepekaan dan sensitiviti terhadap persekitaran. Pengetahuan ini berkaitan dengan celik akal atau ilham. Contoh penggubah lagu, penulis dan pelukis hanya berkarya setelah mendapat ilham.

Kedudukan Falsafah & Pengetahuan

(8)

Ilmu Sains : Membuktikan kebenaran menerusi penaakulan. Ilmu Agama : Percaya akan kebenaran berasaskan spekulatif.

Ilmu Falsafah : Membawa kepada kebenaran berteraskan penaakulan dan spekulatif.

Rajah 1.4 menunjukkan hubungan di antara tiga jenis ilmu iaitu Sains, Agama dan Falsafah ke arah kebenaran.

Rajah 1.4: Hubungan ilmu falsafah, agama dan sains ke arah kebenaran.

KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN

Istilah Dan Pengertian Pendidikan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi IV (2005) istilah pendidikan membawa maksud ilmu, perihal mendidik (didikan, latihan, ajaran.) Dari segi asal perkataan pendidikan itu merujuk kepada perkataan dari bahasa Inggeris iaitu “education”. Education diambil dari perkataan Latin.

Pendidikan = Education

Education = Latin: e’ex + ducereduc (keluar) (memimpin)

Pendidikan = Didikan & latihan (educere) (educare)

Ilmu Wahyu

Pengetahuan Emperikal Pengetahuan Rasional Pengetahuan Autokratik Pengetahuan Intuisi K

(9)

Dari perkataan Latin tersebut, pendidikan bererti memimpin keluar ke arah menjadi lebih tahu/ berilmu/ berpengetahuan. Dengan bimbingan yang berkesan, pendidikan dapat meninggalkan kebodohan, kejahilan dan kemungkaran. Konteks pendidikan dilihat mempunyai perbezaan dan persamaan dari segi didikan dan latihan dengan maksud yang hampir sama dari segi bahasa Latin iaitu educeredan educare.

Perbandingan Konsep Pendidikan: Didik, Ajar Dan Latih.

Jadual 1.2: Perbandingan konsep didik, latih dan ajar dalam pendidikan

KONSEP ISTILAH DALAM PENDIDIKAN untuk manfaat diri pelajar.

Jurulatih: membina kemahiran melalui tunjuk ajar .

Penerima Anak didik: menerima asuhan dan pembentukan.

Pelajar: menerima tunjuk ajar. Pelatih: patuh arahan

Kesan Terdidik: Intelek, rohani, emosi dan jasmani

Berpelajaran: intelek. Terlatih: Jasmani

Penerapan Pengetahuan, kemahiran & nilai.

Pengetahuan & kemahiran. Kemahiran

Masa Berterusan. Ada had/ tempoh. Ada had/ tempoh

Matlamat Kebijaksanaan, keadaban, kerohanian, kejiwaan dan kecekapan.

Kepandaian dan kecekapan. Kemahiran

Keperluan Belajar untuk belajar. Belajar untuk kemahiran & survival.

Di samping: bimbingan. Di hadapan: arahan & tunjuk ajar Bersama: tunjuk ajar

Ciri-ciri guru

Role model: berilmu, berakhlak, beragama,

berketerampilan & bersahsiah.

Arahan mandatori: Ikut apa yang disuruh, jangan ikut apa yang dilarang.

Ikut apa yang disuruh dan buat sehingga mahir.

Jika dibandingkan antara pendidikan dan pengajaran, bolehkan anda memberikan persamaan dan perbezaannya?

Syed Muhammad Naquib al-Attas (dalam Sidek Baba, 2006) cuba memberikan perbandingan antara konsep didik dan ajar dengan menghubungkan konsep good citizen (warga baik) dan konsep good man

(10)

peringatan yang tegas, “bangsa yang hanya mementingkan pengajaran sahaja, tiada mementingkan pendidikan bagi melatih budi pekerti, meskipun kelak tercapai kemajuannya, namun kepintaran dan kepandaian itu akan menjadi racun, bukannya menjadi ubat”. Hal ini bermakna, pengajaran hanya berfokus kepada potensi akal dan jasad semata tetapi pendidikan adalah proses yang membangunkan keseluruhan potensi yang ada pada diri insan itu yang mencakupi akal, roh, jiwa dan jasad yang pada akhirnya menjelmakan insan yang syumul. Sekolah yang menekankan aspek pengajaran sahaja akan melahirkan pelajar yang banyak ilmunya tetapi budinya kurang. Hasilnya ialah anak muda yang tidak tahu tujuan hidup serta tidak dapat memberi khidmat untuk tanah air.

KONSEP & DEFINISI PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dalam Islam, pendidikan mempunyai beberapa istilah seperti tarbiah, ta’dib dan ta’lim.

i. Tarbiahberasal dari kata dasar “rabba” yang bermaksud mengasuh, memelihara atau memimpin. Ia diseertikan dengan makna memiliki, menguasai selain mendidik. Oleh itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas kerana realitinya pengertian tersebut meliputi manusia dan semua makhluk Allah s.w.t.

ii. Ta’dib berasal dari kata dasar “addaba” yang bermaksud mendidik adab atau membentuk akhlak. Dari segi terminologinya ta‟dib bermakna dalam proses mendidik atau membentuk, individu yang terdidik itu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan potensinya untuk membentuk peribadi, sikap dan sahsiah yang selaras dengan acuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu perkataan ta‟dib hanya difokuskan kepada manusia sahaja.

iii. Ta’limberasal dari kata dasar “allama” yang bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan proses penterjemahan ilmu dalam bentuk teori dan praktik dari pendidik kepada pelajar.

Hubungan konsep tarbiah, ta’dib dan ta’lim dalam proses pembinaan insan yang syumul dapat digambarkan seperti Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Konsep pendidikan dalam Islam

Dalam pendidikan Islam, makna pendidik berkait rapat dengan dengan istilah murabbi, mualim dan muaddib. Murabbi menghubungkan proses didikan itu dengan Allah s.w.t. sebagai sumber rujukan. Muallim membawa kaitan di antara proses didikan dengan ilmu yang berhubungkait dengan al-Quran dan

Tarbiah

(Mengasuh/ Memelihara/ membaiki)

Ta’dib

(Mendidik/ membentuk adab & akhlak

Ta’lim (Pengajaran)

(11)

Sunnah. Muaddib pula menghubungkan pendidikan sebagai satu proses peradaban atau menjadikan manusia berakhlak.

Pengertian Pendidikan Dari Perspektif Islam

Rajah 1.6: Dasar dan sumber ilmu dalam Islam

Pendidikan dalam Islam meletakkan tiga dasar ilmu yang berlandaskan kepada akal, hati dan jasad.  AKAL : Ilmu wahyu + ilmu Akal = kebesaran dan kebenaran Tuhan.

 HATI : Kesedaran dan penghayatan secara fitrah, roh, jiwa & perasaan.  JASAD : Amalan & kebiasaan yang menurut sunnah.

Ketiga-tiga dasar tersebut berasaskan sumber ilmu utama al-Quran, as-Sunah dan Ijtihad. Dasar ilmu dan sumber ilmu tersebut telah menjadi rujukan para tokoh dan ilmuan Islam dalam memberikan pengertian terhadap pendidikan.

i. Muhammad Rasullullah (s.a.w): pendidikan itu ialah kesempurnaan diri sebagai makhluk Allah. Sabda baginda “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak mungkin kamu akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan sunnahku”.

ii. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq: Pendidikan merupakan usaha mengembangkan ilmu ke arah kesempurnaan iman. Hal ini terlihat dalam tindakan beliau menggalakkan mempelajari dan menghayati Quran dan Sunnah. Beliau bertanggungjawab mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran dalam sebuah mashaf.

AKAL (Kognitif)

HATI/ROHANI (Afektif)

JASAD (Psikomotor) al-Quran

(Wahyu)

as-Sunnah (Hadis)

Ijtihad (Ulama)

(12)

iii. Khalifah Umar a-Khattab: Pendidikan merupakan proses mensepadukan ilmu iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah dalam konteks intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini terpancar dari kata-katanya “Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda, memanah dan riwayat-riwayat yang baik serta syair-syair yang indah”.

iv. Imam al-Syafie: Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk melengkapkan diri menghadapi dunia dan akhirat.

v. Al-Ghazali: Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai kerohanian sebagai persediaan menghadapi rintangan hidup.

vi. Ibnu Khaldun: Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina masyarakat dan negara.

vii. Hasan Langgulung: Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab & berbakti kepada Allah.

Rumusannya, dari perspektif Islam pendidikan itu adalah suatu ibadat yang tertakluk kepada niat dan amalan yang bersifat fardu (kifayah/ ain) yang dituntut oleh agama kerana setiap manusia itu adalah pemimpin dan sebagai pemimpin ia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Hubungkaitan bentuk dan matlamat pendidikan dari perspektif Islam dapat digambarkan seperti yang terdapat pada Rajah 1.7

Allah (Khaliq)

IMAN

Manusia Alam

(Makhluk: Khlalifah) (Makhluk: Takluk)

Hubungan Vertikal : Makhluk  Allah Hubungan Horizontal : Manusia  Alam

Rajah 1.7: Bentuk dan matlamat pendidikan dari perspektif Islam

(13)

DEFINISI PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT

Barat melihat manusia itu tidak lebih dari haiwan berfikir. Pemikiran dan tindakan dibentuk melalui interaksi dengan persekitaran. Dunia dilihat seumpama pentas persaingan. Hanya yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental sahaja yang dapat menyelamatkan diri. Bedasarkan fakta sejarah yang berkaitan dengan pendidikan barat boleh dirujuk kepada perancangan dan amalan pendidikan Greek ke atas dua kerajaan yang hebat iaitu Sparta dan Athens. Kedua-dua kerajaan itu mempunyai dasar-dasar pendidikan yang berbeza.

a) Sparta : Pendidikan dirancang sebagai satu usaha untuk membentuk rakyat yang berani, berdisiplin, sihat dan cergas, taat pemimpin dan cintakan tanah air. Dasar pendidikannya ialah “hanya yang kuat akan terus hidup”.

b) Athens: Pendidikan dirancang sebagai satu usaha untuk membina kebijaksanaan dan keseimbangan jiwa & jasmani bagi mengukuhkan demokrasi dan membentuk warganegara yang cintakan negara. Dasar pendidikannya ialah “hanya yang bijak dapat memimpin dunia”. Lahir tokoh pemikir seperti Pythagoras, Plato, Socrates dan Aristotle. Dari idea tentang pendidikan oleh oleh Sparta dan Athens tersebut, maka tokoh dan sarjana barat telah mengambilnya sebagai acuan dalam membuat tafsiran dan definisi tentang pendidikan.

i. Plato (427 S.M – 347 S.M.): Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan kesempurnaan pekerti.

ii. Socrates (470 S.M. – 399 S.M.): Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran.

iii. Aristotle (384 S.M. – 322 S.M.): Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.

iv. John Dewey (1933): Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.

Perspektif barat melihat pendidikan sebagai satu reaksi manusia terhadap persekitaran. Reaksi tersebut berlaku hasil dari rasa ingin tahu yang berbentuk fizikal dan dihubungkaitkan dengan peranan otak yang menghasilkan jawapan dan seterusnya mencipta kebijaksanaan intelektual. Pendidikan adalah asas kepada penemuan dan penciptaan bukannya untuk mengenal pencipta. Akal adalah Tuhan. Agama menjadi penghalang kepada kemajuan. Ketuhanan adalah satu ilmu dan bukannya satu kepercayaan. Akhlak tidak perlu pendidikan kerana ia menyekat permodenan. Pendidikan merupakan pembebasan akal seluas-luasnya. Dari perspektif barat keutamaan pendidikan ialah: JASMANI  AKAL  ROHANI

APAKAH HAKIKAT PENDIDIKAN?

(14)

i. Pendidikan merupakan proses yang berterusan.

ii. Pendidikan ialah usaha menerapkan ilmu dan nilai bagi pembinaan warganegara yang cemerlang. iii. Pendidikan melibatkan proses interaksi dua pihak di antara pendidik dan orang yang dididik secara

seimbang.

iv. Pendidikan berkaitan proses dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

v. Pendidikan merupakan usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan kemahiran orang yang dididik untuk menghadapi cabaran perubahan persekitaran

DIMENSI PENDIDIKAN

Berdasarkan pelbagai perspektif tentang pendidikan sama ada perspekti Islam mahupun perspektif barat dapat dikatakan bahawa terdapat persamaan dimensi yang ketara. Dimensi pendidikan tersebut boleh dikategorikan kepada dimensi instriksik dan dimensi ekstrinksik.

i.

Dimensi Intrinsik

 Pendidikan merupakan satu kehidupan bukannya untuk hidup. Pendidikan menjadikan manusia itu berfungsi sebagai manusia yang dapat menggunakan perkembangan akal untuk berfikir dengan waras, jasmani untuk bertindak dengan wajar, emosi dengan perasaan yang tenang dan rohani untuk muhasabah diri.

 Pendidikan menjadikan manusia makhluk terdidik. Apakah bezanya manusia dengan haiwan? Manusia dan haiwan mempunyai persamaan kerana kedua-duanya mempunyai nafsu (syahwat). Tetapi manusia berbeza dengan haiwan dari segi penggunaan otak untuk berfikir dan menghasilkan akal bagi mengawal nafsu. Bagaimanaka akal dapat dihasilkan dan berfungsi dengan baik?

 Pendidikan mempunyai matlamat implisit. Apakah yang manusia inginkan dalam hidupnya? Bagaimana manusia hendak mencapai apa yang diinginkan?

ii. Dimensi Ekstrinsik (Instrumental)

 Pendidikan merupakan wasilah untuk mencapai matlamat. Pendidikan bukanlah matlamat tetapi suatu alat yang sempurna untuk mencapai matlamat.

 Pendidikan untuk mencapai sesuatu keperluan. Jika pada zaman Hercules dan Hang Tuah, kekuatan manusia terletak pada kekuatan fizikalnya. Tetapi era moden kekuatan manusia terletak pada keintelektualannya. Pendidikan terbaik dengan pencapaian terbaik akan menghasilkan peluang yang terbaik.

 Pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi. Bagaimanakah negara maju dikelaskan? Bagaimanakah rakyat di negara maju berfungsi untuk mengisi kemajuan tersebut? Pendidikan dan pembangunan merupakan dua pembolehubah yang berada pada dua hujung garis lurus. Adakah setiap satu pembolehubah tersebut memberi pengaruh atau memberi kesan terhadap pembolehubah yang satu lagi.

(15)

JENIS-JENIS PENDIDIKAN

Secara umumnya terdapat tiga jenis pendidikan iaitu pendidikan formal, pendidikan informal dan pendidikan nonformal. Jenis-jenis pendidikan tersebut berlaku dalam lingkungan persekitaran yang mempengaruhi perkembangannya. Lingkungan persekitaran tersebut meliputi persekitaran lokal (sejarah, budaya, sosial, falsafah, ekonomi dan politik) dan persekitaran global (teknologi, hubungan antarabangsa, perdagangan dan kebergantungan). Pendidikan secara formal, informal dan nonformal memainkan peranan penting sebagai modal sosial kepada individu, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Rajah 1.8: Jenis-jenis pendidikan dalam lingkungan persekitaran

Perbandingan Pendidikan Formal, Informal dan Nonformal

Jadual 1.3: Perbandingan jenis-jenis pendidikan

Jenis Pendidikan Reka bentuk Perkembangan ilmu &

kemahiran, jangka masa

Keluarga & masyarakat. Ahli yang pakar.

Pembelajaran Seragam, berjadual, teks,

Institusi Rasmi: Pra sekolah, sek. rendah & menengah, IPT

Tidak rasmi, tersirat. Tidak rasmi.

(16)

Pengiktirafan Perjawatan: sijil, Diploma, Ijazah.

Masyarakat, budaya. Sijil penyertaan/ kecekapan.

Organisasi Kerajaan/ swasta. Keluarga, masyarakat. Kerajaan, swasta, NGO.

KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Pengertian Falsafah Pendidikan

Rajah 1.9: Asas ilmu dalam pendidikan

Bidang pendidikan dipengaruhi oleh ilmu-ilmu pokok yang lain seperti falsafah, psikologi, sosiologi, sejarah dan budaya. Menurut Ornstein dan Hunkins (1998), perbincangan pendidikan yang berkaitan dengan persoalan-persoalan berikut sangat dipengaruhi ilmu falsafah. Oleh kerana ilmu tersebut berkaitan langsung dengan pendidikan maka persoalan-persoalan tersebut menjurus kepada persoalan falsafah pendidikan.

 Apakah yang menjadi arah/ hala tuju pendidikan?  Mengapakah ada matlamat yang dianggap bermakna?  Sejauhmanakah wujud perbezaan didikan dan latihan?  Adakah perlu wujud bentuk pengetahuan yang berbeza?

 Adakah kurikulum yang berbeza diperlukan untuk pelajar yang berbeza?  Bagaimanakah kandungan dibentuk di dalam kurikulum yang digunkan?

 Bagaimanakah bentuk kurikulum yang spesifik boleh dijustifikasikan dengan baik?  Sejauhmanakah realiti yang baru perlu dimasukkan di dalam sesebuah kurikulum?

(17)

Falsafah Pendidikan Islam

Rajah 1.10: Komponen dalam falsafah pendidikan Islam

Implikasi Falsafah Terhadap Pendidikan

i. Meningkatkan kefahaman dan kebolehan membuat Intepretasi dengan tepat dalam melontarkan idea-idea perbahasan.

ii. Meningkatkan kebolehan menaakul secara analitikal dalam memahami dan menilai sesuatu yang kompleks, berdebat dan menangani isu-isu.

iii. Meningkatkan keupayaan menaakul secara synthetical bagi mengembangkan kemahiran dalam mengolah idea-idea mereka secara bersepadu dan sistematik.

iv. Membina keupayaan pemikiran kritis untuk meningkatkan tanggungjawab bagi memahami dan menilai semua idea dengan hati-hati.

v. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan tentang moral dan estetika dan meningkatkan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi dalam membuat penilaian.

vi. Meningkatkan keupayaan pentaakulan etika dalam membuat keputusan yang rasional ke atas isu-isu tentang kebenaran dan kesalahan moral dalam membina karekter.

ilmu Akhlak

Takwa Amal

Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.

(18)

vii. Meningkatkan keterbukaan minda terhadap penerimaan & pengubahsuaian idea-idea baru menerusi refleksi terhadap pandangan diri dan kelebihan pihak lain.

viii. Meningkatkan kemahiran dalam penulisan dan pembentangan lisan secara bernas, jelas and tepat tanpa prajudis.

ix. Meningkatkan kemahaman kendiri tentang isu-isu falsafah bidang ilmu asas terhadap disiplin ilmu lain.

x. Meningkatkan penghargaan diri terhadap kepelbagaian latar sejarah intelektual menerusi refleksi dan perbahasan.

xi. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang tradisi falsafah.

KONSEP & DEFINISI KURIKULUM

Bagaimana Manusia Beroleh Pengetahuan?

Manusia merupakan makhluk berfikir yang paling sempurna. Menerusi proses berfikir manusia beroleh pengetahuan. Manusia mempunyai indera yang lengkap dengan fungsi yang berbeza tetapi memberi maklumat yang sama kepada otak. Menerusi indera manusia menjadi aktif untuk meneroka, menjelajah, menemu dan menyelidik seterusnya menambahkan pengalaman. Pengalaman merupakan guru terbaik bagi menambahkan pengetahuan. Pengetahuan juga sudah sedia ada sebelum manusia lahir lagi. Otak manusia telah sempurna terbentuk ketika janin berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya. Di dalam kandungan, janin bergerak aktif dan boleh bertindak balas dengan bunyi, haba dan sentuhan. Di barat, ibu-ibu mengandung digalakkan untuk memasang lagu-lagu klasik dan bercerita. Manakala dalam Islam menbaca al-Quran adalah sangat digalakkan. Malah kelahiran bayi disunatkan untuk disambut dengan azan dan qamat di kedua-dua telinganya.

Pengetahuan yang dipelajari dan dibina perlu disusun secara sistematik agar mudah diterima, difahami dan seterusnya diamalkan. Oleh kerana pengetahuan tersebut dipelajari dan dibina maka dua persoalan berikut muncul:

i. Apakah yang menjadi kandungan kepada pengetahuan? ii. Bagaimana kandungan pengetahuan tersebut dipelajari?

Dengan ini kurikulum menampakkan peranannya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Rajah 1.11: Perolehan pengetahuan oleh manusia PENGETAHUAN

(19)

Istilah dan Pengertian Kurikulum

Dari segi istilah:

Dari segi pengertian pula terdapat banyak pengertian yang dikemukakan oleh beberapa tokoh di antaranya ialah:

i. Curriculum is "that series of things which children and youth must do and experience by way of developing abilities to do the things well that make up the affairs of adult life; and to be in all respects what adults should be" (Bobbit, 1918).

ii. Curriculum can be defined as "a plan for learning" (Taba, 1962).

iii. Curriculum is a structured series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes (or at least anticipates) the results of instruction. It does not prescribe the means to be used in achieving the results" (Johnson, 1967).

iv. Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following elements: (1) program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and (4) the hidden curriculum (Oliver, 1977).

v. The curriculum of a school is the formal and informal content and process by which learners gain knowledge and understanding, develop skills, and alter attitudes, appreciation's, and values under the auspices of that school (Doll, 1978).

vi. Curriculum is "that reconstruction of knowledge and experience systematically developed under the auspices of the school (or university), to enable the learner to increase his or her control of knowledge and experience" (Tanner & Tanner, 1980).

Berdasarkan kepada pengertian kurikulum di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kurikulum mempunyai pelbagai tafsiran.Tafsiran yang dilakukan tertakluk kepada latar dan persekitaran tokoh yang memberikan pengertian tersebut. Hal ini bermakna kepelbagaian tafsiran kurikulum adalah dengan sedar mengikut

Kurikulum = Curriculum (B. Malaysia) (B. Inggeris)

Curriculum = Currere / Curir (B. Inggeris) (B. Latin)

Currere (Latin) bermaksud lapangan perlumbaan (race course) atau laluan/ jejak/ jurusan. Curriculum (Inggeris) bermaksud jelmaan.

(20)

keilmuan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tersebut. Walau bagaimanapun dengan merujuk kepada pegangan falsafah, kurikulum dapat ditafsirkan seperti berikut:

 Kurikulum ialah suatu set objektif.  Kurikulum ialah suatu set bahan.  Kurikulum ialah suatu set subjek.  Kurikulum ialah kandungan subjek.  Kurikulum ialah suatu urutan kursus.  Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah.  Kurikulum ialah program pengajian yang dilalui.  Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian yang diikuti.

 Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh sekolah.  Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku di persekitaran sekolah.  Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah.

 Kurikulum ialah apa yang dialami setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan.  Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah.

Analogi Kurikulum

i. Perbezaan: Kurikulum bagaikan orang buta mengenali seekor gajah, masing-masing mempunyai interpretasi sendiri.

ii. Keseluruhan: Kurikulum bagaikan hamper yang membungkus segala bentuk pengetahuan, kemahiran, nilai dan warisan yang dipakejkan untuk diberikan kepada generasi seterusnya. iii. Kesempurnaan: Kurikulum seumpama permainan jigsaw puzzle yang saling melengkapi

untuk membentuk kesempurnaan sebagaimana yang dihasratkan.

Elemen-Elemen Dalam Kurikulum

Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, suatu siri turutan tentang kurikulum telah dapat dikenalpasti. Kurikulum yang lengkap mengandungi elemen-elemen berikut:

 Rancangan pendidikan yang tersusun.  Matlamat dan objektif yang jelas.

 Kandungan dan pengalaman pembelajaran  Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Penilaian pencapaian.

APAKAH KURIKULUM YANG MUNCUL DAN DIAMALKAN

DI INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA?

Kurikulum Formal

i. Kurikulum yang tersurat (manifested curriculum)

ii. Boleh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan

iii. Seperti yang terkandung dalam silibus. Kurikulum formal berfokus kepada:  Matlamat (goal)

KHUSUS

(21)

 Objektif

 Bahan yang menjadi kandungan  Struktur/susunan pengajaran

Kurikulum Tidak Formal

i. Melibatkan pembolehubah manusia (human variables) yang tidak dapat dikawal/dirancang terlebih dahulu.

ii. Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dan guru, yang melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku

iii. Jenis-jenis kurikulum tidak formal: a) Ko-Kurikulum

Aktiviti untuk menyokong kurikulum yang lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti ko-kurikulum bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-ko-kurikulum adalah seperti pasukan beruniform, berbagai-bagai jenis sukan, persatuan dan sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada setiap pelajar. Contohnya menerusi dasar 1Murid 1 Sukan.

b) Kurikulum Tersembunyi

Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis.

Apakah Jenis kuriklum yang dilaksanakan oleh negara-negara di dunia?

i. Kurikulum kebangsaan (senteralisasi): Contoh Malaysia

ii. Kurikulum sekolah (disentralisasi): Contoh US iii. Kurikulum wilayah (provensi): Contoh Jepun

Bolehkan anda membezakan ciri-ciri bagi ketiga-tiga jenis kurikulum tersebut?

Sumber-Sumber Kurikulum

i. Keperluan dan minat pelajar (Fokus kepada individu: pilihan bahan berasaskan keperluan, minat dan kebolehan individu pelajar)

ii. Nilai-nilai dan masalah masyarakat (Fokus terhadap interaksi sesama manusia untuk menghadapi masa depan)

iii. Isi kandungan atau penyusunan ilmu (Percaya pada dasarnya terdapat pengetahuan asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar)

Keseimbangan antara ketiga-tiga sumber adalah penting.

Prinsip-Prinsip Umum Formasi Kurikulum

Kualiti (Quality): Ke arahmeningkatkan pembangunan intelektual, psikologikal, fizikal dan sosial pelajar.

Kesaksamaan (Equality): kualiti pengalaman kepada semua pelajar.

Penumpuan kepada individu(Personalization): Program-program khusus untuk individu yag mempunyai kepelbagaian kebolehan tertentu.

(22)

RUMUSAN

(23)

2

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBAGAI

ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

PENGENALAN

Pendidikan tidak berdiri dengan sendirinya. Pendidikan merupakan interaksi di antara beberapa komponen dalam satu sistem untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Suatu bangsa yang bercita-cita besar dan luhur merupakan bangsa yang mulia dan bermaruah. Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak mungkin dapat dicapai tanpa perjuangan dan idealisme. Idealisme pula tidak mungkin akan terpancar tanpa falsafah. Falsafah yang didokong oleh sesuatu bangsa merakamkan cita rasa, visi dan pandangan hidup yang ingin dicapai dan dijayakan. Falsafah hidup dan kehidupan cemerlang yang diidamkan tidak mungkin terserlah dan terlaksana tanpa pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berkualiti dapat menjamin pembentukan individu yang unggul. Dari individu yang unggul pastinya terbina keluarga, masyarakat dan negara yang gemilang. Demikianlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dibentuk pada tahun 1988 yang mengungkapkan cita-cita rakyat Malaysia secara keseluruhannya. FPK menjadi menjadi amanah yang diletakkan di atas pundak para pendidik untuk melunasinya. FPK dibina pada asas falsafah yang kukuh menerusi gabungan falsafah pendidikan barat (FPB) dan falsafah pendidikan Islam (FPI).

PENGGUBALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Dari sudut sejarah, FPK lahir daripada proses yang panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Selepas merdeka (31 Ogos 1957), transformasi pendidikan perlu dilakukan secara total dan holistik kerana pendidikan warisan penjajah sudah tidak sesuai lagi untuk diamalkan dalam negara berdaulat dan majmuk ini. Hala tuju pendidikan perlu melihat ke hadapan kerana pendidikan itu sendiri adalah masa depan negara. Dengan syor-syor dari beberapa laporan dan penyata (Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1961 dan Jawatankuasa Kabinet 1979) dan dasar-dasar kerajaan semasa (seperti Akta Pelajaran 1961, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru) maka satu bentuk falsafah pendidikan diformulasikan dan didokumentasikan pada tahun 1988 yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

(24)

FPN tersebut kemudiannya disebut sebagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

Berdasarkan kepada FPN dan FPK yang dinyatakan, dapatkah anda menganalisis perbezaannya?

FPK ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga berkait rapat dengan perkembangan dunia dan pembangunan negara Malaysia yang berpaksikan kepada agama Islam. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Mohd Kamal Hassan (1988) menyatakan bahawa pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi “perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera.”

Sejarah pendidikan di Malaysia berperanan penting dalam membentuk FPK. Penyata Razak 1956, menyediakan asas dan kerangka yang kukuh bagi menjadi dasar dalam pendidikan negara dengan halatuju yang jelas iaitu menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum:

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini bukan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang merupakan acuan kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini boleh diibaratkan sebagai milestone kepada zaman pengukuhan dan kemaskini dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali dan dimurnikan bagi menyesuaikan pendidikan dengan perkembangan negara Malaysia. Laporan Kabinet 1979 adalah permulaan kepada pembentukan FPN yang lebih jelas. Laporan Kabinet 1979 memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum berorientasi tempatan yakni negara Malaysia. Buat pertama kalinya Malaysia mempunyai falsafah pendidikan yang disuratkan dalam bentuk dokumen pada tahun 1988 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara. FPN menjadi teras kepada sistem pendidikan negara. Perubahan masa ke era globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi sistem pendidikan negara. Semakan terhadap Akta 1961 dan lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu sahutan bagi menangani cabaran berkenaan. Pendidikan bertaraf dunia atau Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dijadikan objektif sistem pendidikan masa kini sebagaimana maksud beberapa akta pendidikan yang lain. Falsafah Pendidikan Negara mengalami pemurnian dari segi pengistilahan dan kandungan dan kemudiannya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan tidak lagi

(25)

berfokus kepada penyelesaian masalah perpaduan tetapi bagi menghadapi isu yang lebih global seperti keperluan guna tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai mengikut zaman. Apatah lagi, zaman ini dikenali sebagai permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan. Dalam ertikata yang lain, Malaysia mahukan rakyat dan modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat (e-workers & k-workers)

ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN: FALSAFAH BARAT

FPK tidak dibina secara tersendiri tetapi mempunyai acuannya. Acuan yang digunakan mengambil unsur-unsur yang terbaik dari aliran falsafah pendidikan barat iaitu perenialisme, progresivisme, esendialisme dan rekonstruksionisme yang mana setiap satunya berteraskan falsafah umum atau mazhab falsafah dari idealism, realism, pragmatism dan eksistensilisme.

Mazhab Falsafah Barat

Perkembangan ilmu akal di dunia ini dipengaruhi oleh empat mazhab dalam falsafah barat iaitu mazhab idealisme, mazhab realisme, mazhab pragmatisme dan mazhab eksistensialisme. Mazhab-mazhab falsafah ini terbentuk hasil dari pemikiran dan paradigma pelopor dan pendokongnya. Mazhab ini telah mempengaruhi semua disiplin ilmu di dunia termasuklah pendidikan. Secara ringkas perbandingan keempat-empat mazhab falsafah barat tersebut adalah seperti di Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Perbandingan ciri-ciri mazhab falsafah umum barat.

Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme

TRADISIONAL MODEN

Ciri Terawal & tradisional Tradisional Awal abad 20 di Amerika Syarikat/

(26)

ada dari satu generasi ke generasi yang lain atau antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kemunculan mazhab idealisme tersebut dipelopori oleh Plato.

Mazhab realisme pula menyangkal hujah yang dikemukakan oleh para pendokong mazhab idealism. Mazhab ini mementingkan kewujudan/keberadaan di dunia nyata untuk membuktikan kebenaran, bukannya di alam fikiran (sebagaimana yang dipercayai di dalam mazhab idealisme). Dari segi metafizik, fokusnya ialah kepada objek dan jirim. Dari sudut epistemologi, mazhab ini berpendapat seseorang manusia lahir dengan fikiran, kefahaman dan ingatan yang kosong (tabularasa). Oleh itu, pengetahuan adalah hasil interaksi manusia dengan alam sosialnya dan alam fizikal di sekelilingnya. Semakin banyak seseorang itu berinteraksi, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh. Dari sudut aksiologi, penerimaan sesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai itu dirujuk kepada sejauhmanakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan masyarakat. Oleh itu, nilai yang diterima boleh jadi berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Mazhab realisme ini dipelopori oleh anak murid kepada Plato iaitu Aristotle.

Bagi mazhab pragmatisme, pendokongnya berpendapat alam semesta tidak statik; sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan. Manusia yang menjadi salah satu komponen alam ini merupakan mahkluk yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi sosial, mental, fizikal, mobiliti dan tindakan. Pada setiap masa manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yang dilaluinya. Dengan itu, pendokong mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam pemikiran tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan & dibuktikan. Sebagai contoh, kehidupan selepas mati merupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran manusia. Mampukah sesorang menerangkan pengalaman kematian dan kehidupan selepas mati? Oleh itu, dapatkah anda rumuskan pandangan mazhab pragmatisme terhadap konsep metafizik? Dari sudut epistemologi, pengetahuan adalah hasil dari pengalaman yang diperoleh oleh manusia melalui perhubungannya dengan persekitaran. Oleh kerana pengetahuan manusia sentiasa berubah setiap hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka kebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula, ia sangat bergantung kepada situasi iaitu dari aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan diaplikasikan. Pelopor mazhab pragmatism ini ialah anak murid kepada Aristotle sendiri iaitu Socrates.

Mazhab falsafah yang seterusnya ialah eksistensialisme yang muncul pada era moden. Mazhab ini dipelopori oleh tokoh pemikir Eropah moden seperti Kierkegard, Jaspers dan Nietzsche. Mazhab eksistensialisme juga menekankan kepada pengalaman seseorang dalam menentukan kebenaran. Fokusnya ialah terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala tuju bagi mencapai kesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang bersifat individu. Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas menentukan persekitaran bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu pengetahuan seseorang adalah berpunca dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana individu bebas menentukan persekitaran sosial dan fizikalnya, maka semakin banyak interaksi seseorang itu dengan persekitarannya, maka semakin banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari sudut aksiologi pula, mazhab eksistensialisme berpendapat persoalan nilai adalah bersifat relatif kepada individu. Hal ini bermakna, seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau sebaliknya; tidak bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya.

Falsafah Pendidikan Barat

(27)

mempengaruhi aliran pemikiran dalam pendidikan barat seperti perenialisme, progresivisme, esensialisme dan rekonstruksionisme. Aliran falsafah pendidikan barat secara umumnya boleh dikategorikan kepada dua kumpulan mengikut ciri-ciri persamaannya iaitu aliran falsafah pendidikan tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan aliran falsafah pendidikan moden (progresivisme dan rekonstruksionisme).

Falsafah pendidikan perenialisme adalah berasaskan pemikiran Plato. Aliran falsafah ini berpendapat bahawa kebenaran adalah tulen yang bersifat sejagat dan tidak berubah dari dimensi ruang, masa dan budaya dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban dan tamadun manusia. Dengan itu, ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas dalam pendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke arah kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat, maka kurikulum adalah sama untuk semua pelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan fokus terhadap pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi mata pelajaran Kesusasteraan, Kemanusiaan, Bahasa, Sejarah dan Matematik. Guru merupakan orang yang berautoriti dalam bidangnya. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana guru merupakan orang yang pakar dan ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru tanpa soal. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi muda agar mereka berupaya untuk hidup harmoni dalam masyarakat kelak.

Fahaman aliran falsafah pendidikan perenialisme tidak disetujui oleh sebahagian tokoh pendidik seperti Charles Pierce, William James dan John Dewey. Mereka meletakkan kepercayaan bahawa kanak-kanak membesar dengan keupayaan untuk bertindak sebagai peneroka, penjelajah dan mengadaptasi terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya. Individu yang dilahirkan di dunia ini mempunyai potensi, minat dan bakat yang berbeza. Oleh itu pendidikan berperanan memberi kesempatan kepada murid-murid untuk mencorakkan minat dan bakat mengikut persekitaran dan masyarakatnya. Kurikulum mestilah member fokus kepada mata pelajaran Sains Sosial dan merentas disiplin. Aliran falsafah pendidikan progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat sendiri. Oleh itu peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Aliran falsafah pendidikan progresivisme telah menimbulkan keraguan kepada perkembangan pendidikan kerana matlamat pendidikan itu adalah individu pelajar bukannya masyarakat dan negara. Beberapa tokoh seperti William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed berpendapat pendidikan perlu kembali kepada saranan sebagaimana yang terdapat di dalam falsafah pendidikan perenialisme. Golongan ini kemudiannya membentuk aliran falsafah esensialisme. Menurut aliran falsafah ini pendidikan adalah bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama. Aliran ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk disampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di peringkat sekolah rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di peringkat sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran, matematik, sains, bahasa, kesusateraan dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting. Guru adalah sebagai pakar yang menguasai bidangnya dan sebagai role- model. Oleh itu guru perlu dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan kepada pelajar warisan budaya dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada.

(28)

iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu, proses pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu membimbing pelajar agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnya pelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik sesuai dengan masyarakat akan datang. Hubungkitan antara mazhab falsafah barat dan aliran falsafah pendidikan barat yang dijelaskan di atas dapat dilihat menerusi Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Pengaruh mazhab falsafah terhadap falsafah pendidikan barat

Sebagai perbandingan di antara falsafah pendidikan barat tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan falsafah pendidikan barat moden (progresivisme dan rekonstruksionisme) Rajah 2.2 dan Jadual 2.2 dapat memberikan penjelasan dari aspek perbandingan dengan jelas.

Rajah 2.2: Perbandingan ciri-ciri falsafah pendidikan tradisional dengan falsafah pendidikan moden.

MAZHAB FALSAFAH BARAT ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

(29)

Jadual 2.2: Perbandingan kriteria-kriteria yang terdapat dalam falsafah pendidikan barat.

Sekolah ialah institusi pendidikan formal Rumah ialah institusi pendidikan formal Sekolah agen kebudayaan Sekolah memajukan masyarakat Pendidikan matlamat masyarakat Pendidikan kembangkan potensi Pengetahuan sediakan pelajar untuk

Pendidikan bersepadu (kognitif, moral dan sosial)

Nilai bersifat objektif & tetap (berasaskan persetujuan)

Nilai bersifat subjektif (pandangan individu)

Pengetahuan & Pembelajaran

Tumpuan terhadap pengetahuan dan maklumat

Tumpuan terhadap penyelesaian masalah & peranan individu

Fokus kepada mata pelajaran (akademik) Fokus terhadap pelajar Kandungan subjek:

Pilihan guru

Penyusunan berurutan

Orientasi terhadap perkara lampau

Kandungan subjek:

 Pilihan guru & pelajar

 Susunan ikut kefahaman

 Orientasi kepada semasa & hadapan Kandungan subjek dibahagi kepada

Orientasi teks & bilik darjah Orientasi pelbagai bahan & masyarakat. Berkumpulan secara keseluruhan Keseluruhan, kumpuan kecil & individu Jadual yang tetap & masa seragam Jadual yang anjal & masa fleksibel Pelajar kumpulan yang „homogeneous‟ &

program khas

Pelajar kumpulan yang „heterogeneous‟ & program berbeza

Pengajaran berorientasi guru & pelajar pasif

Pengajaran berorientasi pelajar & pelajar aktif

Keseragaman dalam membina pengalaman bilik darjah dan situasi pengajaran

Kepelbagaian dalam membina pengalaman bilik darjah dan situasi pengajaran

Tujuan & Program

Fokus kepada sastera & sains Sepadu (satera, subjek praktikal & vokasional)

Pengkhususan Umum

Kurikulum ditentukan oleh guru, sekolah dan pusat.

Kurikulum berasaskan keperluan dan minat pelajar

Standard yang tinggi & cemerlang: Tumpuan khas kepada mereka yang cemerlang

(30)

Ciri-Ciri Falsafah Pendidikan Barat

Dualisme = Sistem pendidikan agama melawan sistem pendidikan sekular. Segmentasi = Ilmu sains menentang agama.

Pengkhususan = Fokus kepada satu aliran sama ada sains atau agama.

Fleksibel = Fokus kepada perkembangan sama ada kognitif, afektif ataupun psikomotor. Dinamik = Sentiasa menekankan penemuan baru & dunia baru berasaskan penerokaan,

inovasi dan kreatif.

ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN: FALSAFAH ISLAM

Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu dan sempurna. Islam tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah untuk beragama. Dalam Islam tiada falsafah tetapi mempunyai hikmah. Islam meletakkan kepercayaan di hadapan pemikiran. Kepercayaan bukan pemikiran. Sebagai contoh, dari segi segi pemikiran, orang yang pandai berenang dan boleh menahan nafas di dalam air selama 30 minit sudah pasti tidak menghadapi masalah ketika berada di dalam air. Walau bagaimanapun bolehkah orang tersebut menyelamatkan diri apabila ombak bergelora atau tsunami melanda? Ketika itu kepercayaan mengambil tempat apabila orang yang menghadapi musibah itu berkata ”Ya Allah” atau ”Oh my God”. Hal ini bermakna, fitrah manusia sebenarnya adalah beragama. Kehidupan dengan pengaruh persekitaran manusia itu sendiri yang menghasilkan pemikiran untuk menolak hidup beragama. Dari aspek cabang falsafah yang meliputi metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik, Islam memberi penekanan kepada kepercayaan dan ketuhanan yang mengawal pemikiran dan tindakan.

Metafizik: Mengenal kebenaran terhadap keesaan Allah sebagai pencipta. Banyak tanda-tanda kebenaran yang dibuktikan menerusi diri manusia itu sendiri, alam dan makhluk dan tanda-tanda kehebatan dan kebesaranNya.

Epistemologi: Ilmu yang benar bersumberkan al-Quran, Sunnah dan ilmu-ilmu akal yang lain berasaskan kebijaksanaan berfikir untuk penyelesaian masalah dan menjadikan kehidupan manusia bertambah sempurna, baik dan maju.

Aksiologi: Nilai kecantikan yang membentuk watak dan akhlak dalam diri manusia untuk mentadbir alam yang serba indah ini dengan sempurna.

Logik: Berfikir secara bijaksana untuk mencari kebenaran yang hakiki bagi menambahkan kecintaan terhadap kehidupan beragama.

Sebagai analogi, mengerjakan solat.

i. Mengapa perlu wuduk (mengambil air sembahyang) walaupun selepas mandi? ii. Mengapa perlu niat sebelum mengerjakan solat?

(31)

Indahnya solat dari segi metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik kerana ia mengandungi rahsia yang besar hikmahnya yang kini telah dibuktikan secara saintifik untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan, ummah. Di dalam solat Itulah terdapatnya contoh falsafah Islam.

Pendokumentasian Falsafah Pendidikan Islam

Pada peringkat awalnya, tidak terdapat sebarang bentuk falsafah pendidikan yang seragam untuk digunakan di semua negara-negara Islam. Semua negara menggunakan dan mengamalkan mengikut apa yang telah ditentukan oleh pemimpin negara masing-masing. Oleh kerana itu ada yang membentuk ideologi yang ekstrim (contohnya Iran dan Afganistan), falsafah yang diambil dari barat (contohnyaTurki) dan falsafah yang diadaptasikan dari negara-negara lain (Malaysia). Sehinggalah pada tahun 1977 apabila negara-negara Islam Sedunia (OIC) mengadakan satu persidangan khusus untuk membincangkan hala tuju, bentuk, proses dan hasil tentang pendidikan. Maka Falsafah Pendidikan Islam didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dalam membina Falsafah Pendidikan di negara-negara yang mengiktiraf negaranya sebagai negara Islam.

”Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.”

Berdasarkan falsafah pendidikan Islam tersebut, terdapat beberapa komponen yang perlu diberi perhatian iaitu bentuk pendidikan, proses pendidikan dan hasil pendidikan sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.3.

Bentuk Pendidikan

Proses Pendidikan Hasil Pendidikan

Rajah 2.3: Hubungan komponen bentuk, proses dan hasil dalam falsafah pendidikan Islam  Berterusan

 Menyeluruh  Bersepadu  Seimbang  Harmoni

 Diusahakan berterusan  Orientasi pelajar

 Bersepadu & menyeluruh (Rohani, intelek, emosi, jasmani)  Gabungjalin & penerapan  Keseimbangan

Intrinsik: Individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh.

(32)

HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

ISLAM DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Rajah 2.4: Hubungkaitan antara falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(33)

Rajah 2.5: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai falsafah eklektik

RUMUSAN

Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis, holistik, sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran. Falsafah pendidikan pula memberi sumbangan terhadap kejelasan dan ketepatan makna, penetapan matlamat/ objektif, menggerak pemikiran, pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah serta pemilihan nilai yang tepat. Falsafah pendidikan barat (perenialisme, progresivisme, esensialisme dan rekonstruksionisme) berteraskan mazhab falsafah umum barat iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Falsafah pendidikan Islam menekankan unsur bersepadu, meyeluruh dan seimbang merangkumi roh, akal dan jasad. Falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam digabungkan untuk menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bersifat eklektik. FPK mengandungi maklumat secara tersurat & tersirat tentang bentuk, proses dan hasil pendidikan di Malaysia. Kandungan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani did lam FPK menjadi fokus dan matlamat pendidikan negara. Pelaksanaan pendidikan menekankan elemen menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam usaha mengembangkan lagi potensi individu. Seterusnya dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan seimbang dalam usaha mencapai tahap negara maju yang gemilang.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERSIFAT EKLEKTIK.

(Falsafah eklektik bermaksud gabungan atau paduan dari pelbagai

sistem dan falsafah yang dipilih ataupun falsafah pendidikan yang tercipta

(34)

3

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KE ARAH

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

PENGENALAN

Sputnik merupakan kapal angkasa yang telah mengubah dunia dari segi perlumbaan ilmu. Amerika Syarikat yang pada mulanya begitu angkuh mengatakan bahawa sistem pendidikannya adalah yang terbaik di dunia membisu dan tunduk kepada kecanggihan teknologi Rusia yang secara diam telah melancarkan kapal angkasanya untuk mendarat di bulan. Rusia telah membangunkan pendidikan melalui pengisian kurikulumnya ke masa depan meninggalkan pendidikan Amerika jauh ke belakang apatah lagi negara-negara yang lain. Tersentak dengan kejutan itu, Amerika Syarikat kemudiannya telah rombakan dan menggubal semula dasar pendidikan, sistem pendidikan dan orientasi kurikulumnya agar dapat menguasai sistem pendidikan terbaik dunia sebagaimana yang didakwanya. Hal tersebut menjelaskan bahawa pendidikan dan kurikulum adalah suatu yang dinamik dan sentiasa perlu berubah dengan tuntutan semasa yang disuaipadankan kepada keintelektualan manusia dan pembangunan negara selaras dengan tuntutan agama, ideologi, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Dalam konteks Malaysia, perkembangan pendidikan yang berlaku adalah dari suatu kesinambungan warisan yang panjang bermula dengan sistem pendidikan agama, bertukar kepada sistem pendidikan vernakular semasa era penjajahan, sistem pendidikan kebangsaan mengikut acuan barat selepas kemerdekaan, sistem pendidikan kebangsaan mengikut acuan Malaysia yang menggunakan kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pendidikan lepasan menengah. Dari kurikulum yang bersifat vernakular, Malaysia telah mengubah kepada bentuk bersepadu dan kini berteraskan standard yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan halatuju pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988, falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan digambarkan melalui penyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

Referensi

Dokumen terkait