• Tidak ada hasil yang ditemukan

ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU Kualiti Guru Profesional

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 182-185)

Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang profesional seperti berikut:

i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan:

Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan motivatif.

ii. Bermatlamat yang jelas:

Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan. Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain.

iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah:

Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya.

iv. Berkebolehan komunikasi yang baik:

Guru yang dapat menyampaian pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen “humor”. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana

pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas berlangsung. v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid:

Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya).

vi. Berupaya memberi yang terbaik:

Guru yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran.

vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam:

Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang ditetapkan.

viii.Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan:

Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik dan boleh dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar. Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan dibentangkan oleh Dato‟ Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) untuk hayati dan diamalkan oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab perkhidmatannya. Beliau menjelaskan guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya melahirkan „persekolahan berwatak‟ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.

Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut merupakan adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan oleh negara-negara Islam dalam Muktamar Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977, semua negara-negara Islam sedunia telah

184 menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat di negara- negara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu:

 Tawadhu‟

 Berakhlak

 Insan berilmu („alim)

 Memiliki taraf akademik yang baik

 Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat

Etika Profesionalisme Keguruan

Salah satu cabang falsafah ialah aksiologi yang membincangkan persoalan tentang teori nilai iaitu etika dan estetika. Etika khusus membincangkan tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Perkataan etika berasal dari bahasa Yunani iaitu „ethos‟ yang bererti watak kesusilaan atau

adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya disamaertikan dengan moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa Latin iaitu „mos‟ atau „mores‟ yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik (kesusilaan). Manakala akhlak dari bahasa Arab yang bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan (al-Ghazali). Maksud yang biasa digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Ia berkaitan dengan tingkah laku, adat dan cara hidup; serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut Kamus Dewan IV (2005) etika membawa maksud suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam konteks Islam etika merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Ahmad Sarji (1992) menyatakan etika professional ialah semua garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini.

Nilai-Nilai Utama Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam

Guru sebagai penjawat awam juga perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Amalan terhadap nilai-nilai ini dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

 Ikhlas  Tekun  Dedikasi  Penyayang

 Benar  Bersyukur  Bijaksana  Bekerjasama

 Amanah  Taat setia  Sederhana  Berbudi mulia

Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang guru. Nilai tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan.

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 182-185)