Penstrukturan semula sistem pendidikan negara telah membawa perubahan dalam sistem perundangan yang berkait dengan pendidikan. Reformasi pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan. Struktur dan sistem pentabiran pendidikan telah berubah dengan Akta Pendidikan 1996. Satu perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa aspek penting dalam sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir pendidikan utama. Gelaran baru yang diberikan kepada pentadbir pendidikan termasuk Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir Sekolah dan Pengarah Peperiksaan. Struktur dan organisasi bam mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem
pendidikan. Usaha ini hampir sama dengan apa yang berlaku di negara England dan Wales di rnana Akta Pendidikan yang diperkenalkan oleh RA Butler pada tahun 1944 tidak lagi mengekalkan struktur tradisonal. Perkembangan signifikan yang didapati dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1993 di England dan Wales ialah perubahan dalam konsep kerjasarna di antara pihak berkuasa pusat dan tempatan. Pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan di kedua-dua negara itu kini lebih berbentuk kawalan berpusat di mana Setiausaha Negeri untuk Pendidikan dan Sains (Setiausaha Negeri) bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan (Harris, 1995). Pada masa ini, undang-undang pendidikan yang dibentukkan telah menambahkaan kuasa Setiausaha Negeri di negara England dan Wales. Walau bagaimanapun, kuasa itu hanya digunakan melalui bantuan yang diberikan oleh agensi yang dilantik oleh kerajaan. Contoh dua agensi ialah Majlis Tabung Pendidikan Lanjutan yang dibentuk melalui Akta Pendidikan Tinggi dan Lanjutan 1992 dan lembaga tabung pendidikan untuk sekolah yang ditubuhkan melalui Akta Pendidikan 1993.
Pengaruh yang rapat di antara undang-undang dan pendidikan telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan akauntabiliti dalam persediaan perkhidmatan pendidikan. Pendidikan sebagai satu cara untuk menguasai ilmu dan kemahiran dianggap jentera signifikan mewujudkan masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Isu yang timbul ialah siapakah yang harus diberikan tanggungjawab yang lebih terhadap sistem pendidikan? Siapakah yang perlu menjadi lebih akauntabiliti? Muir (1986) berpendapat bahawa ramai individu khuatir dengan isu tersebut contoh para pendidik, ibu bapa dan pentadbir. Tanggungjawab Menteri Pendidikan terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah tambah di bawah Akta Pendidikan 1996. Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah diberikan kepada Menteri Pendidikan. Akta tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri Pendidikan. Keadaan ini adalah hampir sarna dengan negara United Kingdom di mana Setiausaha Negeri dilaporkan telah memperolehi lebih daripada dua ratus jenis kuasa yang berbeza di bawah Akta Reforrnasi Pendidikan 1988. Dengan berbagai jenis kuasa yang diberikan, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pendidikan di United Kingdom dalam mentadbirkan sistem pendidikan telah bertambah. Satu faktor yang menyebabkan keadaan ini ialah akibat peningkatan dalam bilangan sekolah jenis grant maintained. Bidang kuasa Setiausaha Negeri mengalami pertambahan lebih lagi apabila Akta Pendidikan 1993 untuk England dan Wales dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak tertentu sebab objektif Akta Pendidikan 1993 di negara England dan Wales adalah rnenuju ke arah pemusatan kuasa.
Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan. Kuasa tersebut tertakluk kepada satu syarat iaitu Ketua Pengarah Pendidikan mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini memberikan peluang kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta Pendidikn 1996. Beliau menasihat Menteri Pelajaran mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4 (1) memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk bertindak mengikut pertimbangan diri merupakan dua dari yang khusus. Ia adalah hampir sama dengan ciri yang telah dilaporkan oleh Ramsay dan Shorten 1996:9) dalam kes Australian Teachers' Union menentang Minister for Education of Victoria (1995) di mana kuasa itu telah dihuraikan sebagai an obscure blend 0/
specific enabling powers and ministerial discretion. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di
198 dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh Menteri di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1).
Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sama dari segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab Menteri Pelajaran. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada Menteri, pengurusan sumber-sumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menyeluruh pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan
Selain daripada itu, Menteri Pendidikan diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan arahan khas. Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk kepada dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai, kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apabila syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.