• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURIKULUM KEBANGSAAN DAN KURIKULUM SEKOLAH 1 Kurikulum Kebangsaan

Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan sebagai suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbirurus secara ‟top down‟. Hal ini kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang berkaitan dengannya turut berbentuk berpusat termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat dilaksanakan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

 Keadilan untuk semua murid.  Perancangan yang menyeluruh.

 Pemantauan yang komprehensif.  Pengurusan kurikulum yang sempurna.

 Keseragaman untuk semua sekolah dan murid.  Peruntukan kewangan yang mudak dikendalikan.

Kurikulum kebangsaan turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal merupakan kurikulum yang yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat sebagai kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu (i) Kurikulum formal (ii) Kurikulum tidak formal. Kurikulum formal yang juga dikenali sebagai kurikulum akademik, mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan Pukal Kurikulum, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Mata Pelajaran sebagai panduan kepada guru-guru mentafsir dan menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah (KSSR) guru dibekalkan dengan buku Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. KPM juga membekalkan buku teks sebagai rujukan utama kepada guru-guru dan murid-murid.

Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Aktiviti kurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan kerana KPM meletakkannya sebagai syarat wajib kepada setiap pelajar menganggotai mana-mana kelab, persatuan atau unit beruniform. KPM juga telah membuat dasar 1 murid 1 sukan untuk memberi peluang kepada setiap murid terlibat dalam satu jenis sukan yang diminati. KPM dan KPT juga telah meletakkan syarat bahawa penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum akan memberi sumbangan 10 peratus kepada kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan IPT.

2.

Kurikulum Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah berkenaan. Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib mempelajari mata pelajaran dalam kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari mana-mana mata pelajaran dari kumpulan elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini sangat ketara pada peringkat sekolah menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor fizikal. Faktor kemanusiaan mencakupi guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi dan Bilangan murid yang tidak mencukupi. Manakala faktor fizikal meliputi prasarana tidak mencukupi/ tiada dan peralatan tidak mencukupi/ tiada.

90 Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan menilai kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut kesesuaian dan keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian. Guru juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan yang dirasakan sesuai dan berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian dan alat ujian untuk menilai keberkesanan pengajarannya. Selain dari kurikulum formal, kurikulum tidak formal juga merupakan komponen dalam kurikulum sekolah. Kurikulum tidak formal mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum yang juga berbeza mengikut sekolah. Sekolah boleh menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum jika mempunyai kepakaran, tempat dan kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar setiap sekolah adalah sekolah berwatak. Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi identity sekolah tertentu. Contohnya Sekolah Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah (Johor) dikenali pada pringkat dunia kerana pancaragam.

Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum tersembunyi. Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum tersembunyi dikatakan lebih mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang. Kurikulum tersembunyi dirancang kerana pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan guru-guru. Contohnya perlantikan pengawas sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang terpilih kerana mempunyai bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang. Setiap aktiviti dalam badan pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu mengembangkan potensi murid tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari pengawas-pengawas ini seorang pemimpin negara yang berwibawa.

Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan. Melalui bersukan/ bermain semangat perpaduan, bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, hormat- menghormati akan muncul dengan sendirinya. Pemain bola sepak akan gembira dan berpelukan antara satu sama lain (walaupun dari kaum yang berbeza) apabila jaringan gol ke pihak lawan dapat dilakukan. Untuk menjaringkan gol tersebut setiap pemain memainkan peranan untuk bekerjasama antara satu sama lain. Setiap pemain dalam apa posisi akan saling menyokong untuk membantu penyerang menghasilkan gol kemenangan. Bolehkah nilai seperti itu terbentuk di tempat lain?

Dalam konteks Malaysia kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada landasan yang sama tetapi pada peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum kebangsaan adalah menefestasi terhadap apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala pada peringkat sekolah, kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa yang telah dibentuk pada peringkat pusat. Segala apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan melalui berbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dapat dilihat menerusi Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Penterjemahan kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah

PERANAN KURIKULUM KEBANGSAAN