• Tidak ada hasil yang ditemukan

APAKAH TUJUAN SESUATU DASAR PENDIDIKAN DIBUAT?

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 108-112)

Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya secara tersusun dan harmonis. Dalam konteks pendidikan, Sufean Hussin (2002) telah mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi.

1.

Dasar Kawalan Dalam Pendidikan

Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah akta, peraturan. Undang-undang, disiplin, kod etika dan tatatertib:

2.

Dasar Solusi Dalam Pendidikan

Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Pendidikan merupakan proses yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia, manusia dengan persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah:

Dasar Penjelasan Tujuan

60% Sains 40% Sastera Menyelesaikanmasalah tenaga kerja mahir dalam sains dan teknologi untuk memacu pembangunan negara.

1 Pelajar 1 Sukan Menyelesaikan masalah obesiti, menanamkan minat bersukan dan meningkatkan mutu sukan negara.

PPSMI Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

MBMMBI Memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa bahasa Inggeris. Integrasi Nasional Membentuk perpaduan.

Keciciran Sifar Pendidikan untuk semua.

Sekolah Selamat Mempastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah.

3.

Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan

Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu dan struktur sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks pendidikan, dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah:

Dasar Penjelasan Tujuan

Pendidikan percuma Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban kewangan rakyat.

Pinjaman Buku Teks Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban kewangan rakyat.

Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu, derma)

Tingkatkan peluang pendidikan untuk semua. Dasar Bantuan Kewangan

(Biasiswa, PTPN, KWAMP, zakat)

Tingkatkan peluang meneruskan pelajaran.

Perlindungan Pelajar (Skim Insurance Pelajar)

Melindungi pelajar jika berlaku kemalangan. Pembangunan Pendidikan

Luar Bandar

Pendemokrasian pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan

4.

Dasar Inovasi Dalam pendidikan

Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam pendidikan menerusi idea, bahan dan kaedah. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini. Contoh dasar-dasar jenis ini dalam pendidikan ialah:

110

Dasar Inovasi Penjelasan Tujuan

Pemerkasaan Sekolah Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi

Pembestarian Pendidikan Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan sekolah, kurikulum, kaedah, bahan dan pentaksiran.

Pembangunan Modal Insan Membangunkan potensi pelajar menerusi Sekolah Sukan (Bukit Jalil & Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru & Kuching) dan sekolah projek.

Pendidikan Berterusan Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme.

DASAR-DASAR PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA 1. Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sifat dan perwatakan yang mempunyai kesopanan dan kesantunan yang tinggi, berbahasa yang halus dan berkeperibadian yang yang mulia. Bagaimanakah masyarakat Melayu dapat mengekalkan nilai-nilai tersebut? Masyarakat Melayu tradisional sentiasa berpegang teguh kepada kepercayaan beragama Islam dan amalan adat. Ingatkah anda dengan pepatah Melayu "Agama dijunjung, adat dikelek" dan "Biar mati anak jangan mati adat"? Apakah yang anda faham tentang kedua-dua pepatah tersebut? Kerana itulah Malaysia mahu maju dengan acuan sendiri. Acuan dengan ciri-ciri budaya timur yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pendidikan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun, gurindam, seloka, syair dan mantera), tenunan & cetakan fabrik (menerusi batik), pertukangan dan ukiran (perahu, rumah dan senjata), pertahanan diri (persilatan), hiburan &permainan (tarian istana, wau, sepak raga, congkak dan gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama. Pendidikan jenis ini telah membentuk jati diri masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesantunan, kerajinan, kreatif, tegas dan taat.

2.

Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 1800)

Sikap dan sifat yang ada pada masyarakat Melayu tradisional telah membawa padah ibarat ayam terlepas, tangan berbau tahi. Apabila Melaka jatuh kepada kuasa penjajah Portugis pada 1511, kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin lenyap. Masyarakat Melayu hilang warisan kerajaan beraja di Melaka. Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat. Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian. Dasar peminggiran pendidikan tersebut berterusan semasa pemerintahan Belanda. Sikap tidak ambil peduli oleh penjajah menyebabkan pendidikan menjadi beku. Pihak penjajah lebih memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi dan perkembangan agama Kristian.

3.

Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 1957)

Ibarat baling batu sembunyi tangan. Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris telah mengambil kesempatan di atas sifat dan sikap yang ada pada masyarakat Melayu. Inggeris telah menstrukturkan semula penduduk Tanah Melayu dan masyarakat Melayu. Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka atas alasan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Masyarakat dan ekonomi disusunaturkan

dengan masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan kawasan perlombongan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong. Manakala msyarakat India diletakkan di kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh ladang dan buruh penyelenggara keretapi.

Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum, ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan. Melalui dasar pendidikan ini, sekolah vernakular diperkenalkan, murid-murid diasingkan mengikut kaum dengan falsafah, dasar dan sistem pendidikan yang berbeza. Dari segi struktur hirarki sosial, penjajah Inggeris sangat memberi perhatian kepada raja-raja dan pembesar Melayu dengan pembinaan sekolah khas iaitu MCKK untuk anak-anak mereka tetapi mengasingkan golongan masyarakat Melayu bawahan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan dapat dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga 1957. Walaupun Tanah Melayu pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun 1941 – 1945, namun kuasa Jepun hanya memberi tumpuan dengan dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan Jepun. Inggeris meneruskan dasar apabila kembali memerintah Tanah Melayu dari 1945 hinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

4.

Dasar Reformasi Pendidikan (1957 1979)

Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya berkumpul juga. Pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang cemerlang pada era kemerdekaan. Penyata Razak 1956 menjadi batu asas kepada sistem pendidikan berbentuk kebangsaan. Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan. Pendidikan peninggalan penjajah beransur-ansur diubah ke arah kebangsaan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan. Reformasi pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib 1960 dan pembentukan Akta Pelajaran 1961. Malaysia sudah ada garis panduan untuk mengembangkan pendidikan kebangsaannya. Pemurnian pendidikan di Malaysia dilakukan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Hala tuju pendidikan, dasar-dasar dan sistem pendidikan negara lebih berorientasikan Malaysia. Apabila penyusunan dan penstrukturan semula pendidikan dilakukan, barulah disedari bahawa ramainya bangsa Malaysia yang hebat meskipun lahir dan membesar di kawasan kampung dan pedalaman yang terpencil.

5.

Dasar Inovatif Pendidikan (1980 1990)

Belum berdiri, sudah berlari. Malaysia memacu hebat sektor pendidikan dalam dekad 1980-an sehinggalah dekad 1990an. Aplikasi perubahan-perubahan hebat yang berlaku dalam pendidikan meliputi, idea, kaedah dan bahan. Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang seimbang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982 dan enam tahun berikutnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1988 sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dengan satu visi, Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

6.

Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 2000)

Dekad ini menyaksikan pendidikan di Malaysia dicorakkan mengikut tuntutan semasa menerusi penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 dan penggubalan Akta Pendidikan 1996. Dasar liberalisasi

112 pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil dijamin kewujudannya dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis (Cina/Tamil). Begitu juga penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti/ kolej di luar negara dengan institusi tempatan. IPT (awam) tempatan juga mengalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Pada peringkat sekolah, penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah.

7.

Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 2020)

Alaf baru menyaksikan dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan diperluaskan pada peringkat antarabangsa bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020. Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam bererapa kategori seperti sekolah bestari, sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi. Begitu juga dengan IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia.

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 108-112)