• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATAR PEMBENTUKAN AKTA 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 193-195)

Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk membawa kepentingan negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan pendidikan pada peringkat dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu beberapa akta berkaitan dengan pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Majlis Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996. Langkah mengimplementasi akta-akta demikian menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara semakin dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan lebih eksplisit. Di samping itu, institusi pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu rangka perundangan yang berbentuk kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi dengan kes seperti pengawalan kurikulum, disiplin, kuasa guru dan kecuaian.

Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan pada masa itu ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio- budaya serta politik. Prinsip umum Akta Pelajaran 1961 adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana akta tersebut digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sama, pertimbangan juga diberi kepada kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan.

194 Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal dilaksanakan dengan berkesan.

Menjelang abad ke-21, era digital dan maklumat telah berkembang pesat dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran. Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan seseorang individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya Lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Ia telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 ( juga dikenali sebagai Akta 550). Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendldikan yang seragam dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di dalam RMK-7 (1996-2000) dinyatakan:

“….. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the regulatory framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted. Among others, the Act will strengthen the concept oj a national system oj education by including all levels and types of education and bringing within its ambit, pre-school, post-secondary and special education. At the primary and secondary levels, public and private educational institutions will be required to use thenational curriculum.”

Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pentingnya menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni diakui membantu melengkapkan masyarakat dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah di mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun (seksyen 29). Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa Menteri Pendidikan seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan mengawal tahap pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh Menteri Pendidikan dalam berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan juga telah meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen 54), membuat peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang merupakan hak mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Parlimen.

Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan adalah diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa pembangunan pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang diambil adalah berasaskan keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu, tingkahlaku Menteri bukan seperti yang telah dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free standing nism acting on the education system of his own motion as a free agent. Perundingan di antara beberapa kumpulan pakar dengan koordinasi tertentu sebelum sesuatu tindakan diambil. Ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan komitment yang tinggi. Rundingan dan koordinasi antara individu dalam melaksanakan dasar pendidikan bermakna pendapat

bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh jabatan yang lain adalah tidak munasabah.

P = Peraturan. Rajah 11.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Rumusan Akta Pendidikan 1996:

 Diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996.

 Mendapat perkenan oleh Yang Dipertuan Agung.  Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550.  Akta 550 kemudiannya dikenali Akta Pendidikan 1996  Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961.  Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.

 Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju

 Inti pati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Jawatan-kuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979).

AKTA PENDIDIKAN DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN

Dasar Konseptual Akta Pendidikan

Undang-undang yang berkait rapat dengan pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris adalah mempunyai ciri-ciri jurisprudens berbentuk positivists. Latarbelakang ini telah menjadi asas pembentukan dasar konseptual Akta Pendidikan. Tumpuan utama Akta Pendidikan ialah untuk membangunkan sistem pendidikan awam di mana sebuah jabatan pendidikan dibentuk untuk mencapai matlamat itu (Ramsay dan

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 193-195)