• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKOP DAN KATEGORI KURIKULUM

Walaupun kurikulum mempunyai senarai definisi yang berbeza tetapi kita masih mampu untuk menyusunnya mengikut skop dan kategori. Terdapat ciri-ciri persamaan dan perbezaan bagi setiap satu definisi yang dikemukakan.

1. Tyler (1949) menjelaskan bahawa sesuatu kurikulum yang sempurna mestilah dapat menyelesaikan empat persoalan berikut:

 Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh negara/ sekolah? (Matlamat)

 Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai tujuan pendidikan? (Kandungan)

 Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran yang berkesan? (Kaedah)

78 2. Taba, H. (1962) menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori

berikut:

 Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik. (Objektif)  Pemilihan dan penyusunan isi kandungan. (Kandungan)  Pola pengajaran dan pembelajaran. (Kaedah)

 Penilaian hasil pembelajaran. (Penilaian)

3. Beauchamp (1968), menyatakan kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut:

 Pernyataan tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai menerusi sekolah.

 Objektif dan penyusunan isi kandungan untuk setiap mata pelajaran.  Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru.

 Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian objekif dan matlamatnya.

4. Oliva (1982 & 1997) telah mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan falsafah kepada tiga belas seperti berikut:

 Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah  Kurikulum ialah satu set mata pelajaran  Kurikulum ialah isi kandungan mata pelajaran  Kurikulum ialah program-program pengajian  Kurikulum ialah suatu set bahan

 Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus

 Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif pencapaian  Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian

 Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku dalam sekolah, termasuk aktiviti kelas tambahan, bimbingan dan hubungan interpersonal

 Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah  Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah

 Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah

 Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan. 5. Mohd Daud Hamzah (1993) mengkategorikan kurikulum kepada tujuh iaitu:

 Kurikulum sebagai usaha  Kurikulum sebagai objektif

 Kurikulum sebagai suatu rancangan  Kurikulum sebagai suatu pengalaman  Kurikulum sebagai Isi mata pelajaran  Kurikulum sebagai pembinaan insan  Kurikulum sebagai unsur kebudayaan

6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop:

i. Kurikulum sebagai suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh murid-murid di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini dirancang oleh pihak sekolah atau tidak.

ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah.

iii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh guru-guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

7. Doll (1996) membahagikan kurikulum kepada empat kategori:  Pendidikan formal dan tidak formal

 Apa yang dipelajari oleh murid (isi kandungan).  Bagaimana mempelajari isi kandungan (proses).

 Bentuk outcome (pengetahuan, kefahaman, kemahiran, sikap, penghargaan dan nilai). 8. Yusup Hashim (2000) membahagikan definisi kurikulum kepada dua skop:

i. Skop definisi yang luas/umum:  Kurikulum sebagai sistem  Kurikulum sebagai pengalaman  Kurikulum sebagai bidang kajian  Kurikulum sebagai mata pelajaran ii. Skop definisi yang kecil/spesifik:

 Kurikulum sebagai tujuan  Kurikulum sebagai hasilan  Kurikulum sebagai strategi  Kurikulum sebagai konteks  Kurikulum sebagai kandungan  Kurikulum sebagai satu rancangan

9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum kepada lapan iaitu:

Definition 1: Curriculum is such “permanent” subjects as grammar, reading, logic, rhetoric,

mathematics, and the greatest books of the Western world that best embody essential knowledge.

Definition 2: Curriculum is those subjects that are most useful for living in contemporary society.

Definition 3: Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible.

Definition 4: Curriculum is all the experiences learners have under the guidance of the school. Definition 5: Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they

80  Definition 6: Curriculum is what the student constructs from working with the computer and its

various networks, such as the Internet.

Definition 7: Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of human situations.

Definition 8: Curriculum is all the experiences that learners have in the course of living.

Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai. Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan sebenarnya guru sudah merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap hala tuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui, difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang dihasratkan. Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat dilihat menerusi Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Kategori dan skop kurikulum KANDUNGAN