• Tidak ada hasil yang ditemukan

MISI PENDIDIKAN

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 143-147)

Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

WAWASAN 2020

(Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9 cabaran: • Membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri. • Membangunkan masyarakat demokratis yang matang.

• Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya • Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.

• Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif. • Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. • Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. • Mewujudkan masyarakat yang makmur.

144 ke sekolah Inggeris untuk mendapatkan pekerjaan dan menjawat jawatan penting. Pemupukan dasar utilitarian Inggeris menerusi pendidikan telah memberikan kesan yang besar terhadap kejayaan dasar pecah dan perintah. Kesan dasar pecah dan perintah telah memecahbelahkan masyarakat dari segi perpaduan kaum dan hirarki sosial. Sebahagian besar rakyat masih dibelengu masalah buta huruf.

Apabila Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 dan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, pendidikan kebangsaan menjadi agenda utama kerajaan untuk membentuk perpaduan dan melahirkan tenaga kerja untuk membangunkan negara. Perancangan pembangunan pendidikan yang mantap bermula dengan syor-syor yang terdapat di dalam Penyata Razak 1956 diikuti dengan Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Kesemua dokumen tersebut menyarankan tentang pembentukan pendidikan kebangsaan, pendidikan percuma, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam. Perancangan pembangunan pendidikan era tersebut menggunakan perdekatan berorientasikan permintaan masyarakat khususnya untuk mencapai matlamat perpaduan negara dan tenaga kerja mahir disebabkan pada masa tersebut negara sedang mengalami proses pembangunan semula.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) ditubuhkan pada tahun 1964. Ia bertanggungjawab mengumpul segala statistik berhubung dengan pendidikan negara termasuk kewangan. Ia dianggap sebagai pejabat perangkaan Kementerian Pendidikan dan mempunyai hubungan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Satu suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau status guna tenaga buat pertama kalinya, iaitu pada tahun 1965. Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan berlakunya ketidakseimbangan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal pada tahun 1970 dengan matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat berbilang kaum. Seterusnya Rancangan Malaysia Ketiga (1976–1980) mula memperlihatkan tanda–tanda teori ekonomi diserapkan dalam perancangan pendidikan. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, perancangan pendidikan di Malaysia bertukar kepada pendekatan pelunjuran guna tenaga. Ia mengambil kira pengeluaran guna tenaga untuk meseimbangkan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia.

RANCANGAN MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) dari tahun 1966 – 1970. RMK1 antara lain telah mensasarkan perkara-perkara berikut:

i. Memperbaiki taraf pendidikan. ii. Penyediaan kemudahan pendidikan iii. Mempelbagaikan latihan pendidikan.

iv. Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan. v. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar.

Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat pendidikan negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata ampuh untuk membasmi kemiskinan. Usaha ini adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan meletakkan sasaran 20 tahun (1970 – 1990) untuk mencapainya.

Dalam RMK2 (1971 – 1975) sasaran dalam bidang pendidikan ialah:(i) Orientasi pendidikan ke arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi. (ii) Menyediakan peluang pendidikan dan latihan ke arah melahirkan tenaga rakyat bagi keperluan negara. (iii) Sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan jurang peluang pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Dalam RMK3 (1976 – 1980) pendidikan dirancang untuk memainkan peranan: (i) Pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, (ii) Usaha menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan dan (iii) Penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi.

Pada tahun 1979, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada dekad 1980an, pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan di luar bandar dan kurang berkemampuan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan Tambahan.

RMK4 (1981 – 1985) masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di samping menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara telah disasar untuk dicapai pada tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Dalam RMK5 (1986-1990), peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah bertujuan pemupukan perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan permintaan yang semakin bertambah di dalam negara. Dalam dekad 1990an, banyak perkembangan pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar pendidikan. Antaranya ialah: (i) Pembentukan Akta Pendidikan 1996. (ii) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996). (iii) Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 1996). (iv) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan 2000). Antara perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah: i. Perkembangan ICT dalam pendidikan. Penubuhan Sekolah Bestari dalam tahun 1999.

ii. Penubuhan kolej matrikulasi dan kolej komuniti.

iii. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan kemudiannya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

iv. Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Pada tahun 1991, negara telah bergerak ke arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan berusaha melalui RMK6 (1991 – 1996) untuk mencapai matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi Baru telah tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih lagi diteruskan khususnya terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Mutu pendidikan dan latihan ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh.

Dalam RMK7 (1996 – 2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan teknologi. Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil. RMK8 (2001 – 2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sektor pendidikan. Antaranya ialah:

146 i. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif.

ii. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru.

iii. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari.

Dalam tempoh RMK9 (2006 – 2010), usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh. Agihan peruntukan Dalam RMK 9 (2006 – 2010) terhadap pendidikan ialah RM 23.198 bilion yang merupakanperuntukan terbesar berbanding sektor lain untuk dibelanjakan sehingga tahun 2010.

• Prasekolah (RM 327.3 juta): untuk 2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang. • Sekolah Rendah (RM 4.1 bilion): bagi menyediakan 13,000 Bilik Darjah (68% luar bandar) dan

meningkatkan bilangan sekolah satu sesi daripada 86% kepada 90% dan mengurangkan saiz kelaskan kepada 30 murid.

• Sekolah Menengah (RM 4.5 bilion): bagi mengurangkan kesesakan murid dalam Bilik Darjah dengan menyediakan 10,000 BD (57% luar bandar); menambahkan bilangan sekolah satu sesi daripada 65% kepada 70%; mengurangkan saiz kelas kepada 30 orang murid.

• Sekolah Bantuan Kerajaan (RM108.4 juta) bagi belanja mengurus 1,755 buah sekolah.

• Menjelang 2020 negara mensasarkan Sekolah Kebangsaan lebih adil dan saksama kepada orang awam daripada pelbagai kaum.

• Murid Cina dijangka bertambah daripada 6% (2005) kepada 12% (2010). • Murid India dijangka bertambah daripada 43.2% (2005) kepada 60% (2010).

• Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang 2010, 50% guru Sekolah Rendah berijazah).

Dalam RMK 10 (2011 – 2015), arah perkembangan pendidikan negara adalah seperti berikut: (i) Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. (ii) Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.(iii) Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 Misi : ‘Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional’

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun (2005 – 2010) sepanjang pelaksanaan RMK 9. Ia merupakan beberapa cabaran yang perlu ditangani oleh KPM dalam usaha untuk mencapai wawasan negara menjelang tahun 2020. Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu:

i. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. ii. Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk

memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu memepertahankannya ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam pendekatan pertama, pihak KPM hendak memastikan semua pelajar mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada persekolahan hanya semata-mata disebabkan kemiskinan. Di samping itu, KPM juga berharap semua sekolah mampu melakukan akses terhadap ICT khususnya internet. Melalui pendekatan kedua, pihak KPM memfokus terhadap semua jenis sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun dan Sekolah Menengah Teknik.

Dalam dokumen Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala (1) (Halaman 143-147)