• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah perkembangan bahasa Melayu di Singapura Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1992 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah perkembangan bahasa Melayu di Singapura Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1992 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Title Sejarah perkembangan bahasa Melayu di Singapura Author Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

Bengkel Sejarah Bahasa Helayu dari Pelbagai Kata 9 - 14 Novelllber 1992

Tajuk

PENYUSUNAN SEMULA KERTAS KERJA UNTUK PENERBITAN BUKU

: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di Singapura Pemhentang: Tuan Haji Muhammad Ariff bin Ahmad

1.V Skop dan Bidang

Memperlihatkan sejarah perkembangan bahasa Melayu dari awal pertumbuhannya hingga ke zaman ini secara ilmiah yang dilihat dari sudut pertumbuhannya di kota yang di tetapkan dan daerah sekitarnya.

2. Tumpuan Kajian

Kebanyakan perkembangan bahasa Melayu bermula di Singapura. Dengan kata lain, Singapura menjadi pusat kegiatan utama perkembangan bahasa Melayu di Nusantara. Kandungan kertas �erja hendaklah menumpukan kajian kepada perkara-perkara yang berikut:

(a} Latar belakang kedudukan dan status bahasa dalam pentadbiran Sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dilihat dari kota atau negeri.

(b} Hubungan bahasa Melayu d'engan dialek-dialek setempat dan dengan bahasa- bahasa lain di kota dan daerah sekitarnya.

(c} Kesan dan pengaruh bahasa Melayu dalam zaman lampau terhadap bahasa Melayu semasa - sejauh mana ciri-ciri bahasa Melayu lama (zaman lampau} meninggalkan kesan

(3)

atau pengaruh ke atas bahasa Melayu moden. (d) Pengaruh kebudayaan, agama dan bahasa-bahasa lain terhadap bahasa Melayu di kota-kota tersebut.

(e) Hasil-hasil karya oleh individu setempat yang lahir di kota-kota berkenaan yang merupakan sumbangan pengarang­ pengarang tersebut terhadap perkembangan bahasa dan sastera nasional dan serantau. Peranan tokoh-tokoh tempatan dan penghasilan karyanya sebagai faktor penyumbang ke arah pembinaan bahasa (jika ada).

(f) Ciri-ciri khusus yang menjadi kelainan pertumbuhan bahasa Melayu di kota yang berkenaan. Kelainan-kelainan yang ada, umpamanya penggunaan bahasa dalam sajak,

slanga yang digunakan oleh golongan tertentu (misalnya,

golongan muda-mudi) dan golongan kosmopolitan.

(g) Masalah perkembangan dan pelaksanaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang di kota yang berkenaan dan di daerah sekitarnya. Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya oleh pelbagai pihak (kerajaan dan bukan kerajaan). Masalah-masalah yang wujud termasuklah dasar kerajaan yang menggunakan empat bahasa rasmi di Singapura, sikap kerajaan terhadap penggunaan bahasa Melayu, sikap orang Melayu sendiri terhadap bahasa

,

"il�

Melayu yang kurang mementingkannya, dan «�a&a ekonomi

bahasa Melayu. Kegiatan-kegiatan kebahasaan lebih banyak dibangunkan sendiri oleh badan-badan bahasa dan sastera.

(4)

3. Rangka Kandungan Kertas

(a) Pendahuluan. Bahagian pendahuluan perlu dimasukkan

-

___.

sebagai pengenalan sebelum perbincangan tentang sejarah

bahasa dan lain-lain. �

(b) Sejarah kota yang berkenaan dan sekitarnya:

Iaitu latar belakang tentang geograf� sejarah ✓ politik, pemerintah, sosial dan sebagainya, dikaitkan dengan budaya, bahasa dan dialek setempat. Aspek sejarah politik banyak diperkatakan dalam kertas yang telah disediakan, manakala aspek sosial dan budaya tidak begitu banyak.

Perlu diperkatakan juga pengaruh dialek-dialek dari Kepulauan Riau, dan masyarakat Boyan, Jaw a dan sebagainya.

begitu banyak.

manakala aspek sosial dan budaya tidak (c) Sejarah perkembangan bahasa Melayu berdasarkan

periodisasi tertentu:

Puncanya dan pertumbuhannya berdasarkan bukti bertulis, dsb. Bukti-bukti boleh didapati dari batu-batu bersurat dan surat perjanjian sultan dan sebagainya yang boleh didapati di arkib.

Periodisasi perkembangan - berdasarkan kriteria tertentu, misalnya zaman awal, zaman sebelum abad ke-20, sebelum perang, sebelum merdeka dll.; atau berdasarkan zaman-zaman kerajaan tertentu, atau peristiwa tertentu. Sejarah perkembangan bahasa Melayu ada disentuh.

(5)

Tumpuan terhadap bahasa hendaklah dibuat. Dihuraikan juga hubungan antara kedudukan orang Melayu yang kini mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dengan perkembangan bahasa Melayu di Singapura. Misalnya, pengiklanan dalam bahasa Melayu bagi barangan dan perkhidmatan yang ditunjangi oleh orang-orang asing, v tanda 'halal' di restoran-restoran dan penggunaan

bahasa Melayu di bank-bank untuk menarik pelanggan­ pelanggan berbangsa Melayu. Dal am pentadbiran, surat-rnenyurat, sewa hutang dan cukai tanah rnernpunyai versi dalarn bahasa Melayu.

(d) Bahasa Melayu dalarn pentadbiran pernerintah kota dan sekitarnya (dari awal hingga kini). Terrnasuk juga dalarn hal ini ialah perkernbangan bahasa ketika Johor dan

Singapura di bawah pernerintahan yang sarna (di sini ada persarnaan dengan kertas kerja dari Johor). Dari segi pengaruh, terdapat perkataan-perkataan dari selatan yang difaharni oleh kelornpok-kelompok tertentu. Sebelurn

sekolah Melayu wujud (1856), bahasa yang diajar di sekolah-sekolah rnerupakan dialek-dialek tertentu rnengikut kaurn. Dengan dernikian, wujud dialek-dialek Boyan, Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya rnengikut kelompok rnasing-masing. Dialek-dialek Bugis, Jawa dan

Boyan agak besar jurnlah penuturnya, tetapi tida_.Jc'"'

rnempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan bahasa Melayu di Singapura. Jika boleh, nyatakan sebab­ sebab mengapa ber,laku demikian. Demikian juga halnya

(6)

(e)

dengan kedatangan orang-orang Indonesia yang tidak

I

banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat juga orang-orang dari utara, seperti orang-orang Pahang yang memasukkan dialek mereka ke dalam bahasa Melayu di Singapura, seperti Tok

Sumang.

Tidak banyak yang diketahui dengan nyata tentang orang­ orang Melayu pada abad ke-14. Amat menarik jika di ceritakan tentang zaman awal penggunaan bahasa 11elayu.

Sejarah perancangan bahasa:

Iaitu matlamat dan peranan kota sebagai pusat pembinaan dan pengembangan bahasa ( bagi pihak kerajaan, dsb.}. Perancangan bahasa sebagai bahasa

Melayu dan sebagai Bahasa Kebangsaan. Penggunaan

bahasa Melayu juga dil i hat di pusat-pusat pengajian tinggi, Universiti

---

Malaya pada zaman awalnya di Singapura dengan penubuhan Department of Malay Studies (Pengajian Melayu}, dan kemudiannya seba gai National University of

Singapore dan Universiti Nanyang.

(f} Perkembangan penerbitan dalam bahasa Melayu dari awal:

Penerbi tan akhbar, majalah dan . percetakan di kota

dan peranannya dalam mengembangkan bahasa dan sastera setempat dan sekitarnya. Perlu dihuraikan peranan penerbi t-penerbi t ini, penerbi tan dalam

(7)

bahasa Melayu berkembang giat pada suatu masa tetapi mundur kemudiannya. Kini, kegiatan itu mulai bergerak secara aktif. Begitu juga dengan rencana­ rencana yang terbit di akhbar-akhbar yang berkaitan

dengan polemik bahasa. ✓

(g) Persatuan dan Badan Bahasa dan Sastera:

Perincian tentang sumbangan kepada perkembangan bahasa dan sastera setempat dan nasional/serantau.

Kebangkitan Hadiah Sastera yang merupakan sebahagian daripada perancangan kerajjl�n d�B badan-b�

-sastera serta kegiatan-kegiatan badan -sastera.

Tokoh-tokoh bahasa dan sastera yang menyumbang kepada perkembangan bahasa dan sastera setempat dan nasional/serantau. Ini termasuklah tokoh-tokoh yang membangkitkan semangat ke arah perkembangan bahasa Melayu.

Kegiatan-kegiatan bahasa dan sastera sepanjang zaman. Peranan ASAS 50 dan juga peranan badan-badan wartawan, guru, sasterawan dan pertemuan-pertemuan yang mereka adakan. Demikian juga dengan kegiatan­ kegiatan yang bersifat kenusantaraan yang kesemuanya bermula di Singapura. Peranan dan fungsi Singapura sebagai pusat perdagangan dan tradisi kosmopolitan yang tidak bersifat kedaerahan dalam hubungannya

(8)

(h) Hubungan bahasa Melayu dengan dialek, bahasa, budaya setempat:

dari segi linguistik, sejarah perbandingan, dll. pengaruh dialek dan bahasa setempat terhadap bahasa Melayu. Masyarakat Melayu Singapura adalah masyarakat yang terbuka ('close society' tidak timbul di sini). Walau bagaimanapun, kelompok kaum memang wujud.

pengaruh kebudayaan setempat terhadap bahasa Melayu. pengaruh agama terhadap bahasa Melayu.

(i) Sejarah perkembangan tulisan, ejaan dan sebutan di kota yang berkenaan dan sekitarnya. Juga perlu dimasukkan

sebutan baku. Kongres yang menekankan tentang sis tern tulisan dan ejaan baru pada awalnya bermula di Singapura. Ini merupakan inisiatif untuk melaksanakan sistem ejaan baru. Di Singapura, hal ini agak lewat dilaksanakan, iaitu tujuh tahun selepas Malaysia.

(j) Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sepanjang zaman. Dalam hal ini, Singapura memerlukan ruang-ruang yang lebih besar kerana ia tidak mampu bergerak dengan sendiri dalam pembinaan bahasa. Walau bagaimanapun, sifat kosmopolitan Singapura menyebabkannya menjadi sedemikian rupa.

4. Format Penerbitan

(a) Setiap kertas kerja menjadi satu bab di dalam buku "Sejarah Bahasa Melayu dari Pelbagai Kota". Panjang kertas kerja tidak kurang daripada 30 halaman bercetak.

(9)

(b) Setiap kertas ker ja harus lengkap dengan bibliograf i, nota kaki dan rujukan yang sahib . ./

(c) Kertas kerja perlu dilengkapkan dengan salinan dokumen dan gambar artifak yang sesuai (dalam bentuk gambar, fotokopi, dsb.).

Kemukakan sumber rujukan/penerbitan yang sahib bagi fotokopi, salinan, dsb.

Gambar perlu lengkap dengan keterangan (caption). Kemukakan cadangan untuk pengambilan gambar semula jika perlu.

Urus Setia Bengkel, Hotel Ming Court, Kuala Lumpur. 12 November 1992. ID/nz/aar.

Referensi

Dokumen terkait

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Oleh kerana majalah-majalah dan suratkhabar yang menyiarkan tulisan kami adalah menggunakan tulisan Jawi, maka soal kebakuan ejaan tidak pernah timbul pada masa itu:

Jika minyak dan air menjadi lambang status tingkat masyarakat, maka peribahasa yang bertanya minyak dengan air adakah bercampur i tu mengungkap bahawa orang

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad ini merupakan usaha Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Kementerian Pendidikan Singapura untuk mengumpul dan merakam perjuangan

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

Suatu hal lagi, yang narnpaknya, masih mengelirukan banyak orang ialah tentang penasalan yang berlaku apabila kata dasar diimbuhi de­. ngan awalan ' p e' atau